Jumaat, 7 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Polis minta Penyokong Anwar supaya bertenang..

Posted: 07 Mar 2014 08:30 AM PST


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

"Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

"Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Bertenanglah ni.. tak percaya tengok gambar-gambar kat Kajang ni...mana ada kecohpun..



Bagi kami di Permatang PAuh ni.. yang rapat dengan Anwar Ibrahim.. kalau minta dia bertenang.. nanti dia akan jawab "Bertenangla... tak kena kat hang!.. cuba kena kat hang"..

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun penjara..

Posted: 07 Mar 2014 03:20 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000. 

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Kes Liwat 2: Mahkamah Rayuan dapati Anwar bersalah!

Posted: 07 Mar 2014 01:27 AM PST


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan. 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. 
4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah. 
4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya. 
"Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu. 
"Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul. 
"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel. 
Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan. 
"Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri)." 
Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing. 
"Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan". 5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan. 
5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh. 
5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain. 
"Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik," katanya. 
5.11pm: Justice Balia berkata, "Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam." 
Anwar bangun dan berkata, "Kita jalankan (mitigasi) sekarang." 
5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang. 
Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba. 
Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu. 
5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata. 
Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang. 
"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya.

Rentetan dari keputusan Mahkamah Rayuan ramai pemimpin PKR yang melahirkan rasa terkejut... 

Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini". 
Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya. 
Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?" 
Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya. 
Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben "kawasan kejadian jenayah" yang berwarna kuning. 
Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah lapor The Malaysian Insider

Sebab sebenar komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan didedahkan KDN..

Posted: 07 Mar 2014 12:50 AM PST


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik 'Ultraman The Ultra Power' dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai "Allah".

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan "Allah" dengan Ultraman.

Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai "Allah" akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan 'Ultraman The Ultra Power' sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

"Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai "Allah".

"KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat "Allah" yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai," demikian menurut kenyataan itu.

Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers. Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," kata kenyataan itu.

Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

~ mStar

'Kajang Move' bakal merempuh tembok... Khalid tak akan letak jawatan!

Posted: 06 Mar 2014 09:53 PM PST


Tentu ramai yang dah boleh membaca apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Kajang Move' yang kini sedang digerakkan di Kajang, Selangor..

Bagi yang masih tak dapat membaca strateginya begini...

Oleh kerana Kajang telah dimenangi oleh PKR dengan majoriti yang besar, makan ADUN Kajang sebelum ini telah diminta mengosongkan Kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar.

Anwar Ibrahim akan bertanding sebagai ADUN, tujuannya ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Jika Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi DUN itu (jika.. kerana sudah ada khabar angin mengatakan akan berlaku sabotaj dari dalam PR sendiri)..

Selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli DUN, Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan Menteri Besar yang kini disandangnya.

Nampak mudah bukan jika semuanya berjalan lancar?

Tetapi apa yang berlaku kini ialah 'Kajang Move' kelihatan sedang menghala kearah tembok batu yang semakin kukuh.

Khalid Ibrahim dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya..

Mahu atau tidak mahu 'Kajang Move' terpaksa diteruskan juga dengan melanggar tembok yang ada melalui dua pilihan yang masih ada..

Jika ini berlaku, yang melanggar akan cedera yang dilanggar turut cedera.....

Laporan berkaitan..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya. 
Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu. 
Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya. 
"Saya memaklumkan kepada Sultan Selangor dan barisan exco mengenai tindakan saya," katanya pada sidang media selepas program bersama rakyat Selangor di Dewan Taman Mesra Kajang, Selangor. 
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor. 
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti. 
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor ~ The Malaysian Insider 

Pesanan buat pemimpin PKR disana.. kalau nak teruskan juga dengan pilihan yang ada tu biarlah umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak..

Tiada ulasan: