RAKYAT MARHAEN |
- Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah
- Hukum Mati: Pemuda PAS minta kaji hubungan dengan Mesir
- MH370: Perintah SAR perlu ikut SOP kata Menteri
- PAS kecam keras hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin oleh Mahkamah Mesir
- Melihat aspek undang-undang tuntutan pampasan MH370
- MH370: Parlimen rakam takziah dan doa
- MH370: Show me the evidence
- Malaysian government ‘killed’ our relatives, say angry Chinese families
- EVEN IN ANNOUNCING CRASH, M'sia exposes a malaise from 50 yrs of rule without transparency
- MH370: ‘Malaysian government the real executioners’
- MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar
- MH370: China Minta Data Satelit Daripada Malaysia
- Tragedi MH370: Pencarian MH370 ditangguh
- Remembering the passengers aboard MH 370
- Operasi mencari MH370 ditangguh oleh AMSA kerana cuaca buruk
- MH370: Cabaran SAR berdepan lautan 'ganas' - Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan
- Why and how did MH370 end up in the Indian Ocean?
- Pedagogi bangsa tertindas dan MH370
- The deep sea robot search for 370
- MAS sedih, kesal nasib yang menimpa MH370
- Keluarga penumpang MH370 redha
- Malaysia government, airlines accused of 'cover-up...
- MH370: ‘Tuhan lebih sayangkan ayah… Tuhan lebih sayang mereka’
- MH370: Ibu sedih terima pengesahan nahas
- Ibu Khairul Amri sebak terima pengesahan MH370 terlibat nahas
Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah Posted: 24 Mar 2014 08:53 PM PDT SHAH ALAM, 25 MAC: Tragedi MH370 mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang disahkan terhempas di Lautan Hindi sebelah barat Perth, Australia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas, semalam. Lokasi terakhir pesawat Boeing 777-200 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu diterima melalui data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan ia terbang ke jalur selatan yang juga isyarat terakhir dikesan. MH370 yang juga pesawat ke-404 model 777 yang dikeluarkan Boeing hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, pada 8 Mac lalu. Kehilangan yang sungguh tragik membabitkan 239 anak kapal dan penumpang daripada 13 negara itu mendapat liputan meluas seluruh dunia kerana pelbagai persoalan timbul apabila pesawat itu berpatah balik daripada laluan sebenar. Read More / Baca Lagi >> |
Hukum Mati: Pemuda PAS minta kaji hubungan dengan Mesir Posted: 24 Mar 2014 08:52 PM PDT Dalam satu kenyataan, Pengerusi lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Iskandar menganggap keputusan tersebut sebagai kemuncak kezaliman Jeneral Abdul Fattah As Sisi setelah melakukan kudeta ke atas kerajaan rasmi Mesir pimpinan Presiden Dr Mohamad Morsi dua tahun lalu. As-Sisi juga, tegasnya bertanggungjawab terhadap tragedi penyembelihan rakyat Mesir di Medan Rabiah yang mengorbankan lebih 3,000 syuhada'. "Apa yang mengecewakan dunia adalah bagaimana keadilan yang sepatutnya ditonjolkan oleh mahkamah Mesir dicemari dengan keputusan yang berat sebelah dan tidak rasional. "Lebih dari itu, dunia digemparkan apabila ketika proses mahkamah baru sahaja bermula minggu lalu dengan barisan pembelaan di bawah ancaman pihak polis walaupun ketika prosiding sedang berjalan, di mana salah seorang peguambela tiba-tiba dimasukkan ke dalam senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama," kesalnya. Raja Ahmad berkata, insiden ini membuktikan sikap diktator rejim Abdul Fattah as Sisi yang mendapat dokongan Amerika Syarikat. Beliau turut kesal dengan kerajaan negara-negara Islam di rantau Teluk yang berdiam diri membiarkan kezaliman di hadapan mata tanpa bantahan dan kecaman. "Arab Saudi, UAE, Kuwait, Jordan dan lain-lain malah bersekongkol dengan rejim kudeta Mesir serta mempunyai sentimen kebencian mendalam yang sama terhadap Ikhwan Muslimin," ujarnya. Pemuda PAS, tambah Raja Ahmad yakin bahawa hukuman mati yang diterima pemimpin Ikhwan Muslimin tidak akan mematikan perjuangan rakyat Mesir dalam menuntut keadilan. Pemuda PAS juga mendesak kerajaan Malaysia mengutuk keputusan mahkamah Mesir, mengkaji semula hubungan diplomatik dengan negara tersebut dan menggesa negara-negara OIC bertindak tegas ke atas Mesir. "Kezaliman rejim As Sisi perlu dihentikan dengan tindakan tegas dan berani pemimpin-pemimpin negara Islam," katanya. |
MH370: Perintah SAR perlu ikut SOP kata Menteri Posted: 24 Mar 2014 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan piawaian penerbangan antarabangsa sebelum mengeluarkan perintah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang hilang 8 Mac lalu. Sambil menafikan perintah SAR itu lambat dikeluarkan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perintah tersebut tidak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya. "Sepanjang penerbangan pesawat MH370 dalam KLIFR, pesawat dapat dilihat dalam radar KLATCC (Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre), sehingga masuk 'flight information region' HCMATCC (Ho Chi Minh Air Traffic Control Centre) Vietnam. Namun begitu, pada jam 1.21 pagi, pesawat telah hilang daripada paparan radar. Pada 1.38 pagi, KLATCC terima panggilan dari HCMATCC. "Selepas dimaklumkan HCMATCC yang mereka tidak menerima sebarang komunikasi daripada MH370, penyelia KLATCC telah membuat penilaian situasi semasa dengan mengikuti SOP yang ditetapkan. "Setelah semua cubaan dan usaha mengesan dan menjejaki pesawat tersebut menemui jalan buntu, maka mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan selaras dengan IAMSAR IKO Document 9771. 4444, SAR diaktifkan pada jam 5.30 pagi," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat di sini malam tadi. Jawapan Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pembangkang yang bangun meminta penjelasan antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Pas), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) dan R. Sivarasa (PKR-Subang). Kekecohan itu berlanjutan kira-kira 10 minit, memaksa Hishammuddin mengulangi beberapa kali sebab SOP tersebut perlu dipatuhi. Menyambung penjelasannya, Hishammuddin berkata, MAS mengeluarkan maklumat awal kehilangan pesawat itu dan mengumumkan SAR pada 7.40 pagi. Hishammuddin turut bersetuju dengan saranan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) supaya diwujudkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji dan meneliti kes kehilangan pesawat itu. |
PAS kecam keras hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin oleh Mahkamah Mesir Posted: 24 Mar 2014 08:08 PM PDT Berikut adalah kenyataan rasmi Presiden PAS yang dikeluarkan hari ini: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam dengan sekeras-kerasnya keputusan sebuah mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuklah terhadap Mursyid Am Ikhwan Dr Mohammad Badie atas pelbagai tuduhan yang di reka cipta. Ini dilihat sebagai salah satu tindakan mendadak secara keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin. Kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi. Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir. Kami menggesa badan kerjasama antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri. PAS mengutuk perancangan terlaknat ini. Walaupun berlainan geografi, namun kita tetap bersolidariti dengan saudara-saudara seangkatan kita di Mesir. Inilah realiti cabaran kita, gerakan Islam akhirnya pasti menjadi sasaran utama golongan pengkhianat. Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir merupakan antara laluan utama perkapalan dunia. Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhdap pasaran dunia. Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) |
Melihat aspek undang-undang tuntutan pampasan MH370 Posted: 24 Mar 2014 08:07 PM PDT Syed Iskandar Syed JaafarNegara mempunyai pengalaman nahas udara yang membabitkan pesawat komersial Malaysia Airlines di Tanjung Kupang pada 4 disember 1977 yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak kapal termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan ketika itu seperti Menteri Pertanian, allahyarham Datuk Seri Ali Ahmad; ketua pengarah JKR, pengarah kerjaya tentera, timbalan ketua pengarah Jabatan Perikanan, setiausaha politik menteri pertanian dan Duta Cuba ke Malaysia.Bagaimanapun, kejadian berkenaan bukan bermakna kita mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan tragedi serta krisis yang timbul berikutan kehilangan secara misteri pesawat MH370. Seksyen 24 (1) (b) , Akta Penerbangan Awam 1969 dengan jelas memperuntukkan segala tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh kejadian sesuatu tragedi. Dalam kes yang tidak dipertikai, pembayaran terus oleh syarikat insurans kepada waris yang diberi kuasa untuk menerima pembayaran berkenaan, ia melibatkan proses mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir pembayaran wang insurans supaya dapat dibahagikan mengikut peratusan sepatutnya kepada semua waris yang layak. MAS membuat pembayaran awal sebanyak US$5,000 setiap keluarga mangsa kepada waris terdekat baru-baru ini. Namun ada juga yang mempertikaikan bayaran berkenaan di mana seorang bapa mertua secara terbuka mempertikai kenapa bayaran dibuat kepada menantunya apabila anak lelakinya adalah salah seorang mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Untuk menjadi adil supaya tiada kekalutan bila setiap keluarga yang dijadualkan menerima paling minima sekitar US$175,000 (RM573,475) maka proses mendapat surat kuasa mahkamah kepada waris terdekat yang layak diberi kuasa untuk membahagikan jumlah wang berkenaan mengikut peratusan sepatutnya kepada waris lain yang layak. Setakat ini mengikut laporan The Telegraph semalam merujuk kepada tragedi MH370 pihak insurans Allianz Global Corporate & Specialty membayar kepada Malaysia Airlines sebanyak US$110 juta (67 juta Pound Sterling) yang dibuat sebagai bayaran permulaan untuk meliputi bayaran penderitaan/kesusahan (hardship payments) sebagai kos sara hidup yang dibayar kepada satu akaun escrow sebagai pemegang amanah. Apa yang jelas setakat ini MAS membayar sebanyak US$5,000 untuk setiap waris terdekat di samping menanggung perbelanjaan hotel, makan, minum dan pengangkutan. Pembayaran berkenaan dibuat mengikut amalan biasa antarabangsa bagi pengangkutan udara yang menyatakan jika pesawat hilang lebih 2 hari maka ia di anggap musnah. Polisi insuran berkenaan diambil di Malaysia tetapi ia menjadi satu amalan industri insuran yang ia akan diinsuranskan semula dengan kumpulan insuran antarabangsa yang diketuai oleh kumpulan Allianz. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Parlimen rakam takziah dan doa Posted: 24 Mar 2014 07:58 PM PDT Persidangan Parlimen hari ini merakamkan takziah dan doa buat anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi. Read More / Baca Lagi >>Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan sidang pagi ini turut berharap agar keluarga penumpang dan anak kapal terus kuat dalam berhadapan dengan peristiwa itu. "Pada kesempatan ini saya memohon juga agar keluarga penumpang dan anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam menerima ketentuan ini. "Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. "Oleh yang demikian saya menjemput ahli-ahli Yang Berhormat bangun dan pada yang beragama Islam diminta menghadiahkan al-Fatihah kepada roh mereka. "Pada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. Al-Fatihah," kata Pandikar sewaktu memulakan sidang Dewan Rakyat pagi ini. |
Posted: 24 Mar 2014 07:57 PM PDT Robert Chaen3 questions that were left unanswered in Prime Minister Najib Razak's March 24th Press Conference:1. How can a new radar analysis be conclusive beyond any reasonable doubt without any evidence of a piece of physical wreckage found? Radar and satellite analysis has so far delivered no physical evidence. 3. Why is this "new analysis" only available after 17 days after MH370 went missing? Lessons in PR: Is Prime Minister Najib Razak jumping the gun again? PM Najib again did not take questions from the media during the March 24th Press Conference or the March 15th Press Conference. If you are to read a press statement and do not want to face the questions, it's best to leave it to a press secretary or a minister to read the statement and let that person handle the press. You can't appear to show leadership and not take responsibility for your public statements. * Robert Chaen is a change expert and writes at www.robertchaen.wordpress.com. |
Malaysian government ‘killed’ our relatives, say angry Chinese families Posted: 24 Mar 2014 07:54 PM PDT As families in Beijing struggle to come to terms with the loss of their loved ones on board MH370, Putrajaya has come under a fresh round of attacks – this time, it is being accused of killing the passengers, The Guardian reported. The report said that shortly after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced that MH370 "ended" in the Indian Ocean last night, angry Chinese families in Beijing made a condemning statement against Malaysia. The Guardian reported that the families had alleged that the Malaysian government and its military had "continually and extremely delayed, hidden and covered the facts, and attempted to deceive the passengers' relatives and people all over the world". "If our 154 relatives lost their lives because if it, Malaysia Airlines, the Malaysian government and the Malaysian military are their killers," the families said in a statement quoted by The Guardian. The news that the plane had crashed and that there was no possibility of survivors was badly received by the families in Beijing after 17 days of hope. News reports said that the relatives in Beijing shrieked and cried uncontrollably, and many grieving relatives had to be held up by their loved ones as the heartbreaking news was delivered to them in a hotel near the airport. Read More / Baca Lagi >> |
EVEN IN ANNOUNCING CRASH, M'sia exposes a malaise from 50 yrs of rule without transparency Posted: 24 Mar 2014 07:52 PM PDT IF YOU are perplexed by Monday's announcement on the missing Malaysian airliner, no wonder. Prime Minister Najib Razak declared that the flight "ended" in the southern Indian Ocean, and the state-owned airline said that "we have to assume beyond a reasonable doubt" that the plane went down in the ocean, far off its course to Beijing. Both announcements were vague; neither said much about why or how. From the moment the plane went missing, the Malaysian government has been ham-handed in its dealings with grieving families and the global glare of attention. It delayed for hours saying anything after the plane first vanished, and over the next few weeks much of the information it disseminated was conflicting, wrong or misleading. No questions allowed Such a bizarre disaster would be difficult for any government to deal with, and a fair amount of uncertainty and confusion is expected. But the Malaysian government has shown signs of a deeper malaise that comes from a half century of rule without challenge or transparency. When the prime minister was about to make a statement recently, his spokesperson told reporters there would be no questions. According to Joshua Kurlantzick of the Council on Foreign Relations, writing in Bloomberg Businessweek, when reporters pressed for more access, the reply came back: "Go watch a movie." When China, no champion of transparency, complains — as it did recently, asking for "more thorough and accurate information" from Malaysia — you know the depth of the problem. Rising popular discontent, rigged vote Malaysia, ruled by the same governing coalition since independence, has enjoyed strong economic growth, and we had hopes before last year's election that, if the vote was free and fair, the country would be on a path toward a more competitive democracy. Mr. Najib has taken steps toward modernization and reform, but the election fell short. Mr. Najib's coalition won a majority of seats in Parliament largely through gerrymandered districts, while the opposition coalition led by Anwar Ibrahim won a popular majority and disputed the outcome. Clearly there is rising popular discontent with corruption, authoritarianism and ethnic favoritism of the ruling powers. |
MH370: ‘Malaysian government the real executioners’ Posted: 24 Mar 2014 07:50 PM PDT Family members lash out at the Malaysian government for making an announcement without proper evidence and vowed to take action. PETALING JAYA: The Malaysian government is the "real executioners" of our loved ones, said relatives of those on board of the crashed Malaysia Airlines flight MH370.Australian-based newspaper Sydney Morning Herald also quoted the family members lashing out at Prime Minister Najib Tun Razak for making an announcement "without any direct evidence". "From March 8, when they announced that MH370 lost contact to today, 18 days have passed during which the Malaysian government and military constantly tried to delay, deceive the passengers' families and cheat the whole world. "This shameless behaviour not only fooled and hurt the families of the 154 passengers but also misguided and delayed rescue actions, wasting a large quantity of human resources and materials and lost valuable time for the rescue effort. "If the 153 Chinese passengers did lose their lives, Malaysia Airlines, the Malaysian government and military are the real executioners who killed them. We the families of those on board submit our strongest protest against them," said the family member, via a statement in Beijing. The family members also said that they would take every possible means to pursue the unforgivable crimes and responsibility of the Malaysian government, Malaysia Airlines and the military. Yesterday night, Prime Minister Najib Tun Razak announced that MH370 flight had crashed in the southern part of the Indian Ocean. "Based on UK's new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. "This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean," Najib was reported saying. Even before Najib made the announcement, Malaysia Airlines had sent a text message in English to the family members in regards to the latest development, leaving them confused. Read More / Baca Lagi >> |
MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar Posted: 24 Mar 2014 07:44 PM PDT Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri yang ketara, lapor Daily Telegraph memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini. Dalam laporan akhbar itu hari ini menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu. "Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu," kata akhbar harian itu. Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya "ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif." Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu Telegraph:"Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional." |
MH370: China Minta Data Satelit Daripada Malaysia Posted: 24 Mar 2014 07:43 PM PDT Permintaan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin malam tadi. Xie mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan pesawat Boeing 777-200 "berakhir" di kawasan selatan Lautan Hindi, berdasarkan kepada data terbaru satelit. |
Tragedi MH370: Pencarian MH370 ditangguh Posted: 24 Mar 2014 07:33 PM PDT |
Remembering the passengers aboard MH 370 Posted: 24 Mar 2014 07:32 PM PDT |
Operasi mencari MH370 ditangguh oleh AMSA kerana cuaca buruk Posted: 24 Mar 2014 06:44 PM PDT Operasi mencari penerbangan Malaysia Airlines MH370 oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) ditangguhkan hari ini disebabkan keadaan cuaca yang buruk di lokasi pencarian, lapor Astro Awani Online. Menurut portal itu, oleh kerana laut yang bergelora, kapal HMAS Success berlayar keluar dari lokasi pencarian awal pagi tadi dan kini berada di bahagian selatan lokasi pencarian sehingga ombak reda. Ombak diramalkan setinggi dua meter sehingga bergelora mencecah empat meter. Menurut Astro Awani, setelah membuat penilaian risiko, Amsa mengambil keputusan keadaan cuaca tersebut membahayakan dan akan memberikan risiko kepada anak-anak kapal. Sehubungan itu, Amsa menangguhkan semua operasi hari ini berikutan cuaca buruk. Amsa turut berunding dengan Biro Meteorologi dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada waktu petang dan dalam beberapa hari akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Cabaran SAR berdepan lautan 'ganas' - Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Posted: 24 Mar 2014 05:59 PM PDT SHAH ALAM – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas, kata bekas Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussein. Read More / Baca Lagi >>Ujarnya, ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira. "Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam. "Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari," katanya dipetik dalam wawancara bersama Astro Awani. Beliau juga berkata, keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi pencarian menggunakan mata kasar. Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka. Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan. |
Why and how did MH370 end up in the Indian Ocean? Posted: 24 Mar 2014 05:52 PM PDT The Doppler effect helped investigators pinpoint flight MH370 to the southern Indian Ocean but they are still puzzled about the reasons that sent the lost Malaysia Airlines jet the opposite way from its intended destination – Beijing. Why did the Boeing 777-200ER (9M-MRO) carrying 239 people end up in the Indian Ocean? How did the wide-body passenger jet turn from a routine red-eye flight into an "unprecedented aviation mystery"? And, who did it? These are the questions uppermost on the minds of investigators and families of the 239 people on board flight MH370 that flew from Kuala Lumpur to Beijing in the early hours of March 8 but ended up lost within an hour of its six-hour flight. The why and how about MH370 ended up in the remote rough seas will only be known once investigators get to fish the black box of the Malaysian jet that is registered as 9M-MRO. Until then, the race to trace its route after vanishing off Malaysia's east coast city of Kota Baru to the Indian Ocean has become an amazing story by itself. Reuters reported that British satellite provider Inmarsat used a wave phenomenon discovered in the 19th century to analyse the seven pings its satellite picked up from the Malaysia Airlines jet to determine its final destination. The new findings led Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to conclude last night that the 11-year-old jet crashed thousands of kilometres away in the southern Indian Ocean, killing all 239 people on board. The pings, automatically transmitted every hour from the aircraft after the rest of its communications systems had stopped, indicated it continued flying for hours after it disappeared from its flight path from Kuala Lumpur to Beijing. Read More / Baca Lagi >> |
Pedagogi bangsa tertindas dan MH370 Posted: 24 Mar 2014 05:49 PM PDT Nur Amalina ZulkifleeSetelah 17 hari operasi kapal terbang MH370 dijalankan, semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kesan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi atas bantuan teknologi satelit Inmarsat dan analisis mendalam oleh UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB).Refleksi buat kita semua rakyat Malaysia, setelah hampir 60 tahun rakyat Malaysia menikmati kebebasan hidup tanpa penjajah, mengapa kita masih bergantung dengan negara luar daripada penggunaan teknologi dan kelengkapan tentera laut dalam misi mencari kapal terbang MH370? Kenyataan ini bukan untuk merendahkan usaha tentera dan kerajaan yang bertungkus lumus berusaha dalam pencarian MH370, malah satu refleksi buat kita semua untuk bertindak dalam memuhasabah semula pedagogi yang digunakan untuk membentuk rakyat Malaysia yang kritis dan berinovatif. Baru-baru ini terma KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang hanya berganti nama dengan KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) disebut-sebut oleh pendidik bagi memenuhi malamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran Kritis selalu disempitkan hanya untuk mengomen dan mengkritik yang menyebabkan kebanyakan guru menganggap budaya kritis ini sebagai budaya kurang ajar. Pada masa sama, pelajar takut untuk berfikir secara meluas dan menyoal kepada guru. Akhirnya pemikiran kritis pelajar disekat dan menyebabkan pelajar menghafal ilmu tanpa menghayati roh dan makna ilmu yang disampaikan. Sekiranya salah faham terhadap terma kritis ini diteruskan, adakah Malaysia boleh melahirkan tenaga manusia yang berupaya mencipta sesuatu untuk sumbangan kepada negara? Bolehkah Malaysia berdiri atas kaki sendiri menjelang 2020? Dalam kebanyakan aplikasi pedagogi dalam sekolah, kebanyakan guru mengaplikasikan teori kognitif secara rigid dan terlalu mengukur pelajar secara psikiatrik dengan model tingkah laku yang terdapat dalam silibus Psikologi Pendidikan. Read More / Baca Lagi >> |
The deep sea robot search for 370 Posted: 24 Mar 2014 05:37 PM PDT |
MAS sedih, kesal nasib yang menimpa MH370 Posted: 24 Mar 2014 05:22 PM PDT Malaysia Airlines (MAS) malam tadi menyatakan kesedihan dan penyesalan yang mendalam penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Doa kami buat semua yang tersayang 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kami pada saat yang amat memeritkan ini. "Kami tahu tiada kata-kata yang kami atau sesiapa sahaja dapat ungkapkan yang berupaya meredakan kesedihan ini," kata MAS dalam kenyataan di Kuala Lumpur. "Operasi pencarian membabitkan pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan terhadap pelbagai persoalan yang berbangkit. Di samping usaha pencarian MH370, penyiasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari jawapannya," menurut kenyataan itu. Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Najib malam tadi mengumumkan laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Read More / Baca Lagi >> |
Keluarga penumpang MH370 redha Posted: 24 Mar 2014 05:10 PM PDT 'Pencarian ini telah berakhir dan kita tidak lagi perlu menunggu dan ternanti-nanti kerana penantian suatu penyeksaan.' Zamani Zakaria, 56, bapa kepada Razahan, 23, berkata beliau menerima berita itu sebagai ketentuan Ilahi setelah lebih dua minggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan. "Pencarian ini telah berakhir dan kita tidak lagi perlu menunggu dan ternanti-nanti kerana penantian suatu penyeksaan," katanya ketika dihubungi malam ini. Zamani kehilangan anak serta menantunya, Norli Akmar Hamid, 33, yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Beijing, China. Selamat Omar (gambar), 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, juga berkata beliau menerima berita itu dengan hati yang redha dan terbuka. "Seperti yang saya beritahu di peringkat awal, saya terima apa sahaja ketentuan, ringkasnya saya redha dengan apa yang telah ditentukan," katanya. Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac. Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi keluarga anak kapal MH370 di Hotel Marriot di sini gagal kerana pihak keselamatan meminta wartawan meninggalkan kawasan lobi. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia government, airlines accused of 'cover-up... Posted: 24 Mar 2014 05:02 PM PDT |
MH370: ‘Tuhan lebih sayangkan ayah… Tuhan lebih sayang mereka’ Posted: 24 Mar 2014 04:58 PM PDT Sejak 17 hari lalu, remaja Maira Elizabeth Nari kekal tabah, dengan tweet dihantar kepada bapanya betapa dia merinduinya, menantikan keputusan sijil SPM dan kemenangan pasukan bola sepak kegemarannya, Liverpool. Malam ini, selepas diumumkan pesawat Malaysia Airlines MH370 menamatkan penerbangannya di tengah Lautan Hindi jauh dari daratan, Maira memuat naik tweet: "saya tidak tahu nak kata apa :')" Remaja itu kelihatan tabah. Tweet yang berikutnya, sekitar tiga minit kemudian: "Tuhan lebih sayangkan ayah... Tuhan lebih sayangkan mereka." Di Beijing, jeritan dan tangisan kedengaran daripada bilik di Hotel Lido apabila keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 berkumpul bagi taklimat berkenaan nasib pesawat tersebut. Laporan media berkata salah seorang anggota keluarga pengsan selepas pegawai dari MAS mengumumkan berita itu kepada mereka. Laporan lain turut menunjukkan gambar jumlah pengusung yang begitu banyak dibawa masuk ke dalam hotel. Wakil Daily Telegraph di Beijing melaporkan kehadiran polis di hotel semakin ramai dan lebih ramai di bawa masuk untuk mengawal keadaan. "Salah seorang anggota keluarga keluar dari bilik taklimat dalam keadaan menangis dan kemudiannya jatuh di eskalator," lapor akhbar berkenaan. Wakil ABC News Asia Gloria Riviera dalam Tweetnya: "No, no, no!, perkataan sedih yang keluar di Hotel Lido selepas 17 hari menanti dengan penuh harapan." "Situasi yang amat menyedihkan di sini. Tangisan, keliru, marah," lapor wakil Sky News Jonathan Samuels dari Lido Hotel. Di Putrajaya, keluarga jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat turut dilihat menangis apabila mendengar berita itu. Bapa kepada Khairul, yang kebiasaanya ceria, Selamat Omar yang turut menjadi ikon kepada media di Putrajaya tidak dapat menahan sebaknya dan meminta media tidak mengganggunya kerana beliau ingin bersendiri. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Ibu sedih terima pengesahan nahas Posted: 24 Mar 2014 04:55 PM PDT Normah Jaafar (tengah) ditenangkan ahli keluarga selepas mendengar pengumuman terkini berhubung kehilangan pesawat MH370 ketika ditemui di kediamannya dekat Taman Kerayong Makmor di Bera, malam tadi. - Foto Bernama KUANTAN - "Bagi makcik masa dahulu. Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat dengar pengumuman tadi (malam tadi)," kata ibu kepada jurutera kapal terbang Khairul Amri Selamat.Normah Jaafar, 50an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi bahawa MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi. Khairul Amri, 29, merupakan seorang daripada 227 penumpang pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana urusan kerja iaitu untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian. Normah ketika dihubungi tidak dapat menahan perasaan sedih sebaik mengetahui perkara itu dan menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang menimpa anaknya. Read More / Baca Lagi >> |
Ibu Khairul Amri sebak terima pengesahan MH370 terlibat nahas Posted: 24 Mar 2014 04:45 PM PDT "Bagi makcik masa dahulu. Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat dengar pengumuman tadi," kata ibu kepada jurutera kapal terbang, Khairul Amri Selamat. Normah Jaafar, 50-an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi. Khairul Amri, 29, merupakan seorang daripada 227 penumpang pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kerana urusan kerja iaitu untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian. Beliau bagaimanapun merakamkan penghargaan kepada media kerana ramai yang menghubunginya untuk menyampaikan rasa simpati mereka. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan