DUNIACACAMARBA |
- Aktivis Badan Islam Jawab Blog Siar Gambar Sesi ‘Murtad’ di Gereja
- Bersih Lancar ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’
- Kos Perubatan Swasta NAIK Senyap-senyap
- Atuk Kena Cekup dengan Janda (Pemimpin Parti Politik)
- Wanita Mahu Kahwini Lelaki yang Sudah Meninggal Dunia
- [Video] Ular Sawa BAHAM Buaya
- Hobi Pasangan Warga Emas Tonton Video Lucah dengan Volume yang Kuat
- Isu Makan Ikan Sungai RM1500, Tauke Kedai Beri Penjelasan
Aktivis Badan Islam Jawab Blog Siar Gambar Sesi ‘Murtad’ di Gereja Posted: 04 Mar 2014 04:39 AM PST [TMI] Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut. Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad. Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu. Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012. Ekoran itu, Ikram mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut. "Apapun niat blogger tersebut, ternyata perbuatannnya itu telah mewujudkan kesan negatif kepada individu terbabit dan masyarakat secara umumnya," kata Ketua Wanita Ikram Malaysia, Maznah Daud. Beliau berkata kelakuan seperti itu menggugat persefahman dan keharmonian antara rakyat yang lama terjalin di negara ini. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana ia bukan saja menimbulkan fitnah peribadi, tetapi membabitkan hasutan yang boleh memberi kesan kepada hubungan antara agama di negara ini. Sebelum ini, aktivis hak asasi Yu Ren Chung, yang turut hadir dalam majlis yang sama di Istac, tampil menafikan dakwaan blog tersebut. Yu berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial. "Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya. Blog yang menyiarkan gambar tersebut berkata ia adalah bukti kegiatan murtad di gereja, dan mempersoalkan PAS yang "masih menghalalkan usaha Melayu dimurtadkan". "Dulu PAS pernah berjanji untuk mentarbiah DAP supaya mengikut Islam. Tetapi sekarang, apa yang kita nampak. PAS yang kena 'tarbiah' supaya mengikut DAP. "Akhirnya, lama ke lamaan, ahli PAS yang dikristiankan. Ini bukan cakap saja, contohnya dah ada. Cuma kita perlu guna akal untuk berfikir." Pendedahan mengenai blog tersebut berlaku serentak laporan sebuah akhbar kononnya tiga lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di sebuah sekolah. Laporan itu kemudian didapati palsu, dan dipercayai sebahagian siri provokasi agama oleh beberapa pihak di Pulau Pinang. Baru-baru ini, beberapa gereja di negeri itu dikejutkan dengan kain rentang dipasang di luar gereja, yang menggunakan kalimah Allah dalam konteks Kristian. Beberapa gereja dan masjid juga menjadi sasaran serangan, termasuk insiden di masjid Cherok Tok Kun yang dibaling sekeping daging dipercayai khinzir. – Zulkifli Sulong/4 Mac, 2014. |
Bersih Lancar ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’ Posted: 04 Mar 2014 04:35 AM PST [KD] KUALA LUMPUR 4 MAC: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melancarkan 'Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi' untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal. "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi. "Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?" kata Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah. Katanya, BERSIH 2.0 menganjurkan Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mereka mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid. "BERSIH 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria dalam kenyataan. Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan 'Gugur pertuduhan Mejar Zaidi' dan 'Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi'. Penyokong diminta menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar bermula pada bulan April ini. Maria turut menyeru orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur. - 4/3/14 |
Kos Perubatan Swasta NAIK Senyap-senyap Posted: 04 Mar 2014 04:31 AM PST [MK] Kenaikan harga makanan dan petrol mendapat banyak perhatian namun ramai yang tidak menyedari mengenai pindaan ke atas satu undang-undang berhubung kawalan harga perkhidmatan rawatan kesihatan swasta. Pindaan ke atas Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember 2013, yang memberi kenaikan kadar bayaran melibatkan kesemua kategori untuk rundingan dan prosedur perubatan. Sebagai contoh, had kadar bayaran untuk rundingan pertama dengan pengamal perubatan umum sebelum ini ditetapkan antara RM10 hingga RM35 – namun mencecah paras antara RM30 hingga RM125 dengan kenaikan baru ini. Bagi doktor pakar, kadar bayaran bagi rundingan pertama, antara RM30 hingga RM125, kini dinaikkan kepada had antara RM80 hingga RM235. Kenaikan itu juga melibatkan prosedur perubatan antara 14 peratus hingga 18 peratus. Sebagai contoh, kadar fi pakar bedah bagi tebukan lumbar dinaikkan dari RM650 kepada RM745, rawatan pundi kencing dari RM1,875 kepada RM2,145 dan pemindahan buah pinggang dari RM4,150 kepada RM4,750. Sekiranya prosedur tersebut memerlukan khidmat pakar bius, kos untuk perkhidmatan itu juga dinaikkan. Kenaikan kos itu juga meliputi perkhidmatan pergigian. Sebagai contoh, kos bagi prosedur mencabut gigi yang tidak melibatkan pembedahan sebelum ini ditetapkan antara RM40 hingga RM250, tetapi kini ditetapkan antara RM45 hingga RM285. Para MP yang merupakan pengamal perubatan ketika dihubungi menyatakan bahawa mereka sendiri tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos tersebut kerana dilaksanakan secara senyap-senyap. "Sebagai MP, saya tidak mengetahui perkara ini dan ia setentunya tidak dibangkitkan semasa persidangan Parlimen yang lalu," kata MP Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong. Seksyen 106(2) akta tersebut memberi kuasa kepada menteri kesihatan untuk meminda harga dalam Jadual 13 melalui arahan dalam warta, selepas rundingan dengan ketua setiausaha kemeterian. Ini bermakna, prosedur tersebut tidak melalui Parlimen dan MP tidak perlu dirunding atau dimaklumkan. - Nigel Aw/4/3/14 Baca juga di sini. |
Atuk Kena Cekup dengan Janda (Pemimpin Parti Politik) Posted: 03 Mar 2014 08:00 PM PST [HM] Kangar: Kegiatan seorang janda berusia 30 tahun yang dipercayai bersekedudukan dengan seorang lelaki separuh abad terbongkar apabila ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), dalam serbuan di sebuah hotel murah, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.30 pagi, pasangan terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas pemeriksaan mendapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan. Sumber JAIPs berkata, pihaknya menerima aduan aktiviti pasangan terbabit lalu membuat intipan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan. "Pihak kami mendapat maklumat pasangan yang belum berkahwin itu sudah dua hari menginap di hotel berkenaan dan mereka memberikan kerjasama apabila membuka pintu bilik selepas diketuk oleh anggota penguat kuasa. "Hanya mereka berdua berada di dalam bilik dan pemeriksaan mendapati lelaki itu hanya memakai tuala dan baju-T manakala pasangannya berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik," katanya. Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu dan wanita yang memegang jawatan dalam sebuah parti politik itu mengaku tiada hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan. Menurutnya, kedua-duanya kemudian dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat JAIPs untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan. Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes diserahkan kepada pihak JAIPs. - 4/3/14 |
Wanita Mahu Kahwini Lelaki yang Sudah Meninggal Dunia Posted: 03 Mar 2014 07:30 PM PST [HM] Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu. Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande. Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael 'bersatu' berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin. "Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya," katanya. Menurutnya, mereka bercinta selama enam tahun dan sepatutnya berkahwin pada Jun 2012 namun Michael mati akibat serangan jantung. Pascale yang tidak dapat menerima kehilangan itu tetap berazam mahu mengahwini Michael dan menulis surat kepada pejabat Presiden memohon dibenarkan menggunakan undang-undang khas membolehkan perkahwinan dengan orang mati dalam keadaan tertentu. The Local melaporkan, undang-undang itu diperkenalkan pada 1959 selepas kejadian empangan pecah di selatan Perancis mengakibatkan 420 maut. Presiden ketika itu, Charles de Gaulle mencadangnkan perundangan itu selepas dihubungi seorang wanita mengandung yang tunangnya maut dalam tragedi berkenaan. Menurut Pascale, dia menulis surat sebanyak empat kali kepada pejabat Presiden dan akhirnya menerima jawapan 20 bulan kemudian yang meluluskan permohonannya itu. - Agensi/4/3/14 |
Posted: 03 Mar 2014 06:05 PM PST [HM] Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra. Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter. "Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. "Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan," katanya. Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat. "Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular," katanya. Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya. ULAR melingkar kekenyangan selepas menelan mangsanya. "Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. "Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya," katanya. - 4/3/14/ AFP |
Hobi Pasangan Warga Emas Tonton Video Lucah dengan Volume yang Kuat Posted: 03 Mar 2014 06:00 PM PST Hobi Pelik Pasangan Warga Emas [HM] Miri: Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tindakan sepasang suami isteri warga emas lingkungan 80-an yang menguatkan suara aksi dalam video lucah yang ditonton di televisyen sejak beberapa bulan lalu. Lelaki berusia 61 tahun dari sebuah taman perumahan, di sini, mendakwa gangguan bunyi bising daripada video lucah itu muncul antara jam 8 malam hingga tengah malam. Menurut sumber, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mempunyai hobi pelik dengan menonton video lucah hampir setiap malam dan menguatkan suara aksi dalam video itu sehingga mengganggu jiran berhampiran. Katanya, tindakan melampau pasangan terbabit menyebabkan lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri. "Beberapa jiran lain turut mengadu perkara sama serta pernah bertemu dengan pasangan itu supaya menghentikan tabiat mereka atau memperlahankan suara video lucah, namun tidak diendahkan. "Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mempunyai masalah mental atau sebaliknya, namun pengadu turut mendakwa pernah dimarahi lelaki berkenaan sebelum ini tanpa sebarang sebab," katanya. Dalam kes berasingan, seorang guru wanita terkejut selepas menerima panggilan daripada seorang kakitangan sebuah bank untuk pengesahan transaksi membeli barang kemas melalui kad kreditnya oleh individu tidak dikenali, semalam. Lebih mengejutkan, apabila mangsa berusia 32 tahun itu dimaklumkan turut mempunyai tunggakan kad kredit lebih RM6,000 walaupun tidak pernah menggunakan kemudahan itu. Sumber berkata, hasil perbualan dengan kakitangan bank terbabit, mangsa turut diberitahu kad kredit miliknya mula aktif awal Januari lalu dengan kadar had mencecah lebih RM10,000. "Pemeriksaan awal mendapati, ada kemungkinan identiti wanita itu digunakan individu tidak dikenali atau sindiket tertentu untuk memohon kad kredit tanpa disedari mangsa sendiri. "Mengesyaki sesuatu tidak kena berlaku mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut," katanya. Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan daripada ahli perniagaan itu. -4/4/14 |
Isu Makan Ikan Sungai RM1500, Tauke Kedai Beri Penjelasan Posted: 03 Mar 2014 05:45 PM PST 'Mereka sudah setuju' [HM] Kuantan: "Harga hidangan makan tengah hari sebanyak RM1,500 untuk lapan orang itu sudah dipersetujui pelanggan dan ia perkara biasa, bukan menghairankan kerana ikan kelah dan patin itu sukar diperoleh. "Tidak timbul isu pelanggan tidak berpuas hati dengan harga berkenaan kerana ia sudah dipersetujui sebelum disediakan," kata pemilik kedai makan, Haris Bakri Ismail, 46, yang kedainya di Temerloh menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan harga makanan tengah hari itu dikatakan terlalu mahal. Malah, ada antara pemilik akaun Facebook mengecop Temerloh yang dikenali sebagai bandar ikan patin sebagai lokasi harga makanan paling mahal di negara ini berikutan harga dikenakan pengusaha kedai makan di daerah itu dianggap melampau. Haris yang menjelaskan isu itu berkata, pelanggan terbabit mahukan ikan kelah dan patin buah, sambal hitam serta udang galah untuk hidangan dan harganya sudah dipersetujui. HARIS menunjukkan ikan kelah merah yang berharga RM200. Beliau yang sudah lebih 13 tahun berniaga berkata, dia tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggannya sebelum ini walaupun pernah menyediakan hidangan dengan harga RM5,000. "Saya menyediakan hidangan mengikut tempahan pelanggan. Sebagai contoh jika mereka mahu ikan kelah, saya perlu menempuh perjalanan hampir lima jam untuk mengambilnya daripada pembekal di Ulu Tembeling, Jerantut. - Syazwan Msar /4/3/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan