Kelab Greenboc |
- Khadijah Dakwa Dengar Teriakan Penumpang MH370 Ketika Baca Al-Quran
- [VIDEO] Selepas Membaca Kisah-kisah Ini, Kita Tidak Akan Marah Jika Terlepas Penerbangan....
- [TERKINI] Tumpahan Minyak Ditemui Di Lokasi Terakhir MH370, APMM Sahkan
Khadijah Dakwa Dengar Teriakan Penumpang MH370 Ketika Baca Al-Quran Posted: 10 Mar 2014 01:10 AM PDT Khadijah Md Dewi dakwa dengar teriakan penumpang MH370 - Tidak pasti samada benar atau tidak, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Khadijah Md Dewi telah berkongsi pengalaman mendengar suara orang ramai menyebut nama Allah dalam keadaan kesakitan diikuti suara perempuan. Perkongsian itu dimuatnaik Khadijah dalam bentuk komen terhadap status Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Facebook. Menariknya, komen beliau mendapat likes sebanyak 275 dan turut membuat para pengomen lain terkejut.
|
[VIDEO] Selepas Membaca Kisah-kisah Ini, Kita Tidak Akan Marah Jika Terlepas Penerbangan.... Posted: 09 Mar 2014 08:12 PM PDT Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu 'terlepas' penerbangan MH370 ke Beijing. "Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir. "Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu," kata Jessica. Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya. "Saya terus menjerit dan menghubungi kakak saya. Saya kata kepada beliau bahawa saya sepatutunya menaiki pesawat itu. Namun tidak ramai yang tahu bahawa saya seharusnya menaiki pesawat itu. Mereka yang tahu terus menghubungi saya tanpa henti," tambah beliau. Walaupun bersyukur, namun beliau bersimpati dengan penumpang-penumpang yang lain."Ia perasaan yang bercampur. Ramai berkata saya sepatutnya bersyukur namun saya bersimpati dengan ratusan penumpang yang lain kerana kalau tidak saya menjadi salah seorang penumpang. "Saya diberi peluang kedua. Ini semua ditakdirkan," akhiri beliau.Jessica akan bertolak ke Beijing pada Isnin pagi ~ Astro Awani
ULASAN GB Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadang-kala kita kecewa, apabila kita kita tertinggal bas, tertinggal teksi, tercicir penerbangan dan seumpamanya. Kita marah-marah, kita membentak, kita menangis, kita jarang mengingatkan diri sendiri bahawa apa juga kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap satu yang Tuhan lakukan (ciptakan) itu tidak ada yang sia-sia. Firmanullah di dalam Surah Ali Imran ayat 191 "orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Contohnya di dalam kejadian-kejadian di atas. Justeru itu di lain masa kita tidak akan lagi marah-marah atau kecewa jika kita tertinggal penerbangan. Malah kita bersyukur di dalam setiap keadaan kerana sentiasa ada hikmahNya yang kita tidak tahu mengapa kejadian itu menimpa kita. Kalau berkeras nak naik juga, mungkin kapalterbang itu yang membawa kita ke alam barzakh.... |
[TERKINI] Tumpahan Minyak Ditemui Di Lokasi Terakhir MH370, APMM Sahkan Posted: 09 Mar 2014 08:25 AM PDT Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines. Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad. "Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star. Gambar berkemungkinan serpihan pesawat MH370 di laut sekitar kawasan lokasi pesawat berkenaan hilang turut tersebar di laman media sosial China. Gambar berkenaan yang diambil oleh penumpang China menaiki pesawat lain yang selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pagi ini menunjukkan serpihan yang terapung berada sekitar 90 minit daripada ibu negara Malaysia. – TMI
ULASAN GB "Petunjuk" bahawa pesawat MAS MH370 mungkin terhempas ke dalam laut semakin jelas setelah diketemui tompokan minyak dan juga serpihan pesawat sekalipun pihak berkuasa Malaysia tidak atau lambat untuk mengesahkannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan