Anak Sungai Derhaka |
- Setelah penipuannya selama 30 tahun terbongkar.. Ini jawapan Mahathir..
- Tidak pintas MH370, Pemuda UMNO pertikai kewibawaan TUDM..
- FBI sahkan Zaharie tak terbabit pesawat hilang.. Najib tak mahu minta maaf ke?
Setelah penipuannya selama 30 tahun terbongkar.. Ini jawapan Mahathir.. Posted: 29 Mar 2014 06:32 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985. Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa. "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera. Musa mendedahkan perkara ini dalam "Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang" anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini. Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. Itu laporan dari The Malaysian Insider Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan.. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut. "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam). "Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini. Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut. Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat. Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh. Video pendedahan Musa Hitam itu sila lihat di ( SINI ) |
Tidak pintas MH370, Pemuda UMNO pertikai kewibawaan TUDM.. Posted: 28 Mar 2014 11:30 PM PDT Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoalkan kewibawaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) gagal mengenal pasti pesawat MH370 yang melalui laluan udara di Pulau Pinang sebelum hilang 8 Mac lalu. "Pesawat MH370 tidak dicabar dan tidak dapat dikenal pasti oleh pihak tentera, "Walaupun ia dikesan sebagai blip dengan radar utama tentera pada jam 2.15 pagi, pesawat telah melalui ruangan udara di Pulau Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi," tulis beliau dalam posting blognya yang terbaru www.syedrosli.blogspot.com. Syed Rosli juga tidak menafikan bahawa kesalahan ini bukanlah terletak 100% di bahu TUDM, tetapi beliau mempersoalkan kecekapan TUDM. "Bukankah itu menjadi tanggungjawab pihak tentera udara untuk memantau ruang udara Malaysia, "Terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?," soalnya. Syed Rosli turut merasakan bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku yang mana pihak TUDM tidak bersiap sedia menghadapi situasi seperti ini. "Jikalau TUDM bersiap sedia, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?" katanya. "Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian, tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut, dan ternyata alasan yang diberikan itu, tidak boleh diterima akal," ujarnya lagi. Syed Rosli berharap, biarlah mereka yang bijak pandai sahaja yang dipilih menjadi anggota kabinet. "Benarlah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti Umno/ Barisan Nasional tidak sukakan orang pandai menyertai mereka?" tempelaknya. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan terutama pihak tentera Udara harus perbaiki kelemahan ini kerana tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang memasuki ruang udara Malaysia "Adalah lebih teruk sekiranya mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera, "Jangan diulangi lagi perkara yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun lalu dan pertahankanlah kedaulatan negara kita daripada sebarang ancaman luar dan dalam," katanya ~ Free Malaysia Today |
FBI sahkan Zaharie tak terbabit pesawat hilang.. Najib tak mahu minta maaf ke? Posted: 28 Mar 2014 08:29 PM PDT Apa yang jelas kini ialah siasatan mendalam yang dihalakan kepada Kepten Zaharie adalah satu percubaan untuk menjadikannnya sebagai Kambing Hitam. Kambing Hitam untuk menutup kelemahan Kerajaan Barisan Nasional dalam menangani tragedi yang menjadi perhatian dunia pada masa ini.. Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie telah disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman. Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI. Naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya. Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times. FBI dah sahkan tiada bukti untuk mengaitkan Kapten Zaharie dengan pesawat yang hilang itu.. Najib tak mahu minta maaf ke? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan