Ahad, 16 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tragedi MH370: Mila Jirin [Mila AF] Ada Cuba Hubungi Kapten Zaharie

Posted: 16 Mar 2014 09:19 PM PDT

..
Genap 10 hari hari ini, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang masih belum ditemui. Seluruh dunia terus menantikan perkembangan terbaru dan mengharapkan para penumpang serta kru pesawat itu selamat dan segera kembali ke tanah air. Begitu juga dengan penyanyi kecil molek Mila Jirin yang turut sedih mengenangkan apa yang telah terjadi.
Memetik kenyataan di Utusan baru-baru ini, kata Mila, baginya kehilangan anak kapal dan penumpang pesawat kebangaan negara tersebut penuh misteri. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup risau dengan keadaan mereka.
Tambahan pula Kapten Zaharie Ahmad Shah cukup dikenalinya apabila juruterbang tersebut menyertai kelab peminatnya sejak tahun 2007 yang lalu.
""Saya tak tahu nak cakap sebenarnya. Perasaan sedih dan trauma masih lagi saya rasakan apatah lagi kisah kehilangan pesawat masih lagi hangat diperkatakan.
""Apa yang boleh saya simpulkan antara saya dan Zaharie kami memang mengenali antara satu sama lain. Beliau memang seorang lelaki yang baik dan sering kali terlibat dengan acara anjuran kelab peminat saya," jelas Mila.
Walaupun begitu, Mila menjelaskan yang mereka sudah lama tidak bertemu dalam acara-acara kelab disebabkan kesibukan masing-masing.
Dia masih ingat kali terakhir bertemu Zaharie di Melaka beberapa tahun lalu. Ketika itu mereka bersembang panjang dan Zaharie ada menitipkan kata-kata nasihat buat dirinya.
"Saya anggap dia sebagai orang dewasa yang banyak pengalaman hidup. Kami tidaklah begitu rapat tetapi saya memang mengenali perwatakan setiap ahli kelab peminat The Voice Of Mila.
"Sejujurnya hanya selepas kejadian ini barulah saya tahu beliau merupakan juruterbang MAS. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun jawatannya," katanya.
Mengimbas kembali kejadian kehilangan pesawat tersebut, Mila hanya mengetahui tentang perkara berkenaan (8 Mac) melalui laman sosial. Tidak mengesyaki apa-apa, sama seperti rakyat Malaysia yang lain berdoa agar pesawat tersebut ditemui seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Namun hatinya mula berdetik apabila melihat senarai nama penumpang dan anak kapal dan terpandang satu nama yang begitu dikenalinya selama ini.
""Memang saya berdebar sebab beliau antara orang yang hilang. Saya fikir keluarganya tentu runsing dan gundah-gulana memandangkan sampai sekarang masih belum ada berita positif mengenainya," jelasnya
Saat berita tersebut semakin tersebar, Mila ada cuba untuk menghubungi telefon bimbit Zaharie melalui pembantu peribadinya namun tidak berjawab.
Lantas Mila ada memuat naik gambar dirinya bersama Zaharie di laman sosial Instagram sebagai tanda simpati. Tidak bertahan lama, gambar tersebut akhirnya dipadam oleh Mila beberapa hari selepas itu.
"Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat.
"Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuat naik gambar) sebagai tanda kerisauan saya.
"Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial," tambah Mila lagi.
Siasatan Kembali Tumpu Dua Juruterbang MH370


Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:37 AM
PILOT MH370
Zaharie (kiri) dan Fariq.

PETALING JAYA: Pendedahan mengenai Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS) yang dimatikan sebelum mesejnya yang terakhir dihantar menyebabkan penyiasatan kembali tertumpu kepada juruterbang.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu media pada Ahad bahawa ACARS telah dimatikan sebelum mesej itu dihantar.
Sebelum ini, ia dilaporkan bahawa sistem itu dimatikan selepas hubungan suara yang terakhir.
Juruterbang itu berkata: "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.
Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada ia adalah suara juruterbang pesawat iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah atau pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar dan mengubah laluannya 10 hari lalu.
ACARs menyediakan maklumat terperinci satelit mengenai pergerakan pesawat itu dan status semasanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di Shah Alam.
Beliau berkata, simulator penerbangan juruterbang yang dipasang sendiri itu akan dilihat oleh pakar-pakar sebagai sebahagian daripada penyiasatan, sambil menambah bahawa penyiasat turut melakukan pemeriksaan di rumah pembantu juruterbang.
Ketua Polis Negara berkata, polis mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan, yang membolehkan penyiasatan bagi kesalahan rampasan, sabotaj, tindakan keganasan dan juga jenayah di bawah Akta Kesalahan Penerbangan, sambil menambah bahawa prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 ( Sosma ) akan dipakai dengan klasifikasi baharu siasatan.
"Ini bermakna kita telah mempergiatkan penyiasatan. Tumpuan kita masih di empat aspek iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan masalah psikologi - dan termasuk kakitangan di lapangan terbang dan semua orang," katanya pada sidang media mengenai MH370 pada Ahad.
Ketua Polis Negara berkata, polis menantikan jawapan daripada beberapa agensi polis asing yang membuat pemeriksaan latar belakang penumpang di dalam pesawat berkenaan. Bagaimanapun, kesemua 227 penumpang telah diperiksa oleh beberapa agensi perisikan asing.
Ditanya jika ini membawa kepada penumpuan siasatan terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang, beliau berkata: "Siasatan akan melibatkan semua orang di dalam pesawat itu."
Sebelum itu, Hishammuddin berkata, semua kakitangan Malaysia Airlines (MAS) di lapangan terbang yang terlibat dalam pengendalian MH370 turut disiasat, serta jurutera syarikat penerbangan itu yang berhubung dengan pesawat terbabit sebelum ia berlepas.
Bapa kepada jurutera penerbangan berusia 29 tahun, Mohd Khairul Amri Selamat, yang berada di dalam pesawat itu, enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa seseorang di atas kapal sengaja mematikan sistem komunikasi.
"Saya tidak boleh mengatakan jika pesawat itu dirampas atau tidak," katanya. "Biar pihak berkuasa menyiasat kes itu. Tiada apa lagi untuk dikatakan," kata Selamat Omar, ketika dihubungi pada Ahad.



Tiada fakta salahkan juruterbang MH370 

Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast. 

Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.

"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.

"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.


Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.

Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.

"Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan. Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: 'Baik, selamat malam.'

"Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.

"Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal," katanya.

Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).

"Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah," katanya.

Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.

"Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat 'ping' kepada satelit," katanya.

Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.

"Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan. Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.

"Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.

"Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing," katanya.

Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.

"Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.

"Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777. Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran," katanya.


Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.

"Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.

"Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan," katanya.

Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.

"Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan," katanya. -TMI

Kapten Zaharie bercuti,. . . tapi dipanggil balik untuk menerbangkan MH370 ke Beijing. Kenapa?

Posted: 16 Mar 2014 02:09 AM PDT



BREAKING 1442 hes: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?



Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. -sumber

Tiada ulasan: