Selasa, 4 Mac 2014

.

.


Ketua sayap parti ditangkap khalwat dengan orang Terengganu

Posted: 03 Mar 2014 07:20 PM PST

LAPORAN LEWAT                                                                            

Semalam saya menerima pesanan rengkas (sms) dari seorang rakan memaklumkan ketua kepada sayap sebuah parti politik telah ditangkap berkhalwat. Menurut rakan itu, dia minta saya menyiasat mengenal pasti siapakah gerangan yang kena tangkap atas alasan saya ada konteks dengan orang politik di negeri bahagian Utara itu.

Saya hanya mendiamkan sahaja, dan beranggapan maklumat itu kisah lama. Sebelum ini seorang ketua kepada sayap parti juga dilaporkan ditangkap kerana berkhalwat dengan pasangannya seorang pemimpin tertinggi parti di negeri di Utara juga. Sebelum itu ketua sayap parti itu dilaporkan pernah makan angin dengan seorang pemimpin parti berkenaan.

Dan hri ini, apabila membaca laporan di portal berita akhbar PB, baru saya ingin memberi reaksi kepada pesanan rengkas kawan semalam. Menurut laporan portal berita berkenaan kejadian itu berlaku di Utara Tanah Melayu. Ini kerana pihak penguatkuasa agama negeri di Utara yang membuat serbuan.

Portal berita yang dikenali sebagai suka mendedahkan isu-isu seks dan sering disaman oleh pemimpin pembangkang itu bagaimana pun tidak mendedahkan identiti pasangan yang diserbu itu. Tetapi ia memberi "kode" wanita yang ditangkap itu seorang janda, berusia 34 tahun tanpa anak, manakala pasangan lelakinya berasal dari Terengganu.

Tangkapan dibuat di sebuah hotel sekitar jam 10:00 malam setelah mendapat maklumat orang ramai.

Kalau dipadankan dengan pesanan rengkas yang dihantar oleh kawan semalam, maka tidak dinafikan lagi bahawa wanita itu adalah ketua kepada sayap parti berkenaan. Seorang sahabat yang dihubungi di Utara enggan mengulas lanjut tetapi tidak menafikan ada mendengar hal itu.

"Ada tetapi tak tahu sapa, sheikh..?' kata kawan di Utara itu.

Menurut laporan berkenaan yang memetik jurucakap peguatkuasa agama itu, ketika serbuan itu dibuat pemimpin dari Terengganu itu hanya memakai tuala dan kemeja T manaka ketua sayap parti itu pula berada di atas katil dengan memakai baju lengan panjang dan berkain batik. (Mungkin kain batik Terengganu?). Tidak mungkin juga lelaki dari Terengganu itu berada di hotel hanya untuk kencing atau buang air besar?

Mereka akan disiasat dibawah Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri (Utara) membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.

Jangan banyak soal tentang siapa dan mengapa, sama-sama kita tunggu pasangan berkenaan akan diseret ke mahkamah. [wm.kl.121:14 am 04/03/14]

Berapa billion nilai MoU di Kelantan semalam?

Posted: 03 Mar 2014 05:06 AM PST

TANYA MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan semalam menanda-tangani (MoU) dengan kerajaan Selangor untuk membangun tujuh projek pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan, antaranya membina pusat halal hub bertaraf antarabangsa, sekolah Tahfiz Sains, rawatan air dan sistem horas.

Khalid dan Ahmad wujudkan kerjasama.
Projek ini akan dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan PKINK.

Manakala tiga lagi projek ialah, mengembangkan sistem pajak gadai Islam, Ar Rahn, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.



Rakyat negeri Kelantan perlu merasa bangga dengan MoU berkenaan. MoU itu memberi gambaran kerajaan Kelantan tidak kekeringan idea untuk menjana ekonomi dan menafikan tanggapan sebelum ini kononnya kerajaan Kelantan, selepas ketiadaan Husam Musa, Kelantan sudah kehilangan pakar ekonomi. Husam semasa menjadi Exco banyak menteas idea-idea ekonomi.

Disebabkan tidak ada penjelasan terperinci berhubung projek yang ditandatangani semalam baik oleh Khalid atau Ahmad, adalah elok kalau MB Kelantan menjelaskan secara terperinci projek berkenaan, mengenai nilai dan lokasi cadangan projek tersebut, seperti kawasan halal hub bertaraf antarabangsa dan juga sekolah tahfiz sains yang hendak dibangunkan itu.

Difahamkan dalam pembangunan pendidikan ini kerjasama itu akan membina sebuah Mahaad Tahfiz Sais di Kelantan manakala kerajaan Selangor akan mengaplikasikan silibias pendidikan Tahfiz Sains Kelantan di sekolah agama rakyat di negeri berkenaan.

Rakyat tentu mahu mengetahui berapakah nilai projek berkenaan, dan lokasinya dan juga jangka masa siap. Apakah bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor, apakah berbentuk pinjaman mudah ataupun sebagai rakan kongsi dimana modal membangun segala projek itu dilaksanakan secara bersama atau ada kontra.

Rasanya setakat menyebut nama-nama projek atau kaedah pelaksanaannya, di mana ia akan dipantau atau mendapat report dalam tiga bulan sekali tidak mencukupi. Rakyat tidak mahu lagi mendengar retorik mengenai projek. Sebelum ini lebih 15 MoU ditanda tangani sejak 23 tahun lalu tetapi tidak sampai separuh dilaksanaksan.

Justeru ada baiknya kalau kerajaan mengumumkan butiran terperinci agar rakyat juga turut sama-sama memantaunya.

Tanpa penjelasan terperinci menyebabkan orang boleh membuat tafsiran lain ke atas kerjasama berkenaan. Khalid yang kini diambang melangkah turun dari kerusi MB Selangor, dilihat di dalam keadana terjampit, apakah semua projek yang termaktub dalam MoU itu dapat dilaksanakan.

Apakah beliau sedia menanda-tangani itu kerana ingin mencari nyanwa politiknya dan begitu juga dengan Ahmad Yaakub? Setidak-tidaknya bila menandatangani tujuh projek Ahmad dilihat ada idea untuk membangun Kelantan.

Esok Dewan Undangan negeri (DUN) Kelantan akan bersidang elok Ahmad Yaakub atau Mohd Amar Nik Abdullah membuat penjelasan kepada dewan sekurang-kurangnya. Yang penting berapakah nilai (anggaran) tujuh projek berkenaan dan jangka masa ia akan disiapkah? Dan apakah manfaat langsung kepada rakyat Kelantan terutamanya mengenai pusat pengumpulan produk hasil usahawan Kelantan dan Selangor itu. [wm.kl.8:56 pm 03/03/14]

Kata siapa yang boleh dipegang Faekah atau Rafizi?

Posted: 03 Mar 2014 03:43 AM PST

ULASAN ISU                                                                              

Tampaknya MoU penyusunan semula air Selangor di antara Kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat yang ditanda tangani 26 Februari lalu terus dipertikaikan dan menjadi isu hangat. Pertikaian yang teruk berlaku adalah sesama PKR sendiri. Pertikian ini secara tidak langsung, sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan orang ramai kepada wibawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diungguli PKR.

Mengenai isu ini, ada dua pihak, satu, yang menyokong langkah Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim yang menanda tangani MoU itu dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak cukup matang, dan satu lagi yang mempersoal di sebaik rasional penandatangan MoU itu pada saat Pakatan Rakyat berdepan dengan pilihan raya penting di Kajang. Yang merasakan curiga di atas tindakan Khalid, menganggap Khalid sebagai sebagai hendak melindungi sesuatu.

Kedua-dua pihak ini kebetulan terdiri dari mereka dari fraksi PKR. Apakah sudah ada dua kumpulan dalam sebuah kapal bernama PKR? Tampaknya begitulah. Kalau ini berlaku ibarat kata, tidak akan ke manalah bahtera PKR dan apakah pelayarannya akan selamat? Selalu terjadi apabila kapal mempunyai dua nakhoda, mudahlah kapal itu akan karam.



Sesuatu yang agak sedih juga bila isu ini dipersoal atau ditimbulkan pada saat menjelang pilihan raya kecil Kajang di mana seharusnya hal-hal begini disusuk selindung dahulu daripada umum. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya. Kerana ia timbul saat PKR berjuang untuk melakukan perubahan (transisi MB) inilah maka ia menjadi tanda tanya.

Anwar Ibrahim yang terlibat atau menjadi fokus dalam projek Kajang Move, kini bololeh diibaratkan berada dalam terowong untuk menuju ke muka penuh bercahaya, seperti terjempit dengan isu penyusunan semula air ini. Beliau sendiri seakan 'terkanyak' dengan apa yang berlaku. Anwar mengakui maklumat perundingan itu diterima olehnya. Katanya, Khalid melaporkan kepadanya dari masa ke semasa, bagaiman pun apabila saat MoU hendak ditanda tangani beliau tidak diberi tahu. Kenapa?

Atas sebab itu juga maka Zaid Ibrahim berpendapat Anwar kena 'check mate', atau kena main oleh Khalid. Main apa?

Biarlah, Anwar ada jawaban dan helahnya sendiri untuk tidak melibatkan dirinya dalam tindakan Khalid ini. Beliau tidak nampak emosi dengan Khalid. Pengakuan sudah diberi olehnya bahawa beliau tidak menentang penyusunan semula air itu. Mungkin apa yang dipertikaikan ialah keadaan bagaimana MoU itu ditanda tangani yang menjadikan beliau terkilan. Mungkin juga Anwar berharap MoU itu boleh atau akan ditanda tangani selepas beliau menyemak isu kandungan dan yang menurunkan tanda tangan itu beliau sendiri sebagai MB Selangor?

Tetapi apa yang berlaku di bawah, misalnya ungkitan dan pandangan diberikan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan juga kenyataan Elizabeth Wong menggambarkan berlaku pertikaian di sebalik MoU itu. Sebelum ini Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin juga mendesak penjelasan dari Khalid berhubung MoU berkenaan. Azmin dan Zuraidah menuntut Khalid memberi penjelasan lanjut mengenai penanda tangani MoU itu dan butirannya.

Hari ini giliran Rafizi pula. Beliau menyebut kos disebalik penyusunan semula air itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20 billion. Angka ini tidak dijelaskan oleh Khalid. Khalid hanya menyebut penyusunan itu melibatkan kos sebanyak RM9.56 billion sahaja ini termasuk membayar pampasan kepada empat buah syarikat konsensi sebelum ini. Khalid juga menyebut suntikan modal oleh kerajaan Pusat sebanyak RM2 billion.

Menurut Rafizi dalam analisanya, kos bayaran itu melebihi daripada apa yang disebut Khalid, iaitu sebanyak RM11.65 billion. Khalid menyebut kosnya sebanyak RM9.65 billion. Beliau yang mengakui sudah menyemak MoU berkenaan juga menyebut bayaran oleh kerajaan Pusat (suntikan modal) sebanyak RM2 billion termasuk untuk kos pembinaan Langat 2, kerana MoU itu meliputi pembinaan Projek Langat 2.

Jelas apa yang didedahkan oleh Rafizi itu angkanya tidak sekata dengan apa yang diberikan Khalid. Di sinilah ia menunjukkan ada sesuatu ang tidak telus disebalik MoU berkenaan dan menyebabkan rasa curiga dan kepelikan timbul terhadap masalah ini.

Bagaimana pun berbeza dengan pihak yang menyokong Khalid, mereka tetap mempertahankan tindakan Menteri Besar berkenaan sebagai satu tindakan profesional.

Orang yang lantang dan bersungguh mempertahankan Khalid, siapa lagi kalau bukan bekas Setiausaha Politiknya,  Faekah Husin. Menurut Faekah, MoU itu akan mempercepatkan penyusunan semula industri air selaras dengan hasrat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang merupakah proses penting untuk memastikan perkhidmatan air bertaraf dunia pada tarif munasabah, mengurangkan air tidak berhasil (NRW) yang melonjak melebihi 33% disamping meneruskan program 20 meter padur air percuma setiap bulan.

Kata Faekah juga bagi menjustifikasikan tindakan Khalid itu, kerajaan negeri mengamalkan sikap terbuka dan telus dalam proses pengambilan pengurusan air ini khususnya berkenaan penawaran RM9.65 bnillion bagi pembelian ekuiti empat syarkat konsesi yang terlibat.

Ketelusan itu katanya, kerajaan menyarankan agar syarikat konsesi berkenaan membawa perkara itu ke peringkat Timbangtara Antarabangsa (ICJ) sekiranya mereka merasakan berhak mendapat harga lebih tinggi.

Dalam pada itu juga, menurut beliau yang dilantik menjadi wakil kerajaan dalam perundingan mengenai air itu, kerajaan negeri konsisten dan tidak pernah bergajak dengan semua syarat dan terma ini sehingga MoU ini ditandatangan pada 26 Februai lalu.

Mungkin apa diperkatakan Faekah itu benar dan betul, tetapi timbul beberapa pertanyaan lain yang menggarut rawan minda. Salah satu ialah kenapakah MoU itu ditanda tangani secara tergesa-gesa dan tidak bolehkah ianya diselesaikan selepas pilihan raya kecil Kajang? Ini menyebabkan orang melihat semacam Khalid ditekan oleh pihak Pusat, dan Khalid sendiri seolah-olah mahu menyegerakan proses berkenaan kerana ada sesuatu sebab yang lain?

Apakah Khalid ingin menunjukkan kuasanya atau pun sudah mula pandai bermain politik apabila beliau diasak oleh parti agar turun dari kerusi Menteri Besar? Khalid sendiri menperakui proses berkenaan tidak dihebuhkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat dengan alasan agar ia tidak menganggu proses berkenaan kononnya agar tidak berlaku manipulator?

Tindakan ini bertentangan pula dengan kenyataan dan pengakuan Faeah dalam menjelaskan isu berkenaan, dan membela bosnya) bahawa kerajaan telus dan tidak berganjak dari syarat dan termanya. Tidak ada makna kalau telus dan tidak berganjak dari terma yang ditetapkan, tetapi ia tidak diketahui oleh rakyat ataupun diberi ruang untuk semakan dalaman (kerajaan).

Sekurang-kurangnya Khalid perlu memberi taklimat secara rengkas berhubung isi kandungan atau syarat-syarat dan terma yang termaktub di dalam MoU itu kepada pemimpin kerajaan Selangor kerana mereka berhak untuk mengetahuinya. Sekurang-kurangnya anggota Exco. Namun tidak dilaksanakan hal itu. Sekali lagi di sini orang akan menuduh Khalid menguruskan air yang melibatkan wang rakyat itu seperti menguruskan syarikat korporat seperti Guthre dahulu.

Berbalik kepada pertikaian mengenai isu ini sehingga mewujudkan dua kumpulan didalam PKR, ia hendaklah diselesai degan baik. Isu air dan juga pilihan raya kecil Kajang ini ada potensi besar untuk memecah belah dan menghuruhara PKR. Barang kali ada benarnya kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua bahawa pilihan raya kecil Kajang ini menjadi penentu kepada masa depan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak perlu tunggu berlangsungnya pilihan raya ke 14, tahun 2017 atau 2018  untuk ditumabngkan oleh Umno, tetapi ia boleh tumbang bila-bila masa sahaja apabila berlaku perpecahan peringkat dalaman yang teruk.

Pernyataan oleh Rafizi dan Faekah mengenai isu air ini yang bersifat mendakwa dan menjawab, perlulah dicari jalan penyelesaian. Saya cukup bimbang dengan isu mengenai air ini menyebabkan semua orang-orang bernafsu dan degil di Selangor akan kelemasan yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat akan tersungkur. [wm.kl.7:24 pm 03/03/14]

Tiada ulasan: