Rabu, 12 Mac 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam - Jakim

Posted: 12 Mar 2014 08:07 AM PDT

Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.
[Bernama] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - 12 Mac, 2014



[Video & Gambar ] Aksi Kedua "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Menilik Lokasi MH370

Posted: 12 Mar 2014 06:22 AM PDT


)



Sudah ramai yang memberikan komen tentang hal ini di media sosial. Ada yang mengaitkan aktiviti bomoh ini dengan perkara khurafat dan ada juga yang mengutuknya kerana mencemarkan imej Malaysia. Bagi mereka, ritual yang dilakukan oleh bomoh ini amat memalukan dan tidak terfikir oleh akal.

Selain orang awam, aksi bomoh, Ibrahim Mat Zin ini turut dipandang serius oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaludin dan Fathul Bari. Mereka mahu JAKIM mengambil tindakan terhadap bomoh ini. Laporan lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini

Yang sadisnya, aksi ritual bomoh ini serta pembantunya turut disindir oleh masyarakat antarabangsa. Misalnya:





Apa kaitan bomoh ini dengan UMNO? Lihat gambar:




P/s: Aksi pertama bomoh ini serta komen Dr Asri boleh ditonton dan dibaca di sini.


Berkaitan:

Bomoh Guna 'Permaidani Ajaib', Air Zam-zam, Kelapa Cari Pesawat Hilang





Bomoh Ibrahim Mat Zin menggunakan kelapa ketika mengadakan sesi ritual mencari pesawat MH370 di KLIA, Sepang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014.

[TMI] Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.

Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.

Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.

Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.

Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.

Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.

Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. – 12 Mac, 2014.


Cari Ayam RM1, Isteri Belanja Besar

Posted: 11 Mar 2014 11:05 PM PDT


Kos Rosmah ke Qatar Lebih RM400 000

[MK] MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

"Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Najib membeli ayam berharga RM1 seekor sewaktu menyampaikan anugerah kedai harga patut kepada pasar raya besar NSK, semalam. - Ahmad Fadli KC/12/13/14


KEGAGALAN Urus Krisis MH370 Dedah KEUPAYAAN Kepimpinan Malaysia - Penganalisis

Posted: 11 Mar 2014 08:46 PM PDT



[TMI] Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.

Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan "tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan" mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.

Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.

"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .

"Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."

"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan 'kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu'," kata Kessler. – 12 Mac, 2014.

New York Times KRITIK Maklumat TIDAK Tepat dan Kenyataan BERCANGGAH

Posted: 11 Mar 2014 08:28 PM PDT



[TMI] Akhbar antarabangsa New York Times (NYT) mengkritik maklumat tidak tepat oleh kerajaan Malaysia mengenai kehilangan penerbangan MH370, serta kenyataan pemimpin negara yang bercanggah dengan tentera.

Pendedahan pesawat Malaysian Airlines (MAS) menukar laluan dan kemungkinan berpatah balik oleh tentera menunjukkan Malaysia tidak mempunyai maklumat tepat lokasi sebenar pesawat tersebut, kata NYT.

"Tapi kerajaan dan syarikat penerbangan (MAS) masih juga mengeluarkan maklumat tidak tepat, tidak lengkap dan kadang kala tidak tepat dengan pegawai awam berbeza dengan pemimpin tentera," kata NYT dipetik berkata dalam artikel bertajuk "Malaysia Jet May Have Taken New Route Before Vanishing".

Semalam Berita Harian melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.

Kawasan mencari dan menyelamat juga diperluaskan sehingga ke Selat Melaka bagi melihat sebarang kemungkinan.

Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.

Pendedahan tersebut berbeza dengan maklumat awal diberikan oleh MAS yang mengatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan pagi Sabtu adalah di perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan Vietnam.

Menurut NYT, pengumuman tersebut menyebabkan banyak pihak terkeliru, mempersoalkan mengapa pendedahan tersebut lewat diberitahu.

"Malaysia, sanggup kamu sembunyikan perkara besar ini sehingga kini," lapor NYT memetik pengguna laman sosial Sina.com Weibo yang meluahkan kemarahan.

Pendedahan ketiga oleh MAS menambahkan kekeliruan, ia berkata pihak berkuasa "melihat kemungkinan" pesawat menuju ke Subang, lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik.

Sikap tidak konsisten kerajaan Malaysia dalam mengawal krisis kemudian bertambah buruk selepas Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan MAS, kata NYT.

"Polis mengatakan tiada bagasi yang dipunggah daripada pesawat sebelum berlepas pada Sabtu lalu, berbeza dengan kenyataan pegawai awam sejak tiga hari lalu," kata NYT yang dipetik dalam artikel tersebut.

Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia tidak berlaku dan MAS mengesahkannya pada sebelah petang.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima masih gagal menemui petunjuk baru.

Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya. – 12 Mac, 2014.



Anak Sanggup Kahwini Pemiutang Ayahnya, Apa Respons Lelaki Itu?

Posted: 11 Mar 2014 07:58 PM PDT


Sekadar hiasan.
[HM] Riyadh: Seorang wanita menawarkan dirinya sebagai isteri pemiutang ayahnya yang berusia hampir 40 tahun lebih tua daripadanya.

Keputusan itu dibuat untuk mengelak ayahnya dipenjara kerana berhutang sebanyak SAR3 juta (RM2.6 juta) dengan lelaki itu. 

Akhbar Al Watan melaporkan, wanita berusia 20-an itu sanggup berbuat demikian selepas ayahnya ditahan dan berdepan hukuman penjara. 

"Wanita itu menghubungi pemiutang ayahnya dan menawarkan dirinya sebagai isteri dengan mas kahwin SAR3juta (RM2.6 juta).

"Lelaki itu bagaimanapun berkata dia jauh berusia daripadanya dan mempunyai tiga isteri. Wanita terbabit tetap bersedia mengahwininya.

"Mereka kemudian bersetuju berjumpa di rumah keluarga berkenaan, malah memanggil kadi untuk menyempurnakan majlis itu manakala lelaki terbabit datang bersama peguamnya," lapor akhbar itu. 

Selepas sejam berbincang, pemiutang itu mengucapkan tahniah kepada 'bakal isterinya' atas keberaniannya namun berkata dia enggan mengahwini wanita berkenaan disebabkan jarak usia mereka. 

Menurutnya, dia mahu gadis itu mengahwini lelaki seusianya. 

"Dia kemudian menulis cek bernilai SAR300,000 (RM262,350) yang diberikan kepada gadis berkenaan sebagai hadiah perkahwinan untuk digunakan apabila dia berkahwin. 

"Dia menarik balik kes terhadap penghutangnya itu sebelum mendoakan Tuhan merahmati wanita itu," katanya. - Agensi/12/13/14


[Salut] Lelaki Dukung Anak 30KM ke Sekolah Setiap Hari

Posted: 11 Mar 2014 07:44 PM PDT

YU Xukang mendukung anaknya ke sekolah.
[HM] Sichuan: "Kasih ayah rela berkorban" ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan seorang bapa di China yang sanggup berjalan kaki mendukung anaknya yang kelainan upaya untuk ke sekolah sejauh hampir 30 kilometer setiap hari.

Keadaan itu mendapat perhatian kerajaan China yang menawarkan penginapan yang ditanggung sepenuhnya untuk bapa berkenaan di kawasan berhampiran sekolah bagi memudahkan urusannya. 

Yu Xukang, 40, mendukung anaknya, Xiao Qiang, 12, yang diletakkan di dalam bakul khas yang diikat di belakang badannya. 

Yu yang berasal dari kampung Fenyi di daerah Yibin terus gigih untuk menyekolahkan anaknya walaupun tangan dan kaki kanak-kanak itu bengkok.

"Saya sedar anak saya mengalami kecacatan fizikal tetapi otaknya berfungsi dengan baik. Bagaimanapun saya tidak dapat mencari sekolah berhampiran kediaman kami yang mempunyai kemudahan untuk orang seperti anak saya dan permohonan saya sering kali ditolak," kata Yu

"Satu-satunya sekolah yang dapat menempatkan anak saya ialah Sekolah Rendah Fengxi yang sejauh lapan kilometer," katanya. 

Lelaki itu berpisah dengan isterinya sewaktu Xiao berusia tiga tahun dan membuat keputusan untuk membesarkan anaknya seorang diri. - Agensi/12/13/14


P/s: SALUT!!!!


Potong Kemaluan Kekasih Sebelum Bunuh

Posted: 11 Mar 2014 07:41 PM PDT


Sekadar hiasan.
[HM] Hong Kong: Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya.

Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu. 

Dia mengaku tidak bersalah. 

Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu.

Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya.

Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya. 

Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas. 

Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan. 

Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta. 

"Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari," kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. - AFP/12/13/14



Bapa Noda Anak Sejak Usia 4 Tahun Dicekup

Posted: 11 Mar 2014 07:00 PM PDT


[HM] Ipoh: Tindakan seorang bapa menjadikan anaknya sebagai tempat memuaskan nafsu terbongkar apabila mangsa membuat laporan di Balai Polis berhubung kejadian berkenaan, petang kelmarin.

Sumber polis berkata, suspek berusia 40-an kini diberkas dan ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, suspek merogol anak kandungnya antara 2004 hingga 2007 ketika berusia antara empat dan tujuh tahun.

"Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang kini berusia 14 tahun.

"Mangsa mengadu dirogol bapa kandung disyaki seorang penagih dadah sejak berusia empat hingga tujuh tahun," katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa kemudian berpindah ke kediaman baru di Jalan Thambusamy di sini dan ketika di kediaman baru itu juga bapa mangsa sering mengajak mangsa melakukan hubungan seks tetapi tidak dipersetujui mangsa.

"Kejadian terbaru berlaku pada 9 Mac lalu jam 9 malam ketika mangsa di dalam bilik bersama ibunya.

"Bapa mangsa masuk bilik dan memeluk mangsa menyebabkan mangsa menjerit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan. -12/3/14


Ketua Tentera Udara Malaysia NAFI Berkata MH370 Dikesan di SELAT MELAKA

Posted: 11 Mar 2014 06:34 PM PDT



[TMI] Semasa pencarian kehilangan pesawat MH370 diteruskan untuk hari kelima, ketua tentera udara Malaysia menafikan kenyataan pesawat malang itu dikesan radar tentera berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka.

Akhbar pro-kerajaan Berita Harian memetik Jeneral Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata radar tentera udara di pangkalan Butterworth percaya ia mengesan Boeing 777- 200ER sehingga ia hilang pada jam 2:40 Sabtu lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak membuat sebarang kenyataan seperti di atas, apa yang berlaku adalah wartawan Berita Harian bertanya kepada saya jika berlaku kejadian seperti itu seperti yang diperincikan dalam cerita mereka, namun saya tidak memberikan apa-apa jawapan kepada soalan itu.

"Sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan itu, "sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014, semasa sidang akhbar dengan Ketua Angkatan Tentera di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beberapa jam selepas kenyataan beliau disiarkan akhbar itu, agensi berita antarabangsa Reuters memetik laporan berkenaan sebagai berkata TUDM mengesan pesawat berkenaan ke Selat Melaka yang merupakan salah satu laluan kapal paling sibuk di dunia.

Bagaimanapun kenyataan Rodzali hanya merujuk kepada laporan akhbar berbahasa Melayu itu dan bukan Reuters.

"Saya meminta salah laporan ini dipinda dan diperbetulkan untuk mengelakkan salah tafsiran apatah lagi ia jelas tidak tepat dan laporan yang tidak betul," kata beliau dalam kenyataan enam perenggannya.

Akhbar Melayu itu melaporkan ketua TUDM mengesahkan pangkalan udara TUDM di Butterworth mengesan isyarat lokasi pesawat sebagai menunjukkan ia berpatah dari laluan asal ke Kota Bahru, Kelantan, dan dipercayai terbang melalui ruang udara pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia.

"Kali terakhir pesawat itu dikesan oleh menara kawalan udara adalah di sekitar Pulau Perak di Selat Melaka pada jam 2.40 pagi sebelum isyarat hilang tanpa sebarang kesan," kata beliau sebagaimana dipetik akhbar Berita Harian.

Laporan Berita Harian itu masih kekal di portal berita pagi ini.

Sementara itu kenyataan daripada jurucakap bagi Pejabat Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, bercanggah dengan satu temu bual bersama The New York Times.

Tengku Sariffuddin berkata: "Bagi mereka tahu selain ATB, tiada perkembangan baru."‎

Kenyataan Rodzali pada 9 Mac, sehari selepas jet penumpang hilang, berkata bahawa "TUDM tidak menolak kemungkinan Air Turn Back (ATB) daripada laluan asal sebelum pesawat hilang dari radar dan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang."

"Pada masa ini TUDM memeriksa dan menganalisis semua kemungkinan bagi laluan penerbangan pesawat itu ekoran kehilangannya .

"Bagaimanapun pada masa ini, ia tidak sesuai untuk TUDM mengeluarkan apa-apa kesimpulan rasmi berkenaan laluan penerbangan pesawat sehingga kita mendapat kepastian dan pengesahan.

"Bagaimanapun semua operasi mencari diteruskan yang merangkumi semua kawasan kemungkinan pesawat mendarat bagi memastikan tidak ada kemungkinan yang terlepas pandang," katanya dalam
kenyataan itu semalam.

Ketua tentera udara itu juga berkata, maklumat dan perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diberi melalui kenyataan rasmi dan sidang media.

"Usaha terkini kami tertumpu kepada mencari pesawat sesegera yang boleh," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang secara misteri pada jam 1:30 semasa penerbangan menuju ke Beijing.

Sementara itu kenyataan daripada jurucakap bagi pejabat perdana menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, bercanggah dengan satu temu bual bersama The New York Times.

Tengku Sariffuddin berkata, "Sepanjang pengetahuan mereka, selain ATB, tiada perkembangan baru." – 12 Mac, 2014.



Tiada ulasan: