DIALOG RAKYAT |
- [GAWAT] Kembar MH370 Ada Di Israel. Apa Motifnya?
- Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan
- PAS Selangor tetap beri 'saingan' kepada PKR jika jawatan MB kosong - Mohd Khairuddin
- 'MH370 akan dijejaki walau ke hujung dunia'
- Saman: Keputusan permohonan Abdul Hadi 14 April
- Kemerosotan pemikiran di Malaysia
- Terlalu banyak berita boleh bodohkan rakyat? Inilah minda Menteri BN
- Operasi MH370: Persoalan keselamatan dan diplomasi
- Karpal lepas jawatan pengerusi DAP
- Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami
- BN kekal di Balingian dengan majoriti besar
- Sistem baru saring penumpang kuatkuasa Jun
- Waris dari Beijing mahu M'sia mohon maaf
- [PANAS] Interpol Tempelak Kenyataan Zahid Hamidi
- [VIDEO] Apakah Yang Tersirat Disebalik Pendedahan Tun Musa Hitam? -updated
- Panel antarabangsa siasat insiden MH370
- MH370: Pencarian temui objek pelbagai warna
- Enam calon rebut kerusi Timbalan Presiden PKR
- Syabas lanjut catuan bekalan air hingga 30 April
- DAP wajar bagi peluang muka baru
- Anwar cabar Azizah kerusi Presiden PKR
[GAWAT] Kembar MH370 Ada Di Israel. Apa Motifnya? Posted: 30 Mar 2014 06:08 AM PDT KELAB GREENBOCApa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini? Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai 'dalang sebenar' di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel. Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn. Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah 'mendapat susah' termasuk diserang dan dipenjara. Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan. Selain Kedutaan Israel didakwa 'cuti tanpa sebab kukuh' pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata. Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Pesawat 'kembar' MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 OktobeR 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013. Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT. Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya. Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini? Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang 'pakar keselamatan' negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang. Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel: "What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it." (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai). Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada: Obama should call Chinese President following today's incident and say "we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?" 3:50 AM – 8 Mac 2014 777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies. 4:15 PM – 9 Mac 2014 World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden. 2:23 AM – 15 Mac 2014 777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat. 2:26 AM – 15 Mac 2014 Sejak dahulu lagi, Israel sering 'digosipkan' sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11. Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem. Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad. Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel. Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi? Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya. Wallahu'alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB
|
Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan Posted: 30 Mar 2014 05:54 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 pada pukul 5.30 petang hari ini dibatalkan. Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) dalam akaun Twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370. "Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV," katanya dalam "tweet" beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya "@SVM5619': Good morning H2O. Will there be a PC today?" (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?) Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23. Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau. Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di @HishammuddinH2O:
Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama |
PAS Selangor tetap beri 'saingan' kepada PKR jika jawatan MB kosong - Mohd Khairuddin Posted: 30 Mar 2014 05:46 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed PutraSHAH ALAM: PAS Selangor tetap akan 'bersaing' bagi mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya PKR bertindak menggugurkan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk merombak kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu. Bagaimanapun Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkara itu di sebalik spekulasi yang terus membara mengenai jawatan MB susulan pilihan raya kecil Kajang. "Ya, itu berlaku kalau ada kekosongan (jawatan Menteri Besar). "Jadi setakat ini sudah tiada apa-apa isu lagi," katanya kepada Antarapos. Tambah beliau, pertukaran jawatan Menteri Besar kemungkinan besar tidak berlaku selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak hasrat PKR itu. Desas-desus perubahan pemimpin utama kerajaan negeri hangat diperkatakan selepas Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi kerusi DUN Kajang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fen dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 23 Mac. "Sebab rasanya sebelum ini Datin Seri Wan Azizah ada buat kenyataan tidak akan ganti Menteri Besar. "Jadi kita pun tidak ada apa-apa yang baru setakat ini, kita kekal pada yang ada," tambah Mohd Khairuddin mengulas hasrat PKR itu bagi merealisasikan agenda 'Langkah Kajang' (Kajang Move). Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan diadakan perbincangan mengenai kedudukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid yang telah memegang jawatan itu sejak 2008. Untuk rekod, di peringkat awal PKR menamakan Anwar sebagai calon untuk bertanding di kerusi DUN Kajang dengan tujuan Ahli Parlimen Permatang Pauh menggantikan Abdul Khalid sekiranya menang dalam pilihan raya kecil kawasan itu. Namun keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana didapati bersalah dalam kes liwat, memperlihatkan beliau kelayakan bertanding. PKR kemudian menamakan Wan Azizah sebagai calon pengganti beberapa hari sebelum hari penamaan calon DUN Kajang untuk bertanding dan mempertahankan kerusi itu yang diwakili parti itu sejak 2008. PAS tunggu perkembangan terbaru PKR Menurut Mohd Khairuddin lagi, PAS Seangor tidak membuat sebarang pertemuan atau perbincangan mengenai perkara itu kerana mahu menunggu perkembangan daripada PKR terlebih dahulu. "Tak ada, tak ada...setakat ini tiada lagi apa perbincangan. "Dalam mesyuarat kita pun tak dibangkitkan, tiada siapa yang bangkitkan lagi isu itu. "Kita tunggulah daripada komponen tapi setakat ini tidak ada apa-apa lagilah," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras ini bagaimanapun menerima baik kehadiran Wan Azizah sebagai wakil rakyat negeri itu sambil menyifatkan ia memberi nilai tambah kepada kekuatan Pakatan. "Memang saya nampak kemasukan presiden PKR sebagai ADUN di Selangor akan memberi nilai tambah kepada kekuatan kita di sini. "Kita nampak presiden PKR boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan lagi Selangor," katanya. Ujar Mohd Khairuddin lagi, sebarang perkembangan mengenai masa depan negeri itu serta kedudukan Menteri Besar kemungkinan berlaku selepas Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang tidak lama lagi. "...yang lain kita tunggulah beliau (Wan Azizah) angkat sumpah. "Saya harap beliau boleh membantu kekuatan Menteri Besarlah, maknanya presiden PKR ini boleh memperbetulkan apa-apa kelemahan di Selangor sebab ada banyak isu di sini. "Saya harap kemasukan beliau boleh menyelesaikan banyak perkara di Selangor," katanya. Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan dilantik sebagai Menteri Besar. Namun hasrat PKR untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar pada peringkat awal mendapat maklum balas negatif daripada PAS yang tidak bersetuju selain bersedia menamakan wakil parti itu bagi mengisi jawatan tersebut jika berlaku peralihan kuasa. |
'MH370 akan dijejaki walau ke hujung dunia' Posted: 30 Mar 2014 05:30 AM PDT [VIDEO] DI bahunya disandarkan harapan, di bahunya juga terletak pelbagai cabaran. Sudah memasuki hari ke-22 semalam MH370 hilang entah ke mana. Di sebalik pelbagai spekulasi yang melanda, Pemangku Menteri Pengangkutan, DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN terus menjadi tumpuan dunia. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya dinanti dengan penuh debar. Biarpun diasak pelbagai soalan dari ratusan media yang menanti bagai jerung kelaparan, namun amanah yang digalas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Semalam buat pertama kalinya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan Malaysia berkongsi kisah di sebalik tragedi MH370 bersama beberapa media tempatan yang turut dihadiri oleh Editor Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir. Apa keyakinan yang ada pada Datuk Seri berhubung kehilangan MH370 HISHAMMUDDIN: Saya tidak pernah mengalah dan tidak akan mengalah selagi MH370 tidak ditemui. Semua yang berlaku ada sebabnya dan Jumaat lalu dalam satu khutbah yang saya rasa ditujukan untuk saya (Hikmah Dalam Ujian), saya selalu tanamkan dalam diri, setiap apa yang saya lalui saya buat yang terbaik dan saya tawakal kepada ALLAH. Dan dalam kes MH370 ini yang saya lihat bukan sahaja ia unik kepada Islam tetapi agama-agama lain pun turut memberi kekuatan kepada kita. Dalam kehilangan ini kita kena cari kekuatan kita yang tersendiri, dan secara peribadi untuk diri saya, saya hanya lakukan yang terbaik mampu saya lakukan. Jika diikutkan apa yang berlaku terhadap MH370 dan peristiwa Lahad Datu, Lahad Datu lebih mencabar. Tidak sukar untuk kita lakukan yang terbaik dalam kes MH370 ini kerana ramai yang tampil membantu. Itu hikmah dalam ujian yang diberikan Allah SWT kepada diri saya dan kepada umat Islam di Malaysia. Hikmah yang saya lihat setakat beberapa hari yang kita lalui ini, kita bersatu. Kita masih lagi bersemangat dan kita tidak kecewa atau berputus asa. Ini merupakan satu kekuatan yang ada pada kita sebagai sebuah negara yang boleh diletakkan sebaris dengan negara-negara lain di luar sana. Apa yang Datuk Seri sering hadapi apabila berjumpa dengan keluarga atau waris penumpang MH370? HISHAMMUDDIN: Pagi tadi (semalam), saya sempat berjumpa dengan keluarga penumpang bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari luar negara termasuk China. Satu permintaan mereka untuk operasi SAR dan untuk dunia supaya terus mendoakan penumpang selamat. Saya sudah nyatakan dahulu walaupun mungkin tipis kedudukan mereka, tetapi kita terus mendoakan dan operasi mencari dan menyelamat sentiasa memberi keutamaan kepada penumpang-penumpang dan anak kapal. Itu satu harapan yang saya sangat memahaminya. Ia datang dari keluarga dan saya harap orang ramai sensitif terhadap harapan mereka itu. Saya beri jaminan walaupun keadaan jauh dan terpencil, kita akan tetap menjejaki dan mencari di mana MH370. Apa penanda aras untuk kita meletakkan kemajuan dalam pencarian MH370? HISHAMMUDDIN: Susah untuk kita membuat penanda aras kerana apa yang berlaku kepada MH370 adalah perkara yang luar biasa. Dunia tidak pernah melaluinya. Kita terpaksa mengkoordinasinya 26 negara dan aset-aset yang paling sofistikated dan di kawasan-kawasan yang paling terpencil di dunia. Ini satu tanggungjawab yang cukup berat dan kalau ditanya apa juga penilaian kita, susah saya hendak buat perbandingan kerana penanda aras untuk mengatakan kita berjaya atau tidak, belum ada. Tetapi saya tidak lari dari fokus utama iaitu akhirnya kita dapat mencari dan mengenal pasti di mana pesawat MH370. Dan pendirian kita sentiasa konsisten iaitu melakukan dan membuat satu-satu keputusan dan mengumumkannya selepas ada kemajuan dan ada pengesahan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab yang ada kepakaran dan mempunyai maklumat yang kukuh. Itu tindakan kita daripada hari pertama. Dan saya boleh berbangga kerana bukan sahaja kita konsisten dan tidak tergopoh-gapah, malah dan kita mengikut semua petunjuk yang ada tanpa putus asa. Antara kes Lahad Datu dan MH370, mana satu lebih mencabar? HISHAMMUDDIN: Lahad Datu lebih mencabar kerana kita tidak tahu apa dia ancamannya. Dan yang keduanya, pertimbangan yang paling sukar untuk saya hadapi ialah, jika silap keputusan pada ketika itu boleh menyebabkan lebih ramai terkorban. Dan pada masa dan ketika itu kita tidak mempunyai sokongan dan kepakaran daripada dunia. Saya secara peribadi merasa keseorangan. Dan maklumat-maklumat yang kita terima tidak boleh dikongsi bersama dengan orang ramai. Itu satu perkara yang menyebabkan orang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu. Tapi kali ini dalam kes MH370 apa yang berlaku berlaku adalah dalam keadaan sebenar (real time). Kita ketahui dunia perhati kita. Tidak ada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dapat sebarang pertunjuk akan dikoordinasi dan akan disahkan bersama oleh mereka yang pakar. Itu melegakan saya kalau hendak dibandingkan dengan Lahad Datu. Pencarian MH370 kini terarah ke mana? HISHAMMUDDIN: Mencari MH370 bukan satu perkara yang mudah. Ia tanggungjawab kepada negara kita. Rakyat Malaysia hari ini bersatu tanpa mengira kedudukan, darjat, kaya miskin , tua muda, semuanya bersatu untuk melihat kepada satu penemuan MH370. Situasi ini juga mendorong saya untuk meneruskan usaha. Melihat hari demi hari. Untuk melihat jauh saya rasa agak sukar kerana tidak tahu sama ada objek yang dapat dikesan oleh satelit itu merupakan yang datangnya dari pesawat MH370 atau tidak. Kalau ia pun datang dari MH370, timbul satu lagi persoalan di mana kotak hitam? Dan apa yang penting sekarang ialah untuk mengesan pesawat berkenaan dan menjejaki kotak hitam itu. Dan adakah kotak hitam itu boleh dijumpai dalam masa 30 hari? Kalau kotak hitam itu tidak dapat dikesan dalam tempoh 30 hari, apa pulak selepas itu? Kalau nak pergi jauh sampai dua tahun macam Air France, saya rasa sukar untuk saya tidur malam seperti yang sedang saya lalui sekarang… Ikuti sambungan esok bagaimana Hishammuddin menjawab beberapa spekulasi dunia mengenai MH370 dan apa yang perlu dilakukan terhadap sistem keselamatan negara. |
Saman: Keputusan permohonan Abdul Hadi 14 April Posted: 30 Mar 2014 05:27 AM PDT KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan. Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi manakala plaintif hadir di mahkamah. Asmuni berkata dalam sesi pendengaran itu peguam plaintif, Vasudevan mendakwa wujud elemen baharu yang ditimbulkan pihaknya, justeru memohon penangguhan bagi memfailkan afidavit jawapan. "Kes hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak defendan. Kami telah failkan hujahan bagaimanapun peguam plaintif meminta penangguhan bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit jawapan sebagai tambahan kepada afidavit yang telah mereka failkan dulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada 23 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lepas. Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru. Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama |
Kemerosotan pemikiran di Malaysia Posted: 30 Mar 2014 05:23 AM PDT Oleh AishahKejadian ini menurut Syed Hussein Alatas, menjadi tanggungjawab pemikir – memegang usaha memikirkan permasalahan masyarakatnya. Negara yang baru merdeka dalam kawasan membangun diisi oleh masyarakat kelas atas dan menengah, mereka tidak menghormati pemikir masa lampau atau mengembangkan percakapan intelektual di rumah. Golongan ini yang juga digelar sebagai Pak Pandir tidak mampu mencerna dan mengenalpasti satu-satu masalah, ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah sedia ada malah menambah. Sistem pendidikan di Malaysia, bermula dengan Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025). Kerajaan juga memperuntukkan 16 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran. Pelan Pembangunan Pendidikan ini mempunyai 3 gelombang, gelombang pertama (2013-2015) peningkatan dalam kemahiran guru, gelombang kedua (2016-2020) berlakunya perubahan struktur sistem pendidikan negara dan gelombang ketiga (2021-2025) kelompok sasaran seperti sekolah, guru dan pengetua akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ketika pembentangan Pelan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pelan ini disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka dan mengambil kira 90 peratus pandangan orang ramai menerusi siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara. Bagaimanapun, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai 2011 dan peringkat menengah rendah mulai 2012 menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakan guru sehingga terjadinya demonstrasi di ibu kota. Selepas demonstrasi Anti-PPSMI pada 7 Mac 2009, kini demonstrasi bantah PBS pada 22 Februari lalu. Kebanyakan guru merungut dan tidak senang dengan sistem baru ini kerana didapati menyukarkan kerja mereka walaupun setelah 3 tahun diimplementasikan. Antara masalah yang dikenal pasti dalam perlaksanaan PBS ini ialah: Tidak mesra-pengguna. Guru dikehendaki memasukkan bebanan data dalam sistem PBS. Tiada skop dan tujuan jelas akan kegunaan PBS. Kekaburan pengumpulan data (online database) atau masalah pelaksanaan dasar (policy implementation). Ibu bapa juga mengatakan sistem sedia ada ini tidak memberi pengukuran adil kepada mereka yang "introvert" justeru tidak meningkatkan sistem sedia ada. Masalah ketelusan dalam penilaian pelajar. Masalah ini menyebabkan suara guru-masyarakat-Malaysia menganjurkan demonstrasi pada 22 Februari lalu setelah melalui semua saluran yang ada bagi menyuarakan suara guru yang tertindas. Adalah amat menghairankan apabila PBS yang dikatakan oleh Muhyiddin Yassin mengambil pandangan umum kini ditentang masyarakat yang terdiri daripada guru, ibu bapa dan pelajar. Malah, sistem ini sekaligus tidak mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mahupun memperbaiki pendidikan negara. Baru-baru ini pula, sesi penerangan PBS yang akan ditambah baik akan diadakan bermula April, menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian seperti sebelum ini, tidak perlu menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'. Pelaksanaan PBS sebelum ini ternyata membebankan guru dan hasilnya kini ternyata sia-sia. Ini disokong oleh Syed Hussein Alatas yang menyatakan, "andai kata telah ada kelompok intelektual yang mengajukan masalah maka pendapat umum akan tertampung dan menetapkan langkah yang harus diambil oleh pemerintah." Bagaimanapun, parti politik lebih menumpukan perhatian pada hal yang remeh dan bermain dengan emosi massa. Peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan tempoh yang penting bagi pelajar dalam menentukan mereka sebagai birokrat yang mendukung status quo atau pembela massa yang berfikiran terkedepan. Selain masalah PBS yang timbul baru-baru ini, kita masih berdepan masalah yang berulang di sekolah harian, masalah saiz bilik darjah yang besar dengan kekurangan tenaga pengajar, kelas yang tercorot, cara fikir binari antara kelas aliran sains dan sastera. Ini masih jelas dan sewajarnya diberi perhatian dalam menyediakan pelajar bukan menyibukkan guru dengan beban yang sia-sia. Beban kerja ini mengakibatkan guru mengajar silibus yang diulang-ulang setiap tahun, tiada masa untuk menjadi pendidik atau pencetus (inspire) murid, seperti dimaksudkan Paulo Freire. Selepas universiti diikat dengan akta yang membataskan pelajar dan pensyarahnya, kini guru juga akan mula dikongkong dengan bebanan kerja, kedua-dua ini tidak lain merantai kelompok ini untuk berfikir lebih, menjadi pak turut dalam sistem yang dipaksakan – dengan alasan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara!-Roketkini.com |
Terlalu banyak berita boleh bodohkan rakyat? Inilah minda Menteri BN Posted: 30 Mar 2014 05:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri BN sebenarnya yang suka mengelirukan isu dan rakyat, bukannya portal berita bebas, kata Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Beliau membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata bahawa kerajaan menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini dan FZ.com kononnya kerana ingin mengelakkan rakyat keliru dengan terlalu banyak akhbar di pasaran. Beliau mengambil contoh jawapan Zahid tentang ancaman tampar terhadap dirinya, dan kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berhubung tragedi pesawat MH370. "Bulan lalu, Zahid meremehkan ugutan tampar terhadap saya oleh sekumpulan NGO dengan alasan hanya ugutan bunuh yang layak dipanggil ugutan. Ia terlalu mengarut sehingga beliau sendiri tidak berani pertahankannya di Parlimen. "Semalam, Abdul Rahim berikan jawapan salah tentang isu penerbangan MH370 patah balik, yang makin kelirukan rakyat. "Maka, bolehkah Zahid nafikan yang Menteri dan Timbalan Menteri BN sebenarnya cenderung kelirukan isu dan orang ramai?" katanya lagi. Beliau merujuk jawapan Abdul Rahim, bahawa kenyataannya sebelum ini bahawa MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan daripada pusat kawalan, hanyalah andaian. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat semalam, Zahid turut mendakwa dua laman itu 'cenderung' menerbitkan 'berita sensasi dan kontroversi' untuk menarik perhatian pembaca. Sehubungan itu, Naib Presiden DAP Kebangsaan itu mendesak Zahid untuk membuktikan kenyataannya itu, bukan sekadar membuat tuduhan tidak berasas. "Agak kelakar untuknya mendakwa rakyat akan keliru dengan akhbar yang terlalu banyak. Beliau perlu tunjukkan bukti untuk menyokong dakwaannya itu," katanya lagi. Namun, katanya lagi, jawapan itu langsung tidak mengejutkan, memandangkan kerajaan BN sememangnya takut dengan organisasi berita yang membuat laporan bebas dan tepat tanpa kawalan mereka. Bulan lalu, Malaysiakini memenangi anugerah Kecemerlangan Media Sosial di Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014. – Roketkini.com |
Operasi MH370: Persoalan keselamatan dan diplomasi Posted: 30 Mar 2014 05:07 AM PDT MALAYSIAKINI Pesawat pengangkut II-76 tentera China muncul di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ketika seorang pegawai tentera laut Amerika sedang menerangkan bagaimana dia mengawal pesawat pemantaunya yang canggih. Leftenan Komander Adam Schantz menerangkan tentang langkah-langkah, termasuk pengawasan 24 jam dan mengenai pasukan gerak cepat, sambil menjeling ke arah pesawat Cina itu yang sedang mendarat beberapa meter dari pesawat Amerika P8 Poseidon di bawah jagaannya. Operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, telah mempertemukan rakan-rakan yang dilihat ganjil. "Ya, ia sedikit berbeza," kata Schantz sambil ketawa. Sekurang-kurangnya enam negara - Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Australia - menyertai operasi mencari MH370 hampir tiga minggu lalu yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi di luar pantai barat Australia. Tahap kerjasama ketenteraan antara kumpulan negara tersebut yang antaranya dianggap 'musuh tradisi', tidak pernah berlaku sebelum. Tetapi sebagai sekutu yang bergabung tenaga dalam operasi untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 itu, mereka sedar tentang sempadan kerjasama, diplomatik atau ketenteraan. "Apabila mereka di luar sana dan Amerika Syarikat menggunakan sensor, anda boleh yakin bahawa pihak Cina sedang merekodkan semua itu dan menganalisis bagaimana ia dilakukan kerana itu sangat berguna dalam memahami bagaimana P8s berfungsi," kata David Brewster, felo Pusat Pengajian dan Pertahanan Strategik di Universiti Kebangsaan Australia, kepada Reuters. Poseidon, sebuah pesawat anti kapal selam dan pemintasan isyarat elektronik yang dikeluarkan oleh Boeing Co, adalah yang tercanggih bagi jenisnya. Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan semuanya beroperasi menggunakan model sebelumnya, P3 Orion, manakala China menggunakan IIyushin buatan Russia. P8 baru mula digunakan pada tahun 2013 dan maklumat mengenai sensor yang canggih itu boleh menjadi sasaran utama perisikan Cina. "Saya tidak terkejut melihat banyak langkah keselamatan. Ada banyak sensitiviti politik," kata Brewster . |
Karpal lepas jawatan pengerusi DAP Posted: 30 Mar 2014 04:30 AM PDT MALAYSIAKINI Pengerusi DAP Karpal Singh telah melepas jawatan tersebut berikutan sabitannya di bawah Akta Hasutan. Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Timbalannya, Tan Kok Wai akan mengambil alih jawatan tersebut. Menurutnya beliau melepaskan jawatannya itu sementara menunggu rayuannya yang telah difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya. Buat sementara waktu, katanya, Kok Wai akan bertindak sebagai pengerusi. Karpal berkata beliau tidak akan memohon pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membolehkannya mengekalkan jawatannya ekoran sabitan terhadapnya. Ini merupakan yang terbaru dalam siri cabaran yang dilihat sebagai bermotifkan politik yang dihadapi parti itu sejak terpaksa mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusatnya atas arahan ROS. Pada bulan Januari, DAP akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman ROS berhubung dakwaan penganiayaan yang berterusan. |
Inmarsat: Teori 'Berakhir di lautan' bukan dari kami Posted: 30 Mar 2014 04:28 AM PDT MALAYSIAKINI Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat. Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui. Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily. "Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri. "Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata. Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi. Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua. Manakala Astro Awani pula memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini bahawa protokol keselamatan baru di pintu masuk negara, terutamanya KLIA, sedang dikaji dan diperbaiki jika perlu. Imigresen akan memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang yang akan dilaksanakan pertengahan bulan Jun. Bagaimanapun beliau enggan menjawab ketika ditanya mengenai protokol ruang udara, sambil berkata ia terletak di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan. Mengenai pelanggaran keselamatan ruang udara kita seperti yang berlaku terhadap lencongan penerbangan MH370, Zahid berkata ia adalah satu perkara yang melibatkan Kementerian Pertahanan. Katanya, ketika beliau menjadi menteri pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas apa-apa unsur asing, tetapi bukan pesawat komersial, kerana radar primary dapat mengenal pasti antara sebuah jet pejuang, pesawat tentera dan pesawat komersil. |
BN kekal di Balingian dengan majoriti besar Posted: 30 Mar 2014 04:25 AM PDT MALAYSIAKINI BN mengekalkan kerusi DUN Balingian di Sarawak dengan majoriti besar. Calon BN Yussibnosh Balo memperolehi 8,194 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,283 undi. Yussibnosh mendapat 84 peratus daripada jumlah undi hari ini. Daripada 13,366 jumlah pengundi di Balingian, 72 peratus atau 9,668 keluar mengundi. Beliau menang dengan majoriti 6,911 undi, Sebanyak 146 undi ditolak. Ketika dihubungi, ketua PKR Sarawak Baru Bain berkata walaupun kalah dalam Balingian, PKR boleh berbangga dapat menembusi kerusi tersebut. "Kami telah mencapai tiga perkara. Pertama, kami menambah jumlah undi. Kedua, kita tidak hilang deposit walaupun BN mendakwa sebaliknya. "Dan akhirnya, dengan kami bertanding di Balingian, BN terpaksa mengumumkan banyak projek untuk kawasan pilihan raya itu. Kami berharap mereka akan melaksanakannya. "Semua ini akan merangsang usaha kami dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang, " katanya. Balingian dianggap kubu kuat BN. Penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendapat 6,210 undi dalam pilihan raya negeri 2011, atau 75 peratus undi. Beliau menang dengan majoriti 5,154 undi. Pencabar terdekat Taib ialah calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin, manakala calon PKR Suriati Abdullah hanya mendapat 871 undi. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Taib melepaskan kerusi itu untuk dilantik sebagai yang dipertua negeri. |
Sistem baru saring penumpang kuatkuasa Jun Posted: 30 Mar 2014 04:22 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan melaksana sistem saringan penumpang pada pertengahan bulan Jun untuk menambahbaik protokol keselamatan di laluan masuk negara. Laporan Astro Awani menyebut, Ahmad Zahid berkata ia merupakan antara pelaksanaan ke atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kementerian menyemak semula prosedur operasi (SOP) berkenaan. "Seperti dinyatakan oleh perdana menteri, kita akan menyemak semula SOP, terutama protokol keselamatan di laluan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Sementara itu, laporan The Star Online menyebut, Sistem Saringan pemeriksaan penumpang digelar Sistem Advanced Passenger Screening System (APSS) akan membolehkan pihak berkuasa mengesan penumpang dengan rekod jenayah dengan cepat. Laporan yang memetik kenyataan bekas ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad itu bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya sistem tersebut akan membuat capaian ke pengkalan data Interpol. Agensi polis antarabangsa itu semalam dilaporkan menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit. Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. Agensi itu menjawab kenyataan Ahmad Zahid di Dewan Rakyat pada hari Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen. Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter. Masalah kelonggaran semakan penumpang di pintu keluar masuk negara itu timbul apabila dua orang penumpang warga Iran didapati berjaya menaiki penerbangan MH370 pesawat Malaysia Airlines dengan menggunakan pasport yang dicuri. Operasi pencarian pesawat tersebut, yang hilang tidak lama selepas berlepas dari KLIA pada 8 Mac lalu kini masuk hari ke-23. |
Waris dari Beijing mahu M'sia mohon maaf Posted: 30 Mar 2014 04:15 AM PDT MALAYSIAKINI Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif. Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu. "Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini. "Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti," kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini. Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi "maklumat tidak efektif kepada mereka". Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka. Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan. "22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?... "Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi. Lebih ramai akan tiba "Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing," katanya. Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan "Kami mahu kebenaran", "Kami mahu bukti", dan "Kami mahu keluarga kami" oleh kira-kira 30 orang yang lain. Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan "Doakan untuk MH370" dan "Kembalilah dengan aman" dalam bahasa Cina. Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama. Jiang turut menyatakan, beberapa lagi anggota keluarga dari China akan hadir dalam minggu ini untuk bergabung dan membawa mesej sama dengan kumpulan pertama ini. "Kita akan memanggil sidang media di sini sekiranya ada perkara yang hendak disampaikan." Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini. Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam. Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka "tidak mahu bercakap", apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut. Wakil Kedutaan Cina yang diketuai setiausaha pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan. Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, hanya diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun. Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif. Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu. Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. |
[PANAS] Interpol Tempelak Kenyataan Zahid Hamidi Posted: 29 Mar 2014 05:11 PM PDT KELAB GREENBOCInterpol kritik kenyataan Zahid bahawa pangkalan datanya lembabKUALA LUMPUR: Agensi Polis Antarabangsa, Interpol semalam mempertahankan keberkesanan pangkalan datanya untuk menyemak pasport yang disifatkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'terlalu memakan masa' dan 'menyebabkan kelewatan di lapangan terbang'. Menurut laporan AFP, Interpol yang sebelum ini telah mengecam Jabatan Imigresen Malaysia kerana gagal memeriksa pasport penumpang pesawat MH370 dengan pangkalan datanya, mempertahankan sistemnya itu selepas Zahid berkata pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang 40.2 juta pasport hilang, adalah "terlalu besar" dan akan menenggelamkan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia. "Jika ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau patut disalahkan ke atas kegagalan ini, ia hanyalah Jabatan Imigresen Malaysia," kata Interpol seperti yang dilaporkan oleh agensi berita itu. Interpol berkata bahawa pangkalan data itu hanya mengambil masa selama 0.2 saat untuk mendedahkan sama ada sesuatu pasport disenaraikan dalam data mereka. "Walaupun sesetengah negara memeriksa pangkalan data kami lebih daripada seratus juta kali setahun, pada tahun 2014 sebelum kehilangan pesawat MH370, Jabatan Imigresen Malaysia tidak menjalankan satu pun pemeriksaan pasport penumpang dengan pangkalan data Interpol. "Sekiranya Malaysia membuat pemeriksaan menggunakan pangkalan data Interpol, dua penumpang pesawat itu yang telah menggunakan pasport curi akan dapat dikesan hampir serta merta," dakwanya. Susulan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, dua warganegara Iran dikesan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat itu. Pada Rabu, Zahid memberitahu Parlimen bahawa memeriksa pangkalan data Interpol akan memakan masa yang lama untuk pegawai imigresen melakukannya dan ia juga akan menyebabkan kelewatan di lapangan terbang. Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Zahid berkata bahawa operasi Jabatan Imigresen Malaysia adalah "bertaraf dunia" apabila menjalankan kawalan di sempadan. Zahid juga dilaporkan berkata pegawai-pegawai imigresen yang menjaga pintu masuk Malaysia telah dilatih oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada untuk menjalankan pemeriksaan pemprofilan dan mengesan dokumen perjalanan palsu. Sebarang keraguan katanya akan membawa kepada pemeriksaan kali kedua menerusi Pusat Pemeriksaan Dokumen (DEC). DEC juga mempunyai makmal khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang digunakan oleh pihak imigresen untuk memeriksa sebarang dokumen yang meragukan sejak tahun 2007 lagi. -astroawani
ULASAN GB Inilah akibatnya apabila terdapatnya menteri yang naif tentang sistem pengkoputeran dan pengkalan data. Ahmad Zahid Hamidi menyangka "pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang 40.2 juta pasport hilang, adalah "terlalu besar" dan akan menenggelamkan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia." Sedangkan sistem pengkalan data mampu menyemak beratus juta fail hanya di hujung jari dengan memakan masa hanya tidak sampai satu saat. Di dalam pengkalan data Google misalnya, berjuta malah berbillion maklumat dan hanya memerlukan satu saat untuk seseorang pengguna membuat panggilan data berkenaan. Ketara sangat menteri berkenaan tak tahu apa yang beliau sendiri cakapkan dan menampakkan kebodohannya mengenai apa itu "sistem pengkalan data". Zahid Hamidi memang tak layak jadi menteri. Beliau juga diantara menteri yang sering membuat U-TURN di dalam kenyataannya. Buktinya: |
[VIDEO] Apakah Yang Tersirat Disebalik Pendedahan Tun Musa Hitam? -updated Posted: 29 Mar 2014 05:04 PM PDT KELAB GREENBOCSelepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin. Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof. Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku. "Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu. Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana. Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'. "Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh. Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China. Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – TMI LIHAT VIDEO DI SINI ULASAN GB GB tertarik dengan pendedahan Tun Musa Hitam di atas. Ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan oleh Tun Musa di sebalik pendedahan bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu tragedi Memali berlaku pada tahun 1985 itu. Pendedahan tersebut dilakukan tatkala seluruh negara sedang berbicara mengenai tragedi MH370. Dan patutlah beberapa hari yang lalu, Tun Mahathir menyatakan beliau akan tapis internet jika menjadi PM semula. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. Tiba-tiba Tun Mahathir mengeluarkan perkataan "Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula". Tumpuan saya bukan di perkataan tapis internet, tapi perkataan "kalau jadi PM semula". Adakah beliau masih bercita-cita untuk jadi PM atau ada proksinya menjadi PM? Penapisan internet juga dicadangkan Tun Mahathir tatkala ketika dunia sedang berbicara mengenai tragedi MH370. Tun Mahathir seperti resah gelisah dengan perbincangan di dunia internet susulan tragedi ini, apatah lagi pendedahan Rafizi mengenai rancangan Tun Mahathir untuk menggulingkan Najib sempena Kajang Move tempohari.. Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan pendedahan Tun Musa? Ya, hanya Tun Musa dan Allah mengetahuinya... our God!
|
Panel antarabangsa siasat insiden MH370 Posted: 29 Mar 2014 04:53 PM PDT PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan panel antarabangsa bagi meneliti tentang aspek tanggungjawab membabitkan penerbangan MH370. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hasil siasatan panel itu akan menentukan pihak-pihak yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini, ketika ditanyasama ada syarikat China Southern Airlines selaku rakan perkongsian kod penerbangan MH370 bersama-sama Malaysia Airlines (MAS), harus turut bertanggungjawab terhadap penerbangan itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia juga akan mempertimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menyiasat tragedi MH370. Katanya beliau percaya semua negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat pesawat itu serta rakan-rakan antarabangsa ingin tahu hasil siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung kejadian. Pada masa sama Hishammuddin berkata sekarang adalah waktu yang terbaik untuk melihat semula bukan sahaja landskap sektor penerbangan tetapi juga aspek keselamatan dan pertahanan. Ditanya bagi mengesahkan laporan yang memetik sumber bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui bukti daripada pemacu keras dan simulator penerbangan milik juruterbang MH370 yang mengaitkannya dengan insiden, Hishammuddin berkata beliau serahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menjawab perkara itu. "(Akan tetapi) apa yang saya tahu, tiada yang mencurigakan daripada simulator itu," katanya yang ditemui pemberita selepas berjumpa dengan anggota keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly di sini. - Bernama |
MH370: Pencarian temui objek pelbagai warna Posted: 29 Mar 2014 04:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal. "Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini. Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia. AMSA berkata sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik hari ini namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang. Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian hari ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun. Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi. "Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu. AMSA berkata Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi. "Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA. Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang. "Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat petang ini atau di sebelah malam," katanya. - Bernama |
Enam calon rebut kerusi Timbalan Presiden PKR Posted: 29 Mar 2014 04:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bersaing dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut kerusi Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini. Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, ianya bakal menyaksikan perebutan enam penjuru. Mereka adalah penyandang jawatan itu Azmin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Rama dan Ganusegaran. Berikut, senarai pencalonan yang disiarkan web rasmi PKR, Keadilandaily.com. Presiden 1) Datuk Seri Anwar Ibrahim 2)Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Presiden 1) Mohamed Azmin Ali 2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 3) Tian Chua 4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail 5) Datuk K Rama 6) Ganusegaran Naib Presiden 1) Fuziah Salleh 2) N Surendran 3) Rafizi Ramli 4) Nurul Izzah Anwar 5) Mustafa Kamal Ayub 6) Baru Bian 7) Mansor Osman 8) Suresh Kumar 9) Elizabeth Wong 10) Dr Shamugan 11) Sresram 12) Mohd Yahya Shaari 13) Lee Chin Cheh Ketua AMK 1) Amiruddin Shaari 2) Nik Nazmi Nik Ahmad 3) Mohd Nazree Yunus Ketua Wanita Pusat 1) Rodziah Ismail 2) Zuraida Kamaruddin |
Syabas lanjut catuan bekalan air hingga 30 April Posted: 29 Mar 2014 04:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dijadualkan berakhir Isnin depan akan dilanjutkan sehingga 30 April ini. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pelan Kontigensi Pengagihan Bekalan Air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri Selangor semalam. "Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan hari ini. Priscilla berkata bagi pengguna di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama. Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang masih diaktifkan ekoran paras empangan dan aliran air di Sungai Selangor masih tidak meningkat. "Splash (Syarikat Pengeluar Air Selangor) dan Puncak Niaga masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates," kata Priscilla. Justeru beliau menasihati pengguna supaya mengelakkan pembaziran dan tidak menggunakan air untuk tujuan tidak penting seperti mencuci kenderaan, mengisi air ke dalam kolam renang dan menyiram tanaman hiasan. - Bernama |
DAP wajar bagi peluang muka baru Posted: 29 Mar 2014 04:38 PM PDT ALOR SETAR - DAP Pusat wajar memberi peluang kepada muka baru untuk menerajui kepimpinan tertinggi parti itu setelah Karpal Singh mengumum melepaskan jawatan pengerusi sementara menunggu rayuannya terhadap kes hasutan. Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, langkah Karpal untuk mengundurkan diri dilihat amat bersesuaian dengan situasinya sekarang dan boleh berehat panjang setelah sekian lama berdepan masalah kesihatan. "Kita patut bagi ruang kepada orang lain terutama muka baru menjadi pemimpin," katanya kepada media di pejabat DAP Kedah. Sebelum ini Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoalkan keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009. Dalam satu kenyataannya, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau tidak lagi layak memegang jawatan berkenaan berikutan keputusan mahkamah itu. Ia sejajar peruntukan Seksyen 9A, Akta Pertubuhan 1966 yang melarang sesiapa yang dijatuhi hukuman denda lebih daripada RM2,000 atau penjara setahun memegang jawatan. Guan Aik berkata, Karpal sepatutnya bersara lebih awal namun sekarang masih belum terlambat untuk berbuat demikian. |
Anwar cabar Azizah kerusi Presiden PKR Posted: 29 Mar 2014 04:36 PM PDT PETALING JAYA - Posisi Presiden PKR yang disandang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ditentang suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wan Azizah menjawat posisi Presiden parti bermula 1999 manakala Anwar dipilih selaku Ketua Pembangkang sejak 2008. Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil. Manakala, Anwar dilantik jawatan Ketua Pembangkang selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008 hasil kata sepakat rakan PR terdiri Pas dan DAP. Manakala Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali kekal mempertahankam kerusinya pada Jawatankuasa Pemilihan Pusat 2014 bakal berlangsung Mei depan. Ahli Parlimen Gombak itu berdepan pertembungan lima penjuru bagi merebut posisi Timbalan Presiden PKR iaitu bakal ditentang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, Mohamad Azmin Ali dan Murali Subramaniam. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan