Kelab Greenboc |
- Tiba-tiba Harga Tong Air Naik 300%!
- Bersih 2.0 Lancar Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi
- Polis Akui Himpunan Black 505 Aman
- MOU Berat Sebelah... Hanya 1 Artikel Yang Mengikat Iaitu "Projek Langat 2"
- Mizz Nina Berhenti Menyanyi Untuk Jadi Muslimah Yang Lebih Baik
Tiba-tiba Harga Tong Air Naik 300%! Posted: 04 Mar 2014 02:01 AM PST Tindakan keterlaluan peniaga! Harga tong air naik 300% Tindakan keterlaluan peniaga! Harga tong air naik 300%Peniaga yang mengeksploitasi harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000 selain dipenjara dua tahun. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti baldi, besen dan tong air sehingga 300 peratus. Menurutnya, kementerian menerima rungutan daripada orang ramai di seluruh negara mengatakan ramai peniaga mengambil kesempatan menjual barangan digunakan untuk menadah dan menyimpan bekalan air itu dengan harga melambung tinggi berbanding harga biasa. "Dalam seminggu dua ini, kita menerima banyak aduan dari seluruh negara terutama di Lembah Klang mengatakan terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau berikutan permintaan tinggi terhadap baldi, besen dan tong untuk menyimpan bekalan air di rumah. "Tindakan mereka sangat keterlaluan apabila mengambil kesempatan ketika orang ramai berdepan krisis catuan air. -HM
|
Bersih 2.0 Lancar Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi Posted: 04 Mar 2014 12:11 AM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini melancarkan 'Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi' untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. "Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?" kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Maria memberitahu bahawa Bersih 2.0 akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera hari ini untuk menyeru supaya pertuduhan Zaidi digugurkan. Katanya, Bersih 2.0 menganjurkan kempen itu melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid. "Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria. Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan "Gugur pertuduhan Mejar Zaidi" atau "Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi" dan menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar Zaidi bermula April nanti. Satu rombongan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Maria, Naib Pengerusi Semenanjung Utara Datuk Dr Toh Kin Woon, ahli Sekretariat Mandeep Singh dan Adam Adli, serta bendahari Ikram Mustafa Basri telah melawat Mejar Zaidi di rumahnya di Bertam, Kepala Batas pada 24 Februari lalu. Mejar Zaidi dituduh melanggari arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Beliau dikenakan tiga lagi tuduhan membuat kenyataan media tanpa kebenaran dan menghantar dua SMS yang berbau politik. Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau mungkin kehilangan pencen dan faedah lain. Ini merupakan ketidakadilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, kata Maria. "Mejar Zaidi ialah wira negara yang sebenarnya. Jika kesemua rakyat seperti Mejar Zaidi berani bersuara mengenai yang benar dan adil, pastinya kurang kepincangan dalam sistem pentadbiran negara," katanya. Maria juga mengingatkan bahawa Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapat keyakinan dan kepercayaan umum. Namun belum ada sebarang tindakan dikenakan terhadap SPR terhadap kegagalan mereka yang nyata sekali dalam pengendalian dakwat kekal. "Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah," kata Maria. Justeru, Maria menggesa orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur. "Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan. Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum," kata Maria. Panel Mahkamah Tentera diketuai Kol Saadon Hasnan yang terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S. Nadzeer Salehuddin dan Mej Noor Azman Ahmad. -HD |
Polis Akui Himpunan Black 505 Aman Posted: 03 Mar 2014 09:04 PM PST Juruvideo polis akui perhimpunan Black 505 berlangsung aman Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu merupakan satu perhimpunan aman dan tidak melibatkan sebarang keganasan kata saksi keenam perbicaraan kes tersebut semalam. Juruvideo polis, Koperal Kahar Sharif yang kini berkhidmat di Cawangan Siasatan Jenayah di Jasin, Melaka mengakui perkara itu ketika disoal peguam bela Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi iaitu Azizul Shariman Mat Yusoff. Azizul: Setuju saya katakan jalan raya tidak sesak di Padang Merbok pada peringkat awal? Kahar: Setuju. Azizul: Setuju saya katakan sepanjang dua jam rakaman tidak hadapi kesukaran? Kahar: Setuju. Azizul: Setuju saya katakan tiada arahan bersurai daripada pihak polis? Kahar: Setuju. Azizul: Ada yang ditangkap sepanjang membuat rakaman? Kahar: Dalam rakaman tidak ada dan begitu juga di tempat kejadian. Azizul: Ada mereka yang cedera atau polis menggunakan gas pemedih mata? Kahar: Tidak ada. Kahar, 47, kelihatan kurang senang apabila terus diasak soalan daripada peguam bela Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke iaitu Gobind Singh Deo yang bertanyakan tentang kesahihan video berkenaan. Gobind berkata, sebagai anggota polis tidak wajar bahan bukti dihapuskan dan menyerahkan salinan video dalam bentuk DVD ke mahkamah. Katanya, Kahar seharusnya membuat laporan polis jika memadamkan video asal yang dirakam semasa hari perhimpunan. Gobind: Apa tugas polis jika barang kes hilang? Kahar: Buat laporan polis. Gobind: Ada buat laporan polis? Kahar: Tidak. Gobind: Setuju rakaman ini tidak dapat disahkan dengan kejadian asal? Kahar: Setuju. Dalam keterangannya, Kahar mengakui merakam perhimpunan Black 505 dari jam 11 pagi sehingga jam 4.30 petang menggunakan kamera video Canon SF105 dan kad memori. Video yang disiarkan mahkamah semalam menyaksikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa pemimpin pembangkang lain berucap di perhimpunan itu. Perbicaraan semalam turut dihadiri defendan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan sekretariat Pakatan Rakyat (PR), Muhammad Adib Ishar selain Loke dan Syed Azman. -TMI
|
MOU Berat Sebelah... Hanya 1 Artikel Yang Mengikat Iaitu "Projek Langat 2" Posted: 03 Mar 2014 04:30 PM PST Penstrukturan industri air di Selangor dan Lembah Klang bakal menjadi salah satu dari projek yang ditanggung dana awam yang terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang. Sebagai seorang yang sebelum ini paling lantang mengkritik apabila perjanjian konsesi dan perjanjian kerajaan dirahsiakan, saya berhadapan dilemma besar apabila Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai penstrukturan air yang isi kandungannya dirahsiakan dari rakyat. Pada masa yang sama, saya telah mendapat satu salinan softcopy MOU itu pada hari Khamis 27 Februari 2014. Salinan itu diperolehi melalui Puan Arfaezah Aziz, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Melalui beberapa sumber, saya telah mengesahkan bahawa MOU yang ditandatangani adalah MOU yang sama dengan salinan softcopy yang saya perolehi. Oleh itu, atas dasar prinsip ketelusan dan kesedaran (a matter of conscience) saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan MOU ini. Ada beberapa persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang bersabit dengan kepentingan awam. Adalah menjadi harapan saya MOU dan komitmen yang dimeterai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini bolehlah dibahaskan dengan seobjektif mungkin demi menjamin kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya. Urusniaga Dibiayai Rakyat Keseluruhan urusniaga jual beli aset air dan pajakan aset air yang terlibat di dalam penstrukturan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dana rakyat. Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan membeli aset air ini dari Kerajaan Negeri dan pemegang konsesi sedia ada. Pembelian oleh agensi Kerajaan Persekutuan ini akan dibiayai melalui penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, ia samalah dengan Kerajaan Persekutuan berhutang untuk membayar pemegang konsesi sedia ada. Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat. PAAB kemudiannya akan memajak pula aset air ini (empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain) kepada syarikat baru yang dilantik sebagai operator selepas penstrukturan. PAAB akan mengenakan bayaran pajakan tahunan (annual lease charges) ke atas operator ini. Lebih tinggi pinjaman yang ditanggung PAAB (dijamin Kerajaan Persekutuan), maka lebih tinggilah bayaran pajakan tahunan yang dikenakan ke atas operator kerana PAAB perlu mengumpul dana untuk membayar balik hutang. Lebih tinggi bayaran pajakan tahunan, maka lebih tinggi kos yang ditanggung operator. Ini bermakna operator tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif air di Selangor untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada PAAB. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung kos pembinaan Projek Langat 2 melalui kaedah yang sama dan melibatkan dana awam, maka lebih tinggi kos Projek Langat 2 makin tinggilah hutang negara dan tarif air yang ditanggung rakyat. Oleh itu, harga pampasan kepada pemegang konsesi sedia ada akan membawa kesan yang besar kepada rakyat melalui: 1. Hutang negara yang diambil oleh PAAB dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan (ditanggung oleh rakyat) 2. Kenaikan tarif air akibat bayaran pajakan tahunan yang lebih tinggi (ditanggung oleh rakyat) Kesan isi kandungan MOU Saya khuatir isi kandungan MOU adalah berat sebelah yang berpihak kepada Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek. Projek Langat 2: Mengikat hanya di pihak Kerajaan Negeri Pertama, keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat, kecualilah yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2. Rujuk Artikel 5(b) di dalam MOU yang secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab Kerajaan Selangor ialah "memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan." Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang. Tidak ada satu artikel lain pun di dalam MOU itu yang dirujuk sebagai mengikat (binding and irrevocable) kecualilah Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2. Malah Artikel 5(b) ditulis khusus dalam konteks kelulusan Projek Langat 2. Dengan lulusnya Projek Langat 2, kedudukan Kerajaan Selangor untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu Dari MOU itu, jelas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memberi Kebenaran Merancang secara serta merta (rujuk Artikel 5(a)) dan semua kebenaran lain termasuklah pengambilan dan pendaftaran tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh MOU. Ini bermakna, Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan.penstrukturan air adalah tempang. Tidak menyentuh mengenai pemegang konsesi sedia ada Kedua, MOU itu langsung tidak merungkai masalah terbesar yang selama ini membantutkan rundingan penstrukturan air iaitu keengganan pemegang konsesi sedia ada terutamanya Puncak Niaga dan Syabas menerima harga tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Di dalam MOU, tidak ada satu artikel pun yang merujuk kepada persoalan ini. Ia hanya disebut secara tidak langsung di dalam Artikel 3 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memudahcara (facilitate) penstrukturan melalui peruntukan undang-undang, itu pun tidak mengikat kerana ia hanya satu persefahaman. Ini bermakna, walaupun Projek Langat 2 telah diluluskan, status rundingan dengan pemegang konsesi adalah di takuk lama iaitu belum selesai. Tawaran yang dibuat Kerajaan Selangor perlu dijawab oleh pemegang konsesi menjelang 10 Mac 2013. Jika pemegang konsesi bersetuju, rakyat perlu tahu secara terperinci harga tawaran akhir da nisi kandungan perjanjian untuk menilai kenapakah pemegang-pemegang konsesi ini tiba-tiba bersetuju kalau harga tawaran tetap sama, sedangkan mereka menentang selama ini. Jika pemegang konsesi tidak bersetuju, maknanya Kerajaan Selangor terpaksa berunding dan mencari jalan baru kerana tidak ada komitmen yang mengikat di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan penstrukturan ini. RM2 bilion tambahan untuk ambil alih ekuiti pemegang konsesi sedia ada Ketiga, Artikel 4(iii) menyebut bahawa " selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air." Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion. Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan). Proses kelulusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Keempat, kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Negeri adalah dimandatkan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). Oleh kerana MOU ini tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan (seperti kenyataan Puan Faekah Hussin yang merundingkan MOU ini), maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO. Tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini boleh dipersoalkan. Empat perkara di atas adalah maklumbalas yang boleh menimbulkan spekulasi dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN. RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan 3 Mac 2014
ULASAN GB GB pulang lewat dari kerja hari ini kerana meneliti MOU di pejabat bersama-sama dengan seorang rakan yang juga seorang peguam. Hasil penelitian kami, maka kami berpendirian kenyataan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi mempunyai asas yang kukuh. Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan. Pertama, didapati hanya ada satu "perjanjian yang mengikat" iaitu Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2, sedangkan hal-hal lain bukan perjanjian tetapi hanya persefahaman. Ia benar-benar tempang dan berat sebelah. Kedua, GB bersetuju dengan Rafizi bahawa, kuasa yang ada pada Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan Negeri dan perlu dimandatkan terlebih dahulu melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). MOU ini ternyata tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan, maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO. Oleh itu, kerana ianya tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini bukan saja boleh dipersoalkan, malah ia adalah actionable dan boleh terbatal dengan perintah mahkamah. Kedua-dua perkara di atas bukan ANDAIAN, tetapi KENYATAAN. Kita tunggu penjelasan MB Selangor nanti. |
Mizz Nina Berhenti Menyanyi Untuk Jadi Muslimah Yang Lebih Baik Posted: 03 Mar 2014 04:40 AM PST Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidak menyesal dengan keputusan tersebut. "Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam. "Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya. Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu. Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi. "Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya. "Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya. Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan iaitu Madeena. "Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor. "Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," tuturnya. -mstar ULASAN GB Syabas diucapkan. Rezeki Allah ada di mana-mana. Semuga Allah memberikan ganjaranNya dan melimpahkan rahmatNya kepadamu terhadap langkah baik yang diambil seterusnya menjadi contoh teladan kepada yang lain. p/s Sekadar makluman Mizz Nina ialah anak kepada Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan Syarikat Arab-Malaysian & pro-Chancellor Open University Of Malaysia. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan