DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO] Dia Seorang Pakar Penerbangan Rupanya.... SYABAS!
- Marah Benar Zahid Hamidi Dengan Imigresen....
- Anwar tanding Presiden PKR
- SPR bersedia hadapi penamaan calon esok
- Wan Azizah teruskan agenda Anwar di Kajang
- Ancaman Anwar Ibrahim
- Tragedi MH370 dan duka negara
- PAS, DAP sifatkan Azizah calon pengganti paling sesuai
- Jerebu paksa acara pembukaan sidang Parlimen diubah
- Pemuda PAS kerah jentera turun ke Kajang esok
- [VIDEO] Selepas Membaca Kisah-kisah Ini, Kita Tidak Akan Marah Jika Terlepas Penerbangan....
- Anwar Fail Rayuan Tuduhan Liwat
- Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri
- Imam Muda Asyraf Berlakon Sekadar Kutip Pengalaman
- Herman Tino Tidak Kecil Hati Dituduh Tidak Waras
- BERSIH 4 jika bantahan gagal
- Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen berhubung pasport curi dalam MH370, kata Zahid
- MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS
- Chong Wei kalahkan Chen Long, rampas gelaran juara All England 2014
- Pasukan pencari Singapura kesan objek mencurigakan 100km dari pulau Tho Chu
- ‘Mahkamah Rakyat’ PRK Kajang, permulaan kejatuhan UMNO-BN
- Terus erat persahabatan, jangan ikut rentak Umno-BN
[VIDEO] Dia Seorang Pakar Penerbangan Rupanya.... SYABAS! Posted: 10 Mar 2014 04:34 AM PDT KELAB GREENBOCDr Ahmad Samsuri Mokhtar. Itulah namanya. Beliau adalah Setiausaha Politik Presiden PAS. Beliaulah yang mengiringi TG Haji Abdul Hadi Awang menaiki Black Maria sewaktu Presiden PAS tersebut ditahan semasa BERSIH 2.0. Kini nama menjadi sebutan lagi tetapi sebagai rujukan media dalam pencarian MH370 disebabkan kepakaran beliau dalam bidang aviation. Berikut ialah pandangan beliau: Pada pandangan saya, airplane failure mostly contributed by 4 important catagories- human error, aircraft structure, avionics dan engine failure. Aircraft structure - structural stress yang akan menyebabkan failure biasa boleh dikesan awal sekiranya proses maintenance, repair and overhaul (MRO) adalah sebagaimana dlm service record. Failure dlm structure boleh juga akibat dari explosion. Yang ni paling munasabah sebab kegagalan duress call dari pilot menunjukkan seolah2 ada sesuatu yang tiba-tiba berlaku. Setakat ini kita tak tahu samada ada duress call atau tidak. Kecualilah juga pd masa tu berlaku avionic failure. Avionics failure- mostly onboard communication system. Jarang berlaku. Kalau berlaku pun, at that altitude aircraft masih boleh glide for 30 minutes, back to KBharu or Vietnam shore. Engine failure - kalau flame extinction at high altitude (PhD saya tentang airplane engine failure at high altitude) masih boleh glide for 30 mins. Kecuali berlaku letupan pada engine sehingga airplane menjunam terus. At high altitude, kalau plane menjunam nose dive, water surface tension di laut akan menyebabkan plane pecah teruk dan debris akan bertaburan. This is yet to be known. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Bekas Ketua Jabatan Aero Angkasa UPM Setiausaha Politik Presiden Pas | ||
Marah Benar Zahid Hamidi Dengan Imigresen.... Posted: 10 Mar 2014 04:30 AM PDT
Insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, akhirnya turut mendedahkan beberapa kelemahan lain dalam kerajaan. Dari proses mencari dan menyelamat yang dianggap perlahan sehingga kerajaan China yang mana seramai 138 rakyatnya turut berada dalam pesawat itu telah menghantar satu pasukan daripada pelbagai kementerian ke negara ini untuk menggesa misi menyelamat dipercepatkan, sistem keselamatan udara, kotak hitam yang ketinggalan zaman sehinggalah kelemahan kawalan imigresen yang paling ketara. Daripada seramai 239 penumpang pesawat MH370 itu, dua daripadanya adalah pemegang pasport palsu yang dilaporkan hilang di Thailand oleh dua pemiliknya iaitu warganegara Itali dan Austria sejak 2013 lagi. Oleh itu, amatlah memalukan bagaimana pemegang pasport palsu itu gagal dikesan dan begitu mudah melepasi pintu Imigresen. Dalam hal ini tidaklah menghairankan bagaimana Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi kelihatan begitu marah dengan kejadian yang memalukan ini. Sambil menegaskan siasatan terperinci akan dijalankan mengenainya, beliau juga menyelar pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA dengan berkata, "saya masih hairan takkan pegawai di KLIA tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam Asia". Sementara kita semua bersimpati, sedih dan berdoa mengharapkan keajaiban di sebalik misteri kehilangan pesawat ini yang sudah berlalu beberapa hari tanpa sebarang jawapan, kita juga sebenarnya sedih dengan pelbagai kelemahan dalam jentera pentadbiran kerajaan, terutamanya berkaitan Imigresen ini. Dan selalunya begitulah, hanya apabila ada tragedi barulah pelbagai kelemahan terbongkar. Jika tidak, semuanya dianggap biasa-biasa saja. Selain kelemahan yang melibatkan dua pemegang pasport curi ini, sejak bertahun-tahun pula Jabatan Imigresen sudah terdedah dan didedahkan dengan pelbagai kelemahan yang melibatkan kemasukan pendatang asing daripada pelbagai negara sehingga menimbulkan macam-macam gelaja sosial yang tidak diingini. Menteri sudah kerap bertukar tangan, Ketua Pengarah Imigresen juga sudah bersilih ganti tetapi masalah kemasukan pendatang asing ini masih juga gagal diatasi dengan sebaiknya. Sekarang dengan tumpuan dunia mengenai lolosnya dua pemegang pasport curi yang dikesan berikutan dengan tragedi hilangnya pesawat itu, ia sekali lagi mendedahkan negara kita kepada kecaman dan pertikaian antarabangsa. Kiranya Zahid Hamidi ingin meluahkan kemarahan dan memperbetulkan kelemahan di Jabatan Imigresen ini, ada baiknya beliau melakukannya secara menyeluruh supaya di masa-masa akan datang, andai ditakdirkan lagi berlaku sesuatu tragedi, mudah-mudahan ia tidak lagi terkait dengan jabatan itu. Jika kita masih ingat, ketika tragedi pembunuhan Altantuya Sharibu yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib Razak beberapa tahun lalu, isu yang melibatkan Jabatan Imigresen turut dikaitkan sama. Model dari Mongolia itu sah-sah berada di negara ini, pergi ke rumah Razak Baginda untuk menuntut upah terjemahan yang dijanjikan kepadanya, menginap beberapa hari di hotel dah kemudian didapati dibunuh dengan cara diletupkan badannya dengan bom C4 tetapi akhirnya rekod kemasukannya di Jabatan Imigresen didapati dipadamkan. Beliau seolah-olah tidak pernah memasuki negara kita. Sehingga ini bagaimana rekod kemasukannya boleh terpadam, siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang mengarahkannya masih lagi menjadi misteri kepada dunia. Kini dengan berlakunya tragedi MH370, seiring dengan kehilangan pesawat itu yang masih menjadi misteri, bagaimana dua pemegang pasport curi yang berwajah Asia tetapi menggunakan identiti bangsa Eropah boleh melepasi halangan Imigresen, sekali lagi menjadikan Jabatan Imigresen diselubungi misteri. Lalu, kemarahan Zahid Hamidi sebagai menteri memang ada kewajarannya. Sambil mencari kelemahan mengenai bagaimana pemegang pasport curi boleh terlepas begitu saja, beberapa kelemahan lain seperti melibatkan kemasukan pendatang asing dan bagaimana rekod Altantuya yang dibunuh boleh terpadam, haruslah juga didedah dan diperbetulkan demi imej dan nama baik negara. Jika semua ini dapat dilakukan oleh Zahid Hamidi, ia merupakan pahalanya paling besar kepada maruah negara-http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | ||
Posted: 10 Mar 2014 04:16 AM PDT SHAH ALAM - Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding sebagai calon PRK Dun Kajang, pada 23 Mac ini, namun beliau telah memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar telah mengumumkan perkara itu pada dengan pemimpin PKR pada jam 3.30 petang tadi. "Itu diumumkan Anwar dalam pertemuan dengan pimpinan PKR tadi jam 3.30 petang di Bandar Utama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Pada November lalu, seorang anggota perwakilan PKR mencadangkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu mengambil alih jawatan presiden berdasarkan sumbangan dan pengorbanannya kepada parti. Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu juga sah mengikut perlembagaan parti itu. "Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," katanya. | ||
SPR bersedia hadapi penamaan calon esok Posted: 10 Mar 2014 04:14 AM PDT KAJANG - Segala persiapan bagi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang esok, berjalan lancar. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman berkata pihaknya telah bersiap sedia untuk menjalankan proses penamaan calon itu di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, dekat sini. Mereka yang ingin bertanding bagi kerusi tersebut boleh mengemukakan kertas pencalonan antara 9 pagi dan 10 pagi. "Setakat ini yang dijangka bertanding ialah Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun kita turut membuat persediaan, jika ada calon bebas mahu mengambil bahagian," katanya semasa ditemui Bernama di sini, hari ini. Empat khemah untuk penyokong parti juga telah disediakan di perkarangan kompleks itu, dengan setiap calon yang berhasrat bertanding hanya dibenarkan membawa masuk 100 penyokong. "Untuk mengelakkan perkara tidak diingini, pintu masuk untuk ke khemah penyokong BN di bahagian kiri, PKR di bahagian kanan, calon bebas, jika ada akan memasuki perkarangan kompleks sukan menggunakan pintu tengah. "Paling penting, 100 penyokong ini diminta mempamerkan pas yang dikeluarkan SPR, atau tidak akan dibenarkan masuk ke perkarangan kompleks sukan," kata Dzulkifli. Beliau berkata penyokong yang berada di luar kompleks juga boleh mendengar dengan jelas pengumuman tentang calon layak bertanding oleh Pengawai Pengurus Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman. Tinjauan di kompleks itu hari ini mendapati kerja perincian terakhir sedang dilakukan manakala beberapa stesen televisyen turut membuat persiapan mereka. PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu. Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili partinya pada PRK itu. Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru melibatkan BN, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan tiga calon bebas. - Bernama | ||
Wan Azizah teruskan agenda Anwar di Kajang Posted: 10 Mar 2014 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR - Pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dilihat sebagai usaha meneruskan agenda politik suaminya yang terhalang. Pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat selepas Penasihat PKR itu yang sebelum ini dinamakan sebagai calon pembangkang pada PRK itu, dilaporkan tidak boleh bertanding bagi meneruskan apa yang dilihat sebagai usaha untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Jumaat lepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, kira-kira enam tahun lepas. Beberapa penganalisis politik berpandangan pemilihan isteri Anwar juga antara lain untuk meneruskan kesinambungan dinasti keluarga Ketua Pembangkang itu dalam PKR. Anak sulung pasangan itu, Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR dan anggota Parlimen Lembah Pantai. Dekan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib melihat pemilihan Dr Wan Azizah sebagai strategi Anwar untuk meneruskan agendanya yang tersekat. Perkara sama dilontarkan oleh penganalisis politik yang juga pensyarah di universiti itu, Dr Amini Amir Abdullah yang membayangkan kemungkinan Dr Wan Azizah hanyalah menjadi boneka kepada suaminya . "Adakah Wan Azizah juga akan diangkat sebagai Menteri Besar Selangor kelak?," soalnya sambil menambah jika itu senarionya, Selangor mungkin hanya mempunyai boneka sebagai menteri besar. Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed menggambarkan pemilihan Dr Wan Azizah itu sebagai lebih kepada urusan keluarga Anwar kerana isterinya dipilih walaupun ramai lagi calon lain yang boleh diketengahkan. Ia juga dilihat sebagai usaha kesinambungan dinasti keluarga Anwar dalam parti itu. Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan berpendapat pemilihan Dr Wan Azizah itu mungkin strategi Anwar untuk raih undi simpati susulan keputusan mahkamah itu. Pertembungan Dr Wan Azizah dan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun menarik perhatian ramai memandangkan kira-kira 50 peratus daripada kira-kira 39,000 pengundi DUN Kajang adalah wanita. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata BN, pada dasarnya, tidak akan mengubah strategi pilihan raya mereka berikutan pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon. "Sama ada Anwar atau Wan Azizah, strategi kita tidak berubah," katanya. Chew pula mengulangi pendiriannya bersedia untuk menghadapi siapa jua di PRK Kajang dan akan terus berusaha agar BN boleh merampas semula kerusi itu daripada PKR. Hari penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian 23 Mac. - Bernama | ||
Posted: 10 Mar 2014 04:02 AM PDT TENTU sahaja kita bersedih pada sepanjang minggu ini. Dua peristiwa malang dalam negara benar-benar menguji keyakinan rakyat Malaysia, seluruhnya. Peristiwa pertama adalah detik penghukuman manusia bernama Anwar Ibrahim. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun berikutan tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Peristiwa kedua lebih mendukacitakan. Pesawat MH370 milik Malaysian Airlines (MAS) gagal dikesan setelah menghampiri perairan selatan Vietnam. Sehingga kini, beribu persoalan masih belum terjawab. Simpati dan doa kita buat keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ini. Komentar ini bagaimanapun akan bertumpu kepada peristiwa pertama. Detik penghukuman Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun. Anwar, sebelum ini dibebaskan Mahkamah Tinggi atas tuduhan yang sama. Kali ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman sebaliknya. Semua sudah maklum bahawa penghukuman Anwar berkait rapat dengan strategi Langkah Kajang. UMNO/BN dilihat goyah dalam mendepani cabaran Langkah Kajang. Penghukuman Anwar ada kena mengena dengan percaturan politik Anwar dalam 'Langkah Kajang'. Tujuannya adalah untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang sekaligus memimpin pentadbiran negeri Selangor. Langkah Kajang pada awalnya bukan sahaja mengejutkan UMNO/BN tetapi mengundang banyak spekulasi yang datang daripada rakan Pakatan Rakyat. Namun, atas semangat setiakawan dalam pakatan politik, PAS dan DAP sedia menghulur tangan bagi membantu jentera kempen menjelang Pilihan Raya Kecil Kajang yang ditetapkan pada 23 Mac 2014. Persoalan yang timbul adalah mengapa UMNO/BN begitu terdesak untuk membantutkan percaturan lawan politiknya ini? Adakah Langkah Kajang ini benar-benar mengancam kedudukan status quo UMNO/BN sebagai komponen politik yang mentadbir kerajaan Persekutuan? Soalan yang lebih tepat barangkali ditujukan kepada Anwar Ibrahim sendiri. Mengapa individu ini dianggap musuh paling berbahaya kepada pergerakan politik UMNO/BN. Jawapan kepada pertanyaan ini akan diungkap satu per satu. Tidak dapat dinafikan setelah dilucutkan jawatan 'Orang Nombor 2' selaku Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, Anwar terus menerus dianggap sebagai ancaman paling bahaya kepada UMNO/BN. Hampir 16 tahun setelah peristiwa itu berlaku, Anwar masih disebut-sebut sebagai manusia paling bahaya di Malaysia. Pelbagai taktik kotor diusahakan bagi memastikan Anwar tidak dapat kembali bebas sepenuhnya. Jadi, apakah kehebatan manusia bernama Anwar ini? Anwar dilihat sebagai figur politik yang mampu menjambatani perbezaan dua parti politik dominan oposisi, PAS dan DAP. Tanpa Anwar – PAS dan DAP tidak mampu menyelesaikan segala perbezaan demi matlamat yang lebih besar. Ketokohan Anwar dilihat dapat untuk menghubungkan perbezaan besar dua parti politik ini – dianggap secara tradisi mewakili dua kelompok etnik yang berbeza. PAS dilihat mesra di kalangan masyarakat Melayu luar bandar terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung. DAP pula dilihat sebagai parti yang mendapat sokongan besar masyarakat Cina di kawasan bandar. Anwar dilihat sebagai simbol penyatuan dua parti politik besar ini. Meskipun beberapa usaha untuk menggerakkan kerjasama politik oposisi telah dijalankan sejak dulu, malangnya pakatan politik pada zaman itu tidak bertahan lama. Sewaktu krisis dalaman UMNO pada 1987, tokoh politik pihak sebelah lagi dalam parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan gerakan politik Semangat 46. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li melihat kepentingan untuk mewadahi kerjasama politik untuk menumbangkan seteru politiknya, Dr Mahathir Mohamad. Seterusnya, Ku Li berjaya meyakinkan PAS untuk membentuk kerjasama politik dalam wadah yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Gerakan politik ini akhirnya berjaya menyebabkan Kelantan tumbang di tangan PAS dalam Pilihan Raya Umum 1990. Pada masa sama, Ku Li merasakan bahawa wadah politik yang lebih inklusif diperlukan untuk memastikan UMNO/BN tumbang. Ku Li berjaya meyakinkan DAP untuk menjalinkan kerjasama politik di dalam koalisi yang dikenali sebagai 'Gagasan Rakyat'. Namun, dua gagasan ini tidak berkekalan. Akhirnya, pakatan politik ini pecah dan UMNO sekali lagi kekal berkuasa. Gelombang Reformasi berikutan pemecatan Anwar pada 1998 membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara. Sekali lagi atas usahasama di kalangan parti politik, gerakan sivil dan kumpulan aktivis pelajar, momen bersejarah ini menyaksikan pembentukan Parti Keadilan Nasional (sebelum penggabungan bersama Parti Rakyat pada 2003 yang membawa gelaran Parti Keadilan Rakyat) dan terbentuknya kerjasama politik yang mewakili pelbagai dasar dan kepentingan. Detik ini dianggap bersejarah kerana PAS dan DAP sepakat bekerjasama dalam satu barisan politik. Namun, kerjasama politik ini turut gagal. Setelah perbalahan panjang antara PAS dan DAP mengenai konsep negara Islam, DAP akhirnya mengundurkan diri pada 2001 kerana perbezaan daripada segi dasar politik dan perjuangan. Harus ditegaskan bahawa DAP bukan menolak konsep kepimpinan Islam seperti yang difitnah UMNO/BN selama ini, tetapi DAP harus lebih komited kepada perjuangan politik saksama tanpa mengira kaum dan agama. Setelah kemenangan besar parti politik oposisi pada Pilihan Raya ke-12 sehingga menafikan dua-pertiga majoriti kerusi Dewan Rakyat dan menawan lima negeri; Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan; terdapat pula usaha baru yang muncul dengan idea Pakatan Rakyat. Anwar merupakan tulang belakang dalam kerjasama politik ini. Perkara ini sangat membimbangkan UMNO/BN bukan kerana Anwar merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, tetapi kerana ketokohan beliau di dalam merencanakan projek politik skala besar ini. Kerjasama politik ini penting untuk mematahkan politik perkauman yang menjadi asas kepada UMNO/BN. Pilihan Raya Umum ke-13 sekali lagi menunjukkan betapa politik perkauman yang menjadi survival UMNO/BN semakin tidak relevan dan diketepikan. Sekali lagi Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Anwar berjaya mencipta sejarah baru di dalam arena politik negara. Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51% sekaligus menafikan kehendak majoriti rakyat Malaysia yang mahukan reformasi politik. Politik di Malaysia sudah berubah wajah. Nilai inklusif yang mengenepikan dasar perkauman di bawah UMNO/BN menyebabkan UMNO/BN memerlukan reformasi politik dalam kadar segera. UMNO adalah satu-satunya komponen politik di Semenanjung yang masih tegar bertahan daripada dipengaruh gelombang politik baru di bawah kepimpinan Anwar dan Pakatan Rakyat. Penghukuman Anwar merupakan strategi terkutuk untuk membatalkan kelayakan Anwar daripada bertanding di Kajang, sekaligus menafikan peluang Anwar untuk mengemudi pentadbiran negeri Selangor sekiranya beliau menang kelak. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah kini dipilih untuk menggantikan Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat di Kajang. Namun demikian, Wan Azizah dilihat sebagai calon pengganti yang sesuai untuk mendamaikan dua kelompok dalam parti yang dilihat bertelagah atas kapasiti beliau sebagai Presiden. Perkara ini menunjukkan betapa liciknya politik UMNO/BN untuk menghalang usaha Pakatan Rakyat khususnya di Selangor untuk menguatkan pentadbiran negeri dan menjadikan Selangor sebagai negeri contoh sebelum ke Putrajaya. Sekali lagi, Langkah Kajang dianggap sebagai pencetus atau 'game changer' yang bakal merubah perspektif politik baru di Malaysia. Langkah ini sebenarnya ancaman yang paling menakutkan UMNO/BN yang bakal kehilangan kuasa kelak. – Roketkini.com | ||
Posted: 10 Mar 2014 03:56 AM PDT Banyak maklumat bersimpang-siur berhubung dengan kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal sejak Sabtu lalu. Berikutan kekurangan maklumat terkini banyak pula spekulasi yang tersebar di media sosial berhubung tragedi ini. Ramai yang berasakan maklumat yang disebarkan masih tidak memuaskan dan menjadi misteri. Persoalannya sebuah pesawat tidak boleh hilang begitu sahaja di udara dan mesti ada alasan dan sebab musababnya. Inilah menimbulkan spekulasi di media sosial. Jika kerajaan pun tidak mempunyai sebarang maklumat konkrit yang hendak disalurkan maka bagaimanakah kita boleh mengatakan supaya spekulasi dihentikan. Duka ini menjadi duka negara sebagai dijelaskan ilmuan semiotika dari Indonesia Yasraf Amir Piliang sebagai "the collective melancholy". Mungkin juga tragedi misteri kehilangan pesawat ini mencetuskan ruang kesedaran bersama tanpa mengira agama, politik, dan kelas sosial yang terlarut dalam kebersamaan menghadapi duka, menyatu dalam kepedihan dan bersama mencari jalan keluar. Namun citra-citra bencana (melalui media sosial, televisyen, video amatur, Youtube, kamera dan telefon bimbit) menciptakan dekonstruksi ruang-waktu. Pelbagai realiti bencana melalui keupayaan teknologi perakaman mampu melintasi ruang waktu serta hadir dalam minda dan indera setiap individu yang walaupun berada dalam citraan tetapi dapat menyentak nurani setiap orang untuk berkongsi duka. Ia menjadi citra bencana di layar skrin, telefon bimbit, dan internet; realiti kedukaan menjelma menjadi "imagology of suffering", iaitu berbagai citra tentang tragedi ini di media yang muncul dalam kemampatan ruang-waktu, yang mampu mengetuk pintu kesedaran dan perhatian manusia, meninggalkan jejak kesedihan mendalam sekali gus membangkitkan rasa kebersamaan di sebaliknya. Paul Virilio dalam Open Sky (1999) menyatakan dalam era maklumat digital, pelbagai realiti seharian termasuk malapetaka, traegdi dan bencana dapat dirasai kehadirannya dalam bentuk stereo-realiti. Maksudnya "kecepatan elektronik" mampu menghadirkan citra malapetaka di Malaysia, China, Austria, Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, Australia dan Thailand dalam masa sebenar secara bersama. Citraan elektronik atau digital dan kandungan maklumat di dalamnya dengan kecepatan tinggi dan kapasiti besar "mendatangi" manusia melalui proses peledakan maklumat ke dalam kerana semakin mudahnya capaian ke pelbagai gerbang maklumat melalui pelbagai media. Oleh itu, geografi mala petaka kini mampu dihadirkan dalam bentuk "geografi citra malapetaka" seperti laman web radar145 umpamanya . Citra tentang realiti tragedi dan malapetaka kini tidak hanya dapat dirakam tetapi juga dengan pantasnya dapat disebarluaskan melalui jaringan sehingga realiti itu berpindah dengan cepat seperti lalu lintas trafik sibuk, yang berupaya menciptakan semacam kejutan maklumat secara spontan atau berjadual serta meluaskan kesan psikologi seperti kesedihan, kepiluan dan kepanikan menjadi bersifat massa. Namun, Virilio dalam The Lost Dimension mengatakan ledakan maklumat (hiburan, MTV) akan membawa manusia ke dalam keadaan kehilangan dimensi perenungan, spiritual dan akal sihat - tetapi citra malapetaka Jepun dan kesedaran mengenai bahaya penggunaan tenaga nuklear akan mengembalikan kembali haluan perenungan hakikat dan spiritual yang selama ini hancur diterpa keganasan (citra) politik, ekonomi, gaya hidup kepenggunaan yang tanpa rasa malu dan nurani. Citra malapetaka Jepun dan ancaman radiasi radioaktif menjadikan setiap orang mengenali kembali wajah Tuhan yang sebelumnya samar-samar, pudar, luntur ditelan gaya hidup kepenggunaan dan absurditi politik. Malapetaka ini seakan suatu kejutan untuk menyedarkan manusia bahawa ada dimensi kedalaman hakikat, kerohanian kemanusiaan di balik politik, ekonomi dalam kehidupan seharian. Tida keterlaluan jika dikatakan tragedi misteri kehilangan MH370 mampu mengajak setiap orang kembali menjadi "ahli kerohanian seharian" dan ahli falsafah kehidupan yang dalam setiap kesempatan mencuba menafsirkan kehidupan sehariannya secara berperingkat mencari makna hakikat paling mendalam bahawa terdapat pengajaran di sebalik malapetaka ini dan ia berkait dengan keberadaan manusia, bahawa ada "Yang Maha Kuasa" di sebalik malapetaka. Dengarlah stesen radio yang seharian dipenuhi dengan lawak jenaka sekarang bernada melankoli dan kedukaan. Namun, watak manusia mudah hanyut dalam pelupaan hakikat. Malapetaka dahsyat menyentak kesedaran kemanusiaan, penyatuan, hakikat dan ketuhanan. Seiring berlalunya waktu, manusia kembali hanyut dalam reality seharian dan melupakan hikmah perenungannya. Kita juga bimbang kematian dalam era kapitaslime digital menjadi kematian hiper yang sedihnya di skrin dan media dengan pengiraan keuntungan. Lagi sensasi lagilah keuntungannya. Dalam liputan penuh dengan limpahan neon, apa yang dinamakan sebagai production of death through the media akan menjelma menjadi sebuah perjalanan ironi, iaitu perjalanan menuju kematian yang dilalui di sepanjang jalan yang penuh dengan citra banaliti kematian itu sendiri. Apabila ini terjadi, malapetaka tidak dapat memberi makna. Menurut Yasraf lagi terdapat dua dimensi pelupaan. Pertama, pelupaan vertikal, iaitu pelupaan yang bersifat hakikat-spiritual. Dengan berlalunya waktu, kerohanian seharian yang disedarkan oleh mala petaka (seperti kemarau, catuan air, *****ushima, Aceh, Nias, Gunung Merati, banjir di Johor, Pulau Pinang dan Kedah) akan berlalu dan meredup. Setelah itu, orang kembali ke banaliti seharian: kembali rasuah, konflik, pepecahan, saling curang dan membunuh dan hidup mewah. Penyatuan sosial yang dibangun akibat mapaletaka *****ushima sekadar penyatuan dan kesedaran sementara. Kedua, pelupaan horizontal iaitu pelupaan yang bersifat sosial-teknologi. Setelah malapetaka hampir setiap orang mengingatkan mengapa tidak ada peringatan sebelum ini, mengapa tidak dibangun teknologi mesra alam dan antinuklear, mengapa tidak ada sistem pembendungan alam semulajadi dan mengapa itu dan ini. Namun dengan berlalunya waktu, segala peringatan turut berlalu. Tiada ada tindakan, tiada ada penelitian dan tiada peruntukan dana. Kita harap tragedi kehilangan misteri MH370 tidak akan menbawa kepada keadaan sedemikian. *Penulis adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel kampus Shah Alam | ||
PAS, DAP sifatkan Azizah calon pengganti paling sesuai Posted: 09 Mar 2014 10:46 PM PDT KAJANG: Pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang mendapat sokongan penuh pemimpin PAS dan DAP. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, jentera PAS akan meneruskan operasi mereka bagi memastikan kemenangan Dr Wan Azizah. "Jentera (pilihan raya) kita dari awal lagi sudah bersedia. Kita sudah lancar minggu lepas dan mereka akan terus bekerja untuk memastikan BN kalah," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, PRK Kajang, semalam. Jelas Hatta, PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar. Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun secara tergesa-gesa oleh tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu setelah didapati bersalah dalam perbicaraan yang memakan masa dua hari. Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) turut bersetuju dengan keputusan PKR itu dan menyifatkan Wan Azizah sebagai calon yang sangat sesuai bagi menggantikan Anwar. "Mungkin dalam PRK ini kita boleh mencapai target agar calon BN hilang wang deposit. Kalau ini berlaku kita berjaya membuatkan rakyat bersetuju bahawa masa depan mereka gelap jika terus menyokong BN," tegas beliau. | ||
Jerebu paksa acara pembukaan sidang Parlimen diubah Posted: 09 Mar 2014 10:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Majlis Parlimen ke-13 di sini hari ini. Pembukaan penggal kedua Parlimen ke-13 kali ini menyaksikan perubahan dari segi atur cara sambutan majlis perbarisan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen berikutan cuaca berjerebu. Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Turut menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja', menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen. Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi kemudiannya memainkan lagu 'Negaraku' diikuti tembakan meriam 21 das. Tepat 11 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan Seri Paduka diiringi ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet dan perwakilan asing. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama sebulan mulai hari ini (10 Mac) hingga 10 April depan. - Bernama | ||
Pemuda PAS kerah jentera turun ke Kajang esok Posted: 09 Mar 2014 10:41 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mengarahkan jenteranya di semua peringkat untuk turun beramai-ramai pada hari penamaan calon PRK N25 Kajang bagi menunjukkan solidariti dan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan. Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, himpunan solidariti itu juga penting bagi memperlihatkan rasa amarah terhadap kebobrokan sistem perundangan negara yang tempang serta permainan politik kotor Umno-BN. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Mohd Sany berkata, Pemuda PAS di semua peringkat juga telah diarahkan untuk membantu gerakerja pilihan raya Kajang mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Jentera Operasi Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia. "Kami menyifatkan penghakiman 7 Mac 2014 lalu sebagai mengulangi episod hitam kegagalan dan kerosakan sistem perundangan negara dalam kes Liwat I tahun 1998. "Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia amat yakin dan percaya keputusan penghakiman terpilih yang dibuat secara tergesa-gesa ini telah dibayangi dan dicemari oleh tangan-tangan dalang yang akan terkesan jawatan dan kuasa mereka sekiranya Anwar tidak diperosokkan di dalam kandang orang yang bersalah," tegas beliau. Beliau turut merakamkan simpati kepada Anwar dan keluarga di atas musibah yang melanda dan berharap mereka terus bersabar serta memperbanyakkan doa. "Kami memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba merosakkan sistem perundangan negara dan demokrasi berpilihan raya di dalam negara ini supaya bertaubat dan memohon maaf di atas segala perancangan jahat dan fitnah yang telah dilakukan selama ini kerana sesungguhnya kematian itu adalah sangat hampir dan azab Allah Taala adalah sangat pedih," kata Mohd Sany. | ||
[VIDEO] Selepas Membaca Kisah-kisah Ini, Kita Tidak Akan Marah Jika Terlepas Penerbangan.... Posted: 09 Mar 2014 10:37 PM PDT KELAB GREENBOCJessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu 'terlepas' penerbangan MH370 ke Beijing. "Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir. "Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu," kata Jessica. Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya. "Saya terus menjerit dan menghubungi kakak saya. Saya kata kepada beliau bahawa saya sepatutunya menaiki pesawat itu. Namun tidak ramai yang tahu bahawa saya seharusnya menaiki pesawat itu. Mereka yang tahu terus menghubungi saya tanpa henti," tambah beliau. Walaupun bersyukur, namun beliau bersimpati dengan penumpang-penumpang yang lain."Ia perasaan yang bercampur. Ramai berkata saya sepatutnya bersyukur namun saya bersimpati dengan ratusan penumpang yang lain kerana kalau tidak saya menjadi salah seorang penumpang. "Saya diberi peluang kedua. Ini semua ditakdirkan," akhiri beliau.Jessica akan bertolak ke Beijing pada Isnin pagi ~ Astro Awani LIHAT VIDEO DI SINI
ULASAN GB Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadang-kala kita kecewa, apabila kita kita tertinggal bas, tertinggal teksi, tercicir penerbangan dan seumpamanya. Kita marah-marah, kita membentak, kita menangis, kita jarang mengingatkan diri sendiri bahawa apa juga kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap satu yang Tuhan lakukan (ciptakan) itu tidak ada yang sia-sia. Firmanullah di dalam Surah Ali Imran ayat 191 "orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Contohnya di dalam kejadian-kejadian di atas. Justeru itu di lain masa kita tidak akan lagi marah-marah atau kecewa jika kita tertinggal penerbangan. Malah kita bersyukur di dalam setiap keadaan kerana sentiasa ada hikmahNya yang kita tidak tahu mengapa kejadian itu menimpa kita. Kalau berkeras nak naik juga, mungkin kapalterbang itu yang membawa kita ke alam barzakh.... | ||
Anwar Fail Rayuan Tuduhan Liwat Posted: 09 Mar 2014 10:31 PM PDT Beliau bersama peguam Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan jam 10.30 pagi Isnin. Ramkarpal berkata Anwar akan berada di pejabat pendaftar mahkamah sebelum pukul 1 tengahari untuk menandatangani kertas ikat jamin beliau. | ||
Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri Posted: 09 Mar 2014 10:29 PM PDT "Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku. "Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan. Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali. Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol). Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370. Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa. Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012. | ||
Imam Muda Asyraf Berlakon Sekadar Kutip Pengalaman Posted: 09 Mar 2014 10:27 PM PDT Asyraf atau nama sebenarnya, Muhammad Asyraf Mohd Rizuan, 30, berkata, penglibatannya itu sekadar ingin menimba pengalaman dan akan meletakkan bidang dakwah sebagai keutamaan. "Sebelum ini saya pernah menolak beberapa tawaran berlakon kerana kekangan masa tetapi tertarik dengan pengisian teater berkenaan dan rasanya tidak salah mencuba untuk mendapatkan pengalaman bagaimana rasanya berlakon teater. "Bagaimanapun ini bukan bermakna saya akan menjadikan lakonan sebagai satu karier kerana bidang dakwah masih menjadi keutamaan saya," katanya kepada mStar Online. Selain Asyraf, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Hanez Suraya, Shah Iskandar, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan. Sempena pemetasan ini turut diadakan pameran pengantin dan pakej perkahwinan pada 11 hingga 15 Jun di perkarangan Istana Budaya. Dalam perkembangan sama, Asyraf mengakui pada mulanya dia agak ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana bimbang kemunculannya itu nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Bagaimanapun kata Asyraf, selepas membaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang pemikir Islam dia mengubah keputusannya dan berharap penglibatannya akan memberi manfaat berguna kepada penonton yang hadir nanti. "Jujur saya bimbang dengan pandangan negatif daripada masyarakat tetapi apabila pihak penerbit menerangkan peranan sebenar saya dalam teater itu saya bersetuju dan yakin ia akan memberi kesan positif," jelasnya. Dalam pada itu, Asyraf berkata, penglibatannya dalam teater arahan Muhammad Azri Ali itu sedikit sebanyak dijadikan sebagai platform untuknya berkdakwah menerusi watak yang bakal dipegangnya. Malah kata Asyraf, peranan yang diberikan juga adalah seorang ustaz yang akan menerangkan mengenai soal hukum dan adab dalam perkahwinan pada pementasan teater itu. "Barangkali ramai tidak berpeluang untuk bertemu saya di masjid atau majlis dakwah lain dan kemunculan saya di pentas teater tersebut sekurang-kurangnya dapat saya menyebarkan dakwah mengenai isu yang diketengahkan dalam teater itu nanti," ujarnya. Tambah Asyraf berkata dia berdebar untuk berlakon kerana itu adalah kali pertama dia berbuat demikian walaupun hanya akan muncul dalam tiga babak besar dalam Projek Kahwin. Asyraf berkata, dia akan mengikuti kelas lakonan dan bacaan skrip terlebih dahulu bersama pengarahnya sebelum sesi latihan bermula. Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612. | ||
Herman Tino Tidak Kecil Hati Dituduh Tidak Waras Posted: 09 Mar 2014 10:23 PM PDT Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, berkata, cakap-cakap berkenaan tidak memberi kesan kepadanya kerana ia adalah perkara biasa dalam dunia politik. "Apa yang mereka katakan tentang saya bukan satu masalah kepada kerana ada lebih banyak pemimpin lain yang dikecam dengan pelbagai tuduhan. "Saya tidak kisah jika mereka ingin terus melemparkan tuduhan negatif dan ia adalah perkara biasa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Dalam pada itu, Herman Tino berkata, keputusannya menarik diri tepat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding pada PRK tersebut. Jelas Herman Tino, tujuan asalnya bertanding bagi menunjukkan protes kepada Anwar dan bukannya berhasrat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu. "Saya ambil keputusan untuk bertanding hanya semata-mata untuk menunjukkan protes kepada beliau (Anwar) dan bukannya ingin memenangi kerusi DUN tersebut. "Nampaknya keputusan menarik diri adalah tepat kerana Anwar juga tidak dapat bertanding," katanya. Sementara itu, Herman Tino turut memberitahu hubungannya dengan isteri iaitu Noraini Ibnu kembali jernih selepas mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut. Katanya, mereka suami isteri tidak bertegur sapa selama dua minggu ekoran keputusannya ingin bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak saya memberitahu tidak jadi bertanding pada PRK tersebut hubungan kami mula jernih selepas dua minggu tidak bertegur sapa," katanya. | ||
Posted: 09 Mar 2014 05:36 PM PDT MALAYSIAKINI Himpunan BERSIH 4.0 akan diadakan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan tuntutan rakyat dalam proses persempadanan semula bermula tahun ini. Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah (bawah) bagaimanapun berkata, SPR boleh mengelaknya jika mengambil kira bantahan dalam proses berkenaan yang dijangka diumum di parlimen bulan ini. Menurut Maria, Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) akan memimpin bantahan di setiap kawasan parlimen terbabit sementara BERSIH akan terus membuat tekanan menerusi media dan kepada agensi kerajaan berkaitan. "Jika semua ini gagal dan SPR tidak mahu dengar kerana mempunyai agenda lain, jadi ia (BERSIH 4.0) tidak dapat dielak. "Jika mereka (SPR) tak mahu dengar, apa lagi pilihan yang kita ada? " kata Maria kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran DART peringkat kebangsaan hari ini. SPR dijangka membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat sesi kali ini untuk dibahaskan setelah tempoh persempadanan yang ada pada masa ini melebihi 10 tahun. Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali. Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004 Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan membolehkan bantahan cadangan sempadan SPR daripada pemilih terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih. Hal inilah yang cuba digunakan BERSIH bagi memastikan persempadanan semula lebih adil. Naib Pengerusi BERSIH 2.0, Thomas Fann berkata mereka akan menjelajah seluruh negara untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan untuk membentuk pasukan DART. Beliau berkata latihan dan penerangan akan diberikan bagi memastikan rancangan itu berjalan baik. Bekas ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat pula menerangkan betapa hal persempadanan semula memberi kelebihan undi untuk parti tertentu. Beliau yang kini berkhidmat dengan Institut Pulau Pinang berkata, persempadanan semula yang tidak adil menyebabkan nilai undi berbeza di kalangan pengundi sesuatu kawasan, sama ada parlimen atau Dewan Undangan Negeri. "Pilihan raya umum 2013 adalah pilihan raya paling adil dalam sejarah. Tapi kita lihat parti PAS memerlukan dua undi untuk sama seperti satu undi Umno. "Sebelum ini pernah 40 undi PAS bersamaan satu undi Umno. Ini bukan paling teruk. "Pada 1955, parti negara mempunyai ratio infiniti apabila mendapat undi yang banyak tapi gagal memenangi sebarang kerusi kerana persempadanan ini," kata beliau. | ||
Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen berhubung pasport curi dalam MH370, kata Zahid Posted: 09 Mar 2014 05:31 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. "Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana hari ini. Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. – Bernama | ||
MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS Posted: 09 Mar 2014 05:29 PM PDT MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak. Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini. YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta. Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu. Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi. Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu. MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu. Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah. Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi : (اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها) Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya. Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam? Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia. Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua. Salam Kedamaian. | ||
Chong Wei kalahkan Chen Long, rampas gelaran juara All England 2014 Posted: 09 Mar 2014 05:19 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi ini waktu tempatan. Pemain nombor satu dunia itu bermula garang dengan menewaskan Chen Long pada set pertama dengan 21-13. Pada set kedua Chen Long menunjukkan aksi agresif dengan memberikan tentangan sengit menerusi turutan mata yang hampir sama. Namun ketenangan Chong Wei mengawal emosi di gelanggang serta mempelbagaikan teknik permainan membawa kejayaan dengan menyingkirkan Chen Long, 21-18 pada set kedua itu dalam masa 59 minit. Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011. Kemudian Lin Dan dari China meraih kejuaraan tersebut pada tahun 2012 dan Chen Long pada 2013. Kemenangan kali ketiga Chong Wei dalam All England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton Malaysia yang berada di sana. Perlawanan itu turut bersiaran langsung di televisyen satelit. Sementara itu, juara All England bagi beregu lelaki dimenangi gandingan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dengan 21-19 dan 21-19. Acara perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang mengenepikan rakan sepasukannya Li Xuerui dengan straight set 21-19 dan 21-18. China turut mendominasi acara beregu wanita menerusi Wang Xiaoli-Yu Yang selepas menewaskan beregu sepasukan mereka Ma Jin-Tang Yuanting, 21-17, 18-21 dan 23-21 dalam masa sejam 21 minit. - Bernama | ||
Pasukan pencari Singapura kesan objek mencurigakan 100km dari pulau Tho Chu Posted: 09 Mar 2014 05:15 PM PDT Wall Street Journal memetik koordinator berpengkalan di Vietnam sebagai berkata tentera Vietnam menghantar tiga kapal ke tempat kejadian dan kapal pertama dijangka tiba 7 petang waktu tempatan. Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke Beijing. Tentera Vietnam terdahulu melaporkan dua tumpahan minyak berhampiran pulau sementara Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menjumpai tumpahan minyak 20 batu nautika daripada kawasan pesawat dilaporkan hilang. Penumpang warga China yang ketika itu melintasi kawasan berkenaan turut mengambil beberapa keping gambar yang dipercayai serpihan berhampiran pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan. Akhbar perniagaan itu turut melaporkan sepasukan penyiasat kemalangan udara Amerika Syarikat yang diketuai pakar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dalam perjalanan ke Asia bagi membantu pesawat malang berkenaan. Tentera Laut China melaporkan mereka menghantar dua kapal perang bagi membantu kerja mencari. Beijing sebelum ini menghantar satu kapal penyelamat dan dua kapal mencari dan menyelamat ke kawasan tersebut, menurut laporan media. "Apabila lokasi pesawat dikenalpasti, peraturan kemalangan antarabangsa akan menentukan negara mana yang akan mengetuai siasatan," kata NTSB. Pengumuman NTSB isyarat terbaru menunjukkan minat warga antarabangsa membantu mempercepatkan untuk mengenalpasti punca Boeing 777-200 hilang di udara dalam keadaan cuaca baik. "Pasukan itu yang terdiri daripada penasihat teknikal Boeing Co dan Unit Pentadbiran Penerbangan Persekutuan meninggalkan Amerika Syarikat pada Sabtu dan akan ditempatkan bagi memberi bantuan kepada pasukan senegara," kata NTSB. NTSB sepertinya tidak akan mengetuai siasatan lanjut yang lebih kompleks namun lembaga itu dapat memainkan peranannya dari segi mengaitkan kejadian peristiwa. China, Malaysia dan Vietnam kini sedang mencari tanda terdapatnya serpihan yang turut dibantu pihak Amerika Syarikat. NTSB seperti dilaporkan sumber rasmi keselamatan udara memutuskan pada masa ini, pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat dan pemerhati keselamatan memantau keselamatan pesawat serta beranggapan kejadian berlaku disebabkan kemalangan berbanding ancaman pengganas. – | ||
‘Mahkamah Rakyat’ PRK Kajang, permulaan kejatuhan UMNO-BN Posted: 09 Mar 2014 05:03 PM PDT SHAH ALAM : Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook melontarkan amaran bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang nanti akan menjadi 'Mahkamah Rakyat' yang bakal menjanjikan kejatuhan UMNO-BN. Beliau berkata, tindakan memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan saja tidak adil malah merupakan kesilapan besar yang akan memakan diri mereka sendiri dan PRK Kajang akan menjadj saksinya. "Jika mereka berasa ini adalah jalan paling terbaik mematikan ikatan utuh Pakatan Rakyat dan 'Langkah Kajang', mereka silap besar kerana sejarah telah membuktikan sebaliknya. "Kajang akan menjadi Mahkamah Rakyat, tempat dimana tumbangnya UMNO-BN, " katanya ketika menyampaikan ucapan setiausaha dalam Konvensyen PR kali ke-5 di Setia Alam Convention Centre, hari ini. Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan itu menyatakan contoh terbaik bagaimana tindakan mengheret Anwar ke penjara merupakan kesilapan besar boleh dilihat pada 1998, dimana ia telah mengerakkan gelombang reformasi. "Pada 1998, saat kali pertama Anwar difitnah dan dihumban ke dalam penjara, peristiwa itu bukan sekadar membawa gelombang reformasi. Hikmah darinya yang paling terkesan ialah penyatuan parti pembangkang. "Siapa sangka DAP dan PAS boleh duduk dalam satu meja, membentuk Barisan Alternatif (BA), seterusnya bersama PKR bergabung secara rasmi sebagai PR pada 1 April 2008 dan membawa Tsunami Politik Mac tahun sama. "Saya juga berani katakan bahawa PR sekarang adalah melangkaui Anwar, hasil dari sumbangan beliau membawa pemuafakatan ini sebagai sebuah institusi politik Malaysia. Selagi lagi, UMNO-BN anda sudah silap," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan memohon hadirin mendoakan keselamatan 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang dilaporkan tidak dapat dikesan berada dalam keadaan selamat. – Roketkini.com | ||
Terus erat persahabatan, jangan ikut rentak Umno-BN Posted: 09 Mar 2014 05:00 PM PDT SHAH ALAM: Ketua Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh menggesa semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat agar tidak mengikut rentak politik Umno BN yang berteraskan sentimen perkauman. "Isu kaum adalah isu Umno-BN, bukan Pakatan. Jangan sesekali ikut rentak mereka. Walaupun mereka suka laga-lagakan parti Pakatan, dan bangkitkan sentimen kaum di kalangan rakyat, "Kita mesti terus berjuang untuk golongan majoriti dan juga minoriti," katanya dalam sesi pidato 'Pakatan Membela Rakyat' di Konvensyen Pakatan Rakyat kelima hari ini. Sebaliknya, beliau meminta agar ahli terus membina dan mengukuhkan jambatan persahabatan dan kerjasama antara parti. "Saya gesa agar ahli, terutama peringkat akar umbi agar terus bersahabat erat. Janganlah kita harapkan pimpinan tertinggi sahaja," katanya sambil mengambil contoh persahabatan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu. Mereka berdua memang dikenali sebagai sahabat baik yang bermula ketika sama-sama ditahan ketika Operasi Lalang pada 1987. Beliau juga memuji usaha Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa yang gigih membina hubungan baik, terutama dengan penganut Kristian, di saat sentimen kaum dan agama semakin kuat dimainkan. "Saya terharu ketika baca kenyataannya, bahawa rakyat harus menghargai kepelbagaian yang ada. Terima kasih Mujahid, kerana menghulurkan tangan persahabatan," katanya lagi. Najib, fikir sekali lagi cubaan penjarakan Anwar Dalam pada itu, Speaker DUN Selangor itu juga mengingatkan Datuk Seri Najib Razak agar menimbang kembali rancangan kerajaannya memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berbeza pada 1998 di mana Umno BN hanya hilang sokongan Melayu, katanya, kali ini seluruh rakyat Malaysia akan menolak mereka. "Saya tanya bekas staf saya tentang berita semalam. Jawabnya, ketika 1998 Anwar lebih dilihat sebagai pemimpin Melayu. Namun, kini Anwar adalah pemimpin seluruh rakyat Malaysia. "Jadi saya nak ingatkan Najib – fikir sekali lagi tentangan langkah untuk penjarakan Anwar ini," katanya lagi. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan