Isnin, 10 Mac 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tragedi MH370 : Penumpang Guna Pasport Curi Ada 'Ciri Asia'

Posted: 09 Mar 2014 10:49 PM PDT

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 1:32 PM

Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines yang hilang dengan 239 orang di atas kapal mempunyai 'ciri-ciri wajah Asia', menurut laporan.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang di antara perairan Malaysia dan Vietnam kira-kira sejam selepas berlepas awal pagi Sabtu.

Kebimbangan serangan keganasan muncul selepas pendedahan bahawa sekurang-kurangnya dua penumpang menaiki kapal terbang dengan pasport yang dicuri, seorang dari pemilik asal dari Itali dan seorang dari Austria.

Pemilik-pemilik asal pasport didapati selamat.

"Saya masih hairan mengapa (pegawai-pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Orang Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," kata Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Malaysia Bernama.

Laporan itu tidak memberikan ulasan lanjut. Pegawai Malaysia sebelum ini berkata mereka telah memeriksa imej CCTV penumpang tersebut.

"Kami akan menjalankan siasatan dalaman, khususnya kepada pegawai-pegawai yang bertugas di kaunter imigresen KLIA semasa penerbangan MH370," katanya.

114 PENGIKUT SYIAH DITAHAN

Posted: 09 Mar 2014 08:49 PM PDT


image
Ketua Polis Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas seorang pengikut membuat laporan polis supaya JAIP tidak mengganggu aktiviti mereka yang diadakan di rumah terbabit.
Lapan warga asing antara 114 pengikut Syiah yang ditahan dalam serbuan di Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan daerah ini dan Gerik, malam kelmarin.
Mereka yang berumur antara tujuh hingga 70 tahun, membabitkan 54 lelaki, 28 wanita, 32 kanak-kanak diberkas kira-kira jam 10 malam ketika meraikan majlis di sebuah rumah.
Warga asing yang ditahan, termasuk tiga dari Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Pakistan serta seorang warga Indonesia.
Serbuan dilakukan 150 pegawai dan anggota polis bersama penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Pengikut Buat Laporan
Ketua Polis Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas seorang pengikut membuat laporan polis supaya JAIP tidak mengganggu aktiviti mereka yang diadakan di rumah terbabit.
"Susulan laporan meragukan itu, polis menjalankan siasatan bersama JAIP dan memantau aktiviti mereka sebelum melakukan serbuan.
"Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Selama untuk proses dokumentasi dan diserahkan kepada JAIP bagi tindakan susulan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Agama Perak, Ahmad Nizam Amiruddin, berkata tangkapan pengikut Syiah berkenaan adalah yang teramai, berbanding dua operasi sebelum ini.
"Hasil pemeriksaan kami turut merampas beberapa buku mengandungi maklumat mengenai Syiah selain batu turbah, bendera dan gambar. Semua yang ditahan dibebaskan dengan bon jaminan dan akan dipanggil semula oleh JAIP untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 kerana melanggar fatwa berkaitan pengharaman Syiah. - BH

Tragedi MH370: Australia Hantar Pesawat Kedua Bantu Usaha Pencarian

Posted: 09 Mar 2014 07:53 PM PDT



Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 10:27 AM


Pesawat RAAF AP-3C Orion yang akan membantu mengesan kehilangan pesawat milik MAS, MH370.
MELBOURNE: Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu.
Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, menurut Australian Associated Press.
Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai dengan operasi.
Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan pasport curi.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop telah menghubungi rakan sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan.
Beliau berkata laporan kehilangan pasport menjadi tumpuan.
"Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan membimbangkan," Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.
"Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia."
Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.
Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan untuk menyertai usaha mencari.
Keluarga rakyat Australia yang berada di atas pesawat itu menerima bantuan kaunselor, kata Bishop.

Misteri 2 penumpang menggunakan pasport curi dalam MH 370

Posted: 09 Mar 2014 07:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Dua penumpang MH370 yang menggunakan pasport curi milik rakyat Itali dan Austria didapati membeli tiket penerbangan bersama-sama.
Tiket itu dibeli dengan China Southern Airlines dalam mata wang baht pada harga sama, kata pihak berkuasa sistem e-tiket China Travelsky. 
Turutan nombor tiket menunjukkan ia dibeli bersama, lapor CNN.

Maklumat terbaru ini menjadikan kehilangan pesawat MAS MH370 ketika berlepas ke Beijing awal semalam, semakin menjadi tanda tanya.
Foto
PELANCONG Itali, Luigi Maraldi, 37, melaporkan pasport miliknya sebelum ini dicuri pada Ogos 2013 dan menunjukkan pasport yang sudah diperbaharui pada sidang akhbar di balai polis di Phuket, selatan Thailand. FOTO EPA

Itali dan Austria menafikan rakyat mereka berada dalam pesawat MH370 dan pihak berkuasa berkenaan mendakwa pasport Luigi Maraldi (Itali) dan Christan Kozel (Austria) telah dicuri di Asia Tenggara beberapa tahun lalu.

Kedua-dua tiket penerbangan itu ditempah bagi destinasi Kuala Lumpur - Beijing sebelum diteruskan ke Amsterdam. Pemegang pasport Itali sepatutnya meneruskan perjalanan ke Copenhagen manakala pemegang pasport Austria akan ke Frankfurt.

Pihak berkuasa berkata, mereka masih menyiasat identiti sebilangan penumpang dalam pesawat itu yang didapati bermasalah dengan pasport mereka.

Ketua Koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan CNN mengenai pembelian tiket menggunakan pasport itu.

Bagaimanapun, katanya, tumpuan operasi sekarang adalah untuk mencari pesawat berkenaan berbanding mengesan dua lelaki terbabit.

Katanya, kawasan pencarian juga diperluaskan daripada 20 kepada 50 batu nautika manakala gerakan SAR di Selat Melaka masih belum menghasilkan sebarang tanda positif.

"Pencarian sedang diteruskan tetapi sehingga kini tiada pesawat dikesan," katanya Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu pada sidang media di Hotel Sama Sama di KLIA di sini, malam ini.

Beliau berkata, jumlah pesawat yang terbabit dalam SAR juga meningkat kepada 34 pesawat termasuk dua dari Australia yang dijangka tiba pada lewat malam ini dan pagi esok.

Indonesia hantar lima kapal perang, sebuah helikopter cari pesawat MH370

Posted: 09 Mar 2014 06:13 AM PDT

MARCH 09, 2014
Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, awal pagi semalam.
Ketua Staf TNI-AL, Laksamana Marsetio berkata kesemua kapal perang yang dikerahkan itu akan bergabung dalam Komando Armada Indonesia Kawasan Barat Tentera Laut Indonesia.
"Saya sudah berhubung dengan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Mereka (TLDM) minta kita bantu mencari pesawat MAS yang dilaporkan tidak dapat dihubungi itu," kata Marsetio kepada agensi berita Antara hari ini.
Beliau berkata ada antara kapal perang tentera laut negara itu yang sedang mengawal perairan sementara beberapa buah lagi diarahkan menyertai misi mencari itu.
"Kami kerahkan kekuatan agar misi pencarian ini dapat menunjukkan hasil. Kami juga sentiasa berhubung dan berkongsi informasi dengan rakan antarabangsa dalam misi ini," katanya. – Bernama, 9 Mac, 2014. - TMI

 

TRAGEDI MH370 : Pencarian di perairan Pulau Pinang

Posted: 09 Mar 2014 03:55 AM PDT

Oleh Mohd Husni Mohd Noor dan Amir Abd Hamid
Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.
Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.
Foto

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti. - Metro


Hishammuddin: 4 penumpang guna pasport palsu

Hishammuddin: 4 penumpang guna pasport palsu
SHAH ALAM - Perkembangan terbaru memetik Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
Menurut Menteri Pertahanan itu, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.
Unit Anti Pengganas serta FBI sedang menjalankan siasatan mengenainya.
Terdahulu menurut akhbar The Guardian melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut.
Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.
Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.
Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.
Seorang lagi kes passport palsu masih belum didedahkan identitinya.
Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 telah mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belaku 'secara tiba-tiba'.
Spekulasi terbaru mengatakan bahawa pesawat tersebut mungkin dirampas ekoran isu pasport ini. -Sinar harian

US Navy hantar "destroyer" bantu operasi SAR MH 370

Posted: 09 Mar 2014 01:54 AM PST

AP,09 March 2014
The U.S. Navy says it has dispatched a warship to aid in the search for a missing Malaysia Airlines jetliner.

The USS Pinckney, an Arleigh Burke-class guided missile destroyer, is on its way from international waters in the South China Sea to the southern coast of Vietnam to assist in the search for flight MH370. The Boeing 777 with 239 people aboard was flying to Beijing from Kuala Lumpur, Malaysia, when it fell off radar screens early Saturday.

The Pinckney carries two helicopters that can be used for search and rescue. It is expected to reach the search area within 24 hours.

Additionally, the Navy is deploying an Orion patrol and surveillance plane based in Okinawa. It will bring long-range search, radar and communications capabilities to the search mission.




MISI MENCARI DAN MENYELAMAT PESAWAT MAS BOEING 777 MH370 .... NEGARA SINGAPURA AKAN MENGHANTAR KAPAL SELAMNYA UNTUK MEMBANTU.


Negara Singapura melalui Menteri Pertahanannya Ng Eng Hen malam tadi telah mengeluarkan kenyataan berjanji akan menghantar kapal selamnya untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang di laporkan hilang semasa penerbangan dari KLIA menuju Beijing awal pagi semalam.

"We have this vessel whic is equipped to perform underwater searches and can assist in these search and locate operations, and it also have divers on the vessel"

Begitu sekali kesungguhan dan keikhlasan negara Singapura menghulurkan bantuan kepada negara kita dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan ketika ini.

Tapi nak tanya juga .. bukankah negara kita ada dua buah kapal selam????? .. Mengapa tidak kedengaran langsung sehingga kini kedua dua kapal selam berikut akan turut dikerah untuk membantu misi mencari dan menyelamat MH370?????? .. Masa ini lah terbaik untuk menggunakannya... buktikan kepada rakyat pembelian kedua buah kapal selam berkenaan amat tepat dan berbaloi?????


Tony Abbott spoke to Malaysian PM Najib Razak this afternoon. One P-3C Orion plane will leave from Darwin this evening to join the search.

RADAR MILITARI KESAN MH370 BERPATAH BALIK DIDEDAH


Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.

Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.

Sementara itu dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan pihak Mas sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, kenapa pilot tidak melaporkan kejadian ini menjadi tanda tanya.

DS Wan Azizah ganti DSAI di Kajang

Posted: 08 Mar 2014 11:48 PM PST


PKR hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan Anwar sendiri dalam sidang media di Kajang hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan penangguhan hukuman kepada Anwar  dengan jaminan RM10,000.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, beliau berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan padanya.

"Ini sesuai dengan hari wanita sedunia untuk saya bawa suara rakyat," katanya. - mkini

Tiada ulasan: