Senyum Tangis Sendu |
Posted: 16 Mar 2014 02:29 AM PDT Benar atau tidak anda boleh jadikan ia sebagai spekulasi atau berita sensasi. Pesawat penerbangan yang hilang berada di Russia dan ia sebenarnya tidak terhempas.Semua ini adalah rancangan pihak U.S.A yang merampas pesawat. Fokus utama dalam rancangan ini adalah China kerana majoriti rakyat China yang menaiki pesawat MH370 berbanding dengan rakyat negara-negara lain. Apakah motifnya? Motifnya adalah U.S.A dengan China sekarang sedang bermusuhan dan Malaysia hanya dijadikan kambing hitam dalam situasi ini. Kerajaan Malaysia sebenarnya telah mengtahui perkara ini dan sekarang mereka cuba menjadikan juruterbang sebagai kambing hitam dengan alasan beliau adalah ahli PKR bagi menutup kelemahan dalam menangani masalah MH370 yang hilang lebih dari seminggu. Kerajaan mungkin tidak mengumumkan untuk tidak mengganggu rundingan dengan pihak perampas pesawat MH370. Pihak CNN telah membuat rakaman dengan Pegawai Pertama, Fariq sebelum pesawat hilang selepas 17 hari itu iaitu pada 8 Mac 2014. Rakaman CNN itu bertujuan untuk 'Business Travellers'. Rundingan masih berjalan dan ada benarnya pesawat MH370 telah mendarat di Nanning, China untuk mengisi penuh tangki minyak sebelum menyambung perjalanan ke Russia. P/s: Tulisan ini adalah terpulang kepada pembaca sama ada ia spekulasi atau berita sensasi. Spekulasi juga boleh dijadikan petunjuk. |
Malaysia Tolak Bantuan Interpool dan Rancang Kehilangan MH370? Posted: 15 Mar 2014 11:14 PM PDT Polis Malaysia dilaporkan beberapa kali menolak bantuan polis antarabangsa Interpol bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Seorang pegawai kanan penguatkuasaan undang-undang Barat dipetik oleh ABC News yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai berkata, Interpol menawarkan bantuan beberapa kali tetapi ia ditolak setiap kali oleh pihak berkuasa Malaysia. "Ia pendekatan sebelum (tragedi) 9/11: maklumat dipegang erat, tidak berkongsi apa-apa," pegawai itu dipetik sebagai berkata. ABC juga menyebut, pegawai penguatkuasaan undang-undang kini bimbang masa yang kritikal terbuang begitu sahaja dan sumber maklumat mungkin sudah hilang minggu lepas. "FBI juga tidak diundang oleh kerajaan Malaysia untuk membantu di lapangan," kata sumber. Pesawat MH370 terbang dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, jam 12.40 pagi. Ia sepatutnya sampai di Beijing pada 6.30 pagi tetapi hilang secara misteri daripada radar awam pada jam 1.21 pagi. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan