Anak Sungai Derhaka |
- MH370 : Sepupu Najib ni beranak masa Zaman Batu ke?
- MH370 : Siapa kata Malaysia tak hantar Kapal Selam?.. Ini apa bendanya?
- MH370 : Akhbar China bidas Kerajaan Malaysia kerana lemah dan lembab..
- MH370 : 'Kurang Cerdik' nya kenyataan Menteri Dalam Negeri ni...
MH370 : Sepupu Najib ni beranak masa Zaman Batu ke? Posted: 10 Mar 2014 06:30 AM PDT Apapun.. sebelum itu bersamalah kita berdoa kehadrat Illahi semoga segala usaha-usaha mencari dan menyelamat MH370 yang sedang rancak berjalan sekarang dipermudahkanNya.. Sebabnya semakin lama operasi ini berlangsung semakin terserlah kebodohan pemimpin-pemimpin UMNO yang dilantik sebagai Menteri oleh Najib. Jika pagi tadi Menteri Dalam Negeri menyerlahkan sikap 'Kurang Cerdik' nya dengan tak pasal-pasal menyalahkan pihak Imigresen kerana tak berfikir dan membezakan orang Eropah dan orang Asia melalui passport mereka.. Silalah baca di ( SINI ) Ini pula mengenai sepupu Najib yang dilantik oleh Najib sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Tun Hussein. Niatnya kelihatan baik iaitu mempertahankan pihak Imigresen Malaysia yang tidak memeriksa pasport penumpang MH370 menggunakan pangkalan data Interpol mengenai pasport yang hilang. Ketika ditanya pemberita mengenai mengapa dua penyamar berjaya menaiki penerbangan itu walaupun pasport mereka palsu, Hishamuddin menjawab: "Adakah anda tahu berapa banyak pasport hilang dalam senarai Interpol? Saya diberitahu 40 juta." Apa agaknya yang terlintas difikirannya ketika memberikan jawapan dengan menyebut angka 40 Juta itu? Angka tersebut memanglah besar jumlahnya... dan untuk menyemaknya memang memerlukan satu jangka masa yang panjang.. sebab kena belek satu persatu mukasurat. Jadi jika setiap passport penumpang itu diperiksa satu persatu maka kita memerlukan sebuah lapangan terbang yang besar untuk menampung jumlah penumpang yang beratur panjang untuk diperiksa passportnya.. Selain itu untuk merealisasikannya kita juga perlukan lebih ramai pegawai Imigresen ditempatkan di lapangan terbang.. TAPI!!! itu semua adalah kaedah zaman dulu, sebelum era IT.. sekarang ni mana ada orang yang nak belek satu persatu maklumat dalam pengkalan data tu?.. semua maklumat berada dihujung jari.. Tak sampai 5 saat semua maklumat boleh diperolehi.. CTOS boleh menyemak puluhan juta senarai penghutang dengan insfrastruktur ICT yang ada takkanlah Imigresen tak boleh nak semak 40 Juta senarai passport yang hilang tu.. Lainlah kalau Imigresen masih mengamalkan kaedah zaman dulu tu iaitu print dan belek satu persatu muka surat data tu.. Atau mungkin si Hishamuddin ni beranak pada zaman batu? Laporan berkaitan... Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mempertahankan langkah Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang MH370 menggunakan pangkalan data Interpol mengenai pasport yang hilang. Ketika ditanya pemberita mengenai mengapa dua penyamar berjaya menaiki penerbangan itu walaupun pasport mereka palsu, Hishamuddin menjawab: "Adakah anda tahu berapa banyak pasport hilang dalam senarai Interpol? Saya diberitahu 40 juta." Dua individu berkenaan menggunakan identiti warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christian Kozel yang dikatakan mempunyai wajah 'berciri Asia' ketika menaiki penerangan dari Kuala Lumpur tiga hari lalu. Interpol dalam kenyataan mereka semalam membidas pihak berkuasa Malaysia yang tidak mengambil peduli pangkalan data badan antarabangsa itu yang menunjukkan pasport mereka telah hilang dua tahun lalu ~ Malaysikini |
MH370 : Siapa kata Malaysia tak hantar Kapal Selam?.. Ini apa bendanya? Posted: 10 Mar 2014 02:38 AM PDT Dulu aku pernah menongkah arus menentang dan dalam masa yang sama cuba nak perbetulkan anggapan penyokong Pakatan Rakyat tentang isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam.. Perkara itu bercanggah dengan apa yang didedahkan oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat, malangnya aku dicop sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pulak... Kali ini tentang kenapa Malaysia tak hantar Scorpene untuk turut membantu operasi SAR MH370 yang hilang itu sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Singapura.. Korang nak anggap aku sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pun tak apa.. pasal.. Albert Einstein kata "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan." Siapa kena nasiblaaaa... kah.. kah... kah.. Baca nih.. Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas. Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam. Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas. Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api. Bagi MV Mega Bakti (gambar atas) pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue. MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi nahas MH370 bagi mengesan bangkai pesawat tersebut yang tenggelam di dasar lautan. Seperti mana MV Mega Bakti, kapal dari Kelas Mahamiru ini juga mempunyai ROV sendiri tetapi lebih besar dari ROV Debris yang ada pada MV Mega Bakti. Kelas Mahamiru adalah kapal pemusnahrajau dan periuk api yang terdiri daripada KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13), dan KD Kinabalu (14). Asalnya sistem remote-operated submersibles (ROV) adalah dari sistem PAP-104, tetapi apabila kapal dinaiktaraf dalam program SLEP, ia digantikan dengan sonar baru dari Thales dan ROV baru jenis Olister (gambar kecil) bagi tujuan pemusnah periuk api. Walaubagaimanapun, ROV ini juga boleh diguna bagi mengesan bangkai pesawat atau kapal yang karam dalam lautan. KD Jerai antara aset yang akan digerakkan bagi operasi SAR MH-370 bagi pengesan bangkai pesawat, dan mendapatkan Black Box bagi memudahkan siasatan punca nahas oleh NTSB dan DCA. Penjelasan oleh Malaysia Defense di SINI |
MH370 : Akhbar China bidas Kerajaan Malaysia kerana lemah dan lembab.. Posted: 10 Mar 2014 12:42 AM PDT Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu. Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia". "Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas. "Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya. Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan. "Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara. "Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan. "Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran," katanya. Sementara itu, dalam perbualan telefon mereka hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menawarkan simpatinya dan berkata Amerika sedia berkerjasama secara "menyeluruh" dengan China dalam usaha menyelamat. Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat. Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang - yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand - tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP. Dalam editorialnya, akhbar harian China itu seterusnya menulis bahawa "keganasan tidak boleh dikesampingkan", dengan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri ~ The Malaysian Insider Ini artikel asal.. Pursuit of life safety surpasses all concerns The missing Malaysia Airlines flight MH370 has shocked the world. This is the most sensational and mysterious incident of this kind in recent years. More than half of the passengers were Chinese and we are most concerned about their safety. Accidents of aircraft usually happen during taking off and landing, and chances are small when they are flying. The missing MH370 took place high in the sky, which makes us doubtful. No matter what the reason, it has influenced the way in which people see air safety. The Malaysian side cannot shirk its responsibilities. Until yesterday, it could not even ensure accurate information about the passengers. The initial response from Malaysia was not swift enough. There are loopholes in the work of Malaysia Airlines and security authorities. If it is due to a deadly mechanical breakdown or pilot error, then Malaysia Airlines should take the blame. If this is a terrorist attack, then the security check at the Kuala Lumpur airport and on the flight is questionable. If it is due to some natural or uncontrollable factors, all airlines across the world including Malaysia Airlines should draw a lesson. At press time for this editorial, the flight was still missing. Besides Malaysia and Vietnam, China and the US are also looking for the plane and collecting information. The missing of such a large object shows that there are still blank areas supposed to be covered by information networks. This accident has unprecedented attention in China. There were 154 Chinese people aboard this flight. As the civil aviation industry has been developing fast, more people choose to travel by air. Moreover, Malaysia is one of the hottest destinations for Chinese travelers. Care about life has dominated China's public opinion sphere. The Chinese people value the safety of life. We demand safety of food, air, water as well as transportation. Therefore we pay special attention to the security situation of countries where the Chinese people are keen to travel. As China boasts a large population, ensuring the safety of all citizens is a huge challenge for the country. China has already topped the world in the number of annual outbound travelers. Any disasters that lead to major casualties may involve Chinese people. As a country stepping into modernity, China faces the task of how to minimize risks. The accident of the missing MH370 must be investigated thoroughly and the crux of problems on the Malaysian side must be found out. The route between key cities in Southeast Asia like Kuala Lumpur and Beijing directly involves the safety of Chinese travelers. The accident should be made an example for the whole region. Time is always needed to investigate an accident. Hopefully the airlines in Southeast Asia will keep a high alert and take people's inquiries into serious consideration. So must airlines in China ~ Global Times |
MH370 : 'Kurang Cerdik' nya kenyataan Menteri Dalam Negeri ni... Posted: 09 Mar 2014 09:05 PM PDT Sekali baca nampak macam cerdik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini tapi bila difahami hanya 'kurang cerdik' beliau yang menyerlah. Dalam cubaannya untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan dalam hal passport curi yang begitu mudah digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 yang masih hilang hingga kini, Zahid menuding jari kepada pihak Imigresen. Beliau telah mengarahkan satu siasatan dalaman.. "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. "Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. Yang kelihatan kurang cerdik dalam hal ini ialah bilamana Zahid mengatakan..Tak kan pegawai Imigresen tak boleh fikir orang Eropah wajahnya seperti orang asia berdasarkan passport yang dipegang mereka.. Sebabnya ialah jika ibu bapa kepada pemegang passport itu adalah orang asia.. tinggal dikutub utara sekalipun anak yang dilahirkan oleh mereka tetap akan berwajah Asia.. takkan berwajah macam orang Eskimo punya.. Orang Asia yang berhijrah ke Britain ataupun Kanada dan diberikan kerakyatan oleh negara tersebut dan memegang passport negara tersebut, wajahnya tak akan berubah.. dari gelap mungkin akan cerah sikit.. itu saja.. Begitulah juga sebaliknya jika orang Eropah pula berhijrah ke Asia, muka dia tetap akan macam orang Eropah.. tak adanya nak bertukar jadi macam muka orang Asia.. Senang saja dia nak lepaskan diri... main sembur membuta tuli saja.. Lagipun apa nak di hairankan dinegara kita ini, manusia berwajah Bangla pun berlambak yang memegang passport dan mykad Malaysia.. Altantuya dulu pernah masuk Malaysiakan?.. Kenapa rekod kemasukkannya hilang?.. tak hairan ke Zahid? Laporan berkaitan... Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. "Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan