Anak Sungai Derhaka |
- Pahang bakal jadi pusat seks warga asing?
- Kenapa Polis tidak muncul untuk kawal orang ramai di majlis pengebumian Karpal?
- MH370 : Mungkin mendarat bukan terhempas dedah penyiasat antarabangsa..
- Pesawat MH192 mendarat cemas di KLIA (Video Inside)
Pahang bakal jadi pusat seks warga asing? Posted: 21 Apr 2014 07:00 AM PDT Sesuatu perlu dilakukan pada segera di perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, Cameron Highlands bagi mengelak lebih ramai anak-anak gadis di kampung tersebut menjadi pelacur kepada warga asing seperti Nepal, Myanmar dan Bangladesh yang bekerja di kawasan sekitar. Ini bukanlah cerita rekaan tetapi satu kenyataan yang cukup mengejutkan penulis apabila dimaklumkan gadis-gadis Orang Asli di kampung tersebut cuma perlu dibayar sebanyak RM50 untuk mendapatkan khidmat seks sepanjang malam. Lebih mengejutkan lagi, hubungan seks itu boleh dilakukan di rumah gadis terbabit dengan izin orang tuanya sendiri. Dalam erti kata lain, tidak ada halangan daripada ibu bapa gadis Orang Asli untuk membiarkan anak gadis mereka ditiduri warga asing asalkan dibayar sebanyak RM50 atau dibelikan sebotol arak berjenama. Walaupun bukan semua ibu bapa Orang Asli di kampung itu merelakan anak-anak gadis mereka ditiduri warga asing namun terdapat banyak kes terbongkar dengan sendirinya apabila anak-anak gadis ini mengandung luar nikah! Tidak pula dimaklumkan sama ada berlakunya kes buang bayi di kalangan anak gadis Orang Asli, sebaliknya diberitahu mereka dengan senang hati melahirkan anak-anak hasil hubungan seks terlarang itu dan seterusnya membesarkan mereka sebagai ahli keluarga tanpa ayah. Perkara ini didedahkan oleh Penghulu Mukim Hulu Telom, Cameron Highlands, Mohd. Zuki Muhammad kepada penulis pada satu pertemuan di Cameron Highlands baru-baru ini. "Semuanya bermula dengan arak yang dibekalkan oleh warga asing yang bekerja di sini kepada ibu bapa di kalangan Orang Asli yang akhirnya terjebak untuk melacurkan anak sendiri. "Kami hanya mendengar dan melihat tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan mereka tidak pernah ditangkap tetapi akhirnya dilepaskan semula apabila ibu bapa anak gadis Orang Asli yang terlibat datang ke balai dan mengatakan itu hak mereka untuk melakukan apa sahaja. "Itu anak kami dan kami tidak melarang dia untuk buat seks dengan siapapun yang dia suka. Itulah antara jawapan yang kami terima kerana untuk menghukum mereka di mahkamah memang sukar kerana mereka mendakwa bukan beragama Islam," cerita Muhd. Zuki. Memang sesuatu yang tidak patut berlaku ujarnya tetapi masalah itu sukar dibendung tanpa kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi kerajaan. "Pos Terisu agak terpencil dan terdapat empat buah perkampungan Orang Asli di situ yang mempunyai penduduk sekitar 1,000 orang daripada beberapa buah keluarga. "Terdapat juga penduduk beragama Islam dalam jumlah yang kecil tetapi yang menganut agama Kristian agak ramai sehingga terbinanya dua buah gereja di Pos Terisu," katanya. Jelas Muhd Zuki lagi, masalah yang sering timbul daripada perbuatan seks di kalangan gadis orang asli ini adalah kehamilan. "Mereka memang mahukan anak yang dikandung tetapi masalahnya mereka tidak akan mendapat sijil kelahiran selagi tiada sijil daftar perkahwinan. "Seterusnya, bagaimana anak-anak ini akan bersekolah sekiranya tiada sijil kelahiran yang memang diperlukan sewaktu mendaftar nanti. "Masalah ini telah pun wujud di Pos Terisu tetapi disebabkan ada budi bicara dengan pihak sekolah, anak-anak luar nikah ini dibenarkan ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Tetapi sampai bila mereka akan hidup begitu?" soal Mohd Zuki. Soalan yang dilontarkan Muhd Zuki sukar dijawab tetapi sebaiknya penulis mengajaknya melupakan permasalahan itu untuk seketika. Namun perkara pokok yang harus dipandang serius adalah keseronokan yang dinikmati oleh warga-waga asing yang menjadikan anak-anak gadis Orang Asli sebagai tempat melepaskan nafsu tanpa sekatan di lokasi terpencil di pedalaman. Seperti yang diberitahu Muhd Zuki, perbuatan tidak bermoral ini bukan baru semalam berlaku tetapi telah bertahun-tahun tanpa didedahkan kepada umum. Hanya agensi yang terlibat dengan Orang Asli sahaja yang tahu perkara ini tetapi apakah usaha yang telah dilakukan untuk membanteras permasalahan ini? Kalau tidak didedahkan, kemungkinan akan lebih ramai lagi anak-anak gadis Orang Asli di sini akan dirosakkan oleh warga-warga asing yang sanggup membayar demi menuntut keperluan seks mereka. Sebenarnya, tidak ada alasan yang boleh diberi oleh pihak yang dipertanggungjawabkan kerana penulis melihat sendiri jalan untuk ke kawasan tersebut tidaklah sesusah mana. Apa yang penting adalah kesungguhan untuk melindungi warga Orang Asli tanpa mengira usia. ~ MalaysiaGazette |
Kenapa Polis tidak muncul untuk kawal orang ramai di majlis pengebumian Karpal? Posted: 21 Apr 2014 04:54 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan mengkaji masalah yang timbul sehingga polis tidak muncul untuk mengawal kehadiran orang ramai di majlis pengebumian MP Bukit Gelugor Karpal Singh semalam. "Kami berharap orang ramai dapat memaafkan dan tidak mempedulikan masalah yang timbul semasa pengebumian itu. Polis tidak muncul seperti dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang," kata Lim dalam kenyataannya. "Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasi punca polis tidak muncul seperti dirancang, dan seterusnya mengatasi kelemahan yang mungkin menyulitkan orang ramai," katanya. Lim mendakwa seramai 25,000 orang hadir di majlis penghormatan peringkat negeri itu. "Kehadiran begitu ramai orang itu tidak disangka. Kami ingin memohon maaf kepada semua yang datang dari jauh tertapi tidak berpeluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh. Lim turut memuji seramai 3,000 penunggang motosikal yang mengiringi keranda Karpal untuk pengebumian. Katanya, penghormatan dari golongan berkenaan amat bermakna kepada Karpal kerana ia menunjukkan rakyat biasa menyanjungi MP tersebut. Menurut Lim, pengebumian tersebut "mungkin yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang" lapor Malaysiakini di SINI |
MH370 : Mungkin mendarat bukan terhempas dedah penyiasat antarabangsa.. Posted: 20 Apr 2014 11:45 PM PDT Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi. Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti. Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu. Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil. Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST. Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi. Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah. "Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan. "Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370. "Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal," kata sumber tersebut seperti dipetik NST. Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi. "Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya. "Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan," kenyataan sumber itu dipetik lapor Malaysiakini |
Pesawat MH192 mendarat cemas di KLIA (Video Inside) Posted: 20 Apr 2014 07:37 PM PDT Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 dalam perjalanan ke Bangalore, India yang terpaksa berpatah balik kerana berdepan masalah kerosakan gear selepas tayarnya terbakar selamat melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.56 pagi tadi. MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 3.18 pagi tadi berkata, syarikat tersebut mengesahkan punca kerosakan adalah kerana tayar di bahagian kanan utama gear pendaratan pesawat terbakar semasa berlepas. "Kawalan Udara Trafik Kuala Lumpur memberi amaran kepada kapten juruterbang selepas serpihan tayar ditemui di landasan. "Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam. Atas dasar keselamatan, pesawat itu diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan. Berita mengenai MH192 berlegar-legar di udara mula tersebar luas di media sosial dan disahkan oleh MAS dalam satu kenyataan rasmi. "Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam ke Bangalore, India berpatah balik ke Kuala Lumpur. "Pesawat itu mengalami masalah gear sebelah kanan tidak berfungsi dan dijangka melakukan pendapatan kecemasan kira-kira jam 2 pagi ini," kata MAS dalam kenyataan pertamanya. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan reaksi kelegaan berhubung insiden tersebut. "Semua penumpang selamat, Alhamdullilah apa pun saya kini bersiap-siap untuk turun ke (KLIA)," katanya di akaun Twitter @HishammuddinH20. Pesawat MH192 jenis B737-800 berlepas dari KLIA pada 10.09 malam dan sepatutnya mendarat di Bangalore kira-kira jam 11.32 malam pada hari sama. MAS melakukan penjadualan semula penerbangan itu yang akan berlepas dari KLIA pada 3.30 petang ini dan dijangka sampai ke Bangalore pada jam 5 petang hari ini. Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat MH192 kelihatan di KLIA apabila berjaya mendarat dengan selamat awal pagi tadi selepas terpaksa berlegar-legar di ruang udara sebelum melakukan pendaratan kecemasan. Pesawat MH192 membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal dan mereka kini ditempatkan di hotel berdekatan dengan KLIA. Kerosakan pesawat MAS bukan kali pertama dilaporkan sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu. Semasa operasi mencari dan menyelamat MH370 sedang giat dilakukan, pada 24 Mac, pesawat MH066 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan terpaksa membuat lencongan ke Hong kong disebabkan masalah generator tidak berfungsi. Tiga hari sebelum itu, pesawat MH114 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu terlanggar sekumpulan burung ketika berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Selepas mendarat, pesawat itu diperiksa oleh jurutera bertugas dan didapati lampu pesawat itu pecah lapor The Malaysian Insider. Video berkaitan... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan