DIALOG RAKYAT |
- MH370: Perancis serah imej baru objek
- Tak rasmi: PKR kekal Kajang, majoriti kurang
- Palet, tali pinggang ditemui dalam misi pencarian MH370 Australia
- PRK Kajang: Jam terakhir, fokus kepada pengundi elak termakan provokasi BN
- Suhakam gesa kerajaan tingkat hak asasi manusia dalam negara
- Pusat mengundi SK Sungai Kantan kecoh
- SPR hanya beri tumpuan pada kangkung dan buah kelapa
- Lebih Ramai Percaya MH370 Dirampas Daripada Terhempas?
- Sonar Mampu Kesan MH370 Jika Terjunam Dalam Lautan Hindi
- Kapten Zaharie Terima Panggilan Daripada Wanita Misteri Sebelum Berlepas
- PRK Kajang: Peratusan keluar undi mampu capai 80%
- Chef Wan: Saya hanya nak duga
- Aksi kangkung, bomoh jadi tumpuan
- SAR mesyuarat terakhir di Sepang sebelum pindah
- Objek dikesan satelit China tak ditemui
MH370: Perancis serah imej baru objek Posted: 23 Mar 2014 05:06 AM PDT MALAYSIAKINI Malaysia hari ini menerima gambar satelit baru daripada pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek berpotensi di koridor Selatan, dalam usaha pencarian pesawat MH370. Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Malaysia segera menyampaikan imej itu kepada pusat penyelarasan usaha menyelamat Australia. Koridor Utara terletak antara Indonesia hingga Lautan Hindi. Perkembangan terbaru ini sekali gus menguatkan teori bahawa MH370 mungkin berada di kawasan itu. Kementerian Pengangkutan bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung imej itu atau mengedarkannya kepada media buat masa ini. Sebelum ini dua lagi negara mendedahkan imej satelit, iaitu Australia dan China. Pasukan pencarian bagaimanapun belum dapat mengesannya. Sementara itu, sejak kehilangan pesawat itu pada 8 Mac, hari ini pertama kali kerajaan tidak mengadakan taklimat media, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan bertulis. | |||
Tak rasmi: PKR kekal Kajang, majoriti kurang Posted: 23 Mar 2014 05:04 AM PDT MALAYSIAKINI Peti undi mula dibawa masuk ke pusat penjumlahan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Kajang dijangka akan dapat diketahui seawal jam 9 malam. Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu. LAPORAN LANGSUNG 7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13. 7.30pm Tak rasmi: PKR - 15,055 BN - 9,628 Majority - 5,427 Kira-kira 88 peratus undi telah dikira. PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi. 7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA: PKR - 13,414 BN - 8,226 Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi. 7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira PKR - 10,187 BN - 6,494 7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang. Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz. 7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran: PKR - 10,070 BN BN - 6,145 Majoriti - 5,075 6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi PKR - 9,892 BN - 6,075 Majoriti - 3,817 6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi: PKR - 9,257 BN - 5,448 Majoriti - 3,809 6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran. PKR - 8,847 BN - 5,260 Majoriti - 3,587 6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran: BN - 4,361 PKR - 7,514 6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi PKR - 5,242 BN - 3,429 6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal: PKR - 4,239 undi BN - 1,617 Majoriti - 2,622 Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi. | |||
Palet, tali pinggang ditemui dalam misi pencarian MH370 Australia Posted: 23 Mar 2014 01:37 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Pegawai kerajaan Australia hari ini berkata, salah sebuah kapal terbang yang digunakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 mengesan palet kayu kargo bersama-sama tali pinggang atau tali di kawasan pedalaman Lautan Hindi, lapor AFP. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai "visual pertama dilihat dalam carian setakat ini". Objek itu dilihat oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu. "Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain yang tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang daripada beberapa warna dan kepanjangan berbeza," kata penyelaras operasi pesawat AMSA, Mike Barton. "Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan pesawat laju," katanya pada taklimat media. Barton berkata, pencarian hari ini, yang membabitkan empat pesawat tentera dan empat pesawat awam akan kembali ke kawasan itu untuk mencuba mencari lagi objek berkenaan. Pakar penerbangan yang memberikan pandangan mereka berkata, palet kayu biasanya digunakan untuk membungkus barangan dalam pesawat menyebabkan Barton menggambarkan ia sebagai "petunjuk yang munasabah". Beliau berkata, palet seumpama itu biasanya dibungkus ke dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke perut kapal terbang tetapi ia juga sering digunakan dalam industri perkapalan. Beliau memberi amaran, tali yang kelihatan "boleh jadi apa sahaja" dan sehingga pasukan pencari berjaya mencari semula objek berkenaan dan melihatnya sendiri, agak sukar untuk mengatakan sama ada ia berkaitan dengan MH370 atau tidak. | |||
PRK Kajang: Jam terakhir, fokus kepada pengundi elak termakan provokasi BN Posted: 23 Mar 2014 01:30 AM PDT Oleh: Mohd Ezli Mashut KAJANG Jentera Pakatan Rakyat di PRK DUN Kajang diperingatkan agar menumpukan usaha membawa pengundi ke pusat pengundian dan tidak termakan dengan provokasi BN di pusingan jam terakhir pengundian "Jangan terperangkan dengan provokasi Umno-BN, fokuskan kepada untuk membawa pengundi agar memilih PKR," tulis twitter Keadilan Untuk Semua. Sementara itu, Barisan Nasional didakwa menggunakan samseng apabila memukul seorang anggota AMK Johor, Mohd Ramli dengan senjata tumpul di Daerah Mengundi Bandar Kajang, tulis twitter Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Menurut twiter Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil "Di IPD Kajang, sdr Zulfikar ditahan kerana pertahankan khemah KEADILAN di DM Taman Mesra. Tiga peguam hadir untuk bantu," Dilaporkan enam buah trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) memasuki Kampung Baru Sg Chua.EZY | |||
Suhakam gesa kerajaan tingkat hak asasi manusia dalam negara Posted: 23 Mar 2014 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia telah menolak 82 syor yang terkandung dalam laporan Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia kali kedua oleh Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 Mac 2014 di Geneva. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam satu kenyataan media menjelaskan, daripada 232 syor yang diterima daripada negara anggota PBB semasa sesi penilaian pada 24 Oktober lalu, Malaysia telah menerima 150 syor. Daripada jumlah tersebut, 113 syor diterima sepenuhnya, 22 syor diterima secara prinsip dan 15 syor lagi diterima secara sebahagian. "Malaysia tidak menyokong sebanyak 82 syor yang menyeru perubahan segera kepada undang-undang, peraturan dan dasar yang sedia ada atau perkara yang ia tidak bersedia untuk mempertimbangkan atau menyatakan kesanggupannya untuk melaksanakan pada masa ini," ujar Hasmy. Antara syor yang diterima sepenuhnya kerajaan adalah berkaitan hak ekonomi, sosial dan budaya, terutamanya pembasmian kemiskinan, pendidikan dan akses kepada penjagaan kesihatan; dan juga peningkatan hak wanita dan kesaksamaan gender serta memerangi pemerdangangan manusia. Malaysia juga menyokong syor mengenai pengukuhan mekanisme hak asasi manusia kebangsaan, dan juga promosi dan perlindungan hak orang kurang upaya, kanak-kanak, serta akses kepada keadilan bagi pekerja asing. Bagaimanapun ujar Hasmy, Suhakam berharap kerajaan akan menerima sebanyak mungkin syor ke arah mengesahkan komitmennya untuk meningkatkan hak asasi manusia di peringkat domestik. Suhakam, ujarnya kesal bahawa syor mengenai penyertaan triti-triti utama hak asasi manusia, pembaharuan undang-undang negara dan pemansuhan hukuman mati tidak disokong Kerajaan Malaysia. "Suruhanjaya bimbang bahawa hal ini akan terus menghalang negara daripada meningkatkan rekod hak asasi manusianya dan juga dalam mencapai status negara maju menjelang akhir dekad ini," ujar beliau. Suhakam juga kesal kerana kerajaan tidak menyokong enam syor penting berkenaan Orang Asal/Asli, terutama mengenai hak tanah mereka walaupun masalah tersebut telah berlarutan sejak sekian lama. | |||
Pusat mengundi SK Sungai Kantan kecoh Posted: 23 Mar 2014 01:22 AM PDT SALMIYAH HARUN & ANIS NAZRI KAJANG: Suasana pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kantan kecoh apabila sekumpulan anak muda penyokong BN cuba membuat provokasi dengan memerah minyak motorsikal. Lebih 20 biji motosikal yang ditunggangi penyokong BN memerah minyak dan berhenti di tengah-tangah jalan menyebabkan suasana bingit. Keadaan ini membuatkan para penyokong PKR tidak berpuas hati kerana bunyi bingit dengan asap motorsikal berkepul-kepul mencemarkan udara. Keadaan ini menimbulkan ketegangan sehingga memaksa kira-kira 10 anggota FRU masuk campur dan menenangkan suasana. Penyokong PKR yang mendengar arahan daripada pihak polis segera meminta penyokongnya berundur daripada mendekati penyokong BN. Dalam beberapa minit selepas itu gerombolan penyokong BN dilihat melakukan provokasi lagi dengan bertindak mengetuk kereta penyokong PKR yang melalui jalan di hadapan mereka. Sehingga kini keadaan masih lagi riuh dengan gelagat kedua-dua penyokong PKR dan BN yang berdiri bersebelahan menyebabkan suasana sukar sikawal. Sementara itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Datuk Kamarudin Jaffar serta Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut berada di pusat pengundian ini. Syed Azman menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan provokasi yang dimainkan BN. "Kita tidak mahu menang provokasi tetapi kita mahu menang undi. Kita sudah lalui banyak pilihan raya sudah biasa dengan keadaan ini. Jadi kita yakin dapat kawal ahli-ahli kita,"katanya. Katanya, walaupun kawasan ini kawasan BN tindakan provokasi itu menunjukkan rasa tergugatnya BN terhadap kedudukan mereka sebelum ini. | |||
SPR hanya beri tumpuan pada kangkung dan buah kelapa Posted: 23 Mar 2014 01:19 AM PDT KAJANG: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberi perhatian kepada ugutan fizikal terhadap calon; bukan buah kelapa atau kangkung yang dibawa petugas. Nurul Izzah berkata SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR. "Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi. "Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada Selangorkini. "Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan," katanya. Sebelum ini, Abdul Aziz berkata penyokong dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian. | |||
Lebih Ramai Percaya MH370 Dirampas Daripada Terhempas? Posted: 23 Mar 2014 01:15 AM PDT Oleh Shahbudin Husin Sudah dua minggu berlalu tetapi sehingga ini masih belum ada apa-apa berita mengenai pesawat MH370. Pada Sabtu 8hb Mac, kerajaan mengumumkan pesawat itu hilang daripada radar di perairan Vietnam dan mengesyaki ia mungkin terhempas di Laut China Selatan tetapi pada Sabtu seterusnya iaitu 15 Mac, Najib pula membuat pengumuman pesawat itu sebenarnya dikesan berpatah balik dan radarnya dimatikan dengan sengaja oleh seseorang yang berada di dalam kokpit. Sejak itu pencarian tidak lagi dilakukan di Laut China Selatan tetapi sudah menjarak sehingga ke Lautan Hindi dengan jumlah negara, pesawat udara, kapal laut, radar dan anggota pasukan mencari dan menyelamat yang turut bertambah. Namun sehingga ini masih juga tiada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui. Pada Sabtu seterusnya iaitu hari ini, ramai sebenarnya yang mengharapkan ada sesuatu pengumuman yang positif daripada kerajaan dan seterusnya merungkai misteri kehilangan pesawat yang sudah berlarutan selama dua minggu itu. Tetapi nampaknya Sabtu, 22 Mac ini tiada apa-apa berita daripada kerajaan. Yang ada hanyalah beberapa penemuan yang makin membingungkan rakyat, lebih-lebih lagi waris mangsa. Jika sebelum ini kita diberitahu, antara muatan kargo adalah bertan-tan buah manggis, kini kita dibertahu lagi bahawa didalamnya terdapat bahan kimia lithium yang biasa digunakan untuk membuat bateri. Selain itu kita juga diberitahu bahawa di antara 239 yang berada di dalam pesawat itu, 20 orang daripadanya adalah kakitangan Freescale Semiconductor yang berkemahiran tinggi dan mungkin menjadi perhatian pesaing industri yang bernilai tinggi. Meskipun sejak Najib mengumumkan pesawat itu dimatikan radarnya secara sengaja dan didapati berpatah balik serta dikesan kali terakhir oleh satelit pada 8.11 pagi 8hb Mac, usaha mencari lebih ditumpukan ke Lautan Hindi seolah-olah ada keyakinan bahawa pesawat itu terhempas atau sengaja dijunamkan di kawasan paling di lautan tersebut. Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan bahawa pihaknya turut menyiasat faktor bunuh diri juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah. Di segi kerajaan, nampaknya mereka lebih meyakini pesawat itu terhempas dan lebih memedihkan ia juga menjurus kepada perbuatan sengaja yang dilakukan oleh juruterbangnya. Tanpa sebarang fakta dan bukti, itulah andaian berlegar setakat ini. Hakikatnya amatlah tidak wajar membuat sebarang dakwaan terhadap Kapten Zaharie tanpa bukti kukuh. Tidak masuk akal untuk mengatakan semata-mata kecewa terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar Ibrahim, beliau melakukan sabotaj ini. Lebih tidak masuk akal untuk mengaitkan seorang Islam dengan kejadian bunuh diri kerana betapa kecewanya pun seorang yang beragama Islam itu dalam hidupnya, membunuh diri bukanlah pilihan yang menjadi kelaziman. Orang Islam juga selalu diingatkan bahawa membunuh diri adalah dosa paling besar, memalukan keluarga dan neraka balasannya. Sementara Najib menyalahkan pesawat itu dilencongkan secara sengaja dan Hishammuddin pula mengatakan kejadian bunuh diri turut disiasat, hanya kawan-kawan dan kenalan rapat Kapten Zaharie yang tampil mempertahankan juruterbang itu manakala MAS sebagai majikan hanya berdiam diri. Agak mengecewakan situasi ini. Kenapa MAS hanya berdiam diri? Dan kenapakah fokus lebih ditumpukan kepada terhempas berbanding dirampas? Setelah dua minggu berlalu dan belum ada tanpa-tanda ditemui di darat, laut, hutan dan sebagainya, rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu kini mulai meyakini bahawa MH370 lebih mungkin dirampas dan sedang disembunyikan, bukannya terhempas. Di mana-mana terdengar hujah yang mudah iaitu jika terhempas, setelah dua minggu, pasti sesuatu kesan daripadanya sudah ada ketika ini. Meskipun sukar dipastikan, ramai yang percaya pesawat MH370 itu sedang disembunyikan di sesuatu tempat dan ia dilakukan melalui perancangan yang sangat rapi. Kerapian itu bukan saja untuk memastikan pesawat dapat didaratkan di sebuatu tempat yang selamat dan sukar dikesan tetapi juga meliputi aspek untuk menyediakan keperluan makan minum dan tempat tinggal kepada 239 penumpang itu. Memanglah bukan mudah untuk menyediakan makan minum kepada 239 orang selama berhari-hari tetapi tidaklah mustahil perkara itu dilakukan jika ia dirancang dengan rapi sejak bertahun-tahun lalu. Jika ada yang mengatakan penyediaan makan minum seumpama kenduri itu agak mustahil, samalah juga mustahilnya dengan mengatakan Kapten Zaharia sengaja melakukan sabotaj dan bunuh diri dengan menjunamkan pesawat itu ke Lautan Hindi semata-mata kerana marahkan kerajaan atau kecewa dengan hukuman keatas Anwar. Jika benar beliau kecewa, mahu melakukan sabotaj dan bunuh diri, apa perlunya beliau terbang selama lebih lebih sejam serta kemudian berpatah balik dan menuju ke Laut Hindi untuk mencari sasarannya? Lebih baik beliau hempaskan pesawat itu ke arah Seri Perdana atau langgarkan saja ke Bangunan KLCC. Lebih dari itu, cukupkah minyak pesawat untuk sampai ke Laut Hindi itu? Semakin lama masa berlalu dan semakin banyak kekaburan yang timbul di sebalik kehilangan pesawat ini, walaupun kerajaan lebih menjurus kepada kemungkinan ianya terhempas tetapi rakyat lebih merasakan MH370 sebenarnya dirampas dan sedang disembunyikan di suatu tempat rahsia. Pelbagai rumusan dan telahan dapat didengar mengenai sebab kemungkinan pesawat itu dirampas. Di media luar negara, di media sosial dan dari mulut rakyat jelata, semua itu makin kedengaran kebelakangan ini. Sebagaimana media luar dan beberapa negara mempersoalkan sebelum ini, apakah sekali lagi kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu? | |||
Sonar Mampu Kesan MH370 Jika Terjunam Dalam Lautan Hindi Posted: 23 Mar 2014 01:13 AM PDT Oleh: BERNAMA Beliau berkata hanya Amerika Syarikat mempunyai peralatan tersebut di mana ianya "boleh menjunam ke dalam laut antara 4,000 sehingga 6,000 meter" untuk mengesan sebarang objek yang terbenam. "Contohnya, apabila alat itu terkena satu objek, katakanlah kapal terbang, bunyi akan dibalikkan kembali;dengan cara itu, kalau ada kapal terbang berdekatan dengan keadaan bunyi yang dikeluarkan, sonar itu dapat mengesannya; hantaran isyarat yang diterima itu berbeza bergantung kepada objek yang dikesan. "Itu sajalah peralatan yang boleh digunakan kalau ianya jauh di dalam (laut) tanpa ada isyarat kecemasan dikeluarkan (dari kotak hitam)" kata Azmi kepada Bernama selepas di wawancara dalam program BernamaTV 'Ruang Bicara' bertajuk 'Kotak Hitam' yang disiarkan secara langsung di sini malam Sabtu. Beliau juga berkata pencarian kotak hitam boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan peralatan tertentu jika ianya gagal ditemui dalam tempoh 30 hari. Azmi berkata kotak hitam itu juga boleh dikesan dengan secara manual jika lampu isyarat perakam penerbangan itu berhenti menghantar isyarat selepas 30 hari. Ini telah dilakukan pada kapal terbang Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009, di mana kotak hitamnya telah ditemui selepas hampir dua tahun, iaitu 23 bulan, selepas kapal terbang itu hilang. Kapal terbang itu, yang membawa 228 orang, dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Peranchis. Azmi berkata berkata kotak hitam itu yang diperbuat daripada titanium dan keluli serta dilapisi bahan tahan api, boleh menahan hentakan yang kuat sehingga 3,000 kali, serta masih mampu mengeluarkan isyarat jika jatuh hingga kedalaman 6,000 meter. Selain mampu bertahan sehingga 2,000 darjah Fahrenheit dalam sesuatu kebakaran, katanya. Katanya, hampir 95 peratus kotak hitam dapat ditemui dalam kemalangan yang melibatkan kapal terbang. Pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia, yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa KL pada 8 Mac. Penerbangan itu sepatutnya tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. | |||
Kapten Zaharie Terima Panggilan Daripada Wanita Misteri Sebelum Berlepas Posted: 23 Mar 2014 01:10 AM PDT MSTAR ONLINE Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad. Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport. Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki. Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur. Mereka mendapati ia telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu. Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan. Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah. Dalam perkembangan berasingan, The Mail pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung. Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. - The Straits Times / ANN | |||
PRK Kajang: Peratusan keluar undi mampu capai 80% Posted: 23 Mar 2014 12:35 AM PDT KAJANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang hari ini mampu mencapai sehingga 80 peratus. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga 11 pagi, 12,288 atau 32.29 peratus daripada 38,055 pengundi telah keluar menunaikan hak masing-masing. Pemerhatian SPR sejak pusat mengundi dibuka pada 8 pagi mendapati pengundi dan penyokong kedua-dua parti memberi kerjasama dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di sini hari ini. Sebanyak 15 pusat mengundi dibuka untuk PRK Kajang dan akan ditutup pada pukul 5 petang. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 9 malam. Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta pemimpin politik menasihatkan penyokong dan jentera parti yang hadir ke pusat-pusat pengundian supaya sentiasa berhemah, sopan dan mematuhi arahan bagi memastikan kelancaran proses pengundian selesai. Beliau juga menasihatkan penyokong parti politik tidak menimbulkan provokasi yang boleh mengganggu proses pengundian dan ketenteraman awam. "Tempoh berkempen sudah tamat pada 12 tengah malam tadi. Hari ini pengundi hadir bagi membuat keputusan siapa yang patut dipilih, dan mereka tidak harus diganggu lagi," katanya. - Bernama | |||
Posted: 23 Mar 2014 12:29 AM PDT LEBIH dua minggu hilang di awan biru tanpa khabar berita, sehingga kini, kehilangan MH370 masih dianggap misteri. Namun, penemuan serpihan kapal terbang di Perth, Australia, memberi seribu harapan buat masyarakat di seluruh dunia. Di saat masyarakat sedang menunggu berita kesahihan mengenai penemuan itu, muncul pula jenaka daripada chef selebriti terkenal, Chef Wan. Menerusi akaun, Instagramnya, Chef Wan telah berkongsi foto dan tulisannya menjurus kepada penemuan serpihan berkenaan. Antara kata-katanya berbunyi, "2 'object' di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya. Adoi.. frustnya". Walaupun ianya lebih kepada gurauan, namun tulisan Chef Wan nyata memberi renjatan buat masyarakat dan ramai yang berpendapat gurauan sebegitu sangat tidak bersesuaian dengan situasi sekarang. Setelah menerima pelbagai bentuk kecaman dan kritikan daripada pengikut di laman sosialnya itu, Chef Wan bertindak memadam gambar berkenaan untuk tidak memanaskan isu ini lagi. Tidak mahu memanjangkan perkara ini, Chef Wan juga turut memberi penjelasan mengenai tindakannya itu. "Masa di pantai pagi tadi, saya beritahu semua kru untuk membuat gurauan dan sekali gus menduga reaksi masyarakat Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang. "Pemandu saya kata, janganlah CW (Chef Wan), nanti orang cari sebab nak marahkan awak walaupun hanya bergurau. "Kru-kru ketawa berderai dan saya letakkan gambar di IG (Instagram). Tak sampai 10 minit, penulis blog tempatan menghubungi saya. Betullah sangkaan saya, orang Malaysia suka cari sebab untuk burukkan orang walaupun ianya hanya gurauan semata," katanya yang memberi penjelasan di laman berkenaan. Terima kritikan Tambah Chef Wan, apa sahaja kritikan yang dilemparkan, dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Selain memberikan penjelasan kepada mereka yang kurang faham mengenai gurauan berkenaan, Chef Wan juga turut menempelak pihak lain yang gemar memanipulasikan isu seumpama ini. "Saya dah beritahu cerita yang sebenar, dan selepas ini, kita lihat cara mereka (blog dan media) melatah dengan menyebarkan berita-berita ini dan melakukan fitnah pula. "Let us see their true colors. Remember what i said at the end of the day, the wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold," katanya lagi. Sementara itu, anak perempuan chef terkenal ini, Serina Redzuawan, enggan mengulas lanjut mengenai tindakan bapanya itu. "Saya tak mahu komen apa-apa kerana bapa saya sudah pesan awal-awal agar saya tidak mencampuri urusan sebegini sehingga menjadi isu besar," katanya. | |||
Aksi kangkung, bomoh jadi tumpuan Posted: 23 Mar 2014 12:10 AM PDT MALAYSIAKINI Walaupun tempoh rasmi kempen hanya 12 hari, dengan kedua pihak yang bertanding telahpun memulakan kempen 'tidak rasmi' mereka sebaik kerusi DUN Kajang dikosongkan 27 Januari lalu; ini mungkin kempen PRK paling lama dalam sejarah. Seramai 38,055 pengundi bakal mengundi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu. Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama. Perkara itu akan tergambar daripada keputusan hari ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mampu menambah majoriti hampir 7000 undi pada 2013 atau sebaliknya. Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan. Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini. Apa pilihan penduduk Kajang? LAPORAN LANGSUNG 2pm Jumlah keluar mengundi 53.71 peratus setakat ini. Jumlah keluar mengundi yang lebih rendah berbanding 2013 (87 peratus) dijangka akan memberi kesan kepada penguasaan PKR di kerusi DUN ini. Anwar menyiarkan rayuan di Twitter agar pengundi menggunakan masa untuk keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang. 1:30pm Sg Kantan - Kunjungan dari presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN, Chew Mei Fun menyemarakkan semula semangat penyokong parti untuk bersorak-sorai. Suasana itu kembali hingar apabila seorang penyokong Pakatan melaungkan "Kangkung! Kangkung!". Penyokong BN membalas semula dengan aksi menggoyangkan punggung mereka ke ara penyokonga Pakatan, dengan diawasi pasukan polis. Sorakan itu kemudiannya surut semula selepas pemimpin MCA dan PKR, seperti MP Subang R Sivarasa beredar dari kawasan tersebut, 12pm Seramai 15,529 (40.81 peratus) keluar mengundi setakat tengahari. 11.30am SK Kantan Permai - seorang pengundi yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa. "Saya membesar dengan Pakatan. Saya mahu Pakatan Rakyat menang. Mahasiswa juga banyak menggerak massa. Saya dengar ada undi kesian daripada atas pagar, dia kata undi Kak Wan," katanya. 11.16am Kajang - Satu kumpulan penyokong BN bermotosikal diketuai pemimpin Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah membunyikan enjin jentera merea ketika melalui beberapa pusat pengundian. Mereka memulas pendikit minyak untuk membuatkan enjin motosikal menderu kuat sehingga menenggelamkan laungan penyokongan lawan. Kumpulan berkenaan berbuat demikian selama kira-kira 10 minit sebelum meninggalkan kawasan tersebut dalam keadaan kelam akibat kepulan asap motosikal. Sementara itu seramai 20 orang penunggang basikal, termasuk seorang warga emas yang memakai baju dengan tulisan 'Power of Rakyat' dan 'Rakyat Is Not A Fool' turut mengunjungi kawasan-kawasn pengundian untuk menunjukkan sokongan. Seorang daripadanya berang apabila disorak oleh sorang penyokong BN di SK Convent di Kajang, dan menjerkah kembali: "Hei bodoh!" Beliau kemudiannya ditenang oleh penyokong PKR yang memberikannya minuman. 11.15am SK Kantan Permai - Penyokong Pakatan Rakyat semakin bertambah. Beberapa orang penyokong PKR dilihat mengejek penyokong lawan dengan membuat aksi 'bomoh teropong'. Seorang daripadnyaa menggunakan batang paip kecil berwarna hitam sebagai teropong, seorang lagi memegang dua biji kelapa tua dan seorang lagi memegang batang penyapu. Ia bagi mengajuk upacara perbomohan seorang pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zin di KLIA bagi mencari pesawat MH370. Kumpulan penyokong Pakatan turut melaungkan ejekan "Kangkung" kepada penyokong BN. 11.00am SK Kantan Permai - Bercakap kepada media, calon PKR Datuk Seri Wan Azizah berkata beliau telah mengunjungi beberapa pusat pengundian dan mendapati sokongan terhadapnya "memberangsangkan". Bagaimanapun, dari kunjungannya itu, beliau mendakwa ada suasana tegang tercetus khususnya dari penyokong BN. "Saya berharap pilihan raya berjalan dengan aman," katanya. Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Presiden PKR itu berkata: "Saya tidak boleh ramal kemenangan, tapi saya rasa (syukur) Alhamdulillah, sekarang," katanya. Wan Azizah juga kesal kerana tempat mengundi untuk warga emas di sebuah pusat pengundian - yang pernah dirasmikan oleh Anwar sewaktu menjadi menteri pelajaran - dibuat di tingkat satu. "Sepatutnya (SPR) merancang supaya (suasana pilihan raya) mesra pengundi, kata Wan Azizah. Beliau berkata akan meneruskan kunjungannya di pusat pengundiannya yang lain sebelum berhenti rehat dan menyambungnya semula selepas itu. Dalam sidang media yang sama juga, Anwar berkata beliau yakin PKR akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil itu. Beliau juga berharap baki pengundian hari ini berjalan lancar, dan mahu penyokong PKR tidak termakan dengan provokasi lawan. "Mereka menggunakan istilah lucah, saya minta penyokong tenang, kalau nak kata, 'kangkung' tak mengapa," katanya. 10.27am SK Kantan Permai - Calon PKR Dr Wan Azizah Sampai Wan Ismail sampai di pondok panas PKR yang terletak kira-kira 150 meter daripada pusat mengundi. Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan "Reformasi". Manakala penyokong BN pula melaungkan "Tolak Kak Wan" dan "Tolak PKR" sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ. Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: "Kita sudah menang". Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai. 10.15am SK Kantan Permai - Anwar Ibrahim tiba di pondok panas PKR sampai bersalaman penyokong Pakatan yang berada di situ termasuk kenderaan yang berhenti. Penyokong Pakatan yang berada di situ mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya bersama-sama bekas pesuruhjaya PAS Melaka Abdyl Ghani Abdul Rahman dan Datuk Lajim Ukin. Bagaimanapun ketua pembangkang itu tidak melalui kawasan yang dipenuhi dengan penyokong BN. Penyokong BN tidak melaungkan apa-apa sewaktu kehadiran Anwar kerana tenggelam dengan laungan penyokong PKR yang melaungkan "Tolak BN" dan "Reformasi". 10.15am Sg Kantan - Kesesakan lalu lintas menyebabkan pemimpin politik membonceng motor untuk meninjau kawasan pengundian. Antara yang dilihat ialah Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan Naib President Umno Datuk Shafie Apdal. Suasana di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan meriah dengan kedua-dua penyokong dipisahkan sebatang jalan dan berlawan sorak di hadapan lawan masing-masing. 10.10am SK Kantai Permai -Ahli parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim yang bersama-sama penyokong BN amat berharap BN dapat memenangi pilihan raya kecil DUN Kajang. "Saya lihat (ada kecenderungan) pertambahan (orang keluar) mengundi yang begitu meningkat. Saya yakin kita mencapai kejayaan luar biasa. "Dalam proses demokrasi, kita menghormati (sama ada menang atau kalah), persaingan tetap ada. Suasana dengan penuh keamanan. Saya harap ia menjadi transformasi pasca PRU-13," katanya. 10.00am Sungai Chua – Seorang lelaki menarik perharian apabila mengandar kangkung di kawasan penyokong Pakatan. Lelaki 64 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad itu berkata, beliau memandu dari Pahang untuk bersama-sama di Kajang pada hari ini. "Saya mahu ingatkan pengundi di sini, (Datuk Seri) Najib (Razak) menyebabkan harga gula naik, tetapi tidak masuk akal bila kata harga kangkung turun. "Kita sudah tak boleh tahan!" katanya yang melaungkan "kangkung turun tapi harga gula naik" kepada orang ramai. 10.00am SK Kantai Permai - Dipisahkan hanya satu lorong ke Sekolah Kebangsaan Kantan Permai, penyokong BN dan PKR meraih undi kepada pengundi yang menuju ke pusat pengundian itu. Penyokong BN yang kelihatan lebih ramai daripada penyokong PKR melaungkan " Hidup BN", "Hancur Anwar", "Tolak Anwar" dan "Tolak Kak Wan" beberapa kali sambil mengibar bendera dan poster Chew Mei Fun. Manakala penyokong Pakatan hanya melaung reformasi. Pondok panas mereka hampir bertentangan satu sama lain. Berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pemandu kereta - tidak dapat dipastikan penyokong BN atau PKR - telah melanggar belakang sebuah motosikal di hadapan kedua-dua penyokong menyebabkan penyokong BN marah. Bagaimanapun, kekecohan itu dapat ditenangkan oleh anggota polis. 9.55am Kajang - Polis minta pekerja parti, kecuali yang membantu warga emas, beralih daripada pusat pengundian di SK Convent Kajang. Perayu undi MCA dilihat merekodkan jumlah pengundi yang tiba mengikut bangsa. Mereka juga dilihat mendekati pengundi Cina dengan berkata "Chew Mei Fun" dan "hua ren". Ditanya sama ada dibenarkan berbuat demikian, dia menjawab: "Siapa kamu? Wartawan? Saya juga boleh jadi wartawan. Saya tidak pakai mana-mana logo parti." "Kamu tidak cakap bahasa kami jadi kamu tidak tahu apa saya kata. Kamu tak perlu wawancara saya. "Saya tidak takut, saya tidak sembunyikan apa-apa atau buat salah. Jika saya macam itu polis boleh tangkap," kata lelaki bergelar "Datuk" itu yang enggan mendedahkan identitinya. 9:30am Sg Kantan - Kehadiran calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyebabkan beberapa pengundi mengambil kesempatan bergambar dengan beliau. Bagaimanapun beliau hanya menghabiskan kira-kira 10 minit sebelum bergerak ke tempat lain. Sorakan reformasi tiba-tiba kedengaran ketika Wan Azizah meninggalkan kawasan pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama para penyokong beliau. 9.00am SK Sg Kantan - Suasana pilihan raya DUN ini semakin 'panas' apabila semakin ramai penyokong BN membanjiri pusat pengundian ini. Malah, mereka yang berdiri di kiri dan kanan jalan menyanyikan lagu 'Inilah Barisan kita' beramai-ramai sambil diperhatikan oleh penyokong PKR dan Pakatan. Suasana lebih meriah, apabila seorang penyokong Puteri Umno mengetuai lebih 200 penyokong BN yang berhimpun di luar pusat mengundi, bersorak" Hidup BN" beberapa kali. 9.00am Taman Mesra - Perlawanan sorak antara kedua belah penyokong berlangsung rancak di hadapan pusat pengundian utama Taman Mesra yang terletak di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Masing-masing saling sindir menyindir. 8.45am SK Sg Kantan - Kira-kira 35 anak muda penyokong BN menunggang motosikal sambil memulas minyak sehingga menimbulkan bunyi bising dan mengeluar asap sambil mengibarkan bendera sekaligus mengganggu penyokong yang merayu di luar kawasan mengundi. Salah seorang perayu undi PKR berteriak beberapa kali kepada mereka: "Baguslah, baguslah, buat macam ini." 8.40am Dewan Orang Ramai Sungai Chua - Calon BN, Chew Mei Fun hadir untuk meninjau proses pembuangan undi di sini. Ditanya sebab beliau memakai baju berwarna merah, dan bukannya baju berwarna biru atau putih yang biasanya dikaitkan sebagai warna BN, Chew menjawab seperti berikut: "Ini blaus yang saya juga pernah pakai sewaktu berkempen. "Dan ada juga orang menasihatkan saya agar memakai warna merah hari ini," katanya sambil tersenyum penuh makna. 8.36am SK Sg Kantan - Penyokong BN lebih mendominasi penyokong PKR untuk meraih sokongan pengundi yang masuk ke sekolah ini. Lebih 100 orang penyokong BN mengibar bendera dan payung sambil melaungkan "Hidup BN, Undilah" BN. Manakala kira-kira 35 penyokong PKR pula memegang poster Wan Azizah dan bendera PKR sambil menunjukkannya kepada pengguna jalan raya yang lain. Terdapat juga kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada calon BN, menyebabkan penyokong parti bersorak. 8.30am Dewan Orang Ramai Sungai Chua - Penyokong BN dan PKR kelihatan berdiri bersebelahan di tepi jalan masuk ke Dewan Orang Ramai Sungai Chua. Penyokong BN memakai topi dan vest berlambang BN sementara penyokong PKR memegang poster wajah Datuk Seri Wan Azizah bertulisan 'Dari Kajang ke Putrajaya'. Turut kelihatan adalah kira-kira 10 orang anggota Unit Tindakan Ringan yang berkawal berhampiran tempat penyokong-penyokong tersebut berdiri. Pada masa sama, aliran keluar masuk pengundi ke Dewan Orang Ramai untuk membuang undi kelihatan berjalan lancar tanpa masalah. 8.20am Sungai Chua – Chew memulakan harinya di Persatuan Jing Miao Buddhist sebelum melawat beberapa pusat pengundian. Beliau dijadual melawat SRJK (C) Sungai Chua pada-pada jam 9 pagi. 8.18am Kajang Beberapa pengundi dilihat mengalami masalah tersalah pusat pengundian. "Kamu mengundi di BukitKajang, kawasan sebelah di Bangi," kata seorang agen pengundian pada pemilih. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menolak dakwaan seorang pengundi yang mendakwa, di Internet, dipindahkan keluar daripada Kajang tanpa persetujuan. Kajang meliputi kawasan antara Batu 10 Cheras hingga Seksyen 14 Bangi. 8:15am Sungai Sekamat - Sedikit kekecohan berlaku apabila sekumpulan polis meminta penyokong PKR dan BN tidak berdiri sebelah menyebelah bagi mengelakkan pergaduhan. Pergeseran itu dikatakan berpunca lantaran kesesakan jalan raya di hadapan Jalan Sekamat 1 semakin teruk memaksa penyokong kedua belah pihak berhenti jauh di pinggir jalan. Tindakan campur tangan polis mengawal keadaan dan trafik meredakan keadaan dengan kedua pihak nampak masih tidak berminat berprovokasi antara satu sama lain. Sebuah ambulans turut terperangkap dalam kesesakan itu. 8.05am SK Saujana Impian - Keadaan di sini aman, pengundi mula memasuki pusat pengundian. Kira-kira 30 anggota polis mengawal keselamatan dan lalulintas di SK Saujana Impian. 8.00am Sungai Sekamat - Keadaan jalan agak sesak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Namun ia bukan kerana pengundi berpusu-pusu membuang undi sebaliknya kerana Pasar pagi yang lazim diadakan di Jalan Sekamat 1 setiap hari Ahad. Bagaimanapun pusat pembuangan undi ini agak aktif dengan penduduk tempatan mengambil peluang memilih ADUN baru mereka. 7.55am SK Saujana Impian - Kira-kira 25 orang pengundi bagi saluran 1 dan 2 telah memasuki kawasan sekolah dan beratur untuk mengundi. Sebanyak lima saluran dibuka di pusat mengundi ini. Tidak kelihatan penyokong daripada kedua-dua parti berhimpun di sekitar kawasan sekolah untuk meraih sokongan pengundi yang hadir. Seramai 2014 pengundi berdaftar di SK Saujana Impian. | |||
SAR mesyuarat terakhir di Sepang sebelum pindah Posted: 23 Mar 2014 12:02 AM PDT MALAYSIAKINI Pihak berkuasa Malaysia yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, mengadakan mesyuarat terakhir di Hotel Sama-Sama hari ini sebelum berpindah ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Pusat media di hotel berkenaan juga dipindahkan ke PWTC memandangkan hotel itu mempunyai komitmen tempahan daripada pihak yang terlibat dalam perlumbaan Formula One di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu depan. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh wakil daripada pihak berkaitan termasuk MAS, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan serta Angkatan Tentera Malaysia. Panglima Angkatan Tentera Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika ditanya mengenai perkembangan terkini semasa meninggalkan bilik mesyuarat itu pada pukul 11 pagi, hanya berkata: "Tunggu kenyataan yang akan dikeluarkan nanti". Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac. Pesawat dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara yang memasuki hari ke-16 hari ini masih gagal memberi petunjuk sahih tentang nasib mereka yang menaiki pesawat itu. Usaha mengesan pesawat dilakukan di Laut China Selatan sebelum diperluas sehingga ke sebahagian besar perairan di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila ada penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan selepas sistem komunikasinya dimatikan secara sengaja oleh pihak tertentu di dalam pesawat tersebut dan pesawat terbang selama tujuh jam selepas itu. Pencarian kemudian ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Laporan terkini memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata beberapa serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu, dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian di selatan Lautan Hindi. Abbot dilapor berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan kaitan penemuan itu dengan penerbangan MH370.- Bernama | |||
Objek dikesan satelit China tak ditemui Posted: 23 Mar 2014 12:00 AM PDT MALAYSIAKINI Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini, berkata AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian. Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, kata kenyataan itu. Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319. Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari. Menurut kenyataan itu pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi. "Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang," kata kenyataan itu yang menambah P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang. Kenyataan itu juga menyebut kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini. "Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue," kata kenyatan itu. Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan