Tukar Tiub |
- UNDANG UNDANG NEGARA KAPIR
- JAGA TEPI KAIN SENDIRI
- KETUANAN MELAYU LIAR
- APA MAKNA PRK KAJANG
- ADA AJEN CUKONG
- MARI BELAJAR BAHASA INGGERIS
Posted: 06 Mar 2014 06:00 AM PST STOCKHOLM 5 Mac - Ibu warga Malaysia yang sedang dibicarakan atas tuduhan memukul anak-anaknya di Sweden mengakui bahawa dia pernah memukul anak lelakinya selepas remaja terbabit 'buat perangai.' Shalwati... ISLAM BENAR ROTAN TAPAK KAKI Dalam Islam pukul anak dibenarkan untuk mendisplinkan anak. ISLAM HANYA BENARKAN MEROTAN TAPAK KAKI SAHAJA BUKAN BELASAH IKUT SEDAP. Antara kesalahan yang dibenarkan untuk dirotan ialah apabila anak mencapai umur 10 tahun disuruh melakukan Solat tapi ingkar. Kat Malaysia ni ada ibubapa yang pukul anak macam nak membunuh. Kes Sweden ni makbapaknya dengar kata pukul anak macam mendera. Walau macam mana pun hanya ALLAH RABBULJALIL sahaja yang maha tahu apa yang berlaku sebenarnya bukan SPRM. on NEGARA KAPIR ADA UNDANG UNDANG Publish | Delete | Spam Pro Manusia@Pro Rakyat on 3/5/14 PUKUL BERPADA PADA bukan tak boleh pukul bhaiii..tapi nak pukul tu bior le berpada2.. kita ni kadang2 "pukul emak dia" bukan main romantik tapi pukul anak setengah mati.... tu yang tak betul turrr malam jumaat ni meh kita ramai2 "pukul" orang umahtangga kita.. yang berumah tak betangga tu, pakcucing aje la..hehheh on NEGARA KAPIR ADA UNDANG UNDANG Anonymous on 3/5/14 ---------- |
Posted: 06 Mar 2014 05:00 AM PST Bekas ejen hartanah saman Jais, polis kerana dipukul ketika ditangkap khalwatBekas ejen hartanah, Hashim Mohd Said, 48, hari ini mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menggunakan kekerasan fizikal terhadapnya ketika ditangkat khalwat di kediamannya pada Disember 2006. Hashim mendakwa, ketika ditangkap bersama pasangannya, yang ketika itu seorang mualaf, enam pegawai Jais bersama dua anggota polis menyerbu kediamannya di Apartmen Seri Tanjung, di USJ 16, Subang Jaya, kira-kira jam 4 pagi. "Mereka menggunakan rotan untuk memukul saya ketika serbuan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini. WOIT DIA NAK MASUK NERAKA PASAL APA SIBUK SIBUK JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG ---------- |
Posted: 05 Mar 2014 11:45 PM PST YB TERESA & BILIK SULIT Umno Bodohkan Melayu, Teresa Kok Menjadi Mangsa di Permatang Pauh Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) bersama Pemuda Pas Kawasan Pekan Permatang Pauh telah menganjurkan satu ceramah umum di Padang Cermai, Permatang Pauh, malam tadi. Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tampil ceramah malam tersebut adalah termasuk YB Nizar Jamaludin, YB Teresa Kok, YB Steven Lim dan che'GuBard. Ketika YB Teresa Kok selesai berucap, hadir seorang lelaki mendekati Teresa untuk tujuan bersalaman. Namun berlaku kekecohan apabila lelaki tersebut memecahkan telur ketika bersalam dengan YB Teresa Kok hingga mengotorkan baju beliau. SAMM Penang mengutuk keras kejadian yang melambangkan betapa pihak gerombolan yang konon melaungkan hidup melayu langsung tidak menunjukan adab, tata susila masyarakat timur yang jauh lebih sopan dan bertamadun. SAMM Penang menegaskan, Umno dan Barisan Nasional wajib ditumbangkan segera kerana telah mengamalkan pembodohan melampau terhadap rakyat. Lelaki malang yang menyerang Teresa Kok ini pastinya tidak mendapat maklumat yang betul mengenai video yang diterbitkan oleh Teresa Kok. Media kawalan Umno juga bertanggungjawab dalam siri-siri pembodohan bangsa yang berterusan. Malah, Utusan terus memusing berita apabila mengfitnah kejadian malam tadi kononnya Teresa Kok ditampar. Kini laporan polis telah dibuat, kami menanti apakah hasil siasatan berhubung laporan yang telah dibuat. Semoga slogan "Tegas, Adil & Berhemah" benar-benar terlaksana. Afzanizam Hashim Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang (SAMM Penang) BARBARIAN ialah anak BABI dalam GERMAN |
Posted: 05 Mar 2014 09:00 PM PST BILIK SULIT DI KAJANG SATAY KAJANG SEKALI LAGI Langkah Kajang dalam PRK N25 ini bukan tembakan satu dua das. Ianya juga bukan tembakan peluru penabur. Dalam istilah Perang Gerila Kota Beirut PRK Kajang ini adalah tembakan RPG atau Roket-Propelled Granade kalau pun tidak ledakan Katyusha. Ledakan RPG ini akan membingarkan telinga beberapa ekor babi yang sedang nyenyak tidor. Telah saheh ledakan RPG Kajang selain dari membangunkan beberapa ekor babi ianya juga telah mengejutkan beberapa orang politikus tua. Ada yang sedang sakit, ada yang sedang mabuk dan ada yang sedang mengandung – semua politikus tua ini terbangun dan mula bersuara. N25 menjadi trompet Sangka Kala yang menggeletarkan jiwa raga mereka. Kita dengar Daim bersuara. Kita terbaca Kita Zahid – Zahid Kita bersuara. Dan saperti biasa Anak Lelaki Iskandar Kutty terus membebel. Paling saheh ledakan RPG N25 ini membingarkan telinga Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sang Tun ini terjaga dari tidor terus terkentut ooops.. terus bersuara. Dolah wajib bersuara agar tidak ditakrif sebagai telah 'bungkus'. Sayangnya tidak ada suara dari Najib. Tidak ada suara dari suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor. Semua menikus. Jelas - PRK N25 Kajang ini amat penting dalam pensejarahan politik moden Malaysia sesudah PRU13. Pertama ianya memulakan kembali rasa kemarahan orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Ini sama saperti PRK Pematang Pauh 26 Ogos 2008 dahulu. Ini permulaan kembali 7-24 – Januari-Disember gerakan rakyat bangun melawan. Gerakan untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation. Apabila diumumkan sahaja kerusi N25 ini kosong bermakna peluang terbuka untuk aktivis Pakatan menghasut orang ramai di pelusuk negara khususnya di Kajang. Orang ramai dan warga Kajang wajib terus dihasut untuk membenci United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu. Ini rukun asasi berpolitik – mengenal siapa musuh dan siapa kawan. Orang ramai perlu terus dingatkan bahawa dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular. Jika TIDAK kerana penipuan yang dirancang oleh SPR - United Malays National Organisation telah dua kali ditalkinkan. Hanya melalui penipuan terancang yang membolehkan gerombolan Ketuanan Melayu ini menang. Tanpa penipuan SPR, suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor pasti telah cabut lari ke Kazakhtan saperti Imelda Marcos. Justeru PRK Kajang wajib digunakan sebagai medan awam untuk menaikkan kembali suhu kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Kemarahan yang bertingkat-tingkat ini jangan dibiarkan reda. Ianya saperti bara wajib terus dikipas. Kemarahan bukan hanya kerana ditipu dalam PRU13. Kenaikkan barang dan pemotongan subsidi bahan bakar semua adalah kimia yang boleh meledak marah ke jalan raya. Orang kampong dan Mak Cik Felda sedang melihat kerenah suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor yang sering merompak harta negara. Dari membeli intan berlian berjuta ringgit. Dari kenduri perkahwinan anak dengan menggunakan duit kerajaan. Dari menggunakan jet kerajaan – semua ini adalah peluru RPG untuk meledakn United Malays National Organisation. Kes jahat Rosmah yang terbaru ialah bagaimana saorang suri rumah tangga ini telah berjaya mengumpul harta di luar negara. Dua bulan lalu, Mak Cik Pantai Dalam telah terperanjat apabila diberitahu bahawa anak Rosmah – bukan anak Najib - telah membeli sebuah flet di New York dengan harga 110 juta ringgit – (diulangi) sebuah flet bukan satu blok banguan flet – S-E-B-U-A-H. Dari mana anak Rosmah dengan Jantan Lain ini mengumpul duit sebanyak ini? Hanya SPRM yang maha mengetahui. Entah bulu apa yang telah dijual oleh suri rumah tangga bernama Rosmah Mansor ini hingga membolehkan anaknya memiliki harta melimpah ruah. Kemudian kita lihat bagaimana Tun Daim Zainuddin telah terbangun. Gambar Tun Daim bertemu dengan MB Kelantan telah bocor dalam FB. Dari gambar ini dilihat Daim agak kurus, cengkong dan kurang sehat. Tetapi diberitakan Si Daim ini telah terbang ke Kota Bahru untuk melobi Kerjaaan Pas Kelantan. Lobi apa? Mengikut Lebai Desas bin Haji Desus – si Daim ini telah melobi kerajaan Kelantan dengan projek besar. Si Daim bersedia membuat pelaboran berpuluh puluh ringgit ..ooops.. bebilion ringgit di Tumpat. Si Daim ini mengikut surah Lebai Desas Desus telah 'menayangkan' kemungkinaan kerajaan Pas Kelantan menjadi kaya raya. Tapi pasti ada syaratnya. Syaratnya ialah Parti Pas jangan sokong Anwar Ibrahim jadi MB Selangor. Syarat menolak Anwar dari jadi MB Selangor ini tidak mustahil untuk diterima oleh Parti Pas. Hanya satu pekara yang ditimbulkan oleh MB – kenapa pileh Tumpat yang padat dan terasak hingga perlu laut ditambak? Kenapa tidak buat projek di Gua Musang atau Kuala Krai? Tanah-tanah daratan masih luas? Soalan MB yang jujur dan ikhlas ini hampir mengakibatkan Daim diserang angin sengugut. Niat Daim yang jarang melabor dalam negara ialah untuk membeli 'kaseh sayang' Parti Pas – agar bersetuju untuk menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Daim merasa cuak dan cemas jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Jika Selangor dipimpin Anwar maka ini bukan lagi ledakan RPG tetapi ledakan Katyusha yang memungkin Daim diheret ke pengadilan atas tuduhan tidak memakai seluar dalam. PRK N25 ini juga amat penting untuk menembak maut MCA. Parti Cukong ini telah bagitu lama bersekongkol dengan Parti Ketuanan Melayu. Para Cukong ini juga telah bersubahat dengan kaum feudal Melayu untuk membodohkann Orang Melayu. Kaum feudal Melayu telah dirasuah dengan dinar, dolah dan dildo dalam usaha jahat mereka untuk merembat harta kekayan. Contoh terbaru ialah menggunakan politikus Melayu untuk merembat tanah Orang Melayu di Kampong Chu Badak, Kampong Bagan Lalang, Kampong Banda Dalam, Kampong Abdullah Hukum dan Pantai Dalam. Malah dengan niat jahat para Cukong ini telah mengubah nama-nama Melayu – Pantai Dalam dan Kerinchi – untuk menjadi Bangsar South. Ini niat busuk para cukong untuk mengkambuskan sejarah peneroka Melayu dalam Kota Kuala Lumpur. Parti Cukong yang akan bertanding di Kajang amat gumbira jika Melayu Hasan Malek terus meneraju negara ini. Cara Cukong bergerak cukup senang. Cukong mengupah politikus dari United Malays National Organisation membakar semangat perkauman Mak Cik Felda dan Pak Cik Warong. Orang Melayu yang terbakar semangat ini akan naik 'sheikh' dan dengan senang dapat dibodohkan. Bila Melayu bodoh maka Parti Cukong MCA ini akan terus dapat merembat harta kekayaan negara ini. Justeru, RPG N25 Kajang akan meledakkan para cukong dan kuncu-kuncunya. Satu ledakan RPG juga akan membangkitkan politik dalaman Pakatan sendiri. PRK N25 ini akan menguji setiakawan antara Parti Pas, Dap dan PKR. Setiakawan yang telah terjalin samenjak 2008 ini akan terus diduga dan diuji. Pengujian dan dugaan keatas setiakawan 3 buah parti politik ini bukan satu yang pelik. Contoh terbaik ialah sikap Pas pada awalan PRK Kajang di umumkan. Kelihatan ada kekaburan pandangan. Hal ini akhirnya secara baik dan bersetiakawan telah diperluruskan. Wajib dingati bahawa dalam Parti PAS, dalam DAP dan dalam PKR ada pelbagai jenis jalur fikrah. Jalur-jalur ini memiliki pelbagai bentuk DNA yang memiliki pelbagai niat dan cita-cita. Pada tahap ini penggalangan Pakatan Rakyat dapat diwujudkan kerana adanya kesatuan niat dan cita-cita: untuk menjatuhkan kerajaan United Malays National Organisation. Niat dan cita ini telah dapat mengumpulkan pelbagai jalur DNA ini. Sayugia dingatikan bahawa United Malays National Organisation juga sedar akan pekara ini. Agenda induk Parti Ketuanan Melayu ini ialah mamecahkan setiakawan Pakatan Rakyat. PRK N25 ini adalah RPG yang amat stratejik. Dengan PRK N25 ini kini mengapong dan timbul jalur-jalur dari pelbagai jenis DNA. Mereka timbul untuk menonjolkan diri ini agar dapat dilihat. Waspada - ada juga jalur ini yang akan menjadi beban membawa rebah. Dalam parti politik – krisis politik – wajib terus ada. Jika parti politik TIDAK ada krisis bermakna tidak ada pertelingkahan dan bercambahan pandangan dan pendapat dalam parti ini. Justeru heboh-heboh tentang wujudnya perbezaan politik dalam Pakatan khususnya PKR adalah satu yang amat-amat positif. Krisis sademikian akan membawa pencerahan. Akan menguji ahli parti. Akan memperkemas struktur parti. Akan memperlihatkan siapa musuh dan siapa kawan. Justeru ledakan RPG terakhir yang dibawa oleh PRK N25 adalah juga untuk pembersihan dalaman – sama ada dalam PAS, DAP atau PKR. Besi dan kaca yang sering memberatkan saku wajib dibuangkan agar gerakan rakyat menjadi ringan dan pantas untuk ke jalan raya menuju ke Putrajaya. Sebutir pasir dalam kasut – hakikatnya akan terus menggangu maka wajib dibuang.( TT) KAH KAH KAH NOTA Tulisan ini telah disiarkan dAlam SUARA KEADALIAN terkini sesiapa ingin MElangGan akhbar minGguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 |
Posted: 05 Mar 2014 08:32 PM PST DARI FACE BOOK
|
Posted: 05 Mar 2014 07:46 PM PST MARI BELAJAR BI PENGUMUMAN adalah diberitahu bahawa universiti bangsar utama akan mengadakan kelas bahasa inggeris kelas ini terbuka untuk semua kelas ini dikendalikan oleh graduan BI dari universiti malaya kelas ini diberi percuma semua boleh datang maklumat lanjut sila hubungi universiti bangsar utama 52 c jalan kemuja bangsar utama atau hubungi radiobangsarutata@gmail.com MARI BUAT AMAL mari kita selamatkan anak muda ini dia nak dilihat cool maka mari kita ushakan agar dia boleh mengunakan bahasa inggeris dengan betul agar dia boleh membeli kaca mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka dia NOTA jangan tunjukan bangang kepada dunia kah kah kah -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan