Anak Sungai Derhaka |
- Islam tidak galak umatnya ucap ‘Rest In Peace’
- Ibrahim Ali kata akhlak Karpal lebih mulia daripada Anwar..
- Tindakan Zulkifli Noordin kaitkan kematian Karpal dengan hudud dibidas Khairy..
- Karpal Singh maut dalam kemalangan di Perak (Video Inside)
Islam tidak galak umatnya ucap ‘Rest In Peace’ Posted: 17 Apr 2014 05:30 AM PDT Umat Islam tidak digalak untuk mengucapkan ucapan "Rest in peace (R.I.P)" kepada seseorang bukan Islam kerana ianya berunsur keagamaan yang diambil daripada Kristian, kata Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka; www.e-fatwa.gov.my, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata umat Islam bagaimanapun dibolehkan untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah mereka kepada keluarga penganut bukan Islam selagi ia tidak memberi implikasi keagamaan. "Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam. "Bagaimanapun, Islam tidak menghalang mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda' atau 'kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan daripada keluarga anda," kata kenyataan itu. Hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi menerima banyak ucapan "RIP" daripada pengguna laman sosial. Kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki Karpal berlanggar dengan sebuah lori seberat lima tan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di KM306.1 Lebuhraya Utara-Selatan. Karpal, 73, dan pembantunya Michael Cornelius, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pulau Pinang, meninggal dunia di tempat kejadian. Berhubung ucapan 'Rest in peace', Majlis Fatwa Kebangsaan berkata:"Ia juga mengandaikan orang bukan Islam itu akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin; "May his soul and the souls of all the departed faithful by God's mercy rest in peace." Katanya, perkataan itu adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18, dan turut diukir di batu nisan si mati. "Sedangkan daripada sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan," katanya. Kenyataan itu turut berkata, ucapan berkenaan turut bergantung kepada niat seseorang yang memberikan ucapan tersebut. "Sekiranya ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. "Sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus," katanya |
Ibrahim Ali kata akhlak Karpal lebih mulia daripada Anwar.. Posted: 17 Apr 2014 01:37 AM PDT Mengulas mengenai kematian pemimpin veteran DAP, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan mendiang Karpal Singh yang dikatakan sebagai pejuang keadilan berakhlah lebih mulia daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, meskipun Karpal dilihat sebagai pejuang keadilan namun sikapnya yang tidak menghormati agama Islam adalah satu perbuatan melampau. "Takziah kepada keluarga mendiang. Akhlaknya lebih mulia daripada Anwar. Satu perkara yang saya hilang hormat kepada Karpal ialah apabila mendiang tidak menghormati Islam dengan mengatakan 'langkah mayat dia dulu' sebelum Malaysia laksanakan hukum hudud'. "Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam. Mendiang dikatakan pejuang keadilan tetapi tidak menghormati keadilan dalam Islam.Mendiang juga pilih kasih. Ini menyebabkan saya hilang hormat kepadanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Karpal maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang laporannya sila baca di SINI Pembantu peribadinya, Michael Cornandez turut maut dalam kejadian itu. Mengimbas kenangannya bersama mendiang, Ibrahim berkata, perkara yang tidak dapat dilupakannya ialah ketika bertelagah dengan Karpal di Parlimen. "Saya antara ahli Parlimen yang selalu bertengkar dengan Karpal di Parlimen. Saya masih ingat bagaimana marahnya Karpal kepada saya bila saya kata saya lulus undang-undang di Holiday Inn," katanya. Ibrahim berkata, beliau turut merasakan kehilangan ahli politik dan peguam berwibawa itu yang memberikan sumbangan besar dalam mewarnakan politik Malaysia. "Saya turut merasakan kehilangannya," katanya lapor The Malaysian Insider |
Tindakan Zulkifli Noordin kaitkan kematian Karpal dengan hudud dibidas Khairy.. Posted: 16 Apr 2014 08:24 PM PDT Ketika seluruh negara bersedih dengan perginya Karpal Singh, Zulkifli Noordin, seorang ahli politik kontroversi, seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu. Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal. "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" tulisnya di Twitter. "Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya. "Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!" Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat. "Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!" tulisnya lagi. Maka tak hairanlah jika tindakan biadap Zulkiflee Noordin ini dibidas oleh Khairy Jamaluddin.. Mungkin si Zul ni baru keluar dari gua.. Kerana bila dia mengatakan "Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!" ianya menunjukkan beliau buta maklumat.. Sedangkan ketika Karpal masih hidup, bukan beliau yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Terengganu tetapi pihak UMNO sendiri.. Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi 15 April lalu menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN. Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat. Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC. "Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider. Menurut usul yang dibawa oleh Mohd Nor di DUN Terengganu, beliau meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002. Beliau berkata, isu itu adalah perkara tertentu kerana pelaksanaan undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2 dan surah al-Maidah ayat 38. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada 25 September 2002. Enakmen itu juga dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, malah, penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebelum ini membuktikan kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu mengamalkan undang-undang Islam lebih awal daripada kerajaan Islam Melaka. Malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kata Mohd Nor dalam usulnya.. Semakin hari semakin kurang cerdik si Zul ini nampaknya.. betullah bak orang kata.. berkawan dengan orang-orang yang bodoh lama-lama kita pun jadi bodoh... Apa kata Dr. Maza?.. HORMATI JENAZAH DAN TUNJUKKAN NILAI BAIK ISLAM Dalam hadis disebut: Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekaligus mereka membenci penganutnya. Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu. Persis seperti seorang muslim yang menolak cakap seseorang tokoh agama, apakah dia menolak Islam ataupun menolak pendekatan yang dibawa oleh tokoh berkenaan. Jika seseorang memusuhi agama Islam itu sendiri maka dia memanglah musuh Islam. Itupun memerlukan 'iqamah al-Hujjah' yang bererti penjelasan mengenai Islam yang kukuh dan penuh hujah yang jitu telah dibentangkan kepadanya. Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam. Itu sebagai pedoman buat semua yang mengaku dirinya berugama Islam... |
Karpal Singh maut dalam kemalangan di Perak (Video Inside) Posted: 16 Apr 2014 05:00 PM PDT Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah. Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni. Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP. Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999. Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'. Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005. Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak. "Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya. Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II. "Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga," kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim. Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh." Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu lapor The Malaysian Insider "Sesungguhnya telah lalu di hadapan Rasulullah S.A.W. satu jenazah, lalu baginda bangun untuk menghormatinya. Lalu diberitahu kepada Baginda "Itu jenazah seorang Yahudi".. lantas Baginda bersabda "Tidakkah ia juga insan?" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.. TAKZIAH buat keluarga mendiang... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan