MANDOR.BLOGSPOT.COM |
LAGI BANYAK FAEKAH BERCAKAP LAGI TERCEMAR NAMA KHALID Posted: 06 Mar 2014 12:58 PM PST Apa yang Faekah Hussin dok merepek? Dia kata, bukankah Perjuangan PR adalah Demi Rakyat, maka dengan itu tindakan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat secara tergesa-gesa tanpa memaklumkan kepada bosnya Anwar dan seluruh Exco Kerajaan Selangor itu adalah tepat, Demi Rakyat, katanya. Jika betul TS Khalid bersikap Demi Rakyat seperti yang Faekah maksudkan itu, wajarlah Khalid berbincang atau memaklumkan tawaran serta merta dari Najib itu kepada para Exconya, bukankah Exco-Exco itu adalah Wakil Rakyat? Wakil Rakyat yang membentuk Kerajaan, maka patutnya Wakil Rakyat mesti tahu apa yang Khalid mahu buat untuk rakyat. Itu baru betul Demi Rakyat. Demi Rakyat bukan bermakna Khalid boleh buat sesuka hatinya walaupun tindakannya itu baik pada pandangannya. Selangor bukan Syarikat atau Sdn Bhd. Kalau Syarikat pun segala keputusan penting akan di rujuk terlebih dahulu kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Syatikat. Faekah tidak perlu cover Khalid berlebih-lebih. Lagi banyak Faekah bercakap, lagi tercemar nama Khalid. |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan