ALHUSSEYN |
- Haji Hadi memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan penghakiman RM2 juta; Shamsul hanya mahu permohonan maaf sahaja...
- K'jaan S'gor akan bayar lukisan Pak Samad
- MH370 - Orang ramai semakin meluat dan muak dengan penjelasan dolak dalik
Posted: 02 Apr 2014 09:00 AM PDT Mohd Shamsul hanya menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya tahun lepas. Namun disebaliknya, Haji Hadi telah memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan penghakiman RM2 juta itu. Saifuddin berkata ini adalah hak Hadi untuk berbuat demikian. Tetapi kenapa PKR perlu mengambil tindakan disiplin keatas Mohd Shamsul? Bukankah tindakan Shamsul menuntut kemaafan atau akan meneruskan tuntutan mahkamah bagi membersihkan nama dan maruah dirinya terhadap Haji Hadi juga merupakan haknya? Menerusi U-Tube berikut, Shamsul begitu sedih kerana dihina oleh masyarakat persekitarannya.Cer korang baca komen-komen pengunjung U-Tube berikut yang menghina dan mencerca Shamsul. Dan bukankah ini merupakan kes peribadi dan tidak melibatkan parti sebagaimana kenyataan sebelumnya di sini? Apakah susah sangat untuk menyatakan kemaafan? Aku hanya mampu berdoa agar Allah membukakan pintu hati Haji Hadi supaya bertaubat dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya itu. Baca kenyataan Saifuddin Nasution Ismail berikut : Kalau Haji Hadi merasakan tidak melakukan kesalahan tersebut, maka teruskanlan proses perundangan melalui mahkamah tersebut. Kita lihat dan mendoakan keadilan dapat ditegakan : Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri ..... (An Nisa' : 135)
|
K'jaan S'gor akan bayar lukisan Pak Samad Posted: 02 Apr 2014 04:28 AM PDT Kerajaan Selangor akan menjelaskan bayaran untuk dua buah lukisan sasterawan negara Datuk A Samad Said yang didakwa tidak dibayar seorang exco kerajaan negeri. Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail (kanan) berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan. Samad: Mata pencarian saya Dalam pelancaran novel Samad Sungai Mengalir Lesu di ibu negara malam tadi, seorang pengulas membangkitkan soal pembelian lukisan bernilai "belasan ribu ringgit" yang didakwa gagal dibayar kerajaan negeri. Baca seterusnya di sini |
MH370 - Orang ramai semakin meluat dan muak dengan penjelasan dolak dalik Posted: 01 Apr 2014 07:31 PM PDT Penjelasan demi penjelasan mengenai tragedi MH370 dibuat, namun tiada satu penjelasan pun yang dapat diyakini kebenarananya. Hinggakan menteri auw-auw sendiri terpaksa merayu supaya orangramai mempercayainya. Keadaan semakin berkecamuk.Perkara yang remeh temeh pun perlu mengambil masa yang begitu lama baru nak didedahkan kepada umum. Umpamanya, pasal nak menentukan siapakah yang membuat perbualan atau kata-kata akhir dengan pengawal trafik udara – Jurutebang? ko-pilot? atau ada pihak ke-3? Selepas ditentukan bahawa kapten Zahari adalah orangnya , maka timbul pula mengenai nak menentukan kata-kata terakhir itu pula…. "Good night Malaysian three seven zero" atau "All right, good night" sebagaimana asalnya dilaporkan. Hanya selepas 25 hari, barulah pihak berkuasa Malaysia akhirnya mengeluarkan transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pengawal trafik udara. Last-last menteri Auw-Auw pula umumkan: " Tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu." Kah!Kah! Kah! "Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis," katanya di sini. Nak siasat pasal benda itu pun polis terpaksa mengambil masa sehingga 25 hari? Patutlah isu seperi kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed dan lain-lain sampai kini tiada kesudahan... Macamana rakyat nak beri kepercayaan? Lebih banyak laporan yang dibuat hanya untuk dinafikan kemudiannya. Ramai merasakan tidak rasa puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370. Ironisnya, apabila syarikat satelit Inmarsat milik Britain itu menafikan membuat konklusi MH370 terhempas di Lautan Hindi, selang dua hari kemudiannya, menteri Auw-Auw cepat-cepat keluarkan stetmen : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat". Bukankah itu berkecamuk namanya? Hinggakan ramai yang mempersendakan kenyataan tersebut dengan membuat spekulasi, MH370 tidak terhempas, hanya tergantung di awang-awangan sahaja….Kah! Kah! Kah! Mungkin Raja Bomoh Malaysia akan digunakan khidmatnya untuk memberi pengesahan adanya kerajaan Bunian diatas permukaan Lautan Hindi itu…..Ini semua semata-mata usaha untuk memulihkan imej PM Najib yang sebelum ini telah jelas menggambarkan bahawa harapan penemuan penumpang yang selamat amat tipis sekali dengan katanya : Bukankah sejurus selepas pengumuman tersebut dibuat oleh PM Najib, kebanyakan kaum keluarga khasnya warganegara China menjadi trauma, menangis teresak-esak kerana tidak dapat percaya diatas kehilangan anggota keluarga tersayang buat selama-lamanya. Klik di sini Kenapa PM Najib tidak menafikan konklusi yang dibuatnya itu tetapi hanya cuba menafikannya melalui mulut sepupunya sahaja setelah Imarsat menafikan membuat konklusi sedemikian rupa? PM Najib tidak berani berdepan dengan wartawan untuk menjelaskannya, tetapi suruh sepupunya membersihkan calitan najis dimukanya itu. Akibatnya, Rakyat semakin meluat dan tidak berpuas hati ke atas kepemimpinan PM Najib . |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan