DIALOG RAKYAT |
- Bermewah Macam Rosmah, Siapa Sabotaj Muhyiddin?
- Pelajar Matrikulasi Maut Jatuh Tasik Kolej
- Tompok minyak dikesan dekat kawasan isyarat 'ping'
- AMK gesa SPRM siasat 'maha jutawan' Daim
- Lelong murah nama Nabi
- Utusan Meroyan Serang Mkini & Anwar, Hishamuddin Pula Terus Bela Amerika
- Abbott: Masih banyak rintangan operasi cari MH370
- MH370: Robot Dalam Air Digunakan Untuk Kesan Pesawat
- Lelaki lapor polis kes tidur diganggu azan
- Mungkinkah Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud?
- PKR tegur khutbah GST 'ironi' Jakim
- Asnaf zakat terima motor roda tiga sumbangan LZS
- Pura-pura pengsan selamatkan lelaki dari dibaham beruang
- MH370: Media kerajaan sendiri tolak kesimpulan PM
- Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar
- Mayat bayi di dalam longkang disangka bangkai ayam
- Motif dedah urusniaga anak syarikat Felda-Israel dipersoal
- Hudud perlukan penjelasan terperinci
- Pencarian kotak hitam makin sukar
- MH370: CIA tahu hal sebenar
- Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus
Bermewah Macam Rosmah, Siapa Sabotaj Muhyiddin? Posted: 14 Apr 2014 03:34 AM PDT shahbudindotcom Berikutan pendedahan mengenai lawatan mewah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ke Dubai yang lebih dipenuhi dengan acara main golf dan menikmati jamuan mewah berbanding menghadiri program rasmi berkaitan pendidikan bermula 8 hingga 12 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pemecatan akan diambil terhadap kakitangan yang berbuat demikian, sambil mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab mereka menjaga kerahsiaan kerajaan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mempertikaikan lawatan lima hari Muhyiddin bersama beberapa pegawainya ke Dubai kerana didakwa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat berikutan ianya lebih dipenuhi acara bermain golf dan menikmati pelbagai jamuan bertaraf mewah. Dalam lawatan lima hari itu, Muhyiddin didakwa hanya memperuntukkan tiga jam untuk acara rasmi berkaitan pendidikan manakala selebihnya banyak dipenuhi dengan bermakn golf, menikmati pelbagai jamuan mewah, pertemuan dengan ahli perniagaan dan seolah-olah percutian yang menggunakan wang rakyat. Selain itu, pegawai yang mengikuti rombongan itu juga lebih ramai terdiri daripada mereka yang bekerja di pejabat Menteri Pendidikan berbanding pegawai kementerian yang terlibat secara langsung berkaitan bidang pendidikan. Melalui pendedahan ini menyebabkan Muhyiddin mulai dipandang serong dengan ada yang mengatakan beliau juga rupa-rupanya suka bermewah seperti keluaga Najib, terutama oleh isterinya Rosmah Mansor. Walaupun pendedahan mengenai lawatan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP tetapi ianya adalah bersumberkan maklumat daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Cikgu yang mendedahkan aturcara penuh lawatan selama lima hari itu di internet. Memandangkan apa yang didedahkan itu merupakan aturcara yang disusun oleh kementerian, adalah dipercayai individu yang menggelarkan dirinya Cikgu itu merupakan kakitangan kerajaan di Kementerian Pendidikan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan dengan lawatan itu. Dengan pendedahan itu, bukan saja Kementerian Pendidikan terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa aturcara yang didedahkan itu hanyalah deraf saja dan bukannya rasmi, bahkan Muhyiddin juga terpanggil untuk membuat sidang akhbar sekembalinya ke tanahair untuk memberitahu lawatannya sesuatu yang berjaya bukan saja dslam bidang pendidikan tetapi juga pelaburan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu. Dan ditambah dengan amaran oleh KSN ini, jelas bahawa pendedahan mengenai lawatan itu sesuatu yang betul dan pihak Muhyiddin, Kementerian Pendidikan dan kerajaan bagaikan terasa bersalah dengannya sehingga terpaksa membuat pelbagai kenyataan dan sidang akhbar untuk mewajarnya lawatan tersebut. Persoalannya yang penting sebenarnya bukanlah siapa yang mendedahkan maklumat itu tetapi apakah niatnya berbuat demikian? Apakah ia bertujuan untuk memberitahu bahawa di ketika kerajaan kekeringan wang dan ingatan supaya rakyat berjimat cermat, tetapi sebaliknya pemimpin sendiri terus bermewah dengan menggunakan dana kerajaan? Ataukah pendedahan ini untuk membuktikan selain isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang suka bermewah, sebenarnya Timbalan Perdana Menteri juga membuat tabiat yang sama? Mungkinkah pula pendedahan dilakukan oleh orang-orang Najib yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan menghalangnya daripada terus menonjol? Atau barangkali permainan ini diatur oleh pimpinan pelapis di barisan kedua yang mahu membunuh karier politik Muhyiddin dan mengambil alih kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri? Bahkan boleh jadi, setelah pelbagai kritikan mengenai kemewahan Najib dan isteri didedahkan sebelum ini, pendedahan mengenai gaya suka bermewah Muhyiddin ini bertujuan untuk menyingkirkan kedua-duanya sekaligus dengan mewujudkan persepsi bahawa mereka bukanlah pemimpin dan gandingan yang sesuai untuk parti dan negara? Apa pun kebarangkaliannya, ia adalah serba mungkin sebenarnya. Jika sebelum ini Muhyiddin agak terselamat daripada serangan berbentuk peribadi berikutan ianya berjaya diselindungkan selain kerana beliau juga mempunyai isteri yang agak sederhana, nampaknya kini merupakan masa untuk beliau mula berhati-hati. Serangan terhadap Muhyiddin ini terlihat seperti pembangkang yang membangkitkannya tetapi yang bakal mendapat untung lebih dulu mungkin daripada dalam kelambunya sendiri. |
Pelajar Matrikulasi Maut Jatuh Tasik Kolej Posted: 14 Apr 2014 03:15 AM PDT MSTAR ONLINE Kejadian berlaku kira-kira 6.35 petang ketika Mohamad Ely Bukhori, 19, sedang berkelah bersama rakan-rakannya di tepi tasik itu. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Annuar Hassan berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa empat jam kemudian di dasar tasik. |
Tompok minyak dikesan dekat kawasan isyarat 'ping' Posted: 14 Apr 2014 03:14 AM PDT MALAYSIAKINI Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama Angus Houston mengesahkan bahawa satu tompokan minyak ditemui pada kedudukan 5.5km dari tempat isyarat bunyi dikesan sebelum ini. Bercakap dalam satu sidang media, Houston berkata sebanyak 2 liter sampel minyak tersebut berjaya dikumpul, namun ujian ke atasnya mungkin mengambil masa beberapa hari kerana perlu dibawa ke tanah besar. Katanya, operasi juga akan diteruskan dengan menggunakan kenderaan bawah air Bluefin-21 untuk mengesan kawasan dasar laut. Setiap misi menggunakan alat tersebut akan mengambil masa 23 jam – dua jam untuk sampai ke dasar, 16 jam untuk menjalankan tugasnya, dua jam lagi untuk timbul ke permukaan dan empat jam untuk memuat turun dan menganalisis data. Misi pertama meliputi kawasan 40 kilometer persegi. Sistem sonar pada alat berkenaan mampu mengimbas peta dasar laut dalam bentuk 3D dan mungkin membantu mengenalpasti serpihan pesawat. Katanya mereka perlu mendapatkan bukti visual sebelum mengesahkan lokasi tempat terakhir pesawat MH370. |
AMK gesa SPRM siasat 'maha jutawan' Daim Posted: 14 Apr 2014 03:12 AM PDT MALAYSIAKINI Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar memulakan siasatan terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang didakwanya mempunyai kekayaan luar biasa. Dalam kenyataannya, Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin (kiri, berkaca mata) mengesyaki Daim mempunyai hubung kait dengan amalan korupsi dan rasuah. Aduan itu dibuat susulan laporan media berhubung pendedahan Anwar yang mendakwa Daim mempunyai wang mencecah berbilion ringgit dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi, kata Shamsul. Shamsul juga berkata dakwaan Anwar itu kosisten seperti sebelum ini yang terkandung dalam laporan polis yang dibuat ketua umum PKR itu pada 1999. "AMK juga telah mempersoalkan bagaimana Tun Daim, yang dikenali sebagai 'maha billionaire' tidak tersenarai langsung dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia sebagaimana yang dikompilasikan oleh majalah Malaysian Business. "Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh mana-mana pihak ke atas Tun Daim. "Sehubungan dengan itu, AMK menggesa SPRM dapat bertindak hasil daripada laporan rasmi yang dikemukakan ini, bagi mengesah atau menafikan sebarang bentuk tuduhan yang dipalitkan ke atas Tun Daim," katanya. 'Jerung bebas, bilis dipukat' Bagaimanapun, dalam reaksinya, Daim berkata Anwar sudah "mencapai objektifnya untuk menjadi seorang penghibur" apabila didakwa kerap melemparkan tohmahan kepada dirinya berkaitan perbankan walaupun "tidak tahu dasar-dasar perbankan". Daim (kanan) berkata Anwar kerap menjaja cerita yang beliau mengetahui cerita rasuah tentang dirinya yang membuka bank di Eropah Timur dan Afrika sementara akta pengubahan wang haram memperuntukkan untuk menjadi pengarah bank seseorang itu "a fit and proper person". Shamsul mendesak SPRM mempamerkan ketelusan "tahap tertinggi" dengan serius menyiasat dan membuat pendakwaan terhadap tokoh korporat itu. "Jerung jangan dibiar berenang bebas di saat ikan bilis dipukat rakus," katanya. Beliau bersama ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiang dan beberapa pemimpin AMK membuat laporan itu di SPRM Putrajaya selama 45 minit bermula jam 2.45 petang tadi. |
Posted: 14 Apr 2014 03:05 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul AbidinSaya tertarik dengan twitter imam dan khatib Masjidil Haram al-Syeikh Su'uud al-Syuraim yang menyebut: (Terjemahan) Dakwaan bermimpi Nabi Muhammad SAW menyuruh membunuh banyak nyawa adalah satu kejahatan yang nyata". Beliau mungkin menjawab satu ucapan seorang tokoh agama di Mesir dalam videonya yang mendakwa bahawa beliau bermimpi berjumpa dan Nabi SAW menyuruh membunuh penunjuk perasaan yang membantah kerajaan tentera. Salah guna Demikian nama Nabi SAW sering digunakan untuk pelbagai kepentingan. Oleh kerana nama baginda begitu laku mana ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk pelbagai kepentingan diri dan puak. Mendakwa mimpi berjumpa Nabi, di samping untuk kepentingan tertentu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan diri kepada orang ramai bahawa diri yang bermimpi itu sangat istimewa. Inilah yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah guru agama dalam membina pengaruhnya dalam masyarakat. Hal ini berbeza dengan golongan salaf terdahulu yang sentiasa merendah diri dalam memperkatakan tentang kedudukan mereka di sisi Allah SWT Imam Ahlus Sunnah wal Jama'ah al-Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan sarjana hadis yang agung ketika seseorang berkata kepadanya: "Ibu saya telah bermimpi bagi engkau syurga". Jawab al-Imam Ahmad: "Wahai saudara! Dahulu Sahl bin Salamah telah diberitahu perkara yang sebegini kemudian dia melakukan menumpahkan darah manusia". Kata Ahmad bin Hanbal lagi: "Mimpi itu mengembirakan orang mukmin, bukan memperdayakannya." (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 11/227. Beirut: Muassasah ar-Risalah) Dusta Namun apabila agama menjadi bahan untuk kepentingan diri, maka mimpi dijadikan hujah, sedangkan nas yang terang diketepikan. Betapa banyak nas yang Nabi SAW melarang kezaliman, kesombongan, mengambil kesempatan atas harta orang ramai dengan menggunakan nama agama dan lain-lain penyalahgunaan dan penindasan. Masakan Nabi s.a.w muncul dalam mimpi seseorang yang akhirnya mencetus kesemua hal itu. Masakan Allah mengiktiraf insan tertentu dengan diberikan kurniaan bermimpi Nabi SAW sedangkan dia akhirnya membuat perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Sesiapa yang mendakwa bermimpi Nabi SAW dengan satu mesej yang menyanggahi ajaran Nabi SAW, dia sebenarnya berbohong. Jika pun dia bermimpi, itu sebenarnya syaitan yang menyerupai orang lain, lalu kerana dia tidak kenal Nabi SAW maka dia menyangka itu baginda. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi SAW tetapi boleh menyerupai orang lain dan yang tidak tahu menyangka itu Nabi SAW, syaitan boleh menipu sesiapa sahaja sekalipun yang berserban besar. Jumpa Nabi Hari ini ramai yang membuat pelbagai majlis atas nama Nabi Muhammad SAW. Pada asasnya mengingati Nabi SAW dalam usaha mengamalkan ajaran baginda memanglah sesuatu yang baik. Bernasyid dan berqasidah untuk hiburan hati juga tidak salah. Memuja dan memuji Nabi SAW dalam puisi dan syair juga baik. Namun, jika Nabi SAW itu sekadar satu upacara dalam menaikkan golongan tertentu ataupun mengaut keuntungan tertentu maka itu tidak akan membawa masyarakat kepada Nabi SAW. Ada pula yang mendakwa kononnya Nabi SAW itu hadir ke dalam majlis mereka secara jaga atau yaqazah. Ada yang melambai kononnya Nabi SAW itu hadir. Sekadar lambai suka-suka maka itusekadar hiburan. Namun apabila melibatkan dakwaan tertentu berkaitan agama maka itu perlukan dalil syarak. Takrif sahabat Nabi SAW di sisi ahli hadis ialah 'sesiapa yang berjumpa dengan Nabi SAW, beriman dengan baginda dan mati dalam iman'. Soalannya, apakah mereka yang berjumpa Nabi SAW dalam majlis-majlis di Malaysia ini telah menjadi sahabat Nabi SAW sehingga mereka ini nanti kita sebut selepas nama mereka radiyalLahu 'anhu. Dakwaan yang seperti ini mempunyai kesan yang bukan mudah. Jika kita masih ingat dahulu Ashaari Muhammad pengasas Pertubuhan al-Arqam yang membawa ajaran sesat yang berasaskan mimpi dan pertemuannya secara yaqazah (jaga) dengan Nabi SAW Akhirnya pelbagai dakwaan pelik dikeluarkannya dengan bersandar kepada dialognya dengan Nabi SAW yang dia dakwa itu. Para sahabat Nabi SAW telah menghadapi pelbagai krisis dan masalah. Mereka tidak pernah menggunakan mimpi berjumpa Nabi SAW dalam pertikaian antara mereka. Tidak pernahAli ataupun Aishah ataupun al-Zubair ataupun Talhah dalam krisis antara mereka yang telah membawa kepada penumpahan darah itu mendakwa bermimpi berjumpa Nabi SAW dalam menentu kebenaran. Padahal mereka lebih perlukan dan lebih layak untuk bermimpi berjumpa baginda. Maka, kita kena ingat apa yang Nabi SAW ingatkan kita: "Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim) Cinta Ramai orang suka menyandarkan diri mereka kepada Nabi SAW dengan dakwaan mereka keluarga Nabi SAW ataupun pencinta keluarga Nabi SAW. Paling hebat dalam hal ini golongan Syiah dan mereka yang mendekati jalan yang diambil oleh Syiah. Kita tidak boleh nafikan bahawa kita semua dituntut menyayangi keluarga Nabi SAW (Ahlul Bait). Saban hari kita bersalawat buat mereka. Namun, bukan semua Ahlul Bait itu mendapat kemuliaan Allah. Hanya Ahlul Bait yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW sahaja. Iman bukan warisan keturunan. Anak Nabi Nuh menjadi penderhaka kepada beliau. Maka tidak mustahil ada keturunan Nabi Muhammad SAW juga yang tidak mengikuti jalan baginda. Perkataan 'habib' dan 'sayyid' bukan jaminan seseorang itu berada atas jalan Nabi SAW. Nabi SAW pernah menegaskan: "Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap 'mulia' dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Nafi Dalam keghairahan mendakwa sebagai pengikut Nabi SAW ataupun pencinta Nabi SAW, kita janganlah lupa bahawa dalam hadis banyak golongan yang Nabi SAW tidak mengaku mereka sebagai pengikut baginda. Mendakwa itu mudah, tetapi untuk mendapat pengiktirafan dari baginda SAW memerlukan usaha kita semua agar berada atas panduan baginda. Antara golongan yang Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda ialah golongan menipu umat Islam terutama dari segi harta benda. Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: "Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: "Terkena hujan, wahai Rasulullah!". Baginda bersabda: "Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku." (Riwayat Muslim) Pencinta dan keluarga Nabi SAW tidak boleh bersama dengan penipuan. Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda. Bahkan pencinta wajar tegas dalam memperkatakan kebenaran. Sesiapa yang menipu hakikat dan menyelewengkan kebenaran maka dia tidak diiktiraf sebagai pengikut Nabi s.a.w. Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)." (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi. Berstatus sahih) Moga kita semua sayangkan Nabi SAW. Berusaha mengikuti jalan Nabi SAW. Menggalakkan orang ramai ke arah cinta Nabi SAW dengan pelbagai pendekatan. Namun, jangan murah-murah lelong nama Nabi SAW untuk kepentingan yang tidak diiktiraf baginda!. |
Utusan Meroyan Serang Mkini & Anwar, Hishamuddin Pula Terus Bela Amerika Posted: 14 Apr 2014 03:01 AM PDT KELAB GREENBOCHishammuddin tolak teori Utusan Malaysia, kehilangan MH370 tiada kaitan CIA Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan Utusan Malaysia minggu lepas bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, atau CIA, mempunyai kaitan dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau membandingkan dakwaan akhbar itu dengan laporan spekulatif media Barat dan mengatakan mereka bebas untuk untuk berbuat demikian. "Akhirnya, jika laporan mereka palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita semasa lawatan beliau untuk melihat persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini. Pada 7 April, Utusan berkata sudah sampai masanya berfikir "di luar kotak" berkenaan insiden itu, berkata ia boleh menjadi satu helah bagi mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan China. Membuat teori konspirasi yang diedarkan secara meluas mengenai penglibatan CIA dalam serangan 9/11 pada 2001, lidah rasmi Umno itu berkata tidak semua dakwaan itu ditolak sebagai karut atau teori konspirasi semata-mata. "Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001, tidak mustahil untuk mengaitkan insiden MH370 dengan agensi perisikan," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein. Hishammuddin bagaimanapun, memberi penekanan terhadap penyertaan bersungguh-sungguh AS di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang bermula esok. "Jika ada (penglibatan CIA), saya tidak fikir kita akan melihat sebarang kehadiran serius AS di sini," katanya. Kehilangan misteri penerbangan MH370 membawa kepada pelbagai spekulasi di Internet, termasuk seorang yang mendakwa pesawat penumpang dengan 239 mungkin mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Garcia, terletak di Lautan Hindi. Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan kemungkinan itu dengan berkata tidak ada kebenaran terhadap spekulasi itu. Penafian Hishammuddin hari ini adalah yang kedua dalam masa dua hari berkaitan penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac. Semalam, beliau mempersoalkan laporan muka depan New Straits Times, yang memetik daripada sumbernya sebagai berkata pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid, membuat panggilan telefon semasa pesawat terbang rendah melalui ruang udara Pulau Pinang. "Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika ia adalah benar, kita tentu mengetahui mengenainya lebih awal," katanya sebagaimana dipetik Bernama. -TMI
ULASAN GB Betul-betul takde prinsip. Inilah apa yang dinamakan "kewartawanan longkang". Sekali kena sergah dengan KDN, kecut semuanya, kemudian cuba pula untuk menyalahkan orang lain! Yang Hishamuddin pula, masih terus membela Amerika kononnya CIA tdak terlibat dengan kehilangan MH370. Penafian Hishamuddin terlalu cepat kerana dakwaan belum lagi disiasat sedanfkan Hishamuddin dan Najib sendiri pernah menyatakan "kita perlu siasat segala kemungkinan dan siasat dari segenap aspek." Tetapi apa yang jelas, Najib dan Hishamuddin masih nak pertahankan teori kehilangan MH370 dengan juruterbangnya walaupun siasatan polis membuktikan mereka adalah "bersih". Kita tak tahu kenapa dan apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya hendak mengaitkan jutruterbang berkenaan. Dan kita tak tahu apa tujuan Najib dan Hishamuddin beriya-iya benar pertahankan kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan Australia, semacam hendak melindungi satu konspirasi yang tersembunyi. Entahlah. Allah Maha Tahu. Kebenaran akan tetap muncul juga nanti. Masa itu barulah tahu samada kehilangan MH370 ini satu konspirasi atau satu kemalangan. Kita tetap terus berdoa! اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. |
Abbott: Masih banyak rintangan operasi cari MH370 Posted: 14 Apr 2014 02:54 AM PDT MALAYSIAKINI Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata masih banyak rintangan yang perlu dihadapi dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Akhbar Australia The Independent melaporkan amarannya itu Isnin, enam hari selepas kapal ADV Ocean Shield mengesan isyarat bunyi terakhir di kawasan operasi di Lautan Hindi. Pada hari Jumaat lalu, beliau menyatakan keyakinan berhubung lokasi kotak hitam pesawat berkenaan, namun kini memberi amaran bahawa usaha tersebut perlu menempuh banyak halangan. "Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dan saya tidak mahu sesiapa fikir bahawa kami yakin akan berjaya, dan jika ia berlaku, ia akan berlaku dalam minggu depan atau dalam masa sebulan. "Masih ada banyak halangan dan perkara yang tidak pasti," katanya seperti dipetik akhbar tersebut. ADV Ocean Shield pada 5 April lalu mengesan dua isyarat yang konsisten dengan isyarat kotak hitam – perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit – dan mengesan dua lagi isyarat pada 8 April. Bagaimanapun, bateri untuk membekal kuasa bagi memancar isyarat kotak hitam berkenaan kini dibimbangi telahpun kehabisan kuasa. Operasi kini diteruskan dengan proses memeta permukaan dasar laut dengan gelombang bunyi menggunakan kenderaan bawah laut. |
MH370: Robot Dalam Air Digunakan Untuk Kesan Pesawat Posted: 14 Apr 2014 02:49 AM PDT MSTAR ONLINE SYDNEY: Misi pencarian pesawat MH370 pada Isnin akan menggunakan robot bawah air untuk mengesan petunjuk baharu yang mampu merungkai persoalan selama ini. Misi pencarian yang diketui oleh Australia yakin akan menemui serpihan pesawat itu secepat mungkin selepas mengesan isyarat dipercayai kotak hitam di kawasan yang terletak kira-kira 1,670 kilometer dari Barat Laut Perth. Berikutan itu, sebuah robot yang dinamakan sebagai 'Autonomous Underwater Vehicle' akan diturunkan ke dalam laut bagi mengesan bangkai pesawat dengan menggunakan sonar. Dua kapal turut digunakan oleh skuad pencarian dengan satu daripadanya akan menarik pengesan isyarat ping yang berjaya mengesan isyarat dari kotak hitam seminggu lalu. "Kerja pencarian akan diteruskan dengan menggunakan 'Autonomous Underwater Vehicle' dan kawasan pengesanan akan dikecilkan bagi memudahkan kerja pencarian itu," kata agensi keselamatan Australia dalam satu kenyataan. Misteri kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal bukan sahaja mencetus persoalan yang gagal dirungkai setakat ini sebaliknya mencipta rekod kerja mencari dan menyelamat termahal dalam sejarah dunia. |
Lelaki lapor polis kes tidur diganggu azan Posted: 14 Apr 2014 01:58 AM PDT MALAYSIAKINI Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan bacaan doa yang kuat. Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu. "Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur. Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis. |
Mungkinkah Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud? Posted: 14 Apr 2014 01:48 AM PDT MSTAR ONLINE MELAKA: Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud. Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini. Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda. Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin. Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan). "Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut. Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar." Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu. Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan. Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511. Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu. Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik. |
PKR tegur khutbah GST 'ironi' Jakim Posted: 14 Apr 2014 01:39 AM PDT MALAYSIAKINI Banyak ketidakpuasan hati dibangkitkan PKR berhubung khutbah terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mewajarkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan. Bagaimanapun ironinya khutbah yang sama membangkitkan persoalan hutang, sama seperti dalam kes pelaksanaan GST akibat beban hutang kerajaan yang tinggi, hampir mencecah 48 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Teks khutbah ini bukan hanya untuk rakyat. Khutbah juga ditujukan untuk pemimpin. "Tujuan khutbah untuk tegur, ingatkan, nasihati. Tujuan khutbah juga beri penyelesaian. "Itu maksud khutbah Jumaat dari segi Islam. Namum mimbar Jumaat JAKIM ini hanya ingatkan rakyat jauhi hutang... hutang sekarang dilakukan Datuk Seri Najib (Razak)," kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Saifuddin membangkitkan sama ada JAKIM faham bahawa hutang negara paling tinggi ketika dalam pentadbiran Najib. Katanya, jika hutang semua perdana menteri sebelum ini dikumpulkan, ia akan menyamai hutang Malaysia bawah kerajaan sedia ada. "Itu bermakna disiplin pengurusan ekonomi negara bawah Najib adalah sangat buruk, mana mungkin Jakim abaikan aspek ini," kata Saifuddin. |
Asnaf zakat terima motor roda tiga sumbangan LZS Posted: 14 Apr 2014 01:35 AM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang usahawan asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri menerima motor roda tiga bernilai RM168,000 sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui anak syarikatnya, MAIS Zakat Sdn Bhd. Bantuan yang diserahkan di Dataran Pantai, Sekinchan, Sabak Bernam semalam bertujuan memperluaskan projek perintis program keusahawanan di mana setiap asnaf menerima motor roda tiga beserta modal pusingan dan kelengkapan perniagaan, lapor Selangor Kini. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, berkata bantuan itu adalah melalui peruntukan zakat yang diperuntukkan saban tahun untuk diagihkan kepada golongan asnaf di bawah Program Pembangunan Ekonomi. Beliau berkata, mereka yang menerima bantuan berkenaan terdiri daripada penjaja atau peniaga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di tepi jalan atau tapak pasar malam. "Kita mahu satu platform yang mana kita boleh ketengahkan golongan asnaf ini supaya masyarakat dapat lihat mereka berusaha untuk mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. "Bantuan ini diserahkan kepada golongan asnaf pelbagai usia termasuk orang kelainan upaya (OKU), yang mana ia satu titik permulaan dalam kehidupan mereka dengan konsep berbeza untuk membolehkan mereka meraih pendapatan sendiri," katanya. Selain penyerahan motor roda tiga, pihak LZS turut menyerahkan 20 buah lori kepada asnaf yang layak untuk digunakan bagi tujuan perniagaan. Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam, Awaluddin Zakaria, Pegawai Belia Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Razali Abdul Mayas dan Timbalan Pengurus Besar Agihan, Abdul Basith Hamid. Izam berkata, hanya asnaf fakir dan miskin yang berpotensi dan memenuhi syarat layak menerima bantuan terbabit selepas melalui proses saringan. Katanya, semua asnaf yang dipilih adalah melalui proses temuduga, mempunyai perniagaan sendiri dan berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi. "Disebabkan pelaburan untuk projek ini sangat tinggi, jadi kita perlu cari orang yang betul-betul ingin berniaga dan keluar dari kemiskinan. Kriteria utama adalah mereka mesti sudah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun dan kita akan bantu supaya mereka dapat lebih (pendapatan). "Sebelum ini mereka berniaga secara statik, jadi dengan adanya kenderaan ini akan memudahkan mereka untuk bergerak ke tempat lain seterusnya menjana pendapatan lebih banyak," katanya. |
Pura-pura pengsan selamatkan lelaki dari dibaham beruang Posted: 14 Apr 2014 01:32 AM PDT KOTA BAHARU: Tindakan seorang lelaki berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah. Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi Sabtu. "Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh. "Ketika itu, tiada apa yang saya ingat...hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan. "Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kota Baharu, Ahad. Mohd Sulaiman berkata beliau bernasib baik kerana mampu menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya walaupun darah banyak keluar daripada kepalanya. "Saya nekad tunggang motosikal pulang ke rumah walaupun dalam keadaan berlumuran darah. "Sampai di rumah, saya hampir pengsan akibat pendarahan yang banyak. Saya dibawa menaiki lori Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rawatan ke hospital," katanya. Mohd Sulaiman, yang cedera di mata kiri dan kepalanya akibat serangan itu, menerima 22 jahitan dan dilaporkan stabil. Isterinya, Rokiah Abas, 50, berkata doktor mengesahkan penglihatan suaminya masih kabur. "Apapun saya mengharap yang terbaik untuk suami saya memandangkan kami hanya bergantung kepadanya yang bekerja sebagai penoreh getah. "Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana ini kali pertama penduduk di kawasan ini diserang beruang. Saya harap pihak berwajib memantau kawasan ini bagi mengelak perkara ini berulang," katanya. - Bernama |
MH370: Media kerajaan sendiri tolak kesimpulan PM Posted: 14 Apr 2014 01:31 AM PDT HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Memasuki hari ke-35 pencarian pesawat MH370, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu. "Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan," tulis Shahbudin Husin di dalam blognya. Menurutnya, hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat. Berikut tulisan penuh beliau. Setelah masuk hari ke-35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi. Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting. Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak keatas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali? Dan kenapa pula kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut hak ke atas kotak hitam itu? Apakah akan jadi nanti sekiranya hanya kotak hitam ditemui tetapi tiada langsung serpihan pesawat atau cebisan mayat penumpang yang ditemui? Tentulah ada yang bertanya, dari mana pula datangnya kotak hitam itu? Atau bagaimana pula jika ketiga-tiganya, kotak hitam, pesawat dan mayat langsung tidak ditemui sampai bila-bila? Meskipun semua orang mahukan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tetapi kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan. Waris mangsa hanya mahukan pengesahan jika ada kematian, mestilah ada sekurang-kurangnya cebisan mayat yang ditemui atau jika terhempas, mestilah ada serpihan pesawatnya? Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya haruslah juga seimbang. Dalam masa yang sama, memasuki hari ke-35 ini juga, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu. Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan. Hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat. Terdapat pula media yang membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ada menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah di sekitar Pulau Pinang. Kedua-dua spekulasi ini cuba menghidupkan teori rampasan berbanding terhempas. Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki oleh kerajaan. Ia nampak terang-terang cuba menolak kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut menjaga kepentingan tempat mereka bekerja yang sebelum ini mengatakan MH370 telah terhempas dan tiada penumpangnya yang selamat. Meskipun Hishammuddin menolak kedua-dua teori itu dan bekas Duta AS, John Mallott juga memperlekeh teori konspirasi CIA itu sebagai bukti kewartawanan yang menulis berdasarkan rekaan, paranoid dan perkauman, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu menjadi misteri, akhbar milik kerajaan sendiri tidak percaya dengan kerajaan. Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media agar jangan membuat sebarang spekulasi dan salah lapor serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri yang berbuat demikian. Bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru. Perlakuan mereka ini bukan saja memalukan kerajaan tetapi juga mencabar kewibawaan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini terang-terang yakin bahawa pesawat itu telah terhempas. Tetapi apabila media kerajaan sendiri kebelakangan ini lebih ghairah berspekulasi dan membuat bermacam-macam teori, jawapan Hishammuddin cukup mudah, "seperti media barat, mereka juga bebas melaporkan apa saja. Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredebiliti". Senang dan santai saja jawapannya bila terkena batang hidung sendiri. Persoalannnya, mana janji saman dan ambil tindakan undang-undang yang begitu garang dilaungkan sebelum ini? Mana pula peranan Peguam Negara yang kononnya sudah mula mengumpul bukti mengenainya sejak hari pertama kehilangan MH370 lagi? |
Mahkamah Tinggi ketepi perintah penghakiman ingkar Posted: 14 Apr 2014 01:21 AM PDT
Asmuni (kiri) bersama pemimpin PAS Pusat dan negeri yang turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pagi ini. SALMIYAH HARUN KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Demikian dimaklumkan peguam Asmuni Awi ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, hakim memutuskan demikian dengan alasan penyerahan saman tidak teratur iaitu diserahkan kepada pihak yang tidak wujud. Selain itu, katanya penghakiman ingkar RM2 juta yang diperolehi oleh plaintif tidak mengikut kaedah mahkamah 2012. "Jadi mahkamah memerintahkan defendan masukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari bermula hari ini untuk tetapkan pengurusan kes pada 18 Mei," ujarnya. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Februari lalu mengarahkan Presiden PAS membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh bekas calon PKR itu, Mohd. Shamsul Mat Amin. Berikutan itu, Asmuni telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada keesokan hari. |
Mayat bayi di dalam longkang disangka bangkai ayam Posted: 14 Apr 2014 01:15 AM PDT MELAKA: Seorang suri rumah menemui mayat seorang bayi ketika sedang membersihkan longkang di rumahnya di Limbongan di sini semalam. Julita Jost, 28, berkata mayat bayi tanpa pakaian itu ditemui dalam keadaan badannya hancur kira-kira 5.45 petang. "Bila jengah ke dalam longkang yang tersumbat, saya nampak seperti daging yang sedang dihurung lalat dan sedikit berbau. Pada mulanya saya sangka ia bangkai ayam. "Saya dan suami kemudiannya berasa amat terkejut dan tidak percaya apabila melihat bayi yang telah hancur kepala dan perut, sebelum memanggil beberapa orang jiran untuk memastikannya," katanya kepada pemberita. Beliau berkata salah seorang jirannya kemudiannya menghubungi pihak polis memaklumkan penemuan mayat bayi itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Bernama |
Motif dedah urusniaga anak syarikat Felda-Israel dipersoal Posted: 14 Apr 2014 01:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Motif pendedahan urusniaga Felda dengan Israel dan hubungan Mazlan Aliman (bold) dengan PAS menjadi antara isu utama soal balas peguam plaintif pada sesi perbicaraan saman fitnah Felda terhadap Mazlan dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi. Mazlan, 48, ketika memberikan keterangan menafikan dakwaan peguam plaintif, Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa segala dakwaan urusniaga Felda dengan Israel yang dibuat Mazlan hanya semata-mata untuk meraih publisiti dan sokongan politik. Hafarizam turut bertanyakan jawatan yang disandang Mazlan dalam PAS, undi yang diperolehinya bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat semasa muktamar pemilihan dan kawasan yang ditandingi beliau pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013. Menyanggah dakwaan Hafarizam, Mazlan berkata isu berkaitan Felda telah diperjuangkan beliau sejak tahun 1990 (sebelum beliau menjawat jawatan penting dalam PAS). Terdahulu daripada itu, Hakim Lee Hen Chong mengetepikan bantahan peguam defendan yang mempersoalkan relevansi beberapa dokumen pembelaan selepas mendengar penjelasan peguam defendan, William Leong dan Nasar Khan Mirbas Khan. Mazlan ketika menjawab soalan peguam defendan berkata, pihak pengurusan Felda enggan menerima memorandum yang ingin disampaikan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dalam himpunan membantah urusniaga Felda dengan Israel pada 23 November 2012. Perhimpunan yang dihadiri lebih 2000 orang itu, ujarnya diadakan bagi memohon penjelasan Felda berhubung dakwaan urusniaga anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd dengan Bunge Agribusiness Singapore Ptd Ltd yang mempunyai kepentingan Israel. Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Defendan diwakili Mohamed Hanipa Maidin, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun. Perbicaraan bersambung di sebelah petang. |
Hudud perlukan penjelasan terperinci Posted: 14 Apr 2014 01:07 AM PDT KOTA BHARU - Pas perlu mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi menjelaskan secara terperinci tentang usul rang undang-undang persendirian agar semua pihak memahami hudud. Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua pihak perlu benar-benar memahami pelaksanaan hukuman tersebut supaya tidak timbul pelbagai polemik dan mencetuskan konflik dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. "Jika Pas mahu kemukakan rang undang-undang persendirian dan perlukan sokongan ahli bukan Islam, mereka perlu beri penjelasan lanjut kepada ahli Parlimen Islam dan bukan Islam kerana perkara ini sangat penting. "Jangan buat perkara yang tidak terancang kerana perundingan dan perbincangan perlu dibuat sebelum usul ini dibawa ke Parlimen," katanya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf dan kini hanya memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. Sebelum itu, Pas Kelantan melalui ahli Parlimen menyatakan akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember nanti. Mustapa berkata, Pas juga perlu memberikan penerangan yang jelas kepada DAP dan PKR bagi mengelak polemik kebangsaan yang akan mencetuskan ketegangan. "Apabila rang undang-undang persendirian ini dibentangkan di Parlimen, terdapat beberapa proses perlu dilalui termasuk hal perlembagaan dan persiapan, malah isu yang penting kita harus ada perancangan sebelum bertindak," katanya. Menurutnya, Majlis Tertinggi Umno juga belum membuat perbincangan khusus tentang hukum hudud dan beliau yakin kepimpinan parti akan memberikan perhatian serius mengenai perkara itu. |
Pencarian kotak hitam makin sukar Posted: 14 Apr 2014 01:05 AM PDT SHAH ALAM - Pencarian kotak hitam pesawat MH370 akan menjadi semakin sukar sekiranya terpaksa menggunakan kenderaan bawah laut bebas (AUV) Bluefin-21 memandangkan kedalaman laut yang mencecah 4000 meter. Penganalisis Aeroangkasa, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia kerana permukaan dasar laut yang berkelodak dan tidak rata menyebabkan kedudukan kotak hitam sukar dikesan. "Tidak mudah untuk dilihat kedudukan sebenar kotak hitam mungkin kerana ditimbusi pasir memandangkan dasar laut yang berselut. "Tapi dengan pakar-pakar yang sudah biasa pasti akan membuat penelitian yang terperinci bagi mengesahkan kedudukan sebenar. Untuk membuat secara teliti pastinya memakan masa," katanya kepada Sinar Harian. Kata beliau, kesukaran mencari kotak hitam akan bertambah susah apabila kehabisan bateri memandangkan pencarian sudah melebihi sebulan. "Dengan tiga isyarat yang berjaya dikesan minggu lalu, sudah memberikan harapan baru, tapi apabila ia disahkan bukan milik MH370, pencariannya jadi sukar kerana lokasi pencarian tidak boleh dikecilkan. "Menggunakan kenderaan bawah laut rasanya adalah kaedah terakhir terpaksa digunakan jika dalam sehari dua ini tiada isyarat yang dapat dikesan," ujarnya. Selasa lalu, dua isyarat getaran akustik dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis yang disahkan tiada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan ping ditunda. |
Posted: 14 Apr 2014 01:04 AM PDT Seorang tentera Australia melakukan misi pencarian melalui udara menggunakan helikopter Tiger 75, S-70B-2 Seahawk. Foto EPA WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam. "Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja," katanya. Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. "Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons," katanya. Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini. "Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja. "Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal," katanya menurut laporan Mirror. |
Gaji baru MB dipotong lebih 50 peratus Posted: 14 Apr 2014 12:58 AM PDT SHAH ALAM - Gaji baru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipotong 51.54 peratus bersamaan RM15,074.85 selepas dikemaskini. Perkara itu diumumkan Abdul Khalid sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini. "Melalui enakmen pembekalan 2014-2013 yang telah diluluskan November 2013, sejumlah RM1,731,966,477 telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri 2014. "Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang telah bersetuju pemotongan gaji MB, Speaker, Ahli MMKN, Timbalan Speaker didepositkan dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya. Dalam keputusan Dun sebelum ini, gaji asal Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,250. Namun kenaikan itu dikritik hebat pelbagai pihak. Melalui keputusan MMKN, gaji dan elaun itu dipotong RM15,074.85 (51.54 peratus) menjadikan gaji kemaskini Menteri Besar sebanyak RM14,175.15 (sama dengan gaji asal). Sementara itu, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker turut dipotong antara 23.81 peratus hingga 33.34 peratus. Namun tiada pemotongan dibuat terhadap gaji atau elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Difahamkan pemotongan itu telah bermula sejak Januari lalu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan