Isnin, 7 April 2014

Biaqpila

Biaqpila


MISTERI MH370

Posted: 07 Apr 2014 11:16 AM PDT


Misteri 'pulse' dua jam

PERTH: Dua isyarat 'pulse' yang dikesan berterusan selama dua jam 20 minit diikuti isyarat kedua berlanjutan selama 13 minit memberi harapan baru dalam usaha mencari kotak hitam di Lautan Hindi.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston mengesahkan, isyarat 'pulse' dikesan oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield semalam agak konsisten dengan kotak hitam yang dicari pasukan misi mencari dan menyelamat.
"Kapal Ocean Shield dapat mengesan isyarat pertama selama dua jam dan 20 minit sebelum terputus hubungan. Namun ia berpatah balik dan cuba mencari semula isyarat itu.

"Ia berjaya mengesannya buat kali kedua selama kira-kira 13 minit. Pada kali ini, dua 'ping' berlainan dapat didengar dan ini konsisten dengan isyarat daripada perakam data penerbangan dan perakan kokpit," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.



LOKASI isyarat dikesan kapal Australia dan China. GRAFIK JACC
Menurutnya, isyarat itu dikesan alat pengesan kotak hitam atau 'Towed Pinger Locator' pada kedalaman Lautan Hindi kira-kira 4,500 meter.
"Ia adalah petunjuk yang memberi harapan baru," katanya.
Kapal Ocean Shield akan terus berada di kawasan penemuan isyarat itu dalam tempoh 24 jam bagi meneruskan pencarian.
Beliau memberitahu, kejayaan terbaru itu adalah hasil pakar dari Malaysia yang berjaya mengecilkan kawasan pencarian MH370.
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan isyarat itu memandangkan Ocean Shield masih lagi menyiasat lokasi sebenar sumber isyarat itu, kata Houston.
Katanya, terdapat beberapa langkah sebelum isyarat ini dapat disahkan.
"Pertama, lokasi tepat perlu ditentukan. Selepas itu Ocean Shield boleh menggunakan pesawat Bluefin 21 untuk mencuba mencari serpihan di dasar laut.
Pengesahan ini hanya boleh dibuat dalam masa beberapa hari, katanya.
Sebelum ini, agensi berita rasmi China, Xinhua juga melaporkan isyarat dikesan kapal China ketika menjalankan operasi mencari, Sabtu lalu.
Kapal perang Haixun1 mengesan isyarat itu di lokasi sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur iatu kira-kira 600 kilomter dari Ocean Shield.
Xinhua juga melaporkan beberapa objek terapung berwarna putih dikesan pesawat di kawasan pencarian.

mountdweller

Tiada ulasan: