Ahad, 16 Mac 2014

.

.


MH 370 harapan masih ada

Posted: 15 Mar 2014 07:44 PM PDT

ULASAN AHAD                                                                                 

Najib: Kenapa takut hadapi wartawan?
Tengah hari semalam Najib Razak tampil memberi kenyataan akhbar (sebenarnya mengumum) perkembangan baru berhubung kehilangan pesawat MH 370. Beliau membaca kenyataan yang sudah disiapkan berupa laporan terbaru dengan beberapa 'titik' pertemuan. Penampilan Najib mengambil alih sidang akhbar daripada sepupunya yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein sangat dinanti-nantikan oleh semua orang dan diharap ia memberi khabar besar.

Orang ramai mengira apabila Najib sendiri tampil memberi sidang akhbar ia dikira nokhtah kepada kehilangan pesawat berkenaan yang sudah masuk hari ke 9 lapan itu. Saya sendiri menunggu penampilan Najib dengan meramalkan dia mengumumkan kesimpulan dan meletakkan nokhtah mengenai pesawat berkenaan. Najib tidak akan muncul di sidang akhbar kalau hanya setakat untuk memberi kronologi yang sudah ribuan kali diucapkan pada sidang akhbar sebelumnya. Itulah doa semua orang.



Tetatpi penampilan Najib tidak menutupkan cerita mengenai persawat berkenaan yang sudah memanjang menjadi hikayat, sebaliknya membuka maklumat baru yang sudah pun disangkakan. Najib memberi gambaran bahawa kemungkinan berlaku rampasan ke atas pesawat berkenaan. Kemungkinan ia terhempas di lautan China Selatan agak tipis apabila pencarian di lautan itu dihentikan dan pemberhetian ini menunjukkan pesawat itu berada dalam kemungkinan lain. Bagaimana pun beliau tidak mahu menyebut perkara itu secara langsung.

Serentak itu pencarian dialih ke lautan China Selatan ke dua koridor baru, di utara dari Thailand hingga ke Kazakhtan dan Turkeminstan dan di selatan dari Indonesia dan lautan Hindi.

Pengubahan lokasi misi pencarian itu (di lautan) menunjukkan kerajaan masih meletakkan kebimbangan pesawat itu landing di laut bukan di darat? Najib tidak berani untuk mengakui pesawat itu dirampas dan masih bergantung kepada berbagai dapatan lain walaupun laporan terkini dari media asing dan risikan menunjukkan ada tanda-tanda itu.

Bagaimana pun selepas saja Najib mengumumkan teks sidang akhbarnya polis telah menyerbu dan megelidah rumah Kapten Zahari Ahmad Shah, di Shah Alam. Penyerbuan ini menunjukkan ada pengsyakan oleh pihak berkuasaan terhadap kapten berkenaan. Dari segi keselamatan dan maruah tidak seharusnya tindakan menyerbu itu tidak dedahkan, sedangkan rahsia dan maklumat lain lebih sulit dan penting bagai merungkaikan misteri kehilangan ini ditusuk 'begitu lalu.'

Apabila komunikasi terakhir dengan pesawat berkenaan tujuh jam selepas dilaporkan hilang (jam 1.21) berlaku pada jam 8:11 pagi ia menjadikan kenyataan-kenyataan sebelum ini adalah bohong dan tidak tepat. Sepatutnya masa atau detik kehilangan pesawat berkenaan yang dikesan jam 1:21 pagi sebaliknya ia mula diambil kira 8:11 pagi tidak terpakai lagi. Begitu juga radar tentera telah mendapati pesawat MH360 berpatah balik selepas kira-kira 45 ini berada di ruang udara Vietnam ke selat Melaka.

Situasi ini menyebabkan media asing beranggapan Malaysia melindungi sesutau. Seapatutnya seleas radar tentera mengesan bahawa pesawat itu sudah berada di perairan selat Melaka maka pencarian di lautan China selatan tidak perlu lagi kerana ia membuang masa. Operasi pencarian dan pengesanan seharusnya dihalakan ke selat Melaka dan kawasan darat di Vietnam, Myanmar ataupun India.

Operasi pencarian di luatan China selatan yang dilakukan itu seolah-lah ia mendoakan agar pesawat itu terhempas dalam perjalanan ke China dan tidak mahu menolak kehilangan itu kerana rampasan. Tetapi malangnya berhari-hari operasi dilakukan di lautan China Selatan dan ini sesuatu yang sia-sia. Apakah masa digunakan untuk mengesam pesawat itu di lautan China selatan adalah tektik untuk memanjangkan masa?

Persoalan timbul kenapa ini berlaku? Walaupun kita tidak mempercayai seratus peratus kepada laporan media asing yang memberi gambaran bercanggah dengan ketetapan pihak Malaysia, dan ada laporan itu mendahului apa yang Malaysia tahu, tetapi ia patut diambil kira dan membuat analisa sepantas mungkin.

Sikap terlalu berhati-hati Malaysia dalam membuat analisa setiap maklumat umum diterima, inilah dilihat kelemahan pihak berkuasa Malaysia khasnya dalam menghadapi keadaan demikian. Sekali lagi apakah sikap ini Malaysia sedang mempertimbangkan keadaan mana lebih baik?

Najib dalam sidang akhbar semalam tidak sedia menjawab pertanyaan daripada wartawan. Sebaik selesai membaca teks sidang akhbar beliau bergegas meninggalkan KLIA. Kenapa? Sekali lagi sikap tidak gentlemen dan takut kepada media ini menjadi orang tertanya-tanya. Tuduhan kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu semakin menebal. Sikap Najib itu juga tidak wajar dan tidak profesional dilakukan seorang perdana menteri.

Daripada apa yang didedahkan Najib semalam serta dengan sikapnya tidak mahu menjawab persoalan media, seakan mahu melindungi sesuatu yang penting boleh dianggap kehilangan pesawat MH 360 ini bukan lagi berkisar kepada kemungkinan pesawat itu terhempas, sebaliknya ia cerah menunjukkan ia di rampas? Jika diamati wajah dan muka Najib sangat serabut dan penuh kegundahan.

Pun begitu perkembangan ini, melegakan sedikit sanak saudara, kerana mereka masih ada harapan untuk melihat mangsa pulang ke pangkuan mereka dengan selamat. Walaupun kedua kemungkinan itu terhempas dan dirampas, tetapi bagi sanak saudara ia masih mengharapkan ia dirampas dan mangsa masih hidup. Dalam suasana hari ini bagai saudara marah mereka tidak peduli apakah tuntutan dibuat oleh pengganas (jika berlaku begtu), yang penting orang yang mereka disayangi itu hidup.

Tegasnya penampilan Najib memberi sidang akhbar tengah hari semalam, ia memberi petanda jelas yang pesawat MH 370 dirampas bukannya terhempas. Siasatan ke atas rumah kapten Zahari itu juga terarah kepada kemungkinan itu. Apakah kerajaan masih menyembunyikannya kerana perundingan dengan pihak-pihak tertentu masih dilakukan bagi mencari penyelesaian? [wm.kl.10:26 am 16/03/14]

Tiada ulasan: