Anak Sungai Derhaka |
- Gempar!! Keluarga penumpang MH370 dakwa terima ‘Missed Call’ 11 & 13 Mac..
- Pasangan Malaysia di Sweden didapati bersalah dan dipenjara..
- Memali : Akhirnya penipuan Mahathir selama 30 tahun terbongkar jua...
- Anwar dijangka kemuka cadangan tukar MB Selangor dalam masa terdekat...
- Kenyataannya merosakkan kredibiliti Malaysia.. Timbalan Menteri ini wajar dipecat!
Gempar!! Keluarga penumpang MH370 dakwa terima ‘Missed Call’ 11 & 13 Mac.. Posted: 28 Mar 2014 08:40 AM PDT Pihak keluarga Firman Candra Siregar, salah penumpang pesawat MH370, hingga kini masih belum boleh menerima kenyataan dari Kerajaan Malaysia bahawa pesawat tersebut telah berakhir di Lautan Hindi. Alasan mereka untuk tidak mempercayai kenyataan dari Kerajaan Malaysia itu ialah kakak kepada seorang penumpang yang berasal dari Indonesia mendakwa menerima 'Missed call' dari adiknya yang menaiki pesawat malang itu selepas ianya hilang pada 8 Mac 2014 lalu. Firman (tengah, gambar bawah) adalah salah seorang dari tujuh warga Indonesia yang berada dalam penerbangan itu, selain Firman, Ferry Indra Suadaya, Herry Indra Suadaya, Indra Suria Tanurisam, Willy Surijanto Wang, Lo Sugianto dan Chynthia Vinny turut menaikin MH370 itu. Kakak kandung Firman, January Siregar, mendakwa pihak keluarganya masih mendapat panggilan melalui saluran Skype dari iPad milik Firman. "Saya lihat ada missed call pada tanggal 11 dan tanggal 13 Maret, dari iPad yang dipegang firman," kata January. Perkara ini meyakinkan pihak keluarga penumpang dari Indonesia itu bahawa Firman dan lain-lain penumpang masih selamat. Apatah lagi, hingga ke saat ini hanya imej-imej dari Satelit yang menunjukkan beberapa objek yang dipercayai sebagai milik MH370 masih tidak dapat disahkan milik pesawat malang itu tiada objek fizikal yang menjadi bukti. January yang juga Ketua Persatuan Marga Siregar Kota Medan mengatakan, maklumat ini sudah dinyatakan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS). Rentetan dari itu, kata January, pihak keluarga Firman dan keluarga penumpang yang berasal dari Indonesia telah mengirimkan petisyen agar Malaysia dan MAS memberikan maklumat yang tepat dan telus. "Kami juga berharap agar pemerintah Malaysia tidak menghentikan proses pencarian hingga pesawat MH370 ditemukan," kata January. Operasi mencari masih berterusan hingga ke hari ini, namun tergendala kerana faktor cuaca. Mereka kini mengajar masa, kerana menurut jangkaan pihak Biro Meteorologi Australia, cuaca hari ini akan bertambah buruk.. Versi Indonesia sila baca di ( SINI ) |
Pasangan Malaysia di Sweden didapati bersalah dan dipenjara.. Posted: 28 Mar 2014 06:49 AM PDT Pasangan Malaysia yang didakwa kerana mencederakan anak-anak mereka di Sweden dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana pencabulan serius terhadap integriti anak-anak mereka. Ibu kepada kanak-kanak, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dua bulan kerana pencabulan serius terhadap anak perempuan dan dua anak lelakinya, lapor The Star hari ini. Azizul Raheem Awalluddin yang bekerja di Sweden sebagai pengarah Tourism Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan. Bagaimanapun beliau dilepaskan terhadap kesalahan terhadap anak lelaki bongsunya. Pada 1979, Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan hukuman korporal. Laporan awal mengatakan pasangan tersebut menghukum anak mereka yang berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat. Mengikut penahanan pasangan itu, empat adik-beradik tersebut pada mulanya diletakkan di bawah penjagaan keluarga bukan Muslim, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, selepas anak-anak berkata mereka tidak gembira dan rindukan ibu-bapa mereka. Laman Facebook yang bernama "Bring Shal and Family Home", melobi pembebasan pasangan tersebut mendapat lebih kurang 20,000 'like'. Pihak berkuasa Sweden kemudiannya membenarkan anak-anak pulang ke Malaysia. Setibanya mereka, mereka dijemput oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkata Putrajaya akan cuba sedaya-upaya untuk membantu pasangan Malaysia itu mempertahankan kes mereka ~ The Malaysian Insider.. |
Memali : Akhirnya penipuan Mahathir selama 30 tahun terbongkar jua... Posted: 28 Mar 2014 01:00 AM PDT Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin. Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof. Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur." Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku. "Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu. Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana. Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'. "Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur. Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh. Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China. Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka ~ The Malaysian Insider Videonya silalah lihat di ( SINI ) |
Anwar dijangka kemuka cadangan tukar MB Selangor dalam masa terdekat... Posted: 27 Mar 2014 11:30 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membawa cadangan perubahan dalam kerajaan negeri Selangor terutamanya dalam percaturan PKR meletakkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar ke peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan untuk dibincangkan dan diputuskan secara bersama antara PAS-PKR-DAP. Ujar beliau, persetujuan konsensus Pakatan penting bagi melengkapkan dan meneruskan agenda 'Kajang Move' ekoran kemenangan Wan AZizah pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 23 Mac lalu menewaskan calon BN yang juga Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. "Saya fikir Datuk Seri Anwar akan panggil tindakan menggunakan perbincangan, kita sekarang masih lagi dalam suasana kempen untuk Balingian. "Mungkin selepas pilihan raya kecil Balingian akan diadakan beberapa sesi perbincangan dan pertemuan tentang bagaimana kaedah untuk kita melengkapkan langkah Kajang (Kajang Move)," katanya . Sebelum ini, desas-desus mengenai perubahan jawatan yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim timbul di sebalik peletakan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada 27 Februarilalu. Malah, keputusan PKR meletakkan Anwar yang juga ketua umum parti itu pada peringkat awal sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang kemudiannya digantikan oleh isterinya Wan Azizah sebelum ini juga turut dikaitkan dengan usaha parti itu untuk menukar Menteri Besar Selangor yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang'. Kemenangan Wan Azizah dalam pilihan raya kecil DUN Kajang pada 23 Mac memperlihatkan bibit-bibit perubahan jawatan Menteri Besar Selangor terus kedengaran selain diperkuatkan dengan kenyataan Anwar bahawa PKR tidak menolak kemungkinan perbincangan itu akan diadakan. Bagaimanapun PAS melalui naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perubahan jawatan Menteri Besar setakat ini tidak perlu kerana ia bukan keperluan utama. Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abd Samad mengambil sikap berhati-hati dengan mahu mendapatkan pengesahan dan juga makluman rasmi daripada PKR sebelum memberikan respons balas. Dalam laporan Antarapos hari ini, Tuan Ibrahim meminta PKR menghormati kerjasama politik dalam Pakatan dengan membawa segera cadangan itu ke peringkat tertinggi gabungan itu. Ini kerana jelas beliau, perkara itu perlu dilakukan sekiranya PKR benar-benar berhasrat melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Perubahan perlu dilakukan demi menjayakan 'Kajang Move' Menurut Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, perbincangan awal di peringkat parti telah selesai dan perkara itu akan dibincangkan secara lebih terperinci pada peringkat seterusnya. Tambah beliau lagi, PKR melihat keperluan untuk melakukan perubahan dan perancangan komprehensif perlu bagi merealisasikan agenda 'Langkah Kajang'. "Saya fikir itu pandangan peribadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, perkara ini seperti mana saya sebutkan kita masih belum bincang lagi secara teliti untuk fasa yang kedua. "Ini tentunya memerlukan perancangan yang komprehensif yang bukan sahaja membabitkan PKR tetapi juga komponen Pakatan Rakyat iatu PAS dan DAP," katanya. Mengulas lanjut perkara itu, wakil rakyat penggal pertama ini berkata kemenangan PKR di Kajang lebih bermakna sekiranya beberapa perubahan penting dilakukan. "Tentunya ia memerlukan ruang perbincangan yang agak selesa, pada saya oleh kerana langkah Kajang ini bertujuan untuk memperkasakan serta merancakkan lagi agenda politik di Selangor saya fikir tentunya akan ada perubahan. "Kalau tidak (ada perubahan), kita tidak akan membuangkan apa yang kita sebut menggunakan sumber-sumber kewangan dan tenaga yang begitu banyak untuk menjayakan langkah Kajang kalau tidak ada apa-apa perubahan yang 'significant' dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri," katanya. Ujar Shamsul Iskandar lagi, perubahan dalam barisan kepimpinan biasa berlaku dan ia bukan satu perkara yang perlu diperbesarkan. Tambahnya, PKR akan membincangkan perkara itu di peringkat tertinggi Pakatan terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil parti itu. "Jadi tentunya ini akan berlaku cumanya kaedah pendekatan, persefahaman dan persetujua itu akan dilakukan dalam suasana Pakatan Rakyat," katanya. PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang yang dimenangi sejak 2008 pada pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Wan Azizah memperoleh 16,741 undi mengatasi Mei Fun yang meraih 11,362 undi manakala sebanyak 176 undi ditolak ~ Antarapos |
Kenyataannya merosakkan kredibiliti Malaysia.. Timbalan Menteri ini wajar dipecat! Posted: 27 Mar 2014 08:35 PM PDT Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri wajar dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan kredibiliti Malaysia. Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang, imej Malaysia sudah pun sedia terjejas dengan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370. "Sepanjang dua minggu lalu, Malaysia dikritik hebat daripada seluruh pelusuk dunia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. "Jadi kita tidak perlukan timbalan menteri yang bercakap perkara mengarut di Parlimen," katanya merujuk kepada komen Abdul Rahim. Abdul Rahim pada Rabu memberitahu Parlimen bahawa penerbangan MH370 berpatah balik kerana menerima arahan daripada pusat kawalan trafik udara di Subang. Semalam Abdul Rahim menarik balik kenyataan beliau di Parlimen pada Rabu bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau. Semasa perbahasan titah Diraja di Parlimen pada Rabu, Abdul Rahim menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik. "Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan petang semalam. Abdul Rahim juga mengakui selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali. Abdul Rahim pada Rabu turut berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan daripada pusat kawalan. "Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. "Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya. Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan ~ The Malaysian Insider Baca apa komen sebilangan rakyat Malaysia di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan