DIALOG RAKYAT |
- Penyokong Ganas : Perak Bakal Berdepan Tindakan Tegas FAM
- Bapa Altantuya ucap takziah pada keluarga Karpal
- Pelakon terkenal ditahan positif dadah
- Rakan Umno tentang hasrat Pas laksana hudud
- Riwayat seorang harimau (bahagian akhir) – Al-Mustaqeem M Radhi
- Perjalanan terakhir 'Harimau Jelutong'
- Dua menteri besar akan bertukar, dakwa kolumnis Utusan
- Negeri Lain Catu Air Juga, Kenapa Noh Omar Mahu Demo Hanya Di S'ngor?
- Syabas akui ingkari arahan kurangkan pelepasan air ketika air empangan menyusut
- Paras air empangan di Selangor catat peningkatan
- MB: Kerajaan Negeri Sembilan patut beri air percuma kepada rakyat
- Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Lembah Pantai esok
- Anwar: Najib perlu dedah ‘barang’ yang disorok dalam kargo MH370
- Kandungan taklimat PBS berbeza-beza, mengelirukan
- Pejabat Agama Jangan Hanya Tonton Saja Perlakuan Raja Bomoh
- Rebut Jawatan , Jangan Untungkan Musuh
- ‘Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes Anwar’
- Pakatan Rakyat cadang penambaikan Escomm
- Nozula beransur pulih, belum dimaklum kematian isteri
- Salahuddin, Suhaizan jumpa menteri Islam Scotland
- Pas yakin hudud di Kelantan jadi kenyataan
- Siasatan MH370: Malaysia, Australia ikat janji
- Malaysia hab penyeludupan?
Penyokong Ganas : Perak Bakal Berdepan Tindakan Tegas FAM Posted: 20 Apr 2014 04:08 AM PDT RAKYAT NEWS PETALING JAYA - Pasukan Perak bakal berdepan tindakan tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk kemungkinan beraksi tanpa penyokong, sekiranya didapati bersalah dalam insiden kekecohan selepas aksi Liga Super di Stadium Perak, Selasa lalu. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya menerima laporan daripada Pesuruhjaya Perlawanan pada Jumaat mengenai kejadian itu sebelum membawanya kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk proses perbicaraan. "Jabatan Undang-Undang dan Jawatankuasa Tatatertib FAM akan melihat perkara ini secara keseluruhan. Kalau ada kes, kita akan keluarkan surat pertuduhan (kepada pihak terbabit). "Kebiasaannya, kita beri tempoh seminggu untuk sesebuah pasukan memberi surat maklum balas sebelum Jawatankuasa Tatatertib menentukan tarikh sesuai untuk perbicaraan kes," katanya. Hamidin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-11 bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, semalam. Ia dipengerusikan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri timbalan baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta anggota gabungan FAM. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya akan membincangkan kes berkenaan selepas menerima laporan daripada Sekretariat FAM. Beliau yang kecewa dengan insiden itu turut menasihatkan penyokong yang hadir ke stadium supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia hanya merugikan persatuan bola sepak negeri yang terpaksa menanggung akibatnya. "Bagi saya tiada gunanya kita mengenakan denda yang tinggi (kepada pasukan terlibat) sekiranya penyokong masih mengulangi perkara serupa. Mereka perlu mengubah sikap demi kemajuan bola sepak negara," katanya. Aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim itu tercemar dengan insiden kekecohan yang ditimbulkan segelintir penyokong Perak selepas pasukan tuan rumah kalah 0-1 kepada pasukan pelawat. Mereka dilaporkan bertindak liar dengan membaling batu dan mercun sehingga mencederakan dua petugas media yang membuat liputan perlawanan. Pasukan Unit Simpanan Persekutuan dilaporkan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air bagi menyuraikan penyokong tuan rumah yang terus menimbulkan kekecohan selepas perlawanan itu. | ||
Bapa Altantuya ucap takziah pada keluarga Karpal Posted: 20 Apr 2014 03:37 AM PDT MALAYSIAKINI Berita kematian peguam Karpal Singh telah sampai ke Ulanbataar, Mongolia. Akhbar berbahasa Mongolia - Zuunii Medee atau Century News - menyiarkan dua muka surat temubual dengan bapa Altantuya, Shaariibuu Setev yang mencurahkan isi hatinya mengenai Karpal dalam satu artikel bertajuk 'Pemimpin DAP Malaysia Karpal Singh maut dalam nahas kereta". Shaariibuu berkata, beliau mengenali "insan yang terulung itu" yang membantunya dalam perbicaraan dua bekas anggota polis yang disyaki membunuh Altantuya dengan bahan letupan plastik pada Oktober 2006. Karpal begitu tekun sebagai peguam pemerhati bagi pihak Shaariibuu sejak kes itu bermula pada tahun 2007 dan setia memaklumkan kepadanya perkembangan kes di Malaysia. Shaariibuu berkata beliau telah menghantar ucapan takziah yang teramat sangat kepada keluarga Karpal di mana mendiang sentiasa bersama mereka ketika beliau dalam masa paling buruk dalam hidupnya. "Apabila anak saya meninggal dunia lapan tahun lalu di Malaysia... saya tak tahu mana nak tuju," katanya dalam emel kepada Malaysiakini. "Pada saat itu, Karpal sendiri menemui saya. Beliau merasakan bahawa tidak ada siapa yang boleh membantu kes anak perempuan saya di Malaysia," katanya. "Beliau bukan sahaja seorang peguambela tetapi juga pembela hak asasi manusia yang terulung di Asia Tenggara, " katanya. Kali terakhir Shaariibuu bertemu dengan Karpal ialah di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 11 April 2012, di mana beliau bergambar dengan peguamnya dan menghadiahkan selimut Mongolia untuk menutup lututnya. "Selimut ini bagus untuk lutut. Ia akan sentiasa memanas anda," Shaariibuu memberitahu Karpal sambil menepuk lututnya. Percakapannya itu telah diterjemahkan kepada Karpal oleh pegawai Kementerian Luar Mongolia yang bersama Shaariibuu dalam rangka lawatan tiga hari ke Kuala Lumpur. Malaysiakini turut hadir semasa lawatan itu. Shaariibuu bertemu dengan Karpal ketika itu untuk mempercepatkan saman RM100 juta yang difailkannya pada tahun 2007 terhadap kerajaan, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas penderitaan yang ditanggung oleh keluarganya - termasuk dua anak Altantuya - akibat anak perempuannya itu. Shaariibuu menyuarakan kebimbangannya tahun lepas bahawa samannya mungkin tidak lagi sah kerana kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) - Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - yang sebelumnya telah disabitkan dengan pembunuhan anaknya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam - telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos tahun lepas. Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 23-25 jun untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan kedua-duanya, di mana Karpal sepatautnya hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Shaariibuu. Peguamnya yang berpejabat di Ulanbataar, Munkhsaruul Mijiddorj, berkata Shariibuu memintanya menghantar ucapan takziah kepada keluarga Karpal. "Ramai rakyat Mongolia sedih dan berdukacita atas kematian beliau," kata Munkhsaruul yang telah menemani Shaariibuu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perbicaraan pembunuhan Altantuya. | ||
Pelakon terkenal ditahan positif dadah Posted: 20 Apr 2014 01:31 AM PDT ANTARAPOS.COMKuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam. Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur. Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau. "Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. "Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam. Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak. "Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah," katanya. | ||
Rakan Umno tentang hasrat Pas laksana hudud Posted: 20 Apr 2014 01:27 AM PDT Empat parti komponen BN yang menjadi rakan kepada Umno telah menyatakan sikap dan pendirian menolak hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Dalam kenyataan bersama membantah cadangan kerajaan Kelantan itu, empat parti itu, MCA, Gerakan, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Liberal Demokratik Parti (LDP) menyatakan mereka akan tentang hudud. Walaupun mereka adalah minoriti dalam parlimen, tetapi akan berusaha sedaya mungkin akan menentang pelaksanaan hukum hudud itu. Ketegasan ini menunjukkan kebencian mereka kepada hukum Islam. Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan di Wisma MCA hari ini, seperti dilapor Bernama, kumpulan itu yang diketuai Presiden MCA, Liow Tiong Lai memberi alasan perlaksanaan undang-undang itu (hudud) bercanggah dengan Perlembagaan negara dimana jika ia dilaksanakan akan menjejaskan masa depan negara. Katanya, kalau hasrat Pas itu dibenarkan membolehkan Pas akan meminta agar perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di seluruh negara. Beliau bimbang sekiranya sistem kehakiman mempunyai dua set undang-undang ia akan mencetuskan kekalutan (imbrologi) perlembagaan yang tidak boleh berpatah balik lagi. Hadir sama dalam sidang akhbar menentang hukum hudud itu, ialah Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, Presiden SUPP Peter Chin Fah Kui, dan Naib Presiden LDP, Chin Shu Ying. Jelas pendirian itu bukan saja tidak menghormati hak-hak orang Melayu dalam kepentingan agamanya (Islam) tetapi cuba menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat. Bukankah tindakan Tiong Lai dan rakan-rakannya itu sebagai menghasut? Menghairankan sehingga jam 7:00 malam ini tidak ada pula mana-mana pemimpin "shawat" NGO fanatik Melayu mempersoalkan tindakan empat rakan Umno itu, tidak seperti mana mereka mengecam pemimpin DAP apabila menyatakan bantahan kepada hukum hudud. Alasan diberikan Tiong Lai itu boleh dianggap prejudis kerana ia tidak berpijak dibumi nyata. Tidak timbul akan berlaku kekalutan dalam Perlembagaan dengan adanya dua set undang-undang. Selama ini pun sudah ada pertindihan atau dua bentuk keadaan (pegangan dan amalan) dimana ia tetapi ia tidak menganggu Perlembagaan negara dan rakyat hidup aman damai. Misalnya mengenai sekolah, bukan saja sekolah beraliran Melayu yang dibenarkan, tetapi aliran Cina, India, Arab dan Inggeris juga dibenarkan. Bukankah ini melebihi daripada dua set aliran persekolahan, mengenai pegangan dan amalan? Ternyata walaupun ada berbagai aliran ia berjalan dengan baik dan tahap pendidikan negara juga berkembang. Pendirian diambil empat parti komponen itu bertentangan dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak Umno yang menegaskan pihaknya sedia memberi laluan kepada Pas. Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin semalam juga menyatakan yang BN sedia menimbangkan hasrat Pas dan akan meneliti sebaik mungkin sebelum memberi kata putus. Katanya Muhyiddin sebagai orang Islam, dia tetap menerima hukum hudud. Alahai... Manakala menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrum juga menyatakan hal yang sama. Menurutnya BN tidak halang hasrat Pas untuk laksanakan hudud. Sehingga ini Najib Razak masih belum mengeluar apa-apa komen berhubung perkara ini. Beliau telah diberitahu oleh Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub mengenai hasrat kerajaan Kelantan itu semasa kunjungan Ahmad ke atas Najib beberapa bulan lalu. Janganlah hendaknya Najib memberi alasan untuk menolak hasrat kerajaan Pas itu semata-mata mendengar rasa bimbang yang tidak munasbaah dari empat rakan kongsinya dalam BN itu. Najib harus melihat dari sudut kepentingan dan juga tuntutan agama berhubung pelaksnaan hudud. Sekiranya Najib tunduk kepada kebimbangan tidak munasbaah MCA dan tiga rakannya itu, jelaslah Najib tidak mampu melatakkan Umno sebagai parti yang unggul dan transformasi yang hendak dilakukan sudah melayang dan tidak membawa apa-apa makna. Kita tunggu apakah Najib berani atau pun tidak | ||
Riwayat seorang harimau (bahagian akhir) – Al-Mustaqeem M Radhi Posted: 20 Apr 2014 01:25 AM PDT Roketkini.com == KemalanganPada 28 Januari 2005 telah berlaku suatu peristiwa yang hampir meragut nyawa Karpal. Biasanya Karpal menaiki kapal terbang dari KL ke Alor Setar untuk melawat pejabatnya di sana yang diuruskan oleh Jagdeep. Anak sulungnya itu yang biasanya menjemput Karpal lapangan terbang bandar itu dan kemudian mereka memandu pulang ke Pulau Pinang. Tetapi pada hari itu Karpal mengubah rutinnya. Dia keberatan untuk menyusahkan Jagdeep, lalu memilih untuk terbang langsung ke Bayan Lepas dengan pesawat terakhir dari KLIA. Karpal juga memutuskan untuk tidak membuatkan pemandu peribadinya berjaga hingga larut malam semata-mata untuk menjemputnya dari lapangan terbang ke rumah. Jadi, Karpal mengambil teksi. Hendak dijadikan cerita lagi, Karpal yang biasanya suka duduk di kerusi depan untuk berbual-bual dengan pemandu teksi memilih untuk duduk di belakang pada malam itu. Sampai di depan rumahnya di Jalan Utama, teksi itu berhenti dan memberi lampu isyarat untuk membelok memasuki laluan ke rumah Karpal. Tiba-tiba sebuah kereta menghentam teksi berkenaan dari belakang dan Karpal terpelanting dalam kereta. Dikatakan sebaik saja pengurus bank Lau Yee Fuat melihat penumpang teksi yang dilanggarnya, dia berteriak, "What have I done, I hit the Tiger of Jelutong! (Apa aku dah buat, aku langgar Harimau Jelutong!)" Sewaktu The Star menemubual Gurmit, dua tahun selepas kemalangan tersebut, dia masih mampu mengingati dengan jelas detik tersebut. Ketika itu mereka sedang bergembira kerana anak perempuan tunggal mereka, Sangeet, akan berkahwin. "Kami sedang memasang lampu hiasan untuk majlis perkahwinan," cerita Gurmit. "Loceng berbunyi sekitar tengah malam dan saya menyangka Karpal yang memanggil. Tapi yang saya lihat di pintu bukan suami saya, sebaliknya pemandu teksi. Dia menjerit-jerit, 'Sudah langgar YB. Sudah langgar!' "Saya berlari ke kereta dan Karpal sedang tertiarap dalam kereta. Katanya belakangnya sakit. Saya menariknya keluar dan anak sulung saya Jagdeep pula mengusung badannya dari arah satu lagi. Tentunya Tuhan yang mempimpin tangan kami sewaktu kami mengangkatnya keluar, kerana jika kami tersilap bergerak kecedaraan Karpal tentu lebih parah. "Pada awalnya saya lega kerana Karpal masih bercakap. Apabila dia bertanya, 'di mana tangan saya?' saya sedar yang dia tak dapat merasa tubuhnya." Perkahwinan Sangeet ditangguhkan selama setahun kerana dia mahu ayahnya yang mengahwinkannya. Bagaimanapun hasratnya tidak termakbul. Keempat-empat saudaranya menguruskan perkahwinan menurut cara tradisional Punjadi dan abang sulungnya yang mengahwinkannya. Sepanjang berada di hospital Gurmit menemani Karpal. Menurut Gurmit, adakalanya dia merasa kekecewaan dan kesengsaraan yang dihadapinya tidak tertanggung. Di waktu begitu dia akan memandu keretanya tanpa tujuan, sambil menangis. Katanya lagi, berbanding sewaktu Karpal ditahan selama 15 bulan di bawah ISA dulu, keadaan kali ini lebih parah. "…Saya cuma mampu berdoa. Sewaktu dalam tahanan, dia boleh berjalan, saya pula boleh melawat, bersuara dan memperjuangkan kebebasannya. Sekarang saya hendak bersuara kepada siapa? Seperti kata orang, siapa saja boleh membuat rencana besar, tapi hanya Tuhan yang mampu melaksanakannya." Dampak daripada kemalangan telah menyebabkan kecederaan teruk pada tulang belakang Karpal. Dia tidak lumpuh, tetapi beberapa saraf dan tisu pada bahagian tulang belakangnya telah rosak, menyebabkannya kehilangan deria rasa dan mengurangkan kekuatan anggota tubuh. Menurut doktor, Karpal boleh berjalan semula, tetapi prosesnya akan memakan masa yang lama. Kini Karpal tidak lagi mampu berjalan di antara pokok rambutan, pisang, mangga dan langsat di kawasan rumahnya di Bukit Damansara yang dibeli hampir dua puluh tahun lalu. Dia juga tak dapat lagi cergas ke sana ke mari, berada di beberapa negeri dalam masa sehari, seperti dulu. Namun, dia tetap bersemangat meneruskan kehidupannya. Karpal percaya suatu hari nanti dia akan mampu berjalan semula, begitu juga orang-orang di sekelilingnya, termasuk juru-juru terapi yang pernah ke rumahnya setiap hari untuk membantu Karpal menjalani sesi fisioterapi. Menurut Gurmit, mereka enggan menerima bayaran kerana mereka penyokong-penyokong kuat Karpal dan mereka mahu melihatnya berjalan semula. Dengan berkerusi roda Karpal tetap meneruskan kerja-kerja di firma guamannya, menghadiri sesi parlimen dan menyertai kegiatan-kegiatan politik yang lain, termasuk kempen pilihanraya. Malah, sejak berkerusi roda Karpal menyedari ada satu lagi kelompok yang boleh dibelanya, iaitu golongan kurang upaya yang kurang diperhatikan di negara ini berbanding negara-negara lain. Justeru itu, janji Karpal, "Saya akan lakukan apa yang saya mampu untuk memastikan golongan kurang upaya diberi semua peluang selari dengan negara-negara lain." Dirgahayu! Penulisan makalah ini dibantu beberapa makalah dan hasil wawancara yang pernah terbit dalam media massa, antaranya: Martin Vengadesan, "The Tiger's still roaring", The Star, 23 Julai 2010 "His pillar of strength", The Star, 10 September 2006 "Durable and obdurate", The Star, 25 Julai 2010 Shazwan Mustafa Kamal, "At 70, karpal says wont close shop", The Malaysian Insider, 28 Jun 2010 Azmi Anshar, "Dewan Dispatches: The Tiger bites the bullet", New Straits Times, 21 Mei 2008 "I will walk again", The Star, 10 September 2006 | ||
Perjalanan terakhir 'Harimau Jelutong' Posted: 20 Apr 2014 01:10 AM PDT MALAYSIAKINI Dewan Seri Pinang di Pulau Pinang hari ini penuh sesak dengan anggota keluarga mendiang Karpal Singh, sahabat handainya dan ahli politik yang hadir untuk upacara penghormatan negeri kepada peguam tersohor itu. Kira-kira 1,000 orang mula berhimpun sejam jam 8 pagi untuk menunggu ketibaan perarakan dari kediaman mendiang di Jalan Utama. Jumlah berkenaan meningkat kepada kira-kira 10,000 orang menjelang jam 10 pagi. Perarakan yang membawa keranda Karpal Singh, yang ditutup dengan bendera negeri, tiba pada jam 8.15, dengan iringan ratusan kenderaan termasuk kereta, motosikal dan basikal. Kehadiran begitu ramai orang di dewan berkenaan menyebabkan suasana sedikit kelam kabut kerana terdapat individu yang menghalang laluan masuk. Kesesakan itu bagaimanapun berjaya diatasi oleh ADUN Seri Delima yang turut mententeramkan keadaan. Para hadirin seterusnya mengambil giliran untuk memberi penghormatan terakhir di tepi keranda Karpal dalam suasana penuh takzim. Ada di antaranya dilihat merapatkan tangan untuk berdoa dan ada juga yang meletakkan bunga di keranda tersebut. Selepas penghormatan dari khalayak umum, upacara diteruskan dengan penghormatan dari Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri, agensi kerajaan, DAP, Pakatan Rakyat, parti politik lain dan juga pertubuhan serta anggota keluarga Karpal. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bapanya Kit Siang dan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin. Perarakan bermula jam 11:50 pagi hari ini antara lainnya melalui tempat signifikan dalam hidup Karpal iaitu DUN Pulau Pinang di mana beliau menjadi ADUN Bukit Gelugor dari 1978 hingga 1990. Perarakan turut melaluui sekolah lamanya, St Xavier's Institution, pejabat guamannya di Jalan Green Hall dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Jalan Faarquhar sebelum mayat beliau dibakar di Batu Gantung kira-kira jam 1 petang nanti. Ribuan hadirin yang menunggu di sepanjang jalan turut bertepuk dan melaung nama Karpal Singh ketika mayat mendiang dibawa keluar dari dewan. Upacara terakhir di tempat pembakaran mayat Batu Gantung turut disaksikan oleh orang ramai dan wartawan. Suasana tegang sekali lagi tercetus apabila orang ramai enggan berganjak untuk memberi ruang kepada anggota keluarga Karpal yang bersiap sedia untuk memindahkan keranda ke tempat pembakaran. Anak sulung mendiang, Jagdeep Singh, terpaksa memberi amaran keras kepada jurugambar supaya berhenti merakam gambar untuk memberi ruang kepada anggota keluarga di saat terakhir sebelum mayat dibakar. Anak bongsu Karpal, Man Karpal juga dilihat merampas satu telefon bimbit milik seorang wanita dan menghempaskannya ke dinding. Para hadirin bersurai hampir jam 3 petang selepas upacara tersebut selesai. Anak mendiang, Gobind Singh menyatakan penghargaannya kepada semua yang hadir di upacara tersebut. [GALERI FOTO] | ||
Dua menteri besar akan bertukar, dakwa kolumnis Utusan Posted: 20 Apr 2014 01:01 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi. Bagaimanapun, Awang yang berkata demikian melalui kolumnya dalam akhbar milik Umno itu tidak menyatakan dua negeri yang akan menyaksikan pertukaran menteri besar. "Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai. "Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini. Kolumnis Utusan itu percaya Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan. Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti. "Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya. Awang berkata, pertukaran dalam pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata. "Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu," katanya. Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan menteri besar namun jawatan dalam parti. "Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti," katanya. | ||
Negeri Lain Catu Air Juga, Kenapa Noh Omar Mahu Demo Hanya Di S'ngor? Posted: 20 Apr 2014 12:56 AM PDT KELAB GREENBOC Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja? SHAH ALAM - "Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka juga," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik. Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor. "Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera catuan air. Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas. "Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam. Pelan catuan bekalan air di selangor bermula pada 2 Mac lalu, antara kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Ianya dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air. -SH
| ||
Syabas akui ingkari arahan kurangkan pelepasan air ketika air empangan menyusut Posted: 20 Apr 2014 12:51 AM PDT Oleh Afeeqa Afeera KUALA LUMPUR : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengakui tidak mematuhi hasil perbincangan dengan kerajaan Selangor untuk mengurangkan pelepasan air mentah ketika penurunan paras air empangan . Pengarah Eksekutif Syabas, V Subramaniam, berkata ia membabitkan 600 juta liter sehari dari empangan Sungai Selangor dan pengurangan pengeluaran 500 juta liter sehari air terawat di lima loji rawatan air. Pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata, hasil perbincangan pada 21 Februari lalu dibuat berikutan penurunan paras empangan berkenaan tetapi Syabas tidak mematuhinya. "Syabas tidak boleh melaksanakan arahan tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya Beliau memberi alasan, hanya SPAN berkuasa untuk memutuskan dan meluluskan rancangan sedemikian mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006). Malah,Subramanian berkata Pelan Pengagihan Air Berjadual Syabas hanya berkuatkuasa pada 27 Februari ini meskipun penjadualan air bermula hari ini dengan memberi alasan.tempoh dua hari untuk berbuat demikian, terlalu singkat. Sebaliknya, beliau lebih gemar menuding jadi kepada Kerajaan Selangor kerana enggan melaksanakan banyak projek pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air. Beliau juga mengungkit keputusan SPAN tidak meluluskan program perbelanjaan modal (CAPEX) bagi menambahbaik dan menaik taraf sistem pengagihan bekalan air termasuk usaha mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW).- FZL | ||
Paras air empangan di Selangor catat peningkatan Posted: 20 Apr 2014 12:49 AM PDT Oleh: Norhayati Umor SHAH ALAM : Empangan Klang Gates setakat pagi ini, mencatatkan peningkatan paras air sebanyak 53.96 peratus dengan taburan hujan 2.50 mm berbanding minggu lalu. Menerusi laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati setakat pagi ini, Kolam Takungan Sungai Labu mencatatkan sebanyak 76.73 peratus ; Sungai Semenyih sebanyak 73.54 peratus dan Sungai Tinggi sebanyak 61.62 peratus. Manakala, setakat semalam, empangan Batu mencatatkan paras air sebanyak 78.51 peratus. Empangan Langat pula sebanyak 51.42 peratus dengan taburan hujan 1.00 mm. Empangan Sungai Selangor sebanyak 38.53 peratus dengan taburan hujan 17.62 mm dan empangan Tasik Subang sebanyak 84.69 peratus. Pihak Luas dan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) memberitahu dalam tempoh tiga minggu lagi, pihak mereka akan terus menjalankan operasi pembenihan awan kering bagi meningkatkan paras air empangan bergantung pada keadaan cuaca dan keadaan pesawat. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak berkata pembenihan di kawasan empangan Sungai Selangor akan diteruskan sehingga 21 April ini dan jika terdapat permintaan, proses itu akan diteruskan sehingga hujung bulan ini. "Peningkatan paras air empangan sebanyak satu peratus memerlukan jumlah hujan sebanyak 20mm dan untuk mencapai perkadaran 55 peratus jumlah hujan diperlukan adalah lebih 360mm dengan penurunan hampir konsisten setiap hari," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi memberitahu Kerajaan Negeri meneruskan tindakan penjadualan air di beberapa kawasan ekoran empangan Sungai Selangor masih mencatatkan bacaan di paras sasaran. Keadaan penjadualan air itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala.EZY | ||
MB: Kerajaan Negeri Sembilan patut beri air percuma kepada rakyat Posted: 20 Apr 2014 12:47 AM PDT Oleh: AFIX REDZUAN SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air. "Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan. "Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas," katanya menerusi laporan akhbar Sinar harian. Jelasnya lagi, tawaran dibuat terlalu sedikit berbanding dengan keperluan keseluruhan Selangor yang mana ia memerlukan sebanyak 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi. "Ia ibarat pemberian 10sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1. "Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat," kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok Kemang.EZY | ||
Anwar di jelajah Reformasi 2.0 Lembah Pantai esok Posted: 20 Apr 2014 12:45 AM PDT KEADILAN DAILYLEMBAH PANTAI : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah sempena jelajah Reformasi 2.0 peringkat Wilayah Persekutuan malam esok ( 20 April ). Program Jelajah Reformasi 2.0 peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. Selain Anwar, turut menyampaikan ceramah malam ini pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli parlimen KEADILAN Wilayah Persekutuan Penduduk Lembah Pantai dan mereka yang berada di lokasi berhampiran tapak program dialu-alukan hadir beramai-ramai. | ||
Anwar: Najib perlu dedah ‘barang’ yang disorok dalam kargo MH370 Posted: 20 Apr 2014 12:41 AM PDT Oleh Amirul Azhan IPOH 20 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan barangan apa sebenarnya yang dibawa dalam kargo MH370 dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu berkata, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo. "Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada 'cargo manifest', maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion). "Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri? Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu," kata Anwar, di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Wisma KEADILAN, Bandar Ipoh Raya, Jumaat lalu. Sehingga kini tiada laporan bahawa kerajaan menyerahkan butiran mengenai kandungan kargo itu kepada Kerajaan Australia seperti diminta. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 18 Mac menafikan MH370 membawa barangan berbahaya, sebaliknya menyatakan hanya terdapat tiga hingga empat tan manggis dalam pesawat itu. Namun, empat hari selepas itu beliau mengesahkan pesawat itu membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya. Anwar selanjutnya, mempersoal kelemahan ketara yang cuba ditutup kerajaan iaitu keupayaan sistem radar milik negara mengesan MH370. Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, radar Malaysia sepatutnya mampu mengesan MH370 kerana kerajaan membeli sistem radar daripada Marconi untuk kawasan utara Malaysia. "Radar Marconi dipasang di Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak dibeli dengan kos RM1.2 bilion adalah canggih. Lalu lintas pesawat pelbagai saiz semua boleh nampak dan pesawat negara boleh memintas untuk tindakan segera jika ada pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara. Macamana radar boleh tak nampak? Kenapa rahsiakan maklumat ini dan tidak disampai kepada rakyat? "Radar ada, tentera udara ada, Menteri Pertahanan pun ada, kalau kapal terbang tanpa kebenaran masuk dan lalu semua negeri dan jika dibom Komtar dan datang ke Ipoh macamana? Tentunya keselamatan kita tak boleh dijamin oleh Menteri Pertahanan, sebab itulah Hishammuddin (Hussein) mesti letak jawatan," tegas Anwar. Turut dibangkitkan Anwar termasuk mengenai kehadiran dua penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi semasa menaiki penerbangan itu. "Bagaimana pasport curi dari Itali boleh dipakai oleh orang Iran dan bolos masuk Imigresen sedangkan kita ada sistem canggih dan hal ini terlebih dahulu diberitahu oleh Interpol sekiranya ada berlaku kecurian pasport," kata Anwar. Tegasnya, tiga persoalan penting ini yang masih belum dijawab, menguatkan dakwaan bahawa kerajaan Umno BN cuba menyembunyikan maklumat kehilangan MH370. | ||
Kandungan taklimat PBS berbeza-beza, mengelirukan Posted: 20 Apr 2014 12:38 AM PDT SHAH ALAM – Taklimat Penataran Penambahbaikan PBS yang dijalankan di sebuah sekolah di Pahang didakwa mengandungi maklumat berbeza. Ketua Biro Pendidikan Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, perkara itu dapat dijamin ekoran beliau sendiri berpeluang menghadiri dua taklimat sama pada hari yang berbeza. "...dalam tempoh sebelum nak ditangguh itu, mereka ada buat satu taklimat kepada pentadbir, guru dan ibu bapa. Nama taklimat itu adalah Taklimat Penataran Penambahbaikan PBS. "Saya duduk dalam dua jenis taklimat iaitu bersama pentadbir dan guru. Dua taklimat ini mereka sampaikan maklumat yang berbeza-beza. Itu saya berani jamin cakap," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual eksklusif, hari ini. Jelas beliau, perkara paling jelas yang menimbulkan persoalan adalah berhubung peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. "Dengan pentadbir kata A, dengan guru kata B. Contohnya, dia (pemberi taklimat) bentang format PT3... sebab dia kata dah buat kajian menyeluruh maknanya format PT3 itu dah ada. Tapi bila saya soal di mana format tersebut, dia tak dapat bentangkan dan pentadbir mula bising. "Keesokannya taklimat dengan guru, mereka kata, semua yang dibentangkan hari ini adalah baru cadangan. Semalam kata dah tetap tapi hari ini kata cadangan," katanya yang masih tidak pasti nasib pelajar-pelajar Tingkatan 3 tahun ini, sehingga ke hari ini. Beliau yang aktif dalam kempen Mansuh PBS sejak tahun lalu turut mendakwa bahawa taklimat tersebut mempunyai agenda tersendiri namun berakhir dengan pemberi taklimat ditekan oleh pentadbir dengan pelbagai persoalan yang tidak mampu dijawab. "Tengok cara memang saya tahu dia dihantar oleh Putrajaya semata-mata kerana saya ada dan kononnya cuba untuk memanipulasi semuanya tapi malangnya beliau silap. "Beliau pula yang ditekan oleh pentadbir dan ditanya persoalan-persoalan yang beliau tak dapat jawab," katanya. Sistem pendidikan negara, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebelum ini menerima kritikan hebat selepas kelihatan gagal dari segi pelaksanannya. Ekoran itu, beberapa penambahbaikan telah dilakukan pihak kementerian termasuk mengumumkan bahawa guru-guru tidak perlu lagi memasukkan data sistem PBS secara dalam talian yang dikatakan membebankan guru-guru. | ||
Pejabat Agama Jangan Hanya Tonton Saja Perlakuan Raja Bomoh Posted: 20 Apr 2014 12:31 AM PDT Oleh Shahbudin Husin Selepas kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung beberapa hari lalu, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam muncul di kawasan berlakunya kemalangan itu untuk melakukan ritual yang didakwanya untuk menghalau makhluk jahat yang di kawasan itu. Dalam ritualnya sambil membawa bunga malai yang digantungkan di salah satu tiang penghadang lebuhraya itu, Raja Bomoh mendakwa, kemalangan yang menimpa keatas Karpal Singh adalah disebabkan angkara makhluk jahat di persekitaran Gua Tempurung itu. Tambahnya, beliau hadir untuk menghalau makhluk jahat atau penunggu itu untuk mengelakkkan lebih ramai pengguna jalanraya terus diganggu dan terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas ini. Ternampak niat dan tujuannya memang baik tetapi jelas cara atau kaedah yang dijalankannya adalah salah. Adakah Islam menganjurkan cara demikian? Bolehkah kita percaya kemalangan semata-mata disebabkan gangguan penunggu dan mengenepikan faktor kecuaian manusia? Adakah makhluk jahat, penunggu, hantu lebuhraya atau lebih tepatnya iblis dan syaitan dapat dihalau dengan cara yang beliau lakukan itu? Apakah yang Raja Bonoh ini mahukan sebenarnya? Siapa yang menyuruhnya berbuat demikian, kenapa perlakuannya tidak dihalang dan macam-macam persoalan lagi muncul apabila melihat perlakuan terbaru beliau ini. Sebelum ini, beliau telah melakukan dua kali ritual merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 di KLIA dan kemudian apabiia diumumkan pesawat itu hilang di Lautan Hindi, Raja Bomoh itu juga dirakan melakukan ritual pencarian di sebuah kawasan tepi pantai. Jika semasa dulu KLIA beliau membawa kelapa, tikar dan teropong buluh digunakan sebagai alat mencari MH370 yang masih misteri, dan di tepi pantai itu, buah kelapa dan teropong buluh terus menjadi alatan wajib bagi Raja Bomoh. Namun ritualnya langsung tidak membantu mencari pesawat yang hilang itu. Tindakan Raja Bomoh itu mendapat kecaman banyak pihak, termasuk oleh Anwar Ibrahim yang membangkitkannya di Dewan Rakyat manakala tindakan Khairy Jamaluddin menegurnya pula mengundang kemarahannya sehingga beliau mengugut mahu menamparnya sepertimana beliau kononnya pernah menampar seekor buaya tidak lama dulu. Beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Shahidan Kassim juga menegur perbuatan Raja Bomoh, walaupun kemudian didedahkan bahawa kedua-dua pemimpin itu pernah dipakaikan selempang silat oleh Raja Bomoh beberapa tahun sebelum ini. Raja Bomoh yang terlibat dalam bidang perbomohan ini sebenarnya adalah guru silat gayong sejak sekian lama, bahkan pernah mengadakan majlis penganugerahan selempang yang dihadiri oleh beberapa VVIP. Selain itu beliau juga terlibat dalam bidang perbomohan. Wajah dan iklan perubatannya sering muncul dalam beberapa akhbar tabloid sebelum ini. Tetapi di awal tahun 80an dulu, ketika di Teluk Intan, ilmu persilatannya banyak dipertikaikan oleh orangramai dan beliau juga pernah ditampar ketika itu. Dalam kejadian lain pula, beliau juga pernah dibelasah sehingga terdampar di dalam longkang di Teluk Intan akibat masalah lain yang diwujudkannya. Sejak itu beliau lama menghilang dah kemudian lebih popolar di Kuala Lumpur dengan acara perbomohan dan mengadakan majlis-majlis anugerah persilatan atau perhimpunan anak-anak muridnya sambil dihadiri oleh VVIP tertentu. Dilaporkan juga sejak 2002 lagi, JAWI telah mengisytiharkan amalan perbomohan yang dijalankannya adalah bertentangan dengan Islam, namun beliau tidak pernah ditangkap atas kesalahan itu. Berlakunya insiden kehilangan MH370 merancakkan kembali kemunculannya di tempat awam, walaupun tidak diketahui siapa yang menyuruhnya berbuat demikian. Dalam pencarian MH370, rasanya tiada sesiapa yang memintanya melakukan ritual di KLIA dan tepi pantai itu walaupun beliau didakwa menyebut nama seseorang VVIP yang memintanya berbuat demikian. Begitu juga, selepas kematian Karpal Singh berhampiran Gua Tempurung, juga rasanya tiada mana-mana pihak yang tergamak memintanya melakukan ritual menghalau penunggu itu, apatah lagi semua perlakuan atau ritual yang dilakukannya itu amat memalukan sesiapa juga yang berfikiran waras menyaksikannya. Nampak lawak dan bodoh. Sudahlah bertentangan dengan akal yang waras dan pemikiran logik, ia juga seperti menghina Islam sendiri. Apakah amalan Islam begitu hina dan kolot? Dalam hal ini, oleh kerana JAWI dikatakan sudah pernah mengisytiharkan amalannya salah dan bertentangan dengan Islam, JAWI atau mana-mana pejabat agama lain tidak seharusnya sekadar menjadi penonton saja kepada perlakuan beliau itu. Bertindaklah segera untuk mengelakkan lebih banyak kekeliruan dan kejadian yang memalukan agama. Meskipun Raja Bomoh ini sudah berusia lebih 80 tahun, pejabat agama tidak harus ada simpati atau helah untuk tidak menahannya. Jika Kassim Ahmad yang didapati mengeluarkan pandangan anti hadis masih boleh ditahan dan bakal didakwa dalam usianya yang juga lebih 80 tahun, biar kurang disenangi oleh Mahathir Mohamad, tiada alasan juga untuk tidak bertindak sama terhadap Raja Bomoh yang lebih menyeleweng dan memalukan agama ini. Jika dibiarkan, tidak mustahil nanti apabila berlaku saja sesuatu kejadian dalam negara, maka akan muncullah Raja Bomoh ini dengan segala ritual dan peralatannya yang pelil-pelik. Sudahlah kita di negara ini dipelikkan dengan perangai Zulkifli Noordin dan Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi (nasih baik sudah meminta maaf) yang mencemar dan menghodohkan wajah Islam seolah-olah kematian bukan Islam boleh dipermain dan dihina, perlakuan Raja Bomoh ini jika dibiarkan akan mencacatkan lagi wajah Islam di negara ini dan di mata bukan Islam. Kepada Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam serta jabatan agama seluruh negara, segeralah banteras kekotoran dan karut-marut ini | ||
Rebut Jawatan , Jangan Untungkan Musuh Posted: 20 Apr 2014 12:13 AM PDT
Dasar yang Parti KEADILAN amalkan ialah " satu ahli satu undi ". Bertolak dari situ sesiapa saja boleh menawarkan diri mengisi begitu banyak jawatan untuk mentadbir Parti bagi tempoh 2014 – 2017. Namun demikian hanya ahli-ahli yang berkedudukan sahaja boleh menonjolkan diri untuk merebut jawatan-jawatan besar. Memerhati senarai nama yang bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua AMK Pusat, rata-rata adalah dikalangan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri-Negeri. Disini saja sudah menunjukan "habuan yang menunggu"cukup lumayan. Dalam lain perkataan ahli biasa yang terpaksa membanting tulang untuk mendapatkan rezeki bolehlah dianggap tidak layak menawarkan diri kejawatan-jawatan besar tersebut. Secara peribadi saya tidak setuju ujudnya kumpulan atau "team" jika seseorang itu menawar diri kejawatan besar seperti Presiden dan Timbalan Presiden. Tidak ada masaalah jika pertandingan melebar sehingga 6 penjuru sekalipun kerana akhirnya hanya seorang sahaja yang akan diambil kejawatan tersebut. Pemenang jawatan akan bertanggungjawab menjayakan Parti diarena politik tanahair. Jika menggunakan pendekatan kartel atau kumpulan untuk memegang jawatan maka khidmat presiden atau timbalan baru ini ialah untuk memakmurkan ahli-ahli kartelnya sahaja. Seperkara yang ingin saya ingatkan kepada pihak yang bertanding janganlah menyerang peribadi. Sebagai contoh malam tadi di Ipoh dalam majlis yang diberi nama Refomasi 2.0 ada pihak yang mengedar risalah memburuk-burukkan Azmin. Ini maknanya tumbuk bawah tali pinggang (dalam tinju). Sungguhpun tidak ada seorangpun penceramah berkempen jawatan dalam Parti perbuatan mengedarkan risalah sedemikian adalah suatu perbuatan yang sangat jijik. Saya sendiri bertanding diperingkat Cabang dan berikrar tidak akan menyerang lawan secara peribadi. Dalam kempen, saya ketengahkan pengalaman semata-mata untuk memikul tanggungjawab jika diamanahkan. Kepada ahli-ahli PKR (pengundi) pilihlah orang-orang yang kita yakin mampu membawa kejayaan kepada Parti kita bukan memileh mengikut senarai yang dihidang seperti yang kerap berlaku dalam pemilehan koperasi. Paling malang bila melihat Parti lawan bertepuk tangan mempersendakan kita.http://ahmadzawawi.wordpress.com | ||
‘Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes Anwar’ Posted: 20 Apr 2014 12:10 AM PDT HARAKAHDAILY GEORGE TOWN: Kediaman mendiang Karpal Singh terus menjadi tumpuan orang ramai, kenalan, sahabat handai dan pemimpin politik untuk memberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan peguam itu. Sejak pukul 8.30 pagi tadi orang ramai terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa mula berkumpul dan memenuhi perkarangan rumah mendiang di 144A, Jalan Utama di sini. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang turut hadir memberi penghormatan terakhir menyifatkan Karpal sebagai seorang yang sentiasa membela dan memperjuangkan keadilan rakyat. (Gambar) "Saya turut merasai kehilangan mendiang Karpal. Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan berasa dukacita dengan kemalangan yang menimpa mendiang," katanya kepada pemberita di sini. Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan pemergian bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai satu kehilangan yang mendalam. Dr Wan Azizah berkata Karpal adalah seorang peguam yang sangat komited dan berdedikasi. "Saya diberitahu dalam kereta ada fail kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang beliau bawa bersama untuk diteliti. Saya berasa begitu terkilan bahawa beliau terpaksa pergi, tetapi walaupun peninggalannya kami akan meneruskan perjuangannya," katanya. Ejen hartanah, Wilson Moorthy, 47, berkata beliau berada di kediaman Karpal sejak pukul 10 pagi. Katanya, beliau mula mengagumi Karpal sejak beliau berusia 18 tahun kerana kelantangannya berhujah di Parlimen. "Sejak dulu lagi saya teringin untuk bertemu dengan beliau sehinggalah hasrat itu tercapai apabila saya berpindah ke Pulau Pinang pada usia 24 tahun. Setiap kali ada pilihan raya saya juga akan membantu beliau berkempen," tambahnya. Ditanya apakah ungkapan Karpal yang diingatnya, bapa kepada dua anak perempuan itu berkata: "Karpal sering mengingatkan saya supaya sentiasa menolong orang dengan jujur dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan serta jangan cepat berputus asa." Turut hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam dan Majlis Peguam Malaysia. Karpal Singh maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dengan sebuah lori di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong di Kampar, Perak awal pagi Khamis. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. - Bernama | ||
Pakatan Rakyat cadang penambaikan Escomm Posted: 19 Apr 2014 10:19 PM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum berhubung kelemahan dan penambahbaikan Pusat Kawalan Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir bulan ini. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, memorandum itu akan dirangka oleh Ahli Parlimen PKR Lumut yang juga bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) Laksamana Pertama (B) Mohd ImranAbdul Hamid. Ia adalah hasil daripada misi pencarian fakta ke Pantai Timur Sabah yang diketuai beliau dan disertai Mohd Imran, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin, Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt 15 April lalu. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota polis dan tentera, juga orang ramai yang kami temui dalam lawatan dua hari ke Semporna dan pulau-pulau di sekitarnya. "Mereka berhadapan dengan masalah besar dan usaha mereka dalam menjaga keselamatan timur Sabah perlu dihargai dan diiktiraf rakyat negeri dan Malaysia keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan. Selain kelemahan struktur organisasi dengan pasukan keselamatan, beliau turut menyatakan kelemahan utama Esscom yang menyebabkan badan itu gagal mencapai objektifnya. "Esscom ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013. Di bawah Peraturan 5 Sub-peraturan (1), Jawatankuasa Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszon) dipengerusikan Ketua Menteri. Sub-peraturan (4) membenarkan Ketua Menteri menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan sesuai untuk membantu Jawatankuasa Esszon. "Jika Esscom adalah jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Sub-peraturan (4) itu, secara asasnya ia tidak sama dengan struktur arahan tentera dan polis. Dengan kata lain, ia tiada kuasa eksekutif. Lebih mengejutkan, Peraturan itu tidak menetapkan kuasa sebenar Pengarah Esscom," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menggariskan empat cadangan bagi menambahbaik fungsi Esscom agar dapat memainkan peranan dalam menjamin keselamatan di sana. Empat langkah itu adalah; 1. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah perundangan yang tidak menyatakan secara jelas bidang kuasa Esscom. Esscom juga lebih sesuai digantikan dengan Jawatankuasa Bersama baru yang dipengerusikan pegawai tinggi polis, kerana ia adalah soal masalah dalam negeri. 2. Mengkaji semula strategi menghalang ancaman terhadap negara yang masih berdasarkan ancaman komunis yang menjadikan semenanjung Malaysia sebagai medan utama. Analisis menunjukkan kekuatan polis dan tentera adalah 70 peratus di Semenanjung dan 30 peratus di Sabah dan Sarawak. 3. Menjenamakan atau menggantikan Unit Cawangan Khas (UTK) dengan unit perisikan baru yang menumpukan tugas mengumpul maklumat berhubung keselamatan negara dan jenayah, bukannya politik. Ia berikutan pendedahan mahkamah yang menyatakan kegagalan polis menghalang insiden Lahad Datu walaupun telah mendapat maklumat awal tentang aktiviti Sultan Sulu, Datu Ismail Kiram di dalam Sabah sebelum berlakunya pencerobohan. 4. Siasatan penuh berhubung latar belakang dan identiti di seluruh negeri, ekoran Projek IC ketika pentadbiran Tun Mahathir Mohamad yang memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing semata-mata demi mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya. – Roketkini.com | ||
Nozula beransur pulih, belum dimaklum kematian isteri Posted: 19 Apr 2014 10:17 PM PDT Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar ketika menziarahi Nozula di hospital. HARAKAHDAILY IPOH: Keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis bertambah baik dan beliau masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. Pengarah HRPB Datuk Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata Nozula berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). "Sebentar tadi Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) ada melawat dan Nozula sudah sedar," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB, semalam. Sementara itu, Nor Fatma Nadia, anak kepada Nozula berkata bapanya belum dimaklumkan tentang kematian ibunya. "Semalam bapa telah sedar. Sebelum ini tidak sedar sebab diberikan ubat supaya boleh berehat," katanya. Turut melawat Nozula pada kira-kira pukul 6 petang ini ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Dalam kemalangan itu, Nozula, 57, mengalami kecederaan serius iaitu lebam di paru-paru selain tujuh tulang rusuknya, enam di bahagian kanan dan satu di kiri patah. Kemalangan yang menimpa Nozula berlaku kira-kira 6.30 petang di Km 23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ketika beliau dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur. Kenderaan SUV yang dipandu anak perempuannya dipercayai terbabas kerana jalan licin sebelum merempuh tebing bukit yang menyebabkan isterinya Datin Maziah Din maut. - Bernama | ||
Salahuddin, Suhaizan jumpa menteri Islam Scotland Posted: 19 Apr 2014 10:15 PM PDT Salahuddin dan Suhaizan ketika bertemu Humza (dua dari kiri) di pejabat beliau di Scotland. HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang sedang dalam lawatan kerja ke United Kingdom mengadakan perbincangan dengan Menteri Hubungan Luar dan Pembangunan Antarabangsa Scotland, Humza Yousaf. Pertemuan selama satu jam itu turut dihadiri Pengerusi PAS Representative Council (PRC UK), Jubri Bade. Dalam perjumpaan di The Scottish Goverment itu, Humza menjelaskan perjuangan Scotland untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Menurut beliau, satu pungutan referendum rakyat Scotland akan dilaksanakan pada September 2014 bagi meninjau pandangan rakyat sama ada mahukan kemerdekaan atau kekal di bawah kuasa British. Humza ialah pemimpin Scottish National Party (SNP). Menurut beliau, berdasarkan tinjauan pendapat yang diusahakan oleh SNP, sokongan terhadap tuntutan kemerdekaan telah meningkat daripada 36% kepada 47%. SNP ujarnya menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada British. Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan Scotland untuk membenarkan referendum dilaksanakan. Jika referendum ini berjaya, Scotland diberi masa 18 bulan untuk persiapan kemerdekaan. Antara isu-isu yang hangat dibincangkan menjelang referendum adalah penggunaan matawang pound kerajaan British. "Kerajaan British tidak membenarkan Scotland yang merdeka menggunakan mata wang British. Scotland yang merdeka juga tidak menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU). "Permohonan untuk masuk EU akan berhadapan dengan bantahan daripada British," jelas Suhaizan. Walaubagaimana pun SNP berkeyakinan penuh bahawa pendapatan hasil negeri daripada sumber petroleum, pertanian, penternakan dan lain-lain akan membolehkan Scotland mampu mentadbir negaranya sendiri, anggota pasukan polis dan tentera akan diberi pilihan sama ada mahu berkhidmat dengan Scotland yang merdeka ataupun kekal bersama British. "Menariknya SNP diberi hak untuk mempromosi agenda kemerdekaan mereka dalam media arus perdana British. Sesuatu yg tidak berlaku dalam negara kita," kata Suhaizan | ||
Pas yakin hudud di Kelantan jadi kenyataan Posted: 19 Apr 2014 10:07 PM PDT KEMAMAN - Pas yakin pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bakal menjadi kenyataan berdasarkan maklum balas serta kenyataan positif secara terbuka tentang perkara itu daripada pelbagai pihak termasuk kepimpinan tertinggi Umno. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu turut mendapat maklum balas memberangsangkan daripada orang bukan Islam yang ketika ini sudahpun ada yang menerima dan bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan. "Melihat kepada kenyataan-kenyataan terbuka daripada kerajaan negeri Kelantan khususnya, pimpinan (tertinggi) Umno dan di peringkat sidang Parlimen, ia menunjukkan respons yang sangat positif (berbanding situasi sebelum ini) dan kita sambut baik. "Kita harap kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan banyak pihak ini dapat melancarkan (proses) pelaksanaan hukum hudud agar ia menjadi kenyataan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtima Kepimpinan Pas negeri Terengganu 2014 di Kemasik dekat sini hari ini. Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meneliti secara mendalam berhubung usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Kerajaan Pas Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Mengenai kemungkinan Pas menghantar wakil bertemu Muhyiddin untuk menjelaskan tentang perkara itu, Abdul Hadi berkata ia akan diteliti jika ada permohonan. "Itu bergantung kepada permohonan, kita akan melalui proses apa sahaja yang membolehkan hukum Islam dilaksanakan," katanya. - Bernama | ||
Siasatan MH370: Malaysia, Australia ikat janji Posted: 19 Apr 2014 10:00 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini. "Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat). "Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.Hishammuddin berkata beliau telah bercakap dengan ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston bagi menentukan peraturan yang dibuat antara kedua-dua negara dirundingkan dengan rakan-rakan antarabangsa yang terlibat dalam operasi mencari. "Apajua peraturan dengan Australia, seperti kita lakukan dalam minggu-minggu lepas, kita lakukan tanpa sebarang agenda, tanpa masalah. Ia pendekatan tanpa had. "Ini, saya percaya adalah testimoni persefahaman kerjasama dengan rakan-rakan kita dalam operasi mencari," jelas beliau. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Berikutuan itu, operasi mencari pesawat berkenaan, Boeing 777-200 di peringkat antarabangsa dilancarkan di selatan Laut Hindi. Sementara itu, Abdul Aziz, yang mengetuai jawatankuasa teknikal dibentuk kerajaan Malaysia, berkata cadangan mengenai penubuhan pasukan penyiasat bagi MH370 akan dikemukakan kepada Kabinet pada Rabu. Pasukan itu akan menjalankan siasatan secara telus, bebas dan cekap oleh kerana terdapat penyiasat bebas antarabangsa serta wakil dari negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari MH370. Pasukan penyiasat yang diketuai kerajaan Malaysia, diumumkan pada 5 April lepas dengan kemasukan tiga kumpulan iaitu kumpulan 'kelayakan terbang', kumpulan operasi, di samping kumpulan perubatan dan faktor manusia, selain tiga jawatankuasa peringkat menteri. - Bernama | ||
Posted: 19 Apr 2014 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dakwaan masyarakat dunia mendakwa Malaysia sebagai hab penyeludupan dan perniagaan hidupan liar. Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata, hasil risikan dan maklumat diperoleh dari dalam dan luar negara memang mendapati dakwaan tersebut terhadap Malaysia. "Hidupan liar itu bukan dari dalam negara, tetapi ia merupakan khazanah dari luar negara seperti gading gajah yang diseludup. "Mereka menjadikan Malaysia sebagai transit atau hab penyeludupan hidupan liar untuk mengaut keuntungan serta menjayakan agenda yang tidak baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Save The Nature di Maktab PDRM, di sini, semalam. Menurutnya, PDRM tidak mahu perkara sedemikian terus berlaku dalam masa yang sama melindungi khazanah hidupan liar di dalam negara. "Terdapat juga usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menyeludup haiwan eksotik seperti Pangolin (Tenggiling) serta hidupan liar lain termasuk flora yang turut sama terancam, kita harus berganding bahu melaksanakan penguatkuasaan bersama demi menjaga flora dan fauna," katanya. Beliau berkata, PDRM akan berbincang bersama agensi lain dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras jenayah alam sekitar daripada berterusan. "Pada peringkat awal, kita menyampaikan penerangan, nasihat, amaran, sebelum tindakan tegas dilaksanakan secara berterusan," katanya. Seminar dua hari itu bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pencegahan perlakuan jenayah alam semula jadi dan resolusi dalam menangani jenayah alam semula jadi. Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada seminar itu antaranya, pengurusan alam sekitar, pembalakan haram, kesedaran alam sekitar dan isu-isu pemuliharaan, perancangan dan pemuliharaan hutan di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2009, Malaysia pernah disenaraikan sebagai antara 10 hab antarabangsa penyeludupan hidupan liar oleh sebuah pertubuhan. Senarai ini adalah melalui kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh pertubuhan itu, iaitu melalui faktor lokasi dan keadaan bentuk muka bumi negara ini yang kaya dengan khazanah dan cukup strategik mengundang jenayah sedemikian. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan