Rabu, 16 April 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Polis ‘jadi provokatif’ semasa berbincang, kata penganjur perhimpunan 1 Mei

Posted: 16 Apr 2014 06:57 AM PDT

OLEH MUZLIZA MUSTAFA


























  Menjelang protes Hari Pekerja dan GST, polis memanggil penganjur untuk "berbincang" berkenaan perkara itu memandangkan Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis 10 hari diberikan untuk penganjuran demonstrasi.

"Polis berkata mereka menjadi proaktif, kami diingatkan untuk memberikan notis 10 hari untuk perhimpunan," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan (gambar) hari ini.

Beliau berkata polis juga ingin mengetahui program perhimpunan tersebut dan juga program yang dianjurkan sempena perhimpunan.

Keputusan polis itu dibuat selepas tindakan awal memindahkan lokasi perhimpunan lain  menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Antaranya termasuklah Himpunan Black 505, yang menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang dikenakan tindakan atas kesalahan perhimpunan haram.

Arutchelvan berkata, polis ingin tahu lokasi dan aktiviti yang akan dilakukan ketika perhimpunan tersebut.

"Kami maklumkan ia akan dilakukan di hadapan KLCC dengan ucapan daripada wakil pertubuhan awam dan berarak ke Dataran Merdeka. Kami akan berkumpul di sana," katanya.

Polis juga katanya turut meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  sedang melakukan kerja naik taraf di sana.

"Kami berkata Dataran Merdeka amat penting namun kami akan membincangkan perkara itu. Setakat ini, Dataran Merdeka adalah pilihan kami," katanya.

Arutchelvan ditemani penasihat undang-undang dalam pertemuan bersama polis hari ini yang mengambil masa sekitar sejam di IPD Dang Wangi bersama Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid termasuk beberapa anggota polis lain.

"Pegawai polis berkata mereka mahu tahu perkara itu bagi meletakkan anggota untuk mengawal keadaan," katanya.

Arutchelvan bagaimanapun berkata polis seharusnya menggunakan budi bicara mereka.
"Mereka perlu lebih bertolak ansur memandangkan jika menurut undang-undang, kami tidak akan boleh berhimpun," katanya.

Chua Tian Chang yang dijadualkan untuk menyertai pertemuan itu bagaimanapun tidak hadir.
Beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Isnin, 2.30 petang untuk sesi perbincangan dengan polis.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijadualkan menghadiri pertemuan itu.

Gabungan 90 pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan perhimpunan sebagai bantahan pelaksanaan cukai baru oleh kerajaan pada April 2015.

Himpunan dengan tema "GST - Protes Sampai Gugur" - turut menyaksikan penyertaan kumpulan pelajar, antara kelompok yang terkesan dengan pengenalan cukai itu.

Himpunan 1 Mei kata koordinator program, E Parameswari sering dianjurkan sejak 1994 di Malaysia, namun mengharapkan ini akan menjadi himpunan terbesar.

Antara badan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka terlibat adalah Solidariti Anak Muda Malaysia, Turun, Dewan Himpunan China Kuala Lumpur Selangor, Jaringan Rakyat Tertindas, dan Himpunan Hijau.

Antara isu yang turut dibangkitkan termasuklah penetapan gaji minimum RM1,500, pendidikan percuma, perlindungan alam sekitar, pilihan raya yang adil dan bersih, hak pekerja wanita serta hak pekerja warga asing

Wardina kritik ceramah ‘Ustaz Don’ kerana mistik dan tidak mengikut Al-Quran

Posted: 16 Apr 2014 06:52 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM


Status Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah.  


Status Facebook Wardina yang memaklumkan tindakannya bertanya sendiri kepada penceramah Don Daniyal bagi mendapatkan pengesahan butir ceramah yang dikatakan tidak berlandaskan Al Quran dan sunnah. 

 Selebriti, Wardina Safiyyah mengkritik penceramah agama terkenal Don Daniyal apabila mendakwa kandungan ceramah yang disampaikan tidak sahih dan terlalu taksub pada kisah mistik serta tidak berpandukan pada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Wardina yang juga merupakan ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) menggesa kerajaan menyiasat kandungan ceramah tersebut kerana khuatir masyarakat Islam disogokkan dengan sumber cerita‎ tanpa rujukan.

"Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran," katanya yang dipetik melalui laman Facebook, Wardina Safiyyah Official Page.

Dalam akaun Facebook itu, Wardina menegaskan tegurannya itu dibuat kerana sayang pada agama. Setiap kandungan memerlukan hujah, dalil dan disiplin apatah lagi mistik tidak pernah dianggap sebahagian daripada Islam.

"Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ia berpandukan dalil Quran dan sunnah. Wallahualam," katanya.

Selebriti itumenulis status tersebut semalam dan turut berkongsi video ceramah ustaz tersebut‎ bertajuk kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniya‎l yang berdurasi hampir 20 minit itu.

Video itu memaparkan dakwaan Ustaz Don bahawa Imam Mahdi berasal dari Tanah Melayu.

"Saya tidak mahu cerita kosong sebab ini masjid negeri. Kot-kot saya salah maklumat‎, saya bagi tuan puan balik dengan fakta cari kalau saya salah nanti bagitaulah saya salah maklumat.

"Saya bagi contoh buka kitab hadis akhir zaman, Imam Mahdi ada penyokong Bani Tamin dari timur. Ulama mempersoalkan kena Bani Tamin yang diterjemahkan Tanah Melayu. Ini diskusi antara ulama. Bukan saya yang kata. Saya hanya sampaikan," kata Don.

Selain itu, Don menceritakan mengenai ‎kisah Brunei yang memanggil Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din untuk meneliti keaslian rambut Nabi Muhammad yang dibeli negara itu.

‎"Ingat satu masa dahulu famous tentang Datuk Haron Din berjumpa Rasulullah. Peristiwa ini selepas peristiwa itu, Datuk Haron dipanggil ke Brunei kenapa, kerana negara itu membeli sehelai rambut nabi.

"Bila saya kata membeli maknanya ada harga dan sehelai rambut nabi di zaman moden bernilai  RM4 juta. Panggil Datuk Haron untuk tengok sama ada asli atau tidak. Beliau guna lampu suluh, tidak ada bayang -bayang maka jelas ia asli," katanya.

Nama sebenar beliau, Don Daniyal Don Biyajid juga merupakan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir.

Namun sejurus selepas kenyataan kritikan terhadap Don, Wardina diselar peminatnya kerana dianggap tidak layak untuk menegur penceramah berkenaan.

Wardina mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan beliau mempunyai hak bertanya sekiranya terdapat keraguan dan persoalan.

"Kita mempunyai hak untuk bertanya walaupun pada ustaz dan ustazah. Dari mana sumber ini, siapa berkata apa lanjutan cerita. Saya musykil dengan jawapan, boleh ustaz terangkan," katanya.

Susulan saranan peminat yang meminta Wardina bertanya secara terus kepada Don, beliau dalam status terbarunya berkata akan cuba bertanyakan hal itu secara peribadi.

"Saya akan bertanya pada Ustaz Don secara personal. Sudah hantar email pun, semoga saya dapat mewakili ribuan orang awam yang juga keliru," katanya.

Wardina juga berkata, tegurannya itu adalah kerana beliau bersangka baik dan tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengaitkan sesiapa.

"Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan tiada langsung. Video itu bukan aib, ia adalah ceramah ustaz. Mungkin orang yang muat naik khuatir dengan isi penyampaian," katanya.

"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan.

"Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih daripadanya."

Raungan dalam kereta remuk

Posted: 16 Apr 2014 05:49 AM PDT


Raungan dalam kereta remuk Kereta dinaiki keempat-empat mangsa remuk teruk selepas terlibat kemalangan di simpang empat Bandar Cheneh Baru, petang semalam.


KEMAMAN – Seorang warga emas terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan apabila kereta yang dinaiki merempuh sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di simpang empat Bandar Cheneh Baru, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, C Cheniah, 62, anak saudaranya, R Lathna Rani, 40, dan rakannya, Thai Boh Lam, 66, cedera parah sementara seorang lagi anak saudara yang memandu kereta, Zakaria Abdullah, 46, cedera ringan.

Lebih menyedihkan Lathna Rani yang mengandung anak sulung turut mengalami keguguran.

Zakaria berkata, kereta Proton Wira yang dinaiki mereka merempuh sebuah Kia Sorento yang didakwanya keluar simpang secara tiba-tiba.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Balok, Kuantan menuju ke Jerteh, Besut kerana ingin menghantar ibu saudara, adik dan rakan ibu saudaranya pulang ke kampung selepas datang bercuti di rumah ibunya di Kuantan.

"Dalam jarak beberapa meter saya nampak Kia Sorento tidak berhenti ketika keluar simpang Jalan Mak Lagam.

"Waktu itu jarak sudah terlalu dekat dan saya sempat berfikir kalau saya cuba elak ke sebelah kiri, kereta saya akan langgar gerai tepi jalan dan kalau saya elak ke sebelah kanan kereta saya akan masuk laluan bertentangan. Kalau masuk ke laluan bertentangan atau langgar gerai mungkin lebih ramai jadi mangsa, jadi saya tidak dapat mengelak," katanya.

Katanya, ibu saudaranya dikeluarkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh selepas mengerang kesakitan kira-kira 10 minit.

"Adik saya dan kawan ibu saudara pula dikeluarkan dari tempat duduk penumpang belakang oleh orang awam yang mengerumuni kereta kami," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori di Cameron Highlands.

Zakaria berkata, dia yang keluar sendiri dari keretanya sempat menjenguk ke dalam kenderaan Kia Sorento tetapi tiada orang dalam kenderaan berkenaan.

Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di Chukai untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kemalangan itu, Cheniah patah bahu, Lathna Rani patah tangan dan Boh Lam pula patah kaki.

[VIDEO CCTV] MP Seputeh Mangsa Terbaru Cubaan Ragut

Posted: 16 Apr 2014 05:36 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan. -mk

Jeritan Teresa Kok gagalkan cubaan ragut

DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.

Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai. Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.

Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan. -Malaysiagazeete

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI



Nurul Izzah Difitnah Tayang Plakad "SAYA DAH SINGLE"

Posted: 16 Apr 2014 05:32 AM PDT


KELAB GREENBOC

Fitnah semacam sudah menjadi satu budaya bagi UMNO dan sekalian macainya. Mereka mengada-adakan yang tiada seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dimana dicetakkan mereka menerbitkan gambar ahli parlimen PR dan kemudian diberikan kapsyen yang tidak pernah pun diungkapkan oleh ahli parlimen berkenaan seperti yang berlaku ke atas Teresa Kok dan Tian Chua tempohari.

Terbaru, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa dimana golongan macai UMNO telah mengedit plakad yang dipegang oleh Nurul Izzah dan dituliskan "SAYA DAH SINGLE".

Kemudian mereka menghebahkannya pula melalui media sosial seperti facebook dan twitter bagi memburuk-burukkan kredibiliti ahli parlimen berkenaan. Anehnya, ada juga golongan yang termakan dengan fitnah berkenaan.



Sekalipun GB tidak menemui gambar asal, namun selepas semakan dan tinjauan, apa yang GB ketemui memang Nurul Izzah ada memegang plakad berlatar belakang hitam tetapi perkataan yang tertulis itu adalah "Tolak GST" dan bukan seperti yang diedarkan di laman sosial berkenaan.


Plakad tersebut telah diangkat dan dipamerkan oleh sebilangan besar ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

Demikianlah betapa kotornya dan kejinya permainan macai-macai UMNO. Usaha mereka menabur fitnah menunjukkan betapa terdesaknya mereka sekarang ini di dalam menghadapi gelombang perubahan yang diinginkan oleh rakyat dan "fitnah" menjadi talian hayat terakhir mereka untuk terus survive di dalam arena politik negara.

Mereka menyangka dengan fitnah-fitnah yang mereka taburkan itu boleh menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat mereka, tanpa menyedari dengan fitnah itulah mereka bakal dihukum dengan hukum kebenaran dan keadilan, yang akan menghantar mereka ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

Jauhi UMNO kerana anda bisa terpalit dengan dosa-dosa fitnah yang mereka taburkan.

Alahai kerajaan minoriti 46%

Posted: 16 Apr 2014 05:19 AM PDT



Oleh Amirrul Jeffery


Tiada apa yang pelik bin ajaib apabila tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan 54% daripada 1,029 responden adalah rakyat Malaysia tidak percaya kepada kerajaan sendiri iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyampaikan maklumat yang telus dan mempunyai banyak lagi maklumat tidak didedahkan berhubung tragedi MH370. Manakala 26% menyatakan jujur dan 20% refleksi kepada tidak pasti.

Maklum tahu kerajaan minoriti 46% ini tidak diyakini ketelusannya oleh 52% rakyat Malaysia. Apa jua perkara yang keluar daripada mulut kerajaan BN sudah tidak dipercayai majoriti rakyat jelata. Angka 1,029 responden adalah tinjauan rambang, bukannya tunjauan terpilih.

Tinjauan rambang yang dilakukan di kawasan bandar dan separa bandar juga di kawasan luar bandar - yang celik ilmu dan maklumat dengan dunia yang tiada sempadan iaitu sudah mencapai jalur lebar - menampakkan hasil  yang memukul sampai lunyai kerajaan minoriti 46% BN.

Cakaplah apa sahaja, keluarkanlah apa pun kenyataan, polisi kerajaan, method, pengorganisasian, perancangan, daripada kerajaan 46% minoriti ini pasti dijadikan bahan lawak di kedai kopi mahupun warung, di mana- mana sahaja.

Daripada kenyataan  awal tragedi MH370 daripada menteri bernama Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkontradiksi dengan ketua - ketua penguatkuasa dan jabatan yang bertanggungjawab, tidak konsisten. Malah memburukkan lagi keadaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media keduanya menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi, apa yang Najib definisikan berkenaan berakhir di Lautan Hindi pun saya tidak faham. Kenyataan diplomatik yang tinggi, ayat tergantung.

Kalau benar MH370 terhempas mana bangkai pesawat? Serpihan pesawat sehingga ke hari ini tidak dijumpai. Andai terhempas pelampung kecemasan berkuantiti 300 lebih pasti sudah muncul di permukaan laut jika benar burung besi tersebut terhempas di situ. Kita rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk mencerna maklumat yang disampaikan kerajaan minoriti 46% ini. Cuma kita dibodohkan melalui media kawalan kerajaan minoriti 46% - Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo.

Cerita yang lebih menyeramkan pada tempoh hari apabila United Kingdom menghantar kapal selam HMS Tireless. Tergerak untuk saya bertanya apa sudah jadi dengan kapal selam Scorpene kita? Benarlah kata orang Scorpene Malaysia sudah barai, tidak dapat menyelam. Kapal selam berdarah tidak berkat. Memandangkan penyelenggaraan kapal selam Scorpene yang pembeliannya mendapat komisen RM500 juta oleh syarikat kroni memakan RM1 bilion setahun amatlah besar, ia kerugian maha besar.

Adakah kita masih percaya daripada mulut busuk kerajaan 46% minoriti ini kapal selam Scorpene hanya berkapasiti untuk berperang sahaja? Tidak sesuai untuk misi mencari dan menyelamat (SAR). HMS Tireless - kapal selam UK menjalankan misi yang sama. Kalau dihitung perbandingan kapal selam Scorpene lebih canggih dan mahal daripada HMS Tireless. Lebih canggih dan advance refleksi kepada lebih maju dan lebih berkemampuan.

Malang menimpa, Scorpene tidak digunakan pada saaat genting dan memerlukan sememangnya memalukan. Dalam pada itu tempoh hari, ahli Parlimen Pakatan Rakyat dipinggirkan daripada mengetahui maklumat awal dalam mesyuarat berkaitan dengan tragedi MH370 ini seolah- olah mereka bukan warganegara Malaysia, umpama ini bukan negara mereka, macam bukan tanah tumpah darah mereka. Setelah didesak barulah kerajaan minoriti 46% ini buka mulut. Itupun bukan melalui Najib. Lagi menyedihkan Hishammuddin lari ke Hawaii pada tarikh yang ditetapkan untuk memberi penerangan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Dalam perkembangan lain, menurut ejen pencari kerja atas talian, Job Street- graduan baru bergelut dengan kos hidup yang tinggi. Dengan gaji graduan baru berkuantiti RM2,500 apalah sangat jika dibangdingkan dengan kenaikan harga barang, harga petrol.

Pada tahun depan, GST sudah mula menghentam rakyat Malaysia. Daripada segi teori ekonomi saya tidak menentang GST. Secara praktikal saya melawan GST atas dasar sosio-ekonomi rakyat Malaysia yang masih rendah. Memang benar GST dikecualikan terhadap barangan asas kepada pengguna akhir tetapi tidak kepada pelanggan produk dan perkhidmatan. Pengguna akhir ini siapa? Kita.

Pelanggan produk dan perkhidmatan termasuk pengilang, pekedai, peruncit, pembekal dikenakan GST. Teori supply chain management menyokong hujah ini. Adalah mustahil syarikat dan organisasi yang besar menterjemahkan kenaikan kos operasi ini kepada tanggungjawab social koprat (CSR) melainkan ia ditekankan kepada setiap rantaian perniagaan, yang nyata teruk kena tempiasnya adalah pengguna akhir. Apa mungin pelanggan produk dan perkhidmatan menanggung segala kos? Tidak.

Pada era Tun Abdullah Badawi meneraju kerajaan, pada 2007 - 2008 ditarik subsidi petrol dan wang subsidi tersebut menurut hujah menteri bertanggungjawab akan digunakan untuk membaik pulih sistem pengangkutan awam seperti bas. Sehingga kini perkhidmatan bas awam masih di takuk lama.

Melalui GST kerajaan memperoleh pendapatan RM33 billion setahun, jumlah yang banyak. Ingin saya tekankan, kerajaan walaupun tidak dilaksanakan GST tetap memperoleh pendapatan RM200 bilion ringgit setahun melalui industri minyak sawit, pelaburan dalam dan luar negara, melalui GLC, syarikat gergasi Petronas, percukaian langsung dan tidak langsung.

Masalah kita bukan pendapatan, tetapi terlebih belanja. Lebih parah ditambah dengan keborosan, ketirisan, rasuah yang diamalkan kerajaan minoriti 46% ini. Sehingga kerajaan kekeringan dana untuk menjana pendapatan lain, dengan hutang negara RM526 bilion pada masa ini daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Belum dicampur dengan faedah hutang dalam setahun memakan berbilion ringgit. Paras hutang negara daripada KDNK yang ditetapkan undang-undang adalah 55%. Sekarang mencacah 54%, tidak mustahil jika sedikit masa lagi Najib membawa usul ke Parlimen untuk menetapkan paras hutang  baharu negara daripada KDNK dinaikkan iaitu 60%- 69%. Wallahualam.M/Insider

MH370: Persoalan utama masih belum dijawab

Posted: 16 Apr 2014 05:12 AM PDT


Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI


PETALING JAYA - [VIDEO] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.

Zahida Rafik gagal ketepi saman bekas pemandu

Posted: 16 Apr 2014 05:09 AM PDT

zahida rafik


KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik hari ini gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu.

Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Oktober untuk perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 27 November tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie', secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas.

Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut.

Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida,39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. - Bernama

UM bangunkan laman web, perisian khas hadis sahih

Posted: 16 Apr 2014 05:08 AM PDT

Universiti Malaya


KUALA LUMPUR - Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) akan membangunkan sebuah laman web dan perisian khas komputer yang memuatkan hadis-hadis sahih untuk rujukan orang ramai.
  
Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam UM Prof Madya Dr Ishak Suliaman berkata akademi itu sedang berusaha mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan laman web dan perisian komputer berkenaan.
  
"Kami juga sedang bekerjasama dengan fakulti Sains Komputer dan Fakulti Bahasa di UM bagi membangunkan perisian dan laman web itu," katanya kepada pemberita di Majlis Muzakarah Pakar Sehari Al-Quran dan Sains: Pemetaan Penyelidikan Semasa di Nusantara anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.
   
Beliau berkata usaha mewujudkan laman web dan perisian komputer yang mengandungi hadis-hadis sahih itu bertujuan untuk memelihara hadis sahih ekoran kebanyakan pihak yang mengeluarkan pelbagai hadis tanpa rujukan yang sahih dalam Internet.
  
"Laman web serta perisian ini akan dibuat mengikut kesesuaian bahasa supaya mudah difahami, umat Islam boleh mengenal pasti kesahihan sesuatu hadis terutama yang dalam laman sosial sama ada ia sahih atau pun tidak (menerusinya)," katanya.

Dr Ishak turut mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan undang-undang atau akta khas untuk membenarkan pihak berautoriti mengeluarkan hujah mengenai sesuatu hadis.
  
"Ini bagi mengekang golongan antihadis daripada menghina dan mencela hadis sahih.
  
"Kita amat terdesak kerana penulisan-penulisan hadis dalam apa jua bentuk kenyataan dan imej yang memberi kesan negatif seperti menghina serta merendahkan martabat Nabi (Nabi Muhammad SAW) dan sahabat Nabi yang begitu meluas di media sosial sekarang ini," katanya.
  
Sementara itu Ketua Pangarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata muzakarah yang dianjurkan itu bertujuan mengembleng kerjasama antara universiti tempatan dan nusantara dalam penyuburan kajian-kajian sains yang berpandukan Islam.
  
"Tujuan kerjasama tersebut bukan sekadar mengumpul dan mengkelaskan kajian yang sedia ada tetapi, yang lebih penting kajian dan penyelidikan di universiti dibimbing oleh panduan Al-Quran,"katanya.
  
Beliau berkata tumpuan khusus pada kali ini adalah terhadap kajian yang bukan sahaja berteraskan Al-Quran tetapi juga berhubung rapat dengan sains. - Bernama

Berita Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : Kesan Kos sara Hidup Rakyat Malaysia?

Posted: 16 Apr 2014 04:57 AM PDT

 


Gas Asli Naik



Berita Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia 2014 : Terbaru, siri gelombang kenaikan harga barang di Malaysia akan terus melonjak dengan dipacu dengan berita kenaikan harga gas asli bermula bulan hadapan Mei 2014 yang baru sahaja dimaklumkan sendiri oleh Petronas.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak pemain industri, rakyat Malaysia perlu menghadapinya…

 

Apa Kesan Rantaian Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia?

  1. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan gelombang inflasi yang pernah Berita Semasa laporankan (DI SINI) untuk tahun 2014 terus melonjak naik
  2. Berita kenaikan harga gas asli bakal menyebabkan industri berat seperti pembuatan keluli akan terkesan. Dan ini bakal memberikan markah dan alasan untuk kapitalis REDHA dan pemain hartanah di Malaysia untuk terus melonjakkan harga rumah di Malaysia lebih awal sebelum GST dilaksanakan
  3. Kenaikan harga gas asli akan menyebabkan kos tambahan kepada pemain industri berat sekurang-kurangnya sejumlah RM200 juta? Berdasarkan kesan rantaian yang berlaku, kepada siapakah akhirnya yang akan menerima kesan akhirnya?
  4. Peniaga makanan seperti biasa tidak akan mahu menyerap tekanan kenaikan kos operasi mereka, mahu atau tidak bebannya akan dicampakkan semula kepada pembeli dan pengguna
  5. Bagaimana anda pula, kalangan ibubapa yang masak di rumah? Tong gas?
  6. Ada lagi yang anda mahu tambah senaraiannya?

 

Kenaikan Harga Gas Asli di Malaysia : Kadar Harga Baru?

Sekarang ini pasaran harga gas asli dimonopoli oleh Petronas yang dijual :
  • pada harga RM18.35 setiap MMBTU sekarang ini
  • pada harga RM19.85 setiap MMBTU bermula bulan Mei 2014
  • harga gas asli di Malaysia akan naik setiap 6 bulan sekali selama tempoh 3 tahun
P/S : Berita kenaikan harga gas asli akan "muncul" semula 6 bulan daripada sekarang. Nantikan!
PP/S : Berita Semasa sama sekali tidak mahu menyalahkan Petronas. Ini kerana selama ini mereka "terpaksa" membiarkan taikun IPP merompak duit mereka hasil daripada pemberian subsidi gas asli kepada IPP (SEPERTI DI SINI)

Jawapan kepada penyelewengan anti-Hadis

Posted: 16 Apr 2014 04:54 AM PDT



Oleh PROF DR OMAR YAAKOB


AKHIR-AKHIR ini, masyarakat didedahkan kembali kepada pemikiran  golongan yang menolak hadis di dalam sistem perundangan Islam,  dikenali sebagai golongan "anti-hadis". 

Walaupun pada zahirnya mereka merupakan sebuah aliran yang 'hanya mempertikaikan kedudukan hadis sebagai sumber hukum', mereka sebenarnya membawa satu cara pemahaman dan penafsiran baru terhadap sejarah awal umat Islam dan sumber perundangan yang harus menjadi rujukan.  

Lantas pentafsiran dan pemahaman baru ini menimbulkan satu kerangka konsep, ideologi dan cara-hidup dan berlainan dari apa yang dipegang oleh umat Islam selama ini.

Pada zahirnya mereka menggunakan prinsip bahawa Islam memberi kebebasan kepada mereka membuat tafsiran dan berpegang kepada tafsiran yang mereka yakini,  di atas prinsip Islam membenarkan perbezaan pendapat.

Namun, perlu diingat, perbezaan pendapat antara kita harus diasaskan kepada satu titik tolak yang dipersetujui bersama, yakni kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber pegangan yang primer dan kaedah perolehan hukum yang jelas dan sistematik.
 
Semua perselisihan dan perbezaan pendapat hanya boleh dimaafkan (dan sewajarnya dimaafkan) selagi pendapat yang bertentangan tersebut mempunyai asas di dalam kedua-dua sumber primer tadi.  Ini yang diyakini oleh umat Islam keseluruhannya masa kini dan pada hemat saya inilah juga cara yang dibawa oleh generasi Islam yang terdahulu.

Sekiranya ada orang lain yang ingin membawa cara pentafsiran yang jauh menyimpang dan berlainan daripada asas ini, maka terkeluarlah mereka daripada definisi atau takrifan umat Islam sepanjang zaman; sebagaimana terkeluarnya Syiah dan Qadiyani/Ahmadi walaupun mereka tetap bertegas bahawa pentafsiran mereka lebih betul daripada pentafsiran kita selama ini.

Di antara penyelewengan ketara kumpulan anti-hadis. golongan ini ialah mereka telah memperkecilkan dan meremehkan tugas Rasullullah dan para anbiya' seluruhnya.  Bagi mereka tugas Rasul tidak lain hanya sekadar alat menyampaikan al-Qur'an.

Oleh kerana menurut pemahaman mereka peribadi, kata-kata, perbuatan dan sejarah hidup Rasulullah tidak mempunyai sebarang kaitan atau makna kepada hukum dan perundangan Islam pada masa dulu dan pada masa ini, maka tugas dan peranan Rasul tidak bermakna selain menjadi seolah-olah robot atau radio yang membacakan ayat-ayat al-Qur'an kepada umat.

Anehnya, gambaran manusia sebagai robot sedemikian tidak juga diperolehi daripada al-Quran.  Golongan ini yang kononnya mahir tentang al-Quran seolah-olah buta terhadap kisah-kisah Nabi di dalam al-Quran.

Kisah Nabi-nabi Ibrahim, Musa, Isa, Nuh dan seumpamanya jelas mebayangkan bahawa manusia-manusia ini bukan berfungsi hanya sebagai robot atau radio yang membacakan ayat-ayat Allah.  Mereka adalah pemimpin, pendakwah, pemberi hukum dan pemberi contoh.

kenapa perlu diutus Rasul?

Di dalam Surah Mumtahanah Allah memberikan penyataan yang jelas bahawa Nabi Ibrahim ialah sebaik-baik ikutan bagi kita (umat Islam), dalam nada yang sama seperti di dalam Surah al-Ahzab Allah menyebut bahwa Nabi Muhammad adalah sebaik-baik ikutan.

Adakah boleh mereka dijadikan ikutan sekiranya fungsi mereka hanya sebagai robot penyampai wahyu sedangkan diri, akhlak dan perbuatan mereka tidak menjadi sumber akhlak dan amalan kita?

Jelas kepada kita bahawa gambaran Rasul sebagai robot penyampai wahyu bukan datangnya dari pemahaman keseluruhan ayat-ayat al-Quran tetapi sebaliknya andaian-andaian dan mainan hawa-nafsu golongan anti-hadis sendiri.

Sungguh menakjubkan!  Jika hanya itu tugasnya, kenapa perlu Allah membangkitkan Rasul dari kalangan manusia sedangkan Allah yang Maha Berkuasa boleh, sekiranya menghendaki, menurunkan kitab tanpa perantaraan Rasul dari kalangan manusia?

Jika hanya itu tugas rasul, kenapa perlu diutus seorang Rasul yang terbukti berakhlak mulia sejak sebelum kenabian baginda?

Kenapa perlu seorang Rasul yang perlu bertungkus-lumus, berlumuran darah dan bermandi keringat selama dua puluh tiga tahun?

Kenapa perlu seorang manusia yang disokong oleh kumpulan sahabat berjiwa kental, yang berkorban jiwa raga untuk mempertahankan Rasulullah dan risalah yang dibawanya?

Kenapa perlu seorang Rasul yang menunjukkan secara praktik cara pelaksanaan hukum-hakam yang termaktub di dalam al-Quran?

Golongan anti-hadis melihat Rasululullah hanya sebagai seorang tokoh sejarah, sama seperti mereka melihat Napoleon atau Julius Caesar; hanya sebagai tokoh yang telah mencipta sejarah, tidak lebih dari itu.

Oleh itu mereka tidak menganggap kata-katanya maupun perbuatannya sebagai penting.  Bagi mereka kononnya yang penting ialah, Rasulullah telah berjaya melaksanakan tugasnya menyampaikan al-Quran kepada umat manusia.  Kemudian, pandai-pandailah manusia memanfaatkan al-Quran tersebut mengikut cara mereka masing-masing!   Apa yang telah dibuat oleh Rasulullah semasa hidup baginda tidak penting atau membawa apa-apa makna kepada kehidupan kita kini!

Kita sungguh sangsi dengan tanggapan golongan anti-hadis tentang kehidupan harian Rasulullah dan para sahabat baginda. Bagi mereka seolah-olah dalam sepanjang 23 tahun kenabian baginda, baginda membisu seribu bahasa, tidak menjawab segala persoalan yang pasti banyak sekali ditimbulkan oleh para sahabat baginda yang mahu melaksanakan tuntutan ibadat kepada Allah.

Mengikut tafsiran golongan ini juga, semua perbuatan dan tingkah-laku baginda dan para sahabat hanyalah sekadar menurut 'adat dan kebiasaan orang Arab ketika itu' sahaja; lantas tidak memberi erti kepada peraturan, hukum dan perundangan kita masa kini, kecuali hanya apa yang tertera di dalam al-Quran.  Lagi sekali kehidupan Rasulullah diremehkan kepada seorang manusia `robot'.

Menangani Penyewelengan Kumpulan Anti-Hadis

Golongan anti-hadis yang wujud di Malaysia dan peringkat antarabangsa sering menggunakan nama yang pelbagai bagi diri mereka sendiri.  Di Malaysia, mereka kadang-kadang menggunakan nama kumpulan 'pro-al-Quran' untuk menampakkan seolah-olah kononnya orang lain 'anti-al-Quran'.

Di dalam internet, mereka mempamerkan diri mereka sebagai kumpulan  'Muslim sebenar' atau kumpulan 'Submitters (yang tunduk)'.  Walau apa pun nama atau label yang digunakan, mereka tidak lari daripada ciri mereka yang paling penting yakni mempertikaikan kedudukan hadis sebagai salah satu sumber primer dalam perundangan Islam.  Bagi mereka hadis hanyalah ciptaan ulama yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam sebenar.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk membawa kumpulan ini ke pangkal jalan.  Ada yang secara keras serta perbahasan, ada yang secara diplomasi dan perbincangan.  Namun, semuanya tidak berjaya kerana masing-masing bertitik-tolak dari prinsip asas yang berbeza . 

Saya dapati perbahasan yang sering diutarakan selama ini bagi menentang aliran anti-hadis mempunyai dua kelemahan.

Pertama, ramai pembela hadis terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh golongan anti-hadis dengan mengutarakan hadis-hadis yang menyebutkan perlunya kita berpegang kepada hadis.  Oleh kerana mereka telah menolak  hadis, maka meletakkan hadis sebagai hujjah tidak wajar.

Kedua, ayat-ayat al-Quran yang diutarakan oleh sebahagian pembela hadis bagi menjelaskan kesesatan golongan anti-hadis walaupun qat'i thubutnya tetapi dzanni dari sudut dilalahnya.  Ini tidak mungkin berkesan  terutama dalam menghadapi golongan yang menganggap mereka berhak membuat tafsiran al-Quran sendiri mengikut hawa nafsu mereka.  Mereka tidak semestinya bersetuju dengan tafsiran yang kita buat, sama seperti tidak bersetujunya kita dengan tafsiran yang mereka buat.

Oleh itu di sini, saya mengambil pendekatan yang rasional yang saya yakin boleh menggugat  akar-umbi golongan ini.

Pandangan (atau tesis) anti-hadis boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: "Apa yang ada dalam kitab hadis bukan berasal dari Rasulullah; seandainya ia betul berasal dari Rasulullah pun, ia tidak mempunyai apa-apa erti bagi agama Islam".

Oleh itu, dalam kita menilai atau mempertikaikan kebenaran pandangan mereka ini, kita perlu menimbang secara rasional dua persoalan asas berikut:

Adakah benar Rasulullah mengucapkan perkataan atau melakukan sesuatu seperti yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis?  Yakni adakah yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis itu fakta sejarah atau hanya sesuatu yang diada-adakan. Jika benar kata-kata tersebut diucapkan dan perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda, apakah ia harus kita anggap sebagai hanya fakta sejarah atau ianya mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada itu.  Adakah kata-kata tersebut mempunyai legal-standing?

Kedua-dua persoalan ini penting dipertimbangkan bagi  menjawab isu asas yang sering dibangkitkan oleh golongan anti-hadis.  Walaupun kedua-dua persoalan itu kait-mengait, soalan-soalan tersebut harus juga dalam masa yang sama dipertimbangkan secara berasingan kerana soalan yang pertama menyangkut masalah kesahihan fakta sejarah manakala soalan kedua berkaitan dengan persoalan asas perundangan.

Tanggung jawab membuktikan terletak pada anti-hadis

Untuk menjawab soalan yang pertama, kita perlu menilai kaedah yang digunakan untuk mempersoalkan kebenaran hadis sebagai satu fakta sejarah yang sahih.  Soalan ini amat penting dijawab kerana hanya jika kita bersetuju bahawa apa yang dilaporkan sebagai 'hadis' di dalam kitab-kitab hadis adalah sebenarnya fakta sejarah baharulah kita boleh mempertimbangkan soalan kedua.

Menurut golongan anti-hadis, "...Rasulullah tidak mengucapkan atau melakukan seperti mana yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis.  Rasulullah menjalani kehidupan, yang berbeza daripada laporan dalam hadis.  Hadis yang ada bukan fakta sejarah; malah ianya hanya rekaan para ulamak yang datang sesudah baginda wafat."

Kaedah yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin mengkritik, mencabar atau mempertikaikan 'well-documented and accepted fact' adalah pihak tersebut patut mendatangkan bukti yang boleh meyakinkan bahwa fakta tersebut tidak benar.

Seorang yang ingin mempertikaikan atau mencabar kenyataan "merokok membahayakan kesihatan" misalnya sepatutnya mendatangkan bukti dan alasan yang nyata dan objektif bagi menyokong bantahan beliau tersebut.

Bagi fakta historis juga, sipembawa pandangan yang berbeza dari kefahaman dan pegangan umum harus mendatangkan bukti.

Misalnya jika seseorang ingin mengatakan bahawa "orang-orang Portugis tidak pernah menakluk  Melaka" atau 'peperangan tidak pernah pernah terjadi di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawwiyah' contohnya,  maka beliau mesti membawa bukti yang dapat menegakkan pandangannya yang bercanggah dengan 'well-documented and accepted historical fact' tersebut.

Oleh itu,  tanggung-jawab membuktikan (the burden of proof) bahwa hadis tersebut ialah bukan catatan sejarah sebenarnya tertanggung pada golongan anti-hadis.

Sehingga kini, golongan anti-hadis masih tidak dapat membawa bukti secara objektif dan saintifik yang meyakinkan bahawa:

Rasulullah dan para sahabat baginda menjalani kehidupan yang berlainan daripada yang digambarkan oleh koleksi hadis dan kitab-kitab klasik yang lain (seerah, tafsir dan seumpamanya).  Tidak ada dokumen yang boleh dibawa ke hadapan untuk memberi gambaran alternatif mengenai ucapan, perbuatan dan jalan kehidupan yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat baginda.
Terdapat kecacatan menyeluruh di dalam sistem yang digunakan oleh ulama hadis dalam mengutip, mengesahkan dan mengklasifikasikan laporan-laporan tersebut.
himpunan hadis yang ada kini hanyalah rekaan semata-mata.

Pendek kata, apa yang diutarakan oleh golongan ini selama ini hanyalah andai-andaian yang tidak saintifik dan tidak berpijak di bumi nyata.

Kemungkinan perawi merekacipta hadis amat minimum dan tiada kepentingan bagi mereka berbuat demikian

Sekiranya di teliti, sebenarnya semua riwayat-riwayat hadis sahih telah melalui satu kaedah penapisan yang saintifik dan ketat oleh ulama hadis.

Melalui kaedah ini, ulama hadis berusaha keras memastikan kebarangkalian 'fabrikasi' dapat diminimumkan.  Misalnya mereka memastikan semua 'sanad' (chain of narration) riwayat tersebut bersambungan tanpa putus sehingga kepada Rasulullah s.a.w..

Juga dipastikan perawinya adalah orang yang boleh dipercayai. Berbanding dengan orang yang meriwayatkan sejarah seorang Tokoh biasa, perawi diperiksa untuk memastikan beliau ialah orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, yang yakin tentang dosa-pahala, sedar tentang besarnya dosa berdusta atas nama Rasul s.a.w..

Begitu juga mereka telah menyiasat untuk memastikan bahawa seseorang perawi pernah bertemu dengan perawi yang sebelumnya dan seterusnya.

Salah satu alasan yang mungkin boleh digunakan oleh orang yang mempertikaikan kesahihan hadis ialah 'pendustaan' oleh sumber pertama yakni para sahabah (na'uzubillah) dan perawi seterusnya.

Tetapi cuba pertimbangkan bahawa daripada 'well-documented fact' bagi para sahabat, perkara 'berbohong di atas nama Nabi s.a.w.' ini adalah sesuatu hampir mustahil.

Bagaimana mungkin satu generasi yang bermandi darah dan keringat bersama Nabi untuk menegakkan tamaddun manusia bermoral boleh meruntuhkan tamaddun tersebut dengan cara tidak bermoral i.e. berdusta atas nama Nabi s.a.w.?

Satu persoalan yang lagi yang patut ditimbulkan... untuk apa perlu perawi berdusta atas nama Nabi s.a.w.?  

Apakah kepentingan (interest) peribadi atau kumpulan yang didapati untuk mereka berbuat demikian sedangkan hampir kesemua daripada hadis-hadis sahih tidak langsung memberi malah menjanjikan apa-apa keistimewaan atau kepentingan kepada golongan atau individu tertentu; baik siperawi, maupun orang lain.

Kebanyakannya daripada hadis merupakan hanya laporan yang 'straightforward' tentang peribadi, ucapan dan perbuatan Rasululullah mengenai prinsip-prinsip asas Islam dan cara melaksanakannya secara praktik.

Untuk apa seorang yang telah bergadai nyawa dengan Nabi s.a.w. menggadaikan maruahnya dengan menyatakan sesuatu yang kononnya  "tak pernah dibuat atau diucapkan oleh Nabi"?

Apa pula untungnya seorang perawi di generasi lainnya  kononnya mahu  "berdusta" dengan meriwayatkan misalnya bahawa  Nabi menyuruh kita "makan dengan tangan kanan" atau "memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah"?

Jelas di sini bahawa periwayat hadis tidak mempunyai interest/kepentingan yang hendak dijaga atau diperolehi ketika mereka meriwayatkan  hadis-hadis tersebut.

Selain daripada itu, harus diingat bahawa kebanyakan hadis diriwayatkan oleh lebih dari satu sanad.

Ini bermakna, ramai sahabat yang meriwayatkan perbuatan atau perkataan Nabi secara berasingan kepada generasi seterusnya yang berasingan sehingga melahirkan 'chain-of-narration' yang berbeza tetapi meriwayatkan sesuatu laporan yang sama atau hampir sama.

Sesungguhnya, tidak ada tokoh lain di dunia ini yang setiap laporan mengenai perkataan dan perbuatannya diberikan tapisan yang begitu teliti dan rapi.  Ini tidak syak lagi menjadikan laporan dan riwayat yang dilaporkan oleh kitab-kitab hadis sahih sebagai fakta sejarah yang tidak dapat ditolak. Rasululah telah benar-benar memperkatakan apa yang diriwayatkan, membuat seperti apa yang telah diriwayatkan dan mengakuri sebagaimana yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis sahih.

Fakta sejarah yang mempunyai legal-standing

Daripada perbincangan sebelum ini, telah jelas bagi kita bahawa rekod laporan/riwayat yang termaktub di dalam kitab-kitab hadis sahih telah melepasi penelitian dan penapisan yang rapi bagi menjamin kesahihannya. Ini bermakna apa yang ternyata itu benar-benar  mencerminkan kehidupan Rasululah, perbuatan dan tutur katanya.

Setakat ini  kita belum melihat gambaran alternatif kehidupan baginda selain daripada yang diutarakan di dalam koleksi hadis sahih.

Bertolak daripada noktah ini, mari kita lihat persoalan yang kedua; adakah perbuatan dan perkataan Rasulullah mempunyai legal standing sebagai sumber primer dalam Islam.

Menurut dakwaan golongan anti-hadis, bagaimana sahih sekalipun riwayat dari Nabi, ianya hanyalah merupakan catatan sejarah yang tidak bermakna;  tidak memberi erti kepada agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.  Menurut mereka apa yang ada dalam al-Quran itulah yang kita diwajibkan mengikutinya, yang lain daripada itu semuanya tidak boleh diambil kira dalam menetapkan prinsip-prinsip asas Islam serta hukum hakamnya.

Apa motif Rasulullah?

Satu persoalan yang harus dijawab ialah, sekiranya benar Rasulullah berkata atau berbuat seperti yang diriwayatkan, maka kenapakah baginda bertindak demikian? Adakah hanya kerana baginda menurut adat resam orang Arab di sekitar baginda semata-mata? Atau baginda bertindak secara tabi'i/natural sepertimana orang lain juga bertindak dalam keadaan yang baginda hadapi? Atau baginda sengaja mengada-ngadakan cara dan perbuatan yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam yang Allah turunkan melalui al-Quran.

Sekiranya kita meneliti sejarah hidup baginda, meneliti tiap-tiap tutur-kata dan perbuatan baginda, jelas jawapan bagi persoalan-persoalan di atas adalah negatif.  Jelas kepada kita bahawa baginda tidak hanya mengikut cara yang dilakukan oleh nenek-moyang baginda.

Juga, walaupun terdapat perkara yang dilakukan oleh baginda yang merupakan perkara yang tabii sebagai seorang manusia dan seorang Arab, tetapi dalam banyak hal yang lain jelas baginda tidak semata-mata melakukan perkara yang tabi'i/ natural yang dilakukan oleh orang lain di dalam kedudukan beliau.  Menuduh baginda mengada-adakan sesuatu yang tidak diperintah oleh Allah adalah satu pendustaan yang membawa kepada kekafiran... astaghfirullah.

Kita ambil satu contoh satu perbuatan dan perkataan yang masyhur 'widely reported' berkenaan baginda yakni mengenai solat.

Menurut golongan anti-hadis, al-Quran kononnya menyuruh kita solat tiga kali sehari; pagi, petang dan malam. Tetapi terdapat banyak hadis yang menegaskan bahawa Rasulullah melalui perkataan dan perbuatannya menunjukkan bahawa solat fardhu lima kali sehari.  Riwayat-riwayat mengenai ini sahih belaka.  Bahkan kita yakin bahawa tidak ada kepentingan peribadi  bagi seseorang hendak meriwayatkan hadis seperti itu secara palsu.

Sesudah kita yakin bahawa semua yang diriwayatkan mengenai solat lima waktu itu adalah sahih dan fakta sejarah, cuba kita pertimbangkan sebab Rasulullah melakukan atau mengatakan sedemikian?
Sekiranya diteliti, baginda  bukan sekadar mengikuti  tradisi Arab, bukan juga kerana beliau memandai-mandai.  Maka kita tidak boleh membuat kesimpulan lain selain daripada bahawa Rasulullah melakukan dan menyebutkan yang demikian sebagai penjelas kepada ayat yang menyebutkan solat dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.

Begitu juga mengenai tata-cara solat. Menurut golongan anti-hadis, al-Quran tidak menjelaskan tata-cara solat dan oleh kerana  Rasulullah cuma solat seperti yang dikerjakan oleh orang-orang Arab ketika itu, maka mereka boleh solat mengikut apa cara yang mereka suka!

Ini jelas bertentangan dengan sejarah kerana sejarah menerangkan bahawa cara solat Nabi seperti yang diterangkan di dalam hadis-hadis sahih tidak pernah dibuat oleh orang Arab sebelum baginda.

Apa motif sebenar anti-hadis?

Saya tidak berhajat hendak memperincikan segenap segi penyelewengan golongan anti-hadis. Pokoknya, kita berhadapan dengan satu golongan yang menggunakan semata-mata akal masing-masing untuk mentafsirkan apa yang mereka faham dari al-Quran.

Maka tidak hairanlah apa yang akan lahir bukan lagi Islam tetapi satu bentuk ajaran yang tidak ada kena mengena dengan Islam yang kita kenal.  Oleh itu timbullah suasana  ajaran baru  seperti  juga Qadiani dan Syiah.

Motif sebenar golongan anti-hadis telah didedahkan oleh Muhammad Asad menulis di dalam bukunya "Islam at the Cross Roads":

... The rejection of authentic Traditions, either as a whole or in part, is a purely emotional matter, and has failed to establish itself as the result of unprejudiced, scientific investigation.  But the motive behind such an oppositional attitude among many Muslims of our time can easily be traced.  This motive lies in the impossibility of bringing our present, degenerate ways of living and thinking into line with the true spirit of Islam as reflected in the Sunnah of our Prophet.  In order to justify their own shortcomings and the shortcomings of their environment, these pseudo-critics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah:  because, it this were done, they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they please - that is, everyone according to his own inclinations and turn of mind. And in this way the exceptional position of Islam as a moral and practical, individual and social code would be utterly destroyed....

Anti-Hadis adalah sebahagian gerakan modenis

Almarhum Muhammad Asad telah mendedahkan motif sebenar kumpulan anti-hadis.  Di sebalik seruan kumpulan ini menolak hadis sebagai sumber hukum terselit hasrat untuk mengambil dari ajaran Islam apa yang berkenan dengan hati dan sesuai dengan pemikiran masing-masing...  "...pseudo­critics of hadith try to obviate the necessity of following the Sunnah: because, it this were done, they would be able to interpret all Qur'anic teachings just as they please - that is, everyone according to his own inclinations and turn of mind..." .  Masing-masing akan mempunyai cara pemahaman yang tersendiri, agamanya yang tersendiri... tepuk dada tanya selera!

Sebenarnya apa yang diutarakan oleh golongan anti hadis masa-kini bukanlah satu perkara yang baharu.  Misalnya, keinginan berpegang kepada Islam mengikut selera masing-masing ini telah diakui oleh Prof. Asaf Fyzee (The Modern Approach to Islam (1963)), "..  kepercayaan saya adalah kepunyaan saya, difesyenkan mengikut hidup saya, berdasarkan falsafah saya, pengalaman saya.. saya juga memberikan setiap Muslim hak memfesyenkan kepercayaannya sendiri.."

Sementara itu, Dr. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam (1966) telah menyebutkan " Sembahyang lima waktu tidak disebut di dalam al-Quran.... hakikat sembahyang tiga waktu yang asal ditenggelami oleh hadis yang direka bagi menyokong idea tersebut".

Orientalis berkulit coklat seperti mereka inilah yang mencanangkan idea Joseph Schact (Origin of Mohamedan Jurisprudence (1955)) bahawa hadis adalah rekaan ulama Damsyik.  Idea songsang yang dibawa oleh orientalis berkulit putih sukar diterima oleh umat Islam tetapi racun bersalut gula yang kini disebarkan pula oleh murid-murid mereka yang berkulit coklat dan sawo-matang mungkin lebih mudah disambut oleh sebahagian umat yang kurang berhati-hati.

Orang-orang seperti ini jugalah yang mempelopori idea "..untuk kemajuan umat Islam (kononnya) al-Quran mesti ditafsir untuk menyesuaikannya dengan kehendak dan citarasa manusia masakini dengan menurut aliran falsafah tamaddun moden".  Oleh itu Asaf Fyzee juga menyatakan " ...Kita tidak perlu kembali kepada al-Quran. Kita mesti membawanya ke hadapan, memahaminya dan mengaplikasikannya kepada keadaan sekarang dan mempercayainya selagi ianya sesuai dengan abad kedua puluh".

Penulisan orang-orang seperti Syed Amer Ali (Spirit of Islam (1922)) yang antara lain menyarankan supaya poligami dihapuskan, Dr.  Taha Hussein (On PreIslamic Poetry (1926)) yang memperkecilkan kewibawaan dan keilmuan Imam-Imam hadis memainkan rentak yang sama.

Apabila Islam ditafsirkan sewenang-wenangnya maka yang lahir nanti bukannya Islam tetapi hanyalah kumpulan nilai-nilai sejagat yang difikirkan sesuai dengan abad dua puluh satu.

Sekiranya ini dibiarkan berlaku maka bukan Islam yang mentadbir, mengarahkan dan menentukan corak kehidupan manusia tetapi sebaliknya manusia yang akan mengarahkan, memerintahkan dan menentukan corak Islam yang 'sesuai dengan zaman'.

Akan timbul konsep moral baharu di mana kriteria baik dan buruk, benar dan salah bukannya dari tuntutan ilahi tetapi berdasarkan persepsi subjektif seseorang individu atau sesebuah masyarakat mengenai apa yang baik dan buruk baginya.

Jika ini dibiarkan berterusan, berkemungkinan (na'uzubillah) Islam juga akan menerima nasib seperti yang diterima oleh agama Kristian setelah isi kitab Injil dibiarkan ditafsirkan sewenang-wenangnya kononnya mengikut peredaran zaman (contohnya Church of England kini memandang remeh bahkan meng'halal'kan riba, arak, judi, homoseksualiti, hubungan di luar nikah dan pengguguran anak).

Kita tidak menolak kemungkinan golongan yang melaungkan slogan pemodenan dan 'progresif' ini ikhlas mahukan Islam maju dan berkembang di era menjelang abad 21.  Namun, apa pun niat kita, kita perlu berhati-hati dengan kaedah yang digunakan.  Pada hemat saya, kebangkitan Islam tidak mungkin terjadi sehingga kita memutuskan hubungan pemikiran dan neraca penilaian kita daripada pengaruh luar.

Malangnya, walaupun sudah beberapa dekad kita membebaskan diri daripada belenggu penjajahan fizikal penjajah, namun ramai umat Islam yang masih terjajah akal fikiran dan pandangan hidup; masih mempunyai 'inferiority complex', masih merasa rendah diri dengan falsafah dan idealisme Barat sehingga sanggup menilai deennya dengan perspektif penjajah.

 Prof Dr Omar bin Yaakob ialah Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan IKRAM Malaysia

Media alternatif perlu berani, adil

Posted: 16 Apr 2014 04:51 AM PDT



Oleh  Shahrul Nizam Abd Hamid


Di sesetengah negara maju, media  alternatif (portal berita dalam talian) mempunyai peranan besar bagi mengetengahkan masalah dihadapi oleh golongan minoriti. Impak tulisan yang tersiar di media alternatif ini mampu menyedarkan masyarakat kebebasan bersuara bukan sahaja dimonopoli golongan majoriti. Secara tradisinya juga, media alternatif dilihat sebagai suara kumpulan minoriti.

Berbicara dalam konteks Malaysia, media alternatif banyak membuka mata masyarakat yang selama ini disogokkan dengan berita media arus perdana. Menjelang PRU12, media alternatif yang banyak mengutarakan isu korupsi,  penyelewengan dan salah guna kuasa berjaya mempengaruhi peratusan undi dan secara langsung menelanjangkan isu yang "disembunyikan" oleh media arus perdana.

Apa yang berlaku juga merupakan petanda media altematif wujud sebagai medium penting dalam penyampaian maklumat secara adil kepada masyarakat.

Saya  merupakan antara ribuan, bahkan mungkin antara jutaan pembaca tegar sumber berita media alternatif ini. Pada saya, media alternatif lebih adil, jujur, berani dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati ada beberapa isu semasa yang seolah-olah terlepas pandang dan tidak mendapat liputan media alternatif di negara kita. Antaranya krisis air di Lembah Klang dan isu yang melibatkan lukisan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (Pak Samad) yang heboh diperkatakan orang sejak awal bulan ini.

Saya antara individu yang terlibat secara langsung dalam isu air ini, sama ada sebagai pengguna domestik atau di tempat kerja saya. Saya mengikuti dengan rapat setiap perkembangan tentang isu air  dan kebanyakan sumber berita datangnya daripada media arus perdana.

Saya tertanya-tanya, mana laporan, ulasan, kritikan, kupasan dan analisis berani media alternatif dalam isu ini? Malangnya sehingga kini, wartawan dan kolumnis di media alternatif masih gagal mengetengahkan isu maha penting ini. Mereka diam, seolah-olah isu air hanya isu terpencil dan tidak memerlukan pendedahan. Mungkin mereka beranggapan rakyat (pembaca) tidak perlu tahu.

Begitu juga dengan pendedahan terbuka oleh Uthaya Sankar SB mengenai "hutang" kerajaan negeri Selangor kepada Pak Samad semasa pembentangan kertas kerja sempena pelancaran rasmi novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 1 April 2014.

Selesai sahaja majlis tersebut, isu ini heboh diperkatakan di rangkaian media sosial (Facebook dan Twitter). Keesokan harinya, beberapa media alternatif juga memaparkan berita yang sama.
Malangnya momentum ini tidak berpanjangan. Tiada seorang pun wartawan media alternatif yang membuat temuramah dengan Pak Samad atau Uthaya yang menjadi "whistleblower" dalam isu ini.
Akhirnya isu penting berkaitan periuk nasi seniman ini hanya dibualkan secara sinis di Facebook dan Twitter.

Seolah-olah media sosial sudah mengambil alih peranan media alternatif dalam isu-isu ini. Apakah media alternatif yang selama ini saya kagumi kerana wartawan dan editornya yang menyiarkan berita berani, adil dan telus serta memaparkan segala kepincangan, secara tiba-tiba memilih untuk berdiam diri dalam isu-isu penting seperti ini?

Memetik tulisan oleh Chris Arton di dalam artikelnya bertajuk 'A Reassessment of The Alternative Press" yang antara lain menggariskan kriteria media alternatif adalah "penerbitan yang memfokus kepada tanggungjawab sosial atau ekspresi kreatif atau biasanya kedua-duanya sekali". Maka saya berharap dalam masa terdekat, akan ada laporan yang berani di media alternatif berhubung isu air dan lukisan Pak Samad.

MIC gagal 50 tahun rangka hala tuju ekonomi kaum India

Posted: 16 Apr 2014 04:48 AM PDT



Oleh V Sivakumar


Kerajaan gagal untuk membantu meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India di negara ini. Sejak kemerdekaan tidak ada apa-apa dasar ataupun program khas untuk membantu masyarakat India yang miskin. Kerajaan Perikatan mahupun Barisan Nasional tidak menunjukkan komitmen yang benar-benar serius dalam meningkatkan status sosio-ekonomi kaum India. Malah, terdapat banyak bukti kaum ini ditindas secara licik selama ini.

Parti MIC yang sepatutnya memperjuangkan hak kaum India pula menjadi 'Pak Angguk' kerana kepentingan dan kedudukan politik dalam kerajaan. Pemimpin ini menggadai kaum India yang sebenarnya memberi sokongan dan dokongan kepada Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Kaum India dianggap sebagai kumpulan yang tidak signifikan dan boleh diketepikan apabila merangka apa-apa dasar pembangunan untuk negara.

Kerajaan Barisan Nasional dan MIC lupa sumbangan kaum India yang menjadi tulang belakang membangunkan negara ini sejak sebelum merdeka lagi. Siapa yang membuka dan membersihkan hutan untuk pertanian dan perladangan? Ramai di antara kita yang pura-pura melupakan sejarah yang ditulis dengan keringat kaum minoriti ini.

Perladangan merupakan sektor ekonomi yang paling utama bagi negara kita pada ketika itu. Memang tidak dapat dinafikan kaum India merupakan saraf tunjang dalam sektor ekonomi komoditi sebelum dan selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British. Kaum India menjadi pekerja utama di ladang getah, kelapa sawit, kelapa, koko, teh dan lain-lain lagi.

Kaum India menetap di ladang-ladang dan jarang mempunyai peluang untuk berurusan atau mengatur aktiviti ekonomi lain di luar. Kaum India bersebati dengan aktiviti perladangan secara tertutup untuk satu jangka masa yang cukup panjang. Ini menyebabkan pekerja ladang menjadi golongan ketinggalan. Tenaga mereka dikerah dan dibalas dengan upah yang rendah. Masyarakat tertutup ini tidak mendapat peluang dalam persaingan ekonomi negara kita. Pemilik ladang membuat keuntungan yang besar, tetapi pekerja ladang dibayar gaji kecil hanya untuk sara diri dan keluarganya.

Walaupun kerajaan pernah mengiktiraf pekerja ladang ini sebagai golongan miskin, tetapi tidak merangka polisi yang sewajarnya untuk membantu meningkatkan kedudukan mereka dalam ekonomi negara ini. Kerajaan mengambil sikap 'menutup mata'  dalam soal pembangunan kaum India di negara ini.

Apakah alasan yang diberikan oleh kerajaaan untuk tidak membantu masyarakat India yang sebahagian besarnya bekerja di  ladang ketika itu? Kerajaan mendakwa kaum India mempunyai pekerjaan tertentu  dan menetap di ladang-ladang yang dimiliki oleh pihak swasta. Oleh itu, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk  memberi dana pembangunan kepada kumpulan yang berada di bawah tanggungan dan seliaan pihak swasta. Walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk pembangunan luar bandar tetapi  peruntukan itu tidak disalurkan kepada kaum India  yang bekerja di ladang.

Kaum India melalui pelbagai kesengsaraan hidup di negara ini. Pada ketika negara kita dilanda inflasi yang teruk diantara 1986 hingga 1990, pendapatan boleh guna pekerja ladang jatuh secara mendadak. Ini merumitkan lagi kehidupan mereka tanpa sebarang bantuan dan sokongan daripada kerajaan mahupun pihak lain. Inflasi menelan sebahagian besar upah pekerja ladang yang malang ini.

Statistik menunjukkan 65% pekebun kecil dan 40% pekerja ladang getah hidup di bawah paras kemiskinan tegar pada 1970.  Sebahagian besar pekerja yang terlibat adalah kaum India. MIC sekali lagi gagal memberi cadangan kepada kerajaan untuk menggubal Dasar Ekonomi Kaum India seperti yang dibuat oleh Umno untuk membantu orang Melayu yang miskin melalui Dasar Ekonomi Baru.

Pada 1973, kerajaan membuat pengumuman skim rumah murah akan diwujudkan untuk membantu pekerja ladang supaya dapat memiliki rumah sendiri. Tetapi, kerajaan hanya membina 1,608 rumah murah di estet di seluruh negara. Ini sekali gus menghancurkan harapan yang diberikan oleh kerajaan kepada tenaga kerja perladangan yang melebihi 250,000 orang.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Batu Gajah, Setiausaha Antarabangsa DAP Malaysia dan Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Memulihkan MAS ‘Demi Rakyat Dan Negara’

Posted: 16 Apr 2014 04:29 AM PDT



Oleh Ng Kee Seng


Pentadbiran yang tidak cekap dan tidak dipertanggungjawabkan tidak boleh dibiarkan sahaja atas apa-apa sebab sekalipun, dan ini termasuklah Penerbangan Malaysia (MAS)
.
Dapat difahami mengapa media cetak arus perdana pro-kerajaan mempertahankan MAS, tetapi ia perlu dilakukan tanpa menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Ya! "MAS has done much good for country" (MAS telah membawa banyak kebaikan untuk negara) (NST 14April 2014). Tetapi itu bukannya alasan untuk merelakan pentadbiran yang lemah dan tidak cekap.

Tidak kira bagaimana NST cuba mempertahankan MAS, aspek kewangan masih penting bagi mana-mana perniagaan. Ini terutamanya apabila syarikat penerbangan udara negara negara itu kerugian wang kerana kebocoran yang tidak boleh diterima.

Perolehan barangan dan perkhidmatan yang dilakukan MAS, terutamanya penyediaan makanan dalam penerbangan, dilakukan pada harga yang terlalu tinggi yang menguntungkan kroni sehingga beratus-ratus juta ringgit setiap tahun.

Seorang kolumnis NST menulis: "Adalah mudah untuk mengkritik. Ia adalah lebih sukar untuk menawarkan alternatif. Seperti yang dijangka, semua jenis teori telah dicadangkan untuk menerangkan kehilangan. Tiba-tiba kami melihat ramai pakar datang muncul berkongsi pandangan mereka mengenai kejadian itu. Permainan saling menuduh juga semakin rancak."

Tetapi adakah MAS dan kerajaan persekutuan telah mengendahkan alternatif, seperti membatalkan kontrak pembekal yang mengaut keuntungan tidak masuk akal dan keterlaluan?

Masalah kewangan MAS adalah disebabkan oleh ketirisan, yang mengakibatkan kerajaan persekutuan terpaksa menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan wang cukai.

Kolumnis NST juga menulis: "Patutkah MAS dinilai hanya melalui keuntungan? Bagi saya MAS tidak harus dinilai hanya melalui keuntungan. Sudah tentu adalah lebih baik jika syarikat penerbangan kebangsaan ini untung. Tetapi syarikat penerbangan nasional ini harus dinilai lebih kepada sumbangan keseluruhannya bagi ekonomi negara..."

Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan bahawa MAS sedang melakukan khidmat "Demi Rakyat Dan Negara", dari segi promosi pelancongan dan pengendalian kargo, dan lain-lain.

Tetapi MAS tidak boleh dibenarkan selama-lamanya membazirkan wang cukai dan negara semata-mata bagi menmanfaatkan kontraktor yang untung secara berlebihan.

Oleh Ng Kee Seng

Itu sangat tidak bertanggungjawab, tidak boleh diterima dan merugikan negara.

Berkenaan keuntungan, kolumnis NST itu menulis: "Ya, MAS telah mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kita perlu diingatkan bahawa ini bukan hanya berlaku kepada MAS. Untuk rekod, ini juga berlaku terhadap kebanyakan syarikat penerbangan negara lain..."

Begitu ironis dan bersahaja. Membandingkan MAS dengan syarikat penerbangan negara yang sedang rugi? Mengapa tidak Singapore Airlines?

Masalahnya dengan kerajaan persekutuan ialah ia meraikan pencapaian sederhana, bukannya budaya kecemerlangan.

Kita tertanya-tanya bagaimana syarikat penerbangan sebuah negara kecil boleh mengatasi prestasi sebuah negara yang bukan sahaja lebih besar dari segi saiz dan jumlah penduduk, tetapi juga dari segi kekayaan sumber semula jadi.

Khazanah memiliki 69 peratus daripada MAS. Persoalan sebenar kerugian MAS adalah sama ada kerajaan mempunyai kesungguhan politik untuk mengakui masalah sebenar yang melanda MAS – menyekat ketirisan kewangan.

Bank utama MAS, menurut laporan tahunan terbarunya, adalah RHB, CIMB, Maybank dan Citibank.
Sehingga akhir Disember 2013, MAS mempunyai jumlah hutang sebanyak RM11.7 bilion.

Pembayaran balik hutang utama seterusnya dijangka dilakukan pada pertengahan 2022, apabila bon bernilai AS$455.2 juta (RM1.5 bilion) matang, menurut data Thomson Reuters.

Bolehkah bebanan hutang MAS seperti ini diteruskan, dan rakyat Malaysia perlu membayar lebih banyak cukai?

Kolumnis ini menyimpulkan dengan tepat: "Sudah tiba masanya kita menilai kembali gambaran yang lebih besar tentang bagaimana MAS telah dan akan terus menyumbang kepada agenda ekonomi keseluruhan negara. Ini akan menjadi cara yang lebih membina bagi menilai MAS. Sebenarnya kita akan lebih rugi dengan ketiadaan sebuah syarikat penerbangan nasional yang berkesan seperti MAS."

Tetapi adakah MAS dan kerajaan persekutuan mempunyai kemahuan politik yang ikhlas untuk memulihkan MAS? - See more at: http://bm.theantdaily.com/

(BONGKAR) Inilah Punca Senarai Guru di Kelantan Kena Pindah Ke Sekolah Lain! Realiti?

Posted: 16 Apr 2014 04:20 AM PDT




Guru Kena Pindah



(BONGKAR) Inilah Punca Senarai Guru di Kelantan Kena Pindah Ke Sekolah Lain! : Negara Malaysia cukup dikenali sebagai sebuah negara demokrasi, ada Barisan Nasional (dipihak kerajaan) dan juga ada Pakatan Rakyat (pembangkang). Masing-masing diberi hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk menyokong apa sahaja fahaman dan idelogi politik, kerana masing-masing diberikan akal untuk berfikir dan menilai. Tetapi….

Tetapi jangan kalangan guru mengambil kesempatan tersebut menggunakan lapangan di sekolah untuk berpolitik dan pihak tertinggi pengurusan sekolah janganlah menggunakan kuasa yang ada menghukum "anak buah" anda atas nama tidak "sealiran"

Jikalau sebelum ini, acapkali kita mendengar banyak rintihan guru (SEPERTI DI SINI) supaya mereka diberikan ruang dan tempat untuk mereka berpindah setelah sekian lama berkhidmat "ditempat orang" contohnya. Tetapi berbeza dengan kalangan guru seperti di bawah ini.

Cadangan PPD Bachok Kelantan Pindah Guru Ke Sekolah Lain?

PPD Bachok contohnya, mungkin, mungkin…..ada alasan yang "snagat kukuh" untuk memindahkan guru-guru ini ke sekolah lain termasuklah atas alasan…..
  1. Menyokong parti pembangkang
  2. Melawan guru besar 3 kali
  3. Suami orang kuat PAS
  4. Acapkali menentang UMNO
  5. Memasang pelekat "R" di kereta
  6. Menghasut supaya memberitahu ibubapa dan mengundi pembangkang
  7. Dan banyak lagi sebenarnya yang boleh anda semak laporan seperti di bawah ini…..
KLIK GAMBAR DI ATAS

Jikalau sebelum ini, Berita Semasa ada mengeluarkan laporan berita (DI SINI) di mana terdapat pernilaian dan kajian mengenai arah politik guru-guru di Malaysia di sebelah mana yang dipecahkan kepada 3 kumpulan (kelabu, hitam dan putih). Respon guru di malaysia? Realiti yang berlaku di sekolah ketika ini?

P/S : Ada yang merasakan di sini, anda bakal mengikut jejak & nasib yang menimpa Rosnida Binti Yaacob, Zulkifli Bin Yaakob dan ramai lagi selepas ini?

Himpunan Reformasi 2.0 Sabak Bernam meriah dalam hujan

Posted: 16 Apr 2014 12:27 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman


SABAK BERNAM: Hujan renyai yang membasahi anjung utara Selangor malam tadi tidak menghalang kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam hadir ke Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Mini Sabak Bernam.

lebat 1Himpunan itu jatuh pada ulang tahun ke-15 'Black 14′.

'Black 14′ dinamakan sempena tanggal 14 April 1999, apabila mahkamah memutuskan hukuman penjara enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan rasuah.

Ia detik penting bagi pendokong reformasi dan menjadi satu tarikh keramat bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah sistem kehakiman negara.

Ironinya, gerakan Reformasi 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada semangat perjuangan Black 14.

Kesungguhan rakyat untuk mengikuti penjelasan sebenar berkenaan Fitnah II jelas terserlah malam tadi apabila mereka tidak berganjak walaupun terpaksa duduk di padang yang basah.

lebat 2

Himpunan di pekan kecil tersebut tambah meriah dengan jualan pelbagai cenderamata seperti T-shirt dan buku Reformasi 2.0.

Pengunjung yang lapar akibat dingin hujan turut berpeluang menjamu selera di gerai makanan.

Kehadiran Anwar mencuri perhatian apabila sempat menikmati secawan minumam panas sambil bermesra dengan penduduk sebelum bersama pemimpin lain di pentas utama.

lebat 4Anak-anak muda yang kelihatan cukup bersemangat tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil foto bersama ikon Reformasi itu sebaik selesai himpunan.

Selain Anwar, penceramah yang turut menggegar pentas Reformasi 2.0 itu adalah Ketua Cabang Sabak Bernam, Dr Badrul Amin Baharom; Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Adun Pandamaran, 'Ronnie Liu.

Polis tak profesional jalan tugas, tindakan macam samseng

Posted: 16 Apr 2014 12:22 AM PDT

Lyn Nasir

Tian_IPD_Sentul1
Anggota KEADILAN Batu berhimpun depan IPD Sentul


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba datang mengambil telefon bimbit dan iPad miliknya adalah tindakan yang tidak profesional.

Kata Tian, kira-kira 12 orang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis namun tidak memakai uniform.

Namun mereka yang datang menaiki kereta mempunyai lambang polis mengelak apabila Tian mengajak polis tersebut berbincang dan memulangkan kembali barang kepunyaannya.

"Lebih kurang 7.30 malam, saya ada satu pertemuan dengan seorang kawan. Saya tiba di Hotel Armada dan duduk bersamanya.

"Tiba-tiba datang beberapa orang yang saya tidak kenal, mereka bawa saya, tolak saya ketepi dan rampas telefon bimbit saya.

"Salah seorang daripada mereka dikatakan ketua rombongan yang bawa serbuan ini berkata, dia ada sesuatu yang ingin dibincang dengan saya.

"Dia menunjuk beberapa keping kertas yang dikatakan waran dari balai polis.

"Saya tidak sempat tengok sebab barang sudah dirampas," kata Tian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sentul ekoran tidak berpuas hati cara serbuan yang dilakukan pihak polis terhadapnya

Tian kemudiannya mendesak polis mengembalikan telefonnya dan berbincang. Namun, anggota polis itu melarikan diri dan keluar dari hotel.

"Saya kesal dengan tindakan polis. Saya percaya serbuan ini ada kaitan dengan apa yang berlaku bulan lalu," kata Tian.

Tian_IPD_SentulBeliau percaya tindakan dilakukan polis berkaitan dengan status di laman sosial twitternya.

"Berkaitan dengan twitter, saya tak dengar apa-apa daripada pihak polis sejak disoal siasat. Ini lanjutan daripada tindakan polis yang begitu tidak profesional dan agak kasar.

"Kalau ada bukti, hubungi saya.
Saya akan datang ke balai polis. Ini bukan caranya," kata Tian

Suaram: Empat bulan, enam mati dalam tahanan polis mati_dalam_penjara.

Posted: 16 Apr 2014 12:16 AM PDT

KEADILAN DAILY


mati_dalam_penjara 


KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa prosedur siasatan dan SOP menangani suspek penjenayah dikaji semula berikutan berlaku enam kematian tahanan di bawah jagaan Polis dalam tempoh empat bulan.

Penyelaras Suaram, R Thevarajan dalam kenyataannya berkata, senarai kematian dalam tahanan meningkat menjelang setiap akhir tahun.

Terbaru, kematian N. Harirajan, tahanan yang menjalani hukuman enam tahun penjara di Penjara Kajang 10 April lalu,

"Suaram menuntut penjelasan Polis berikutan keadaan tubuhnya. Bagaimana dia mati dengan tubuh mempunyai kesan darah, sedangkan pihak berkuasa mengatakan tahanan mati akibat HIV? soal Thevaajan.

Katanya, kejadian ini mengingatkan kematian dalam tahanan melibatkan Kugan (2009), Dharmendaran (2013) dan Karunanithi (2013) yang mati dengan kesan darah dan luka di tubuh ketika keluarga menuntut mayat.

"Selain itu, keluarga Harirajan hanya diberitahu pihak penjara Kajang pada petang hari, sedangkan ketika di rumah mayat mereka dimaklumkan Harirajan mati pada jam 6 pagi?, tambahnya.

Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014

Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014

Tegas Thevarajan, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan; 'Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang'.

"Malangnya perkara ini tak berlaku di Malaysia," kata Thevarajan menegaskan, telah sampai masanya polis melaksana syor untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

"Suaram mendesak pelanggaran hak asasi manusia ini ditamatkan.

"Kegagalan memastikan mekanisme efektif untuk menuntut tanggungjawab polis Malaysia membuktikan kurangnya kemahuan politik kerajaan mengambil langkah telus bagi mereformasi sistem kepolisan di negara ini," kata Thevarajan.

Tiada objek berkaitan MH370 ditemui dalam misi sulung Bluefin-21, kata JACC

Posted: 16 Apr 2014 12:10 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.


























Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi  (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lalu, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, ini berdasarkan kepada analisis semua data yang dikumpul selama enam jam.

Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada malam tadi selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di Perth, hari ini.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston pada sidang media Isnin lalu berkata, setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang. – Bernama

MH370: TLDM gerakkan kapal Bunga Mas 6 ke Lautan Hindi

Posted: 16 Apr 2014 12:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) memulakan pelayaran ke Lautan Hindi hari ini bagi misi bantuan logistik pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Panglima Pemerintah Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli, berkata BM6 adalah kapal ketujuh TLDM yang digerakkan bagi misi pencarian pesawat itu.

BM6 diketuai Komander J Kuharaj sebagai pegawai pemerintah manakala anak kapal terdiri daripada 25 anggota daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang diserapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.

Turut serta dalam misi bantuan ini seorang anggota dan pegawai perubatan daripada Tentera Darat.

"Pendekatan pengoperasian kapal auxiliary TLDM yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan simpanan sukarela TLDM dalam misi ini merupakan satu usaha perkongsian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MISC dalam isu yang melibatkan kepentingan negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan Kapal BM6 di pangkalan TLDM di Lumut.

"Kami akan menjalankan misi itu terutamanya di kawasan barat Perth, Australia bersama-sama KD Lekiu yang beroperasi di sana sejak 19 Mac," katanya.

Mohd Roslan berkata, BM6 dijangka tiba di kawasan operasi pada 25 April.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menggerakkan misi itu secara berterusan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada kerajaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – Bernama

DUN Selangor lantik Wan Azizah jadi anggota PAC

Posted: 16 Apr 2014 12:01 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik menganggotai PAC Selangor, bermula hari ini.Datuk Seri Wan Azizah Ismail dilantik menganggotai PAC Selangor, bermula hari ini.

























Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri Selangor.

Pelantikan dibuat bagi menggantikan bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh yang melepaskan kerusi DUN Kajang dan semua jawatan dalam negeri pada 27 Januari lalu.

Pelantikan itu dilakukan mengikut Perkara 68 (2) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun.

Najib tidak jawab isu MH370, manipulasi kenyataan saya, kata Anwar

Posted: 15 Apr 2014 11:56 PM PDT

OLEH MD IZWAN


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi keluar kenyataan mampu selesaikan krisis MH370 dalam masa sesaat jika jadi perdana menteri. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi keluar kenyataan mampu selesaikan krisis MH370 dalam masa sesaat jika jadi perdana menteri. Gambar fail The Malaysian Insider.



























 Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.

Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.

"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.

Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.

"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.

Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.

"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya.

MB: Kerajaan Pusat gagal salur peruntukan kepada Pejabat Daerah

Posted: 15 Apr 2014 11:45 PM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM  : Pejabat Daerah di Selangor beroperasi menggunakan dana yang diperuntukkan Kerajaan Negeri selepas Kerajaan Pusat gagal menyalurkan peruntukan yang sepatut diberikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, peruntukan Kerajaan Pusat disalurkan terus kepada unit di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

dnsSedangkan, katanya, unit berkenaan sebenarnya menjalankan tugas sama dengan pegawai sedia ada yang bertugas di Pejabat Daerah, menyebabkan berlakunya pertindihan tugas.

"Kita ada cadangan untuk mengemaskini pengurusan di Pejabat Daerah yang mana Penolong Pegawai Pembangunan mendapat saluran dana daripada Kerajaan Pusat," katanya yang menjawab soalan tambahan dari Shuhaimi Shafei (PKR-Sri Muda).

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negara bagi menolak pertindihan tugasan itu, namun ditolak.

"Mereka menolak. Tidak selesa dengan perbincangan saya, sebab dari segi pengurusan ia rugi dan saya tidak bersetuju kerana satu tugas ada dua jawatan.

"Namun, ia tidak diterima. Bagaimanapun saya akan memperuntukkan dana-dana kepada Pejabat Daerah untuk melaksanakan pelbagai kegunaan.

"Peruntukkan itu boleh digunakan kepada penduduk khususnya di luar bandar," katanya.

Shuhaimi dalam pertanyaan tambahan berharap Kerajaan Negeri memperuntukkan peruntukkan khas kepada Pejabat Daerah untuk kegunaan pembelian tong air dalam menghadapi krisis air ketika ini.
EZY

ADUN Johor cadangkan Johor teladani amalan demokratik Selangor

Posted: 15 Apr 2014 11:42 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Delegasi lawatan sambil belajar ADUN Johor menyifatkan perjalanan persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) berjalan dalam suasana lebih demokratik berbanding Dewan Negeri Johor (DNJ).

Ketua Pembangkang DNJ, Dr Boo Chen Hau berkata keadaan ini jelas berbeza apabila ADUN pembangkang di Johor tidak pernah diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan seperti mana yang dipraktikkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) di negeri ini.

dns"DNS di bawah Pakatan Rakyat (PR) memberikan teladan baik dan mengkagumkan, Yang Berhormat di sini dan seperti mana yang dimaklumkan Puan Speaker, Hannah Yeoh dalam DNS ada sembilan buah jawatankuasa termasuk selain Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) ada pula SELCAT untuk membincangkan seperti isu tanah dan juga kerajaan tempatan.

"Saya akan bawakan cadangan ke DNJ untuk adakan jawatan kuasa pilihan yang dianggotai kedua-dua belah pihak Barisan Nasional dan PR supaya dapat membincangkan pelbagai isu secara mendalam yang akan memberi manfaat kepada rakyat Johor.

"Terima kasih kepada YB Hannah Yeoh kerana sudi menjemput kita," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Speaker DNS di sini hari ini.

Kata beliau lagi, antara isu yang perlu diberikan perhatian termasuk isu Pembangunan Iskandar Malaysia melibatkan pemilikan hartanah warga asing dan penghapusan hutan simpan paya bakau di negeri itu.

ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng pula berkata berbeza dengan DNJ, beliau mendapati ADUN pembangkang di Selangor turut diberikan peluang untuk menganggotai jawatankuasa pilihan dan mengeluarkan usul dan pendapat mereka secara telus.

Hari ini, satu rombongan delegasi ADUN pembangkang Johor mengadakan lawatan sambil belajar bagi melihat perjalanan Persidangan DNS.

Delegasi itu turut disertai ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo; ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dan beberapa ADUN lain.EZY

Selangor belanja RM1.93 juta biaya Program Kesihatan Rakyat Miskin

Posted: 15 Apr 2014 11:39 PM PDT

Oleh:NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri memperuntukkan sRM500,000 setahun bagi membiayai Program Bantuan Kesihatan Rakyat Selangor yang disalurkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan dilaksanakan, sejak 2009.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.93 juta bagi tujuan berkenaan.

"Antara bantuan rawatan yang diberikan adalah dialisis, katarak, pembedahan kecil dan rawatan lain serta kaki palsu.

Dr Daroyah DNS"Kerajaan Negeri lebih memfokuskan program ini kerana didapati berjaya memberi kesan kepada rakyat miskin," katanya ketika menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Statistik jumlah penerima bantuan juga menunjukkan peningkatan sejak program itu mula dilaksanakan apabila pada 2010 sejumlah 114 penerima dengan pembiyaan RM211,308 disalurkan dan 201 orang penerima dengan membabitkan pembiayaan RM408,660, pada 2011.

Manakala, pada 2012 sejumlah 255 orang dengan jumlah pembiyaan RM561,000 dan 2013 pula membabitkan 298 penerima dengan pembiyaan RM611,823 disalurkan.

Sementara itu, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM139,780 bagi membiayai bantuan kesihatan seramai 61 penerima daripada golongan miskin di Selangor untuk tahun ini.-NFN-

Tiada ulasan: