DIALOG RAKYAT |
- MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal
- Hudud di Kelantan tidak cabul persefahaman Pakatan
- Liong Sik dan Karpal berkawan rapat senyap-senyap
- Umno sokong hudud positif, dalam hati urusan Allah
- Penghormatan orang awam kepada Karpal 8.30 pagi esok
- Hudud di Persekutuan, biarlah satu demi satu - Pak Lah
- Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud
- Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin
- 28 Penumpang Nyaris Maut, Bas Ekspres Terbalik Di Temerloh
- Zizan Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan
- DBKL Tidak Benarkan Perhimpunan Di Dataran Merdeka
- Bluefin-21 teruskan misi ketujuh
- Tidak perlu khuatir dengan hudud
- Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja?
- Risalah burukkan Azmin cemar pemilihan PKR
- Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Respon Mahasiswa, Bekas Penuntut & Pensyarah?
- Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia!
- Pelajar UNISEL tidak terbabit demonstrasi pendidikan percuma
- Industri Selangor dijangka berkembang 6.5%
- MB ucap takziah kepada keluarga DJ Mansor
- [MH370] Hampa lagi, Tompokan Minyak BUKAN Daripada Pesawat MH370
- Remaja mati lemas ketika mandi di pantai Dungun
- ABIM syor mahkamah syariah pertimbang pandangan bukan Islam
- MP: Tiada 'common sense' dalam penghakiman Liwat II
- Ahli Parlimen Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal
MP Langkawi minta maaf kepada keluarga Karpal Posted: 19 Apr 2014 04:09 AM PDT MALAYSIAKINI MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu. Nawawi dua hari lalu menyiarkan keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam. Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu". Laman Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama". Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya. "Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh. "Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik. Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri. "Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku," katanya lagi. Kenyataan beliau bersama seorang lagi bekas calon BN dalam pilihan raya umum lalu, Datuk Zulkifli Nordin dikritik orang ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menganggapnya sebagai "amat kasar". Zulkifli menyifatkan kematian Karpal sebagai memudahkan laluan untuk undang-undang hudud dilaksanakan. | ||||
Hudud di Kelantan tidak cabul persefahaman Pakatan Posted: 19 Apr 2014 03:57 AM PDT HARAKAHDAILY KEMAMAN: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud tidak mencabul persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Ini, katanya kerana Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah II negeri itu sebelum wujudnya Pakatan Rakyat. Lagipun tambahnya, apa yang diusahakan oleh Kelantan itu adalah untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri berkenaan bukannya di Malaysia. "Kita (Kelantan) tidak cabul perjanjian Pakatan Rakyat, benda ni (hudud) sebelum Pakatan mari," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, malam tadi. Turut berceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menyeru semua pihak supaya menghormati usaha kerajaan negeri itu untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II. Menurutnya lagi, rakyat negeri itu juga mahu melihat pelaksanaan kanun jenayah syariah yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan. Ini, tegasnya dibuktikan dengan sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Kelantan melalui pilihan raya umum lebih 20 tahun lalu. Baginya, mandat yang diberikan oleh rakyat itu lebih besar daripada referendum supaya undang-undang jenayah syariah dilaksanakan. Justeru, kata beliau memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud adalah menghormati keputusan rakyat yang terus memberikan mandat kepada PAS negeri dalam pilihan raya. | ||||
Liong Sik dan Karpal berkawan rapat senyap-senyap Posted: 19 Apr 2014 03:54 AM PDT GEORGE TOWN: Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan. Dr Ling (gambar) yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura. "Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan. "Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di sini. Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya. Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah. "Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain disebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA. "Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya. Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat. "Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat. "Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnya. "Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," kata beliau. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986. "Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu. "Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," kata beliau. Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di sini hari ini termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi semalam. Mendiang berusia 74 tahun. Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39. - Bernama | ||||
Umno sokong hudud positif, dalam hati urusan Allah Posted: 19 Apr 2014 03:47 AM PDT Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan anugerah kepada sorang pemimpin veteran PAS Kemaman. HARAKAHDAILY KEMAMAN: PAS menerima sesiapa sahaja yang menyokong pelaksanaan hukum hudud termasuk dalam kalangan pemimpin Umno, tegas Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Alhamdulillah, mereka sokong hudud, urusan hati itu urusan Allah. "Kita terima orang yang sokong hudud, siapa sahaja termasuk bukan Islam," ujarnya semasa berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, hari ini. Menurutnya, perkembangan positif itu adalah hasil dakwah yang bijak yang dijalankan secara berterusan oleh pendukung parti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sentiasa konsisten menyampaikan dakwah walaupun terdapat dalam kalangan pemimpin Umno yang mempersenda pelaksanaan undang-undang syariah. Menurut beliau, ada di antara pemimpin Umno yang jahil berkata 'boleh buat sup tangan', 'habis batu tak boleh buat jalan raya' jika hukum hudud dilaksanakan tetapi PAS terus berdakwah memberikan kefahaman mengenai undang-undang itu. Bagaimanapun, ujarnya apa yang dikesalkan pada waktu itu ada dalam kalangan orang PAS yang gopoh menuduh pemimpin Umno yang membuat kenyataan seperti itu sebagai kafir. "Tanpa diduga orang yang kafirkan Umno masuk Umno," katanya lagi. Katanya, melalui dakwah bijak yang dilakukan oleh PAS memberikan penerangan berterusan mengenai undang-undang jenayah Islam telah difahami rakyat termasuk dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan. Ini, jelas beliau dapat dilihat apabila pegawai-pegawai tinggi ini bersara, mereka telah memilih untuk bersama dengan PAS bahkan menjadi calon PAS pada pilihan raya umum. "Ini tanda dakwah kita telah masuk ke jabatan kerajaan. Jadi kita bina kekuatan rakyat," katanya lagi. | ||||
Penghormatan orang awam kepada Karpal 8.30 pagi esok Posted: 19 Apr 2014 03:45 AM PDT GEORGE TOWN: Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Seri Pinang di sini esok dinasihatkan datang awal. (Foto: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.) Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mengetuai jawatankuasa pengebumian negeri bagi Karpal, berkata mereka boleh berbuat demikian dari 8.30 hingga 10.15 pagi. "Kami anjakkan sedikit waktu daripada 9 pagi yang diputuskan semalam kepada 8.30 pagi agar orang awam mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas memantau persiapan Majlis Penghormatan Negeri kepada mendiang Karpal Singh, di Dewan Seri Pinang di sni, hari ini. Beliau berkata dianggar 2,000 hingga 3,000 orang akan menghadiri upacara itu. Karpal Singh, 74, maut dalam nahas jalan raya di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi Khamis. Kemalangan 1.10 pagi itu turut meragut nyawa pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. Chow turut meminta badan bukan kerajaan, persatuan, badan keagamaan dan parti politik yang ingin memberi penghormatan terakhir agar mendaftar terlebih dahulu antara pukul 8.30 dan 9.30 pagi. Sesi untuk mereka akan bermula 10.15 pagi, katanya. Beliau juga berkata 1,000 penunggang basikal akan turut menyertai perarakan jasad mendiang esok. Semalam, Chow mengumumkan perarakan jasad mendiang akan melakukan tiga 'persinggahan bermakna' dalam perjalanan dari Dewan Sri Pinang ke Krematorium Batu Gantung. Persinggahan itu ialah di Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (tempat Karpal Singh bertugas sebagai peguam), Dewan Bangunan Undangan Negeri Pulau Pinang (lokasi kerjaya politik beliau) dan sekolah lama Karpal St Xavier's Institution. Perarakan dijadualkan bermula pukul 11.30 pagi dan akan tiba di krematorium pada 1 tengah hari. - Bernama | ||||
Hudud di Persekutuan, biarlah satu demi satu - Pak Lah Posted: 19 Apr 2014 03:43 AM PDT PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat. "Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri isterinya, Tun Jeanne Abdullah. Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata : "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya". Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini. Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas. - Bernama | ||||
Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud Posted: 19 Apr 2014 03:40 AM PDT Negara kehilangan seorang pejuang yg tegas dan berani dengan pemergian Karpal Singh awal pagi tadi. Berbeza prinsip tetapi saling hormat menghormati. Seorang pejuang hingga akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau. Semoga terus tabah. Dalam pada itu, saya mendengar dengan penuh hairan permintaan Menteri UMNO/BN supaya PAS membawa usul berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan. Mengapa Menteri dari kerajaan yang sedang memerintah memohon PAS yang merupakan parti pembangkang untuk membawa usul tersebut? Bertambah kelakar bagi saya, apabila Ahli Parlimen UMNO dari Kelantan dengan penuh gah dan semangat, menyokong pula permintaan itu dan memberikan jaminan dari ahli Parlimen UMNO! Kelakar kerana dia tetap meminta PAS membawa usul tersebut, bukan mendesak supaya UMNO yang bawa! Mengapa dianggap anggap kelakar? Kerana UMNO meminta PAS membawanya. UMNO tidak mampu membawa usul itu sendiri kah? Adakah ini satu pengakuan bahawa UMNO telah 'dikembirikan' MCA sehingga tidak berani membawa usul berkenaan dan terpaksa meminta PAS? Tidak sangka pula UMNO begitu takut pada MCA! Sedangkan 'pahlawan' dan 'pendekar' yang sanggup mendesak PAS pula kelihatan seperti ramai. Hakikatnya, sekiranya usul ini dibawa oleh parti pemerintah, ianya akan lebih diutamakan. Lebih power dah lebih berkesan. Dengan itu parti pemerintah, iaitu BN, akan menyokong dan ianya akan lulus dengan mudah. Tidak perlu dibawa oleh ahli parlimen dari parti pembangkang. Tetapi apakan daya, wakil rakyat UMNO, dalam soal Islam dan perundangan Islam khususnya, hanya berani menyokong 'dari belakang'. "PAS bawa dan kami berani untuk sokong!" seolah-olah itulah kata mereka. Tetapi untuk bawa sendiri, kami tidak berani! Siapa yang tunduk pada siapa sekarang? Dulu dituduh PAS tunduk pada DAP tetapi sekarang amat jelas, UMNO sendiri iktiraf PAS tidak tunduk kepada sesiapa sedangkan mereka sendiri tunduk kepada MCA. Yang bertambah menggelikan hati pula ialah apabila MCA mula menyerang DAP kerana menurut mereka pula, PAS berani membawa usul ini oleh kerana DAP! Eh, MCA ini pekakkah? Tidakkah mereka dengar, seperti mana telah didengari satu dunia, yang minta PAS bawa usul ini adalah UMNO? Atau ini semua merupakan mainan politik UMNO/BN yang sememangnya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? Tiada kesungguhan dan tiada keseriusan dalam soal perlaksanaan sistem perundangan Islam, hanya ingin dimanfaatkan untuk kepentingan politik mereka. Bagi yang sudah mula pening dengan kerana cerita yang berpusing-pusing ini, kisahnya begini; UMNO minta PAS bawa usul hudud, MCA pula serang DAP. Nampak logiknya? Tidak logik? Maka itulah politik UMNO/BN! Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. Kalau dianggap tidak sesuai kerana Kelantan di bawah PAS, maka bawalah untuk negeri Terengganu. Adakah mereka lupa bahawa Terengganu sekarang di bawah UMNO/BN? Tidak mungkin mereka lupa. Tetapi bukankah baru hari tu usul perlaksanaan hudud ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu? Maka di Terengganu tidak disokong dan ditolak terang-terangan tetapi di Parlimen dan di Kelantan mereka sokong? Sokong kerana dibawa oleh PAS? Maka kuncinya ialah usul ini mesti dibawa oleh PAS! Dan sememangnya mereka inginkan PAS yang bawa. Tetapi mengapa? Sebenarnya mereka tidak serius dan mereka tahu yang serius dan bersungguh-sungguh berhubung sistem perundangan Islam hanyalah PAS. Mereka minta PAS bawa usul berkenaan dengan tujuan dan harapan supaya PAS akan bergaduh dengan DAP! Pendirian DAP berhubung hudud sudah diketahui umum. Dengan diacah dan dicucuk oleh MCA, seperti yang dilakukan sekarang, adalah diharap DAP pula akan melatah dan bertembung dengan PAS. Pertembungan ini diharapkan akan semakin meruncing sehingga akhirnya PR itu sendiri akan berpecah. Pada masa yang sama, sambil PAS dan DAP 'bertembung', UMNO akan terus menyatakan 'sokongan' mereka kepada usaha PAS untuk melaksana hudud dan sistem perundangan Islam. Walaupun pada masa yang sama di Terengganu mereka juga yang menolak. Ini, bagi saya, adalah sejenis tindakan yang selari dengan tindakan golongan munafik yang menggunakan agama sebagai alat adu-domba. Dalam kes ini, yang ingin diadu-domba adalah kita yang berada dalam PR. Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang 'memperjuangkan' hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR. Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. Namun walaupun begitu, saya tetap setuju PAS membawa usul berkenaan ke Parlimen. Tetapi, penolakan usul oleh DAP dan PKR tidak merupakan sebab untuk PAS keluar PR kerana dalam soal ini, tiada mana-mana pihak yang melanggar janji di dalam persetujuan yang telah termeterai dengan penubuhan PR. Ini adalah kerana sejak awal lagi persoalan perlaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam perjanjian berkenaan kerana tidak dipersetujui bersama. Untuk memastikan PR tidak berpecah semasa menguruskan isu ini, maka pimpinan PR perlu bertemu dan memahami pendirian masing-masing. Sambil 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam soal perlaksanaan hudud dan sistem perundangan Islam, masih banyak lagi yang dipersetujui bersama berhubung 'good governance' dan keadilan umum yang terus ditolak UMNO/BN. Sekiranya PR mampu mengharungi strategi adu-domba UMNO/BN ini yang sedang dilaksanakan mereka, maka ini akan membuktikan kerjasama PR telah benar-benar mantap dan kukuh. Ini adalah tipu-helah yang utama mereka di mana parti yang selama ini memperlekehkan hudud, sanggup menelan perasaan malu dan akhirnya berpura-pura menyokong hudud. Penentang Islam mendabik dada mengakui dirinya sebagai pejuang Islam. Tipu-helah ini adalah tipu-helah terakhir dan sekiranya tidak berjaya menyebabkan PR berpecah, maka alamatnya PR akan mencabar UMNO/BN dengan lebih hebat lagi dalam PRU ke 14 yang akan datang ini insyaAllah. | ||||
Najib Perlu Segera Jauhi Species Seperti Zulkifli Noordin Posted: 19 Apr 2014 03:38 AM PDT Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf atas keterlanjuran perbuataannya. Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini. Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu. Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan. Komen Zulkifli yang dianggap keterlaluan, tidak sesuai dengan suasana keluarga Karpal yang sedang dalam kesedihan dan cuba mempolitikkan kematian tokoh DAP itu, bukan saja dikecam oleh banyak pihak, termasuk menteri dan komponen BN sendiri, tetapi KJ adalah yang paling awal dan lantang mengkritik bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu. KJ tidak saja mendesaknya agar diam tetapi juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Zulkifli itu, lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi calon BN di Shah Alam dalam pilihanraya lalu dan seterusnya menyatakan tidak seharusnya dipilih sebagai calon lagi dalam mana-mana pilihanraya selepas ini. Reaksi KJ yang keras tetapi bertepatan dengan sesiapa saja yang berfikiran waras itu telah mengundang rasa kurang senang Zulkifli dengan membalas di twitternya bahawa beliau sebenarnya malas melayan menantu Pak Lah itu tetapi semata-mata kerana kasihan kepada Perdana Menteri, Najib Razak saja. Sambil itu, beliau juga menyindir KJ dengan mengingatkannya agar tidak menjadi Anwar Ibrahim kedua dalam keghairahannya bermain politik. Barangkali kerana merasakan beliau sudah mampu berdiri sendiri dan tidak perlu dikaitkan lagi dengan Pak Lah, KJ lantas mengingatkan Zulkifli agar menjadi anak jantan dan terus merujuk kepada namanya saja. Walaupun ada yang menyebut apa perlunya dua orang pemimpin Melayu bertelagah hanya kerana Karpal Singh, tetapi dalam isu ini ternampak kebenaran lebih berpihak kepada KJ. Tegurannya kepada Zulkifli adalah wajar dan tidak semua perkara harus dikaitkan dengan perkiraan untung rugi politik. Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dengan Karpal semasa hidupnya tetapi setelah kematiannya, apa yang harus dikenang ialah jasa dan sumbangannya. Lihatlah bagaimana Mahathir, Pak Lah, Najib, Samy Vellu dan lain-lain pemimpin memberi reaksi dan menunjukkan jiwa besar atas pemergian Karpal walaupun semasa hayatnya sering bertelagah dan berbeza pendapat. Walaupun penentangan Karpal terhadap hudup tiada kaitan secara langsung dengan Zulkifli dan komennya lebih sebagai "batu ronson" semata-mata, hakikatnya Zulkifli tidak dapat membezakan antara menghormati orang hidup dengan orang yang sudah meninggal dunia. Sudahlah beliau tidak mahu mengakui kesilapan dan meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu, beliau juga nampaknya cuba menyerang orang yang cuba menegurnya sambil cuba berselindung di belakang Najib seolah-olah memohon simpati dan perlindungan. Kasihan Najib konon! Kalau kasihan Najib beliau tidak akan memberi reaksi tidak sewajarnya mengenai kematian Karpal. Ini kerana Najib sendiri menzahirkan simpati dan merasa kehilangannya. Reaksi beliau itu lebih untuk "membunuh" Najib. Sebenarnya Zulkifli perlu mengasihani dirinya sendiri. Ini kerana jelas bahawa pemikiran dan tingkah lakunya tidak selari dengan majoriti rakyat negara ini lagi. Pemikiran kunonya mengenai politik, perkauman, perpaduan dan menghargai manusia lain sudah menjadi dinosaur yang tidak sesuai lagi dengan manusia yang berakal dan bertamaddun. Jika Najib dan BN ingin mencapai keputusan lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang, species seperti beliau perlulah dijauhi. Membiarkan diri berdampingan dengannya akan mengecilkan lagi sokongan dan undi rakyat keseluruhannya. Najib perlu mengkaji, undi siapakah yang perlu diraihnya dalam pilihanraya akan datang dan apakah manusia yang berfikiran seperti Zulkifli boleh menambahkan undi BN secara keseluruhannya atau persaraannya secara total jauh lebih baik lagi? Jika Najib dapat menjauhkan dirinya dengan semua yang sejenis dengan Zulkifli yang kini begitu ghairah menonjolkan diri melalui media dengan pelbagai reaksi berbentuk provokasi, perkauman, memecah-belah perpaduan dan seumpama dengannya, lebih menguntungkan lagi. Fikirkan dengan mendalam sebelum terlambat.http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | ||||
28 Penumpang Nyaris Maut, Bas Ekspres Terbalik Di Temerloh Posted: 19 Apr 2014 03:35 AM PDT Syafiq Syazwan TEMERLOH - Kira-kira 28 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Temerloh, awal pagi Sabtu. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua mangsa terselamat dalam kejadian itu tetapi 10 daripadanya mengalami kecederaan. Menurut Abdul Aziz, bas tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar. Katanya kesemua 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil. Beliau turut berkata siasatan awal polis mendapati pemandu bas mungkin mengantuk semasa kejadian. | ||||
Zizan Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan Posted: 19 Apr 2014 03:31 AM PDT RAKYATNEWS Pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan apabila usianya menjangkau 30 tahun. Pada 15 April lalu, usia pelawak yang pernah digosipkan dengan Juliana Evans dan Nora Danish ini genap 29 tahun dan persoalan bila Zizan ingin mengakhiri zaman bujangnya sering menjadi siulan peminatnya. "Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri. "Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya," katanya, memetik laporan Kosmo!. Sementara itu, apabila ditanya kepada ibunya, Anai Ibrahim mengenai calon isteri Zizan, ibunya berkata dia tidak kisah dengan sesiapa pun pilihan Zizan. "Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. "Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu," kata Anai. | ||||
DBKL Tidak Benarkan Perhimpunan Di Dataran Merdeka Posted: 19 Apr 2014 03:29 AM PDT Syafiq Yaacob BUKIT JALIL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan penganjuran Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walaupun kerajaan membenarkan rakyat di negara ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati menerusi perhimpunan aman namun penganjur harus mengikut prosedur selain akur dengan tempat yang ditentukan oleh pihak berkuasa untuk mereka berhimpun. "Saya telah beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur kita tidak akan benarkan mereka gunakan Dataran Merdeka, memang kerajaan benarkan mereka menyuarakan perasaan tidak puas hati tetapi mereka perlu akur dengan tempat yang dibenarkan oleh pihak berkuasa selain mereka perlu memohon permit untuk berhimpun. "Saya telah diberitahu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa mereka belum memohon sebarang permit dan sekiranya mereka memohon untuk adakan di Dataran Merdeka kita tidak akan bagi tetapi kita akan benarkan jika mereka ingin buat di Padang Merbok," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada penghuni baru PPR Pinggiran Bukit Jalil di sini, hari ini. Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib. Adnan menjelaskan, penganjur himpunan ini yang terdiri dari pihak pembangkang sepatutnya memahami prosedur untuk melakukan sesuatu memandangkan mereka juga terdiri daripada peguam. Katanya, perhimpunan seumpama ini tidak mendatangkan sebarang faedah dan penganjur hanya mengikut arahan perancang utama mereka di luar negara yang ingin melihat negara ini porak peranda. "Ini kerja gila, pembangkang ni sebenarnya tidak ada kerja, mereka hanya tahu buat fitnah dan mereka terpaksa buat himpunan-himpunan seperti ini. "Mereka hendak kata saya tuduh mereka saya tidak kisah, tetapi pada saya mereka ini hanya boneka yang terpaksa mengikut arahan ketua mereka di dari luar negara," ujarnya. Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bahkan akan turut serta dalam himpunan itu. Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pakatan Rakyat akan menggerakan seluruh ahli dan penyokongnya untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST. | ||||
Bluefin-21 teruskan misi ketujuh Posted: 19 Apr 2014 03:20 AM PDT Prof Charitha Pattiaratchi menerangkan fungsi dan kegunaan Bluefin-21, sebuah kenderaan dalam air autonomi (AUV) yang digunakan dalam misi mencari pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi kepada mengamal media Malaysia ketika ditemui baru-baru ini. - Foto Bernama PERTH - Bluefin-21, kenderaan dalam air (AUV), meneruskan misi ketujuh pada Sabtu, untuk pencarian dalam air bagi mengesan MH370 Malaysia Airlines di selatan Lutan Hindi.Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu telah memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini. "Semalaman Bluefin-21 AUV menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalamair dan data yang dikumpul kini sedang dianalisis," kata agensi itu dalam satu kenyataan di sini. Tiada sebarang penemuan berkaitan ditemui. Bluefin-21, yang dilengkapi sistem pengesan sonar dihantar untuk misisulungnya pada Isnin, dengan harapan dapat mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang dalam air memandangkan tiada lagi isyarat yang disahkan oleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu. Ia menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasarlaut dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkan satu-satu misi itu, yang termasuk empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan. Untuk misi pada Sabtu, agensi itu berkata Lembaga Keselamatan Maritim Australia telah merancang usaha pencarian secara visual di kawasan kira-kira 50,200 km persegi, merentas tiga kawasan. Sebelas pesawat tentera dan 12 kapal terbabit di kawasan pencarian itu, menurut kenyataan itu. Ramalan cuaca hari ini melaporkan hujan di setengah-tengah tempat dengan tiupan angin timuran selatan," kata agensi itu. Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac. Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejakipesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi. Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi". - Bernama | ||||
Tidak perlu khuatir dengan hudud Posted: 19 Apr 2014 03:16 AM PDT SHAH ALAM - Kekhuatiran sesetengah pihak bagi pelaksanaan hukum hudud tiada asasnya kerana undang-undang itu menjamin keadilan dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu berlaku kerana masyarakat hanya melihat kepada hukuman, bukannya keadilan yang diangkatnya. "Kalau kita tahu apa prinsip-prinsip hukum mencuri, tidaklah jika mencuri RM10 sudah boleh dijatuhkan hukuman potong tangan. Ia akan mengambil kira sebab individu itu mencuri, mungkin ia berada dalam kebuluran. "Tapi kalau itu merupakan puncanya, hukum hudud tidak akan dilaksanakan ke atasnya, mungkin dihukum berdasarkan undang-undang mahkamah sekarang, dipenjara atau sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Kata beliau, keraguan itu perlu dihapuskan kerana hudud bukan bersifat menghukum semata-mata tetapi ia akan memberikan pengajaran yang berguna memandangkan undang-undang itu memerlukan pembuktian yang terlalu tinggi. "Kalau jenayah mengikut undang-undang sivil, pendakwaan perlu bukti melampaui keraguan munasabah, tapi kalau dapat pembuktian balik bagi keraguan munasabah, ia tidak boleh sabit. "Tapi hudud pembuktian melampaui apa-apa keraguan, jika ada sedikit keraguan, hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. "Tapi jika orang yang didakwa melakukan kesalahan itu, beliau boleh dijatuhkan hukuman hudud," ujarnya. Tambahnya, jika kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan hudud, ia perlukan kerangka undang-undang yang jelas bagi melaksanakan undang-undang itu. "Lihat kembali Perlembagaan supaya tidak dilanggar, ia perlu supaya tiada orang yang boleh cabar balik apa yang dilaksanakan mahkamah. "Undang-undang ini memerlukan saksi yang adil iaitu orang Islam tidak lakukan dosa besar dan tidak lazim melakukan dosa kecil, bermakna di sini tidak mudah apa-apa hukuman hudud itu untuk menjatuhkan kepada seseorang," katanya. | ||||
Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja? Posted: 19 Apr 2014 03:14 AM PDT SHAH ALAM - "Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka juga," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik. Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor. "Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera catuan air. Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas. "Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam. Pelan catuan bekalan air di selangor bermula pada 2 Mac lalu, antara kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Ianya dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air. | ||||
Risalah burukkan Azmin cemar pemilihan PKR Posted: 19 Apr 2014 03:07 AM PDT IPOH - Kempen bagi pemilihan PKR semakin 'panas' selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali. Risalah bertajuk 'Layakkah Azmin?' dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam semalam, di sini. Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu. Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam. Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu "Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti. "Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam. Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu. Pada Himpinan Reformasi 2.0 di sini, malam semalam, beberapa pimpinan PR di peringkat negeri dan pusat hadir memberikan ceramah. Selain ucaptama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin termasuk Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution; Pengerusi MPN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. | ||||
Posted: 18 Apr 2014 10:29 PM PDT Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan "University" diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
Semoga senarai ranking universiti terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini? Senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik oleh QS Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?
Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250 universiti terbaik di Asia. Manakala Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia. Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Kedudukan di Asia?
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya. P/S : Semoga senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia. P/S : Apa pendapat anda sebagai pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian di atas ini? | ||||
Posted: 18 Apr 2014 10:22 PM PDT Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013 (KLIK SINI). Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi….. Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini : 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?
Semakan Berita Semasa terhadap paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London. Berita Semasa perhatikan negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja. Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem… P/S : Berita Semasa menjangkakan harga minyak RON95 akan naik tidak lama sahaja lagi semuanya atas kesan daripada PetroDollar. PP/S : Sumber yang Berita Semasa perolehi setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak. | ||||
Pelajar UNISEL tidak terbabit demonstrasi pendidikan percuma Posted: 18 Apr 2014 10:01 PM PDT Oleh: ASRI SAPFIE SHAH ALAM: Naib Canselor, Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad menegaskan pelajar universiti berkenaan tidak terbabit dalam insiden demonstrasi di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri, pada 16 April lalu. Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika kedian itu berterusan menyebabkan masyarakat khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar Selangor mendapat maklumat palsu. Katanya, apa yang berlaku juga boleh menyekat niat mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universiti itu ekoran insiden terbbait terutamalepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dalam proses mencari tempat bagi melanjutkan pengajian. "Tidak benar. pelajar kami tidak terbabit dalam kejadian perhimpunan membabitkan 20 pelajar di pintu masuk bangunan Kerajaan Negeri Selangor yang memegang bendera UNISEL sambil melaungkan tuntutan pendidikan percuma semalam "Kita percaya ini adalah salah satu cara pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik UNISEL," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Bahagian Kewangan UNISEL, Ahmad Zabri Mohd Yaman, berkata hasil siasatan beliau mendapati insiden itu jelas tidak membabitkan pelajar universiti berkenaan. "Tambah menghairankan, mereka yang terbabit sendiri mengaku bahawa bukan pelajar UNISEL dan mustahil bagi pelajar universiti ini tidak mengenali saya," katanya. Pada 14 April lalu, UNISEL mengadakan wacana antara pimpinan tertinggi universiti bersama pelajar bagi mendengar permasalahan mereka secara terperinci dan mencari solusi secara dua hala. Sehubungan itu, Anuar berkata, segala isu yang dibangkitkan pelajar dijawab dengan teliti dan secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan maklum balas terbabit. "Tidak timbul isu seperti pendidikan percuma oleh pelajar ketika wacana itu diadakan. Yuran pembelajaran yang ditetapkan UNISEL jauh lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi swasta lain," katanya. Ketika ditanya berkenaan pendidikan percuma, Anuar berkata, hal itu ada dalam perancangan jangka masa panjang UNISEL dan turut melancarkan tabung wakaf bertujuan mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang kurang bernasib baik daripada segi kewangan. "Alumni yang sudah berjaya akan membantu daripada segi kewangan dan disalurkan melalui tabung ini seperti yang diamalkan di universiti di Jordan," katanya.-NFN- | ||||
Industri Selangor dijangka berkembang 6.5% Posted: 18 Apr 2014 09:58 PM PDT Oleh: Lizawati Madfa SHAH ALAM : Sektor perindustrian Selangor dijangka terus menjadi penyumbang terbesar sektor perindustrian di Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, bagi 2014, sektor perindustrian dijangka tumbuh antara 6 hingga 6.5 peratus. Katanya, pertumbuhan itu bersamaan dengan sumbangan sekurang-kurangnya 37 peratus kepada KDNK negeri. "Dari segi sumbangan kepada KDNK negeri, sektor perindustrian juga konsisten menyumbang sekitar 37 peratus sejak 2008 dan pada tahun lepas, sumbangan adalah 37.8 peratus. "Dari segi pertumbuhan tahunan, sektor perindustrian tumbuh pada kadar 6.2 peratus pada tahun lepas berbanding 2012," katanya di sidang Dewan Negeri Selangor. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berhubung sumbangan sektor perindustrian kepada ekonomi Selangor sejak tahun 2008. Mengulas lanjut, Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata, sektor perindustrian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi negeri selepas sektor perkhidmatan. "Dari segi nilai, sektor perindustrian meningkat daripada RM 51 billion pada tahun 2008 kepada RM 68.2 juta pada tahun 2013," katanya lagi.EZY | ||||
MB ucap takziah kepada keluarga DJ Mansor Posted: 18 Apr 2014 09:56 PM PDT Oleh: AFIX REDZUAN SHAH ALAM : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi. "Takziah kepada keluarga DJ Mansor yang telah meninggal dunia pagi tadi. Moga roh beliau tenang di sana. Al-fatihah," kata Abdul Khalid menerusi laman Twitter miliknya. Mansor yang lebih dikenali sebagai DJ Mansor kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas beliau dihubungi sendiri oleh anak sulung Allahyarham Mansor pagi ini. Pengurusan jenazah akan dilakukan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek. Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.EZY | ||||
[MH370] Hampa lagi, Tompokan Minyak BUKAN Daripada Pesawat MH370 Posted: 18 Apr 2014 09:48 PM PDT KELAB GREENBOC MH370: Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat PERTH - Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, BUKAN minyak pesawat atau cecair hidraulik. Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal ke atas sampel yang diambil di kawasan pencarian, yang tiba di Perth pagi Khamis. Isnin lepas, Angus dalam satu sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' yang dikesan sebelum ini oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan oleh kapal Ocean Shield. Dua liter tompokan minyak itu diambil sebagai sampel. Dalam perkembangan berkaitan, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter. "Peluasan parameter operasi membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam satu kenyataan. Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics. JACC juga menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, sambil menegaskan bahawa kenyataan itu tidak betul. Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan Isnin lepas. Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini. Alat itu dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat diperolehi oleh alat pengesan pinger yang ditunda itu sejak 8 April. -BERNAMA | ||||
Remaja mati lemas ketika mandi di pantai Dungun Posted: 18 Apr 2014 09:46 PM PDT MALAYSIAKINI Kegembiraan lapan sekawan menghabiskan cuti hujung minggu dengan bermandi-manda di Pantai Kampung Kuala Abang di Dungun petang tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas. Kejadian pukul 5 petang semalam itu meragut nyawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Mohd Yusrizal Yuslizan, 17. Rakan mangsa Mohd Badrul Amin Zulkifli, 16, berkata rakannya itu berenang jauh ke tengah laut. "Selepas 15 minit, dia menjerit beberapa kali sambil tangannya terkapai-kapai sebelum dia tenggelam," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Dua lagi rakan mangsa turut lemas namun berjaya diselamatkan orang ramai di situ. Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Norazizi Che Noh berkata lapan anggota bersama penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dan menemui mangsa kira-kira pukul 6.45 petang semalam, kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas. Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Tok Kah telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. Sementara itu, mayat Khairul Azriel Abd Razak, murid tahun lima yang dilapor hilang selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran Sekolah Kebangsaan Ampang pada Rabu lepas, ditemui semalam di Loji Takungan Air Smart di Kampung Berembang Indah, dua kilometer dari tempat kejadian asal. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 4.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat. "Mayat mangsa sukar ditemui sebelum ini kerana berada di bawah timbunan sampah di loji berkenaan," katanya kepada Bernama. Menurut Khairuldin, mayat kanak-kanak itu dicam oleh abang mangsa Mohd Asyraf, 27, berdasarkan gelang getah pada tangan kanan mangsa dan juga dompet duit yang ditemui bersama-sama mangsa. Dalam kejadian 4.24 petang Rabu lepas, Khairul Azriel yang merupakan murid sekolah berkenaan dipercayai tergelincir ke dalam longkang sedalam 1.5 meter itu ketika mahu mengambil bola takraw yang disepak melepasi pagar sekolah oleh seorang rakannya. - Bernama | ||||
ABIM syor mahkamah syariah pertimbang pandangan bukan Islam Posted: 18 Apr 2014 09:45 PM PDT MALAYSIAKINI Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesyorkan supaya mahkamah syariah mempertimbang untuk mengambil kira keterangan orang bukan Islam dalam kes-kes perebutan hak penjagaan anak di antara bekas pasangan yang salah seorangnya memeluk Islam. Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata syor itu adalah antara perkara yang boleh dilakukan dalam kerangka besar untuk menyusun semula pentadbiran mahkamah Malaysia di antara mahkamah sivil dan syariah. Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kemelut penjagaan anak di antara S Deepa dan bekas suaminya, Izwan Abdullah yang kini memeluk Islam. Dalam kes itu mahkamah syariah memberikan hak penjagaan dua orang anak mereka kepada Izwan sementara mahkamah sivil pula memberikan hak penjagaan kepada Deepa. "Satu tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan adalah menyusun semula pentadbiran mahkamah Malaysia di antara sivil dan syariah. "Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan yang mahkamah sivil tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah syariah," katanya. Sementara satu lagi masalah, tambahnya, adalah apabila bukan Islam tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah. Menurutnya, penyusunan semula badan kehakiman dengan berasaskan semangat Perlembagaan itu boleh dimulakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama menteri undang-undang dan pakar undang-undang. "Mereka ini mempunyai kepakaran dalam kedua-dua undang-undang ini. Mereka ini perlu sama-sama berbincang dengan Datuk Nancy Shukri," katanya. Mengulas dua cadangan sebelum ini yang berpendapat anak bukan Islam boleh dijaga ibu atau bapa bukan Islam selagi keperluan agamanya dipenuhi, Amidi berpendapat perkara tersebut agak rumit untuk dilaksanakan buat masa ini. "Perkara ini kalau dilaksanakan, tak ada sesiapa yang dapat memastikan perkara ini dapat disempurnakan," katanya. Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik berpendapat hak penjagaan perlu diberikan kepada penjaga yang beragama Islam dalam kes-kes demikian "demi menjaga agama anak". "Anak yang salah satu ibu-bapanya telah memeluk Islam, dia perlu bersama-sama mana-mana ibu atau bapa yang sudah memeluk Islam. "Ia tak timbul soal kehilangan hak (ibu atau bapa bukan Islam ke atas anak) kerana hubungan ibu atau bapa ke atas anak itu tidak pernah putus walaupun memeluk Islam. "Islam masih lagi menganggap ibu atau bapa yang bukan Islam itu seorang ibu atau bapa (yang sah)," katanya | ||||
MP: Tiada 'common sense' dalam penghakiman Liwat II Posted: 18 Apr 2014 09:44 PM PDT MALAYSIAKINI Penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Naib Presiden PKR N Surendran sebagai "bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)". Katanya, walaupun pegawai penyiasat Supt Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim-hakim berkata ia tidak dilihat sebagai mengganggu bahan bukti. Dalam satu kenyataan semalam, Surendran berkata, kesimpulan itu bertentangan dengan semua prinsip undang-undang berkaitan rantaian bukti, dan bercanggah dengan semua 'common sense'. Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beg sampel P27 mengandungi sampel penting yang diambil dari dubur Mohd Saiful , termasuk sperma daripada tertuduh. Tambahan pula, kata Surendran (kanan), walaupun wujud keadaan yang boleh dipersoalkan, hakim-hakim dalam kes itu bertegas bahawa "tiada apa yang mustahil " tentang bukti Saiful . Sehubungan itu, Surendran bertanya bagaimana ketiga-tiga hakim itu mencapai kesimpulan tersebut, apabila tidak dipertikaikan bahawa Saiful bertemu dengan musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak , hanya dua hari sebelum kejadian dikatakan berlaku. "Mengapa dia juga bertemu dengan pegawai tinggi polis SAC II Mohd Rodwan Mohd Yusof , yang terlibat dalam kes liwat yang pertama?" tanya Surendran yang juga MP Padang Serai yang juga ahli Parlimen Padang Serai . Kes itu didengar oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersama dengan Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. Surendran berkata hakim juga telah menyimpang dari perkara undang-undang dengan menangani kritikan awam dalam penghakiman mereka bahawa kes itu dikendalikan terlalu tergesa-gesa. Katanya, adalah amat tidak sesuai bagi hakim untuk memberi respon kepada kritikan terhadap mereka secara sedemikian . Penghakiman dalam kes jenayah, tegas Surendran, mesti menangani fakta-fakta dan undang-undang kes itu, dan bukan perkara luaran. Jika tidak, tegasnya, ia menimbulkan persoalan tentang sikap 'kesaksamaan dan objektiviti hakim'. Selain itu, kata Surendran yang juga seorang peguam, hakim-hakim melanggar konvensyen undang-undang dengan mengkritik kenyataan tidak bersumpah Anwar dari kandang tertuduh, yang merupakan pilihan yang sah untuk kes-kes jenayah . Katanya, Nelson Mandela berbuat demikian apabila dia dibicarakan dalam kes Rivonia pada 1963, dan Anwar berbuat demikian dalam kes Fitnah 11, dan dengan itu membicarakan sistem perundangan dan politik yang zalim yang telah mengheretnya ke kandang tertuduh. Penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II, tegas Surendran lagi, telah terkeluar dari semua duluan undang-undang, dengan mengkritik Anwar yang memberi kenyataan dari kandang tertuduh. Anomali ini, kata Surendran, hanya mengukuhkan lagi tanggapan bahawa Anwar telah menjadi mangsa lawan politiknya. | ||||
Ahli Parlimen Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal Posted: 18 Apr 2014 09:39 PM PDT Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal". Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya. "Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam. "Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah," kata Shamsul. Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama, he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh". Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal. "Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi. Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia. Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga. Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut. "Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya. Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya. "Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi. Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut. Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius. "Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini. Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan