Selasa, 29 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kemana RM18 Bilion wang 1MDB diluar negara, soal The Edge

Posted: 29 Apr 2014 07:47 AM PDT


Akhbar The Edge Weekly dalam laporan eksklusifnya membongkar urusniaga berhubung tabung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18 bilion yang diletakkan di luar negara.

Akhbar mingguan tersebut mula menyiasat urusniaga 1MDB selepas tabung itu mengeluarkan Laporan Kewangan 2013 berakhir 31 Mac dan laporan tahunannya.

Dalam laporan The Edge Weekly, dikatakan akaun 1MDB berjumlah berbilion ringgit yang diperoleh dari bon jaminan kerajaan diuruskan oleh penama yang tidak diketahui di luar negara.

Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dengan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

Mingguan tersebut menyatakan bahawa '1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

"Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah meminjam lebih daripada perlu," ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya 'My Say'.

"Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut.

Laporan asal sila baca di SINI

Macai-macai boleh tolong jawab tak??

Apa? Blackout? Saya tidak menerima laporan begitu... kata Pengerusi PKR Sarawak

Posted: 29 Apr 2014 03:54 AM PDT


Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian terkejut apabila dimaklumkan mengenai penipuan yang berlaku semasa proses pengiraan undi termasuk terjadi 'blackout' di beberapa cabang di negeri itu.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'kelalan ini, beliau tidak mengetahui perkara tersebut selain tidak menerima sebarang laporan daripada anggota parti.

"Apa? Blackout? Saya tidak menerima laporan begitu... saya tidak mendapat sebarang maklumat tentang semua itu," katanya dengan nada terkejut.

Justeru beliau menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu menyiasat segera dakwaan tersebut yang turut didakwa melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali semasa proses pengiraan undi untuk pemilihan PKR 2014.

"Respons saya begini sebagai Pengerusi PKR Sarawak tidak menerima laporan sebegitu, sekiranya ada laporan yang dikemukakan dengan JPP harus disiasat.

"Apa jua tuduhan yang tidak mengikut undang-undang mesti disiasat dan harus diambil tindakan.

"Tetapi bagi saya tidak menerima atau dimaklumkan dengan semua itu sampai hari ini... ini kali pertama saya dengar tentangnya," kata calon bagi jawatan Naib Presiden PKR ini.

Semalam Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata siasatan sedang dijalankan dan hasil siasatan akan diumumkan secepat mungkin.

JPP tegasnya tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

"Kami JPP tidak akan bertoleransi pada kes seperti ini. Sebagai parti reformasi kita tidak boleh lakukan apa yang kita suka.

"Pihak JPP akan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Bagaimanapun Bian memaklumkan mengetahui tentang insiden yang berlaku di Cabang Batang Sadong selepas diberitahu oleh seorang wartawan yang menghubunginya.

"Batang Sadong itu saya dapat tahu kelmarin, itu pun dari seorang wartawan dan ia bukan berlaku di seluruh cabang.

"Itu sahaja saya dengar dari seorang wartawan yang menghubungi saya mengenai Batang Sadong," katanya.

Untuk rekod, perkara itu terlebih dahulu didedahkan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang turut mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

"Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

"Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," tegas Che Gu Bard lapor AntaraPos

Pemilihan PKR kecoh lagi!! Rafizi pula mengamuk sebab kalah Ketua Cabang?

Posted: 29 Apr 2014 01:23 AM PDT


Gambar di atas ialah gambar yang disebarkan oleh beberapa orang Blogger UMNO yang mendakwa ianya adalah rakaman gambar keadaan di tempat pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai.

Dimana disini penyandang bagi jawatan Ketua Cabang yang ada ialah Pengarah Strategi PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Beliau dan penyokongnya dilaporkan memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat bila melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.


Penjelasan dari Rafizi Ramli diperlukan dalam hal ini kerana gambar di atas telah turut dipetik dan disebarkan oleh Khairy Jamaluddin dilaman Twitter..


Ada pihak kata gambar-gambar kat atas tu ialah gambar-gambar lama (Pemilihan 2010) dulu.. sejauh masa sahihnya belum pasti lagi..

Tapi berita kat bawah ni berita baru..

Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang," katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat ~ Berita Harian

Siasatpun belum dia dah kata 'Blackout' sebabnya.. boleh percaya ke ni?

Posted: 28 Apr 2014 08:38 PM PDT


Alasan yang dikemukakan oleh Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul rentetan dari kekecohan Pemilihan Cabang Batang Sadong, Sarawak baru-baru ini ialah 'Blackout'..

Kononnya kejadian itu itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.

Mungkin agaknya dia menyangka yang ahli-ahli PKR ini mudah diperbodohkan sebagaimana pemimpin UMNO memperbodohkan ahli-ahlinya...

Siasatpun belum dia dah keluarkan alasan...

Sepatutnya dijalankan dulu siasatan, dikemukakan bukti-bukti yang menyokong dakwaan kononnya berlaku blackout itu, bukannya bercakap tanpa sebarang fakta.

Ahli-ahli PKR sila baca dan fahamkan betul-betul apa yang Johari Abdul kata ni...

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan. 
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan. 
Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan. 
"Sehabis waktu pilihan raya, petugas dan wakil daripada calon bawa undian ke dalam bilik untuk pengiraan, dan ketika itu seluruh kawasan Batang Sadong tiba-tiba terputus bekalan elektrik," kata Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini. 
Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dua wakil calon pergi ke bilik berkenaan dan mendapati kertas undi berselerakan. 
"Ketika mereka sedang buka tong undi dan mengira, kebetulan bekalan elektrik terputus. 
"Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu bilik dibuka," katanya, dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan. 
"Mereka ambil gambar kertas undi berselerakan, lalu mereka mendakwa wujudnya unsur penipuan," katanya. 
Johari bagaimanapun berkata pihaknya akan melakukan penyiasatan segera berhubung perkara itu. 
"Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas ini saya terus ke Batang Sadong," katanya lapor The Malaysian Insider

Lebih menarik lagi ialah Pengerusi PKR Sarawak sendiripun ternganga bila diajukan soalan mengenai 'blackout' ini oleh wartawan... sila baca di SINI

Mengapa Malaysia sembunyikan laporan tentang MH370 dari pihak awam?

Posted: 28 Apr 2014 05:47 PM PDT


Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.

Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast.

"Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.

Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australi di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.

Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.

Irving berkata misteri paling besar dalam sejarah penerbangan belum menemui penjelasan walau dengan pencarian multinasional di kawasan terpencil Lautan Hindi, dan ini menimbulkan dua persoalan:

Adakah sumber yang mencukupi digunakan untuk pencarian dasar laut?

Adakah realistik untuk terus pencarian apabila musim sejuk hemisfera selatan sudah bermula dan keadaan hanya boleh lebih teruk daripada kini?

Satu-satunya cara munasabah untuk menjawab persoalan tersebut adalah dengan membandingkannya dengan pencarian penerbangan Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

Apa yang paling menarik tentang pencarian Air France 447 adalah ia "bukan satu usaha yang berterusan atau terbuka", katanya.

"Ia dijalankan dalam jangka masa lebih kurang dua tahun dalam empat operasi yang berasingan."

Kotak hitamnya, serpihan dan mayat dijumpai dua tahun kemudian dalam operasi keempatnya.

"Jelas bahawa pencarian untuk bangkat Air France Airbus A330 dirancang dengan teliti, sistematik dan mempunyai sumber yang mencukupi, dengan setiap operasi dijadualkan untuk musim di Atlantik Selatan yang tidak bahaya." kata Irving.

Dalam kes MH370, tidak terdapat jumpaan awal bangkai pesawat itu.

Namun, katanya, "Pencarian di Atlantik menunjukkan tiada gunanya menggunakan alatan menyelam yang canggih sehingga kawasan pencarian dapat diperkecilkan lagi. Pada masa itulah teknologi yang digunakan boleh memberikan kesan – mulanya lokasi serpihan kemudian penemuannya."

Kes Air France 447 memberi penanda antarabangsa bagi integriti penyiasatan hempasan pesawat, kata Irving, kerana keterbukaan dan komitmennya untuk memberitahu pihak awam apa yang dijumpai para penyiasat.

Laporan akhir yang dikeluarkan pada Julai 2012 disifatkan sebagai, "deskriptif, preskriptif dan menjadi teladan dalam penjelasannya".

Irving berkata Malaysia sepatutnya mengikuti langkah Perancis dan mengeluarkan laporan sendiri daripada menghantarkan laporan kepada ICAO di Montreal lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: