Khamis, 13 Mac 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hishamuddin cuma biasa dengan Utusan dan TV3 saja, sebab itulah jadi macam ni.. kata Azmin

Posted: 13 Mar 2014 06:00 AM PDT


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam. 

"Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

"Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

"Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar. 

"Kita mahu membincangkan kenyataan yang dikeluarkan setiap agensi yang bercanggah. Polis keluar kenyataan berbeza daripada Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Menteri Pengangkutan.

"Speaker Dewan Rakyat dengan mudah menolak usul terbabit dengan mengatakan cukuplah simpati yang ditunjukkan Perdana Menteri, tidak perlu kita bahas.

"Kita bukan mahu kenyataan daripada satu atau dua individu tetapi ingin Dewan Rakyat sebagai tempat yang tinggi dalam sistem kenegaraan membincangkan isu ini supaya boleh bersama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan membantu memberi sedikit kelegaan serta mengurangkan keresahan keluarga mereka," katanya.

Gara-gara Bomoh, Najib digelar 'Tak ada otak' dan 'guna sihir' oleh Media Antarabangsa..

Posted: 13 Mar 2014 03:08 AM PDT


Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak ("brainless") apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu media Arab, Al-Arabiya.net, dalam laporannya berkata, Malaysia menggunakan sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370..


Berita bertajuk "Sihir adalah jalan terakhir Malaysia mencari kapal terbang MH370" itu disiarkan oleh laman Alarabiya ekoran tindakan Putrajaya membenarkan bomoh mengadakan upacara untuk mencari kapal terbang yang hilang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. 

Laman itu menyiarkan video upacara yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. Beliau mengadakan upacara itu untuk mencari di mana pesawat MH370 itu. 

Alarabiya.net berkata, bomoh itu datang bersama pembantunya ke KLIA dan menjalankan upacara itu dengan menggunakan dua biji kelapa sambil memekik "Allahu Akbar" (Allah yang maha besar) beberapa kali.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar. 

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak. Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama mengatakan tindakan tersebut sebagai khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" seperti yang dilakonkan oleh Tan Sri P Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi ~ The Malaysian Insider

Penjelasan Polis mengenai gambar paling misteri insiden MH370

Posted: 12 Mar 2014 11:00 PM PDT


Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.

"Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan," katanya.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.

Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas. 

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29 lapor mStar

Ulasan mengenai gambar tersebut sila baca di ( SINI )

MH370: Setelah diketawakan, Dunia mula menyelar Najib dan sepupunya...

Posted: 12 Mar 2014 08:49 PM PDT


Semalam boleh dikatakan kebanyakkan media utama dunia mempersendakan Malaysia kerana menggunakan bomoh untuk mencari MH370..

Walaupun ianya dianggap sebagai memalukan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, naum macai mungkin berbangga kerana Bomoh tersebut penyokong UMNO..

Kalau tak percaya bomoh tu penyokong UMNO/BN sila lihat gambar-gambar di ( SINI )

Hari ini pula The Malaysian Insider melaporkan Malaysia mula diselar oleh media-media seluruh dunia kerana lemahnya Najib dalam menangani krisis ini...

Di seluruh dunia, akhbar dan agensi berita ternama sudah mula menyelar Malaysia kerana "misteri, mengelirukan dan kekusutan" dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Setakat ini, pemimpin kerajaan daripada Datuk Seri Najib Razak ke bawah gagal dalam satu aspek penting: memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka tahu apa yang perlu diperkatakan dan dilakukan.

Terdapat fakta yang tidak konsisten dan bercanggahan sehingga Vietnam terpaksa menggantung operasi pencarian udara mereka sehingga Putrajaya dapat memberitahu arah terbaru untuk mencari Boeing 777-200ER yang hilang.

Ironinya, China meminta Malaysia untuk "lebih terbuka" dengan maklumat mengenai pesawat penumpang itu di mana dua pertiga daripada 239 penumpang merupakan rakyatnya.

Faktanya, pemimpin tertinggi Malaysia dan ahli politik berkemungkinan menyembunyikan maklumat, tidak dapat membuat keputusan atau tidak begitu tahu dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Tetapi rakyat Malaysia tidak seharusnya terkejut dengan prestasi pentadbiran Najib. Lagipun, mereka sudah beberapa kali tercabar dengan banjir di Pantai Timur beberapa bulan lalu.

Tidak ada sesiapa yang mengharapkan Najib mempengerusikan sidang akhbar harian atau mengetuai misi mencari dan menyelamat, tetapi tidak ada sesiapa menjangka beliau akan terpinggir sementara pasukan tentera udara, polis, pihak berkuasa penerbangan dan Malaysia Airlines berlumba-lumba untuk memberikan maklumat bercanggah.

Di antara maklumat membingungkan yang kedengaran semenjak pesawat penumpang itu hilang pada Sabtu adalah Malaysia Airlines pada awalnya mengatakan Boeing 777 terputus hubungan dengan pusat kawalan udara pada 2.40 pagi selepas dua jam berada di udara.

Kemudian Malaysia Airlines mengatakan mereka terputus hubungan pada 1.30 pagi, mengikut maklumat ditunjukkan dalam laman sesawang pengesan pesawat.

Maklumat mengenai waktu yang tidak tepat itulah yang menyebabkan spekulasi pesawat terhempas di antara Vietnam dan China.

Dua hari lalu, maklumat bocor dan disahkan kemudiannya bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke semenanjung Malaysia dan menuju ke arah barat di Laut Andaman sebelum hilang pada 2.40 pagi.

Maklumat ini mengubah arah misi mencari dan menyelamat daripada Laut China Selatan di pantai timur Semenanjung Malaysia ke pantai barat di mana terletaknya Selat Melaka.

Bukan sahaja keluarga mangsa dan wartawan antarabangsa merasa jengkel, ini menyebabkan jiran Malaysia yang menghantar pesawat dan kapal-kapal penyelamat ternganga.

Nasib baik lebih banyak negara menyertai misi mencari dan menyelamat antarabangsa dengan harapan dapat menemui yang terselamat daripada 239 penumpang dalam pesawat tersebut.

India kini menyertai misi dan difahamkan Malaysia mencari lebih banyak maklumat daripada Thailand dan Myanmar mengenai kemungkinan pesawat MH370 sebenarnya terbang sepanjang semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Laut Andaman.

Mengapa? Tiada siapa yang tahu.

Tetapi seperti yang dikatakan akhbar The Guardian, "Pegawai-pegawai Malaysia memberikan maklumat samar-samar, tidak tepat dan kadangkala bercanggah semenjak pesawat itu hilang, menimbulkan kebimbangan di kalangan keluarga penumpang."

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang diperluaskan lagi hari ini meliputi sebahagian Asia Tenggara, dari Laut China Selatan ke kawasan perairan India dengan pihak berkuasa masih tidak dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat membawa 239 penumpang itu.

Vietnam mengecilkan operasi pencarian di kawasan perairannya, mengatakan mereka menerima maklumat tidak tepat dan mengelirukan daripada Malaysia berhubung ke mana pesawat itu mungkin terbang selepas terputus hubungan.

Kemudiannya Hanoi berkata, misi pencarian yang masuk hari keenam ini diteruskan seperti biasa dan diperluaskan ke kawasan darat.

China juga sudah mengatakan pasukan udaranya akan memantau kawasan perairan bagaimanapun, pencarian di darat tidak dilakukan buat masa ini.

Laut Andaman India dan Pulau Nicobar kini menjadi kawasan pencarian beberapa hari selepas tentera udara mendapati mereka mempunyai data menunjukkan pesawat menuju ke luar semenanjung Malaysia.

Persoalan timbul, apakah rahsia ketenteraan sedang menggagalkan misi pencarian? Apakah ini yang menyebabkan menteri dan timbalan menteri menghadapi kesukaran untuk memberikan penjelasan kepada umum?

Bekas penyiasat pesawat terhempas memberitahu The Telegraph terdapat faktor tidak diketahui dalam misi pencarian pesawat MH370 iaitu sejauh mana penerbangan Malaysia Airlines sedang dikesan oleh kuasa-kuasa serantau menggunakan sistem radar tentera mereka.

Apa pun, hari ini merupakan hari keenam operasi misi mencari dan menyelamat untuk mencari penumpang MH370.

Kita hanya mampu berharap kekeliruan ini berakhir bagi petugas penyelamat dan media berhubung arah pencarian.

Atau seperti yang dikatakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,"Saya tidak fikir begitu. Ia lebih daripada itu. Ia hanya mengelirukan apabila anda mahu melihatnya sebagai kekeliruan."

Setelah hampir seluruh dunia gelak kat kita.. Raja bomoh kata tak tahu di mana MH370...

Posted: 12 Mar 2014 05:30 PM PDT


Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah 'menampar' mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.

Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.

"Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada," kata Ibrahim dalam nada bingung.

"Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,"

"Saya ikhlas dalam hal ini," tambah beliau.

Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.


"Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,"

"Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam," ujar beliau lapor Free Malaysia Today..

Elok sangatlah tu.. setelah hampir satu dunia gelak kat kita rakyat Malaysia ni.. dia kata dia tak tahu..

Antara negara yang rakyatnya mempersendakan Malaysia kerana menggunakan khidmat Bomoh UMNO ini ialah rakyat Negara China..

Baca ni...


Malaysian media reported that Ibrahim Mat Zin, a famous "bomoh" [shaman] also known as the Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, performed a prayer at Kuala Lumpur International Airport on Monday to help locate the missing MH370, allegedly at the invitation of one of the country's top leaders.

"I think the plane is still in the air or has crashed into the sea," he was quoted by Free Malaysia Today as saying.

Cynical Weibo users in China ridiculed the conclusion. "Wow, that is exactly what I think too," many wrote.

One user who claimed to be Malaysian wrote: "I feel so ashamed as a Malaysian for the first time, not because of any wrongdoing on Malaysia's part but for having a brainless prime minister.

"Instead of hiring a witch doctor holding two coconuts to be ridiculed, would be better off to do something down-to-earth. …. Stop losing Malaysia's face!"

Another message that was reposted more than 10,000 times within less than a day read: "In the past few days, Vietnam has cleaned up all the trash on the sea.

Whatever Vietnam found, Malaysia shook its head and just said 'NO NO NO'. Out of distrust of Vietnam, it kindly invited a witch doctor to determine the location."

Many expressed astonishment that spiritual methods were being considered in the hunt for the plane, as the operation entered its fifth day.

"China deployed 10 satellites, Malaysia deployed a few witch doctors…..is this action art?" said another message.

Jamil Khir Baharom, a minister in the Malaysian Prime Minister's Department, had earlier said the government welcomed any help in tracing missing flight MH370, including that from bomohs, as long as their methods did not contravene the practices of Islam, Free Malaysia Today reported.

Muslims make up more than half of Malaysia's population of 22.7 million people. Malaysian Muslims respect spiritual power and bomohs are well respected among believers.

The Raja Bomoh, who has 50 years of experience, rose to fame after offering his services in searching for victims in several major cases, including the Highland Tower tragedy, Kuala Dipang flood and the Mona Fendy murder, according to Free Malaysia Today.

"We use a fish trap hook and a bamboo binocular to search and ask for the victims to be found as soon as possible," he said. He added that he would go back to the airport to perform another prayer in two days.

It is not unusual in parts of Malaysia for believers and politicians to turn to shamans.

More than 200 people in the country were defrauded of a total of more than 23.4 million yuan (HK$30 million) in 2012 in cases involving shamans ~ South China Morning Post

Obama saksikan ritual Bomoh cari MH370 di KLIA?.. Gambar edit tu.. ni gambar asal..

Posted: 12 Mar 2014 09:07 AM PDT


Nasib baiklah aku tak post gambar kat atas ni dalam Facebook aku tadi.. kalau tidak mampus aku kena belasah dengan Blog macai-macai UMNO...

Mula-mula tadi aku terjumpa gambar kat atas tu dalam Facebook Media Rakyat..


Oleh kerana gambar tersebut telah dikongsi oleh lebih dari 2,000 orang, aku pun terus save dan 'Tweet' gambar tu tanpa berfikir panjang..

Tapi aku tiba-tiba menjadi ragu-ragu dengan gambar itu, kerana kalau tak silap aku... petang di Malaysia, awal pagi di US.. takkanlah Osama tu dah bangun masuk office?

Jadi aku cuba pastikan kesahihan gambar tu melalui 'Google Image'..

Rupa-rupanya gambar tersebut telah di edit.. entah siapa punya kerja tak tahulah..

Gambar tersebut juga pernah di'edit' oleh agensi berita Iran, Iranian News pada Mei 2013 dengan meletakkan imej pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah sedang berucap..

Kononnya untuk menunjukkan kepada dunia Presiden US, Barrack Obama turut berminat untuk mendengar ucapan Hassan Nasrallah..


Kemudiannya pula pada Feb. 2014 pula gambar tersebut sekali lagi di'edit', kali ini oleh pemimpin politik dari India pula..

Imej asal pada skrin TV telah digantikan dengan imej Ahli politik India, Narendra Modi, ianya digunakan untuk memperbodohkan rakyat India..

Kononnya Presiden US sedang mengikuti dengan penuh minat kempen Narenda sebagai Perdana Menteri India yang seterusnya...


Hari ini pula sekali lagi gambar tersebut menjadi mangsa 'edit'.. kali ini imej diskrin ditukar dengan imej Bomoh UMNO sedang menjalankan ritualnya di KLIA..


Siapa punya kerja ni?.. sudah-sudahlah buat kerja macam ni..

Sudahlah sekarang rakyat China mempersendakan Malaysia kerana menjemput Bomoh UMNO itu untuk tolong cari MH370 tu..

Bloomberg pun turut pertikai pentadbiran Najib dalam krisis kehilangan MH370 ni.. sila baca di ( SINI )

Nanti tak pasal-pasal pulak kecoh seluruh dunia 'Malaysia edit gambar Osama..'

Malu saja yang kita dapat..

Ni gambar asal... Obama sedangn menyaksikan Hosni Mubarrak sedang berucap di White House sebelum Hosni Mubarrak tumbang...

Tiada ulasan: