Rabu, 30 April 2014

.

.


Kata Khalid dia akan jadi MB setakat penggal ini saja

Posted: 30 Apr 2014 02:56 AM PDT

SUSUPAN PETANG                                                                             

Maaflah petang-petang begini sambil minum kopi Aceh dan kueh "kosong" saya nak mulakan posting ini dengan ketawa ala-ala Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani; hahahahaaaaa. Kenapa saya memilih ketawa Abdullah Sani kerana sesuai untuk mengulik hati saya apabila terbaca cuplikan twiter MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang berbunyi; Saya tidak bercadang menjadi MB penggal ketiga, tetapi hanya akan menghabiskan penggal ini."

Dia juga menyebut pada akhirnya nanti dia mahu dikenali orang yang berkhdimat kepada rakyat.

Kenapa saya ketawa, kerana Khalid mengeluarkan kata-kata itu pada saat dia sedang bertarung nyawa dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR. Dia bercakap ketika dia masih berada atas kerusi MB Selangor yang didudukinya dengan kuasa politik.



Dan dia berkata begitu ketika dia baru sahaja terlepas dari bahanan projek Kajang Move.

Sebenarnya, Khalid dan orang-orang seperti Khalid boleh bercakap lebih lunak daripada itu. Misalnya, beliau boleh kata; bila saya berhenti nanti akan memberikan segala harta yang ada untuk rakyat Selangor. Khalid boleh tambah perkataan itu kerana ia lebih melunakkan lagi telinga pandir-pandir yang mendengarnya.

Setakat mengeluarkan kata-kata tidak menjadi masalah. Selagi lidah tidak bertulang dan lembu ia boleh diucapkan apa saja.

Apakah Khalid sedar atau tidak dan mengira kata-kata itu dipercayai oleh rakyat Selangor? Mungkin bagi Khalid yang dilihat jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat, merasakan keikhlasan itu. Tetapi seperti saya kata tadi, dia berkata di atas kerusi politik, sesiapa pun tidak mempercayai akan kebenarannya.

Kerusi politik menjadi lesen besar untuk seseorang melakukan, atau bercakap apa saja.

Bukan sahaja Khalid, sudah banyak orang-orang politik yang berjanji seperti itu, mahu berhenti, memberi laluan kepada orang lain, tetapi apabila tiba saatnya, kata-kata akan berpusing dan bertukar arah pula. Kata-kata awal (janji) itu akan hilang lenyap seprrti MH370. Justifikasi baru akan dicari bagi menghalalkan tindakan. Itulah sifat orang politik.

Jadi Khalid tidak payahlah berjanji itu dan ini. Kalau beliau ikhlas, berhentilah sekarang tak payah tunggu akhir penggal. Tindakan dan serangan dilakukan kepadanya lebih cukup daripada cukup untuk beliau berhenti. Katakan, serangan daripada Azmin tidak wajar dipedulikan, tetapi serangan daripada tujuh juta rakyat berhubung dengan masalah air sudah memadainya.

Apakah telinga Khalid tidak mendengar apa yang rakyat katakan kepadanya? Dan keputusan pemilihan yang sedang berlaku ini juga boleh dijadikan indikator yang beliau sedang ditolak oleh orang partinya sendiri.

Saya yakin dan percaya berdasarkan bangsa orang politik, DNA orang politik Khalid hanya akan cakap sahaja tetapi tidak akan berbuat. Kenikmatan politik sudah pun mulai menyelinak ke dalam pembuluhnya. Sekurang-kurang dua kali beliau menyebut menghabiskan wang kepada parti, tetapi tidak sekali beliau menjelaskan berapa pendapatan beliau sejak menjadi MB Selangor?

Jujurlah! [wm.kl.5:54 pm 30/04/14]

Khairy: Kalau nak bodek Najib pun biar bermutu

Posted: 29 Apr 2014 08:29 PM PDT

ULASAN PAGI                                                                                      

Najib Razak sudah semestinya mahukan kedatangan Barack Obama ke negara "tigatujuhkosong" beberapa hari lepas mengharapkan sesuatu kesan besar ke atas pentadbirannya. Paling diharap ialah Obama memuji transformasi dilakukan sebaik mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Najib bukan sahaja mengharapkan Obama memuji Malaysia "cekap" dalam mengendalikan pencarian MH370 kosong, (yang tidak diketamui hatta bayang sampai kini) tetapi jauh dari itu.

Najib mahukan presiden Amerika itu mengatakan, wah Malaysia kini sedang mengorak langkah ke depan dan bakal menjadi pemancu ekonomi Asean. Atau pun lebih istimewa lagi kalau Obama mengatakan Malaysia menjadi negara Islam moden contoh dengan pendekatan "wasatiyyah"nya.



Ataupun apabila membawa Obama ke Cyberjaya, Obama akan memuji Malaysia sudah setanding dengan negara-negara pemacu IT lain seperti Korea, China dan India.

Dalam masa sama, Najib tentulah mengharapkan Obama akan memberi tahu dunia Malaysia negara "tigatujuhkosong" aman, mengamalkan dasar ekonomi liberal dan terbuka. Tetapi sayangnya, semua itu tidak disentuh secara terbuka oleh Obama. Apa yang Obama sebutkan dengan penuh diplomasi tetapi bernada sindiran, kalau Malaysia mahu maju hendaklah bersikap adil kepada semua masyarakatnya.

Memahami apa yang disinggung Obama itu bahawa diskriminasi, prejudis kepada kaum lain masih berlaku di Malaysia. Penekanan menerusi agama kononnya hendak menjaga kesucian agama Islam sehinggakan kalimah Allah tidak boleh dipakai, kecaman kepada kegiatan agama lain masih diteruskan. Dalam kepala bulat Obama Malaysia (Umno) masih tidak adil.

Obama langsung tidak mengulas fasal transformasi Najib, pendekatan politik demokratik, pembangunan belia dan juga slogan "wastiyyah" yang mengganti Islam Hadhari. Ertinya apa yang dilakukan Najib itu tidak pernah tercampak ke dalam pemikiran presiden Amerika Syarikat. Dan menteri beliai dan suka yang diwar-warkan bijak, masih bertaraf habuk gergaji lagi.

Pendeknya tidak ada sesuatu yang istimewa dari Obama kepada Najib Razak dan pentadbirannya. Boleh jadi juga kenapa Obama tidak membawa isterinya, kerana tidak mahu yang bergelabut dengan Rosmah Mansor. Boleh jadi juga Obama hendak memberi tahu Rosmah Mansor seorang isteri tidak perlu membuntuti belakang suami ke mana sahaja suami pergi, sesekali elok bersenam menguruskan badan di rumah.

Bagaimana pun bagi pembodek Najib melihat kedatangan Obama itu memberi signifiken tertentu kepada Najib. Misalnya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang baru berpeluang merasai menaiki kereta dipandu driver setelah beliau menjadi menteri, memuji Najib dan Obama dengan mengatakan Najib serasi dengan Obama.

Serasi apa? Minuam air sama sejenis? Dari juring mana Khairy melihat keserasian mereka berdua itu tidak pula dijealaskan. Apakah keseraisan dari segi "saiz"? Anu mereka sama panjang atau pendek. Janganlah bercakap tanpa ada huraian. Kalau hendak bodek bos pun biarlah berfakta dan jangan ajak orang lain sama "cukur bulu betis". Sekurang-kurang Khiry menyebut persamaan dari segi hobby mereka kalau pun bukan mengenai falsafah motto pentadbiran.

Tahulah tahap diplomasi Obama cukup tinggi sehinggakan dia marah pun mulutnya kelihatan seperti tersenyum.

Menyebut tanpa penghuraian bentuk keserasian itu menjelaskan setinggi mana tahap bodek dan junjung bos oleh Khairy.

Untuk Khairy sendiri tidak banyak pelajaran atau pun pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kedatangan Obama itu. Selain daripada diberi tugas menjadi dayang, (bukan gundik) atau "jong kaka" kata orang Kelantan kepada Obama, Khiry sempat mengintai yang Obama tidak suka kepada buah durian Malaysia tetapi suka kepada durian Indonesia. Itu sahaja. Khiray patut faham kenapa Obama tolak durian Malaysia setelah dia pernah makan durian di Indonesia?

Pelajaran lain nampaknya tidak dikutip oleh Khairy kerana kalau dia sudah dapat memanfaatkan "kehebatan" Obama itu sudah tentu dia akan menceritakan. Kalau setakat bagi tahu yang Obama suka makan nasi goreng dengan ayam kampung, apa gunannya. Samalah seperti saya katakan kedatangan Obama itu laksanakan kehadiran maharaja laut dengan jong dan kapal yang dikerumuni rakyat jelata kerana belum pernah melihatnya. Jadi standard Khairy dalam soal ini samalah dengan budak itam di kampung sahaja.

Saya percaya cerita kenderaan Obama (Bluefin-2) cara Obama suap nasi goreng atau berlari ke tandas akan menjadi buah mulut dan cerita-cerita dibawa Khairy ke dalam majlis pemuda Umno dan golongan belia di negara ini. Begitulah bangsa yang separuh masak akan muda teruja kepada taukeh mereka, hatta cara mereka buang najis juga kalau dilihat akan jadi satu kebangaan.  [wm.kl.11:17 am 30/04/14]

Harap Teresa Kok tidak berbohong?

Posted: 29 Apr 2014 08:08 AM PDT

UALASAN MALAM                                                                              

Teresa Kok wakil DAP.
Pas hari ini telah mengadakan penerangan mengenai hukum hudud kepada rakannya dari PKR dan DAP bertempat di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia dibuat tentulah apabila dua rakan mereka itu kurang setuju dengan cara Pas menimbulkan hukum hudud dan melayan pihak Umno untuk memberi sokongan kepada Pas. Saya tidak mahu membuat dugaan awal apakah hasil pernerangan yang dikatakan berlangsung selama dua jam itu.

Menurut laporan, individu yang hadir ialah; Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota MPP Sivarasah Rasiah manakala dari DAP Timbalan Setiausaha Agung Ngeh Khoo Ham, ahli parlimen Kluang Liew Ching Tong dan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Pihak Pas atau kerajaan negeri Kelantan pula diwakil sendiri oleh MB, Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah.



Harap-harapnya penjelasan itu dapat memberi pencerahan dan isu hudud tidak mengalukan lagi dalam Pakatan Rakyat sehingga menggusarkan ahli dan penyokong.

Pihak Ahmad Yaakub dikatakan berpuas hati dengan pertemuan awal itu.

Pihak PKR dan DAP dilaporkan menimbulkan beberapa perkara berhubung isu itu, antaranya Liew Ching Tong mengingatkan kerajaan Kelantan, hukum hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Apa yang beliau ingin tegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat. Apakah Ahmad dan Nik Amar mengerti hal ini?

Benar, soal hukum hudud tidak ada termeterai dengan apa-apa konotasi dan istilah pun di dalam manifesto Pakatan Rakyat. Apa yang diakuri ketiga parti menghormati dasar perjuangan masing-masing. Maka Hudud itu pun adalah istimewa untuk Kelantan sahaja. Jadi Kelantan berhak melaksanakannya kalau ia sudah bersedia. Kerana hudud itu adalah antara matlamat dan aspirasi perjuangan Pas.

Diharap ahli parlimen Kluang itu memahami tanggungjawab kerajaan Kelantan dan juga tanggungjawab agama Pas sebagai penguasa Kelantan. Maksudnya kalau kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud, hanya terbatas di negeri berkenaan sahaja. Hakikat ini sangat perlu dimengertikan dan tidak kabur dengan karut marut dimainkan Umno.

Bagaimana pun penjelasan pihak Kelantan kepada Teresa Kok, yang hudud perlu dilaksanakan di Kelantan adalah kerana hendak menyelamatkan undi Melayu bagi Pas, sesuatu jawaban yang tidak bijak sama sekali. Ini melemahkan daya politik orang yang menjawab dalam pertemuan itu. Apakah ia dijawab oleh Ahmad Yaakub atau Nik Amar?

Jawaban dangkal sekali dan ia kontras dengan suara hati Pas sendiri termasuk "presideng",  yang bertegas untuk laksanakan hudud kerana ia adalah perintah Allah walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR. Aduh...! Oleh itu tidak sepatutnya pihak kerajaan Kelantan menjelaskan kepada Teresa Kok pelaksanaannya kerana untuk mendapatkan undi.

"Pemimpin Pas memberi tahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

"Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud.

"Jika tidak respon dalam keadaan ini maka lebih banyak undi akan hilang." Demikian beritahu Teresa Kok seperti mana dilapor sebuah portal.

Saya berharap kata-kata Terasa yang dipetik itu tidak benar. Kalau benar apa dijelaskan Terasa itu diucap pemimpin Pas Kelantan, maka jelas pemimpin Pas cakap tidak ikhlas dan tidak konsisten. Ia juga menampakkan yang kerajaan Kelantan memang benar-benar takutkan kepada DAP seperti mana dituduh Umno selama ini.

Pendedahan Terasa itu menyebabkan orang ramai bukan sahaja setakat tersenyum, tetapi boleh ketawa terbahak-bahak, mengenang dolak dalih dan silat politik Pas Kelantan tentang hukum hudud. Keadaan itu juga menyebabkan orang boleh pertikaikan keikhlasan Pas mengenai hudud. Kenapa Pas tidak menegaskan di hadapan wakil DAP dan PKR bahawa hudud harus dilaksanakan kerana itu adalah kehendak Quran? Apa malukah untuk menyebut Quran? Begero.

Sikap beralasan dan malu alah tidak bertempat beginilah yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan mengelirukan orang ramai.

Sekiranya kita tidak dapat mempertahankan pendirian dan sikap kita dalam sesuatu perkara, baik jangan mula daripada awal. Jika takut kehilang jawatan jangan melempar cabaran! Bila kita sudah mula dan orang serang dan goyang kita, kita goyah maka ke mana maruah hendak diletakkan. Sikap beginilah tanda-tanda lemah dan keringnya integriti seseorang pemimpin.

Cuba ambil sikap Nik Aziz yang tetap tegas dengan pendiriannya mengenai hudud dan kebenciannya kepada Umno kerana parti itu tidak mahu mengambil Quran sebagai perlembagaan. Pergilah Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad sekali pun untuk 'mendongengkan' beliau, beliau tetap dengan pendiriannya.

Ok baiklah, kita terima Pas buat acsah-acah saja hendak laksanakan hukum hudud, kerana nak selamat undi Melayu, helah itu bagus dari segi politik. Tetapi apakah Pas khasnya Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak fikir yang Pas juga akan kehilangan undi dari bukan Islam gara-gara daripada kenyataanya mengenai hukum hudud itu? Apakah terlupa untuk hitung perkara ini.

Sekali lagi situasi menjelaskan bahawa kedua pemimpin itu (AYMA) bercakap tanpa membuat penyelidikan dan kajian tentang untung nasib partinya. Saya katakan kalau kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum hudud dengan kuasa politik, mereka harus peka dan memahami politik. Kalau tidak hudud itu akan jadi angan-angan saja lah.

Justeru sebelum kita membuat sesuatu kenyataan kena fikir banyak kali. Macam kita keluar dari bank selepas keluar duitlah, ratusan ribu misalnya duit komisyen kawasan balak, jual tanah dan lombong, kena bilang banyak kali untuk memastikan ianya tidak "mipat". Begitu juga dalam politik. Jangan berdolak dalih dan mudah membuat kenyataan kerana semua aksi dan percakapan kita direkod.

Hari ini rekod dari manusia perlu ditakuti daripada rekod malaikat kerana rekod malaikat hanya akan didedah selepas mati besok. Tetapi rekod manusia akan terdedah bila-bila masa sahaja. [wm.kl.11:07 pm 29/04/14]

Tiada ulasan: