Khamis, 6 Mac 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa jadi kepada Kajang Move kalau Anwar tak layak tanding?

Posted: 06 Mar 2014 06:57 AM PST

MSO


Rayuan pihak pendakwaan raya terhadap pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat 'pembacuh kopinya' bermula hari ini sehingga esok. Rayuan berjalan selepas Anwar gagal untuk mengenepikan Shafei Abdullah daripada mengepalai barisan pendakwa.

Perbicaraan berlangsung di hadapan tiga hakim Mahkamah Rayuah, Balliah Yusof, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh. Rayuan ini berjalan penuh debaran dan teka teki. Nasib Anwar akan ditentukan dalam perbicaraan ini, bukan saja apakah dia layak menjadi calon pilihan raya kecil Dun Kajang ataupun dia akan dihantar ke penjara.

Untuk menilai perkembangan ini agak sukar kerana keadilan dalam perbicaraan ini bukan menjadi tanda asas untuk menentukan nasib Anwar. Sekiranya mahkamah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, kepercayaan kepada mahkamah boleh diletak. Sebaliknya kalau mahkamah dipengaruhi mana-mana pengaruh dan kepentingan, keadilan diharapkan itu sia-sia saja.


Pokok pangkal kini apakah Anwar terus dianggap musuh oleh pihak tertentu yang boleh mengusasi mahkamah? Kalau iya, dan orang itu masih mempunyai sisa kuasa maka mahkamah tidak akan berjalan menurut prinsip-prinsipnya. Jadilah perbicaraan rayuan itu sebagai formaliti saja.

Kenapa dikatakan begitu, kerana terdapat kes-kes berat yang dibebaskan tetapi tidak dirayu oleh pihak pendakwa. Petunjuk ini menjelaskan bahawa dalam proses keadilan dan kesaksamaan yang diuruskan manusia ada kepincangannya.

Meneliti kepada perkembangan dan simpang siur kes ketua pembangkang ini, elok kalau PKR menyediakan pelan alternatif untuk pilihan raya kecil Kajang. Walaupun sekirang berlaku apa-apa kepada Anwar, Kajang Move tidak bermakna lagi, tetapi kerana kerusi itu telah kosong, Pakatan Rakyat harus bertanding.

Zaid Ibrahim tidak akan bertanding di Kajang sekiranya Anwar tidak dapat bertanding. "Saya tidak akan bertanding, kalau Anwar tidak boleh bertanding," begitulah akuinya yang terdengar ke telinga saya.

Dalam konteks politik mengenai Anwar ia menjadi masalah kedua, tetapi yang penting Kajang harus disertai oleh Pakatan Rakyat.

Mengenai natijah rayuan pendakwa ke atas kes Anwar itu, saya boleh baca begini, mungkin keputusan terhadap rayuan itu ditangguhkan. Penangguhan itu sekiranya Anwar didapati bersalah memberi laluan kepada Anwar untuk tururt bertanding. Tetapi ia memberi kesan buruk kepada politik negara ini sekiranya Anwar bertanding menang kemudian keputusan mahkamah didapati dia bersalah menyebabkan satu lagi pilihan raya terpaksa diadakan?

Kajang Move nampaknya melangkah bukan saja untuk Anwar tetapi ia boleh melangkah jauh terutamanya ke dalam Pakatan Rakyat. Saya berani mengatakan kalau Anwar sekali lagi dirihatkan dalam penjara ia akan mengucar kacirkan Pakatan Rakyat.

[WASPADA] Ada Gerakan Menghasut Ahli PAS Untuk Boikot PRK Kajang!

Posted: 06 Mar 2014 06:51 AM PST


KELAB GREENBOC


Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.

Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photo Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.

TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli PAS yang menyeru dan menghasut orang lain untuk memboikot PRK berkenaan walau apa alasan sekalipun.

Soal siapa MB selepas PRK, soal kes mahkamah Anwar, soal MoU Air, soal saman RM2 juta - itu semua adalah isu-isu semasa yang perlu dikendurkan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk memboikot PRK Kajang.

Seruan memboikot PRK Kajang adalah hampir menyamai seruan Abdullah bin Ubai, ketua kaum munafik semasa zaman Rasulullah saw dimana beliau telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap kaum muslimin. Semasa perang Badar, dialah yang menghasut orang-orang beriman agar tidak berperang dan semasa perang Uhud pula dia menyeru kaum Muslimin untuk berundur dari medan perang.

Dan di dalam setiap perjuangan dan peperangan akan tetap muncul golongan munafikin Abdullah Ubai ini. Oleh itu berwaspadalah dan jangan termakan hasutan mereka.

Bukankah di dalam amal jamaiey, apabila pimpinan telah membuat ketetapan sepatutnya HARAM bagi mana-mana ahli di dalam jemaah bertindak memboikot/menentangnya?

Berikut ialah kenyataan TGHH semasa melancarkan Jentera Pemuda PR di Kajang dan kenyataan Naib Presiden PAS, Tn Hj Salahuddin Ayub seperti tersiar di dalam harakahdaily.


PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,"
katanya.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.
-HD

LIHAT VIDEO DI SINI

PRK Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur


KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

"Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.

Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat.


"Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.

"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang.

"Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.

Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS, Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN dalam PRK ini".

Salahuddin bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti nyanyian lagu PAS beramai-ramai.
-HD

LIHAT VIDEO DI SINI




Anwar patut dibebaskan tanpa dipanggil membela diri dalam kes liwat, kata Karpal

Posted: 06 Mar 2014 06:35 AM PST

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan liwat tanpa perlu dipanggil untuk membela diri memandangkan pegawai penyiasat gagal mengikuti arahan pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur semasa mengendalikan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebagaimana yang diberitahu kepada Mahkamah Rayuan hari ini.

Peguam Karpal Singh berkata, Dr Siew Shue Feng mengarahkan Supt Judy Blacious Pereira untuk menyimpan 12 sampel dalam peti sejuk sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia.

"Integriti sampel tidak diambil kira Pereira kerana beliau menyimpannya di dalam fail kabinet di pejabatnya dan bukannya peti ais," kata beliau dalam hujahnya.

Dr Siew menyerahkan sampel, termasuk swab rektum, yang diambil daripada Saiful untuk ujian DNA.

Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya, di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Karpal berkata arahan ketua polis negara tidak menyatakan bahawa seorang pegawai penyiasat boleh mengeluarkan sampel daripada beg dan sebaliknya memasukkan ia ke dalam sampul surat berasingan sebelum melabelkannya.

Beliau berkata sampel diambil di hospital kira 56 jam selepas kejadian dan pegawai polis hanya menyerahkannya 40 jam kemudian kepada pakar kimia hospital kerajaan, Dr Seah Lay Hong kira-kira jam 7.30 petang  pada 30 Jun 2008.

Karpal berkata pihak pembelaan mencabar Dr Seah kerana integriti sampel dikompromi dan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Beliau berkata hakim perbicaraan percaya testimoni dua pakar saksi pembelaan ke atas dua ahli kimia tempatan, termasuk Dr Seah.

"Itul adalah faktor yang menyebabkan hakim memutuskan untuk membebaskan Anwar selepas mendengar keterangan daripada dua pakar asing," katanya.

Pada 9 Januari, 2012, Anwar, 66, dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Bagaimanapun, Putrajaya merayu terhadap keputusan itu.

Beliau juga berkata, mahkamah perlu mengambil kira keterangan Saiful  kerana selepas kejadian itu menunjukkan beliau boleh meninggalkan apartmen kerana pintu tidak berkunci.

"Bagaimanapun, beliau sempat makan karipap dan minum kopi dengan Anwar serta berada dalam apartmen selama 20 minit sebelum meninggalkannya," katanya.

Peguam itu memberitahu mahkamah walaupun dalam kes liwat yang pertama, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar selepas membuang keterangan pengadu Azizan Abu Bakar kerana kekurangan kredibiliti.

Ramkarpal Singh, pembantu Karpal berkata, DNA yang dianalisis Dr Seah menunjukkan terdapat penyumbang ketiga pada sampel yang diambil daripada celah kelangkang  Saiful.

Yang lain adalah Anwar dan Saiful.

"Mungkin, Saiful ditusuk pihak ketiga," kata Ram Karpal.

Beliau berkata memandangkan sampel diserahkan kepada Dr Seah 96 jam kemudian terdapat kemungkinan besar berlakunya penyusutan kualiti.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembelaan menunjukkan sampel itu seperti baru.

"Justeru, adalah meragukan sama ada sampel yang dikutip daripada Saiful adalah yang dihantar untuk dianalisis," katanya.

Perbicaraan ditangguhkan esok.

Sebelum itu, Karpal terus mengecam timbalan pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana memburukkan imej Anwar.

Karpal, yang juga pengerusi kebangsaan DAP berkata, peguam Umno itu membuat kenyataan terhadap ketua pembangkang bagi pernyataannya yang dibuat dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi.

Shafee, semasa berhujah awal hari ini berkata, pihak pembelaan Anwar di Mahkamah Tinggi adalah penafian kosong apabila ketua PKR itu hanya memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

"Tetapi beliau juga menyerang hakim , pihak pendakwa dan kerajaan apabila beliau memberi kenyataan tidak bersumpah," Shafee berkata .

Beliau berkata  adalah menjadi asas undang-undang bahawa seorang tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan dan disoal balas, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah.

Karpal berkata beliau lama bersabar dan tidak mahu mengganggu Shafee selama lebih dua jam setengah apabila peguam berhujah dengan mencampurkan kenyataan politik.

Peguam veteran itu berkata, para hakim Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan kes ini beradasarkan bukti.

"Sebarang hujah mesti berada dalam parameter undang-undang," katanya dalam bilik mahkamah penuh yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong PKR.

Beliau berkata, Shafee mengelirukan mahkamah apabila beliau bercakap piawaian pembuktian dalam kes-kes jenayah bergantung kepada keseimbangan kebarangkalian, lebih rendah daripada ujian keraguan munasabah.

Sama ada Shafee atau para hakim yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menyampuk Karpal yang berkerusi roda  yang juga seorang ahli politik semasa berhujah dengan suara yang kuat dan tegas.

Beliau juga berkata, di dalam perbicaraan jenayah itu pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab membuktikan setiap bukti bagi pertuduhan itu.

"Orang yang dituduh tidak perlu membuktikan dia tidak bersalah," kata Karpal merujuk kepada hujah Shafee bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menyoal balas Anwar di Mahkamah Tinggi kerana beliau hanya memberikan kenyataan dari kandang tertuduh.

Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!

Posted: 06 Mar 2014 06:31 AM PST



br1m dihentikan


Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan : Bila mula kedengaran BR1M iaitu versi BR1M 1.0? Ia mula dilakukan ketika pembentangan bajet 2012 ketika negara sedang dalam "mood" dan bahang menhadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Lantas, pemerhati politik melihatkan BR1M ini sebagai "gula-gula politik" untuk mendapatkan mata tambahan daripada rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) yang dilihatkan mampu diterjemahkan kepada undi dalam Pilihanraya Umum ke13 terutamanya kepada golongan yang tinggal di kawasan kampung, FELDA dan pedalaman Malaysia. Itu kata mereka……

Hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad sekali menemplak cara Najib Razak menguruskan kewangan negara dan merasakan pembayaran BR1M sangat tidak efisien & bakal membebankan kewangan Malaysia. Hujahnya?

Tun Mahathir Mohamad : BR1M Beban Negara!!

br1m dihentikan
  • Kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.
  • Pemberian antara RM300 hingga RM650 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM4.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion. (SEPERTI YANG DIJANJIKAN DI SINI)
  • RM4.5 bilion satu jumlah yang sangat banyak, apatah lagi RM8.4 bilion kelak. Masalahnya masih ramai lagi orang miskin di negara Malaysia.
  • Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat jikalau kena caranya
  • Sepatutnya kerajaan perlu cari jalan & sebab mengapa rakyat Malaysia menolak kerajaan. Pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat dan mampu diterjemahkan sokongan kepada kerajaan
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa kalau mahu berbincang isu subsidi ini mesti ada disiplin ekonomi yang tinggi. Dan Berita Semasa ada melakukan pengiraan secara kasar mengenai pembayaran BR1M ini di mana :
  • Kerajaan mengatakan 7 juta isi rumah termasuk bujang telah menerima BR1M
  • Secara puratanya, 3 orang untuk setiap isi rumah
  • Untuk tahun ini, 30 juta jumlah rakyat Malaysia berjaya dicatatkan
  • 3 x 7juta = 21 juta orang telah terkesan dengan pemberian tidak kira samada banyak atau sedikit kesannya terhadap setiap isi rumah yang ada
  • 30 juta – 21juta = 9 juta rakyat Malaysia tidak menikmati BR1M
  • 1% golongan taikun kaya, VVIP, golongan kaya = Mewakili 3 juta daripada seluruh populasi di Malaysia
  • Bermakana 6juta yang tidak menikmati BR1M
  • 17 ribu yang menolak BR1M 3.0 = 5.083 juta
  • Sekitar jumlah 5 juta orang ini sebenarnya mewakili 12% daripada populasi rakyat Malaysia yang dahulunya dapat dan menikmati subsidi minyak, gula (PENGUMUMANNYA DI SINI) dan sebagainya yang telah ditarik sedikit demi sedikit atas nama rasionalisasi subsidi.
  • Tetapi disebabkan BR1M, ramai yang tidak BR1M apatah lagi subsidi minyak yang telah ditarik nilainya dan subsidi gula yang telah pun dihapuskan subsidinya
  • Hasilnya, kelompok yang 12% ini apa yang mereka perolehi? Kenaikan kos sara hidup yang menghimpit dan dalam pada masa yang sama mereka yang membayar cukai kepada negara, tidak mendapat apa-apa sebagai "pulangannya"
  • Oleh itu, Berita Semasa ingin bertanya kepada pihak kerajaan di mana pembelaan untuk kumpulan 12% rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara sedangkan hak mereka dinafikan ketika ini?
Tidak cukup dengan itu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Fatimah Kari tampil dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan terhadap rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2014. Hasilnya?

Dr. Fatimah Kari & Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Mahu BR1M Dihentikan!

Banyak yang negatif daripada posif pembayaran BR1M ini antaranya ialah :
  1. Pemberian BR1M harus dihentikan segera kerana tidak efektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam jangka waktu yang panjang
  2. Sebaliknya selepas BR1M dihentikan dan digantikan segera dengan bantuan bersifat perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah seperti akses kepada perlindungan insurans, perubatan dan pendidikan.
  3. Pemberian BR1M secara berterusan juga tidak menyokong Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  4. Mencipta peluang pekerjaan supaya mereka boleh mendapat pendapatan tambahan yang berterusan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  5. Buka peluang & beri galakan kepada golongan miskin untuk menceburi bidang keusahawanan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta keluar daripada kemiskinan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini
  6. Rasionalisasi subsidi telah menyebabkan berlaku peningkatan paras kemiskinan diklanagan rakyat Malaysia & inflasi terus melonjak tinggi (BERITANYA SINI)
P/S : Sayang seribu kali sayang, Pusat Pungut Zakat (PPZ) acapkali bermegah dengan kutipan zakat yang berjumlah berbilion-bilion setiap tahun. Malangnya, ramai golongan yang layak masih dibiarkan tanpa bantuan setiap tahun. Takut "tersalah beri bantuan katanya", tetapi Pusat Zakat tersalah guna tidak mengapa?

PP/S : Sepatutnya, Malaysia perlu perkasakan Pusat Zakat & Jabatan Kebajikan Masyarakat…
PPP?S : Anda bersetuju BR1M dihentikan?

Asyraf jangan jadikan YADIM cawangan BTN

Posted: 05 Mar 2014 09:33 PM PST

SUBKY LATIF


Lepas diangkat jadi Pengurusi YADIM dia pun diangkat ahli Majlis Tertinggi Umno. Dia pun ke England jumpa pelajar dan beri isyarat akan adakan program untuk pelajar-pelajar kita di luar negara.
    
Mengadakan dakwah untuk pelajar adalah baik tetapi Dr Asyraf Wajidi Dasuki jangan jadikan program dakwah itu bagi menjadikan mereka Umno seramai-ramainya.
    
Cukuplah kerja mengUmnokan seramai-ramainya dibuat oleh Biro Tata Negara dengan kerjasama dengan kedutaan di setiap negara itu. Yayasan Dakwah buat program dakwah untuk semua supaya masing-masing dapat didekatkan dengan akhlak Islam.
   
Biar kerja mengepung pelajar Islam di perantuan itu dijaga oleh Khairy Jamaluddin sebagai sifatnya Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan. Biar dia guna peruntukan kementeriannya bagi menyambung spesies Umno dalam kalangan anak muda itu.
   
Jika YADIM pula buat kerja yang sama, maka banyak sangat pihak yang membuat kerja yang  sama dan akhirnya nanti YADIM hilang fokus tentang tujuan ia dibentuk. Boleh buat kerja sambilan tetapi jangan nanti dilihat YADIM sama seperti BTN atau cawangan BTN sebagai pusat sumber menyebarkan perkauman.
   
Yayasan Dakwah sepatutnya bekerja untuk mendekat sekalian rakyat majmuk kepada  Islam dengan menyampaikan seruan Islam kepada mereka. Jika tidak, semua rakyat dapat menerima Islam biarlah majoritinya berfikiran Islam.
   
Seperti Buddha, Hindu dan Islam sendiri dengan pesatnya penyebaran ajaran Nasara, sekalipun tidak semua menukar agama, ramai yang kekal dengan agama Islam tetapi mereka berfikiran barat. Fikiran barat adalah adunan fikiran Kristian dan Yahudi. Ramai orang Islam mendirikan masjid dan mendirikan solat tetapi berfikiran barat. Mereka menolak syariat sekali pun ia bertentangan dengan ajaran Islam.
   
Jika orang Buddha dan Hindu boleh kekal Buddha dan Hindu berfikiran Kristian-Yahudi, apa susahnya kekal dengan  agama masing-masing tetapi berfikiran Islam. Apabila ia berfikiran Islam, maka sudah dekat hatinya dengan Islam. Seorang Hindu berfikiran Islam hatinya dekat dengan hati orang Islam yang berfikiran Islam. Tetapi Islam yang tidak berfikiran Islam hatinya jauh dari saudara Islamnya yang berfikiran Islam.
    
Mana orang Islam yang tidak berfikiran Islam? Itulah sekular, lilberalisma, pluralisma dan lain-lain.
    
Kerja Islam jadi susah kerana adanya orang Islam seperti ini. Yayasan Dakwah yang ditubuhkan lepas 13 Mei dulu, bukan saja tidak berjaya mendekat Islam kepada masyarakat majmuk, malah yang dulunya libralisma dan pluralisma yang tidak diketahui  dulu menjadi percambahan fikiran sekarang.
   
Ini tanda Yayasan Dakwah tidak berkesan. Penganut agama lain adalah sangat jauh dengan Islam. Banyak masalah menyampaikan dakwah walaupun ia bukan tidak dapat dibuat. Sebagai badan yang dekat dengan kerajaan, ia dekat dengan Umno. Ia tidak dipeduli Yayasan Dakwah selama ini. Maka anak Dasuki ini patut jangan biarkan  Umno jauh dari fikiran Islam.
   
Sasaran pertamanya, sebarkan fikiran Islam seluas-luasnya dalam kalangan ahli dan pengikut Umno supaya tiada lagi yang berfikiran sekular barat yang ditunjangi oleh pemikiran Yahudi-Nasrani.
  
Selain ia sepatutnya menyelaraskan segara NGO dakwah yang benyak, adakan penyatuan fikrah dan bertindak sejalan, ia mesti ada dasar bagi mengisi kementerian pelajaran dengan pengisian dakwah. Biar dalam kementerian itu ada pengarah dakwahnya, supaya karikulum dan pelajaran yang disampaikan mengandungi misi dakwah.
   
Bahkan setiap jabatan ada pegawai dakwah yang kerjanya bukan sekadar menyampai kuliah tengah hari tetapi memikirkan dasar dakwah yang perlu  ditetap dan dipantau.
  
Semua pengatur dakwah di jabatan kerajaan dan badan swasta berpusat sumbar dari Yayasan Dakwah. Sebelum mengepung anak muda menjadi Umno, pastikan dakwah itu berjaya dalam Umno dulu. Jika tidak, anak Dasuki tidak lebih dari seorng makan gaji seperti Jamil Khir dan Abdullah Zain.

PAS anjur demonstrasi penoreh getah 5 April

Posted: 05 Mar 2014 09:03 PM PST

MALAYSIAKINI


Satu demonstrasi akan diadakan pada 5 April ini sebagai tanda solidariti kepada penoreh gerah yang terkesan dengan penurunan harga komoditi itu, kata Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata PAS Kedah akan menganjurkan demonstrasi itu yang dijadual berlangsung di Baling pada petang tarikh tersebut.

Perhimpunan itu akan menjadi sebahagian kempen bersepadu mendesak kerajaan mendengar rungutan penoreh getah, terutama mereka yang tidak memiliki tanah di mana mereka bekerja.

"Pemuda PAS akan turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan terhadap nasib penoreh getah di seluruh negara.

"Kami juga akan mengadakan membuat siri penerangan penurunan harga getah di seluruh negara," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Penoreh getah di Sik, Padang Terap dan Baling - semuanya di Kedah - masing-masing telah menganjurkan bantahan mereka terhadap kerajaan negeri berhubung harga getah.

Harga getah terkini mencecah RM2.50 sekilogram berbanding RM3 pada Januari tahun ini.

"Bagi penoreh getah yang mengambil upah untuk kebun getah seluas 2 relung (1.4 ekar) pendapatan bulanan yang mampu mereka perolehi sekitar RM400 ke RM500 sahaja... Mereka hanya mengambil upah kerana ketiadaan tanah.

"Jumlah pendapatan sebegini telah menyebabkan sebahagian besar penoreh getah berada bawah paras kemiskinan," katanya sambil menuntut kerajaan menaikkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS mendesak kerajaan memperuntukan sejumlah subsidi kepada penoreh getah sebagai penyelesaian jangka masa pendek sementara proses kajian dan semakan terperinci dijalankan bagi mengatasi masalah harga getah.

Demo pesawah Pekan di Rompin

Dalam perkembangan berbeza, sekumpulan pesawah Pekan pula hari ini turut berhimpun di Rompin bagi membantah layanan PadiBeras Nasional (BERNAS) terhadap mereka yang didakwa tidak adil.

Difahamkan pesawah daripada empat kampung dalam mukim Bebar itu tidak berpuas hati dengan potongan harga padi berdasar sistem pemutuan sedia ada.

"Pada saya, inilah contoh klasik yang berulang kembali dalam bentuk baru tetapi isinya sama, iaitu sistem padi kuncha yang membelit dan menindas pesawah sejak sekian lama.

"Dan akhirnya kemiskinan akan tetap menjerut pak tani," tulis seorang pemimpin kanan PKR Ahmad NizamHamid dalam laman perkongsian gambar Instagram.

Dalam perhimpunan pagi tadi, pesawah antaranya membawa plakad bertulis "Beras Nasional fikir secara rasional" dan "Kerjalah dengan ikhlas, kita Melayu sama Melayu".

P'raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac

Posted: 05 Mar 2014 08:54 PM PST

MALAYSIAKINI





Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Balingian pada 29 Mac, seminggu selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan, tarikh penamaan bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 17 Mac, yang memberi tempoh 12 hari untuk berkempen.

Parti Bumiputera Bersaka Bersatu (PBB) yang dipimpin Taib sehingga kini masih belum menetapkan calon untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan bekas ketua menteri itu pada 28 Februari lalu.

PKR telah mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Laporan Audit: Mengapa 9 kertas siasatan syor ditutup?

Posted: 05 Mar 2014 08:49 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan pihak Peguam Negara yang bertindak menyerahkan semula 9 kertas siasatan dengan syor menutup kes.

Kertas siasatan tersebut adalah daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran daripada beberapa kes pendedahan yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

"Saya minta pihak Jabatan Peguam Negara mendedahkan 9 kertas siasatan berkenaan dan justifikasi supaya kes-kes tersebut disyorkan untuk ditutup," ujar Timbalan Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff kepada Harakahdaily.

Katanya, Jabatan Audit Negara telah melakukan audit dengan berkesan, bagaimana pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara dengan begitu mudah 'mengenepikan' dakwaan salah laku yang telah didedahkan.

Ini, tambah beliau bukan kecuaian kecil dalam melaksanakan prosedur pentadbiran dan kewangan, ia adalah keraguan yang munasabah untuk disiasat dan diadili dengan sewajarnya.

Sebagai contoh, katanya dalam kes Projek Taman Dusun Bandar yang pernah diutarakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Tambahnya, terdapat satu kontrak untuk membekalkan 6 komponen peralatan playground dengan kos berjumlah RM194,200.

Namun, kata beliau penemuan audit mendapati hanya satu komponen sahaja dibekalkan dengan kos yang lebih tinggi iaitu RM230,000.

Justeru, beliau berharap agar pihak SPRM bertindak profesional dan lebih efektif dalam melakukan siasatan dan mendesak pihak Jabatan Peguam Negara tidak meremehkan kes-kes yang didedahkan dalam laporan audit berkenaan.

"Isu-isu penyelewengan dan ketirisan setiap tahun didedahkan oleh jabatan audit, namun seolah-olah ia didiamkan demi kepentingan politik pihak tertentu," katanya lagi.

Jika ada wanita tidak tutup aurat, mereka diarah pulang

Posted: 05 Mar 2014 08:45 PM PST

ASLANI M 


KOTA BHARU: Ketika itu Sultan Mansor mengarahkan hulubalang berkawal di pintu masuk ke Kota Bharu bagi memastikan wanita-wanita yang datang ke bandar menutup aurat.

Dan sekiranya ada wanita tidak menutup aurat, mereka akan dilumurkan dengan cat hitam dan diarah balik semula ke rumah.

"Peraturan tersebut membuatkan wanita-wanita yang tidak tutup aurat takut hendak datang ke Bandar Kota Bharu," kata anggota Exco, Datuk Nassuruddin Daud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau itu berkata, langkah kerajaan negeri sekarang tidaklah sampai ke tahap seperti berlaku pada era Sultan Mansor bagi memastikan wanita Islam menutup aurat.

Katanya, kerajaan negeri lebih mengutamakan pendekatan mendidik bagi menyedarkan wanita Islam terhadap tanggungjawab kepada agama.

Menjawab soalan Mohd Nazlan Mohd Hasbullah (PAS-Limbongan) pada persidangan Dun hari ini katanya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan juga mengenakan kompaun kepada mereka yang engkar.

Menurutnya pada 2012 terdapat 108 kes dikenakan kompaun terhadap wanita Islam yang tidak menutup aurat. Dan tahun lepas berkurangan kepada 21 kes.

"Bagaimanapun kakitangan wanita Islam yang bekerja dengan kerajaan negeri sudah mencapai tahap 100 peratus menutup aurat," katanya.

Ekoran kesedaran itu beliau berkata, perniagaan busana Muslim sekarang semakin mendapat sambutan orang ramai di Kelantan.

Malah katanya, Pasar Besar Siti Khatijah, Bazar Tok Tok Guru dan Bazar Tengku Anis terkenal sebagai hub tudung dan pakaian menutup aurat di sini.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan memperagakan wanita sebagai model iklan hendaklah dipastikan menutup aurat bagi yang berusia 12 tahun ke atas.

"Iklan tersebut termasuk juga wanita bukan Islam yang dijadikan model," tambahnya menjawab soalan tambahan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran).

Sebelum itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah bagi melaksanakan dasar penjimatan ekoran kenaikan harga barang sekarang.

Antaranya mengeluarkan surat arahan supaya setiap jabatan dan agensi berbelanja mengikut keperluan dan secara bijaksana.

Selain itu mengedarkan 11 garis panduan berjimat cermat serta memupuk kesedaran berjimat cermat sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penubuhan Perbadanan Pertanian Kelantan akan dibentang pada persidangan Dun akan datang

Murtad: Jangan berbohong dengan gambar palsu

Posted: 05 Mar 2014 08:41 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyeru umat Islam supaya meneliti sesuatu berita hingga jelas kebenarannya sebelum memutuskan tindakan.

Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyatakan demikian ekoran sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian.

Beliau berkata, walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan  menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, Allah SWT melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat 105 surah al-Nahl dan melalui hadith Nabi SAW yang mulia "sesiapa yg menipu maka dia bukan dari kalangan ku". (HR Abu Hurairah)

"Sebagai umat Islam di negara yang kita kasihi ini, kita perlu mengambil pendekatan berdakwah dengan hikmah seperti mana firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl 125 yang bermaksud: Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat peringatan yang baik dan perbahasan yang terbaik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan menyelesaikan punca sebenar seorang Muslim tergamak untuk meninggalkan agama Islam.

"Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa buah negeri, didapati gejala ini adalah gejala yang parah, tetapi majoriti yang memohon keluar dari Islam adalah saudara baru dan bukan dari bangsa Melayu," ujarnya lagi.

Tambahnya, Ikram menyeru umat dan badan-badan Islam untuk melaksanakan tanggungjawab persaudaraan sesama kita, berdakwah kepada yang belum Islam dan mengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia.

Justeru, kata beliau Ikram juga menyeru umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk bersikap tabayyun iaitu meneliti dan menyemak sesuatu berita hingga jelas benarnya berita berkenaan sebelum memutuskan tindakan atau pandangan.

Beliau berkata, sikap demikian amatlah penting dalam menjaga kemurniaan Islam dan keharmonian agama serta kaum terutama apabila ada pihak yang mungkin ingin memecahbelahkan rakyat dan umat Islam

Liwat II: Ruang mahkamah penuh sesak

Posted: 05 Mar 2014 08:38 PM PST


 
SALMIYAH & MUHAMMAD FAIZAL


PUTRAJAYA: Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat di Mahkamah Rayuan, Putrajaya bermula pagi ini.

Sesi hari ini bermula dengan penghujahan oleh peguam Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Rayuan pihak pendakwaan hari ini didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Terdahulu Anwar tiba di sini kira-kira jam 9 pagi ditemani isterinya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ibrahim serta dua anak beliau.

Ruang mahkamah penuh sesak dengan penyokong dan pemerhati tempatan dan antarabangsa.

Turut hadir kemudiannya anak sulung beliau Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat berdiri di ruang belakang mahkamah bersama suami.

Sementara itu, di bahagian luar bangunan, hampir 100 penyokong Anwar memenuhi ruang legar hadapan pintu masuk Istana Kehakiman.

Sekumpulan pihak polis turut mengawal kumpulan terbabit. Mereka memasang pita kuning bagi menghalang orang ramai memasuki perkarangan mahkamah.

Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis melarang penyokong Anwar dari berhimpun di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman itu.

Bagaimanum keadaan kembali terkawal apabila polis membenarkan mereka berada di situ dengan syarat tidak menghalang laluan masuk.

Ada lendir di tangan Teresa Kok selepas bersalam

Posted: 05 Mar 2014 08:36 PM PST


MOHD SABRI SAID 


PERMATANG PAUH: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima 'salaman bertelur' setelah selesai memberi ucapan sempena program ceramah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerja sama Pakatan Rakyat Permatang Pauh sekitar pukul 11.30 malam tadi.

Beliau tanpa diduga bersalam dengan seorang lelaki berbaju melayu merah yang secara tiba-tiba datang ke hadapan dari arah belakang pentas.

Apabila selesai bersalaman secara pantas pemuda itu berlalu pergi tetapi disekat oleh orang ramai apabila menyedari Teresa agak terkejut serta terdapat lendir di tangannya.

Pemuda itu dibawa oleh sepasukan polis ke Pondok Polis Permatang Pauh bagi mengelak orang ramai membelasahnya.

Semasa berceramah di pentas utama Teresa Kok juga mengatakan dirinya dalam keadaan bahaya berkemungkinan akan diapa-apakan oleh individu yang tidak dikenali.

Tidak sampai lima minit selesai berpidato apa yang dikatakan itu menjadi realiti.

Antara penceramah pada majlis itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Leman Raja Lawak.

Selepas Berhijab, Rasa Rindu Wardina Terhadap Lakonan Terhapus

Posted: 05 Mar 2014 08:34 PM PST

Wardina tidak kesal keluar daripada dunia hiburan.

 

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah tidak berasa kesal atau rindu untuk kembali ke bidang lakonan seperti dahulu.

Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata, dia senang dengan kehidupannya sekarang tanpa perlu berasa tertekan untuk bersaing apabila berada dalam dunia hiburan.

"Saya tiada hati untuk berlakon, malah tidak rasa kesal atau rindu sedikit pun terhadap bidang itu.

"Bagi saya industri hiburan sangat memberi tekanan apabila semuanya ingin menjadi lebih baik dan bersaing untuk mendapatkan sesuatu tawaran," katanya kepada mStar Online.

Kali terakhir Wardina tampil dalam drama bersiri Impian Ilyana pada tahun 2008.

Tambahnya, industri seni tempatan tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan perkembangan industri seni luar seperti Hollywood.

"Industri seni di sini seharusnya tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan perkembangan Hollywood.
"Kita ada identiti kita sebagai negara Islam, kalau tidak seksi sekalipun kita tetap akan disukai melalui bakat yang ada," katanya.

Jelas Wardina, biarpun sudah hampir tiga tahun tidak aktif dalam industri seni, dia masih mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Sementara itu, Wardina yang bakal menyambung pengajian ke Australia pada Jun ini di Brisbane, Australia dalam bidang psikologi berharap dapat menghasilkan dua buah buku yang hampir dua tahun tertangguh.

"Alhamdulillah, buku pertama saya Mama, Saya Nak Makan untuk kanak-kanak berjaya menjadi jualan buku terlaris di kedai buku MPH.

"Sekarang saya ingin menyiapkan dua buah buku lagi sebelum pergi ke Australia iaitu bertajuk Mama, Saya Nak Solat dan sebuah lagi buku kanak-kanak lain," ujarnya.

Katanya, kelewatannya menghasilkan buku-buku tersebut adalah berikutan sibuk melayan orang ramai yang ingin meminta nasihat daripadanya melalui laman sosial Facebook.

Jelas Wardina, keputusannya untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi adalah disebabkan rasa tanggungjawab terhadap masalah dalam masyarakat.

"Saya tidak tahu mengapa orang sering berkongsi masalah mereka dengan saya melalui Facebook.
"Masalah mereka kebanyakannya sangat rumit, namun saya hanya bantu mereka mencari laluan yang betul untuk menyelesaikan masalah itu.

"Tidak dinafikan ada juga di kalangan artis yang secara peribadinya berjumpa saya untuk meminta nasihat dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Sembilan Kertas Siasatan Laporan Ketua Audit Negara 2012 Disyor Ditutup - Abdul Gani

Posted: 05 Mar 2014 08:30 PM PST

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengembalikan sembilan kertas siasatan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syor supaya ia ditutup, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya ini kerana penelitian jabatan itu terhadap hasil siasatan SPRM mendapati tidak cukup keterangan bagi membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan di dalam kertas siasatan itu.

"Dalam beberapa kes, adalah diperhatikan bahawa salah laku atau salah urus perbelanjaan yang telah dibangkitkan di dalam LKAN 2012 dan disiasat oleh pihak SPRM adalah berikutan kecuaian pegawai-pegawai di samping kelemahan prosedur pentadbiran, kewangan dan tadbir urus di kementerian, jabatan atau agensi yang berkenaan.

"Justeru, tindakan untuk menambah baik prosedur dan tadbir urus dan saranan untuk suatu tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat telah dicadangkan di dalam beberapa kertas siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Abdul Gani juga berkata tujuh kertas siasatan yang lain telah dipulangkan oleh jabatan itu kepada SPRM dengan arahan untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat tambahan dan dokumen sokongan yang berkaitan.

Ia bertujuan melengkapkan kertas siasatan sebelum suatu syor yang muktamad diberikan, katanya sambil menambah bahawa beberapa pertuduhan yang berbangkit daripada tiga kertas siasatan yang dirujuk juga sedang dipertimbangkan oleh jabatan itu.

Abdul Gani berkata penyerahan kertas siasatan itu dibuat oleh SPRM secara berperingkat-peringkat bermula 14 Nov 2013 dan kertas siasatan terbaharu diterima pada 14 Februari 2014.

"Sejak 14 November 2013, kesemua kertas siasatan yang dirujuk telah diteliti dengan segera oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja ia diterima.

"Sesi perbincangan di antara pihak Jabatan Peguam Negara dengan pihak SPRM, terutamanya pegawai-pegawai penyiasat yang berkaitan, juga sentiasa diadakan," katanya.

Beliau berkata kesemua kertas siasatan yang dikemukakan SPRM pada kali pertama didapati tidak lengkap dan memerlukan penyiasatan lanjut kerana tidak meliputi semua aspek teguran yang dibuat di dalam LKAN 2012.

Abdul Gani juga menjelaskan jabatan itu tidak menerima kertas siasatan bagi kes program bantuan Rumah Dhua'fat secara tidak memuaskan, kerana pemilihan penerima bantuan tanpa borang permohonan dan pendapatan penerima melebihi garis kemiskinan.

Satu lagi kes yang tidak diterima kertas siasatan daripada SPRM ialah mengenai kes pemberian tender bernilai RM14,385,332 oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkaitan soal mereka bentuk, membina, menguji dan mentauliahkan 'steel hull' latihan dan penyelidikan untuk UMT, sedangkan hasil pemeriksaan Jabatan Laut Malaysia mendapati ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, katanya. - BERNAMA

Teresa Kok Terima Telur Busuk Daripada Individu Tidak Dikenali

Posted: 05 Mar 2014 08:26 PM PST




Teresa Kok.


PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dikejutkan dengan tindakan biadab seorang individu yang tidak dikenali memberikan sebiji telur busuk yang kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman.

Kok berkata, lelaki itu menegurnya selepas beliau memberi penjelasan berhubung video kontroversi Tahun Baharu Cina 'Onederful Malaysia' pada ceramah di Permatah Pauh, dan bersalaman dengan sebiji telur di telapak tangannya.

Telur busuk yang pecah tersebut mengotori tangan dan baju Ahli Parlimen Seputeh itu.

Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star, Kok berkata, beliau mencuci tangan dan meninggalkan kawasan itu selepas kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam.
"Saya kembali ke hotel sejurus selepas insiden itu.

"Lelaki itu beredar dan ditangkap oleh Unit Amal PAS dan hadirin yang lain.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki itu," katanya.

Video Tahun Baharu Cina Kok yang dikeluarkan pada Januari lalu mencetuskan reaksi negatif kerana mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan.

Pada Februari lalu, sekumpulan individu yang mendakwa mereka merupakan sebahagian daripada badan bukan kerajaan (NGO) menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang menampar Kok, dan tawaran itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200.

Pemuda PAS Gerakkan Kesedaran Bahaya ‘Wabak Denggi’

Posted: 05 Mar 2014 08:18 PM PST

BULETIN ONLINE


Hishamuddin gotong royong1a 
 
KUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus mengadakan gotong-royong bersama dengan PAS cawangan Gong Badak bagi meyemarakkan budaya kemasyarakatan dan dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya wabak denggi.

Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus yang juga Ahli Dean Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim wabak tersebut semakin meningkat, bukan sahaja di negeri Terengganu malah di seluruh Malaysia.

"kita mengadakan gotong royong hari ini, bersama dengan PAS cawangan Gong Badak adalah dengan tujuan untuk menyemarakkan budaya kemsayarakatan PAS bersama seluruh penduduk,

"dalam masa yang sama kita member sokongan kepada Jabatan Kesihatan untuk membasmi wabak denggi yang semakin meningkat, bukan sahaja di seluruh Malaysia, malahan di Terengganu juga hebat peningkatan wabak denggi,"ujarnya.

Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu berkata, pihaknya akan menggerakkan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat tentang wabak tersebut.

Menurutnya, program gotong royong membersihkan kawasan sekitar adalah antara usaha yang berkesan untuk mencegah denggi dan pemuda PAS akan menggerakkannya ke seluruh negeri Terengganu.

"Saya cuba mendapatkan rekod dari Jabatan Kesihatan, tapi masih gagal. Walaubagaimanapun, di atas inisiatif kemasyarakatan, wabak denggi perlu dibasmi.

"Di antara perkara yang kita (pemuda PAS ) galakkan kepada masyarakat, memberikan kesedaran berhubung dengan bahaya wabak ini,

"dan gotong royong salah satu daripada kita terapkan kepada masyarakat untuk mewujudkan budaya kebersihan, mengawal aedes dan seumpamanya. Itu diantara perkara yang kita buat,"jelasnya.

Katanya aktiviti itu akan dibawa ke seluruh peringkat yang akan mewujudkan budaya kebersihan dan kebersamaan.

Beliau berkata, gotong royong pada Jumaat 14 Februari itu telah Berjaya mendapat sokongan masyarakat pelbagai peringkat dan latar belakang.

"Alhamdulillah, pada hari ini sebahagian besar daripada mayarakat turut membantu kita. Tanpa mengira kefahaman politik, termasuk bekas-bekas JKKK juga ramai yang hadir unutk sama-sama menjayakan program hari ini.

"Program seperti ini, kita kekalkan di seluruh Tepoh (dan) InsyaAllah saya harap Jabatan Kesihatan dapat terus membantu kita dalam sebaran risalah, memberi maklumat tentang bahaya denggi. Dan kita akan menjadi satu agen untuk membantu dan memas

PAS Akan Tentang Politik Perkauman

Posted: 05 Mar 2014 08:15 PM PST

BULETIN ONLINE


 
 
KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang member jaminan kepada seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, PAS tidak akan mengikut rentak Umno-BN dan akan menentang politik perkauman.

Beliau mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain.


"PAS mengajak masyarakat pelbagai kaum, supaya jadikansemangat hidup bermasyarakat sebagai satu cara untuk menyatupadukan kita, walaupun kita berbeza agama, berbeza kaum, tetapi ada perkara yang kita boleh bersatu, yang kita boleh bersetuju.

"Ada kalangan kita yang menjadi peniaga, jadi petani, nelayan dan sebagainya. Jadikan di tempat kerja masing masing ini, semangat tolong menolong antara satu sama lain,"jelasnya.

Presiden PAS melambaikan tangan kepada warga TionghuaBeliau yang juga Ahli Prlimen Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di kampong Tiong Kuala Terengganu pada Sabtu, 15 Februari.

Malangnya kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO yang telah memerintah selama hampir 60 tahun telah menjadikan perbezaan kaum ini sebagai alat untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Oleh sebab itu, beliau mendedahkan, mengapa isu perkauman telah dihidupkan semula oleh Umno dan BN sejak kebelakangan ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kaum Tionghua di seluruh negara yang telah menambah undi kepada PR pada pilihanraya lalu, yang telah menambah undi Melayu, walaupun turut meningkat, tetapi tidak mencukupi.

IMG_6221Oleh kerana Pakatan Rakyat banyak mendapat kemenangan di kawasan bandar berbanding di kawasan pedalaman, beliau menyeru para peniaga dibandar-bandar menyampaikan maklumat kepada mereka yang tinggal di kampung.

"kerana mereka yang ada di kawasan pedalaman, (kawasan) Felda tidak ada maklumat. Kita hanya mampu buat perubahan di kawasan bandar sahaja.

"Oleh kerana itu, peniaga peniaga yang ada di bandar ini, beri kefahaman kepada mereka. Kita memerlukan sedikit undi lagi. Satu perubahan yang besar akan dapat dilakukan,"saran beliau.

Justeru itu, beliau berkata, PAS memberi jaminan sesungguhnya akan menentang politik perkauman yang cuba dimainkan oleh mana-mana pihak.
Jamuan Makan Malam Sempena Tahun Baru China 2014
"PAS memberi jaminan kepada kaum Tionghua, PAS akan menentang politik perkauman. PAS memberi jaminan. Dan PAS tidak akan terikut dengan politik perkauman BN.
"Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,"tegas beliau

Tiada ulasan: