Selasa, 25 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Enjin terbakar, pesawat Malindo Air bawa pasukan bolasepak Terengganu berpatah balik ke Subang

Posted: 25 Mar 2014 08:47 PM PDT

Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang semalam.

Enjin pesawat Malindo Air ke Terengganu terbakar, berpatah balik ke Subang

Posted: 25 Mar 2014 08:39 PM PDT


Salah sebuah enjin pesawat Malindo Air terbakar ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Subang.Salah sebuah enjin pesawat Malindo Air terbakar ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Subang.Pesawat Malindo Air menghadapi masalah teknikal sehingga menyebabkan sistem pengesan diaktifkan ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Subang ke Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam kenyataannya hari ini, jurucakap Malindo Air berkata, kejadian berlaku sewaktu pesawat berada pada paras ketinggian 7,000 kaki dan sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan.
"Anak kapal terus melakukan pemeriksaan kecemasan sebagaimana standard operasi prosedur berkait kejadian itu.
"Juruterbang mengambil keputusan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa ada yang mengalami kecederaan," kata kenyataan itu.
Malindo Air berkata, semua penumpang kemudiannya dipindahkan menaiki pesawat lain untuk ke Kuala Terengganu.
Katanya, punca kejadian masih disiasat dan insiden itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa, pengeluar enjin dan pesawat.

PRK Dun Kajang: Saya puas hati, kata Presiden PAS

Posted: 25 Mar 2014 08:19 PM PDT


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan jentera PAS ketika membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, 23 Mac lalu.

Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera PAS khususnya PAS Selangor dan PAS Hulu  Langat, yang menurutnya telah berkerja dengan baik.

"Saya puas hati dengan jentera PAS. Mereka buat kerja dengan baik. Semua turun membantu.

"Kita tunjukkan bahawa PAS konsisten bantu rakan-rakan Pakatan Rakyat dan kali ini PKR," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Parlimen semalam.

Pada pilihan PRK Kajang 23 Mac lalu, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.

Biarpun peratusan keluar mengundi merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu, namun Pakatan Rakyat menang undi Melayu pada PRK kali ini.

Turut meningkat, peratusan undi popular terhadap PKR yang hampir mencecah 60 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Tribunal Rakyat : BN kalah PRU13 jika tiada undi awal

Posted: 25 Mar 2014 08:18 PM PDT

IMG_4197SUBANG 26 MAC : BN akan kalah jika tiada undi awal, kata Yash Phal Ghai dalam Pembentangan LaporanTribunal Rakyat berhubung Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu di Subang, semalam.
Pengerusi Tribunal Rakyat itu memetik laporan Merdeka Centre, BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 sekiranya tiada undi awal.
Jelasnya lagi, kemenangan BN dalam PRU lalu yang dipengaruhi undi awal memberi implikasi besar kerana majoriti rakyat tidak mengiktiraf kemenangan tersebut.
"Seseorang calon yang tidak menang dapat membuktikan tentang kehilangan 1605 undi di kawasannya, sedangkan lawannya hanya menang dengan majoriti yang kecil.
"Dia kalah dengan 460 undi, sudah tentu jika peti undi tidak hilang, perbezaan keputusan sudah pasti besar," jelasnya.
Sementara itu, beliau turut menegaskan agar suruhanjaya yang mengendalikan pilihanraya untuk bertindak bebas dan tudak menyebelahi mana-mana parti dalam setiap pilihanraya.
"Undang-undang perlu diubah untuk memastikan suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bebas dari pengaruh kerajaan.
"Suruhanjaya juga perlu melaksanakan sesuatu pilihanraya bukan mengikut arahan kerajaan, sebaliknya pilihanraya harus dijalankan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang," ujarnya lagi.

Selesai PRK Kajang, terus jumpa MH370 yang hilang...

Posted: 25 Mar 2014 08:16 PM PDT

Komen APA..!!


7 Mac 2014 , Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman bersalah dan penjara 5 tahun , tiba-tiba 8 Mac , Boeing 777 MH370 "hilang" dan "tenggelam" di Laut China Selatan.

Maka "hilang" dan "tenggelam" isu fitnah liwat 2 ?

Kerana PRK Kajang yang bertanding adalah PKR, maka dikaitkan Pilot MH370 adalah ahli PKR Cabang Subang.

Pilot hadir sewaktu perbicaraan rayuan kes fitnah liwat 2 dan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Lalu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .

MH370 belum jumpa lagi,dituduh Pilot bunuh diri dan rumah digeledah. Bagaimana tahu pilot bunuh diri? Sedangkan MH370 belum dijumpai.

Selesai je PRK Kajang 23 Mac , 24 Mac terus MH370 dijumpai. Maka "hilang" dan "tenggelam" cerita kekalahan BN dan kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Kenyataan Najib dalam Bernama,beliau berkata "membuat pengumuman berdasarkan analisis dari data yang di ambil dari AAIB dan Immarsat" , bermakna baru dapat hasil analisis dari data satelit tapi pesawat belum di temui lagi!

Lagi pun beliau hanya mendapat panggilan telefon dari PM Australia Tony Abbot tentang penemuan beberapa objek yg di percayai serpihan pesawat MH370. "Dipercayai"..... Tetapi telah membuat pengumuman hanya berdasarkan kepada panggilan telefon dan analisis data satelit ?

Pelik, Najib YAKIN bahawa itu adalah MH370 sedangkan Hisamuddin cakap operasi mencari diteruskan di Lautan Hindi yang mempunyai kedalaman yang luar biasa dan ternyata MH370 belum dijumpai.  Bagaimana Najib begitu yakin?

Mungkin Bomoh 1Malaysia mampu mengupas isu ini. Hebat APCO ye.- jingga 13
3 pemimpin PKR disekat masuk Sarawak...
Negara digemparkan apabila mendapat berita betapa Kerajaan Negeri Sarawak melalui Ketua Menterinya begitu angkuh dan sombong telah mengarahkan Jabatan Imigresen menyekat Setiausaha Agung KEADILAN Dato' Saifuddin Nasution dari memasuki negeri Sarawak.

Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11.00 pagi tadi 25hb Mac 2014 bagi membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK DUN Balingian, Sarawak.

Sejurus saja tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi ini, beliau telah di maklumkan oleh seorang pegawai Imigresen yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki Sarawak.

Dato' Saifuddin Nasution kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.




Nampaknya gaya pemerintahan kuku besi cakap hebat besar kononnya pengaruh BN di Sarawak sukar di gugat adalah suatu pembohongan saja .. tidak mampu berhujah secara demokrasi maka diguna cara kuku besi .
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Hishammuddin buat lawak ke ni?

Posted: 25 Mar 2014 08:06 PM PDT

Ketika berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) menyatakan protes di luar Kedutaan Malaysia di Beijing, China, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ‎hari ini berkata peristiwa kehilangan MH370 mampu menjadi contoh kepada seluruh dunia dalam memupuk penyatuan.

Beliau berkata demikian berdasarkan penglibatan bantuan negara luar terhadap Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut bermula daripada hari pertama sehinggalah keputusan konklusif yang menyatakan pesawat tersebut berakhir di Lautan Hindi.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, segala cabaran dan dugaan yang diterima berhubung insiden pesawat MH370 mempunyai hikmah.

"Apa juga ujian pasti ada hikmahnya dan kita mesti melalui bersama. Saya berpendapat sekiranya usul ini boleh dipersetujui tanpa pengecualian maka ini akan menjadi sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita melihat dunia hari ini berpecah dengan kebencian, perbalahan malah pembunuhan. Bagaimanapun dalam kes MH370, Malaysia boleh menjadi contoh untuk mengkoordinasi apa yang kita lakukan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Australia yakin cuaca membantu hari ini

Posted: 25 Mar 2014 07:52 PM PDT


Misi pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 di perairan Australia Barat bersambung pagi Rabu selepas ditangguh semalam akibat cuaca buruk.

Pihak berkuasa Australia yakin keadaan cuaca hari ini dapat membantu operasi yang juga bertujuan mengutip objek-objek berkenaan.

"Keadaan cuaca di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dijangka bertambah baik dengan keadaan angin dan laut yang bergelora semakin reda manakala hujan pula diramal berlaku secara terpencil," kata pegawai meteorologi kanan Biro Meteorologi Australia, Adam Conroy yang dipetik oleh ANC News.

Sebanyak 12 pesawat dan beberapa kapal dijangka terlibat dalam operasi hari ini. Misi kini membabitkan enam negara iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan. India dilapor turut menawarkan bantuan.

Empat kapal China dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini. 

MH370: Dugaan amat besar, tempuhi dengan kesabaran yang kental

Posted: 25 Mar 2014 07:51 PM PDT

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi yang MH370 mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi. Walaupun tidak ada bukti-bukti 'organic' yang pesawat itu terhempas tetapi Malaysia telah mengambil keputusan untuk menerima pencarian melalui satellite dari UK Inmarsat dan AAIB yang telah mengikuti misteri kehilangan MH370 dan telah memberikan keyakinan kepada Malaysia yang pesawat itu terhempas di Selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat itu dapat dituruti oleh syarikat satellite UK itu.

Semua rakyat negara dan juga masyarakat antarabangsa amat merasakan kesedihan dan kepiluan dengan pengumuman Perdana Menteri itu setelah menunggu selama 17 hari untuk mendapatkan berita tentang nasib pesawat tersebut. Sebagai unit kecil dalam masyarakat negara ini, saya tidak dapat tidur lena dengan kemalangan 'aviation' yang paling 'unprecedented' ini dan situasi ini belum pernah kita rasai dalam sejarah kemalangan 'aviation' sebelum ini. Tentunya lebih ramai lagi di luar sana yang merasakan situasi yang sama.

Saya seperti yang lain, tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami oleh waris dan keluarga penumpang-penumpang dan kakitangan pesawat malang itu kerana kehilangan mereka yang tersayang.

Apa yang dapat kita lakukan hanyalah berdoa agar keluarga dan waris mereka yang malang itu sentiasa kuat dan teguh menghadapi dugaan Tuhan ini dan ingat kepada agama yang percaya kesabaran menghadapi situasi dan dugaan ini adalah peningkatan keimanan kita terhadap-Nya yang Maha Berkuasa dan Pencipta itu.
Read More / Baca Lagi >>

News of Partial Ping a Game Changer

Posted: 25 Mar 2014 07:48 PM PDT

Ghost plane theory put to the test

Posted: 25 Mar 2014 07:47 PM PDT

Wartawan juga harap 'keajaiban' buat MH370

Posted: 25 Mar 2014 07:41 PM PDT


Pengamal media tempatan dan asing memberi pelbagai reaksi berhubung perkembangan terkini penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tinjauan Bernama di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati ada yang meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap hasil penemuan yang diperoleh berdasarkan data satelit milik syarikat United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Namun tidak kurang yang mengharapkan 'keajaiban' akan berlaku dan mengubah nasib 227 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac lepas.

Seorang pengamal media tempatan, Frady Bungga, 32, dari Harian Metro, berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah petunjuk terbaik yang ada ketika ini meskipun tiada bukti kukuh seperti penemuan serpihan pesawat terbabit.

"Sebagai wartawan yang terlibat dalam liputan tragedi ini, saya yakin dengan ketepatan teknologi Inmarsat dan AAIB, yang mana ia juga buat pertama kalinya digunakan bagi mengenal pasti kedudukan pesawat.

"Saya juga yakin dengan keupayaan teknologi yang digunakan pelbagai negara dalam usaha mencari dan menyelamat," katanya kepada Bernama di Sepang semalam.

Read More / Baca Lagi >>

U.S. law firm seeks records from Malaysian Airlines, Boeing

Posted: 25 Mar 2014 07:40 PM PDT

Malaysia Airlines and Boeing may face lawsuits over the missing Malaysia Airlines flight MH370, which is said to have crashed in the Indian Ocean. 

MASNEW YORK: Malaysian Airlines and Boeing Co are facing a potential lawsuit over the Beijing-bound flight that disappeared more than two weeks ago with 239 people on board, according to a law firm representing passengers' families.
A petition for discovery has been filed against Boeing Co , manufacturer of the aircraft, and Malaysian Airlines , operator of the plane, Chicago-based Ribbeck Law said in a statement on Tuesday.
The Boeing 777 vanished while flying to Beijing from Kuala Lumpur. Malaysia said on Monday that the missing jetliner had crashed into remote seas off Australia, citing satellite data analysis.
Airline officials on Monday said all on board were presumed dead.
The petition for discovery, filed in a Cook County, Illinois Circuit Court, is meant to secure evidence of possible design and manufacturing defects that may have contributed to the disaster, the law firm said.
The court filing was not immediately available.
The filing initiates a multi million dollar lawsuit against the airline and Boeing by the passengers' families, the firm said.
"We believe that both defendants named are responsible for the disaster of Flight MH 370," Monica Kelly, the lead Ribbeck lawyer in the case, said in the statement.
The petition was filed on behalf of Januari Siregar, whose son was on the flight.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga penumpang MH370 tuduh PM M'sia bohong..!!!

Posted: 25 Mar 2014 07:40 PM PDT

Satu hal yang masih menjadi pertanyaan atas pengumuman Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang menyebutkan pesawat Malaysia Airlines MH370 jatuh di Samudera Hindi  adalah barang bukti.

Ratusan keluarga penumpang pesawat MH370 di Ibu Kota Beijing, China, tunjuk perasaan di depan kedutaan Malaysia hari ini, seperti dilansir stesyen  televisyen CNN, Selasa (25/3). Mereka marah dan kecewa kepada pemerintah Malaysia.

"Kita harus menduga semua penumpang MH370 di pesawat itu tidak ada yang selamat," kata pihak Malaysia Airlines kepada keluarga penumpang.

Pernyataan itu, bagaimana pun mengundang keraguan kerana ketiadaan barang bukti.
"Jika mereka menemukan sesuatu, ok  kami menerimanya. Tapi ini hanya dari data satelit, dari analisa," kata seorang keluarga penumpang.
"Saya mengharapkan melihat sesuatu dari laut itu," kata Bimal Sharma, kakak dari penumpang perempuan bernama Chandrika."Saya hanya ingin melihat serpihan pesawat dan kotak hitam itu untuk tahu apa yang sebenarnya terjadi kerana begitu banyak pertanyaan tidak terjawab."
Read More / Baca Lagi >>

WAJAH WIRA-WIRA 529 YANG DIHUKUM MATI REGIM ZIONIS AS-SISI...DIMANAKAH NEGARA ISLAM...????

Posted: 25 Mar 2014 07:21 PM PDT


Antaranya adalah Dr. Sofwat Hijazi (paling kiri dalam gambar). Adakah mereka menangis menerima hukuman? TIDAK SAMA SEKALI!

Dr Sofwat Hijazi dalam satu ucapannya yang penuh bersemangat untuk membebaskan Palestin dari Zionis. 


Ucapan beliau: "Insya Allah bumi Palestin akan merdeka di bawah kepimpinan Dr Mursi, kita akan bersolat di Masjidil Aqsa. Insya Allah"

********************


HUMANITI - Care for Egypt mengecam hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera Mesir kepada 529 orang aktivis yang mendokong perjuangan keadilan dan kemanusiaan melalui lunas-lunas demokrasi. Tindakan yang menghalalkan pembunuhan kepada peradaban manusia ini tidak boleh sama sekali berlaku dan amat terkutuk dalam prinsip kehidupan Islam, kemanusiaan dan demokrasi.
Ternyata prinsip keadilan dan hak asasi manusia diketepikan apabila ruang pembelaan yang secukupnya oleh para peguam dikesampingkan. Ini amat bertentangan dengan Islam, malah merupakan penganiayaan kepada peradaban manusia. Penghakiman yang zalim, tidak mengikut prosedur dalam mempertimbangkan keadilan dan dicemari ancaman pihak berkuasa terhadap peguam pembela adalah rentetan agenda kemusnahan kepada satu sistem keadilan.
HUMANITI menegaskan bahawa episod kekejaman di Mesir yang diterajui pemerintahan tentera yang merampas kuasa daripada Presiden Dr Morsi telah sampai ke kemuncaknya apabila pembunuhan terhadap rakyat telah diperakui melalui sistem perundangan Mesir. Suasana ini amat mendukacitakan. Ini adalah keadaan yang amat sukar bagi rakyat Mesir dan kepada mereka yang cintakan keamanan dan keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Doa untuk Mesir 529

Posted: 25 Mar 2014 07:11 PM PDT

Mujahid Yusof Rawa

Game over
Arab Spring sudah sampai kepada satu tahap lain dalam kita melihat perubahan lanskap politik di negara-negara Arab. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Mesir adalah antara destinasi awal Arab Spring setelah Tunisia memulakan momentumnya.
Halangan tembok ketakutan yang selama ini menjadi senjata regim kuku besi sudah diruntuhkan maka rejim zalim kini bertembung wajah ke wajah dengan suara rakyat yang mahukan 'mainan' kuasa kuku besi diakhiri segera. Terkini mahkamah mengenakan hukuman mati kepada 528 OKT atas dakwaan membunuh dan mengkianati negara.
Mereka adalah anggota Ikhwan termasuklah Ketua Tertingginya, Dr Badie'. Dunia berkabung bukan sahaja kepada penemuan MH370 yang diisytiharkan semuanya penumpangnya maut tetapi kes 528 yang dikenakan hukuman bunuh oleh rejim tentera Mesir juga menyebabkan dunia berkabung kerana matinya demokrasi.
Imbauan Tahrir Square
Tahrir Square terpahat sebagai saksi kebangkitan rakyat menurunkan rejim Mubarak pada 2009, namun pada 2013 tempat yang sama menyaksikan satu lagi kebangkitan menjatuhkan Presiden Morsi yang dilantik secara demokratik oleh rakyat Mesir buat pertama kalinya dalam sejarah politik Mesir.
Proses antara 2009-2013 juga menyaksikan proses transisi kuasa dan proses pembentukan asas demokrasi dan dalam proses itu kita dapat melihat bagaimana kesan kediktatoran meninggalkan bekas buruk kepada budaya politik rakyat Mesir sehingga sukar untuk melakukan perubahan yang tulen.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya tidak menolak teori dasar Amerika di Timur Tengah yang keutamaannya ialah memastikan kewujudan Israel di celah negara-negara Arab. Demokrasi yang mengisi ruang kebangkitan rakyat menjadi 'duri dalam daging' kepada kuasa besar kerana seruan didengungkan oleh Amerika membuka ruang kepada kebangkitan Ikhwan sebagai sebuah entiti parti politik yang mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Mesir. Dari sini, Arab Spring melalui fasa baru seolah-olah berlaku U-turn kepada kehendak rakyat yang memilih presiden mereka dengan cara yang sah.
Pendakian Ikhwan
Nama Ikhwan sememangnya nama yang gah dan senarainya kekal sebagai sebuah gerakan Islam yang paling ramai pengikut dan paling tersusun struktur dan aktivitinya. Dahulunya Ikhwan dianggap gerakan dakwah yang disegani tetapi apabila Arab Spring berlaku, kecurigaan kepada Ikhwan sebagai kelompok terkuat berpotensi menguasai suara rakyat mula menjadi kebimbangan dan kebimbangan itu kepada pihak tertentu menjadi kenyataan apabila melalui FJP terbukti Ikhwan menguasai kerusi di Parlimen dan menang sebagai presiden.
Bagi sesetengah pihak dalam lingkungan Ikhwan sendiri, mereka berpendapat pendakian Ikhwan seharusnya lebih berhati-hati kerana respons negatif akan memungkinkan tentera kembali berkuasa dan sekali gus membawa Mesir ke zaman gelapnya kembali.
Walaupun isu tersebut menjadi perbualan hangat dalam lingkungan Ikhwan dan sememangnya pada peringkat awal Ikhwan tidak berminat untuk meletakkan calonnya sebagai presiden, namun entah bagaimana pada saat yang lewat Ikhwan melalui FJP mengisytiharkan calonnya, Mohamed Morsi.
Kemenangan satu bala?
Read More / Baca Lagi >>

IKHWAN 529: ‘Teruskan perjuangan sekalipun dihukum gantung’

Posted: 25 Mar 2014 07:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.

Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir.

Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.

Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak).

Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian.
Read More / Baca Lagi >>

Pencarian MH370 di perairan Australia barat disambung pagi ini

Posted: 25 Mar 2014 06:55 PM PDT


Operasi mencari objek yang dipercayai berkait dengan MH370 di Lautan Hindi disambung semula hari ini selepas ditangguhkan semalam berikutan cuaca buruk. Gambar fail.Operasi mencari objek yang dipercayai berkait dengan MH370 di Lautan Hindi disambung semula hari ini selepas ditangguhkan semalam berikutan cuaca buruk. Gambar fail.Misi pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 di perairan Australia Barat bersambung pagi ini selepas ditangguh semalam akibat cuaca buruk.
Pihak berkuasa Australia yakin keadaan cuaca hari ini dapat membantu operasi yang juga bertujuan mengutip objek-objek berkenaan.
"Keadaan cuaca di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dijangka bertambah baik dengan keadaan angin dan laut yang bergelora semakin reda manakala hujan pula diramal berlaku secara terpencil," kata pegawai meteorologi kanan Biro Meteorologi Australia, Adam Conroy yang dipetik oleh ANC News.
Sebanyak 12 pesawat dan beberapa kapal dijangka terlibat dalam operasi hari ini. Misi kini membabitkan enam negara iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan. India dilapor turut menawarkan bantuan.
Empat kapal China dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.

Flight 370 The CIA Hoax: Gordon Duff ( A Must Read for all discerning citizens of the world)

Posted: 25 Mar 2014 06:54 PM PDT

 The file photo shows the search operation for the missing Malaysian plane
The file photo shows the search operation for the missing Malaysian plane
Tue Mar 25, 2014 4:20AM
By Gordon Duff
Today we are told that the fate of Flight 370 is known, not yet identified debris has been spotted in what is called "the Southern Indian Ocean," perhaps more appropriately described as "north of Antarctica."

We also know that the 777/200 is a "fly by wire" aircraft with controls in place that allow the CIA to remotely pilot the plan "in case of emergency."  We were able to verify the design and implementation of this system through Boeing, Raytheon and commercial pilots.
"BAD NEWS"
The descriptions today in the New York Times and other publications are purposefully inaccurate and contradictory.  Their explanations of how commercial aircraft communicate and are tracked are fanciful at best, at worst "criminal."
CIA CONTROLS COMMERCIAL AIRCRAFT

When Malaysian Airlines Flight 370 was reported as having crashed in the South China Sea, a massive cover up began yet no one will speak of it, nothing is written of it and its broad consequences are a subject of no investigation.
While people around the world were told the plane was "lost" or "crashed," it was being monitored by NORAD (North American Aerospace Defense Command) and its regional defense partners through secret systems installed in the plane.
In 2006, Boeing announced the following, from a John Croft article in Flight Global:
Boeing last week received a US patent for a system that, once activated, removes all controls from pilots to automatically return a commercial airliner to a predetermined landing location.
The "uninterruptible" autopilot would be activated – either by pilots, by onboard sensors or even remotely via radio or satellite links by government agencies like the Central Intelligence Agency, if terrorists attempt to gain control of a flight deck.
Boeing says: "We are constantly studying ways we can enhance the safety, security and efficiency of the world's airline fleet."
Similarly, Raytheon Corporation was awarded a contract by the Federal Aviation Administration 8 years ago to implement an "Advanced Route Evaluation System" (ARES) to work in concert with the system operated by the Central Intelligence Agency.
In addition, the technical staff at Rolls Royce, a fact also reported in the Wall Street Journal, continually monitored the plane's flight.
Hundreds of people knew exactly where the plane was, how every system was working, what had been "turned off" not only when but where and exactly where the plane is now.  Every word told the press, has been a lie.
Every word told by the mainstream media has been a lie.
THE "FLYING DUTCHMAN" AIRLINER
Now everyone knows that the plane continued flying for hours.  This is where the cover up becomes problematic; you see everything about the plane was known, position, conditions of the engines, oxygen levels in the cockpit and passenger compartment, this and much more.
Even if the plane couldn't be remotely piloted, its systems under "uninterruptable" control, a term coined by Boeing itself, the 777/200's supposed "Flying Dutchman" journey to the South Pole is more than implausible.
The CIA along with Joint military commands set up during the Global War on Terror, tracked Flight 370, monitoring it continually, monitoring the murder of its passengers, monitoring its landing, monitoring its refueling and know exactly where it is.
If the plane really went down "off Antarctica," they then monitored and "allowed" that.
ROLLS ROYCE SILENCE
In Britain, technicians for Rolls Royce monitored the plane as well, reporting its position to the British government every minute it was in the air.  Those technicians have been silent, the British government has never been asked, and no one has been asked.
As the largest "Where's Waldo" hunt in history goes on, now pulling in data from weather satellites and fleets of anti-submarine warfare planes unleashed upon the Indian Ocean, the entire thing is an "act," a would-be comical farce.
Flight 370 is a Boeing 777/200, one of the most automated planes in the world.  We will be outlining some of the specifics that make this theft or hijacking or alien abduction or whatever the mainstream media chooses to call it not just improbable but government sponsored terrorism.
9/11 ALL OVER AGAIN

Read More / Baca Lagi >>

Insurans semula MAS kongsi kos pembayaran MH370

Posted: 25 Mar 2014 06:52 PM PDT


Pemegang insurans MH370 setuju tanggung RM330 juta kos kehilangan pesawat itu. Gambar fail.Pemegang insurans MH370 setuju tanggung RM330 juta kos kehilangan pesawat itu. Gambar fail.Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju untuk menanggung US$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu kerana belum jelas apa berlaku kepadanya, lapor Wall Street Journal.
Bagaimanapun, perjanjian itu hanya kos kepada pesawat itu, tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.
Dilaporkan, insurans semula terbahagi antara badan kapal dan tanggungan -  semua polisi komprehensif, yang meliputi kerugian penumpang dan pesawat - dan juga polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.
"Bila punca kehilangan tidak diketahui, kami meningkatkan 50% daripada nilai pesawat," kata seorang yang biasa dengan sebut harga.

Struggling Malaysia Airlines may need government bailout

Posted: 25 Mar 2014 06:40 PM PDT


According to a Reuters report, before the loss of flight MH370, Malaysia Airlines was losing money, prompting talk that it might need the help of state investor Khazanah Nasional Bhd. – The Malaysian Insider pic, March 26, 2014.According to a Reuters report, before the loss of flight MH370, Malaysia Airlines was losing money, prompting talk that it might need the help of state investor Khazanah Nasional Bhd. – The Malaysian Insider pic, March 26, 2014.Even before the loss of its flight MH370, Malaysia Airlines (MAS) was bleeding cash, prompting talk that it may need another financial rescue from state investor Khazanah Nasional Bhd, its majority shareholder.
The flag carrier's cash and short-term investments at end-December were close to US$1.2 billion (RM4 billion) – less than its average operating costs of the two previous quarters, and a signal that it may soon need fresh funding or bank loans.
MAS, Southeast Asia's fourth-largest airline by market value, has had negative operating cash flow for three years – which means it is not generating enough cash to meet its day-to-day operating costs – and has had negative free cash flow, operating cash flow minus capital expenditure, for six years.
No one has yet calculated the cost to the airline of the lost plane, which is now assumed to have crashed into the Indian Ocean earlier this month with 239 passengers and crew on board. While the plane was insured, there will likely be compensation payouts to the relatives of those who died.
"What this accident is going to create is an acceleration of the downward trend that we've seen at MAS for years, and the need to restructure," said Bertrand Grabowski, who heads German bank DVB's aviation and land transport finance divisions.
"The only way out is shrinking, in terms of capacity and route network."
Read More / Baca Lagi >>

Najib & BN government must accept responsibility & RESIGN for MH370 tragedy

Posted: 25 Mar 2014 06:38 PM PDT

Najib & BN government must accept responsibility & RESIGN for MH370 tragedy
It was an atrocious announcement by Malaysian prime minister, Najib Tun Razak, that flight MH 370 ended in the sea off the coast of Australia. Is that closure? Does he except people from all over the world to accept a simplistic explanation over one of aviation's deepest mysteries.
Malaysian authorities bungled and blustered their way through this saga from the beginning. From the heavily-corrupt Immigration Department's lax security to the failure of the Malaysian Armed Forces to probe a commercial plane (MH 370) that was tracked on military radar and failing to disclose early on that highly inflammable cargo was on board the passenger flight was really a comedy of errors that left no one laughing.
If Malaysia was the laughing stock of the world over the ban on the use of "Allah," now they are being viewed with grave concern by the international community as a rogue nation that fails to abide by the tenets and obligations of democracy.
If more Malay's supported Pakatan Rakyat (PR) in the Kajang by-election it is really the result of the MH 370 fiasco that prompted them to do so. All along Malay's have been hoodwinked and brainwashed and exploited to keep an elite Barisan Nasional (BN) leadership and their cronies and sycophants in power.
Now more and more Malay's are wanting fair play, meritocracy and justice and are not buying the bull of BN that Anwar Ibrahim is the traitor of the Malay community. In reality it is Mahathir, Najib and gang that have exploited and milked the Malay community dry by making use of their voter support.
This is why the MH 370 missing plane, passengers and crew is the tip of the iceberg of more evil that is to come if BN remains in power. This is why it is best and high time for Najib and BN to resign en mass and for fresh general elections to be held under a free and fair poll.
The world is waiting and watching
MH 370 has been sending shivers down the spine of more and more people around the world as to what really happened to the plane, passengers and crew. The world is waiting and watching the every move and gesture of the Malaysian government and it has been easily evident so far that they are hiding and covering-up for irregularities.
MH 370 has explicitly revealed to the world the many shortcomings and deficiencies of the Malaysian authorities that is a big worry and concern now not only for Malaysians but the international community-at-large.
This is because air travel is a major feature of globalization and there is no way the world is going to let Malaysia get away by setting up their own way of doing things as Malaysian leaders are used to doing things according to their own whims and fancies.
The Malaysian government is therefore answerable and accountable and must take and bear full responsibility for the missing MH 370 plane, passengers and crew.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??

Posted: 25 Mar 2014 06:36 PM PDT

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya tidak ada bukti bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya ke Lautan Hindi sebagaimana yang disebut oleh DS Najib dalam sidang media bagi mengakhir pencarian MH370.

Malaysia mengambil kesimpulan daripada laporan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.

Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.
Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini bersetuju.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Tetapi itu bukan hujah yang kuat kerana banyak persoalan-persoalan dan teka teki tidak boleh dijawab secara tepat dan saitifik. Kenapa DS Najib membuat rumusan itu kita tak tak tahu, mungkin hendak mengakhir drama pencarian ini.

Kerana itu pihak China minta Malaysia memberikan laporan yang terperinci dan hari ini pihak China ingin data satelit British berkenaan.

Seperti yang saya kata banyak teka-teki dalam hal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bapa penumpang MH370 cari maklumat, mungkin permulaan saman, lapor media

Posted: 25 Mar 2014 06:22 PM PDT


Bapa penumpang MH370 mohon kepada mahkamah untuk mendapatkan maklumat mengenai pesawat buatang Boeing itu. Gambar fail.Bapa penumpang MH370 mohon kepada mahkamah untuk mendapatkan maklumat mengenai pesawat buatang Boeing itu. Gambar fail.Bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat semalam, memohon 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan dan pembuatnya Boeing, lapor Bloomberg.
Permohonan itu dibuat oleh Januari Siregar - bapa kepada penumpang Indonesia, Firman Chandra Siregar - yang difailkan di Mahkamah Negeri Illinois di Chicago, boleh jadi menjadi permulaan kepada tindakan saman.
Ia difailkan oleh sebuah syarikat guaman yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered bagi pihak Januari.
Bapa itu memohon 26 jenis maklumat, termasuk data yang memungkinkan kecacatan pesawat buatan Boeing 777-200 ER atau  komponennya, cara syarikat penerbangan melatih kakitangannya dan maklumat berkaitan kargonya, lapor Bloomberg.
Rakan kongsi firma guaman itu, Monica Kelly dipetik sebagai berkata, Januari menuntut "kemungkinan kelemahan reka bentuk dan pembuatan yang menyumbang kepada kemusnahan ini."
Pesawat MKH370 hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Isnin lalu kemungkinan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tanpa ada yang selamat.

Akhbar China desak Putrajaya usah sembunyi maklumat MH370

Posted: 25 Mar 2014 06:21 PM PDT


Keluarga penumpang MH370 warga China mendesak supaya bukti kukuh dikemukakan dan Malaysia tidak merahsiakan sebarang maklumat daripada umum. Gambar fail.Keluarga penumpang MH370 warga China mendesak supaya bukti kukuh dikemukakan dan Malaysia tidak merahsiakan sebarang maklumat daripada umum. Gambar fail.Ketika China menerima berita mengenai 154 warganya dipercayai maut apabila pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, Putrajaya didesak supaya tidak menyembunyikan maklumat yang boleh memberikan jawapan kepada beberapa persoalan utama yang menyelubungi misteri kehilangan pesawat itu sejak lebih dua minggu lalu.
Sidang pengarah China Global Times berkata, Malaysia perlu mendedahkan semua maklumat kerana keraguan terhadap kehilangan pesawat itu akan hanya memusnahkan kredibilitinya.
"Malaysia perlu menggunakan semua pasukan untuk mengesahkan kedudukan tepat pesawat itu terhempas secepat mungkin, mengesan bangkai dan cari kotak hitam, dan mengesahkan sebab sebenar di sebalik kemalangan itu bersama masyarakat antarabangsa.
"Tanpa semua itu, keraguan akan sentiasa ada mengenai takdir terakhir pesawat itu. Mendedahkan kebenaran kepada orang ramai adalah perkara utama Malaysia," kata editorial itu.
Akhbar harian itu berkata, dengan 154 penumpang adalah warganegara China, negara itu mempunyai hak untuk menggesa kerajaan Malaysia memaklumkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.
"Kita perlu tahu dengan jelas jika malapetaka ini disebabkan oleh anak kapal atau sama ada wujud paksaan di udara atau daratan.
"Kita harap kerajaan Malaysia tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat, di samping kebimbangan mengenai keselamatan negara dan politik dalaman," kata editorial itu.
Read More / Baca Lagi >>

Wife grieves for husband missing on Flight 370

Posted: 25 Mar 2014 06:15 PM PDT

Tiada ulasan: