Isnin, 31 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ibu Pukul Anak Kecil Sehingga Mati Kerana...

Posted: 30 Mar 2014 09:13 PM PDT



[Mstar] SEORANG ibu dihadapkan ke mahkamah di Oregon kerana dituduh memukul anak lelakinya yang berusia empat tahun sehingga mati selepas mengesyaki mangsa mirip seorang gay.

Jessica Dutro dari Portland, Oregon, didakwa memukul anaknya Zachary Dutro Boggess hampir setiap hari sehingga mangsa mati pada Ogos, 2012.

Hakim yang mendengar pertuduhan itu turut meneliti bukti daripada mesej Facebook yang dihantar Dutro kepada teman lelakinya yang memberitahu dia bimbang dengan tindakan mangsa yang bercakap dan berjalan seperti seorang gay.

Wanita itu turut menulis mesej bahawa dia marah dan telah menghukum anaknya.

Zachary dipercayai maut kerana mengalami kecederaan pada tubuh badan akibat didera hampir setiap hari oleh ibu kandungnya. - 31/3/14


P/s: Gila kejam!



Lelaki Ceraikan Isteri Kerana Terlalu Gemuk, Ganggu Hubungan Seks

Posted: 30 Mar 2014 07:10 PM PDT



[HM] Dubai: Seorang lelaki memfailkan cerai terhadap isterinya yang didakwa terlalu gemuk sehingga mengganggu hubungan seks antara mereka. 

Dalam tuntutannya, lelaki itu mendakwa isterinya yang seberat 115 kilogram mengalami pelbagai penyakit sejak berat badannya bertambah sehingga menyebabkan dia tidak boleh mengadakan hubungan seks apabila wanita itu sering sakit. 

Sementara itu, sumber Mahkamah Dubai memberitahu Gulf News bahawa wanita itu sebenarnya yang memfailkan saman berkenaan, malah memfailkan permohonan awal bulan ini. 

Dalam tuntutannya, wanita itu mendakwa diabaikan suaminya yang juga dikatakan gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami. 

Ini menyebabkan suaminya membalas tuntutan berkenaan selepas terkejut dan marah dengan perbuatan isterinya itu selain gagal mencapai kata sepakat antara mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik. 

Suami berkenaan mendakwa isterinya punca masalah antara mereka. 

"Dia tidur hampir sepanjang masa, malah sering bangun pada waktu tengah hari. 

"Seharian dihabiskan menonton televisyen manakala saya dan anak tidak dipedulikan langsung. Dia semakin mementingkan diri sendiri dan sering marah-marah sehingga saya sukar intim dengannya. 

"Saya terpaksa membuat temujanji jika mahu mengadakan seks dengannya. - Agensi/31/3/14



Keluarga, Sahabat Juruterbang MH370 NAFI Laporan Daily Mail

Posted: 30 Mar 2014 06:41 PM PDT



[TMI] Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

"Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda," tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.

Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka.

Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.

Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.

Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.

Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.

Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media.

Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui, tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.

Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesahkan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewah itu tidak mempunyai masalah kewangan. – 31 Mac, 2014.

Tiada ulasan: