Jumaat, 4 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


DEB punca Kronisma berleluasa kata Ku Li

Posted: 03 Apr 2014 11:48 PM PDT


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai punca berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme berleluasa hingga hari ini.

Beliau berkata, DEB yang dilaksanakan pada 1971 berniat baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu, tetapi pelaksanaan dasar itu yang menjadikan ia kacau-bilau. 

"Pelaksanaannya menjadi kacau-bilau dan salah kerana amalan naungan yang menyebabkan berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme," katanya ketika melancarkan buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, DEB gagal mencapai matlamatnya, malah Bumiputera masih ketinggalan dan sasaran 40% ekuiti belum tercapai.

"Matlamat yang ditetapkan oleh polisi tersebut gagal dicapai dalam tempoh yang ditetapkan," katanya. 

Tengku Razaleigh berkata, budaya makan atas angin menyebabkan kaum Melayu jadi pemalas dan mengambil jalan mudah dalam menjalankan perniagaan.

"Makan atas angin juga mengambil jalan mudah dan malas menjalankan perniagaan," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li. Katanya, kebanyakan mereka yang kaya pula terdiri daripada penyokong kuat parti tertentu.

"Hubung kait antara politik dan kekayaan biasa bagi kita semua.

"Sebagai contoh, banyak yang kaya datang daripada penyokong kuat parti politik tertentu yang membentuk kerajaan hari ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menafikan DEB mempunyai matlamat yang adil dan jujur dalam membantu khususnya Bumiputera.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata dasar tersebut mengakibatkan lebih banyak jurang di kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan budaya permusuhan antara etnik di Malaysia.

"Malah, ia menyebabkan ketidakseimbangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Lebih buruk lagi, ia mewujudkan permusuhan etnik yang jelas ditunjukkan dalam sistem ekonomi dan sosial antara kita pada masa ini," katanya yang menyifatkan perkara tersebut berlaku berpunca daripada sistem makan atas angin dan kronisme.

DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada 1971 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Menyedari hakikat pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Kumpulan pejuang hak Melayu menentang sekerasnya cadangan membuang kuota Bumiputera yang dikatakan menjejaskan daya kompetitif negara selama ini lapor The Malaysian Insider

Penculikan di Sabah : Belum apa-apa Najib dah buat spekulasi...

Posted: 03 Apr 2014 07:52 PM PDT


Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Dua kejadian dalam tempoh berhampiran ini bukan saja akan menjejaskan nama baik negara serta hubungan dengan China, bahkan pastinya juga akan menjejaskan kedatangan pelancong daripada negara tersebut ke negara kita.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China. Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Maka, dengan kemarahan yang belum reda daripada waris penumpang MH370 yang tidak puas hati berkaitan ketelusan maklumat mengenai kehilangan pesawat yang sudah menjangkau hari ke 25 ini, berlakunya kejadian penculikan ini pastinya menambahkan lagi beban sengsara yang ditanggung oleh kerajaan.

Ia ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi kejadian penculikan bukannya perkara baru Semporna ini. Sudah beberapa kali ianya terjadi. Tidak lama sebelum ini, seorang pelancong Taiwan juga diculik setelah suaminya ditembak mati.

Pelancong terbabit hanya dilepaskan beberapa hari kemudian selepas wang tebusan yang diminta diberikan.

Polis Sabah sendiri tidak menolak kejadian terbaru itu turut bermotifkan wang tebusan. Pesuruhjaya polis Sabah, Hamza Taib percaya, penculikan ini dilakukan oleh kumpulan yang berpusat di selatan Filipina dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang.

Selain kejadian ini bermotifkan wang tebusan, ianya juga memperlihatkan kawalan keselamatan yang boleh dipertikaikan keberkesanannya.

Meskipun negeri Sabah di kelelilingi lautan dan banyak pulau-pulau, pihak berkuasa seharusnya sentiasa berawas dan berhati-hati dalam soal keselamatan, terutamanya yang berkaitan pelancong.

Kerapnya kejadian penculikan ini, di tambah pula dengan insiden pencerobohan Lahad Datu sebelum ini, ia tidak lain memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dalam soal kawalan keselamatan di negeri Sabah dan memerlukan perhatian yang lebih serius dari pihak berwajib.

Bagaimanapun, sebagaimana insiden lain seperti kehilangan pesawat MH370 dan sebagainya, kita tidak harus membuat sebarang spekulasi atau andaian awal mengenai motif dah siapa yang terlibat, kecuali setelah benar-benar pasti dan mempunyai bukti kukuh mengenainya.

Tetapi dalam insiden penculikan ini, Perdana Menteri, Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya.

Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia - China, demikian tulisan itu dipetik.

Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China.

Siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu? Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu?

Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?

Sila sambung bacaan anda di SINI

Tiada ulasan: