DIALOG RAKYAT |
- Bila kerajaan mahu dedah senarai kargo MH370? – Dr Syed Husin
- Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox
- Operasi Bas Dua Tingkat Digantung Sementara
- Kes Anwar saman Anifah dibicara 25 Ogos depan
- PERKASA kritik taman Lingnan, China di P'jaya
- PAS kerah ahli ke himpunan 1 Mei
- Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan
- Kes Liwat II: Sulaiman dijangka ganti Karpal
- Isu geran R&D: PKR dedah surat 'arahan' PM
- Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat
- Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah
- Beri dua hari perjelas insiden MH192
- Jamin insiden kerusi terbang tak berulang
- 'P Pinang siasat kenapa polis tak muncul'
- MH370: Aktiviti pencarian udara ditangguh
- Filem tonjol cara hidup Islam perlu diperbanyak
- Gerakan: Hudud boleh cetus krisis perlembagaan
- Rafizi dilarang masuki Sarawak lagi
- Isu tukar MB: Exco T'ganu kata jangan jadi langau
- Anwar tarik diri tanding presiden PKR
- Kusta dan Sungai Buloh: Sejarah yang dilupakan
- ISMA & Penghinaan Terhadap Melayu Islam Serta Bahasa Kebangsaan
Bila kerajaan mahu dedah senarai kargo MH370? – Dr Syed Husin Posted: 22 Apr 2014 06:58 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan yang sehingga hari ini tidak mendedahkan senarai kargo pesawat (cargo manifest) pesawat MAS MH370. Dalam perbahasan titah ucapan YDP Agong di Dewan Negara semalam, Dr Syed berkata apakah sesuatu dokumen atau maklumat perlu dibocorkan media di luar negara terlebih dulu, kemudian baru kerajaan mahu mengakuinya. "…ada pembocoran maklumat kepada media luar yang mendakwa sumber mereka ialah pegawai tinggi dan berkali-kali Menteri kena menafikan. "Yang tidak dapat di nafi ialah perbualan pilot-menara kawalan, kerana direkodkan dan diterbitkan," teks ucapan Dr Syed Husin di Dewan Negara dipetik. "Adakah menunggu sampai ia dibocorkan? Saya menggesa supaya senarai atau manifes ini hendaklah segera diumumkan, kerana melengahkannya sudah menimbulkan banyak persoalan dan syak wasangka. Tambahnya, sikap ini menyebabkan pakar-pakar penerbangan luar, kerajaan asing, pihak media bahkan orang awam tempatan merasa tidak puas hati. "Percanggahan maklumat memperlihatkan pihak Kerajaan, DCA dan MAS berdolak dalik dan percanggahan berlaku kerana jurucakap bukan seorang saja yang profesional. "Semasa Menteri menjadi jurucakap utama pun ada beberapa orang pegawai awam, polis atau tentera bahkan menteri lain juga yang bercakap dan memberikan pendapat, kadang-kadang berlainan. "Kenyataan rasmi tentang pesawat telah patah balik dibuat hanya selepas empat hari. "Ertinya selama empat hari China dan Vietnam terutamanya membuang masa mencari di Teluk Siam; mereka timbul marah sehingga menuduh Malaysia tidak mahu berkongsi maklumat.," katanya. |
Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox Posted: 22 Apr 2014 06:44 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya. Sarah Bajc, pasangan kepada Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya. Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang. Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun. Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas. "Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang," katanya yang berusia 61 tahun. Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox. SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang. "Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree," katanya. Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas. "Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya," katanya kepada Associated Press. MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi. Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi. Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian. |
Operasi Bas Dua Tingkat Digantung Sementara Posted: 22 Apr 2014 06:30 AM PDT Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK TERKINI PUTRAJAYA: Kerajaan menggantung sementara semua operasi bas dua tingkat di laluan berbahaya terutama tanah tinggi mulai bulan depan sehingga kajian kelemahan mengenai pengangkutan awam itu diatasi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaptawi berkata, arahan berkenaan akan dikuat kuasa Mei ini membabitkan enam laluan tinggi termasuk di lokasi kerap berlaku kemalangan. Enam laluan berkenaan ialah Genting Highland, Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, Gunung Jerai dan Bukit Larut. "Bagaimanapun operator bas dua tingkat masih boleh meneruskan operasi mereka di laluan-laluan lain seperti biasa," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat selama hampir tiga jam bersama semua pihak berkaitan pengangkutan awam darat di sini, Selasa. Menurut Ab Aziz penangguhan itu merupakan antara cadangan panel bebas mengenai nahas Genting Highlands yang dipengerusikan Tan Sri Lee Lam Thye. Selain itu beliau berkata, kira-kira 8,000 pemandu bas ekspres dan bas persiaran turut diwajibkan melakukan ujian air kencing sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol. "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melakukan ujian di semua terminal-terminal utama di seluruh negara. "Biasanya amalan ini hanya dibuat pada musim perayaan sahaja. Namun kita akan kuat-kuasakan perkara ini bermula hari ini pada setiap hari," katanya sambil menambah bahawa JPJ juga akan melakukan penyamaran sebagai penumpang dalam usaha memantau operasi bas awam. Mengulas lanjut Ab Aziz berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan sistem gred bagi bas ekspres dan bas persiaran dalam usaha membantu penumpang memilih perkhidmatan terbaik daripada operator bas. Katanya syarikat bas berkenaan akan diberi pengiktirafan mengikut bintang berdasarkan kualiti perkhidmatan. "Kita akan beri gred sehingga lima bintang. Ia memudahkan penumpang memilih operator bas mana yang memberikan perkhidmatan terbaik dan selamat. "Sistem ini akan dinilai oleh Miros dan gred bintang itu akan dipamer di bas-bas itu sendiri dan kaunter tiket," katanya. |
Kes Anwar saman Anifah dibicara 25 Ogos depan Posted: 22 Apr 2014 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Kes saman itu berhubung kenyataan menteri berkenaan dalam satu sidang akhbar di Washington lima tahun lalu. Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Anifah dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar. Latheefa ketika ditemui pemberita berkata mahkamah turut menetapkan 27 hingga 29 Ogos untuk perbicaraan kes itu. "Selain itu, 15 dan 17 Sept serta 7 dan 8 Okt turut ditetapkan untuk perbicaraan manakala 2 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes," katanya sambil menambah lapan saksi termasuk Anwar dan Anifah akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu. Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 April lepas memerintahkan kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Anifah bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jan 2013, yang menghidupkan semula saman sivil Anwar terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu. Pada 6 Jan 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman berhubung kenyataan yang dibuat menteri itu pada Mei 2009 semasa siding akhbar di Jabatan Negara di Washington. Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menteri itu memfitnahnya dalam siding akhbar Anifah bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton. Beliau mendakwa kenyataan Anifah tidak berasas dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing. Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama |
PERKASA kritik taman Lingnan, China di P'jaya Posted: 22 Apr 2014 06:18 AM PDT MALAYSIAKINI Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mengkritik cadangan pembangunan "Taman Persahabatan China-Malaysia" di Presint 4, Putrajaya sebagai mercu tanda hubungan Malaysia-China. Presidennya Datuk Ibrahim Ali (bawah) berkata, identiti Putrajaya, meliputi sebibina dan landskap sedia ada mesti dikekalkan kerana ia "berteraskan patriotisma negara Malaysia yang asli." "Cadangan jambatan reka bentuk gaya Lingnan boleh di buat di Pulau Pinang, Bukan Putrajaya. Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata,kita lupa bumi dipijak," katanya. Bernama semalam melaporkan, pembinaan taman bercirikan Lingnan, China itu akan dibuat di tanah 0.24 hektar di tapak kekal 11.7 hektar Festival Bunga dan Taman Putrajaya, yang lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya. Majlis pecah tanah dan penanaman pokok kelmarin disempurnakan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat. Dalam ucapannya Aseh dilaporkan berkata projek yang membabitkan kos RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan China melalui Persatuan Rakyat Dongguan dijangka siap pada awal Jun ini. Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, mereka membuat gesaan itu kepada Putrajaya Holding ekoran dihujani gesaan orang ramai supaya keadaan Putrajaya itu dikekalkan. Menegaskan bukan menentang mana-mana budaya, beliau menegaskan, setiap negara dan bangsa mesti ada nilai patriotisme yang wajib dipelihara. "Pelancong datang dengan berbagai acara. Oleh itu batalkan hasrat ini dan pindah ke Petaling Street (di Kuala Lumpur) atau Pulau Pinang. Kecewanya saya," katanya. "Adakah negara Cina akan bina tapak warisan Melayu di tengah-tengah kota Beijing?" soalnya lagi. |
PAS kerah ahli ke himpunan 1 Mei Posted: 22 Apr 2014 04:26 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan ahlinya turun menyertai himpunan di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini bagi membantah perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST). Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap negeri bagi mengarahkan ahli mereka untuk turun pada tarikh itu. "Kerahan telah dilakukan dan setiap ahli PAS diarahkan untuk turut serta pada himpunan tersebut. "Dari kawasan saya (Pokok Sena) sendiri turut menyediakan dua bas kepada penyokong untuk datang ke Kuala Lumpur," jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut memberitahu PAS Kawasan Sungai Petani telah menyediakan lima buah bas untuk ahli-ahli mereka. "Perkara ini berjalan, kerahan telah dilakukan tidak kira dalam PAS mahupun PKR dan DAP. "Walaupun nampak tidak rancak tetapi sambutan himpunan itu akan menepati apa yang kita jangkakan," sambung beliau. Beliau turut memberi jaminan, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman jika tiada provokasi dari mana-mana pihak. |
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan Posted: 22 Apr 2014 04:12 AM PDT Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini. Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap "agak panas" dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi…. Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti "cacing kepanasan" apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..? Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri. Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya "beranikah" Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku… Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan "jawatan baru"….. Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan. Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan "think out of the box". Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai "musuh dalam berselimut" yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan "sisa-sisa kotor" terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan. P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini! PP/S : Berdasarkan pemerhatian anda, mana satu baik Ketua Menteri mahupun menteri besar di Malaysia yang berjaya mencatatkan prestasi membanggakan setakat ini? Mengapa? Buktinya? |
Kes Liwat II: Sulaiman dijangka ganti Karpal Posted: 22 Apr 2014 04:05 AM PDT MALAYSIAKINIBekas presiden Badan Peguam Sulaiman Abdullah dijangka akan menggantikan mendiang Karpal Singh untuk mengetuai pembelaan dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan. Satu sumber yang dekat dengan kes berkenaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Sulaiman bersetuju untuk mewakili Anwar. "Ramkarpal, yang turut memainkan perana utama dalam perbicaraan Liwat II dan dalam rayuan di Mahkamah Rayuan akan turut menganggotai pasukan pembelaan," kata sumber berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan. Sulaiman, yang memainkan peranan utama dalam rayuan Liwat II sebelum diambil alih oleh pasukan Karpal, turut menjadi penggerak utama dalam pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes Liwat I. |
Isu geran R&D: PKR dedah surat 'arahan' PM Posted: 22 Apr 2014 03:59 AM PDT MALAYSIAKINI Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendedahkan salinan sepucuk surat yang didakwanya 'arahan' Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memberi geran kepada sebuah syarikat swasta. Menurut Rafizi dalam surat tersebut jelas membuktikan campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pemberian geran kajian dan pembangunan (R&D) berjumlah RM100 juta untuk sebuah projek komersial. Rafizi mendakwa Najib (kanan) menulis nota kepada kepada menteri Sains, teknologi dan inovasi (Mosti) berbunyi "YB Datuk Dr Ewon Ebin. Untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek itu sesuai". "Walaupun ada kata itu hanya satu pertimbangan dan kelulusan di tangan menteri, dalam budaya politik kita, bila PM tulis 'untuk pertimbangan' itu (bermaksud) satu arahan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling jaya hari ini. Rafizi berkata surat itu turut menyatakan syarikat tersebut meminta geran menerusi JPM kerana menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dari institusi perbankan. "Ada risiko besar bahawa pulangan projek tak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini," kata beliau. Semalam Rafizi mendakwa, pemberian kepada syarikat tersebut bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D bawah MOSTI yang menetapkan untuk projek bawah RM2 juta dan bukan untuk projek komersial. The Malay Mail Online kelmarin melaporkan Timbalan Menteri Mosti Datuk Abu Bakar Mohamad Diah sebagai berkata, kementerian tidak menguruskan secara langsung pemberian geran itu tetapi dibuat melalui jawatankuasa bebas. Malaysiakini sudah menghubungi jurucakap syarikat di Pahang yang mengesahkan mereka sudah membina loji dandang di Terengganu dan ia hampir siap. Nama syarikat itu tidak dinyatakan buat masa ini sementara menunggu jawapan daripada pengarahnya. |
Kenyataan hudud: ABIM gesa Dr M taubat Posted: 22 Apr 2014 03:55 AM PDT MALAYSIAKINI Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini. Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani. "Jika sebelum ini sindiran seperti 'kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan' dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW," katanya. Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan. Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu. "Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum. "Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?" katanya. Dr M: keghairahan untuk menghukum Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada sesi meja bulat "Managing Rising Costs in the Current Business Environment". Sehubungan itu, Dr Mahathir (kanan) berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar "keghairahan untuk menghukum". Dalam kenyataannya hari ini, Amidi membalas, keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya. "Kenyataan Dr Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud," katanya. Amidi berkata walaupun ABIM menyanjung usaha Dr Mahathir mengangkat martabat Islam, memberi pandangan tanpa merujuk ilmu dan sumber hukum yang tepat tidak sepatutnya dilakukan. "Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam," katanya. Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, selewat-lewatnya Disember depan. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan pakar perundangan. |
Tahniah Ahmad Maslan, "Blue Wave Army" Cadangannya Telah Mula Memfitnah Posted: 21 Apr 2014 11:07 PM PDT KELAB GREENBOCNampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini: Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti .. Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!! Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan. Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia "adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi." Dengan pendedahan ini, maka terbongkarlah niat jahat tetapi bangang kumpulan macai ini... Dan saham fitnah itu dikongsikan bersama dengan pencadang kepada Blue Wave Amry tersebut iaitu Ahmad Maslan namanya!
|
Beri dua hari perjelas insiden MH192 Posted: 21 Apr 2014 11:00 PM PDT Pesawat penumpang Malaysia Airline MH192 dilihat pada landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Malaysia, semalam. - Foto EPA SHAH ALAM - Malaysia Airlines (MAS) perlu menyediakan satu laporan khas mengenai kejadian pendaratan kecemasan MH192 kepada Kabinet dan Kementerian Pengangkutan. Memetik laporan sebuah stesen televisyen semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan penyiasat dari Polis Bukit Aman akan membuka kertas siasatan secepat mungkin bagi mengesan punca sebenar insiden terbabit. "Saya beri mereka (MAS) masa dalam dua hari dan pada hari Rabu saya mahu tengok laporan awal. "Ini bukan pesawat yang hilang di Laut Hindi tetapi ini berhubung kait dengan pesawat yang mempunyai masalah dan kerosakan keadaan tayar. "Dalam pada itu, saya tidak mahu mana-mana pihak tampil membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi mengenai insiden tersebut, " katanya. Dalam insiden awal pagi semalam, MH192 yang dalam penerbangan ke Bangalore dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa membuat pusingan semula dan membuat pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan teknikal pada tayar bahagian kanan. Pesawat tersebut yang membawa 159 penumpang termasuk tujuh anak kapal dijangka tiba di Bangalore jam 11.35 malam pada hari yang sama. Dalam kenyataan media yang disiarkan oleh pihak MAS, pesawat itu disahkan selamat tiba di KLIA tepat jam 1.56 pagi. |
Jamin insiden kerusi terbang tak berulang Posted: 21 Apr 2014 10:58 PM PDT SHAH ALAM - Tidak mahu kesilapan kembali berulang pada Pemilihan PKR kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP), Datuk Johari Abdul memberi jaminan proses kali kedua itu akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Katanya, PKR sebuah parti mengamalkan ketelusan dan keterbukaan membenarkan ahlinya menggunakan saluran yang tepat bagi menyuarakan aduan dan bantahan, bukan melalui keganasan. "Sudah tentu PKR benarkan ahlinya membuat aduan dan bantahan sekiranya tidak berpuas hati, ada penyelesaiannya, dengan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya. Mengakui pihaknya menerima banyak aduan dan bantahan sejak proses pencalonan lagi, Johari berkata, bantahan perlulah melalui borang aduan rasmi. "Kita menerima bantahan sama ada melalui telefon atau surat, tetapi ahli juga perlu mengisi borang aduan, agar siasatan dan tindakan dapat dilakukan," katanya. Sebelum ini, Pemilihan PKR 2010 dicemari insiden kekecohan apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati cara pemilihan itu dijalankan. Bagi menghadapi pemilihan yang hanya tinggal beberapa hari lagi, Johari mengingatkan setiap calon mesti mematuhi tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu. "Dari serendah jawatan hingga yang paling tinggi, hampir 10,000 yang bertanding pada pemilihan kali ini. Oleh yang demikian, mereka diingatkan agar mematuhi setiap peraturan tersebut," katanya. Garis panduan itu menetapkan larangan penggunaan media ataupun penghebahan kepada umum untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pemilihan parti kali ini. Pemilihan kali ini juga melarang elemen dan perbuatan yang bertujuan membeli undi seperti pemberian dalam bentuk wang, barangan atau tawaran adalah dilarang sama sekali. Selain itu, larangan itu termasuk sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai kekerasan, pemaksaan dan ugutan bagi meraih sokongan. Garis panduan itu juga menyentuh larangan apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan kempen semasa pemilihan dan ucapan keji, fitnah, caci dan menghina. Menurut Johari, sekiranya mana-mana pihak mendapati terdapat calon yang melanggar peraturan ini, mereka perlu membuat satu laporan dan kemukakan bukti dalam bentuk hitam putih. Pemilihan PKR 2014 akan bermula 25 April sehingga 11 Mei ini menyaksikan 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli PKR layak mengundi dengan Selangor seramai 144,020 anggota, diikuti Sabah sebanyak 86,955 ahli. Pemilihan akan bermula dengan Kelantan , Terengganu, Pahang dan Sarawak pada 26 April dengan Sarawak mendapat tambahan satu hari kerana keadaan geografinya. Seterusnya akan diadakan di Johor dan Melaka pada 27 April; Kedah , Perlis dan Sabah pada 3 Mei; Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei; Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan pada 10 Mei dan Selangor pada 11 Mei. PKR melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPT. Bagi jawatan presiden, dua calon yang akan bertanding, manakala empat calon bagi jawatan timbalan, dan 14 calon untuk jawatan naib presiden serta 74 calon untuk jawatan majlis tertinggi. Untuk pertama kalinya jawatan Presiden PKR berlaku persaingan dengan penyandangnya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan ditentang penasihat parti itu yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala penyandang Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula bakal dicabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk K Ramachandran. Sementara itu, untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, calon akan mengisi satu kerusi ketua dan timbalan, tiga untuk naib dan 20 exco. Manakala di peringkat cabang pula, satu jawatan dipertandingkan untuk ketua cabang, timbalan, naib dan 15 untuk ahli jawatankuasa (AJK) cabang masing-masing. AMK peringkat cabang mempunyai pecahan kerusi sama manakala Wanita hanya memperuntukkan tujuh kerusi AJK. Semua ahli yang layak mengundi diminta menulis nombor calon pada kertas undi. Calon-calon bukan sahaja perkenalkan diri bahkan mengiklankan nombor mereka. |
'P Pinang siasat kenapa polis tak muncul' Posted: 21 Apr 2014 10:56 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam. "Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang," kata Lim dalam kenyataannya. "Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai," katanya. Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu. "Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh. Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian. Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut. Menurut Lim, pengebumian tersebut "mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang". |
MH370: Aktiviti pencarian udara ditangguh Posted: 21 Apr 2014 10:53 PM PDT PERTH - AUSTRALIA. Aktiviti pencarian udara bagi mengesan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang terpaksa ditangguhkan pada Selasa berikutan keadaan laut bergelora dan jarak penglihatan yang terhad ekoran angin kencang Taufan Tropika Jack. Keadaan cuaca itu akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara tidak berkesan dan berbahaya, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian berkenaan. Operai mencari pesawat malang itu memasuki hari ke-46, hari ini. Menurut laporan Biro Meteorologi Australia, kelajuan tertinggi angin taufan itu dicatat ialah pada 130 kilometer sejam, pada 20 Februari lepas. Ia merupakan taufan ketiga musim ini dan boleh berubah menjadi ribut yang sangat ganas. Bagaimanapun, JACC memaklumkan sepuluh kapal yang terlibat dalam pencarian pada Selasa akan meneruskan aktiviti sebagaimana dirancang. Dalam satu kenyataan dari agensi berkenaan pada Selasa, ia juga memaklumkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang melakukan pencarian visual membabitkan kawasan seluas kira-kira 49.491 kilometer persegi dengan pusatnya terletak kira-kira 1,584 kilometer barat laut Perth. Agensi itu juga menyatakan bahawa Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21, kini masih menjalani misi sembilan harinya sejak digerakkan bermula lewat petang, Isnin. Setakat ini, kenderaan tanpa pengendali itu telah meliputi kira-kira dua pertiga daripada kawasan pencarian tanpa menemui sebarang tanda pesawat yang hilang. Sabtu lepas, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa kawasan pencarian yang dilakukan Bluefin-21 kini akan dapat diselesaikan minggu depan. Hishammuddin berkata kini tibalah masanya bagi pihak yang terlibat dalam operasi mencari itu berbincang tentang penggunaan kapal selam.Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sebelum ini turut berkata operasi mencari akan dikaji semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu 'dalam beberapa hari lagi'. Bluefin-21 memulakan tugas sulungnya Isnin lalu dalam usaha mencari serpihan pesawat, ekoran tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak 8 April. Ia menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut yang akan memakan masa minimum 24 jam untuk menghabiskan setiap misi, termasuk empat jam untuk memuat data yang dikumpul. Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam di atas Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari Boeing 777-200ER itu melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama |
Filem tonjol cara hidup Islam perlu diperbanyak Posted: 21 Apr 2014 10:48 PM PDT PENASIHAT Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini menyeru penerbit filem tempatan agar menghasilkan lebih banyak filem yang menonjolkan cara hidup dan budaya masyarakat Islam negara ini. Katanya filem kebudayaan Melayu dan Islamik tidak semestinya memaparkan ciri-ciri yang berat, cukup sekadar menonjolkan ajaran mudah serta cara-cara hidup Islam disertai dengan teknik-teknik menarik yang boleh mengundang penonton ke pawagam. "Mengambil contoh filem kantonis 'box office' tempatan 'The Journey' yang berjaya mengutip RM17 juta, tema kebudayaan dan agama ternyata boleh diterima dan mendapat sambutan jika kena dengan cara ia dihasilkan," katanya dalam ucap tama ketika merasmikan Seminar Filem Islam, 'Sinema Islam: Falsafah, Nilai dan Cabaran' di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini. Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata filem tempatan turut perlu mengikis unsur keganasan dan tahyul yang kini menjadi trend pembikin filem negara ini. "Tidak dinafikan tema seperti ini menjadi tarikan penonton ke pawagam, namun ia seolah-olah 'reflects' masyarakat kita ini menyukai elemen ganas dan mengarut," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata industri filem tempatan kini menyaksikan perkembangan positif terutama dari segi bilangan pawagam dan penonton sejak 2006 hingga tahun lalu. Katanya dari segi bilangan pawagam, pada tahun lalu terdapat 23 syarikat pawagam, 134 pawagam, 797 dewan dengan 157,271 kerusi yang didaftarkan di bawah Finas untuk skim Wajib Tayang. Dari segi penonton pula, pada tahun lalu jumlah tontonan filem di negara ini meningkat kepada 61 juta daripada 27 juta pada 2006. "Ini menunjukkan filem di negara ini ada pasaran, terpulang kepada penggiat filem untuk buat filem apa dan yang bagaimana bagi menarik mereka ke pawagam untuk menonton filem kita," katanya. Rais berkata kerajaan melalui agensi seperti Finas telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk pinjaman untuk penggiat industri menghasilkan lebih banyak filem bermutu. "Tetapi jangan hanya bergantung pada bantuan kerajaan semata-mata, inisiatif daripada syarikat-syarikat aktif misalnya Skop Production yang banyak menghasilkan filem yang ditonton ramai," katanya. Seminar yang dianjurkan Finas dan Pusat Aktiviti Kebudayaan Islam (CiTRA) UIAM itu disertai oleh 200 pelajar kursus perfileman beberapa institusi pengajian tinggi dan penggiat industri filem tempatan. Antara anggota panel yang mengambil bahagian ialah pengarah, Mahadi J. Murad, Pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Dr Norman Yusoff dan Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan. Seminar bertujuan membincangkan perkara-perkara utama yang berkaitan dengan definisi, konsep, bentuk dan kandungan sinema Islam, khususnya di Malaysia. - Bernama |
Gerakan: Hudud boleh cetus krisis perlembagaan Posted: 21 Apr 2014 10:22 PM PDT MALAYSIAKINI Jika desakan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan berjaya dilakukan melalui Parlimen, ia akan mencetuskan "krisis perlembagaan" di negara ini, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang. Langkah itu akan membentuk "dua set undang-undang jenayah" di negara ini, Tan (kiri) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Tiada peruntukan untuk perlaksanaan hudud di bawah perlembagaan persekutuan negara kita dan ia tidak pernah dipersetujui sejak Malaysia dibentuk," katanya. Tan berkata demikian ekoran usah PAS membentangkan rang undang-undang persendirian bagi memberi laluan ke arah pelaksanaan hukum Islam itu dibuat, kemungkinan pada Jun. Tan juga mengingatkan orang ramai bahawa menolak hudud bukan bermaksud "menentang undang-undang Islam dan prinsipnya". "Ia persoalan sama ada praktikal melakukannya dan patutkan melepaskan prinsip dalam perlembagaan persekutuan," tambahnya. |
Rafizi dilarang masuki Sarawak lagi Posted: 21 Apr 2014 10:17 PM PDT MALAYSIAKINI Pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (bawah) ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi Ramli. Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu. Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen. Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu. Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution. Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi. "Jelas sekali, Adenan mengamalkan pilih kasih, dan apa yang dilakukannyanya bersifat politik," kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian. "Dia nampaknya lebih gugup berdepan pemimpin PKR berbanding bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud." |
Isu tukar MB: Exco T'ganu kata jangan jadi langau Posted: 21 Apr 2014 10:11 PM PDT MALAYSIAKINI Seorang anggota exco Terengganu, Rozi Mamat menafikan spekulasi bahawa beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar. ADUN Telemong itu menyifatkan perkara tersebut sebagai "cerita palsu" yang sudah lama berlegar di Terengganu dan berharap ia akan dihentikan, lapor akhbar Sinar Harian. Beliau turut menyifatkan individu yang menggembar-gemburkan isu tersebut sebagai langau kerana hanya memburukkan keadaan. "Saya harap mereka yang menyebarkan cerita palsu ini supaya berhenti dariapda terus berbuat demikian dan tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. "Sepatutnya kita sebagai umat Islam, jika tidak mampu menjadi garam di lautan, jangan kita menjadi langau yang boleh memburukkan keadaan," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut. Sinar Harian turut melaporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa akan menukarkan Ahmad Said ke satu jawatan lain. Tanpa menyatakan sumber khusus, laporan berkenaan memetik tulisan di blog dan laman sosial dan turut membangkitkan mengenai tindakan kumpulan penyokong bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh. "Pertukaran itu dikatakan berpunca daripada laporan 'geng Idris Jusoh' yang bukan sahaja menyebut Ahmad Said membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus di semua peringkat, bahkan beliau juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh Umno Pusat sebelum ini," laporan itu dipetik. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Seremban Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan menerima keputusan sekiranya diminta oleh Najib untuk meninggalkan jawatan tersebut. Laporan Bernama semalam menyebut, beliau akan perdana menteri berhak untuk memilih pemimpin untuk mengisi jawatan berkenaan. "Sebagai seorang pekerja, pertukaran portfolio adalah perkara biasa. Kita menjalankan tugas dan bila diminta bertukar atau bersar, kita terima dengan lapang dada," katanya. Spekulasi berhubung jawatan tersebut timbul rentetan daripada tulisan pojok pengarang Mingguan Malaysia yang mula membangkitkan spekulasi tersebut. Tanpa menamakan mana-mana menteri besar, tulisan dalam akhbar milik Umno itu turut mendakwa Najib Razak sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti dua menteri besar. Dalam pojok Bisik-bisik Awang Selamat itu, editor berkenaan turut menyokong usaha berkenaan, yang menurutnya mampu "menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri." "Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. |
Anwar tarik diri tanding presiden PKR Posted: 21 Apr 2014 10:08 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding. Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999. Johari berkata, JPP menerima surat minggu lalu daripada Anwar yang menyatakan keputusannya itu. "Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang. "Ketika sidang media (JPP) terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri. "Tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian saudara Karpal dan kes mahkamah lain (menyebabkan ia tidak diumumkan)," kata beliau. |
Kusta dan Sungai Buloh: Sejarah yang dilupakan Posted: 21 Apr 2014 10:05 PM PDT Oleh : Hafiz ZainuddinDi situ rumahnya, di situ juga nisan dipacak. Dia, bersama teman-teman senasib yang lain; mereka tidak memiliki apa-apa selain hubungan persahabatan yang kekal hingga ke akhir hayat. Itulah satu-satunya harta mereka, harta yang tidak mampu ditukar ganti dengan wang ringgit. Begitulah lazimnya kisah seorang penghidap kusta di sebuah daerah sunyi, mengharap kasih manusia dan menanggung rindu tak terperi. Saya melangkah ke daerah ini dengan penuh tanda tanya dan bingung. Nyata betapa jahilnya saya mengenai tempat ini sejak sekian lama hidup di bumi Malaysia. Terasa betapa saya tidak bertanggungjawab dan tidak peduli pada sekelompok masyarakat yang telah lama terpinggir. Saya berasa amat sedih kerana tidak melakukan sesuatu sebelum ini. Walhal, kusta bukan perkara baharu pernah saya dengar. Saya mendengar perkataan itu sejak kecil. Saya hanya tahu bahawa kusta ini penyakit 'makan orang'. Orang yang menghidap kusta perlu dijauhi kerana berjangkit kononnya. Tidak kurang juga ada saranan dalam agama supaya menjauhkan diri dari penyakit kusta. Dengan pemahaman demikian, saya senang hati menyamakan kusta seperti penyakit-penyakit berbahaya yang lain tanpa saya ketahui bahawa di sini, di Sungai Buloh, sekumpulan insan penghidap kusta terasing dan, paling menyanyat hati, dipisahkan dari anak-anak darah daging sendiri. Kini, usia menghambat mereka tatkala kasih belum bertaut kembali. Lembah Harapan: Penempatan kusta Sungai Buloh Sungai Buloh. Di sini ada sebuah kawasan khas dibuka bagi menempatkan pesakit-pesakit kusta sejak 16 Ogos 1930 oleh kerajaan British. Tanah seluas 200 hektar ini diberi gelar Lembah Harapan (Valley of Hope). Ia merupakan pemukiman kedua pesakit kusta terbesar di dunia. Kini, sekitar 200 penghuni sahaja yang masih menetap, berbanding 2000 pesakit yang pernah direkodkan pernah menjadi warga Lembah Harapan ini. Enakmen Kusta 1926 yang diluluskan Inggeris mengkehendaki sesiapa yang menghidapi kusta diasingkan. Mereka juga dilarang menggunakan pengangkutan awam, menginap di hotel atau pun menggunakan kemudahan awam. Ia bertujuan mengelak penyakit itu dari menular lebih-lebih lagi kerana keterbatasan kemudahan rawatan dan ketiadaan vaksin yang sempurna. Sebelum pesakit kusta dimukimkan ke Lembah Harapan, mereka ditempatkan di beberapa kawasan berasingan di seluruh negara, antaranya di Setapak, Kuala Lumpur (dibuka pada 1893); Pulau Ketam, Klang; Pulau Serimbun, Melaka (1860); Pulau Jerejak, Pulau Pinang (1871); Pulau Pangkor Laut, Perak (1903); Tumpat, Kelantan; Tampoi, Johor Bharu (1927); Rajah Charles Brooke Memorial Hospital, Sarawak (1925); dan di Sungai Buloh. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, daif dan sengsara. Sebaik Lembah Harapan dibuka dengan rasmi pada 16 Ogos 1930 oleh Dr Gordon Alexander Ryrie, Penguasa Perubatan pertama di Tanah Melayu, semua penempatan kusta di negeri dan kawasan terbabit ditutup manakala pesakit kusta sedia ada dipindahkan seluruhnya ke Lembah Harapan. Seperkara yang unik, penghuni Lembah Harapan membentuk komuniti majmuk yang saling lengkap melengkapi dan wajar menjadi suri tauladan buat warga Malaysia. Mereka terdiri dari masyarakat Cina, Melayu, India, Serani, Siam dan sebagainya. Kini, banyak di kalangan mereka telah pun meninggal dunia dan sebahagian yang sembuh telah keluar membina hidup masing-masing. Pada hari ini, yang masih kekal di Lembah Harapan ialah beberapa chalet kecil kediaman bekas pesakit kusta yang semakin hari semakin usang bersama deretan gerai menjual bunga-buangaan, kompleks kesihatan, wad bagi pesakit dan bekas pesakit kusta yang masih mendapatkan rawatan. |
ISMA & Penghinaan Terhadap Melayu Islam Serta Bahasa Kebangsaan Posted: 21 Apr 2014 10:00 PM PDT Oleh: Haris ZuanIsu masyarakat Kristian negara ini menggunakan bahasa Melayu bukan isu baru. Sejak isu penggunaan nama Allah dalam terjemahan Al-Kitab sehingga diheret ke mahkamah, isu ini tidak pernah padam, meskipun reda seketika. Secara peribadi, saya tidak menyokong isu ini diselesaikan di mahkamah kerana sebagaimana terbukti kini, keputusan mahkamah tidak membantu membaiki kefahaman berkenaan isu ini dalam kala-ngan orang ramai – atau apakah hanya ISMA yang masih kekal keliru? Baru-baru ini ISMA mempersoalkan pula sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu untuk mempromosi penganjuran Muzikal Easter. Pertamanya, kebanyakan kerajaan tempatan meletakkan syarat penggunaan bahasa Melayu dalam mana-mana kain rentang sebagai syarat asas untuk mendapat permit menggantung kain rentang – setidaknya begitulah yang diamalkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dalam usaha mempromosikan penggunaan bahasa kebangsaan. Maka atas alasan demikian, saya percaya salah satu sebab mengapa kain rentang tersebut dalam bahasa Melayu adalah kerana bagi memenuhi syarat kerajaan tempatan. Akan tetapi, jika bukan kerana syarat ini pun, apakah salahnya gereja ini menggunakan bahasa kebangsaan? Mengapa kita tidak punya sentimen yang sama terhadap kain rentang ucap selamat Thaipusam umpamanya? Malah, bukan sahaja orang Melayu kebanyakan, Perdana Menteri juga turut hadir dalam sambutan Thaipusam. Tidak pula ISMA mendakwa Perdana Menteri cuba dimurtadkan. Pada saat kita kononnya mahu memartabatkan bahasa kebangsaan, kita seolah-olah mahu mengeklusifkan bahasa Melayu hanya kepada orang Melayu Islam. Mungkin atas alasan ini jugalah buku Asal Usul Spesies (2002) terjemahan F Susilohardo dan Basuki Hernowo difatwakan haram, sedangkan buku The Origin of Species (1859) masih lagi bebas beredar dalam pasaran negara. Apakah bagi ISMA, bahasa kebangsaan hanya untuk orang Melayu Islam sahaja? Jauh lebih penting lagi, apakah ISMA merasakan iman Melayu Islam di negara ini terlalu lemah dan mereka terlalu dungu bagi membezakan acara agama bukan Islam? Semoga ISMA berhenti daripada terus menghina bahasa kebangsaan dan juga orang Melayu Islam di negara ini. Atau apakah sebenarnya ada yang mahu menimbulkan sentimen anti-Kristian dalam negara ini? Sikap ini sangat mengelirukan, malah cara ISMA dan beberapa NGO lain yang menggambarkan seolah-olah terdapat gerakan secara terancang dan rahsia untuk memurtadkan orang Melayu Islam khusus untuk masuk dalam agama Kristian amat bercanggah dengan fakta. Sehingga hari ini, tiada siapa dapat membuktikan bahawa terdapat orang Melayu secara beramai-ramai telah menukar agamanya. Hujah bahawa kain rentang dalam bahasa Melayu tersebut akan menggugat dan memesongkan iman orang Melayu Islam di negara ini bukan sahaja tidak masuk akal, malah amat menghina. Jika memakai logik yang sama, saban hari puluhan, jika bukan ratusan, kain rentang, ceramah Ustaz Azhar Idrus digantung di merata ceruk, mengapa tidak ada berbondong-bondong orang Kristian (dan bukan Muslim lainnya) masuk Islam? Marilah berhujah dengan fakta, hakikatnya Kristian telah sampai ke rantau ini lebih 300 tahun lalu. Sejak 300 tahun lalu bukan sahaja kain rentang acara keagamaan telah digantung, malah penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu telah bermula seawal kurun ke-16 lagi. Namun, sehingga hari ini, tiada sebuah pun gereja Melayu wujud di Malaysia. Malah, kesan daripada penguasaan Belanda ke atas kepulauan Indonesia, di mana bahasa Melayu merupakan lingua franca, bahasa Melayu merupakan bahasa asing pertama di luar Eropah dan Timur Tengah yang digunakan untuk menterjemahkan Bible. Usaha pertama penterjemahan sebahagian kandungan Bible dalam bahasa Melayu bermula seawal 1628 oleh perdagang dan kerani Syarikat India Timur Belanda Albert Cornelius Ruyl dan Jan van Hasel. Penterjemahan keseluruhan Bible dilakukan oleh Dr Melchoir Leiderkker pada 1691 atas permintaan Gereja di Batavia (Jakarta). Anehnya, selepas 368 tahun sejak terjemahan pertama Bible dalam bahasa Melayu, Indonesia tidak menjadi negara Kristian, sebaliknya Indonesia sehingga kini kekal antara negara Muslim terbesar dunia. Kemudian, seorang Paderi Anglican di Penang, Robert Hutchings mendapati terdapat lebih 10,000 perkataan (termasuk pengulangan) dalam Bible terjemahan Leiderkker ini tidak terdapat dalam kamus bahasa Melayu William Marsden. London Missionary Society (LMS) kemudiannya menghubungi Munshi Abdullah untuk membantu menyemak Bible terjemahan Leiderkker dan juga memastikan ketepatan kamus bahasa Melayu William Marsden. LMS seterusnya mengirimkan Claudius Thomsen untuk berguru dengan Munshi Abdullah dan seterusnya membaiki terjemahan Bible dalam bahasa Melayu dari tahun 1818 sehingga 1832. Munshi Abdullah (1796-1854) yang dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden' itu tidak lekas-lekas melenting, meskipun faham agamanya bukan sedikit. Malah, kerana faham agamanya jugalah dia tidak melenting sebagaimana ISMA. Munshi Abdullah maklum, bahawa dengan menterjemahkan Bible, banyak yang dapat dipelajari daripada masyarakat Kristian Eropah ketika itu yang pasti melangkaui persoalan teologi semata-mata. Munshi Abdullah juga sedar bahawa bahasa Melayu bukan semata-mata bahasa orang Melayu tetapi bahasa Nusantara yang dituturkan juga oleh peranakan Baba, India, Eurasian, malah British dan Belanda. Pada masa yang sama, ternyata Munshi Abdullah tidak gembira dengan hasil terjemahan yang dibuat oleh Thomsen kerana kesulitan untuk menterjemahkan istilah yang kuat dipengaruhi oleh tradisi kosmologi Kristian dalam bahasa Melayu yang sarat dengan konsep keTuhanan Islam yang bukan sahaja berbeza, malah bercanggah. Antara istilah yang Munshi Abdullah rasakan sangat bermasalah adalah Kingdom of Heaven dan Son of God. Masalah ini tidak terselesaikan sehingga kini. Munshi Abdullah sangat mencintai bangsa Melayu dan agama Islam – sebagaimanya yang tergambar dalam karya beliau Hikayat Abdullah yang banyak menyeru agar orang Melayu menjadi lebih rasional dan banyak menggunakan akal. Semoga ISMA juga akan menuruti nasihat daripada tokoh besar persuratan Melayu ini. – Roketkini |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan