RAKYAT MARHAEN |
- Private ships search for missing flight in Indian Ocean
- Dewan Panas: Tak Bertanggung Jawab ..BN Lenggong buat tuduhan keatas DAP
- Penampar Kokodie: Bomoh..Bomoh ... malu lah
- Penampar Kokodie: Baru kena ugut tampar, KJ dah panik - Anwar
- Penampar Kokodie: Bomoh Ibrahim dianggap sebagai biadab, tidak matang kata Mahaguru PSSLM
- Selangor can ignore water deal after Putrajaya’s failure to help buy 4 firms, says Pakatan
- Future Music Festival Asia: Malapetaka yang dicari
- Change your game plan, Pakatan
- PRK Dun Kajang: Kasut saya dah kena pijak, dah lasak - Wan Azizah
- PRK Dun Kajang: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah
- Antara Tragedi MH370, Konsert Dadah Dan Nafsu Membeli-Belah
- Bomoh Cap Kapal Layar: Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam, kata Ridhuan Tee
- Putrajaya khianati perjanjian air, Pakatan desak Selangor hentikan Langat 2
- Ibrahim Ali Dihina Calon MCA,Perkasa Gesa Boikot PRK Dun Kajang
- Konsert maut: Kementerian perlu bertanggungjawab
- MH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan, kata NST
- Foreign media QUESTION M'sian govt's bid to paint MH370 pilot as an Anwar zealot
- KONSERT MUNGKAR - KERAJAAN BN TERBABIT
- Tiada fakta salahkan juruterbang MH370, kata wartawan portal
- Anwar nafi tuduhan MH370 hilang akibat juruterbang sedih keputusan mahkamah
- MH370: Mesej terakhir dihantar selepas komunikasi dipadam
- SATU DUNIA RISAU MH370....SEMPAT LAGI SHOPPING..!!!
- Why so many watch plane coverage
- The mystery of Malaysia Air 370
- Malaysia Air 370: facts vs. speculation
Private ships search for missing flight in Indian Ocean Posted: 16 Mar 2014 09:24 PM PDT |
Dewan Panas: Tak Bertanggung Jawab ..BN Lenggong buat tuduhan keatas DAP Posted: 16 Mar 2014 09:17 PM PDT |
Penampar Kokodie: Bomoh..Bomoh ... malu lah Posted: 16 Mar 2014 08:54 PM PDT |
Penampar Kokodie: Baru kena ugut tampar, KJ dah panik - Anwar Posted: 16 Mar 2014 08:51 PM PDT "Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan," kata Anwar. Khairy (gambar) diugut untuk ditampar oleh seorang bomoh apabila Ketua Pemuda Umno itu menempelak tindakan bomoh tersebut mengadakan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk 'mencari' pesawat MH370 yang hilang. Katanya, Khairy tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga. "Khairy... Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak. "Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi," katanya pada ceramah umum di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, lapor Sinar Harian. Anwar mengulas kenyataan Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan yang menggelar Presiden PKR itu sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon 'bidang terjun' di PRK N25 Kajang. Menurut Anwar, isterinya ialah seorang pelajar cemerlang dan pernah menerima anugerah pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarga. "Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada 'top student', bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri. "Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan)," katanya lagi. |
Penampar Kokodie: Bomoh Ibrahim dianggap sebagai biadab, tidak matang kata Mahaguru PSSLM Posted: 16 Mar 2014 08:32 PM PDT TANJUNG MALIM 16 Mac - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) hari ini menyifatkan tindakan Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dikatakan mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai satu perbuatan biadab dan tidak matang. Pengasas dan Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, jika benar Ibrahim merupakan seorang guru silat, dia sewajarnya menasihati Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rembau itu dengan cara baik, bukan cara kurang ajar sehingga meminta Khairy melepaskan jawatan sebagai menteri. Katanya, perbuatan kebudak-budakan itu bukan sahaja telah memberi persepsi negatif kepada dunia persilatan di negara ini malah turut menyebabkan warga pesilat sendiri dikritik dan dihentam teruk oleh masyarakat. ''Saya sendiri tidak tahu apa salah Khairy sampai dia nak tampar macam buaya. Dia kata dia pengamal silat, tapi sejak bila dia tahu nak pukul menteri? Jika betul pun guru silat, bagaimana dia boleh bersikap kurang ajar hingga meminta diganti menteri? Siapa dia? ''Khairy itu menteri, apa dia fikir Khairy itu budak-budak yang boleh ditampar? Jangan bangga dengan ilmu yang ada, kita tidak layak untuk memukul orang. ''Saya sudah lama dalam bidang ini, saya nasihatkan dia minta maaf kepada Khairy. Apabila dia minta maaf, itu menunjukkan dia ada maruah dan jika tidak, maruahnya akan tercemar. Perbuatannya terhadap Khairy memang tidak patut," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Kejuaraan Pencak Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jemputan Antarabangsa 2014 kali ke-5 di dewan Kolej Ungku Omar UPSI, di sini hari ini. Baru-baru ini, Ibrahim yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' melalui klip video yang tersebar di laman sosial mengancam mahu menampar Khairy kerana menyelar perbuatan bomoh berkenaan melalui akaun Twitternya yang disifatkan sebagai memalukan. Ibrahim yang menawarkan diri membantu mengesan pesawat MH370 yang masih hilang itu dikatakan mahu menampar Khairy seperti buaya. Terdahulu, Ibrahim mencuri perhatian orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila mendakwa pesawat MH370 masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Read More / Baca Lagi >> |
Selangor can ignore water deal after Putrajaya’s failure to help buy 4 firms, says Pakatan Posted: 16 Mar 2014 08:25 PM PDT Selangor need not fulfil its part in the water deal as Putrajaya has not invoked the law to acquire the water companies, says Pakatan Rakyat today. DAP's Tony Pua, PKR's Rafizi Ramli and PAS's Dr Dzulkefly Ahmad said in a joint statement, given the federal government's failure, the state government should just withold all remaining necessary approvals for the Langat 2 project to proceed. "There is no legal necessity for the state to fulfil its obligations in the memorandum of understanding (MoU), when the federal government has failed to even demonstrate their commitment," they said. The concessionaires are Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash). Under the MoU, Putrajaya was supposed to "facilitate" the restructuring of the Selangor water industry. In return, Selangor would grant approvals for the construction of the mega-billion ringgit Langat 2 water treatment plant. Read More / Baca Lagi >> |
Future Music Festival Asia: Malapetaka yang dicari Posted: 16 Mar 2014 08:24 PM PDT Sudah jatuh ditimpa tangga, peribahasa yang tepat menggambarkan nasib yang menimpa Malaysia dalam tempoh seminggu yang berlalu. Misteri kehilangan MH370 masih belum selesai, tiba-tiba Malaysia dikejutkan pula dengan kematian tragis aset negara, sehingga kini 6 orang semuanya, berpunca daripada pengambilan dadah terlebih dos. Kematian adalah biasa untuk golongan tua senja, tetapi "luar biasa" untuk golongan muda belia. Apatah lagi punca kematian adalah dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. Ditambah derita apabila kematian terjadi di sebuah acara hiburan melampau yang dibuat secara tertutup. Ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang cakna. Malapetaka apa ini? Pandangan saya, tragedi ini hanyalah sekelumit daripada lambakan masalah sosial yang berlegar di kalangan anak muda Malaysia. Dadah, walaupun diisytihar musuh nombor satu negara masih berjalan secara terbuka, sehinggakan pengalaman sendiri mendengar pengakuan peserta pusat serenti masih boleh mendapatkan bekalan di dalam pusat sendiri. Sebuah tamadun manusia dan juga pembangunan negara bergantung harap kepada keutuhan belia anak muda sebagai "pucuk muda" yang akan tumbuh segar menggantikan "daun tua" yang akan gugur akhirnya. Pembinaan belia negara sewajarnya menjadi agenda nasional nombor satu negara yang bukan hanya berkosmetik merancang, tetapi harus bersungguh-sungguh melaksanakan di lapangan dan terus menerus mendidik anak muda mereka supaya mereka kenal mana intan yang mana kaca. Realitinya, kita melihat kesungguhan mendidik golongan belia negara ini tidak bersungguh. Di suatu tangan kita berikan mereka madu, di satu tangan yang lain kita beri mereka racun. Bagaimana sepohon pokok dapat membesar jika kita berikan baja dan racun serentak. Pastinya akan layu dan mati kerana itu hukum alam. Air tidak boleh bercampur dengan minyak. Mesti ikut tatacara pendidikan manusia dan alam. Read More / Baca Lagi >> |
Change your game plan, Pakatan Posted: 16 Mar 2014 08:21 PM PDT There are enough gullible voters out there who will be taken in by the BN spins. Educating the rakyat in positive politics, politics that instruct rather than destruct, and politics that embed positive values and passion for their nation and its future. Do not take your cue from the politics that Umno and Barisan Nasional revel in – the politics of negativity! We know that the former Sarawak Chief Minister is corrupt. We know that Najib Tun Razak cannot even manage his wife, what more this nation. We know that cabinet ministers need a re-education in Rukunegara and other issues that seem to have escaped their senses the moment they became members of Najib's cabinet. These things, the rakyat already know and repeating them ad nauseam serves to deaden the effectiveness of the message. We become numb and impervious to what is being told to us. What about using your blogs to better our rakyat? Use your blogs to educate the fencesitters as to why they must abandon BN for Pakatan Rakyat. Use your blogs to teach our young about the values we want to instill in them during their most formative years. Use your blogs to make the disadvantaged, the old and the sick understand that the policies that Pakatan intends to introduce will be advantageous to them and how Pakatan sees them as the most deserving of all rakyat to receive that assist. Use your blogs to highlight the progress of what your elected reps have done in the kawasan under their jurisdiction – but do it honesty and graciously, and not treat it as just a public relations exercise. Use your blog to tell the rakyat that the next general election is not that far away and we must ready ourselves for the fight of our life – to take back our country from BN. Tell them how they can do it and how to get others on side, all this we can do by educating our rakyat on the need for change. Be the agent for change and be the change that you want Umno to be. Pakatan received over half of the votes at the last elections. Imagine the goodwill you have within the rakyat. They have already given their votes to Pakatan and Pakatan must hang on to these voters and seek for more to come over to our side. How do you hang on to these voters that are already with you? In this I can only speak for myself. If I had voted for Pakatan in the last election, I want to see positivity in their politics. I want to see Pakatan do in the states they control what they say they will do if the get federal government – open government, transparency and absolutely no corruption, nepotism or cronyism. Yarning a spin Put in place checks and balances within these state governments to ensure that these things will not happen. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Dun Kajang: Kasut saya dah kena pijak, dah lasak - Wan Azizah Posted: 16 Mar 2014 08:15 PM PDT Harakahdaily yang sempat bersama Presiden PKR itu ketika kunjungan beliau di pasar malam Taman Sri Jenaris turut mendapati kebanyakan pengunjung amat menyenangi sikap beliau itu. Sikap ramah dan mengetepikan protokol membuatkan Wan Azizah senang didekati, malah beliau juga tanpa segan membeli kasut dari pasar malam itu untuk kegunaannya. "Kasut saya dah kena pijak, dah lasak sebab berjalan jauh. "Nak ganti baru ni, apa salahnya saya beli di pasar malam," jelas beliau kepada peniaga. Dalam masa membeli belah di pasar malam tersebut, Wan Azizah turut berkempen agar memilih PKR pada 23 Mac nanti bagi menjadikan Kajang sebuah bandar terbaik. Pada PRK Dun Kajang, Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Tinjauan turut mendapati, kebanyakan penduduk Taman Sri Jenaris ini belum mengenali Wan Azizah secara dekat. Namun dengan kehadiran calon PRK itu, mereka mula mengerti sikap dan ketabahannya dalam menempuhi cabaran hidup apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat II. |
PRK Dun Kajang: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah Posted: 16 Mar 2014 08:14 PM PDT KAJANG - "Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan (Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail)yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan," demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga. "Khairy... Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak. "Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi," katanya pada ceramah umum di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu yang menggelar, Presiden PKR itu sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang. Menurut Anwar yang mempertahankan isterinya sambil berkata, Wan Azizah merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarganya. "Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada 'top student', bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri. "Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan)," katanya lagi. |
Antara Tragedi MH370, Konsert Dadah Dan Nafsu Membeli-Belah Posted: 16 Mar 2014 08:13 PM PDT Di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, dengan sesetengah pihak menganggapnya sebagai bala Tuhan berikutan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata, kerajaan dan pemimpinnya terlihat langsung tidak menunjukkan tanda insaf atau keinginan mahu berubah. Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita juga dikejutkan dengan adanya sebuah konsert yang sedang berlangsung yang mendapat kerjasama kerajaan di ketika seluruh negara sedang bersedih dah waris mangsa sedang berteka-teki mengenai nasib ahli keluarga mereka. Konsert selama tiga hari itu hanya terdedah apabila akhirnya didapati 6 orang remaja didapati meninggal dunia dan 14 lagi sedang menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah berlebihan. Walaupun konsert itu sudah lama dirancang, apakah negara dan pemimpinnya tiada perasaan mahu menangguh atau membatalkan konsert itu sebaik saja tragedi MH370 ini berlaku? Malang sekali, hanya setelah 6 nyawa terkorban dan 14 lagi sedang bertarung antara hidup dan mati, barulah konsert itu dibatalkan. Tetapi semuanya sudah terlambat, insiden ini menjadikan imej negara dicemari sekali lagi. Dalam masa yang sama, ketika peringkat awal tragedi MH370 ini terdedah, seluruh negara bersedih dan menyatakan dukacita serta perasaan simpati kepada waris-waris wangsa. Para pemimpin negara dan isteri yang mengunjungi waris mangsa yang ditempatkan di sebuah hotel Putrajaya, didapati berpeluk-pelukan kesedihan dan saling mengalirkan air mata. Seluruh negara terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara itu, terutamanya oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Beliau digambarkah sebagai First Lady yang bukan saja suka bergaya mewah dan membeli-belah tetapi juga sarat dengan kasih sayang dan simpati terhadap mereka yanh bernasib malang. Tetapi hanya di hari kesembilan selepas tragedi MH370 itu berlaku, iaitu hari semalam (Ahad) 16 Mac, Najib dan Rosmah didapati berjalan-jalan sambil membeli-belah di pusat membeli-belah paling mewah di negara ini iaitu Pavillion. Dalam gambar yang tersebar di laman-laman sosial, mereka didapati mengunjungi kedai-kedai perhiasan sambil perhiasan diri yang dipakai seperti gelang dan cincin yang mahal dapat dilihat dengan jelas daripada penampilannya. Bukanlah tidak boleh seorang Perdana Menteri dan isterinya membeli-belah atau mengunjungi Pavillion tetapi di ketika negara bersedih dan waris penumpang pesawat belum kering air mata, meneruskan keghairahan membeli-belah terlihat amat tidak sesuai. Tangguhkankah sementara keinginan itu. Lainlah jika pasaraya yang dikunjungi itu adalah seperti Giant, Mydin atau Econsave yang semua orang faham kunjungan itu adalah untuk membeli barang keperluan dapur seharian. Tetapi mengunjungi Pavillion dengan santai dan penuh perhiasan di badan, tentulah bukan untuk membeli belacan, kangkung atau ayam murah yang berharga RM1 seekor. Read More / Baca Lagi >> |
Bomoh Cap Kapal Layar: Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam, kata Ridhuan Tee Posted: 16 Mar 2014 08:08 PM PDT Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu. Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian. "Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah. Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu. Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri. Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab. Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini. "Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah. Read More / Baca Lagi >> |
Putrajaya khianati perjanjian air, Pakatan desak Selangor hentikan Langat 2 Posted: 16 Mar 2014 08:07 PM PDT Pakatan Rakyat hari ini mendakwa Putrajaya mengkhianati Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri Selangor kerana enggan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air di negeri terkaya itu. Pemimpin Pakatan, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bersama berkata WSIA perlu digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor. "Ini adalah pengkhianatan ke atas perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri," kata mereka dalam satu kenyataan pagi ini. Pemimpin Pakatan berkata, keputusan berpatah balik itu tidak boleh diterima dan mengejutkan. Sehingga kini, sejak MoU ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari lalu, tiga konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih belum bersetuju dengan tawaran RM9.65 bilion bagi pengambilalihan. Malah, Dr Maximus sendiri berjanji akan menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi tersebut. "Tawaran ditolak oleh syarikat konsesi ini. "Kerajaan pusat gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesa syarikat konsesi menerima tawaran yang dibuat," kata kenyataan itu. Sehubungan itu, Pakatan menggesa kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2. Read More / Baca Lagi >> |
Ibrahim Ali Dihina Calon MCA,Perkasa Gesa Boikot PRK Dun Kajang Posted: 16 Mar 2014 07:54 PM PDT Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar menyelar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chow Mei Fun di atas kenyataannya yang menghina Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali . Beliau mengulas mengenai laporan berita televisyen TV3 semalam apabila Chow membuat dakwaan imejnya terjejas gara-gara penyiaran gambarnya bersama presiden Perkasa itu. Katanya, kenyataan calon BN bagi PRK Kajang yang dianggap melampau itu menyebabkan kumpulan pendesak Melayu menggesa warga Perkasa tidak keluar mengundi di PRK pada 23 Mac ini. "Kebiadapan yang ditunjukan calon MCA terhadap presiden kita dan Perkasa amnya yang disiarkan dalam berita perdana di TV3 semalam adalah sangat tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Timbalan presiden itu juga berkata, kenyataan Chow itu seolah-olah menyamakan presiden Perkasa sebagai seorang penjenayah. Perkasa turut mempertikaikan kenyataan itu apabila berkata calon MCA boleh menafikan gambar itu tanpa mendakwa ia menjatuhkan imejnya. "Bukankah calon MCA boleh setakat menafikan beliau tidak pernah berjumpa presiden perkasa dan bergambar dengannya serta beliau tiada kena mengena dengan Perkasa sahaja? Mengapa perlu sebut sesuatu yang boleh menjatuhkan imejnya?" katanya. |
Konsert maut: Kementerian perlu bertanggungjawab Posted: 16 Mar 2014 07:37 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertanggungjawab terhadap penganjuran Future Music Festival Asia 2014 yang mengakibatkan enam remaja maut dan tiga masih dalam keadaan kritikal di hospital. Menurut Naib Ketuanya, Muhammad Farkhan Abdullah, konsert yang berlangsung dua hari di Stadium Bukit Jalil dekat sini jelas tidak mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan. Sehingga kini 19 orang telah ditahan polis kerana dipercayai mengambil dadah sepanjang konsert berkenaan diadakan. Menurutnya, walaupun Perdana Menteri pernah mengumumkan peruntukan terkumpul sebanyak RM8.654 bilion untuk memerangi penyalahgunaan dadah, namun insiden terbaru ini menunjukkan ia seolah-olah tidak memberi bekas. Negara kini dilapor mempunyai seramai 63,884 penagih dadah. Farkhan turut mempersoalkan sama ada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menguatkuasakan Garis Panduan Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dalam penganjuran konsert tersebut. "Adakah pihak kementerian dan penganjur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan berkenaan? "Pihak kami juga yakin penganjuran konsert itu bercanggah dengan Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992," ujarnya. Sehubungan itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kementerian memberikan penjelasan sekaligus memberikan justifikasi mengapa 'pesta liar' dibenarkan berlangsung di saat negara berhadapan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370. |
MH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan, kata NST Posted: 16 Mar 2014 07:30 PM PDT Ketika misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ke-10 dengan hanya beberapa petunjuk mengenai di mana ia mungkin berada, akhbar New Straits Times hari ini berkata Boeing 777-200ER turun 5,000 kaki (1,500m) untuk mengelak dikesan radar komersial. Dalam berita eksklusif, akhbar itu berkata, penyiasat yang menganalisis data penerbangan MH370 mendedahkan pesawat seberat 200 tan itu turun 1,500m atau lebih bawah lagi untuk mengelak liputan radar komersial (sekunder) selepas ia berpatah balik dari laluan asal penerbangan menuju ke Beijing. Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) hilang pada 8 Mac dengan membawa 239 penumpang. Pihak berkuasa pada Sabtu berkata, pesawat itu sengaja dilencongkan daripada laluan sebenarnya dan peralatan transmisi di atas pesawat dipadam untuk elak dikesan. Penyiasat yang mengkaji data penerbangan MH370 berkata pesawat itu terbang rendah dan menggunakan kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang merentasi Teluk Bengal dan menuju utara ke arah daratan, lapor NST. Pegawai, yang membentuk pasukan teknikal, melihat kepada kemungkinan sesiapa juga yang mengendalikan pesawat pada masa itu mengambil kesempatan terhadap kesibukan laluan udara merentasi Teluk Bengal dan tersekat kepada laluan komersial untuk mengelak disyaki oleh radar utama (tentera), kata akhbar itu. "Individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan kukuh mengenai avionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih. Ia melepasi Kelantan, ia adalah benar," kata NST memetik kenyataan pegawai yang enggan dikenali. Read More / Baca Lagi >> |
Foreign media QUESTION M'sian govt's bid to paint MH370 pilot as an Anwar zealot Posted: 16 Mar 2014 07:29 PM PDT Don't believe the Malaysian government's claim that the MH370 pilot was a zealot. Zaharie Ahmad Shah supported Anwar Ibrahim. That's common sense, not zealotry.There is an axiom in Malaysian politics: Eventually everything comes back to Anwar Ibrahim. So, the longer that the fumbling and inept investigation into the missing Malaysia Airlines Flight 370 has gone on, the more certain it became that it would somehow boomerang to the leader of the country's democratic opposition.On Saturday, Prime Minister Najib Razak went before the cameras to declare that officials believe the plane was deliberately diverted and flown in an unknown direction somewhere along a wide arc from Kazakhstan to deep into the Indian Ocean. Now that the search for the Boeing 777 has turned into a criminal investigation, the authorities are taking a close look at the flight's chief pilot, Zaharie Ahmad Shah, and its first officer, Fariq Abdul Hamid. They quickly learned—as no doubt all of Shah's friends knew—that the pilot was a strong supporter of Anwar Ibrahim's People's Justice Party. Indeed, Shah is believed to have attended Anwar's court hearing on March 7 that overturned his 2012 acquittal on sodomy charges, a politically motivated case that the Malaysian government typically dusts off around election time. On Sunday, the U.K. and Malaysian press treated the revelation with the shock you might reserve for damning evidence. Shah was described—by an unnamed source—as a "fanatical supporter of the country's opposition leader." Elsewhere, he is described (apparently by unnamed police sources) as "fervent" and "strident" in his political convictions. More than a week after the Boeing 777 disappeared, we lack a motive, a clear suspect, or even a crime scene, but we have our "Anwar Ibrahim connection." That is Malaysian politics. Malayisan opposition leader Anwar Ibrahim arrives at the first parliamentary session after May elections. Sudden rush to vilify pilot A fanatical supporter of Anwar Ibrahim does sound scary—as long as you know nothing about him. Anwar is the 66-year old opposition leader who is the principal thorn in the side of the United Malays National Organization (UMNO) that has ruled Malaysia for 56 years. Anwar heads a coalition of parties, which includes his own multiethnic party, that has made the greatest inroads against the country's corrupt masters. In 2008, the opposition won more than a third of the seats in parliament—the first time that UMNO lost its supermajority that allowed it to change the constitution at the prime minister's whim. |
KONSERT MUNGKAR - KERAJAAN BN TERBABIT Posted: 16 Mar 2014 06:54 PM PDT |
Tiada fakta salahkan juruterbang MH370, kata wartawan portal Posted: 16 Mar 2014 06:39 PM PDT Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast. Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia. "Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian. Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing. |
Anwar nafi tuduhan MH370 hilang akibat juruterbang sedih keputusan mahkamah Posted: 16 Mar 2014 06:17 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sangka pihak berkenaan serius dalam membuat tuduhan beliau menjadi punca juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan merampas pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu. Sinar Harian melaporkan, ketua umum PKR itu menafikan kehilangan pesawat itu berkaitan dengan kesan kesedihan Zaharie susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat dan dipenjara lima tahun, sehari sebelum MH370 berlepas ke Beijing. "Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya. Sehubungan itu, katanya, beliau minta supaya tidak dikaitkan dengan insiden yang meruntun hati keluarga penumpang dan pemerhati daripada seluruh dunia. Anwar berkata, situasi tersebut (beliau disabitkan bersalah) dikongsi kesedihan jutaan rakyat Malaysia, bukan juruterbang MH370 sahaja, lapor Sinar Harian. "Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tidak pula pergi langgar orang. "PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya. Awal pagi semalam, akhbar tabloid Britain, Daily Mail melaporkan kemungkinan wujudnya teori pesawat itu dirampas sebagai tanda protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Read More / Baca Lagi >> |
MH370: Mesej terakhir dihantar selepas komunikasi dipadam Posted: 16 Mar 2014 06:05 PM PDT Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor The Guardian. Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej "All right, good night" kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi. Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada 1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka. Putrajaya berkata sebelum ini mereka kini memberikan tumpuan untuk menyiasat penumpang MH370 termasuk dua juruterbang, 10 anak kapal dan 227 penumpang pesawat yang hilang itu. Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan polis menggeledah rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid di Shah Alam, Selangor. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau memberitahu pemberita semalam, semua terpakai di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Read More / Baca Lagi >> |
SATU DUNIA RISAU MH370....SEMPAT LAGI SHOPPING..!!! Posted: 16 Mar 2014 05:11 PM PDT |
Why so many watch plane coverage Posted: 16 Mar 2014 04:59 PM PDT |
The mystery of Malaysia Air 370 Posted: 16 Mar 2014 03:40 PM PDT |
Malaysia Air 370: facts vs. speculation Posted: 16 Mar 2014 03:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan