Kelab Greenboc |
- [EDISI BINGAI] Acara Bomoh Khurafat Dibiarkan, Solat Hajat Diambil Kenyataan.
- [PECAH BERITA] Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR
- [TERKINI] Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman
- [VIDEO] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh
[EDISI BINGAI] Acara Bomoh Khurafat Dibiarkan, Solat Hajat Diambil Kenyataan. Posted: 15 Mar 2014 01:01 AM PDT Solat hajat di KLIA diambil keterangan, ritual bomoh tidak ditahan SHAH ALAM, 14 MAC: Tindakan polis yang mengambil keterangan daripada Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim kerana meneruskan Solat Hajat dan bacaan Yasin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetus polemik di ruang maya khususnya laman sosial Facebook. Ia timbul kerana beberapa hari sebelumnya, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Md Zin, 80, yang melakukan ritual di KLIA tidak diambil tindakan sama. Perbuatan bomoh itu ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh Mufti dan beberapa pakar agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengguna laman sosial mula berkongsi gambar terbabit dan memberikan komen negatif terhadap penguatkuasa yang tidak mengambil keterangan terhadap ritual yang diadakan di lokasi sama. Bagi Gary Shah ALam, dia berpendapat pihak berkuasa Malaysia membiarkan perkara khurafat dilakukan tetapi solat hajat beramai-ramai diambil keterangan. "Kesian jugalah, kita buat sesuatu untuk kebaikan masih di soal jawab bukan dengan tuhan,tapi dengan sesama makluk,semua dugaan dari tuhan, kearah kebaikan agak susah..tapi bila arah kerosakkan, memang mudah," kata Nonoi Atie. Manakala, bagi Pas Cawangan Simpang Lima, berkata perkara terbabit berlaku hasil didikan pemerintahan yang tidak mengamalkan cara Islam. "Inilah dia didikan dari pemerintahan yang tidak mengamalkam cara Islam. Islam itu indah jika diamalkan. tetapi tidak bagi kerajaan BN. mengapa? mengapa mereka rela menolak Islam dan memartabatkan perkara yg bodoh untuk perjuangan dan sandaran mereka?," katanya melalui ruangan komen facebook Pas Cawangan Lima. Difahamkan, pada mulanya, Solat Hajat dan diimamkan Datuk Ismail Kamus yang diadakan anjuran Dewan Pemuda Selangor itu tidak dibenarkan pihak KLIA. Namun, diteruskan juga disebabkan kehadiran orang ramai untuk bersama mendoakan keselamatan penumpang MH370 sehingga memenuhi kawasan luar KLIA menyebabkan ia diteruskan. Bagaimanapun, Selangor Kini tidak dapat menghubungi Ismail dan Syarhan untuk mendapatkan sebarang komen, namun, melalui laman sosial itu, Syarhan berkata, beliau tidak mahu memperbesar dan mempolitikkan isu terbabit. -selangorku
|
[PECAH BERITA] Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR Posted: 14 Mar 2014 10:21 PM PDT Kajang: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. Gambar fail. "Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat. Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu. Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal. Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas. Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. -mstar
|
[TERKINI] Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman Posted: 14 Mar 2014 06:33 PM PDT Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat. Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia. Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka. Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan. Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing. "Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia. Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan. Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar
|
[VIDEO] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh Posted: 14 Mar 2014 06:17 AM PDT Raja Bomoh: Khairy ni gila, saya tampar baru tahu PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya. Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas. Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik. "Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. "Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight. "Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap," katanya. Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong. Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris. "Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung. "Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah," katanya. Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: "Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke." "Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam," katanya. Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta. "Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah," katanya. Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri. "Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri. "Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat," kata Ibrahim. Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu. "Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja," katanya. Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu. "Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai," katanya. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan