Ahad, 9 Mac 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Kerja Dari Rumah Dengan Mudah! Gaji Masuk Banyak!

Posted: 30 Jul 2014 09:00 PM PDT

Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:
====================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dikemas kini ke laman web setiap hari secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Wajah Warga Itali Yang Mendakwa Pasport Dicuri

Posted: 09 Mar 2014 08:20 AM PDT

Polis dalam proses membuat siasatan.

Terkini! Anwar Sedang Berucap Di Seberang Jaya

Posted: 09 Mar 2014 08:11 AM PDT

Majlis pakatan rakyat berlansung sekarang di seberang jaya.

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370

Posted: 08 Mar 2014 11:05 PM PST

Astro Awani | Kemas kini: Mac 09, 2014

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

"Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi," ujarnya di dalam satu laporan berita.

"Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat," kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas," tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/china-dakwa-jumpa-serpihan-pesawat-mungkin-milik-mh370-31538?cp

Wan Azizah ganti Anwar di Kajang

Posted: 08 Mar 2014 10:14 PM PST



PKR hari ini mengumumkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon baru untuk pilihan raya kecil Kajang.

Wan Azizah dipilih bagi menggantinya ketua umum, yang juga suaminya, yang hilang kelayakan bertanding selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara ekoran pertuduhan meliwat.

Keputusan itu diumumkan Anwar sendiri dalam sidang media di Kajang hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan penangguhan hukuman kepada Anwar dengan jaminan RM10,000.

Terkini! Rujuk Surah Yasin Ayat 40-43 #prayformh370

Posted: 08 Mar 2014 05:07 PM PST

Semoga dengan kuasa allah, permudahkan lah segala urusan mencari dan menyelamat pesawat ini.

Allahuakhabar!

2 individu menyamar menaiki pesawat MAS

Posted: 08 Mar 2014 04:20 PM PST



PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat tersebut.

Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.

Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya dicuri pada Ogos tahun lalu.

Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan telah dikeluarkan pasport yang baharu.

Sebaik sahaja mendapat berita mengenai pesawat yang hilang, pegawai kementerian pergi ke rumah ibu bapa Maraldi untuk memaklumkan mengenai perkara itu tetapi sebaliknya diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan berada di Thailand, dan telah menghubungi ibu bapanya bagi memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," kata Maraldi kepada ibu bapanya.

Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.

Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "

Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.

Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menggunakan dua nama tersebut untuk menaiki pesawat MH370, lapor mStar.

Tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam belum disahkan - DCA

Posted: 08 Mar 2014 03:39 PM PST



T K Letchumy Tamboo

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.

Akhbar itu melaporkan bahawa tompokan minyak itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga dilaporkan mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Azharuddin turut berkata pihaknya juga telah meneliti rakaman CCTV berkaitan penumpang pesawat terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan keganasan.

"Kami tidak menolak semua kemungkinan," kata Ahmad Jauhari apabila ditanya wartawan samada kejadian itu ada kena mengena dengan keganasan.

Pencarian pesawat MH370 akan diteruskan sepanjang malam ini dan pencarian akan diperluas meliputi semua kawasan perairan di Malaysia termasuk laut China Selatan dan Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard DCA dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Tiada ulasan: