Anak Sungai Derhaka |
- MH370 : Ketua Polis atau Ketua Pengarah DCA yang sebar spekulasi ni Hishamuddin?
- MH370 : VVIP mana jemput dia ni buat 'kerja bodoh' kat Airport ni?
- MH370 : Cadangan terbaik dari bekas Ketua Juruterbang Boeing 777-200 (Video Inside)
- Hanya Wan Azizah dan Chew Mei Fun di Kajang
- MH370 : Astro Awani kena tipu dengan budak-budak...
MH370 : Ketua Polis atau Ketua Pengarah DCA yang sebar spekulasi ni Hishamuddin? Posted: 11 Mar 2014 07:49 AM PDT Tiga hari yang lalu ketika operasi mencari dan menyelamat digerakkan, Sepupu Najib yang dilantik sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan sebar spekulasi mengenai kehilangan MH370. Beliau juga mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dan menerima bulat-bulat oleh media-media luar negara sebelum ianya disahkan oleh Kerajaan Malaysia. Setelah berpuluh jam gerakkan mencari dijalankan, aku yakin bukan sahaja aku yang dah pening malah kebanyakkan rakyat Malaysia juga sama pening dengan kenyataan-kenyataan pihak berkuasa dalam negara Malaysia sendiri.. (Gambar kat atas tu KD Pahang dilihat dari KD Terengganu yang sedang mencari dan menyelamat ) Dalam hal ini isu lima penumpang.. Polis kata mereka memasuki Kapal terbang.. tapi pihak MAS pula menafikannya... Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa lima penumpang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat penerbangannya ke Beijing yang hilang Sabtu lepas. MAS dalam kenyataan menjelaskan terdapat empat penumpang yang tidak muncul untuk mendaftar masuk bagi penerbangan MH370 meskipun mereka telah membuat tempahan untuk perjalanan itu. "Meskipun begitu, isu mengeluarkan bagasi tanpa penumpang tidak timbul, kerana empat penumpang berkenaan tidak mendaftar untuk penerbangan itu," katanya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kewujudan lima penumpang berkenaan dan berkata semua penumpang yang mendaftar masuk telah menaiki pesawat berkenaan. Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata bagasi lima penumpang yang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat telah dikeluarkan daripada pesawat dan didapati 'bersih'. Pada Sabtu, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama Siapa yang menyebar spekulasi ni?.. Ketua Polis atau Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam? Apahal dah semakin bercanggah-canggah laporan pasal MH370 ni?? Maksud spekulasi sila baca di ( SINI ) | ||
MH370 : VVIP mana jemput dia ni buat 'kerja bodoh' kat Airport ni? Posted: 11 Mar 2014 01:01 AM PDT Bernama semalam melaporkan Balai Ketibaan Lapangan Terbang KLIA gempar seketika petang semalam apabila munculnya seorang lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP. Dia mendakwa dirinya mampu membuat melihat keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu lalu. Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, mendakwa dia tahu semua penumpang pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat di satu lokasi terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah lagi negara asing yang tidak dapat dipastikan. Jelasnya, pesawat MH370 berkenaan kini berada dalam dua keadaan sama ada diculik pihak tertentu atau disembunyikan alam ghaib. Katanya beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas jemputan seorang pegawai tertinggi negara (VIP) bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat. Mulanya aku malas nak pertikaikan apa yang di buat ni pasal aku ni tak cukup pandai dalam hal ni.. sebab ada Ulama kata buatlah asal tak langgar syariat sudahlah.. Sedangkan ada hadith riwayat Muslim dan Ahmad menegaskan "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam." Satu lagi hadith pasal bomoh "Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim Tapi bila aku dengar apa yang dia kata dalam video di bawah ni.. terkedu jugak aku.. Dia kata dia naik kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melintas di Tawau?.. korang tengoklah peta kat bawah ni.. Dimana Kuala Lumpur, dimana Tawau dan dimana Kota Kinabalu??.. lojik ke apa yang dia kata tu? Entah mana punya VVIP yang jemput dia ni??.. Kalau VVIP negara ni tentulah dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.. Maka tak hairanlah kalau Dr. Maza kata ini adalah satu kerja bodoh yang tidak waras... Sebab hanya orang bodoh akan buat kerja bodoh dan Mahathir telah berulang kali menegaskan hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO... Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu. Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah "khurafat dan tahyul" itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras. "Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam. "Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan," kata Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu. Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat. Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin. Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia. "Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam. "Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam," katanya ~ Malaysiakini Sekarang habis 1Malaysia tahu ada VVIP yang percaya kepada bomoh... kalau nak buat juga macam ni jemputlah dia pergi rumah sendiri bukannya ke lapangan terbang.. Pintu masuk negara Lapangan Terbang tu... | ||
MH370 : Cadangan terbaik dari bekas Ketua Juruterbang Boeing 777-200 (Video Inside) Posted: 10 Mar 2014 09:59 PM PDT Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga. Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut. Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini. Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan. "Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya. "Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini. Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba. "Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba. "Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung. "Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya. Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya. "Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya. Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan. "Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737. "Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya. Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002 ~ Sinar Harian | ||
Hanya Wan Azizah dan Chew Mei Fun di Kajang Posted: 10 Mar 2014 08:29 PM PDT Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun akan bertanding satu lawan satu menentang calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi berkenaan pada 23 Mac depan. Kedua-dua pemimpin wanita itu sah menjadi calon apabila menghantar borang pencalonan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang pagi tadi, di Bandar Baru Bangi. Kesesakan lalu lintas luar biasa menuju ke pusat penamaan calon di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi itu tidak menghalang penyokong kedua-dua pemimpin tersebut untuk hadir memberikan sokongan mereka. Wan Azizah menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlucut kelayakan untuk bertanding apabila Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan minggu lalu. Anwar dihukum penjara lima tahun atas kesalahan tersebut. Penyokong BN dan PR masing-masing berarak membawa bendera parti mereka ke pusat penamaan calon seawal jam 7 pagi.
Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas bagaimanapun tidak kelihatan apabila beliau menarik diri sebaik sahaja Anwar mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh dari PKR itu. Kajang mempunyai sejumlah 38,965 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk 48%, pengundi Cina 41%, dan pengundi India 10%. Dalam pertandingan enam penjuru Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei tahun lalu, Lee memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,842, sekaligus membolehkan beliau menewaskan calon BN dari MCA Lee Ban Seng yang memperolehi 12,747 undi. Pengurus Pilihan Raya PRK Kajang Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman dalam pengumumannya berkata, SPR menerima dua kertas pencalonan iaitu Chew yang menyerahkannya pada jam 9:07 pagi manakala, Wan Azizah pada jam 9:10 pagi. "Dengan ini saya mengumumkan calon disahkan bertanding di DUN Kajang adalah Chew Mei Fun dan Wan Azizah," katanya di hadapan wakil calon dan penyokong. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang medianya berkata, BN akan mengubah strategi mereka memandangkan PKR menukar calon mereka daripada Anwar kepada Wan Azizah. "Kita kena tukar strategi. Dulu cerita Anwar mahu jadi menteri besar, sekarang cerita lainlah," katanya kepada pemberita selepas pengumuman berkenaan dibuat. Muhyiddin berkata, tidak timbul isu berkaitan BN cuba menghalang Anwar menjadi calon menggunakan mahkamah kerana badan kehakiman di negara ini diakui bebas. "Saya fikir rakyat tahu, baik di mahkamah atau mana sekalipun kita lihat sistem yang telus, tidak tutup mana-mana hal. Sistem penghakiman kita bebas." "Ini bukan soal kaitan mahkamah dengan kerajaan, kerajaan dengan Anwar. Ini soal perbicaraan biasa. Tiada kena mengena dengan kerajaan," katanya. ~ The Malaysian Insider | ||
MH370 : Astro Awani kena tipu dengan budak-budak... Posted: 10 Mar 2014 05:00 PM PDT Pemilik akaun twitter yang menggunakan nama 'Jasmine Johari' hari ini dipercayai telah menipu orang ramai dengan mendakwa diri sebagai anak kepada salah seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang. Insiden ini menjadi perbualan di laman sosian apabila Astro Awani turut dikatakan tertipu dengan akaun palsu milik Jasmine yang sering memuatnaikkan status yang bernada sedih dengan kehilangan ibunya. Memetik laporan tengoktvonline.blogspot.com, Jasmine kini telah menubuhkan satu akaun twitter bagi tujuan meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Antara tweet yang telah dikatakan oleh Jasmine ialah : Gambar yang digunakan oleh Jasmine merupakan gambar seorang gadis Filipina. Tindakan Jasmine ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia tatkala kini sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 dari Kuala umpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu lepas. Sabtu lalu, Astro Awani turut mendapat kritikan oleh orang ramai di laman sosial kerana melaporkan pesawat MH370 telah mendarat cemas di Nanning, China. Laporan itu telah dinafikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ~ Rakyat News |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan