Anak Sungai Derhaka |
- Tentera Siber Pakatan Rakyat dibayar RM3,000 sebulan?.. Wah! kaya lah depa...
- Transkrip perbualan antara MH370 dan Menara Kawalan didedah!!
- Apahal pulak Ketua Pengarah DCA arah media keluar ni?.. Dah fobia ke?
- Gempar!! Penyiasat YouTube dakwa MH370 mendarat di Deigo Garcia.. (Video Inside)
- Komunikasi terakhir dalam MH370 pula dilaporkan bercanggah...
- PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Jika Anwar Jadi Presiden..
Tentera Siber Pakatan Rakyat dibayar RM3,000 sebulan?.. Wah! kaya lah depa... Posted: 01 Apr 2014 07:15 AM PDT Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi. Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat. "Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina. "Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi. Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu. Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter. Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa. Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka. "Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat," dakwanya lagi ~ Sinar Harian Huih!! RM3000 sebulan??.. banyak tu.. Ada sesiapa tahu tak kat mana boleh mendaftar sebagai 'Red Bean Army' tu? RM3,000 x 800 = RM2,400,000.00 sebulan.. RM2,400,000 x 12 = RM28,000,00 setahun RM28,000,000 setahun dibahagikan pula dengan 20 syarikat = RM1,440,000 Ada ke syarikat yang sanggup mengeluarkan dari keuntungan mereka sebanyak RM1,440,000 setiap tahun? Kalau adapun tentu mereka peroleh projek yang nilainya beratus juta RM dari Kerajaan Negeri PR tu.. Tapi ada ke kerajaan negeri PR jalankan projek yang nilainya beratus juta RM tu? Apa kata Kit Siang mengenai Red Bean Army yang entah siapa menganggotainya ni tah.. "Seperti yang pernah saya sebutkan, semua ini adalah cerita dongeng moden yang tidak punyai satu pun kebenaran," tegasnya. Beliau menambah, 'kegilaan' terhadap dongeng RBA DAP itu berkait dengan agenda sulit yang membabitkan para pemimpin tertinggi Umno untuk menghalalkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi lima tahun untuk memerangi RBA yang tidak wujud dan hanyalah rekaan semata-mata. "Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan Umno supaya mereka tidak diketepikan dari mendapat dana perang siber Umno yang jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit. "Untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan Umno yang dulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng RBA DAP. Atas sebab inilah pengarang-pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan Umno melancarkan semula dongeng RBA DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber Umno/BN yang baru," jelas Kit Siang. |
Transkrip perbualan antara MH370 dan Menara Kawalan didedah!! Posted: 01 Apr 2014 04:33 AM PDT Transkrip perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak menunjukkan perbualan luar biasa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Transkrip perbualan yang didedahkan hari ini menunjukkan perbualan terakhir pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan kru adalah "Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong" (Good night Malaysia three seven zero) pada jam 1.19 pagi. Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, Malaysia Airlines berkata mereka "mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40, pagi, hari ini (8 Mac, 2014)". Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada 1.19 pagi, bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia. "Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip," kata Hishammuddin dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini. Transkrip berkenaan juga katanya, merupakan sebahagian daripada siasatan Polis Diraja Malaysia. "Malaysia Airlines sebelum ini berkata mereka mengenal pasti suara itu adalah milik pembantu juruterbang. "Polis kini sedang berusaha untuk mengesahkan perkara itu, dan penyiasatan forensik terhadap rakaman asal sedang dilakukan," katanya lagi. Pada 12 Mac lalu, pegawai Malaysia mendedahkan perbualan "Baiklah, selamat malam" ("All right, good night" adalah kata-kata terakhir daripada pesawat MH370, yang dimaklumkan kepada keluarga penumpang di Beijing. Hishammuddin turut berkata, pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat pergerakan pesawat berkenaan dilakukan dengan sengaja oleh individu dalam pesawat. "Pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia berpendapat, sehingga hari ini ketika pesawat hilang dari radar 'primary' tentera, pergerakan pesawat MH370 disengajakan oleh individu dalam pesawat," katanya ~ The Malaysian Insider |
Apahal pulak Ketua Pengarah DCA arah media keluar ni?.. Dah fobia ke? Posted: 01 Apr 2014 01:00 AM PDT Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengejutkan para peserta Persidangan Ops Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di sini Selasa apabila beliau menghentikan ucapannya separuh jalan dan meminta media untuk meninggalkan dewan persidangan itu. Azharuddin, yang memberi penjelasan mengenai kehilangan MH370 dan usaha pihak berkuasa dalam mengesan pesawat itu, secara tiba-tiba berhenti berucap kira-kira seminit berucap. "Saya minta maaf, adakah ada media di sini? Saya tidak tahu yang media ada di sini. Saya minta maaf, bolehkah media diminta meninggalkan tempat ini?" katanya pada persidangan itu di sini, di Sheraton Imperial. Keadaan menjadi senyap di dalam dewan itu apabila Azharuddin yang kelihatan tertekan, enggan untuk meneruskan ucapan sehingga media beredar. Beliau turut enggan menjawab sebarang soalan daripada media sebaik sahaja meninggalkan persidangan selepas itu. Peserta persidangan, Tom Ballantyne kemudian memberitahu The Star bahawa beliau tidak mengetahui alasan Azharuddin meminta media meninggalkan bilik berkenaan. Beliau berkata, Ketua Pengarah DCA itu hanya bercakap mengenai beberapa langkah yang dilakukan oleh para penyiasat dalam usaha mencari dan menyelamat yang sedang berjalan, kini memasuki minggu keempat. "Ia tidak sepatutnya tidak berlaku. Beliau tidak mengatakan apa-apa yang tidak dilaporkan sejak beberapa minggu lepas. Pegawainya turut memberitahu lebih awal bahawa media akan berada di sini, jadi saya tidak tahu kenapa beliau tiba-tiba berhenti (berucap)," katanya. Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu lapor mStar .. Kesimpulan dari apa yang dilakukannya ini ialah beliau hanya mengundang persepsi negatif media antarabangsa terhadap Malaysia.. |
Gempar!! Penyiasat YouTube dakwa MH370 mendarat di Deigo Garcia.. (Video Inside) Posted: 31 Mar 2014 10:23 PM PDT Dalam videonya yang terbaru Montagraph telah memperincikan kemungkinan bahawa penerbangan MH370 yang hilang itu telah mendarat di Diego Garcia, pangkalan tentera rahsia dikawal oleh Amerika Syarikat. Melalui garis masa peristiwa Montagraph cuba membuktikan apa yang didakwanya adalah benar dan boleh diterima akal.. Malah teorinya kelihatan lebih masuk akal dari apa-apa teori atau spekulasi dalam media arus perdana baru-baru ini.. Video butiran bagaimana penerbangan 370 berlepas Lapangan Terbang Kuala Lampur Malaysia pada 00:41 pada 8 Mac , hilang dari radar dan menara komunikasi selepas membuat pusingan yang agak tajam balik ke barat dikatakan maklumat penting yang membawa Montagraph ke bahagian seterusnya penyiasatannya . Menurut Montagraph dan lain-lain , pesawat itu dilihat terbang rendah di hujung selatan Kepulauan Maldives sekitar 6:15 pagi , pada pagi 8 Mac 2014 . YouTube Investigator: 'Flight 370 landed at Diego Garcia military base, plane and passengers then put in a Faraday style hangar' March 24, 2014 2:30 AM EDT Most recently Montagraph produced a video detailing the possibility that the missing Malaysian Airlines flight 370 was landed at Diego Garcia, a top-secret military base controlled by the U.S. By Shepard Ambellas (INTELLIHUB) — Montagraph, who is also the face behind the popular "Montagraph" YouTube channel, is known for his thought-provoking videos. In his most recent video titled "Flight MH370 Is At Diego Garcia – Here's The Proof", Montagraph laid-out a brief timeline of events that really make sense. In fact his theory makes more sense then any of the mainstream media's recent conjecture. In fact, the video details how flight 370 departed Malaysia's Kuala Lampur Airport at 12:41am on the Mar. 8, disappearing from radar and tower communications around 1:21am after making a rather sharp turn-back to the west. This is key information which led Montagraph to the next part of his investigation. According to Montagraph and others, the plane was seen flying low at the southern tip of the Maldives Islands around 6:15am, on the morning of Mar. 8, 2014. After referencing flight times and distances, Montagraph concluded that the plane would have been in the vicinity of the Maldives around 6:25am. "That's only a ten minute difference", stated Montagraph. Montagraph then stated that MH370 most likely landed at Diego Garcia and the plane may have been ushered into a massive "Faraday cage" style hangar to avoid passengers from communicating with the outside world. Montagraph speculates that the plane will later be crashed into the ocean for press coverage and none of the passengers will be retrieved as they likely are still being held at a military facility. |
Komunikasi terakhir dalam MH370 pula dilaporkan bercanggah... Posted: 31 Mar 2014 08:15 PM PDT Semakin lama insiden ini berlarutan, semakin banyak pula maklumat-maklumat yang didedahkan oleh pihak berkuasa negara kita bercanggaah dari apa yang didedahkan pada awal insiden. Jika sebelum ini persoalan baru telah timbul berikutan ketidak selarian maklumat mengenai laluan penerbangan MH370 itu.. lihat di ( SINI ), ini pula mengenai komunikasi terakhir dalam transkrip. "Baik, selamat malam," adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui. Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid. Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA. "Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman," katanya. Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. Tetapi semalam pula komunikasi yang didedahkan adalah berbeza dengan apa yang telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya pada pada 17 Mac itu. Dari "All right, good night" ianya telah menjadi "Good night Malaysian 370".. "Good night, Malaysian 370" komunikasi terakhir dalam transkrip
Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada lewat malam Isnin itu menjawab soalan yang dibangkitkan pada sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkaitan komunikasi terakhir antara pusat pengawal trafik udara dan kokpit. Hishammuddin turut berkata, beliau tidak pasti sama ada wujud dua versi transkrip yang disiarkan kepada orang ramai, termasuk transkrip yang dilapor dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sebelum ini. "Saya tidak pasti mengenainya tetapi saya boleh mengesahkan bahawa saya turut terlibat dalam penyiasatan yang dilakukan oleh FBI sejak hari pertama. "Transkrip merupakan sebahagian daripada siasatan. Jika ia penting bagi anda, saya akan berbincang dengan pakar sekiranya ia boleh disiarkan atau tidak," ujarnya. Hishammuddin turut mengarahkan pasukan penyiasat untuk menyiarkan transkrip penuh pada sidang media seterusnya jika mereka mendapat kelulusan. "Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan," tegas Hishammuddin. Pada 12 Mac lalu, duta Malaysia ke China memaklumkan pada satu pertemuan bersama keluarga penumpang di Beijing bahawa perkataan terakhir yang diterima daripada pesawat MH370 adalah "All right, good night (baiklah, selamat malam)." Manakala pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberitahu komunikasi terakhir pesawat MH370 adalah "All right, good night" telah dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid. Namun begitu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada kata-kata terakhir dari kokpit diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang ~ AstroAwani Kenapalah walaupun sudah 20 hari berlalu, pihak berkuasa negara kita yang menangani insiden ini masih gagal dalam mengkoordinasikan maklumat? Maklumat yang tidak selari ini hanya akan menimbulkan keraguan... |
PKR Berdepan Risiko Dibatalkan Pendaftaran Jika Anwar Jadi Presiden.. Posted: 31 Mar 2014 05:30 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon. Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan. "Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon. Beliau menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai 'menyalahi undang-undang' dibawah Akta Pertubuhan 1966. Pendapat yang sama dikongsikan seorang lagi peguam, New Sin Yew, yang menjelaskan Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan tidak membenarkan seseorang yang disabitkan kesalahan untuk bertanding atau memegang jawatan dalam pertubuhan. "Menurut Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi atau memegang jawatan dalam pertubuhan yang didaftarkan jika disabitkan atas sebarang kesalahan dibawah undang-undang lain dan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak kurang dari setahun," kata New. PKR risks being de-registered by the Registrar of Societies (ROS) if party supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim continues to contest for the party presidency, said constitutional lawyer Edmund Bon on Monday. Bagaimanapun, peguam PKR, Radzlan Jalaludin berkata Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9(4) Akta Pertubuhan. Di bawah Seksyen 9(4), Akta Pertubuhan memberikan pengecualian kepada seseorang yang hilang kelayakan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan kepada pendaftar. KENYATAAN MEDIA Biarpun telah disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification). Soal perundangan tu aku tak mahu nak komen pasal aku bukan Lawyer aku cuma Engineer.. Cuma aku nak bertanya kepada Lawyer dan juga calon Naib Ketua AMK itu.. jika perbicaraan rayuan kes tuduhan liwat itu jelas dipercepatkan perbicaraannya hanya untuk menghalang Anwar dari bertanding sebagai calon di Kajang.. Seterusnya menghalang Anwar dari mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari TS Khalid selaras dengan matlamat utama 'Kajang Move' itu.. Apakah perlu ada alasan dan sebab munasabah untuk ROS menolak atau menghalang Dato' Seri Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden? Kuasa ditangan mereka bukan ditangan kita Bro...Untuk menghalang kelancaran 'Kajang Move' mereka dah tunjukkan kepada kita kemampuan mereka.. Jadi jangan fikir mereka akan membiarkan peluang keemasan untuk menghalang Anwar seterusnya menguburkan PKR berlalu begitu saja... Oleh itui lebih baik beringat sebelum kena.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan