Anak Sungai Derhaka |
- Tok Bomoh mengamuk!.. Dia Nak Tampar KJ Macam Buaya.. (Video Inside)
- MH370: Raja Bomoh nak saman siapa yang tuduh ritualnya syirik..
- Data dari Malaysia dedahkan pesawat terbang 4 jam lagi, bukan dari Rolls Royce, lapor Washington Post
- MH370 : Amerika pun dah tak percaya kat Hishamuddin ke ni?
Tok Bomoh mengamuk!.. Dia Nak Tampar KJ Macam Buaya.. (Video Inside) Posted: 14 Mar 2014 01:34 AM PDT Menteri Belia dan Sukan Yb Khairy Jamaluddin semalam menyelar tindakan bomoh dalam membantu kehilangan pesawat MH370, beliau menganggap tindakan bomoh melakukan upacara dengan menggunakan carpet amat memalukan, di mana video upacara tersebut tersebar secara meluas di laman sosial. Beliau menyatakan kekecewaan nya itu melaluai " Tweet " di Twitter beliau petang tadi, dan beliau telah meminta Menteri Agama Datuk Seri Jamil Khir memantau cara -cara yang di lakukan oleh bomoh ini. Hari ini Tok Moh tu dah mengamuk.. dia nak tampar KJ macam dia tampar buaya hari itu.. Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab. Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media. "Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya. "Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu" jelasnya ketika ditemui semalam. Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut. "Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya. Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini. Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu. Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya. "Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai. "Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu. Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah. "Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang. "Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar. Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang ~ Suara TV Video sila lihat di ( SINI ) |
MH370: Raja Bomoh nak saman siapa yang tuduh ritualnya syirik.. Posted: 13 Mar 2014 11:00 PM PDT Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam. Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. "Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja. "Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin. Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan. Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul. Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. "Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam," katanya. Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin. Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan "tikar terbang". Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. |
Posted: 13 Mar 2014 08:02 PM PDT Dalam sidang media semalam.. sepupu Najib, Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media asing berhubung data enjin pesawat Boeing 777-200 yang mendakwa pesawat itu terbang empat jam selepas hilang dari radar. Katanya "Saya nak jelaskan mengenai laporan media berhubung data enjin pesawat dan MAS telah sahkan sebentar tadi bahawa ia tidak tepat. "Kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi (Sabtu) yang menunjukkan bahawa semuanya normal," katanya. "Rolls-Royce dan pengeluar Boeing bekerjasama dengan MAS serta pasukan penyiasat sejak Ahad lalu. Isu ini tak pernah dibangkitkan. "Bila ada maklumat baru, mereka berkolaborasi. Berhubung laporan ini, MAS telah dapatkan maklumat terperinci dari Rolls-Royce dan pasukan Boeing tentang data itu. Mereka mengesahkan laporan itu tidak tepat," katanya. Dan kata-kata Hishamuddin itu disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya. "Berdasarkan rekod kami, 'last transmission' adalah 1.07 pagi, Ia tidak terbang melebihi tempoh itu," katanya. Malangnya... entah buat yang keberapa kali akupun kurang pasti.. apa yang dikatakan oleh sepupu Najib itu telah bercanggah dengan apa yang di dedahkan oleh pihak Amerika.. Dengan data yang dibekalkan oleh pihak berkuasa Malaysia itu sendiri Amerika telah menggerakkan pasukan SAR nya ke Lautan Hindi.. Ini laporannya... Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini. Dengan "maklumat terbaru" belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat. Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang dalam pesawat tersebut. Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) berkata, data menunjukkan enjin pesawat terus hidup empat jam selepas komunikasi terputus diterima daripada Pusat Komunikasi dan Pelaporan Sistem, Pesawat (ACARS), kemungkinan pesawat menghubungi melalui radio atau isyarat satelit. Pegawai kanan itu berkata, pihak berkuasa Malaysia yang memberikan data tersebut kepada AS. Akhbar The Wall Street Journal yang pertama melaporkan penyiasat AS mengesyaki enjin pesawat MH370 yang hilang itu terus hidup empat jam sebelum ia tiba ke lokasi yang belum dapat dipastikan. Akhbar itu kemudian membetulkan laporannya dan berkata ia berdasarkan kepada data satelit, bukan isyarat daripada sistem pemantau yang dipasang di enjin Rolls-Royce pesawat itu. Putrajaya menafikan laporan awal itu. Perkembangan itu datang ketika kerajaan Malaysia mengakui ada perkembangan sedikit dalam menyelesaikan misteri pesawat yang lesap itu. Pegawai AS hari ini berkata, mereka tidak tahu arah pesawat itu terbang – atau sama ada ia hanya membuat bulatan – sepanjang kira-kira empat jam penerbangan itu atau sama ada mereka memang berada di udara atau tidak. Tetapi, tambahan waktu penerbangan itu mungkin membolehkan pesawat itu berada di Lautan Hindi, menyebabkan pegawai AS mempertimbangkan meluaskan pencarian ke kawasan itu. Seorang pegawai yang bercakap dengan syarat nama dirahsiakan itu berkata butiran terperinci siasatan berkenaan akan dibincangkan, kata akhbar itu ~ The Malaysian Insider Persoalannya ialah jika data itu dikatakan tidak tepat oleh Hishamuddin mengapa pula ianya dibekalkan kepada pihak Amerika? |
MH370 : Amerika pun dah tak percaya kat Hishamuddin ke ni? Posted: 13 Mar 2014 05:42 PM PDT Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370. Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan. Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain." Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar. Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat. Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu. Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China Selatan. Pagi ini... Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini. Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu. "Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu. Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam. AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi. Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang. Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata "tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan" di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu. Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman. Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac. "Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS. ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan