Tempayan Retak |
Rupanya bukan MH370 sahaja yang hilang Posted: 15 Mar 2014 06:57 AM PDT Rupanya bukan MH370 sahaja yang hilang yang memerlukan bantuan polis dan polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar berkenaan dalam proses mencari. Saya rasa dalam keadaan kita terlalu banyak baca cerita-cerita berkenaan MH370 baik kita ikut cerita benar AFP di bawah. Samseng buang kemaluan Middlesbrough: Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital. Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu. Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka. Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan. Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan. Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu. Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong. Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha. Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya. Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu. Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP |
Mana pergi Jet Perjuang Malaysia?? Posted: 15 Mar 2014 06:44 AM PDT Pada 1995, TUDM telah membeli sejumlah 18 unit MiG-29N, namun sebuah daripada pesawat pejuang buatan Rusia itu terhempas di Kuantan pada 1998. Difahmakan kerajaan nak ganti dengan Rafale buatan Francis antara pesawat pejuang yang terlibat dalam pembidaan program penggantian pesawat MiG-29N yang hampir tamat perkhidmatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Aku tak tahu status jet perjuang Malaysia negara tercinta aku ini. Yang aku kurang faham bila Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu. Semua fokus ke sini setelah 8 hari membazir waktu dan tenaga. Bayangkan kalau titik hitam itu kapal terbang musuh bawa bom macam bom di hirosmina dulu. Aku rasa kita mungkin tak dapat lihat DS Najib lagi. Aku tulis macam bergurau tapi bayangkan apa yang TUDM buat?? Patutnya pada hari itu kalau ada kapal terbang perjuang dan tinjau kita tak pening sampai sekarang. Pernah berlaku pilot MAS tak boleh beri maklumat tepat kapal terbang MAS pernah di attack dengan jet perjuang negara luar. Mana pergi Menteri kita dalam hala ini?? Tulisan ini merujuk kepada berita ini:- Titik Hitam itu MH370 KUALA LUMPUR: Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit. "Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia," kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi. Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada. Najib menerangkan dalam fasa pertama pencarian pesawat tersebut, data radar dari TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang tidak dapat disahkan jenisnya telah berpatah balik dan telah melalui laluan penerbangan melewati Selat Melaka. "Berdasarkan maklumat penting itu juga, kita telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat itu merangkumi kawasan Selat Melaka hingga ke Laut Andaman dan menerusi data dari satelit juga, kami boleh merumuskan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat tersebut sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan tidak lama itu pula, 'transponder' pesawat tersebut pula dimatikan berhampiran ruang komunikasi udara sempadan Malaysia dan Vietnam,". Di saat itulah juga, radar utama TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang dipercayai adalah pesawat MH370 telah terbang ke arah barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia sebelum bertukar arah ke barat daya, namun jenis dan identiti pesawat tersebut tidak dapat disahkan,". Gerakan pesawat tersebut sangat konsisten seperti seseorang yang sangat mahir mengendalikan penerbangan dan sengaja mengubah haluan pesawat tersebut. Menurut data tersebut juga, komunikasi terakhir antara pesawat tersebut dengan satelit adalah direkodkan pada jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu dan pasukan penyiasat kini membuat kiraan untuk mengetahui kejauhan pesawat tersebut terbang setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu tercatat. Beliau menambah, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kedudukan sebenar pesawat tersebut setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu dilakukan. Dengan data terbaru yang konsisten dengan komunikasi pesawat dan satelit itu, penguasa penerbangan Malaysia dan antarabangsa telah membuat satu ketetapan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan berada antara satu dari dua koridor penerbangan disitu. "Koridor yang dimaskudkan itu adalah koridor utara yang menjangkau sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi dan pasukan penyiasat kini sedang meneliti informasi tersebut,". Dengan perkembangan informasi dari satelit itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan dan fasa mencari dan menyelamat itu kini telah diubah penggunaan asset-aset yang terlibat. "Kami kini bekerjasama dengan negara-negara yang relevan berdasarkan informasi tersebut terutama dalam perkongsian maklumat pencarian termasuk data dari radar," kata Najib lagi. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan