Anak Sungai Derhaka |
- Ooo.. Dia ni rupanya pemimpin kanan politik wanita yang ditangkap khalwat tu... (Video Inside)
- MH370 : Polis dedahkan data dalam simulator Kapten Zaharie yang telah dipadam..
- Kondom diedar percuma di Future Music Festival Asia ?
- Pakar IT India dakwa temui imej satelit MH370 di kepulauan Andaman?.. Gambar lama la tu..
- MH370: Komando digerakkan ke sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara?
- Macam macai jugak rupanya calon BN di Kajang ni.. tengok apa dia kata pasal ‘Future Music Festival Asia'
- Hishamuddin terkedu bila wartawan Perancis minta sahkan beliau sepupu Najib .. (Video Inside)
Ooo.. Dia ni rupanya pemimpin kanan politik wanita yang ditangkap khalwat tu... (Video Inside) Posted: 19 Mar 2014 08:55 AM PDT Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu atas tuduhan khalwat. Zuraidah, 34, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Arau, dan Burhanuddin Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi 3 Mac. Zuraidah, dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer dan Burhanuddin, dari Jalan Hiliran di Terengganu, didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan membawa hukuman denda RM5, 000, atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jaidi Ahmad menetapkan kes itu disebut semula pada 14 Mei.Pendakwa Ketua Syariah Khairul Anuar Ahmad melakukan pendakwaan manakala Zuraidah dan Burhanuddin diwakili peguam Syariah Rabiatul Adawiah Ramli ~ mStar Ni video ucapannya semasa PAU tahun lepas.. orangnya taklah huduh sangat tapi pasal apa agaknya buat skandal dengan lelaki 57 tahun tu? | ||
MH370 : Polis dedahkan data dalam simulator Kapten Zaharie yang telah dipadam.. Posted: 19 Mar 2014 05:43 AM PDT Ketika perhatian awam beralih kepada kapten Penerbangan MH370 dan simulator penerbangannya, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Hussein mengingatkan bahawa semua dalam pesawat yang hilang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. "Sesetengah data telah dipadam dari simulator dan kerja-kerja forensik digunakan untuk mendapatkan data ini, sedang dijalan. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang, dan anak-anak kapal, tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. "Demi keluarga mereka, saya meminta kita tidak membuat spekulasi yang tidak perlu yang membuat masa yang sudah sukar ini, menjadi lebih sukar," kata Hishammuddin dalam sidang akhbar mengenai krisis MH370 petang ini. Dalam pada itu Bernama melaporkan data yang telah dipadam itu adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan. 'Data simulator dipadam libat 3 jenis permainan' Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas. "Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di Sepang hari ini. Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. Penerbangan MAS MH370 yang membawa 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu. Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, pakar luar negara dan MAS. Katanya keluarga Zaharie dan keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses penyiasatan berlangsung. "Apa juga yang kami perlukan, semua anggota keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang telah beri sepenuh kerjasama dan tiada masalah untuk kami dapatkan sebarang maklumat," katanya. | ||
Kondom diedar percuma di Future Music Festival Asia ? Posted: 19 Mar 2014 03:00 AM PDT Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu. Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan 'pemberian' kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo 'Future Music Asia 2014′ dengan tema 'Party Hard, Party Safe, Take Care'. Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan. Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas. Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu. Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun. Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014. Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari. Sebelum ini, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan BN patut bertanggungjawab memberikan penjelasan berkenaan acara itu dan berharap ia tidak berulang di masa hadapan. Katanya, tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa kerana FMFA tahun ini merupakan kali ketiga konsert ini diadakan di Malaysia dengan dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut. FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau. ~ Selangorku | ||
Pakar IT India dakwa temui imej satelit MH370 di kepulauan Andaman?.. Gambar lama la tu.. Posted: 19 Mar 2014 01:49 AM PDT Seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu. Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu. Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan. Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet. The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.. Techie uploads satellite image of 'missing plane' on CNN site
An IT analyst by profession, Anoop Madhav Yeggina had been scurrying through innumerable images of DigitalGlobe Satellite QB02 over the past few days until he stumbled upon an image which almost took his breath away. He had found a satellite image of a large aircraft flying very low above the Andaman Islands on March 8 which he believes is the Boeing 777 of Malaysian airlines.
He had uploaded his "discovery" along with a write-up on the CNN website on Friday, March 14, and since then received more than 16,000 views, followed by many comments from viewers. "I am confident that the image is that of the missing plane because of many reasons. First giveaway is the fact that the image was captured just above a forest and very close to the Shibpur air strip of Andaman Islands. The air strip is exclusively used by the defence forces with no permission for civilian aircraft in this area. A close look at the image will reveal if it is flying extremely low so much so that the clouds are above it which suggests it was done to avoid detection by radar. Most importantly, the standard scale measurement and colour of the missing plane matches with that of the plane in the image," said Mr. Anoop. Wishing for safety of the passengers, he had appealed online to people with technical know-how of aircraft to further investigate the image in order to trace its whereabouts ~ The Hindu .. Bagaimanapun imej yang ditemui oleh pakar IT dari India itu bukanlah imej pesawat MH370 yang hilang.. Ini kerana menurut syarikat yang mengendalikan peta satelit itu mengesahkan imej tersebut adalah imej pada tahun 2012.. Penjelasan lebih lanjut tentang imej yang didakwa sebagai imej MH370 itu sila lihat di SINI | ||
MH370: Komando digerakkan ke sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara? Posted: 18 Mar 2014 11:00 PM PDT Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini. Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit. "Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara," katanya kepada Harian Metro. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. | ||
Posted: 18 Mar 2014 08:23 PM PDT Selama ini aku sangka hanya macai-macai yang bodoh dalam UMNO/BN tu... rupanya pemimpin yang dilantik merekapun sama.. Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan telah meragut enam nyawa termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas.. Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna. Dianjur oleh Livescape Asia milik anak kroni UMNO dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia.. Dilancarkan oleh Menteri Pelancongan yang juga pemimpin UMNO/BN, Nazri Aziz.. Disokong pula sepenuhnya oleh Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.. Sebab Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang kata "Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..." Dia nak salahkan Pakatan Rakyat pula...
Lepas ni salahkan Anwar Ibrahim pulak laaa... Teng Chang Kim gesa calon MCA belajar geografi Exco Selangor, Datuk Teng Chang Kim menggesa calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun mempelajari geografi terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan negeri sebagai punca kematian enam remaja di konsert baru-baru ini. Naib Pengerusi DAP Selangor itu pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam berkata tuduhan calon Barisan Nasional (BN) tersebut tidak berasas sama sekali. "Saya rasa Chew Mei Fun kena belajar geografi, Bukit Jalil tidak berada dalam Selangor tapi di bawah Kuala Lumpur," kata Teng membidas naib presiden MCA tersebut yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Chew sebelum ini mengaitkan kematian enam remaja kerana pengambilan dadah berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Beliau mendakwa kematian tersebut berpunca daripada peningkatan rumah urut dan kafe siber haram di negeri Selangor. Teng menggesa Chew supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan sedemikian. "Kelulusan konsert tersebut tidak diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, tetapi DBKL yang luluskan. "Semak fakta dahulu," kata Teng lapor The Malaysian Insider | ||
Hishamuddin terkedu bila wartawan Perancis minta sahkan beliau sepupu Najib .. (Video Inside) Posted: 18 Mar 2014 09:22 AM PDT Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam sidang media hari yang ke 11 di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak. Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib. Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit. "Can you confirm that you are PM Najib's cousin? Are you protected?" ... Begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Perancis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media tersebut. Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana. "Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak kat dia. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan