Jumaat, 25 April 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Penumpang mabuk rupanya.. bukan pesawat Virgin Air dirampas..

Posted: 25 Apr 2014 02:51 AM PDT


Seorang penumpang pesawat Virgin Australia yang dalam penerbangan ke Denpasar, Bali dari Brisbane, Australia hari ini dilaporkan cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat berkenaan dikatakan dirampas, ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Pada awalnya, laporan tentang pesawat Boeing 737-800 itu dirampas, disahkan seorang pegawai kanan Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen tempatan, MetroTV, hari ini.


Bagaimanapun, jurucakap Virgin Blue kemudian dilaporkan berkata, penumpang yang ditangkap itu berada dalam keadaan mabuk ketika cuba memasuki kokpit dan tidak berniat merampas pesawat tersebut.

Sementara itu, jurucakap Tentera Udara Indonesia berkata, semua penumpang tidak dicederakan dan dibawa keluar dari pesawat berkenaan di Denpasar.

Penumpang berumur 28 tahun itu kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Syarikat penerbangan Virgin Australia yang sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue, adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. – Bernama

Virgin Australia's representative at Bali's international airport, Heru Sudjatmiko, says a drunken and unruly passenger became aggressive and was handcuffed by cabin crew. 
"This is no hijacking, this is a miscommunication. What happened was there was a drunk person... too much alcohol consumption caused him to act aggressively," he said. 
"Based on the report I received, the passenger tried to enter the cockpit, through the cockpit door, by banging on the door but he did not enter the cockpit at all." 
The message relayed to air traffic control about an attempt to breach the cockpit reportedly triggered the airport's "worst case scenario" response leading to the misreporting of a hijacking. 
"We then guided the flight to land as they were flying close to the airport," transport ministry official Herry Bakti said. 
Indonesian police say they have arrested a man and are now questioning him. 
"The suspect is being interrogated by police in Bali," said Suhardi Alius, a police official in Jakarta ~ ABC

Lelaki Ditendang Ketika Cuba Hisap Kemaluan Remaja..

Posted: 24 Apr 2014 11:00 PM PDT


Menarik laporan ni.. ianya tentang satu kejadian dimana seorang murid sekolah yang berusia 13 tahun telah bertindak menendang seorang lelaki yang cuba mencabulnya..

Meskipun pelajar tersebut jauh lebih lemah dari pencabulnya, beliau tetap berusaha untuk mempertahankan maruahnya...

Ini laporannya...

GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. 
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. 
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan. 
"Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan. 
"Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek," katanya ketika dihubungi semalam. 
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. 
Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. 
"Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis," katanya. 
Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku. 
"Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan. 
"Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah," katanya. 
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 
Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lapor Sinar Harian.

Apa yang menarik?.. yang menariknya ialah sebelum ini telah dilaporkan seorang remaja 13 tahun menendang pak cik yang meliwatnya sebelum melarikan diri.

Ini pula, remaja yang juga berusia 13 tahun menendang muka lelaki yang cuba menghisap kemaluannya.

Yang peliknya, ada lelaki dewasa yang mendakwa dirinya diliwat berkali-kali oleh warga emas yang mengalami masalah tulang belakang tanpa mengambil apa-apa tindakan fizikal untuk menghalang perbuatan warga emas itu.

Siapa yang percaya?.. Hanya macai yang makan rumput mempercayainya...

Pemilihan PKR makin panas...

Posted: 24 Apr 2014 08:01 PM PDT


Kempen untuk pemilihan kepimpinan PKR mula menampakkan kehodohannya apabila pihak yang berlawanan saling serang menyerang bahkan akaun palsu dibuat untuk memfitnah lawan masing-masing.

Ia berlaku 48 jam menjelang pemilihan PKR bermula Sabtu ini yang bakal berlangsung di beberapa negeri.

Menurut Edy Noor Reduan, pemerhati tidak rasmi pemilihan ini daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), satu akaun Twitter palsu bernama "Masa Depan Bersama" yang menjadi tema kempen tiga pemimpin PKR dibentuk untuk memfitnah mereka. Bagi beliau, ia tindakan terdesak dan panik kehilangan jawatan.

"Masa Depan Bersama" adalah tema kempen untuk calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail bersama dua calon naib presiden iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Melalui Twitter palsu itu, ketiga-tiga mereka seolah-olah berkempen memburukkan Azmin dengan mengungkit laporan media massa sebelum ini yang mengatakan kononnya Azmin melakukan tidak bermoral dengan seorang perempuan di dalam sebuah tandas.

"Apakah ahli parti mahu pemimpin yg terpalit dgn skandal seks makan aiskrim dalam jamban? Bukalah mata dan marilah kita buat perubahan!" tulis Twitter daripada akaun "Masa Depan Bersama".

Pejabat Nurul Izzah dan Rafizi Ramli kemudiannya menghantar satu tweet yang memaklumkan mereka tidak tahu menahu mengenai akaun Twitter itu.

"Harap maklum & mohon sebarkan: Akaun Twitter @MasaDepanBersama tiada kena mengena dengan YBs @n_izzah @saifnasution & @rafiziramli." Rafizi juga melalui Twitternya membuat penafian yang sama.

"Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama," kata Edy Noor dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Azmin dalam satu kenyataannya menyerang tindakan Saifudin, Rafizi dan Izzah yang disifatkannya membentul "kartel" dalam pemilihan kali ini.

Namun, Azmin juga dilihat membentuk 'kartel' yang sama apabila membentuk pasukan bersama calon Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan calon ketua Pemuda, Amiruddin Shaari.

Walaupun tidak diumumkan terus-terang, namun gambar kempen menunjukkan mereka bersama bergerak ke sana sini.

Namun begitu ramai yakin pemilihan PKR kali ini bukan berdasarkan kumpulan kerana ramai memilih individu bukan kerana kumpulan yang disertainya.

Seorang bloger PKR, Omakkau misalnya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk presiden (sekarang tinggal Datuk Seri Dr Wan Azizah sahaja selepas Anwar menarik diri) dan Azmin sebagai timbalan. 

Namun untuk ketua Wanita, beliau memilih Rodziah Ismail bukannya Zuraidah yang bersama dalam pasukan Azmin.

Untuk ketua Pemuda pula, beliau memilih Amiruddin yang berada dalam kem Azmin namun bagi naib, beliau memilih Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Tian Chua, N Surendran dan Rafizi Ramli.

Proses pemilihan PKR akan diadakan mengikut zon. Minggu pertama akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei. 

Minggu terakhir akan melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang diadakan pada 9 hingga 11 Mei. Keputusan dijangka akan diperoleh pada malam 11 Mei lapor The Malaysian Insider

Tiada ulasan: