. |
Lautan manusia di mini stadium Kajang malam tadi Posted: 21 Mar 2014 08:07 PM PDT LAPORAN LEWAT Mini Stadium Kajang malam tadi menjadi lautan manusia yang untuk mengikut kempen menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Kajang esok dan juga sempena pelancaran secara rasmi Reformasi 2:0. Esok pengundi Kajang akan menentukan siapakah wakil baru mereka, sama ada Dr Wan Azizan Ismail ataupun Chew Mei Fun. Kempen akan berakhir sebelum jam 12:00 tengah malam ini dan malam tadi merupakan kempen terakhir.
Reformasi 2:0 untuk membela Anwar Ibrahim yang dianggap diperlakukan tidak adil dan zalim telah dirancang sebaik sahaja mahkamah rayuan telah menjatuhi lima tahun penjara terhadap Anwar kerana dakwaan liwat. Lautan manusia malam tadi itu menjadi indakator bukan siapa yang akan menang, tetapi ia menjadi petunjuk berapakah majoriti yang akan dikutip oleh Wan Azizan. Berdasarkan sambutan hangat pada majlis malam tadi, sudah pasti Azizah akan menang dengan besar. Kemenangan bagi Mei Fun pada ketika ini sangat mustahil, seperti mustahilnya akan ditemui pesawat MAS MH 370 yang hilang. Malam tadi juga kebetulan MCA mengadakan majlis makan malam, sebagai kempen dan daya tarikan akhir kepada masyarakat Cina. Ia dihadiri oleh presidennya Leio Tiong Lai. Katanya daripada 150 meja yang disediakan hanya 30 meja saja yang penuh yang selebihnya kosong. Pemulauan terhadap majlis makan malam itu memberi pertanda jelas orang Cina di Kajang tidak mudah untuk menerima Meh Fun. Yang ditunggu-tunggu menjelang petang esok, sebaik pusat pengundian ditutup ialah berapa majoriti yang akan dipunggut oleh Wan Azizah. Apa yang menjadi tumpuan PKR kini ialah jumlah majoriti bukan untuk meneka siapa menang dan kalah. Kemenangan besar PKR akan memberi implikasi kepada BN khasnya MCA. Pilihan raya kecil Kajang itu apabila projek Kajang Move tergendala, ia kini tertumpu kepada MCA. Orang mahu melihat apakah keputusannya nanti memberi harapan kepada MCA atau tidak. Sekiranya Mei Fun gagal untuk menambah undi diperolehi calon MCA Lee Ben Seng dalam pilihan raya lalu yang mengutik 12,747 ia menunjukkan perubahan kepimpinan dalam MCA tidak membawa apa-apa signifiken dalam pilihan raya kecil itu. Bah yang akan mendapat kreditnya ialah DAP. Pertambahan undi Cina kepada Wan Azizah nanti ia akan dikaitkan dengan kredibiliti DAP. Tidak mustahil kalau lebih 85% undi Cina akan berpihak kepada Wan Azizah. Ini kerana kesungguhan pemimpin DAP berkempen di Kajang ketara sekali berbanding dengan PAS yang diharapkan dapat menarik sokongan orang Melayu. Seperti umum mengetahui PKR mensasarkan 10,000 majoriti dalam pilihan raya esok, ertinya mahu ditambah sekitar 3,000 undi? Apa disasarkan PKR itu agak sukar untuk dicapai. Majoriti yang paling logik ialah sekitar 5,000 sahaja, Seorang petugas bahagian media di Ibu pejabat Umno yang turut sama hadir malam tadi untuk melihat kekuatan terkini PKR amnya dan pengaruh Anwar Ibrahim khasnya, meramal PKR akan menang 7,000 undi. Satu angka yang lumayan di mana ia lebih tinggi dari jangkaan saya. Pegawai itu memperakui majlis malam tadi berjaya menggerakan minda rakyat untuk menentang kerajaan. Beliau akui partinya (Umno) sukar untuk mengumpulkan orang seramai di stadium malam tadi. Beliau juga bimbang dengan sambutan malam tadi dimana rakyat sanggup datang ia boleh menyebabkan kerajaan akan jatuh bukan melalui pilihan raya tetapi menerusi kebangkitan rakyat. "Saya bimbang kalau ada beberapa pilihan raya kecil lagi, dan sambutan sebegini, kerajaan boleh jatuh," katanya sambil menyatakan kebimbangan, sekiranya Pakatan Rakyat terus mencipta pilihan raya sebagai ujian kepada BN, lama-lama BN akan jatuh. Menurut pegawai itu juga 10% yang berada di stadium malam tadi adalah ahli-ahli Umno. Angka itu menunjukkan sudah ada minat orang Umno untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu sikap baru. Kenapa mereka, ahli Umno sanggup datang menurut pegawai itu kerana keadaan Umno hari ini yang semakin dipertikaikan. Isu kenaikan harga barang dan terbaru kehilangan pesawat MH 370 menjadi pendorong kepada orang-orang Umno ikut sama datang bagi mendengar penjelasan dari sudut pandangan pembangkang. Dalam politik apabila musuh sudah masuk ke dalam gelanggang pihak lain sedikit sebanyak ia akan dapat maklumat baru yang menjadi input untuk berfikir. Dalam pada itu pegawai di ibu pejabat Umno itu, Umno mempunyai ahli sekitar 4,000 orang di Kajang dengan 21 cawangan. Tidak semua ahli Umno akan mengundi BN kerana masalah calon. Menurutnya dia tidak pasti apakah mereka akan keluar atau pun tidak, atau keluar dengan memberi undi kepada Dr Wan Azizah? Dalam pada itu kehadiran kaum perempuan malam ketara sekali. Ini mungkin disebabkan kedua-dua calonnya adalah wanita. Melihat kepada pakaian dan fesyen mereka, jelas mereka adalah penyokong Dr Wan Azizan. Ada munasabah juga pendapat mengatakan kaum wanita Melayu akan berpihak kepada Wan Azizah. Keseluruhan yang hadir malam tadi bukan merupakan pengundi Kajang. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri untuk bertugas di pilihan raya berkenaan. Dalam agakan saya pengundi sebenar malam tadi kira-kira 3,000 saja. [wm.kl. 11:06am 22/03/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan