Jumaat, 21 Mac 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Reformasi 2.0 digerakkan seluruh negara

Posted: 21 Mar 2014 08:53 PM PDT


KAJANG: Pakatan Rakyat bertindak melancarkan Reformasi 2.0 secara besar-besaran, di Stadium Kajang, malam tadi.

Pelancaran Reformasi 2.0 itu yang bermula di Kajang, seterusnya akan digerakkan di seluruh negara, sebelum kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata selepas pelancaran semalam, Reformasi 2.0 akan digerakkan di Sarawak pada 25 Mac, diikuti Sabah pada 26 Mac.

"Manakala, pada 27 Mac di Johor, 28 Mac di Kelantan, dan 29 Mac di Kedah. Finalnya akan diadakan di Kuala Lumpur," kata beliau.

Selain pelancaran Reformasi 2.0, malam tadi juga sebuah buku tulisan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut dilancarkan dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah?' itu ditulis berdasarkan kes-kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digarap hasil bacaan Ahli Parlimen Pandan itu ke atas fail-fail kes dan afidavit-afidavit yang diambil daripada barisan peguam Anwar.

Tegas Saifuddin, kandungan buku setebal 80 muka surat itu mendedahkan beberapa keraguan munasabah sepanjang kes tersebut, selain beberapa percanggahan yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

Buku tersebut dijual pada harga RM5 senaskhah.

Pada pelancaran Reformasi 2.0 dan buku tersebut, malam tadi, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut memanaskan pentas dengan ucapan-ucapan yang ringkas dan padat.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 10,000 sertai Reformasi 2, 'Kajang Move' diteruskan

Posted: 21 Mar 2014 08:52 PM PDT


KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno BN terhadap rakyat.

Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.

Walaupun masa yang diperuntukan hanya tiga minit bagi setiap pimpinan berucap namun masing-masing memberi ucapan singkat tetapi padat.

Antara pimpinan yang tampil di pentas dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang digadingkan dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang bergandingan dengan Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo bagi menggantikan bapanya Karpal Singh yang keuzuran.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat digandingkan dengan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar digandingkan bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Penampilan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw yang jarang dilihat lantang tetapi malam tadi beliau tidak kurang hebatnya menyampaikan ucapan penuh semangat.

Turut bersama memberi ucapan  Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Sharif Omar.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Pengarah Program Tian Chua Sebagai 'ikon untuk perubahan dan semangat berjuang'.
Read More / Baca Lagi >>

Kehilangan MH370 dedah kelemahan radar dunia

Posted: 21 Mar 2014 08:47 PM PDT


Sebuah pesawat yang besar ghaib begitu sahaja selepas lenyap dari radar Malaysia menggambarkan satu paradok yang tidak selesa tentang penerbangan moden - kapal terbang canggih bergantung kepada infrastruktur lama untuk memberitahu mereka ke mana hendak pergi.

Ketika satelit membentuk hampir setiap aspek kehidupan moden, penggunaan radar dan radio dalam kokpit telah, bagi ramai juruterbang, berubah sedikit saja sejak sebelum enjin jet itu pertama kali diterbangkan.

Walaupun Malaysia mengesyaki seseorang mungkin telah menyembunyikan jejaknya, tetapi ketidakupayaan 26 negara untuk mencari Boeing 777 seberat 250 tan itu telah mengejutkan dunia dan mendedahkan kelemahan dalam penggunaan radar, yang lemah liputannya di atas lautan dan padang pasir.

Kata Don Thoma, presiden Aireon, sebuah usahaama yang dilancarkan oleh syarikat komunikasi satelit mudah alih Iridium yang berpangkalan di Amerika dan Lembaga kawalan trafik udara Kanada pada tahun 2012 untuk menawarkan pengesanan kapal terbang di ruang udara.

"Kita mengesan kereta kita, kami menjejaki telefon bimbit anak-anak kita, tetapi kita tidak dapat mengesan kapal terbang apabila ia berada di atas lautan atau kawasan pedalaman yang lain," kata Don Thoma, presiden Aireon kepada Reuters.
Read More / Baca Lagi >>

TUMPUKAN SAJA KEPADA PENCARIAN MH 370 DAN JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN

Posted: 21 Mar 2014 08:45 PM PDT

Sudah hampir dua minggu usaha mencari pesawat MH 370 yang hilang entah ke mana. Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia terus menerus mendoakan agar pesawat segera dijumpai, memandangkan penderitaan menunggu yang dideritai oleh kaum keluarga yang terlibat dalam nahas berkenaan. Tidak ada seorang pun yang tidak simpati dengan kaum keluarga yang malang. Malah setiap orang dapat merasakan sengsara yang dideritai ketika menunggu berita yang mungkin mengembirakan atau sebaliknya. Kuasa Tuhan dapat mengubah segala-galanya. Kita berdoa dan terus berdoa.
Juga tidak siapa yang boleh menafikan usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mencari pesawat berkenaan. Namun dalam setiap usaha yang dilakukan pasti menampakkan sedikit kecacatan di sana sini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora.  Pihak kerajaan seharusnya sedar tentang hakikat ini. Walaupun terdapat kritikan tentang penyelenggaraan usaha pencarian ini sepatutunya pihak kerajaan ini menerima dengan hati yang terbuka dan bukan cuba menyembunyikan fakta.
Kerajaan pastinya mendapat simpati rakyat sekiranya penjelasan dalam menyampaikan maklumat disampaikan dengan telus dan tidak cuba berselindung disebalik kenyataan yang menimbulkan sangsi rakyat. Pada peringkat awal penerangan yang disampaikan oleh pihak tertentu terdapat banyak kesilapan dan percanggahan dari segi fakta yang disampaikan. Rakyat kini sudah terlampau celik dan cerdik sehinggakan mereka tahu 'sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinanya' Mereka tahu apa yang tersirat dari apa yang tersurat. Mereka sudah boleh 'membaca' apa yang sebenarnya berlaku dan fakta apa yang sedang disembunyikan oleh kerajaan. Mereka boleh membuat berbagai-bagai tekaan.
Akhir-akhir ini sudah timbul pula 'penyakit baru' ia itu seolah-olah cuba mencari 'kambing hitam' yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH 370 itu. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas namun rakyat tahu bahawa pihak tertentu cuba mengaitkan peristiwa ini dengan tokoh-tokoh tertentu. Sebagaimana yang telah aku tegaskan tadi bahawa rakyat Malaysia sudah 'diasuh' untuk berfikiran sedemikian. Semenjak tahun 1998 lagi rakyat Malaysia sudah diasuh bahawa setiap perkara buruk yang berlaku di Malaysia pastinya dikaitkan dengan tokoh pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Ternampak semacam begitu keadaannya.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: THE TELEGRAPH DEDAHKAN KEPADA DUNIA KOMUNIKASI 54 MINIT TERAKHIR DENGAN MENARA KAWALAN SEBELUM HILANG.

Posted: 21 Mar 2014 08:41 PM PDT




KUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.
Read More / Baca Lagi >>

Amsa kerah enam pesawat cari MH370 hari ini

Posted: 21 Mar 2014 08:39 PM PDT

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) hari ini mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
AMSA dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.
"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, disebabkan jarak perjalanan pergi balik ke lokasi pencarian yang jauh, pesawat P3 Orion yang terbabit hanya mempunyai masa pencarian selama dua jam.
Pesawat komersial perjalanan jarak jauh pula mempunyai masa pencarian kira-kira lima jam, kata kenyataan itu.
Selain itu, dua kapal dagang sudah berada di kawasan pencarian sementara kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba lewat petang ini.
Read More / Baca Lagi >>

MH370 tiada khabar, keluarga cuba bunuh diri, kata ahli psikologi

Posted: 21 Mar 2014 08:37 PM PDT


Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli keluarga bergantung kepada satu sama lain berdepan dengan rasa putus asa menanti khabar berita daripada MH370. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli psikologi yang menjalankan sesi kaunseling kepada keluarga penumpang China yang terlibat dalam insiden pesawat hilang MH370 di Beijing berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara mereka terfikir untuk membunuh diri manakala sesetengah lagi dalam perancangan berbuat demikian, lapor ABC News.
Paul Yin, kaunselor sukarela kepada keluarga yang berkumpul di Hotel Lido, Beijing, berkata situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.
Beliau berkata, keadaan itu memuncak apabila daripada rasa penuh pengharapan kepada putus asa menunggu berita orang yang mereka sayangi.
"Kebanyakan ahli keluarga mula bergantung antara satu sama lain. Sesetengah daripada mereka cuba menerima takdir orang yang mereka sayang tidak akan kembali lagi.
"Mereka yang lain bergantung kepada khabar angin atau teori konspirasi yang membuat mereka tenang merasakan penumpang masih hidup," kata ABC News.
Beliau menggambarkan mereka dalam keadaan emosi memuncak setelah hanya sedikit sahaja maklumat yang diperolehi berhubung pesawat tersebut.
Serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi merupakan perkembangan terbaru insiden tersebut yang mengejutkan mereka sehingga ada yang beranggapan pesawat berkenaan terhempas.
"Warga tua dengan masalah jantung dan asma rebah dan kami terpaksa menghubungi ambulans," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Selain manggis, litium, MH370 bawa pekerja Freescale Semiconductor bernilai tinggi

Posted: 21 Mar 2014 08:36 PM PDT


Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 sama ada di Beijing atau di Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan supaya pesawat itu ditemui. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 sama ada di Beijing atau di Malaysia masih menunggu dengan penuh harapan supaya pesawat itu ditemui. Gambar fail The Malaysian Insider.Selain membawa manggis dan bateri litium yang dianggap sebagai bahan mudah terbakar, pesawat MH370 juga membawa sekumpulan 20 pekerja Freescale Semiconductor dengan empat daripada mereka adalah antara lima pemegang hak cipta yang baru didaftarkan.
Apa yang hendak dipatenkan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer' yang sedang dimajukan oleh Freescale.
Blog Anak Sungai Derhaka dari Malaysia berkata, kehilangan mereka sama dengan apa yang berlaku kepada tragedi penerbangan Jepun, JAL 123 yang membunuh 17 jurutera daripada firma yang membangunkan satu perisian hasil kajian seorang profesor Universiti Tokyo, Jepun.
Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dan pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju daripada Google Chrome yang ada pada masa ini.
Ia adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam di Jepun.
Pembangunan perisian tersebut terbantut apabila semua jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan Microsoft kemudian menguasai pasaran.
Tiga hari lalu dalam satu sidang media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli/Orang Asal: Kerajaan henti rampas tanah kami!

Posted: 21 Mar 2014 08:22 PM PDT

Pentagon pertimbang pinjamkan alat sonar untuk pencarian MH370 di bawah laut

Posted: 21 Mar 2014 06:28 PM PDT


Amerika Syarikat sebelum ini turut menghantar kapalnya, USS Kidd untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelemat MH370. Gambar fail.Amerika Syarikat sebelum ini turut menghantar kapalnya, USS Kidd untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelemat MH370. Gambar fail.Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) mempertimbangkan permohonan Malaysia untuk mendapatkan peralatan sonar bagi mempertingkat usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang berikutan kemungkinan serpihannya kini tenggelam di dasar lautan, lapor Reuters.
Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon peralatan pencarian di bawah laut dalam panggilan telefonnya kepada Setiausaha Pertahanan Amerika, Chuck Hagel, di mana mengikut kiraan Amerika, kosnya  kini mencecah US$2.5 juta selepas dua minggu pencarian.
"Tidak ada permohonan yang spesifik atau jenis tertentu. Ia hanya permohonan umum untuk membantu mengenal pasti serpihan dan kotak hitam," kata jurucakap Pentagon, Rear Admiral John Kirby kepada Reuters, pada Jumaat.
"Setiausaha berkata, dia akan mempertimbangkan permohonan itu, dia akan lihat mana yang sesuai dan boleh membantu dan akan menghubungi balik menteri (Hishammuddin) dalam masa terdekat," katanya.
Tentera laut Amerika mempunyai pelbagai jenis sistem sonar yang aktif dan pasif, dengan antara antaranya boleh mengesan objek di dalam laut melalui bunyi "ping" atau mengesan bunyi menerusi gelombang atau mengesan melalui bunyi seperti mikrofon bawah laut.
Salah satunya dipanggil "Towed Pinger Locator" yang diheret di belakang kapal dan digunakan untuk mendengar askar atau kapal terbang komersial yang jatuh sehingga ke 20,000 kaki dalam, menurut satu laman Tentera Laut Amerika.
Tentera Amerika pernah meminjamkan teknologi ini kepada Perancis semasa pencarian selama dua tahun kotak hitam daripada pesawat Penerbangan Perancis yang jatuh merempuh Lautan Atlantik pada Jun 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Kargo bawa manggis, CEO MAS mengaku MH370 bawa bateri litium selepas 13 hari hilang..!!

Posted: 21 Mar 2014 06:26 PM PDT


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya sebelum ini berkata, pesawat MH370 bawa manggis, tiada bahan mudah terbakar. Gambar fail The Malaysian Insider. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya sebelum ini berkata, pesawat MH370 bawa manggis, tiada bahan mudah terbakar. Gambar fail The Malaysian Insider. Selepas mengeluarkan kenyataan Malaysia Airlines pesawat MH370 tidak mempunyai sebarang kargo bahaya dan hanya membawa beberapa tan manggis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya akhirnya mengaku pesawat itu turut membawa bateri lithium yang mudah terbakar, lapor Mail Online.
Versi online akhbar United Kingdom, Daily Mail itu berkata, pengakuan itu menimbulkan semula spekulasi kehilangannya dua minggu lalu berpunca daripada kebakaran.
Pada 17 Mac, Ahmad Jauhari pada sidang medianya berkata, pesawat MH370 itu membawa antara tiga ke empat tan manggis ke China, dengan menekankan bahawa tidak ada bahan mudah terbakar dalam pesawat itu.

Apa jua berlaku kepada MH370, MAS pikul tanggungjawab kewangan

Posted: 21 Mar 2014 06:23 PM PDT

Malaysia Airlines perlu bertanggungjawab daripada aspek kewangan kepada keluarga penumpang MH370, walau apa juga yang berlaku terhadap pesawat yang masih hilang itu. Gambar fail.Malaysia Airlines perlu bertanggungjawab daripada aspek kewangan kepada keluarga penumpang MH370, walau apa juga yang berlaku terhadap pesawat yang masih hilang itu. Gambar fail.Walaupun tidak mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat MH370, ia tidak boleh menyelamatkan Malaysia Airlines daripada tanggungjawab kewangan kepada keluarga penumpang.
Pakar berkata kepada CNN, walaupun proses membuat tuntutan agak leceh, sukar bagi syarikat penerbangan itu untuk lari daripada "kecuaian".
"Kecuaian mungkin bermula daripada proses menerima pasport curi lagi," kata Brian Havel, profesor undang-undang dan pengarah Institut Undang-undang Penerbangan Antarabangsa di Universiti DePaul kepada CNN.
Dan Rose, rakan kongsi dalam firma Kreindler & Kreindler yang pernah mewakili tuntutan penumpang pesawat berkata, dalam laporan yang sama, tidak mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat boleh "memberikan banyak halangan" tetapi daripada segi undang-undang, ia tidak pernah berlaku.
Di bawah persepakatan antarabangsa yang dikenali sebagai Konvensyen Montreal, syarikat penerbangan perlu membayar antara UD$150,000 (RM496,500) hingga US$175,000 (RM579,250) bagi setiap penumpang yang meninggal dunia.
Keluarga mangsa juga boleh menyaman atas banyak lagi kerosakan - kecuali jika syarikat penerbangan membuktikan mereka melakukan kerja yang cukup untuk mengelakkan perlanggaran atau kemalangan lain yang membolehkan penumpang sampai dengan selamat, lapor CNN.
Pakar undang-undang berkata, pembuat pesawat Boeing, boleh juga didakwa bertanggungjawab jika masalah mekanikal menjadi puncanya. Bagaimanapun, sukar untuk menentukan kes jika pesawat itu tidak ditemui.
Monica Kelly, peguam di Ribbeck Law Chartered yang bercadang untuk memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines dan Boeing memberitahu CNN, berdasarkan pengalamannya, keluarga boleh menerima antara US$400,000 dan US$3 juta sebagai pampasan.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang: Maybe Wan Azizah will be first female PM

Posted: 21 Mar 2014 06:13 PM PDT

Wan Azizah calls on Reformasi 2.0 crowd to fight for justice

Posted: 21 Mar 2014 06:13 PM PDT

Anwar launches Reformasi 2.0

Posted: 21 Mar 2014 06:12 PM PDT

Anti-coup demonstrators rally in Egypt

Posted: 21 Mar 2014 06:11 PM PDT

FLYHT data recorders could speed up searches

Posted: 21 Mar 2014 06:10 PM PDT

Can secret sub hunter find missing plane?

Posted: 21 Mar 2014 06:09 PM PDT

Will we ever find Flight 370?

Posted: 21 Mar 2014 05:52 PM PDT

Passengers' families anguish during desperate search

Posted: 21 Mar 2014 05:50 PM PDT

MH370: SHOCKER! M'sia finally admits doomed plane was carrying DANGEROUS HIGHLY INFLAMMABLE CARGO

Posted: 21 Mar 2014 05:41 PM PDT

Malaysian Airlines today confirmed that flight MH370 had been carrying highly flammable lithium-ion batteries in its cargo hold, re-igniting speculation that a fire may have caused its disappearance.
The admission by CEO Ahmad Jauhari comes four days after he denied the aircraft was carrying any dangerous items and nearly two weeks after the plane went missing.
He said the authorities were investigating the cargo, but did not regard the batteries as hazardous - despite the law dictating they are classed as such - because they were packaged according to safety regulations.
The revelation has thrown the spotlight back on the theory that the Boeing 777 may have been overcome by a fire, rendering the crew and passengers unconscious after inhaling toxic fumes.
Lithium-ion batteries - which are used in mobile phones and laptops - have been responsible for a number of fires on planes and have even brought aircraft down in recent years.

Malaysian Airlines today confirmed that missing MH370 (pictured on an earlier flight) had been carrying highly flammable lithium-ion batteries in its cargo hold four days after denying it had any dangerous goods on board
Malaysian Airlines today confirmed that missing MH370 (pictured on an earlier flight) had been carrying highly flammable lithium-ion batteries in its cargo hold four days after denying it had any dangerous goods on board
Lithium-ion batteries like this one used in laptops were being carried in the cargo hold of the flight, it was revealed by Malaysia Airlines (file picture of unconnected battery)
Lithium-ion batteries like this one used in laptops were being carried in the cargo hold of the flight, it was revealed by Malaysia Airlines (file picture of unconnected battery)

According to US-based Federal Aviation Administration, lithium-ion batteries carried in the cargo or baggage have been responsible for more than 140 incidents between March 1991 and February 17 this year, it was reported by Malaysiakini.
In rare cases, aircraft have been destroyed as a result of fires started from the devices, although they have been cargo planes in both incidents.
In one case, UPS Airlines Flight 6 crashed while attempting an emergency landing in September 2010 en route from Dubai to Cologne in Germany.
Flight MH370 disappeared from radar screens two weeks ago on March 8 after taking off from Kuala Lumpur bound for Beijing.
The second day of a new search, concentrating on a desolate area in the southern Indian Ocean, failed to locate two possible pieces of debris from the Malaysia Airlines Boeing 777.
Aircraft and ships scoured the seas around 2,500kilometres off the coast of the Australian city of Perth, for 10 hours before darkness fell. Australian officials have vowed to continue the search tomorrow.
Billie Vincent, the former head of security for the U.S. Federal Aviation Administration, said the revelation re-affirmed his belief that flames started in the cargo hold, destroying the aircraft's communication systems then filling the cabin with toxic fumes.
This, he says, would have overwhelmed the passengers but may have given the pilots a chance to divert the aircraft for an emergency landing.
He told Air Traffic Management: 'The data released thus far most likely points to a problem with hazardous materials.
'This scenario begins with the eruption of hazardous materials within the cargo hold – either improperly packaged or illegally shipped – or both.'
It is thought the missing plane climbed to 45,000ft - a move Mr Vincent believes may have resulted from the pilots not being able to see the controls properly.
CHANGING RESPONSES FROM CEO
What Ahmad Jauhari said four days ago:
When asked at a press conference if there was any dangerous cargo on board, he replied: 'We had a load of mangosteens headed to China.
'It was a large quantity - about three to four tonnes of mangosteens,' he said to laughter from the media.
What he said today:
'We carried some lithium-ion small batteries, they are not big batteries and they are basically approved under the ICAO (The International Civil Aviation Organisation) under dangerous goods.'
Read More / Baca Lagi >>

MH370 and terror link

Posted: 21 Mar 2014 05:39 PM PDT

The modus operandi of terrorists cannot be predicted and one cannot rule out the possibility of new methods being used.

MH370 IIITwo hundred and thirty-nine people of various nationalities have been missing for nearly two weeks, and yet Malaysian politicians from Barisan Nasional and Pakatan Rakyat are continuing to bicker to look like heroes.
That's how I perceive the so-called leaders of our country. Shameful to the highest degree. It shows how low these political vultures have stooped to gain some brownies from a tragedy.
Please stop and find a solution to the problem. The Chinese government and the relatives of those on board the missing plane are not interested in our gutter politics. They want answers, and they want them quick.
The shock of MH370′s disappearance has now evolved into anger and desperation amongst anxious relatives and others watching the developments.
Our ministerial "experts" are dishing out the same tune on a daily basis at press conferences. The inconsistent and conflicting statements have only shown us to be international stooges and incompetent fools in managing a crisis of this magnitude.
For sure we have perfected the art of pussyfooting, even when lives are at stake or lost.
"Unprecedented" has become the most abused word by our honorable ministers and experts and the only common factor in all oral and written statements made so far.
We cannot rule out terrorism as the primary suspect in the MH370 incident.
Obviously no country will want to claim that any of its citizens on the ill-fated plane is in anyway affiliated, no matter how remotely, with terror groups or their offshoots. That will only subject the country to scrutiny and investigation by foreign intelligence agencies.
No nation would like its backyard probed, especially a nation like China or India, which have so many skeletons to hide—or Malaysia, for that matter.
Terrorist organisations work discreetly and plant their seeds well before activating their cells. This is a known fact.
They have become masters at obscuring their modus operandi (MO). Nurturing their implants with hatred, disgust, anger and anti-establishment feelings takes years of persistence and perseverance.
The facts have established that flight MH370 was deliberately taken over. This can only be done by a person or persons from among the 239 on board.
There is no way an alien would have quantum leaped into the flight. Similarly, it is inconceivable people were hidden in parts of the plane way before takeoff.
A precise takeover when the plane was in the grey sector of the air border between Malaysia and Vietnam could only have been executed by an aviation expert or one who has been drilled thoroughly over time to handle a Boeing 777.
This is not a remote possibility. One need not be an academically qualified pilot to fly a plane. Thus every person on board is a suspect, as correctly said by some intelligence experts.
Malaysia cannot strike that out and indeed should treat it as the priority theory.
No house rules
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Sajak buat Kapten Zaharie

Posted: 21 Mar 2014 05:20 PM PDT


 

Kapten Zaharie
Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMU
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu KAU ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia


PNUT SYAFINAZ

MH370: Anwar pertahan Kapten Zaharie, pertikai siapa bagi maklumat ke Daily Mail

Posted: 21 Mar 2014 04:45 PM PDT


Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga calon PKR bagi PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga calon PKR bagi PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu.
Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau.
"Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwar dengan Zaharie. Saya hendak beritahu jangan zalim kepada Zaharie dan keluarga. Dia hanya juruterbang professional.
"Kamu cuai, kamu tidak tahu menjaga radar. Kamu tidak tahu menjaga keselamatan negara. Kamu tidak boleh jawab hilang pesawat, kamu hendak salahkan juruterbang tanpa sedikit pun bukti. Saya katakan tanpa alasan dan bukti, kita pertahankan maruah dan profesionalisme juruterbang Zaharie," katanya.
Beliau dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat sebelum ini kesal kerana permohonan mereka agar kerajaan memberikan penjelasan di Parlimen mengenainya ditolak.
"Bagi penjelasan kat Parlimen tak nak. Kemudian heboh (Kapten) Zaharie (Ahmad Shah) kenal Anwar. Zaharie adik beradik dengan menantu Anwar. Siapa adik beradik saya salah. Siapa sokong saya berdosa. Ini apa punya politik?" katanya.
Anwar berkata, Kapten Zaharie, juruterbang MH370 itu tidak boleh dipersalahkan dalam misteri kehilangan peesawat itu selagi belum didapati bersalah.
Katanya, sokongan sepenuhnya perlu diberikan kepada keluarga juruterbang dan kerajaan perlu segera menghentikan spekulasi melibatkan juruterbang itu.
Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masuk minggu ketiga.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Pesawat bawa bateri litium..Kenapa lepas 13 hari baru MAS dedahkan..dulu kata manggis jer!!!

Posted: 21 Mar 2014 04:43 PM PDT



SEPANG – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu turut membawa sejumlah bateri litium yang diletakkan di bahagian kargo pesawat tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya berkata, bateri tersebut telah dibungkus dengan rapi dan telah melalui pemeriksaan yang ketat sebelum dilepaskan.
Beliau berkata, prosedur untuk menghantar semua muatan pesawat tersebut sudah tertakluk di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Bateri litium bukan sesuatu yang bahaya dan pemeriksaan ke atas bungkusan itu turut diperiksa beberapa kali bagi memastikan ia mengikut prosedur.
"Muatan tersebut turut dibawa oleh syarikat penerbangan lain," kata Ahmad Jauhari pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Tiada ulasan: