Rabu, 5 Mac 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Bomoh Dah Ramal: Pemimpin AMK setuju tak terus saman Hadi

Posted: 05 Mar 2014 02:46 AM PST


"Tahi nah" kerana misi dan visi saman telah berjaya mencapai matlamat. Dah sampai misi 'permainan' kira games over. Bomoh politik pun tahu visi dan misi tersebut. Baca artikel saya berkenaan perkara ini dalam tajuk "Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS??" di sini.

Tulisan ini adalah berkenaan dengan artikel di bawah. (Gambar di atas adalah Abdul Rahman Yusof Setpol Anwar Ibrahim juga merupakan AMK Kemaman, Terengganu pada dasarnya tak ada kaitan...)


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman dua juta melibatkan presiden PAS dan ahli PKR tidak diteruskan bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar (kiri), beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu.


"Kita nasihatkan kes ini tidak wajar diteruskan kerana ia bukan saja libatkan sahabat tapi pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saifuddin dah temui beliau (Shamsul) minta untuk tak teruskan dan beliau setuju dan saya sendiri dah jumpa ayah beliau dan beliau setuju," kata Anwar.

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.


Kalau tak faham juga rantaian artikel di atas nak buat macam mana!!

Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti

Posted: 04 Mar 2014 08:31 PM PST

Seorang lelaki 28 tahun telah ditangkap malam tadi di Kampung Pengkalan Teras, Keluang. Lelaki ini mengaku telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Lelaki ini ditangkap setelah mendapat maklumat daripada pihak hospital yang mendapati seorang pesakit yang dihantar oleh sepupunya kerana kecenderaan dikaki akibat terkena serpihan kaca. Setelah didesak ia mengaku membuat perbuatan seperti yang dilaporkan.






Seperti yang saya tulis sebelum ini pintu kaca masjid ditendang dan ada kesan darah pada serpihan kaca adalah antara tanda untuk jejak kepada suspek.

Kalau mengikut keterangan sepupu lelaki berkenaan, suspek mengalami sakit mental. Sebelum ini sepupunya telah membuat posting dalam facebook berkenaan kejadian semalam.



Nyamuk Toxorhynchites Berjaya Turunkan Bilangan Kes Denggi

Posted: 04 Mar 2014 07:54 PM PST


Mengikut laporan Astro Awani penggunaan Nyamuk Toxorhynchites atau 'nyamuk gajah' untuk membasmi wabak denggi telah menunjukkan hasil yang positif.

Satu 'penurunan ketara' kes demam denggi telah dilaporkan di tapak kajian pertama untuk inovasi kawalan pembiakan Aedes ini, menurut Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


Di tapak kajian pertama untuk projek ini iaitu Kampung Sri Aman, Subang, tiada kes denggi dilaporkan daripada Ogos 2012 hingga Julai 2013, semenjak projek ini dimulakan pada Jun 2011.

TERESA (kanan) bersama Roslan (kiri) melepas nyamuk Toxorhynchites
di kawasan hutan Jalan Bestari 2, Kampung Sri Aman 10 oktober 2011

Selepas lima kali program pelepasan nyamuk Toxo telah dijalankan di Kampung Sri Aman iaitu pada Oktober 2011, Januari 2012, Julai 2012, Mac 2013 dan Julai 2013.

Jentik-jentik nyamuk Toxo bertindak memakan jentik-jentik nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan pembiakan pembawa demam denggi.



MBSJ berharap program Toxo dapat terus membantu mengurangkan kejadian kes denggi di kawasan MPSJ.

Pada masa yang sama, kawasan di bawah MPSJ menunjukkan peningkatan kes denggi sebanyak hampir 900% pada 2014.

Program Pengawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxo adalah dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang diperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi menjayakan program ini.

Pihak kesihatan telah mengenakan denda RM50 bagi setiap ekor jentik-jentik aedes. Kalau ada 13 ekor jawabnya sia-sia duit BR1M.


Aedes
Nyamuk Toxo hanya memakan madu bunga dan jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Ia hidup di dalam kawasan hutan hijau dan kerana itulah kawasan berhutan untuk sangat sesuai untuk melepaskan nyamuk dewasa ini yang akan menetaskan jentik-jentiknya dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.

Ada sedikit kemusykilan iaitu semasa larva nyamuk ini bersifat kanibal tetapi bila besar menjadi naymuk bersifat harbivora? Entah-entah selepas ini nyamuk gajah ini hisap darah barulah kita pengsan.. gajah!!!

Di sini ada 15 fakta menarik pasal nyamuk.
  1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)
  2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
  3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
  4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis 'tugas', terus mati..)
  5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi "nyyyennng" tu..sebab laju sangat sayap dia).
  6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).
  7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).
  8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
  9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai 'pelanggan').
  10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk 'target' kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)
  11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)
  12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)
  13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
  14. Dilabel sebagai 'makhluk pembunuh' sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).
  15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)

Nyamuk bunuh nyamuk..
Tak hairan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat pun ada sikap nak "bunuh membunuh"







Bila Pontianak Gua Musang Bersuara

Posted: 04 Mar 2014 02:01 PM PST


Kuli (Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah) ni jarang bersuara tapi nama dia sentiasa naik jika ada Pilihan Raya. Semasa PRU-13 nama Kuli pun naik; dikatakan perjumpaan 10 pimpinan utama PAS-PKR ada sebut Kuli jadi Perdana Menteri, cadangan ini membuat pimpinan dikalangan PKR tak setuju sehingga perjumpaan sulit menjadi bocor.

Sekali lagi Kuli di cari.

Kuli kata Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas semula kerusi DUN Kajang sekiranya menggunakan strategi yang tepat semasa berkempen dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Katanya lagi, calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun juga mempunyai kredibiliti dan mampu membuat kejutan biarpun disifatkan sebagai underdog.

Kita masih ingat cerita kapal Titanic? Kapal yang begitu hebat sehingga ada yang menyebut mustahil untuk tenggelam akhirnya menjadi 'catatan lagenda'.

Anwar Ibrahim menurut penganalisis seorang tokoh yang mampu mengerakkan suasana, membangkitkan rakyat, menukar keadaan dan ini yang sukar dihayati oleh Tun Mahathir walaupun juga tokoh yang tidak kurang hebat dari segi startegi dan perancangan.

Tapi jika suasana di muktahir ini tidak dihalusi dan ditanggani dengan baik dan betul saya percaya kata-kata Lim Kit Siang orang lama dalam politik Malaysia akan menjadi realiti.

Masa itu nasi sudah menjadi bubur... Ambil kata-kata Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz (Sakmongkol AK47) dalam persepsi yang berbeza.

Tiada ulasan: