Isnin, 7 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MH370 : Hishamuddin sebar spekulasi mengatakan tak ada penumpang yang selamat...

Posted: 07 Apr 2014 07:07 AM PDT


Sepertimana sepupunya yang mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lutan Hindi tanpa sebarang bukti begitulah juga yang dilakukan oleh Hishamuddin ini..

Bila waris warga China minta Najib mohon maaf sebab buat spekulasi mengatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang juga boleh ditafsirkan sebagai terhempas.. ada pihak mempertahankan Najib dengan mengatakan Najib langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu "terhempas" mahupun "tiada yang terselamat"

Najib kata penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.. bukan terhempas.. tapi yang menghairankan ialah kalau tak terhempas mengapa berhempas pulas mencari serpihan pesawat kotak hitam di Lutan Hindi?

Hari ini pula Hishamuddin mengatakan tiada petunjuk penumpang MH370 itu selamat.. kalau tak selamat tu maksudnya ialah semuanya terkorban..

Juga tanpa sebarang bukti hanya berdasarkan siasatan dari imej satelit yang tidak langsung membuktikan bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas di Lautan Hindi kerana kesemua imej yang dicerap satelit adalah sampah sarap..

Dan dalam masa yang sama isyarat 37.5kHz yang dikesan oleh kapal dari China dan Australia dikatakan MUNGKIN dari kotak hitam MH370 itu masih belum ditemui fizikalnya..

Jangan pulak bila kena hentam dari seluruh dunia nak berdalih pula mengatakan dia tak kata semua terbunuh.. dia kata 'tiada petunjuk penumpang selamat' pula...

Laporan berkaitan..

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.

Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.

"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.

"Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Misi mencari pesawat MH370 yang hilang memasuki hari ke-31 hari ini membabitkan 12 pesawat dan 14 kapal yang dijangka menerokai kawasan seluas 234,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu‎ Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata urusan untuk membawa waris penumpang ke Perth, Australia hanya akan dilakukan selepas objek atau serpihan MH370 dijumpai.

"Kami masih belum tetapkan tarikh itu namun memutuskan selagi serpihan pesawat tidak ditemui maka tidak akan menghantar waris ke Australia.

"Dan selain itu juga kita akan mengenal pasti waris sebenar yang akan pergi ke sana," katanya.

‎Minggu lalu, Hamzah dalam sidang medianya menolak tuntutan waris penumpang China supaya Malaysia meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung nasib 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa pesawat itu "terhempas" mahupun "tiada yang terselamat".

Beliau berkata Najib hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK lapor The Malaysian Insider

Bendera Israel dikibar megah di Sabah.. Siapa benarkan?

Posted: 07 Apr 2014 01:56 AM PDT


Israel adalah sebuah negara haram yang didirikan dengan marampas tanah negara Palestin termasuk membunuh ribuan rakyat Palestin.

Oleh kerana Israel adalah sebuah negara haram, Malaysia mengharamkan rakyat Malaysia memasuki negara haram Israel dan paspot rakyat menulis "prohibition" untuk masuk ke Israel.

Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel? Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel?

Suatu masa dulu bendera Israel pernah dikibar megah di bangunan UMNO .. tidakkah ini satu pengiktirafan oleh BN-UMNO terhadap Israel? Apakah ini bukan hipokrasi UMNO?

Kemudian pula kelihatan dikibar disebuah institusi pengajian tinggi negara dimana seorang warga Israel telah dibenarkan masuk bagi menyertai pertandingan Muay Thai.

Peserta dari Israel Ilya Grad 'Archilles' yang menyertai 'Muaythai World Champion' di UPM, Serdang laporan mengenainya sila baca di SINI

Kini sekali lagi ianya dikibar dengan megahnya di bumi Malaysia...


KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran Sabah di premisnya.

Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum.

Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini, Kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara ini.

Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera.

Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut lapor PAS Sabah

Kapal Australia kesan dua isyarat 37.5 kHz dari kotak hitam MH370?

Posted: 06 Apr 2014 11:19 PM PDT


Mula-mula kita ketahui dulu apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam yang berwarna oren itu.. 

Kotak hitam, yang merekodkan semua data di dalam kapal terbang, adalah alat penting dalam penyiasatan kemalangan udara dan kerana kotak hitam, sembilan daripada sepuluh kemalangan dapat dijelaskan.

Pesawat komersil akan membawa dua kotak hitam. Perakam Digital Data Penerbangan mengandungi maklumat tentang kelajuan, ketinggian dan arah, manakala Perakam Suara Kokpit menjejaki perbualan kokpit dan bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang.

Ia sebenarnya berwarna oren ditambah dengan jalur putih agar ia mudah untuk dikesan. Setiap kotak hitam seberat tujuh hingga sepuluh kilogram (15-22 lb).

Diperkenalkan penggunaannya untuk penerbangan pada tahun 1960-an, perakam penerbangan diletakkan di dalam kotak besi agar ia dapat tahan lasak, elak dari kebakaran dan dapat bertahan di dalam air yang dalam.

Ia boleh bertahan sedalam 6,000 meter (hampir 20,000 kaki) di bawah air atau kepada suhu yang sangat panas iaitu 1,100 darjah selsius untuk satu jam. Ia dilengkapi dengan pengesan yang boleh mengeluarkan isyarat selama kira-kira satu bulan.

Isyarat itu kadang-kadang boleh berterusan selama beberapa hari selepas tempoh ini, kira-kira lapan hingga 10 hari, menurut ketua misi carian Australia, Angus Houston.

Frekuensi 37.5 kHz adalah denyutan yang paling biasa untuk perakam data penerbangan, menurut pakar .

Ia adalah tahap yang sama di mana isyarat yang dikesan oleh kapal Cina Haixun 01 pada 5 April ketika pencarian dilakukan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.

Kotak hitam dapat dikesan dalam purata dua kilometer (1.2 batu).

Perairan dimana kapal China melakukan pencarian adalah 4.5 kilometer (hampir tiga batu) dalam.

Jadi, walaupun isyarat didapati datang dari pesawat namun kerja mencari tetap akan menjadi satu cabaran, kata Houston.

Pada Januari 2004 kotak hitam penerbangan Mesir yang terhempas di perairan Sharm el-Sheikh ditemui selepas carian dua minggu, 1,022 meter di bawah air.

Pada bulan Mei 2011, selepas 23 bulan tenggelam pada kedalaman 3,900 meter di Lautan Atlantik, kotak hitam penerbangan Air France AF447 berjaya ditemui dengan data yang masih utuh.

Ini dapat membantu penyiasat untuk menentukan punca kemalangan yang berlaku pada 1 Jun 2009 ~ Astro Awani

Berikut adalah laporan tentang Kapal milik Australia 'Ocean Shield' telah mengesan isyarat tersebut..


Australian ship HMAS Ocean Shield has twice detected signals from the black box of the missing Malaysia Airlines flight MH370, in what authorities believe is the most promising lead since the month-long search operation was launched.

The head of the Joint Agency Coordination Centre in Perth, Angus Houston, in announcing the possible breakthrough this afternoon, said the first pinger signal lasted two hours 20 minutes.

A second instance lasting 13 minutes showed two distinct pinger returns were audible, he said. "Clearly this is the most promising lead, and probably in the search so far, it is probably the best information that we have had," he said.

The first detection held for 2.5 hours before the ship lost contact, after turning around, the ship picked up the signal for around 13 minutes, he said. "On this occasion, two distinct pinger returns were audible," Houston said.

"Significantly, this would be consistent with transmissions from both the flight data recorder and the cockpit voice recorder." 

Confirmation of whether the signals were emitted from the Kuala Lumpur-to-Beijing-bound plane, missing since March 8 with 239 people on board, could take several days, Houston said.

The black boxes, thought be to lying on the ocean floor, are equipped with locator beacons that send pings but the beacons' batteries are thought to be running out of charge by now, a month after flight MH370 disappeared.


The United States navy "pinger locator" connected to the Australian ship Ocean Shield was trawling an area some 300 nautical miles away from separate reports by Chinese patrol ship Haixun 01 of a pulse signal with the same frequency of a black box.

If the signals can be narrowed further, an unmanned underwater vehicle, Bluefin 21, will be sent to attempt to locate wreckage on the sea floor to verify the signals, said Houston, who noted that the potential search area was 4.5km deep, the same as the Bluefin range.

"We are right on the edge of capability and we might be limited on capability if the aircraft ended up in deeper water," he said.

"In very deep oceanic water, nothing happens fast." He said that while Ocean Shield continued to trawl the area to try to regain contact, search teams were also investigating the reports by the Chinese ship several hundred kilometres away ~ The Malaysian Insider

CIA dalang konspirasi kehilangan MH370?

Posted: 06 Apr 2014 08:33 PM PDT


SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi.Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?

Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.

Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.

Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?

Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.

Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.

Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.

CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.

Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?

Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.

Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?

CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.

Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.

Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.

Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.

Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140406/re_03/CIA-dan--teori-konspirasi-hilangnya-MH370#ixzz2yASLNIWE © Utusan Melayu (M) Bhd

RM45 juta habis untuk naik taraf .. tapi lapangan terbang Ipoh masih tak berubah..

Posted: 06 Apr 2014 06:10 PM PDT


Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.

"Kontraktor, arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan dan memanjangkan landasan akan dipanggil," kata Nga.


Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.

Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.

Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.

Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.

"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.

Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.

Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.

Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.

"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki," katanya.

Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.

Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.

Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.

Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.

"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.

Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.

"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.

Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.

Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.

Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.

Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.

Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.

Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.

Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.

"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?

Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS lapor The MAlaysian Insider

Tiada ulasan: