Isnin, 3 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MoU Air: Kini tanggungjawab di bahu Kerajaan Persekutuan untuk penuhi segala syarat

Posted: 03 Mar 2014 09:16 PM PST



KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan sikap jiwa besar mereka apabila sedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan krisis air dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU ) minggu lalu.

Dengan MoU itu, Selangor telah pun menyatakan kesediaan untuk meluluskan penerusan pembinaan projek Langat 2, sementara semua kelulusan lain yang diperlukan seperti hak tanah, kebenaran akses dan permit lain hendaklah diberikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh menandatangani MoU tersebut iaitu pada 25 Mac 2014.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, berkata komitmen besar kini terletak di bahu Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi syarat MoU yang dimeterai sekaligus menunjukkan keikhlasan mahu membantu rakyat Selangor.

"Paling penting, syarikat-syarikat konsesi air yang sedia ada Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd dan Kumpulan ABASS mesti bersetuju untuk menjual konsesi mereka kepada Selangor berdasarkan harga tawaran sebelum ini RM9.65 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Klang Valley 'unhealthy' as haze worsens

Posted: 03 Mar 2014 08:18 PM PST

Sembang TITM - Sosialis & Kapitalis

Posted: 03 Mar 2014 08:17 PM PST

Hina Raja Di Tangkap, Kassim Hina Nabi ? Ustaz Ahmad Dusuki

Posted: 03 Mar 2014 08:17 PM PST

Anwar Ibrahim: Air Selangor - Saya Terlibat Di Peringkat Awal Rundingan Perjanjian

Posted: 03 Mar 2014 08:16 PM PST

Anwar Ibrahim: Berani Bagi Jaminan Kenyataan Saya Tidak Ditipu, Saya Akan Jawap

Posted: 03 Mar 2014 08:15 PM PST

Anwar Ibrahim: Kita Tidak Boleh Beri Gambaran Tidak Boleh Ada Pertandingan

Posted: 03 Mar 2014 08:14 PM PST

Hatta Ramli: Menang Kajang Dengan Keputusan Jauh Lebih Baik, We March To Putrajaya With Style

Posted: 03 Mar 2014 07:28 PM PST

Tony Pua: PRK Kajang Akan Menentukan Masa Depan Kita Di Negeri Selangor

Posted: 03 Mar 2014 07:27 PM PST

Tukar agama: Adakah polis, SKMM siasat fitnah siber?

Posted: 03 Mar 2014 07:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Apakah Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil sebarang tindakan terhadap fitnah siber tentang Muslim menukar agama kepada Kristian yang disebarkan untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian perkauman dan keagamaan dalam negara?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Lim Kit Siang ekoran baru-baru ini dilaporkan bahawa foto seorang aktivis hak asasi wanita Yu Ren Chung dan beberapa orang lain yang menghadiri sebuah majlis anjuran kerajaan yang diedarkan di ruang siber adalah 'bukti' bahawa Muslim di negara sedang dibawa untuk memeluk agama Kristian.

Foto yang disebarkan dalam blog sejak tahun 2012 menunjukkan beliau dan beberapa orang lain duduk di kerusi kayu dan banyak di kalangan mereka adalah wanita bertudung kepala.

Menurut Lim, pada hakikatnya, foto itu diambil dalam dewan utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukannya dalam sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog-blog terbabit.

Acara itu, ujarnya dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan dan Perancangan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri oleh kakitangan awam dan beberapa wakil NGO.

Read More / Baca Lagi >>

Mulakan ‘Operasi Lalang baru’ cantas politik perkauman

Posted: 03 Mar 2014 07:21 PM PST


yi sang 8253 lct dsai hadi boo

Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong menggesa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang agar memandang ke hadapan dan mencantas 'lalang politik' yang masih mengamalkan politik perkauman.
Beliau berkata, semua pihak harus bergerak ke hadapan dan membebaskan Malaysia daripada politik perkauman yang sempit.
"Mereka yang berpaling ke arah suku abad yang lalu adalah mereka yang tidak nampak masa depan untuk suku abad akan datang.
"Barangkali pengundi Kajang harus memulakan 'operasi lalang' baru untuk mencantas lalang politik sedemikian," katanya dalam rencana yang disiarkan laman rasminya, hari ini.
Beliau mengulas tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memulakan kempen di Kajang dengan cubaan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'Operasi Lalang' 1987, yang menyaksikan lebih 100 ahli politik dan aktivis ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Memetik The Star 15 Februari lalu, Liow menuduh Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, kononnya antara dalang utama yang mencetuskan insiden serta menekan sistem pendidikan masyarakat Cina.
Namun, katanya lagi, Liow hanya mengkritik bekas pemimpin UMNO di atas kesalahan parti itu, namun tidak berkata apa-apa kepada pemimpin yang masih ada sehingga kini.
"Seperti biasa dan tidak kurang ironinya, MCA seperti tidak sabar memeluk UMNO dalam Kabinet, hanya mengutuk pemimpin yang sudah meninggalkan parti itu," katanya lagi.
Beliau merujuk keputusan parti itu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa 23 Februari lalu, yang meluluskan usul menerima semula jawatan dalam Kabinet selepas menolaknya berikutan kalah besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Operasi Lalang asas kerjasama Pakatan Rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Terbeban: Kos perubatan klinik swasta naik senyap-senyap

Posted: 03 Mar 2014 07:14 PM PST


Kenaikan harga makanan dan petrol mendapat banyak perhatian namun ramai yang tidak menyedari mengenai pindaan ke atas satu undang-undang berhubung kawalan harga perkhidmatan rawatan kesihatan swasta.

Pindaan ke atas Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember 2013, yang memberi kenaikan kadar bayaran melibatkan kesemua kategori untuk rundingan dan prosedur perubatan.

Sebagai contoh, had kadar bayaran untuk rundingan pertama dengan pengamal perubatan umum sebelum ini ditetapkan antara RM10 hingga RM35 – namun mencecah paras antara RM30 hingga RM125 dengan kenaikan baru ini.

Bagi doktor pakar, kadar bayaran bagi rundingan pertama, antara RM30 hingga RM125, kini dinaikkan kepada had antara RM80 hingga RM235.

Kenaikan itu juga melibatkan prosedur perubatan antara 14 peratus hingga 18 peratus.

Sebagai contoh, kadar fi pakar bedah bagi kecederaan lumbar dinaikkan dari RM650 kepada RM745, rawatan pundi kencing dari RM1,875 kepada RM2,145 dan pemindahan buah pinggang dari RM4,150 kepada RM4,750.

Sekiranya prosedur tersebut memerlukan khidmat pakar bius, kos untuk perkhidmatan itu juga dinaikkan.

Kenaikan kos itu juga meliputi perkhidmatan pergigian. Sebagai contoh, kos bagi prosedur mencabut gigi yang tidak melibatkan pembedahan sebelum ini ditetapkan antara RM40 hingga RM250, tetapi kini ditetapkan antara RM45 hingga RM285.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah: Pada 23 Mac, We Must Win With The Bigger Majority, To Change & Improve Malaysia

Posted: 03 Mar 2014 07:06 PM PST

Lim Kit Siang: Have Najib, UMNO & MCA Taken A Stand To Condempt Those Who Inciting Racial Hatred?

Posted: 03 Mar 2014 07:06 PM PST

Dr Mahathir dan Anwar ibarat Firaun dan Nabi Musa, kata bekas presiden Abim

Posted: 03 Mar 2014 06:58 PM PST


Penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi.
Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.
"Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.
"Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya," katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.
Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.
Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Fatwa Baru - Anwar Ibrahim ada sifat-sifat dajal kata Hassan Ali.

Posted: 03 Mar 2014 06:14 PM PST

Jika sebelum ini telah muncul seorang Ustaz yang kononnya mewakili NGO Suara Pondok Kelantan, Ustaz Mohd Syamsul yang mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya mengharamkan Anwar Ibrahim diundi di Kajang, kali ini muncul pula Hassan Ali dan konco-konconya..

Ustaz Syamsul dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab... bacalah sebab-sebabnya di SINI

Hassan Ali dan konco-konconya telah mengemukakan 20 alasan syarie untukpengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.

Dalam sidang media mereka ini Datuk Aidit Ghazali, Pengerusi Pembela telah berkata "Sifat-sifat dajal ada diterangkan dalam hadis dan al-Quran. Anwar bukan dajal tetapi mempunyai sifat-sifat kedajalan.

"Anwar pandai. Dia bercakap berbeza-beza pada audien yang berbeza. Anwar ada karisme tapi sayang pada penghujung usia Anwar ada sifat-sifat dajal." tambah Hassan Ali..


Sedap saja dia tuduh orang lain dajjal...

Ni laporan dari media milik UMNO itu..

NGO Islam kemuka 20 alasan syarie tolak Anwar di DUN Kajang 

KUALA LUMPUR 3 Mac - Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mengemukakan 20 alasan syarie untukpengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang membacakan kenyataan akhbar, menyatakan NGO-NGO Islam berpendapat, Anwar tidak memenuhi kriteria untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan terutama apabila menonjolkan diri untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Agama dipermain, hanya hukum Allah penyelamat manusia

Posted: 03 Mar 2014 05:57 PM PST

Kita cemas dengan perkembangan semasa di mana agama dipermain sehingga ada kecenderungan individu dan pihak tertentu yang menyimpang jauh daripada akidah seperti menolak hadis, muncul individu mengaku rasul Melayu dan lebih dahsyat lagi tuhan Harun.
Amat malang sekali golongan sesat atau sudah murtad ini mempunyai ramai pengikut malah diberi 'pengesahan' dan 'dibela' oleh tokoh besar dan diikuti cendekiawan termasuk dari pusatpusat pengajian tinggi. 

Selain kesesatan ini, jenayah termasuk yang dahsyat seperti membunuh dan membunuh diri semakin menjadi-jadi, kita amat khuatir ini terjadi kerana kita semakin jauh daripada rahmat Allah SWT kerana gagal menjalankan hukum-hakamnya. Hukum Allah SWT adalah penyelamat manusia, menolaknya kita amat bimbang sudah termasuk golongan sesat manakala jika melaksanakannya kita cemas kita semakin jauh daripada- Nya. Hakikatnya, setiap Muslim tidak akan terlepas daripada ditanya usaha mereka dalam menunaikan kewajipan agama termasuklah menjayakan hukum jenayah Islam yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum hudud, qisas dan takzir.
Jika individu Muslim akan ditanya, apa pula yang akan dijawab oleh pemimpin dan juga pemerintah jika gagal melaksanakan hukum-hakam-Nya. Ini kerana melaksanakan hukum jenayah hudud, qisas dan takzir terletak di tangan pemerintah atau negara.
Hari ini kes jenayah berleluasa. Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Mengapa orang tidak takut berzina dan membuang bayi? Dan lebih dahsyat lagi, mengapa orang berani murtad dengan menolak hadis, mengaku nabi Melayu ataupun tuhan Harun?
Bukankah jenayah murtad ini termasuk dalam hukum hudud yang pelakunya wajar disuruh bertaubat dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Syabas, mana air kami?

Posted: 03 Mar 2014 05:56 PM PST

Oleh YUNUS TAIB
SEPERTI ramai orang sedia maklum, musim panas beberapa minggu lalu menyebabkan paras air empangan khususnya di Selangor susut dan mengganggu bekalan di beberapa kawasan.
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah negara kita berstatus "hujan sepanjang tahun" tetapi berlaku krisis terputus bekalan air. Negara kita bukan terletak di tengah padang pasir yang amat terhad sumber airnya.

Negara kita ada banyak sungai, tasik, air bawah tanah dan air hujan. Selaku syarikat swasta tunggal yang menguruskan air di Selangor, apakah yang Syabas lakukan?
Syabas sepatutnya mempu nyai pelan kecemasan yang benarbenar praktikal untuk mendepani masalah ini. Selain menghantar air menggunakan lori, Syabas boleh menggunakan sumber air bawah tanah. Cara lain, bolehlah Syabas upah pakar untuk fikirkan.
Syabas tidak perlu mencipta air. Yang mereka perlukan ialah menguruskan air yang sumbernya begitu melimpah ruah. Takkanlah itu pun tak boleh.
Jika di Arab Saudi yang terletak di kawasan padang pasir tidak pernah mengalami masalah air ketika jutaan orang mengerjakan haji ataupun umrah, bagaimana Syabas menguruskan air di Selangor sehingga ada kawasan yang sudah berminggu-minggu terputus bekalan air?
Sudahlah air yang banyak tidak terurus, harganya mahal pula.
Kami sebagai rakyat tidak rela membayar harga air yang mahal semata-mata untuk membayar gaji pengerusinya yang dikatakan hampir setengah juta ringgit.
Jika tidak mampu, serahkan kepada orang lain.

Krisis ekonomi badai Malaysia

Posted: 03 Mar 2014 05:55 PM PST

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
KETIKA muncul dalam sebuah rancangan TV Bernama, 'Ruang Bicara', Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi di sebalik kenaikan pelbagai kos. Alasan, pertumbuhan 4.7 peratus KDNK bagi tahun lalu.

Sepintas lalu dan di atas kertas, tidak ramai tidak bersetuju negara tidak dilanda krisis ekonomi. Sekurangkurangnya belum lagi. Namun, sedang kita menuju ke bulan terakhir sukuan ketiga 2014, semakin ramai melihat bahkan merasakan bunga-bunga krisis ekonomi bakal menanti sekiranya Perdana Menteri/ Menteri Kewangan Najib Razak masih berpeluk tubuh dan hanya mengambil tindakan 'air liur' dalam soal masalah ekonomi rakyat Malaysia.
Walaupun tidak mustahil tidak tepat dan tidak semestinya tidak tersasar jauh, angka pertumbuhan KDNK tidak semestinya mencerminkan perihal ekonomi negara sebenar sebagaimana berkaitan keadaan kehidupan ekonomi rakyat.
  Satu contoh, pertumbuhan KDNK India bagi tahun fiskal 2012-2013 ialah 4.5 peratus (kurang 0.5 peratus daripada sasaran asal) dan katanya terburuk dalam masa sedekad.
Maknanya negara benua kecil ini menikmati angka pertumbuhan lebih besar sebelum itu. Selain itu tidak ada pihak secara serius mengatakan republik berkenaan dilanda krisis ekonomi. Tetapi dunia tahu bagaimana miskinnya sebahagian besar rakyat negara tersebut.
Benar, Malaysia tidak dilanda krisis ekonomi dalam erti kata sebenar dan rakyat Malaysia pun belum menderita seperti rakyat India di mana sumber Bank Dunia 2010 melaporkan 32.7 peratus rakyatnya tergolong di bawah paras garisan kemiskinan antarabangsa AS$1.25 sehari sementara 68.7 peratus hidup dengan pendapatan kurang AS$2.00 sehari (walaupun kadar pertumbuhan KDNK lebih kurang sama).
Namun untuk mengatakan pertumbuhan KDNK semata-mata sebagai petanda krisis ekonomi rasanya agak mengelirukan kerana pendahulu kepada krisis tersebut termasuk juga ketidaktentuan pasaran komoditi, saham, sekuriti dan mata wang.
Read More / Baca Lagi >>

Karpal hina sultan atau Umno?

Posted: 03 Mar 2014 05:54 PM PST

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersalah di bawah Akta Hasutan 1948. Bagaimanapun, hukuman ke atas beliau ditangguhkan bagi mendapatkan laporan perubatan.
Di bawah Akta Hasutan itu Karpal boleh dihukum penjara atau denda bergantung kepada budi bicara mahkamah.

Saya dihubungi akhbar Malay Mail bagi mendapatkan pandangan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Bagi saya, keputusan tersebut adalah melampau dan tidak masuk akal. Alasan saya, adakah masuk akal seorang peguam senior yang memberi pendapat undang- undang berkenaan isu undang- undang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya didapati bersalah pula oleh mahkamah. Jika ini bukan bahan ketawa, apa lagi?
Karpal didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan apabila beliau menyatakan Sultan Perak boleh disaman dalam kes rampasan kuasa di Perak pada 2009.
Kenyataan Karpal didakwa dibuat di pejabatnya pada 6 Februari 2009.
Ada beberapa perkara yang menarik untuk dikongsi dengan para pembaca. Pertama, berkenaan sifat pertuduhan itu sendiri.
Intipati utama pertuduhan ke atas Karpal adalah beliau menyatakan bahawa Sultan Perak boleh disaman.
Berdasarkan laporan akhbar, dinyatakan bahawa pihak pendak wa berhujah kenyataan Karpal itu bermaksud mempersoalkan hak prerogatif (hak istimewa) untuk melantik Menteri Besar baru dan ia berbaur hasutan.
Dengan hormat saya rasa hujah itu agak pelik. Kuasa Sultan Perak adalah termaktub dalam Perlembagaan Perak. Apabila ia wujud dalam perlembagaan maka ia terbuka kepada pentafsiran.
Sebagai seorang peguam sudah tentu Karpal berhak memberikan pandangan tentang kuasa Sultan Perak di bawah Perlembagaan Negeri. Pentafsiran mana-mana peruntukan undang undang termasuk perlembagaan mungkin benar dan mungkin salah dan jika salah sekalipun ia tidak wajar menjadi kesalahan jenayah.
Jika Karpal menganggap kuasa prerogatif Sultan Perak boleh dipersoalkan melalui mahkamah, iaitu Sultan boleh dibawa ke mahkamah, ia tidak lebih dari satu pendapat mengenai undang-undang yang patut dilindungi dan wajar dihormati.
Read More / Baca Lagi >>

Plan Rekonsiliasi Najib

Posted: 03 Mar 2014 05:46 PM PST

Rancangan rekonsiliasi nasional.
Saya melihat pengumuman Najib dan perwawaran dalam blog nya mengenai National reconciliation Plan(NRP) hanya mahu menyukakan hati rakyat sahaja. Najib mahu menunjukkan kepada umum bahawa dia siang dan malam memikir mengenai perkara rekonsiliasi. Tapi semua orang tahu, Najib bukan Tun Razak.
Sampai kepada saat ini, rakyat semua sudah tahu bahawa Najib hanya cakap besar tapi perlaksanaan nya tidak ada. Najib hanya pandai menabur janji tapi semua nya kosong.
Dengar sini. PM ada plan. Kau orang jangan kata dia tidak boleh berfikir. Kau orang jangan memperlekehkan dia. Dia wira termelayu abad ini. Barang siapa mencerca dia, maka akan dibalasi dengan tawaran upah RM5000 untuk menampar si pencerca. Ayam, itik,kambing dan lembu dan kalau ada kerbau balau akan disembelih dan darah akan disimbah pada gambar, dinding rumah, tangga pejabat dan sebagainya. Ini Najib laut biru tau.
Sabda Najib: At today's cabinet meeting, my ministers and I examined a plan to develop and promote an environment which is conducive to and will help promote national reconciliation through unity and consensus in the country.
Ertinya, plan sudah ada. Seperti biasa dengan plan2 nya sebelum ini, sudah pasti NRP kali ini disiapkan oleh pakar runding yang Najib bayar jutaan Ringit selama beberapa tahun. Pemimpin Melayu malas menggunakan otak sendiri. Suatu hari nanti, bila anggota badan manusia boleh dipasarkan, sudah tentu otak orang Melayu antara yang termahal kerana kurang penggunaanya  dan kurang susut nilai. Dikalangan orang Melayu, otak orang UMNOlah yang termahal sebab tidak diguna lansung.
Dengar jangan tak dengar. Mempromosi pertautan semula melalui perpaduan dan persetujuan. hanya Najib tidak beritahu kita, bagaimana dia mahu mengajak pihak pembangkang bertaut semula. Bagaimana mendamaikan resah 51% rakyat yang tidak menyokong BN. bagaimana Najib merancang untuk menghormati pilihan majority? Kecuali dengan berdepan dengan isiu2 ini, Najib tak usahlah cakap besar mengenai national reconciliation.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO/BN ada kumpulan perang baru kendalian ‘panglima’ muda bijak IT

Posted: 03 Mar 2014 04:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) kini mempunyai rancangan perang baru yang akan dikendalikan sekumpulan "panglima" muda yang bijak IT dan akan membekalkan maklumat serta menyediakan taktik menyerang dan bertahan dalam perang siber.
Katanya, untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan UMNO terdahulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng Tentera Kacang Merah (TKM) DAP.
"Atas sebab ini pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan UMNO melancarkan semula dongeng TKM DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber UMNO/BN yang baru.
"Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan UMNO supaya mereka tidak diketepikan daripada mendapat dana perang siber UMNO jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit.
"Askar siber upahan UMNO, termasuk kalangan yang menerima bayaran lumayan untuk menjadi boneka dongeng TKM Utusan, kini sedang berhempas-pulas memastikan supaya mereka tidak diketepikan daripada menerima dana siber UMNO memandangkan mereka dianggap 'ketinggalan zaman' untuk menggerakkan perang siber UMNO yang kini digerak sekumpulan 'genius' IT," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata, langkah Utusan membangkitkan semula dongeng TKM adalah percubaan terdesak askar siber upahan UMNO untuk memastikan mereka tidak diketepikan dari menerima dana perang siber UMNO yang berjumlah ratusan juta ringgit
Kelmarin, ulasan kolum Awang Selamat berjudul "Pihak berkuasa kita!" yang disiarkan Minguan Malaysia, semalam, bukan saja menonjolkan kemunafikan malah cuba mengalih perhatian kita daripada perbuatan pengarang Utusan yang tidak henti-henti mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan yang tujuan melaga-lagakan kaum dan agama di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Adnan juga terkena sindrom '10 peratus' Raja Nong Chik

Posted: 03 Mar 2014 03:47 PM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dilihat terkena sindrom '10 peratus' sebagaimana menteri terdahulu, Datuk Dr. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sindrom berkenaan dilihat berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang mengatakan tidak sampai 10 peratus pemilik hartanah di Wilayah Persekutuan yang membantah kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir sesi mendengar bantahan penilaian semula cukai itu.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, berkata statistik 10 peratus yang dikatakan Ku Nan itu mengingatkannya tentang kenyataan Nong Chik berkaitan hanya 10 peratus penduduk Kampung Baru menentang pembangunan semula kawasan itu.

"Apabila saya membaca kenyataan Ku Nan tentang 10 peratus itu, saya teringat Raja Nong Chik yang turut memberikan statistik serupa ketika isu bantahan ke atas pembangunan semula Kampung Baru. Agaknya, menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan ini memang memiliki sindrom 10 peratus," tegas beliau dalam nada sinis kepada Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan Ku Nan itu, Zamri mempersoalkan bagaimana Ku Nan mendapat angka berkenaan, sedangkan ketika ini sesi pendengaran atau bantahan awam mengenai kenaikan cukai taksiran itu masih belum selesai.

Katanya, untuk meletakkan sesuatu angka mahupun statistik berkenaan sesuatu perkara itu memerlukan semua prosedur dimuktamadkan terlebih dahulu.

"Difahamkan, bantahan awam atau pendengaran itu akan berakhir 31 Mac ini. Masih banyak penduduk yang belum dipanggil untuk mendengar dan mendapatkan penjelasan daripada DBKL berkaitan kadar tersebut. Jelas, proses itu belum selesai. Bagaimana beliau dapat angka 10 peratus itu?" soal Zamri.

Seme
Read More / Baca Lagi >>

Ragui kempen bersih TPM: Saya bintang utama RTM, TV3, kata Anwar

Posted: 03 Mar 2014 03:42 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) meragui komitmen Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu melancarkan kempen serangan peribadi ke atasnya sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan bermula secara rasmi pada 11 Mac.
Calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang itu berkata, meskipun Muhyiddin melahirkan komitmen sedemikian, namun serangan yang dilancarkan menerusi media arus perdana tidak pernah berhenti.
"Saya hormati kenyataan Muhyiddin yang mahu berkempen secara 'gentleman' tetapi dalam televisyen (maki hamun) tidak berhenti. Sebab itu saya katakan nama saya Anwar Ibrahim, bintang utama RTM dan TV3.
"Sekarang saya dengar sampai (Datin Seri) Rosmah juga marah. Asyik Anwar sahaja keluar (televisyen), muka aku bila hendak keluar? Sampai begitu, terlalu banyaknya gambaran," katanya ketika berucap di hadapan penyokong dan penduduk setempat di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Semalam, Muhyiddin berkata Barisan Nasional (BN) menafikan melakukan serangan peribadi dalam kempen mereka dan akan bersifat lebih 'gentleman' menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan daripada calon lawan.
Katanya, biarpun BN selepas ini akan dilihat lebih agresif dalam tempoh berkempen, namun akan mematuhi peraturan dan undang-undang pilihan raya kecil Suruhanjaya Pilihan Raya.
Beliau berkata, BN akan menumpukan kepada isu nasional dan semasa dalam kempen yang akan digerakkan selepas hari penamaan 11 Mac ini.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan dalam sesebuah kempen politik, maki dan cerca kepada pihak lawan adalah sesuatu yang tidak diperlukan sebaliknya ditunjangi dengan aspirasi untuk melakukan perubahan.
"Politik tidak perlu maki orang. Cerita apa hendak dibuat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya berusia 15 tahun, bekas pekerja estet masih menetap di khemah menanti rumah dijanjikan

Posted: 03 Mar 2014 03:41 PM PST

Sudah lebih 15 tahun sejak pembinaan Putrajaya, dan sekitar 400 bekas pekerja estet yang dipindahkan dahulu masih mengharapkan kediaman yang dijanjikan kepada mereka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pekerja-pekerja Estet Prang Besar itu masih tidak mengetahui nasib mereka tentang janji untuk membina rumah berkembar bagi mereka.
Dan sekarang mereka mempersoalkan pengumuman jumlah RM35 juta diperuntukkan untuk pembinaan rumah baru bagi mereka.
Sebahagian daripada mereka berkata kepada The Malaysian Insider bahawa peruntukan itu hanya didedahkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan selepas P Waytha Moorthy (gambar) meletak jawatan sebagai timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan lalu.
Waytha Moorthy yang juga merupakan pengerusi Hindraf, meletak jawatan daripada pentadbiran Najib kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal untuk menunaikan janji mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk membantu masyarakat India.
"Apa akan jadi kalau Waytha Moorthy tidak meletak jawatan? Semua orang senyap dan tidak akan berlaku perubahan terhadap keadaan kami," kata salah seorang mereka kepada The Malaysian Insider.
Ia amat memeritkan buat warga emas, M Krishnama, 71, yang menghabiskan masa separuh hidupnya bekerja di estet berkenaan sebelum diarahkan berpindah untuk pembinaan Putrajaya.
"Saya tidak tahu bagaimana mahu hidup di luar dengan anak-anak saya, jadi kami tinggal selama 30 hari lagi di estet selepas semua orang berpindah walaupun tiada api, air," katanya.
"Kami akhirnya berpindah ke Dengkil bersama yang lain. Mereka janji akan bina untuk kami rumah berkembar. Sampai sekarang saya masih tunggu," katanya sambil air mata berlinang.
Pendedahan Abdul Rahman mengejutkan Waytha Moorthy dan pekerja estet berkenaan yang menunggu dengan penuh harapan selepas pemimpin MIC memberikan janji.
Abdul Rahman mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dituduh tidak menunaikan janji PRU13 kepada masyarakat India.
Bagaimanapun, N Kumaran, jurucakap 393 keluarga daripada estet Prang Besar, Sedgeley, Medengley dan Galloway berkata mereka masih mengharap.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: