Isnin, 21 April 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TIDAK CUKUP SOKONGAN UNTUK HUDUD

Posted: 21 Apr 2014 04:55 AM PDT

Bagi membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan, PAS memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat, iaitu dari sekurang-kurangnya 148 daripada jumlah 222 ahli Parlimen.

 Bagaimanapun, ia memerlukan hanya 75 ahli Parlimen menentang rang undang-undang itu untuk menghalang impian PAS melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

  "Jika pun semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang itu, PAS masih tidak mempunyai sokongan dua pertiga untuk ia diluluskan. PAS tahu keadaan ini sebab itulah saya katakan ia hanya satu langkah politik," kata Chin.

  Sesetengah pemimpin PAS bersetuju dengan pandangan Chin iaitu jika pun rang undang-undang itu diluluskan, Hukum Hudud masih tidak boleh dilaksanakan tanpa kewujudan sistem Syariah yang menyeluruh. Baca lagi di sini 

 Ini semua adalah tipu-helah Umno, parti yang selama ini hanya memperlekehkan hudud dan kini berpura-pura menyokong hudud.Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. 

  Tembelang Umno begitu jelas apabila Terengganu yang sekarang di bawah UMNO/BN telah menolak usul perlaksanaan hudud oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Apa alasan Umno? 

 Tetapi mengapakah ada kalangan PAS yang masih tidak mahu menyedari permainan Umno dalam isu ini? 

 Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis pasal sekilas ikan : 

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang 'memperjuangkan' hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

  Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan: